Ahad, 8 April 2012

dollah yankee

dollah yankee


Guan Eng buat kerja 'busuk' lagi

Posted: 07 Apr 2012 10:28 PM PDT



Ini lah rupa Lim Guan Eng, yang selalu dimaki hamun olih olih orang-orang melayu dan mamak-mamak 'pedukang' yang berugama islam di Pulau Pinang kerana selalu melakukan kerja-kerja 'busuk'.


Dua, tiga hari yang lepas, Guan Eng yang tak pernah serik melakukan kerja-kerja 'busuk' beliau untuk orang-orang melayu dan mamak-mamak yang berugama islam di Pulau Pinang, buat hal lagi.


Kali ini dia telah buat satu lagi kerja 'busuk' untuk orang-orang melayu Pulau Pinang.


Kerja 'busuk' Guan Eng untuk orang-orang melayu dan mamak-mamak yang berugama islam kali ini ialah, dia telah menggunakan kapisiti dia sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memberikan sebidang tanah milik kerajaan negeri yang bernilai RM 73 Juta ringgit, yang bertujuan mahu membina sebuah komplek Mahkamah Syariah setinggi 7 tingkat yang bernilai RM 36 Juta ringgit, di Jalan Scotland-Jalan Batu Gantung.


Komplek 7 tingkat ini akan menggantikan banggunan 2 tingkat yang telah digunakan sekian lama (semenjak zaman BN/umno perintah) sebagai mahkamah syariah selama hampir 15 tahun. Komplek ini juga akan menempatkan mahkamah rendah syariah, 4 mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rayuan dan juga sebuah perpustakaan yang hanya akan menyimpan buku-buku berkenaan dengan islam.


Dalam projek pembangguan yang bernilai RM 36 juta ringgit ini juga Guan Eng sekali lagi telah menyisihkan kontraktor melayu Pulau Pinang apabila sebuah syarikat pembinaan bumiputera 100% IHS Utara Malaysia Sdn.Bhd., telah diberi tender tersebut untuk menyiapkanya.


dollah yankee -
..Kah..Kah..Kah..Guan Eng memang barua dan kurang ajaq !

Tiada ulasan: