RAKYAT MARHAEN |
- Tiada alasan kukuh tolak laporan minoriti
- Pembaharuan dilambatkan walaupun pilihan raya semakin hampir
- Najib and The Pied Piper of Malaysia
- Banyak syor PSC di luar kuasa SPR
- BERSIH 3.0: Duduk Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April
- Bersih 3.0 diteruskan 28 April dengan 'Duduk Bantah'
- MCA desak k'jaan batal projek Lynas
- Rasmi : Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka
- ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis
- M'sian Parliament throws out democracy - suppresses minority report for clean polls
- Tornadoes sweep across Texas in US
- Tinjauan tempat kejadian letupan bom Hat Yai
- MICCAF: 'No platform for Malaysian Indian talents in Astro'
- Negara Zina : Mudahnya gugur janin
- Mentadbir negara dengan slogan kosong
- Cerita sebalik kempen jangan tukar pemandu
- Bila PM Jadi Semberono Dan Syok Sendiri...
- Yang Tidak di Lapurkan oleh Najib.
- Tolak laporan minoriti, cubaan tutup daftar pemilih kotor
- Tidak mustahil BN beri percuma Putrajaya menjelang PRU14
- Seandainya PKR Diharamkan Menjelang PRU13
- Bersih 2.0 kecewa Parlimen tidak bahas laporan PSC
- PSC: 'Laporan kurang cadangan spesifik jangka pendek'
- Kisah penipuan Umno BN menjelang pilihan raya
- PSC Pakatan harapan terakhir PRU bersih
Tiada alasan kukuh tolak laporan minoriti Posted: 03 Apr 2012 09:26 PM PDT Ahli Jawatankuasa PSC, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berkata, usul pindaaan dikemukakan kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah ditolak tanpa sebarang alasan kukuh. |
Pembaharuan dilambatkan walaupun pilihan raya semakin hampir Posted: 03 Apr 2012 09:13 PM PDT "PPA, saya rasa belum lagi, kata menteri berkaitan undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz kepada The Malaysian Insider semalam, merujuk kepada Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar, yang mana Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk memberikan lesen percetakan. Read More / Baca Lagi >> |
Najib and The Pied Piper of Malaysia Posted: 03 Apr 2012 09:05 PM PDT Yes, Mr Prime Minister you are right. Pakatan Rakyat is the Pied Piper of Malaysia not Hamelin. Let me refresh your memory, it seems to be a bit rusty. In the town of Hamelin in Germany, the town was infested with rats and the people had to hire a man to get rid of these rodents. This man then used his magical pipe to lure the rats into a river, but the townsfolk reneged on their promise and refused to pay him. So in revenge, on a Sunday when all the folks were in a church, he played his pipe and lured all the children away to teach the people a lesson. So that is the story of the Pied Piper, Mr Prime Minister. But the twist in Malaysia is different because the real pest here is you and your Government, who have been fleecing the people for past fifty-odd years. Fresh start followed by destruction |
Banyak syor PSC di luar kuasa SPR Posted: 03 Apr 2012 09:04 PM PDT Malah, pelaksanaan sebahagian besar syor PSC juga memerlukan persetujuan Kerajaan Pusat selain pindaan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, sebahagian besar syor tidak dapat dilaksanakan ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, sebahagian besar daripada 22 syor yang dikemukakan oleh PSC melibatkan soal dasar, yang secara langsung akan melibatkan keputusan kerajaan dan pembabitan agensi-agensi lain dalam membuat keputusan. Katanya, pelaksanaan syor-syor itu memerlukan penelitian dan perbincangan lanjut. PSC juga mengesyorkan agar sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk memantau pelaksanaan syor-syor yang digariskan dalam laporan awal, yang dibentangkan Disember lalu, dan laporan terakhir semalam. "Banyak perkara yang disebutkan oleh laporan PSC bukan boleh ditentukan oleh SPR semata-mata... ia perlu diputuskan oleh kerajaan dan juga perlu mendapatkan pandangan agensi-agensi lain," kata beliau kepada Sinar Harian Online. SPR dijangka akan mengadakan mesyuarat sama ada esok atau Jumaat ini untuk membincangkan syor-syor PSC. Sehubungan itu, Wan Ahmad tidak menolak kajian dan pelaksanaan syor-syor tambahan PSC akan mengambil masa yang lama, dan kemungkinan besar hanya boleh dilaksanakan selepas PRU13. "Misalnya, soal sistem pilihan raya yang baru, prapendaftaran pemilih apabila mencecah usia 20 tahun, ini semua memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan kerana ia soal dasar. "Jadi, saya melihat ini soal dasar, memerlukan kajian mendalam melibatkan banyak agensi, tidak boleh dilakukan oleh SPR sahaja," kata beliau sambil menambah, "ada syor PSC yang boleh dilaksanakan segera ketika PRU13 dan ada yang tidak boleh dilaksanakan dengan segera." Katanya, penggunaan dakwat kekal dan pengundian awal, sebagai contoh, boleh dilaksanakan dengan segera tanpa melibatkan soal dasar. Laporan akhir PSC setebal setebal 79 muka surat, yang mengandungi 22 syor penambahbaikan proses pilihan raya yang dibentangkan oleh Pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, di Dewan Rakyat semalam. Ia diluluskan tanpa dibahaskan selepas dipulau oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat apabila Speaker Dewan Rakyat menolak usul menerima laporan minoriti. |
BERSIH 3.0: Duduk Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April Posted: 03 Apr 2012 08:54 PM PDT Jawatankuasa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil BERSIH 2.0 mengumumkan bahawa Perhimpunan BERSIH 3.0 akan berlangsung jam 2 petang, 28 April di Dataran Merdeka. Perhimpunan "Duduk Bantah" ini juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia. Demikianlah pengumuman Jawatankuasa BERSIH 2.0 dalam satu sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, jam 11 pagi tadi. Sebelum ini, MerdekaReview memetik sumber yang memaklumkan bahawa seandainya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tidak mencadangkan dalam laporannya, lapan tuntutan BERSIH 2.0 untuk dilaksana sebelum PRU 13; atau kerajaan memberi reaksi yang negatif, maka persediaan JOM 100 bakal ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0. Semalam, laporan Jawatankuasa Penambahbaikan Proses Pilihanraya (PSC) diluluskan dalam Dewan Rakyat tanpa perbahasan. Pembangkang memohon agar laporan minoiti daripada pihaknya dibentangkan bersama laporan PSC, namun ditolak Tuan Speaker Dewan Rakyat. BERSIH 2.0 menyatakan kekecewaan terhadap laporan PSC, malah menganggap PSC kehilangan satu peluang keemasan untuk memperbetulkan kesilapan yang sedia ada. |
Bersih 3.0 diteruskan 28 April dengan 'Duduk Bantah' Posted: 03 Apr 2012 08:49 PM PDT Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur. Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.' Read More / Baca Lagi >> |
MCA desak k'jaan batal projek Lynas Posted: 03 Apr 2012 08:46 PM PDT MCA tampil dengan gesaan baru ke atas kerajaan supaya tidak membenarkan syarikat Lynas Corporation daripada terus mengusahakan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan. Dalam satu kenyataan semalam, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu bukan lagi soal keselamatan loji. Sebaliknya, perkara itu merupakan hasrat majoriti rakyat yang menentang projek Lynas, kata Chua. "Sebagai kerajaan yang responsif dan sensitif, yang menghormati pandangan rakyat, MCA menggesa kerajaan persekutuan untuk membatalkan projek itu. Read More / Baca Lagi >> |
Rasmi : Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka Posted: 03 Apr 2012 08:39 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 April: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini. Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perkara itu akan diumumkan jawatan kuasa pemandu NGO itu pada satu sidang media di sini, pagi ini. |
ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis Posted: 03 Apr 2012 08:30 PM PDT Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta. Read More / Baca Lagi >>Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu. |
M'sian Parliament throws out democracy - suppresses minority report for clean polls Posted: 03 Apr 2012 08:23 PM PDT The much anticipated with hope debate on the PSC report on electoral reforms in Parliament has been blotched. And with that, democracy in Malaysia has been slayed without mercy. The Bersih 2.0 that was once branded as "unlawful" had withstood the anti-democracy pirates' agenda and peacefully navigated into the august house of Parliament the rakyat's demand for a clean, free and fair elections. The PSC report that was commissioned after much resistence, reflected the rakyat's and the sensible leaders' aspirations to give Malaysia the very brand of democracy that the world-over champions, sanctions and nurtures. But after all the hard work and commitment to put Malaysia on the world's pedestal of democratic rights and civil liberties, the very pinnacle of democracy - the House of Parliament, throws out democracy. A dark day |
Tornadoes sweep across Texas in US Posted: 03 Apr 2012 08:19 PM PDT |
Tinjauan tempat kejadian letupan bom Hat Yai Posted: 03 Apr 2012 08:17 PM PDT |
MICCAF: 'No platform for Malaysian Indian talents in Astro' Posted: 03 Apr 2012 08:15 PM PDT |
Negara Zina : Mudahnya gugur janin Posted: 03 Apr 2012 08:14 PM PDT |
Mentadbir negara dengan slogan kosong Posted: 03 Apr 2012 12:14 PM PDT Oleh Lee Khai Loon Pencapaian Perdana Menteri Najib Razak selama tiga tahun seperti yang dibentangkan dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 sebenarnya mempunyai jurang yang besar dengan keadaan yang sebenar. Banyak janji dan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan Umno/BN tidak tercapai malah gagal mencapai matlamat yang disasarkan. PM Najib Razak telah menjadi seorang pemimpin yang mentadbir negara dengan slogan kosong. Najib membuat pembentangan dengan profil yang tinggi sempena pilihanraya umum ke-13 yang semakin dekat, seolah-olah mengutarakan manifesto pilihan raya Umno/BN. Read More / Baca Lagi >> |
Cerita sebalik kempen jangan tukar pemandu Posted: 03 Apr 2012 12:12 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak semalam mengingatkan rakyat supaya tidak menukar pemandu dalam perjalanan, merujuk kepada kepimpinan beliau. Najib mengingatkan bahawa pakatan pembangkang hanya menabur janji sedangkan tugas sebenar dilakukan oleh pentadbiran beliau dan pemerintah BN. Slogan jangan menukar pemandu di tengah perjalanan ini ialah satu variasi slogan Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln dalam kempen pilihan raya presiden AS pada 1864; "Don't change horses in midstream." Read More / Baca Lagi >> |
Bila PM Jadi Semberono Dan Syok Sendiri... Posted: 03 Apr 2012 12:09 PM PDT Oleh Shahbudin Husin Isnin malam, Perdana Menteri membentangkan laporan pencapaian program GTP dan ETP yang dirangkanya untuk rakyat sejak tiga tahun lalu. Beliau menerangkan kejayaan-kejayaan yang dicapai melalui program itu sama ada dalam bentuk jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Melihat dari cara Najib berdiri, bercakap, menghuraikan satu demi satu kejayaan dan memberi markah kepada dirinya sendiri, jelas benar bahawa beliau syok sendiri pada malam itu. Dengan bercakap secara sehala kepada rakyat melalui siaran langsung ke seluruh negara, beliau seolah-olah hanya mahu rakyat menerima saja apa yang dibentangkan itu dan melupakan seketika realiti kehidupan sebenar yang sedang dilalui. Read More / Baca Lagi >> |
Yang Tidak di Lapurkan oleh Najib. Posted: 03 Apr 2012 12:05 PM PDT Oleh SAKMONGKOL47 Saya ingatkan orang hanya akan ulula-hing ( wanita Arab akan mengeluarkan bunyian seperti kicauan burung tanda suka- dalam BI di sebut sebagai ululating) bila mendengar ucapan Najib malam tadi. Rupa rupa nya ada jugak orang yang mendapat mimpi basah dan meneriak-aku sungguh tertarik Maka atas dasar dia seorang sahaja yang tertarik dan super teruja, tambahan pula kerana tertekan oleh ransangan mimpi basah- serta merta mengistiharkan BN pasti menang. Astagha! Yang kita nak bercakap seolah olah mendapat orgasm ini kenapa- kita tunggu sahajalah bila PRU tiba. Sama ada Najib yang di jangka akan membelanjakan RM 2 juta per calun parlimen dan RM 1 juta untuk ADUN akan menang selesa. Maka tidaklah memelikkan sangat jika kerajaan UMNO hari ini menjalankan banyak corporate maneuver untuk menghimpun dana. Read More / Baca Lagi >> |
Tolak laporan minoriti, cubaan tutup daftar pemilih kotor Posted: 03 Apr 2012 12:02 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 April: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan penolakan usul laporan minoriti oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini sebagai cubaan untuk menutup kepincangan dalam daftar pemilih. Ini kerana katanya, laporan minoriti itu antara lain secara jelas mengemukakan bukti senarai daftar pemilih belum bersih. Beliau merujuk isu 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi yang berkongsi alamat sama. "Bagi saya jelas menunjukkan keangkuhan, tidak mahu dengar, dan tidak bagi ruang untuk kita bagi penjelasan dan tunduk kepada tuntutan Umno. "(Ini kerana) saya lihat laporan minoriti itu mendedahkan bahawa SPR gagal memastikan senarai pemilih yang sah," katanya pada sidang media bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat petang tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Tidak mustahil BN beri percuma Putrajaya menjelang PRU14 Posted: 03 Apr 2012 11:56 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala meramalkan Malaysia akan bankrap pada tahun 2019. JEMPOL: Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tidak mustahil Umno-Barisan Nasional (BN) akan menyerahkan Putrajaya dengan percuma kepada Pakatan Rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.Mohamad Sabu yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu memberikan andaian tersebut apabila merujuk kepada kenyataan beberapa pakar ekonomi baru-baru ini pada majlis ceramah umum di Dataran Muasasah Darul Sharif, Batu Kikir, Jempol yang dihadiri lebih 1,000 penyokong malam Ahad lalu. "Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala meramalkan Malaysia akan bankrap pada tahun 2019. Pakar ekonomi, pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) berkata Malaysia mungkin akan bankrap pada 2015. Read More / Baca Lagi >> |
Seandainya PKR Diharamkan Menjelang PRU13 Posted: 03 Apr 2012 11:52 AM PDT Oleh: Tok Janggut Setelah berbagai cara, fitnah dan tipudaya dilakukan oleh puak UMNO untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak atau jangan menyokong Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat gagal, kini ada desas desus yang belum pasti yang akan dilakukan oleh UMNO sebagai jalan terakhir yang kononya untuk menguburkan Parti Keadilan Rakyat menjelang PRU13 nanti. Jalan terakhir yang akan diambil ialah dengan cara mengharamkan PKR menjelang PRU13 nanti, dengan itu UMNO berharap tidak akan ada calun dari PKR yang akan bertanding nanti. Namun begitu, UMNO pasti sedar bahawa Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan awal sekiranya berlaku perkara ini kerana PKR sudah sedia maklum akan kezaliman, penipuan yang bakal dilakukan oleh UMNO kelak. Read More / Baca Lagi >> |
Bersih 2.0 kecewa Parlimen tidak bahas laporan PSC Posted: 03 Apr 2012 11:48 AM PDT Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kecewa dengan pendekatan diambil Dewan Rakyat - meluluskan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan soal penambahbaikan sistem pilihan raya tanpa bahas petang tadi. "Tambahan lagi, kami kecewa dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan (permintaan) memasukkan Laporan Minoriti bersama dengan laporan PSC," kata Bersih 2.0 dalam kenyataan media dikeluarkan petang ini. Read More / Baca Lagi >> |
PSC: 'Laporan kurang cadangan spesifik jangka pendek' Posted: 03 Apr 2012 11:42 AM PDT Laporan jawatankuasa pilihan khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya (PSC) yang dikeluarkan hari ini mengandungi cadangan jangka panjang yang positif tetapi kurang cadangan spesifik untuk jangka pendek, kata NGO pemantau pilihan raya. Institut Kebangsaan untuk Ketelusan Pilihan Raya (NIEI) berpendapat, kebimbangan utama yang pernah dibangkitkan dalam laporan sama, antaranya berhubung dakwaan penyelewengan dalam daftar pemilih. "Kami berpandangan berkembangannya tanggapan negatif terhadap pendaftaran pengundi dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang membentuk krisis keyakinan yang besar dalam sistem pilihan raya kita," kata pemangku pengerusinya K Shan. Read More / Baca Lagi >> |
Kisah penipuan Umno BN menjelang pilihan raya Posted: 03 Apr 2012 11:40 AM PDT Penipuan Umno-BN untuk dalam pilihan raya bukanlah perkara baru. Setiap kali Pilihan Raya Umum berlangsung, pelbagai cerita didengar dan pelbagai kaedah penipuan dilaksanakan. Sama ada cerita itu memang berlaku atau sebaliknya, hanya yang terbabit sahaja yang mengetahuinya. Read More / Baca Lagi >>Namun dalam-dalam banyak cerita itu, saya berpeluang mengetahui salah satu pembohongan tersebut. Peristiwa ini berlaku dalam pilihan raya umum 1986. Selepas pembubaran parlimen, kesemua parti yang bertanding berkempen untuk menarik perhatian pengundi. Ketika itu saya bersekolah menengah tetapi bukanlah orang yang jahil tentang perkembangan semasa. |
PSC Pakatan harapan terakhir PRU bersih Posted: 03 Apr 2012 11:38 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 April: Rakyat kini meletakkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dianggotai oleh Pakatan Rakyat sebagai harapan terakhir bagi mempertahankan sebuah pilihan raya yang benar-benar adil, bersih dan telus. Read More / Baca Lagi >>"Jika tidak rakyat terpaksa mengharungi sekali lagi pilihan raya ke 13 dengan penuh unsur penipuan," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar). Justeru, tegasnya DPPM menyokong anggota PSC dari Pakatan Rakyat yang menggesa lima masalah pilihan raya yang masih belum diselesaikan PSC untuk diberikan perhatian sewajarnya di parlimen. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan