Selasa, 24 April 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Kalau ke Kelantan, datanglah ke pejabat saya- MB KELANTAN

Posted: 24 Apr 2012 05:33 AM PDT

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), melahirkan rasa dukacita terhadap menteri-menteri dan timbalannya yang datang ke negeri ini tetapi tidak pernah mengunjungi pejabat beliau.

Katanya, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalannya mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.

"Dia nak datang tu, datanglah, (Kelantan) tetapi kalau boleh datanglah ke pejabat menteri besar, sebab dia ada kerajaan dan ada ketuanya sendiri.

"Sejak saya menjadi menteri besar hampir 22 tahun ini, hanya ada dua orang menteri sahaja yang bersedia datang bertemu saya, baik dia iaitu Menteri diJabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nazri Aziz.

"Seorang lagi yang sempat bertemu saya bekas Menteri Pertanian, kalau tak silap saya bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, orang lain tak datang,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan awal Mei ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ketika ditanya adakah lawatan itu ada kaitan dengan pilihanraya semakin hampir, beliau berkata terpulanglah kerana pilihanraya atau sebaliknya, sebab PAS sendiri turun ke seluruh negara khususnya sebagai persiapan menghadapi pilihanraya.

"Tetapi soalnya sekarang rakyat mesti faham untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang ditadbir PAS apa dosa yang telah dilakukan oleh parti Islam ini,"ujarnya.

Sambungnya lagi, perjuangan PAS menarik manusia kembali pada ajaran Allah yang sebenar.

Sambungnya, selepas manusia mati sudah pasti akan dibangkitkan semula sama ada mahu atau sebaliknya tetap akan dihidupkan semula.

Sambil merujuk surah Yaasin ayat 51 dan 52, Tuan Guru berkata, setiap manusia yang mati akan dihidupkan semua untuk menerima pembalasan di akhirat.

Kerana itu tambahnya, PAS telah membawa ajaran yang selari dengan Islam kerana ianya menjadi tanggungjawab perjuangan umat Islam.

PAS Enggan Benarkan Zaid Ibrahim Bertanding Di Parlimen Kota Baru

Posted: 23 Apr 2012 04:35 PM PDT


PAS Kota Baru enggan memberikan ruang kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen tersebut pada pilihan raya umum ke-13. Timbalannnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kepimpinan PAS di peringkat negeri telah mencapai konsesus bahawa kawasan Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan akan hanya ditandingi oleh ahli PAS.

"Kami tidak akan menyerahkan sebarang kerusi kepada sesiapa pun termasuk parti dalam Pakatan Rakyat. Semua kawasan di sini kepunyaan PAS," katanya.
Beliau berkata Zaid boleh bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru sebagai calon Parti Kita tanpa perlu mendapatkan sokongan daripada Pakatan Rakyat.
Pada Ahad, Zaid dilaporkan berkata beliau berminat untuk bertanding di Parlimen Kota Baru kerana beliau pernah bertanding di kerusi tersebut sebelum ini.
Beliau berharap PAS akan memberikan laluan kepadanya.
Takiyuddin berkata Zaid telah memulakan siri jelajah untuk mempromosikan dirinya sebagai calon yang sesuai di kerusi berkenaan.
Beliau mendakwa Zaid juga telah memberi tanggapan kepada orang ramai bahawa dia mempunyai hubungan kerjasama dengan PAS.
"Saya ingin tegaskan di sini, Zaid tidak akan tersenarai dalam kempen pilihan raya kita, Beliau ada partinya sendiri," kata Takiyuddin.
Beliau berkata PAS Kelantan telah belajar daripada sejarah hitam yang lalu kerana membenarkan Datuk Paduka Ibrahim Ali bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum 2008.
"Selepas Ibrahim menang, beliau memutuskan kerjasama dengan PAS dan menubuhkan badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak orang Melayu iaitu Perkasa dan ia menjadi ancaman bukan sahaja kepada PAS malah penduduk bukan Bumiputera di negara ini.
"Kami tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekali digigit cukuplah," kata Takiyuddin.

Tiada ulasan: