MIMPI SENJA |
BERSIH 3.0 Ribuan rakyat sudah banjiri Dataran Merdeka (01.19 pg) Posted: 27 Apr 2012 10:20 AM PDT SILA IKUTI TWITTER SEBELAH UNTUK LAPORAN TERKINI DARI DATARAN MERDEKA / SEKITAR KUALA LUMPUR: Biarpun acara Duduk Bantah dijadual bermula esok, ribuan penyokong Bersih 3.0 mula membanjiri kawasan berhampiran Dataran Merdeka sejak jam 10 malam dan jumlah itu kian meningkat tengah malam ini. Sebahagian juga melaungkan slogan Bersih dan reformasi manakala polis mengawal Dataran Merdeka dengan pagar duri memisahkan penyokong dan pihak berkuasa. Bilangan yang ramai itu menyebabkan kawasan berhampiran sejauh beberapa kilometer dari dataran yang diwarta sebagai larangan melelaui perintah mahkamah semalam, sesak dengan pelbagai lapisan rakyat. Sementara itu, di Taman Melewar, Gombak yang menjadi lokasi terakhir amanat pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, bilangannya juga dianggar lebih 10,000 orang. Mereka yang hampir pasti menyertai perhimpunan yang bertujuan mendesak pemerintah mengadakan reformasi sistem pilihan raya, mulai esok pagi. Tinjauan di paparan laman sosial seperti facebook dan twitter, kebanyakan peserta perhimpunan menyifatkan Bersih 3.0 sudah bermula. "Perhimpunan Bersih akan tersemadi dalam sejarah. Aku bangga menjadi sebahagian daripadanya. Biarlah anak cucuku bercerita di kemudian hari," kata seorang peserta perhimpunan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29631 |
AMK desak Najib tarik balik perintah larang Bersih 3.0 Posted: 27 Apr 2012 05:26 AM PDT SHAH ALAM - Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Khai Loon kecewa dengan tindakan polis untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang Bersih 3.0 mendekati Dataran Merdeka, mulai esok hingga 1 Mei dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan larangan itu. Khai Loon berkata, AMK berpendapat tindakan polis telah menyebabkan usaha kerajaan Umno-BN untuk memulih imej transformasi dan terbuka menjadi slogan kosong sahaja. "Sebenarnya kerajaan mempunyai peluang keemasan untuk membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia, malangnya telah gagal menangani Himpunan Bersih 3.0 dengan bijaksana dan menyebabkan keadaan yang tegang. "Sekiranya Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein telah menyatakan bahawa Bersih 3.0 tidak menggugat keselamatan negara, maka beliau perlu memastikan bahawa dibenarkan untuk berhimpun dengan aman," kata beliau dalam satu kenyataan media, hari ini. Katanya, kerajaan perlu menghormati hasrat rakyat dengan menarik balik perintah larangan serta memastikan tuntutan Bersih 3.0 untuk reformasi sistem pilihan raya dapat dijalankan. Tambah beliau, kerajaan tidak perlu memburuk-burukkan gerakan duduk-bantah Bersih 3.0 atau menuduh perhimpunan aman sebagai penyebab huru-hara kepada masyarakat. "Dari Himpunan Bebaskan Anwar 109 ke Himpunan Hijau 226 telah menunjukkan bahawa peserta himpunan adalah berdisiplin dan rasional. "Kedua-dua himpunan telah membuktikan bahawa dengan adanya kerjasama yang rapat di antara polis dan rakyat, tidak mustahil untuk mengadakan himpunan aman tanpa sebarang keganasan polis untuk tekan hak berhimpun," katanya lagi. Oleh itu, kata beliau, AMK menyeru Najib agar tidak terus berdiam diri atau lari daripada isu kelulusan untuk Bersih 3.0 mengguna Dataran Merdeka. "Perdana Menteri perlu menunjukkan keyakinan pimpinan dengan memperbetulkan karenah birokrasi serta mempertahankan hak untuk berhimpun. Gambar : Tukar Tiub |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan