Pahang Daily Online |
- Panas: Lagi "Bukti Penipuan" Daftar Pemilih SPR !
- Panas: 'Mufti Pahang', Tak Bayar Pinjaman Haram Tapi Apa Pula Hukumnya Riba Yang Di Caj PTPTN!
- Risiko Jika Tandatangan Borang Pentadbir Tanah
- Aktivis Anjur Acara Tanda Tangan Aku Janji, Batal Lynas Di "Taman Esplanade" Kuantan Petang Ini !
- Mazlan Bidas Ahmad Maslan Serta Dakwa Felda Di Gugat Perompak Sebangsa Dan Bukan Sebaliknya!
- Video: Kadir, Media Malaysia 100% Tidak Bebas !!
Panas: Lagi "Bukti Penipuan" Daftar Pemilih SPR ! Posted: 23 Apr 2012 10:41 PM PDT IC yang mempunyai tarikh luput dikenali sebagai Mykas dan dulu ia berwarna hijau. Tak kisahlah warna apa pun tetapi menurut undang-undang MYkas yang mempunyai tarikh luput ia tidak layak untuk mendapat beberapa keistimewaan dan salah satunya ia tidak boleh mengundi....Kini Mykas tak taulah kenapa boleh jadi Mykad pulak dikeluarkan berwarna biru beserta dengan tarikh luput.....Tengok gambar dan boleh check sendiri di SPR kenapa wanita ini ada dalam daftar mengundi sedangkan ia memiliki Mykas. Untuk info lanjut sila buat semakan di laman Suruhanjaya Pilihan Raya di SINI - Sumber: FB Gallery |
Panas: 'Mufti Pahang', Tak Bayar Pinjaman Haram Tapi Apa Pula Hukumnya Riba Yang Di Caj PTPTN! Posted: 23 Apr 2012 10:03 PM PDT KUANTAN, 24 April - Ramai yang terkejut dengan kenyataan Mufti Pahang Dato' Abdul Rahman Othman (foto) baru-baru ini yang mengatakan haram hukumnya bagi mereka yang tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Beliau berkata demikian selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik, Bentong Katanya, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya. "Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya. Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. Persoalan ini menyebabkan ramai pihak yang keliru dengan kenyataan Mufti terbabit sebenarnya. Tambahan pula apa yang terkeluar dari mulutnya itu dilihat seperti mengikut skrip semata-mata. Jika benar hukum tidak membayat PTPTN itu haram, maka ramai yang mempersoalkan apakah pula hukumnya PTPTN itu sendiri mengenakan "interest" atau "bunga" kepada para peminjam. Bukankah itu adalah "Riba" dan haram hukumnya di sisi Islam. Kenapa Mufti Pahang tidak pula mengulas isu berkenaan dan hanya berselera untuk menghukum mereka yang tidak membayar semata-mata, sedangkan dia sendiri tahu duit PTPTN yang dikutip itu juga haram kerana mempunyai unsur riba yang nyata. Justeru, usahlah Mufti Pahang cuba untuk mencari publisiti murahan untuk membela PTPTN dalam hal ini. Sepatutnya sebagai Mufti beliau harus berani menegur "akarnya" terlebih dahulu sebelum "pucuk". Oleh itu, elok benar jika beliau "berdiam diri" dari terus berkata-kata demi jaga imej dan maruah beliau. Benda yang tiada kaitan laju Mufti nak ulas, tapi isu Ratu Cantik Mak Nyah yang pernah kami bongkar dulu, hingga kini Mufti masih diam membisu Pinjaman PTPTN dikenakan bunga atau dalam istilah Islamnya disebut 'riba' sama-sama kita tunggu kenyataan dari Mufti Pahang selepas ini hendaknya [Mufti Pahang sehingga kini masih lagi belum keluarkan fatwa berhubung pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah "Miss Malaysia Pahang 2010" yang diadakan di Hotel Vistana Kuantan dulu. Persoalannya, kenapa beliau tergamak mengeluarkan kenyataan yang tidak merujuk kepada pihak-pihak yang lebih arif sedangkan beliau lebih tahu hukumnya. Jika peminjam PTPTN itu dikatakan haram kerana gagal membayar pinjaman mereka. Maka Mufti Pahang juga perlu berani mengeluarkan fatwa apakah hukumnya UMNO BN menggunakan wang untuk merahsuah pengundi setiap kali musim pilihanraya terutamanya di negeri Pahang ini. Apakah Mufti "ada berani"?. Mufti Pahang sebenarnya tidak mempunyai kreadibili untuk menegur sesuatu berkaitan dengan Islam kerana maksiat yang berlaku di negeri Pahang sepatutnya beliau jaga masih belum sempurna. Oleh itu, usahlah mendabik dada untuk mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Sedangkan riba yang dikutip oleh PTPTN itu dipandang "halal" pula oleh beliau agaknya. Insaflah Mufti!]. |
Risiko Jika Tandatangan Borang Pentadbir Tanah Posted: 23 Apr 2012 09:45 PM PDT |
Aktivis Anjur Acara Tanda Tangan Aku Janji, Batal Lynas Di "Taman Esplanade" Kuantan Petang Ini ! Posted: 23 Apr 2012 08:47 PM PDT KUANTAN, 24 April - Aktivis membantah Lynas akan menganjurkan satu program yang dinamakan Musim Menuai "Harapan Untuk Malaysia" dimana mereka mempelawa ahli-ahli politik daripada mana-mana parti untuk bersama rakyat menandatangani "aku janji" untuk membatalkan projek kilang memproses rare-earth yang sedang menghantui rakyat Kuantan sekarang ini. Menurut pengerusi penganjur program tersebut, Vincent Jiam (foto) menegaskan acara akan diadakan pada jam 3.00 petang ini (Selasa) di Taman Esplanade berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini. Khabarnya ramai ahli-ahli politik akan turut hadir petang ini termasuk Dr.Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput) dan yang lainnya. Acara simbolik itu bagi mendapatkan sokongan pemimpin politik untuk bersama-sama rakyat dalam kempen bantahan Lynas. Malah, buku harapan yang disediakan itu akan dihantar kepada pihak yang berkenaan sebagai tanda semua rakyat termasuk orang politik turut membantah projek berkenaan. Sementara itu difahamkan, sebelah malam ini pula satu program ceramah akan diadakan di Giri Curry House, Jalan Air Putih. Ceramah bertajuk "1Care-Lynas-EO-PRU13" itu akan disampaikan oleh ahli parlimen terbabit. Kehadiran adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir. [Nampaknya, semakin hari semakin banyak program bantahan Lynas yang dilakukan oleh rakyat Kuantan. Mereka terus membanta sehinggalah projek tersebut dibawa keluar dari bumi Pahang ini. Rakyat sebenarnya tidak mahu menanggung risiko untuk berhadapan dengan projek berkenaan. Tambahan pula, Lynas sendiri masih keliru ke manakah mereka akan menghantar sisa buangan rare earth yang sudah diproses itu. Malah, kenyataan Presiden MCA bahawa mereka hanya akan sokong Lynas jika sisa tersebut dibawa keluar dari negara ini jelas sekali membukti beliau begitu takut akan kehilangan sokongan masyarakat Tionghua kepada parti itu pada Pilihanraya Umum akan datang. Apa yang pasti Lynas tetap akan ditolak oleh rakyat walau dalam apa jua cara sekali pun. Selamatkan Bumi!]. |
Mazlan Bidas Ahmad Maslan Serta Dakwa Felda Di Gugat Perompak Sebangsa Dan Bukan Sebaliknya! Posted: 23 Apr 2012 08:16 PM PDT KUALA LUMPUR, 24 April - Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (foto) di Dewan Negara semalam bahawa Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia adalah merupakan satu inisiatif tepat sejajar dengan matlamat transformasi negara terhadap industri sawit negara ke pasaran saham adalah amat melucukan sama sekali. Ini kerana FGVH itu sendiri bukanlah sebuah syarikat yang kukuh, malah telah mengalami kerugian berbilion ringgit dalam operasinya selama ini. Maka, wajarkah syarikat yang sebegitu mahu menelan saham-saham yang lebih besar seperti Felda itu sendiri, jika tidak ada permainan "belakang"?. Malah, lebih mengejutkan apabila Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat keputusan mengejutkan apabila memecat dan memaksa semua pegawai Felda yang tidak bersetuju dengan cadangan itu "letak jawatan" dan "direhatkan". Cara pun sudah salah macam mana Ahmad Maslan boleh kata ia mendapat sokongan. Malah lebih mengejutkan lagi tiga orang Ahli Pembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang juga menjadi Ahli Lembaga Felda Holdings itu sendiri pun dipecat gara-gara tidak sehaluan dengan mereka. Ahmad Maslan "Kita sudah setuju untuk senaraikan pada Jun ini, namun apa yang penting kita lihat harga sawit amat tinggi dan sesuai untuk mengapung syarikat perladangan di negara ini," katanya semasa menjawab soalan tambahan Senator Mumtaz Md Nawi mengenai rasional FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia pada Jun ini. Terdahulu, ketika menjawab soalan Senator Ahmad Hussin mengenai faedah yang akan dinikmati peneroka dan kakitangan Felda apabila FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia, Ahmad berkata kajian manfaat penyenaraian telah dibuat dengan teliti oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan bersama perunding strategi serta penasihat. "Kajian itu merumuskan bahawa FGVH berada di landasan kukuh untuk disenaraikan pada pertengahan tahun ini berdasarkan prospek perniagaan serta industri yang memberangsangkan," kata beliau. Mazlan Aliman berucapk semasa Konvensyen Hala Tuju Felda baru-baru ini yang mendakwa Felda digugat perompak sebangsa dan bukan sebaliknya Beliau berkata proses penyenaraian yang dimulakan pada suku akhir tahun lepas kini berada pada fasa terakhir termasuk menunggu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan pihak berkuasa berkaitan. "Risiko perniagaan tetap ada dalam apa jua perniagaan, namun saham melibatkan perladangan serta minyak sawit adalah stabil. Apabila FGVH tersenarai kelak, ia akan tertakluk kepada peraturan serta garis panduan tadbir urus yang ketat bagi memastikan pengurusan risikonya lebih sistematik, menyeluruh dan telus. "Ia juga akan dapat meningkatkan keupayaan FGVH untuk menguruskan risiko-risiko perniagaan dengan lebih baik," katanya. Soalnya sekarang, apakah rakyat terutamanya masyarakat peneroka boleh percaya urusan berkenaan akan dibuat secara telus seperti yang diwar-warkan. Jika tindakan Isa Samad memecat dan memaksa itu boleh dikatakan telus, maka sudah pasti hasilnya juga nanti adalah penuh dengan penipuan serta penyelewengan. [Jawapan dari Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman ini diharap dapat menghuraikan segala kekalutan yang berlaku. Peneroka tidak harus ditipu buat selama-lamanya hanya kerana pucuk pemerintah terpaksa akur dengan kebobrokan Tan Sri Isa Samad. Beliau jelas tidak layak untuk mengendalikan sebuah agensi seperti Felda kerana dia sendiri terbukti telah dihukum oleh UMNO akibat rasuah wang ketika pemilihan parti itu. Walau pun dia dilepaskan selepas beberapa tahun, namun dia memang "perasuah". Maka, mana mungkin PM Najib Razak tergamak menganggat beliau jika tiada rahsia tersembunyi di sebaliknya. Kini Isa Samad bebas merompak harta dan hasil mahsul Felda untuk kepentingan peribadi dan proksinya. Siapa saja yang menghalang dan menentang pasti akan dinyahkan tanpa usul periksa. Isa Samad jadikan Felda sebagai harta "mak bapak" dia. Inilah yang berlaku dan perlu di sedari oleh warga Felda seluruh negara sekarang. Maka, lakukanlah perubahan!]. |
Video: Kadir, Media Malaysia 100% Tidak Bebas !! Posted: 23 Apr 2012 07:52 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan