Ahad, 15 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: 'MB Pahang' Di Gesa Tarik Balik Kenyataan Perkauman Kepada 'Orang Cina' Dalam Isu Lynas!

Posted: 15 Apr 2012 06:40 AM PDT

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) di gesa menarik balik beberapa kenyataan panas kononnya orang Cina yang menentang projek Lynas di Gebeng itu kemungkinan besar mendapat kerjasama dengan Asia Pasifik China Chamber Of Commerce. Adnan berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan seorang rakyat Australia di pejabatnya beberapa bulan yang lalu. Dalam wawancara iu, Adnan tanpa usul periksa dengan berani membuat kenyataan seperti berikut "Saya telah buat sikit kajian dan saya perhatikan dalam dunia sekarang ini bahawa tanah jarang (rare earth) buat masa ini dikeluarkan dengan banyaknya oleh negara China. Negera Cina mengawal hampir 97% pasaran tanah jarang ... dan Amerika Syarikat punyai rizab yang besar iaitu 13 juta matrik tan . Buat masa ini pengeluar terbesar ialah negara China .. dan kita harus ingat, China mempunyai rangkaian perniagaan yang sangat teratur yang mempunyai struktur yang baik melalui Asia Pasifik China Chamber Of Commerce... Itu sebab kita dapat lihat di Malaysia, terutama di Kuantan mereka yang menentang terdiri daripada ramai pemimpin-pemimpin dan persatuan-persatuan orang Cina, dan kita tak boleh tolak kemungkinan bahawa ada kerjasama yang mungkin tidak diuruskan secara rasmi, tetapi kerjasama dengan dasar tahu sama tahu..... dan kita dapat lihat rata-rata di Kuantan ini yang menentang ialah orang-orang Cina. Kita rasa yakin ada kaitan ...." Sila rujuk video dibawah sebagai bukti kukuh berkenaan dakwaan yang telah dibuat oleh Menteri Besar Pahang ini.

 

Kenyataan Adnan ini bukan sahaja tidak berasas, malah ia satu usaha terdesak untuk menyelamatkan diri beliau daripada terpalit dengan isu Lynas itu sebenarnya. Malah, susulan daripada kenyataan itu maka ramai pemimpin UMNO dengan bangganya mengatakan orang Cina di Kuantan berjuang menentang Lynas sebab dengki kerana kaum terbabit tidak mendapat projek dengan Lynas. Mereka mengatakan Lynas hanya mengambil kontraktor dan syarikat bumiputera untuk berkerjasama dengan mereka terutamanya melibatkan kontrak-kontrak besar di kilang itu sejak dari awal pembinaannya hinggalah seorang. Mereka menuduh, orang Cina di Kuantan sengaja menimbulkan isu sebab mereka cemburu dan irihati projek itu dimonopoli oleh kontraktor yang berbangsa Melayu.
Franky (Cina) Yang Jual Tanah Itu Kepada Lynas
Namun, apa yang mengejutkan selepas beberapa siasatan yang PDO jalankan, ternyata dakwaan mereka meleset sama sekali. Difahamkan, kontraktor terbesar yang mendapat projek itu adalah berbangsa Cina iaitu syarikat  Franky Construction Sdn Bhd. Difahamkan tanah seluas 250 ekar yang kini menjadi tapak kilang Lynas juga adalah kepunyaan syarikat terbabit menerusi Frankyland. Tidak dapat diketahui berapa juta ringgit tanah terbabit dijualkan kepada Lynas Corporation dari Australia itu.
Bukti, laporan dari laman web Frankyland tentang tanah itu
Tanah hutan bakau yang sudah lama tidak digunakan itu dipercayai dijual oleh seorang kontraktor Melayu yang kini merupakan orang kuat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang (DPMM) dengan kerjasama proksinya di Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Franky membeli tanah terbabit dengan nilaian jutaan ringgit dan syarikat itu juga berjaya mendapatkan tender kontrak yang berkaitan di dalam Lynas dengan jumlah puluhan juta ringgit (RM64,842.595.00) juga.  Ini bermakna, orang Cina sebenarnya mendapat untung lumayan daripada projek Lynas. Maka tidak timbul soal orang Cina berdengki dengan orang Melayu lantaran itu mereka membantah projek tersebut sebenarnya. Menteri Besar Pahang harus memahami semua ini dan tidak terus menyerang dengan menggunakan alasan perkauman untuk menidakkan usaha orang Cina menghalang projek berkenaan. Malah, selain orang Cina ramai lagi orang Melayu dan bangsa lain yang turut menentang.

Untuk bukti keterangan lanjut berkenaan paparan ini sila klik laman  CIDB
laporan ini bukti Franky dapat kontrak bernilai (RM64,842.595.00)
[Dengan pendedahan ini, diharapkan dapat membuktikan apa yang didakwa oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dan lain-lain pemimpin serta penyokong Lynas bahawa projek tersebut dibantah oleh orang-orang Cina kerana mereka dengki dan irihati terhadap Lynas adalah meleset sama sekali. Kini terbukti, jelas sekali Lynas ini dibantah kerana faktor risiko keselamatan dan kesihatan yang akan ditanggung oleh rakyat Kuantan 10 atau 20 tahun akan datang. Tidak timbul soal perkauman atau sebagainya. MB Pahang harus berhati-hati dalam mendedahkan sesuatu, agar rakyat tidak terus berkata beliau adalah "MB yang paling bodoh di Malaysia" satu hari nanti. Bercakap memang senang, tetapi rakyat yang akan menghadapinya amat sukar menerima projek ini. Semoga apa yang dibongkarkan ini akan menjadi pengajaran kepada pihak yang berkenaan supaya lebih berhati-hati dalam membuat tuduhan selepas ini hendaknya].

Panas: Tamparan Hebat Kepada Annuar Musa, 50 Ahli UMNO Ketereh "Keluar Parti" Dan Sertai PAS !

Posted: 14 Apr 2012 10:44 PM PDT

KETEREH, 15 April - "Sudah jatuh ditimpa tangga", itulah istilah yang boleh kita gambarkan kepada Ketua UMNO Keterah, Tan Sri Annuar Musa (foto). Beliau yang baru saja digantung dua tahun setengah oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini kehilangan pula orang kuatnya apabila mereka bertindak keluar UMNO malam tadi. Mereka yang keluar bukanlah calang-calang orang kerana mempunyai jawatan, antara mereka ialah Penghulu UMNO (Penyelia Pembangunan Mukim) dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan sendiri. Laporan harakahdaily dipetik, malam tadi seramai 50 orang pengikut setia Anuar Musa di DUN Ketereh bertindak keluar parti  dan menyertai PAS. Mereka terdiri daripaa Penghulu UMNO dari empat mukim di Ketereh yang diketuai oleh Rafia Jusoh,67, dari PPM Lancang. Sementara itu tiga lagi yang berbuat demikian ialah Sanusi Jaya (PPM Buloh Poh), Zakaria Awang Lah (PPM Kayu Rendang) dan Ismail Jaafar (PPM Chegar). Manakala seorang lagi ialah Ketua Pemuda UMNO Lancang, Abdul Rahman Abdul Rahim.  Rafia yang lebih dikenali sebagai Paksu Ya menyerah borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program ceramah yang diadakan di perkarangan rumahnya di Kampung Durian Pahit. Ribuan hadir mengikut ceramah tersebut terpaksa bersila dalam kebun pokok dokong dan bendang kontang memandangkan perkarangan rumah Paksu Ya agak sempit. Manakala kenderaan diletak sejauh hampir satu kilometer dan terpaksa berjalan kaki melintasi bendang padi jauh sayup mata memandang. Paksu Ya yang dilantik sebagai penghulu kerajaan negeri ketika Kelantan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kemudian dilantik pula  sebagai PPM selepas PAS mentadbir Kelantan pada 1990. Jawatan disandangnya sehingga 2010 apabila tidak disambung lagi perkhidmatannya dan tempatnya diganti Ketua Cawangan UMNO Kampung Durian Pahit. Katanya, beliau sudah lama melihat rakyat terutamanya petani didera pemimpin UMNO apabila cuba menyukarkan mereka mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat. "Paksu masih ingat baja cap dacing tidak diberi kepada penyokong PAS. PPM tidak mahu menandatangani borang permohonan milik mereka. "Namun apabila datang ke sini Paksu tak kira terus tandatangan borang mereka tanpa mengira  penyokong PAS atau UMNO. Paksu kasihan melihat mereka datang dari jauh kerana PPM di kampung mereka enggan menurunkan tanda tangan," katanya. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Penyelia DUN Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan Ketua Penerangan PAS Ketereh, Abdul Manaf Abdullah.

[Perkembangan ini merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat bekas Menteri Belia Dan Sukan itu. Beliau kini seolah-olah sudah tidak disenangi lagi oleh penyokong beliau sendiri gara-gara tindakan kurang bijak selepas dia tergamak mempertikaikan dan menggunakan rakyat untuk menyerang peribadi Presiden FAM yang juga Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah. Kini, Annuar Musa bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar dan kemungkinan akan ditendang oleh PM Najib Razak sebagai calon BN di kawasan tradisinya itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Tindakan beliau mempertikaikan keputusan Lembaga Tatatertib FAM akhirnya memakan dirinya sendiri. Justeru Annuar Musa digesa mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku. Usahlah terlalu taksub hingga mengajak rakyat untuk menghina Sultan Pahang dalam kesnya itu].

Tiada ulasan: