Kelab Greenboc |
- [Gambar & Video] Sambungan Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - Perarakan Bermula!
- [Gambar & Video] Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - Ribuan Melayu, Cina & India Berhimpun
- [Bergambar & Video] Dah Ramai Kat KL & Mat Sabu Pun Sudah Sampai- updated
- Bendera BERS✔H Kini Di Puncak Everest & Kinabalu
- Keahlian UMNO: Abd Aziz Cawangan Sri Ampang Baru, Wan Ahmad Caw. Kubang Bunggor
- Esok Dunia Menjadi Saksi - Petanda Kepada Tumbangnya Rejim UMNO BN Di Malaysia
[Gambar & Video] Sambungan Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - Perarakan Bermula! Posted: 28 Apr 2012 01:27 AM PDT Sambungan Lintas Lansung 3.50 pm: Polis mula menyembur gas pemedih mata ke arah Puduraya. Peserta himpunan dari Jalan Tun Perak lari bertempiaran ke Jalan Raja Chulan selepas ditembak FRU. MAKLUMAN Seorang kanak2 berumur 3thn nama timangan "Bad" hilang ketika polis melepaskan gas pemedih mata. Bantu kesan kanak2 ini.. Sebarkan... 3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL. 3:49pm Serang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance. 3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis. 3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar. 3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR. 3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata. 3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap. 3.05 pm: Peserta yang tersekat di Jalan Tun Perak berpatah balik ke Dataran Maybank setelah FRU menembak gas pemedih mata. 3.00 pm: Loceng amaran FRU dibunyikan. Sebahagian orang ramai merempuh masuk ke Dataran. Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL. 3:00pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka. 2.58 pm: Arahan bersurai kali kedua dikeluarkan pihak polis 2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai. Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!" Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor. Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara. 2.30 pm: Para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang berucap di tengah-tengah jalan Tun Perak menghala ke Jalan Pudu di depan Wisma Permim. Sambil melaungkan "Hidup Rakyat". 2.24 pm: Peserta yang berkumpul di jalan berdekatan Dataran Merdeka melaungkan "We Want Dataran", diselangi laungan "Buka, buka, buka Dataran". 2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka. 2.15 pm: Lokasi Dataran Maybank - Peserta perarakan Bersih berhenti di Dataran Maybank, menanti kumpulan perarakan yg lain. Jumlah peserta kini mencecah angka ratusan ribu. 2.05 pm: Malaysiakini melaporkan anggaran 75,000 penuhi KL. Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor. Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan. 2.00 pm: Para peserta Bersih dari CM sedang berarak menuju Dataran, bagaimanapun perarakan agak perlahan di depan Bangkok Bank kerana sekatan polis di hadapan BAR Council. 1.40 pm: Lokasi Masjid Negara - Perarakan bermula dan peserta dianggar seramai 10 ribu orang. 1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden Pas TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran. 1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata. 1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran. 1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang. - Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000 - Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000 - Masjid Jamek - 10,000 - TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000 - Masjid Negara - 5,000 1.05 pm: Lokasi Masjid Negara - pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang. 1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek. 1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan. 12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis. 12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara. 12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa. 12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH". 12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut. "Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya. "Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil." 12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku. klik untuk baca |
[Gambar & Video] Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - Ribuan Melayu, Cina & India Berhimpun Posted: 27 Apr 2012 10:24 PM PDT Guna LRT, Monorail dan Komuter ke Dataran Merdeka KUALA LUMPUR: Penyokong Bersih yang menuju ke Dataran Merdeka dinasihatkan menggunakan kenderaan awam khasnya LRT dan Komuter kerana hampir kesemua jalan raya menuju ke pusat bandar kerana disekat atau sesak. Menurut laporan-laporan yang dibuat melalui twitter dan laporan dari orang ramai, kenderaan yang menuju ke pusat bandar diarahkan keluar dari menuju ke situ. Antara jalan yang dilaporkan di sekat adalah jalan Ampang menuju ke KLCC. Kawasan Petaling Street dilaporkan sudah mula penuh dengan manusia berbaju kuning walaupun perhimpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 petang. Tony Pua dalam pesanannya meminta orang ramai menggunakan LRT dan Komuter untuk ke Dataran Merdeka kerana jalan menuju ke situ ditutup. (Laluan menuju Bersih 3.0) Kenderaan yang menuju ke pusat bandar pula diarahkan oleh polis yang bertugas agar keluar dari pusat bandar. Seorang pengguna Twitter, Justine Mei Ern pula melaporkan, Lebuhraya Persekutuan penuh dengan kenderaan yang menuju ke pusat bandar. Mandy Oii pula melaporkan, Monorail yang beliau naiki juga berjalan dengan baik. Beliau turun di stesen Maharajalel dan berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka. Louise La Frouse pula melaporkan, komuter yang beliau naiki pula penuh dengan manusia. "Kelihatan kesemua orang di atas komuter ini menuju ke perhimpunan Bersih," tulis beliau. -HD LINTAS LANSUNG oleh malaysiakini/harakahdaily Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini. 12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Abdul Kadir Sheik Fadzir. 12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling. 12:03: Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur. Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000 Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000 Jalan Petaling - 3,000 Masjid Negara - 2,000 11.59 am: Kumpulan di Masjid negara melaungkan "Bangkit Melayu, Bangkit Cina, Bangkit India, Kita Sama, Sokong Bersih" 11.51am Pasar Seni - Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang. Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. 11.45 am: Kumpulan dari Masjid Jamek dipimpin Azmin Ali tiba di dataran dengan laungan reformasi. 11.42 am: Kumpulan dari Masjid Jamek kini mula beransur-ansur bergabung dengan kumpulan yang berkumpul di dataran merdeka. 11.40 am: Lebih 1,000 peserta Duduk Bantah berkumpul di perkarangan Masjid Negara sementara menunggu jam 2 petang. 11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara. 11.35am Brickfields - Peserta berjumlah kira-kira 1,000 orang, memecah benteng polis dan kini berarak ke arah Dataran Merdeka. Anggota polis kelihatan seperti membiarkan mereka lalu. 11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan. Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku. 11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL. 11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut. 11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan. 11.12am Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. 10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai. 10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek. Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang. 10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka. 10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur. KLCC - 5,000 Jalan Sultan - 4,000 Masjid Jamek - 2,000 Masjid Negara - 1,000 Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000 10.41am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak. Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia. 10.41 am: Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning. Laungan "reformasi" dan "bersih bersih" turut kedengaran. 10.35 am: Lokasi Dataran Merdeka - dianggarkan melebihi 6 ribu orang berkumpul diatas jalan raya. 10.30 am: Lokasi Masjid India - peserta Bersih memenuhi sekitar masjid india dianggarkan mencecah 3 ribu orang. 10.22 am: Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa 10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ. 10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc. 10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai. Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral. "Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui. 10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata. 9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka. 9.45am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan. Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU. 9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu. 9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas. Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi. 9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo. 9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta 9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association. 9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association. 9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning. Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'. Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak. Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula. 9.20am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT 9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup. Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai. Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang. Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas". Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk. 9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal. 9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan. Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat. 9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas. 859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal. 8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk 8.51am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen. 8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal. 840am JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya. 8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka. 8.30am JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara. 8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan. 8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak. 8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak. Ulasan GB: Peniaga makanan & minuman pasti gembira dan tersenyum girang apabila diserbu oleh beribu-ribu orang yang memenuhi gerai mereka semenjak subuh lagi pagi ini. Tertutuplah fitnah menyatakan perniagaan terganggu kerana BERSIH! klik untuk baca |
[Bergambar & Video] Dah Ramai Kat KL & Mat Sabu Pun Sudah Sampai- updated Posted: 27 Apr 2012 05:12 PM PDT Himpunan BERSIH 3.0 bermula jam 2.30 ptg. Tetapi jam 1 pagi ini, sudah ramai peserta BERSIH yang tiba. Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka, lapor malaysiakini. "Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini. Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi. |
Bendera BERS✔H Kini Di Puncak Everest & Kinabalu Posted: 27 Apr 2012 09:39 AM PDT Bendera Bersih 3.0 kini di puncak Everest KUALA LUMPUR 27 April: Bendera Bersih 3.0 berjaya dipacak di puncak Gunung Everest beberapa jam sebelum Kuala Lumpur 'dikuningkan' dalam Himpunan Duduk Bantah esok. Momen yang dimuatnaik oleh portal Bersih hari ini memaparkan kejayaan dua pendaki mengibar bendera 'Bersih 3.0 Mendaki Bantah Puncak Everest'. Turut dibawa bersama, bendera Malaysia. Sekumpulan penyokong itu bergerak mulai 16 April lalu dan berbuat demikian kerana tidak dapat menyertai himpunan Bersih kali ini. Ia sebagai tanda sokongan mereka bertujuan menunjukkan kepada dunia betapa sistem pilihan raya di Malaysia tidak bersih. -KD Bersih on top of the world… literally BERSIH DI ATAS PUNCAK GUNUNG KINABALU |
Keahlian UMNO: Abd Aziz Cawangan Sri Ampang Baru, Wan Ahmad Caw. Kubang Bunggor Posted: 27 Apr 2012 07:08 AM PDT Sahih! Aziz Yusof DAN Wan Ahmad SPR Ahli Umno! Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi, Abdul Aziz Yusof dan timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan. Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini. "Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan 'non-partisan'. "Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno...," kata Saifuddin. Saifuddin semalam dilaporkan mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti Umno atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini. Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak. Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR. "Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan," kata Saifuddin. Pengakuan Aziz, Wan Ahmad Sementara itu, Sinar Harian hari ini memetik Abdul Aziz sebagai berkata beliau tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut. "Saya tak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an," katanya. Manakala Wan Ahmad pula terus terang mengaku pernah menjadi ahli Umno tetapi tidak pernah hadir sebarang aktiviti dan mesyuarat parti serta "tidak pernah mengambil tahu". "Kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu lepaskan jawatan dipegang," beliau dipetik sebagai berkata. Kedua-dua mereka berkata sentiasa telus menjalankan amanah dan tidak pernah berat sebelah. Wan Ahmad juga menyatakan hasrat bertemu Saifuddin bagi mengetahui motif pemimpin pembangkang itu. PKR dedah nombor keahlian UMNO Pengerusi dan Timbalan SPR 'Kalau ahli Umno, apa dibuat pasti untuk Umno' Ulasan GB Hukum kebenaran dan keadilan terdedah lagi. Sunggguh tidak bermaruah Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR INI. Mereka tahu bahawa selama ini mereka ahli UMNO tetapi sanggup untuk memegang jawatan yang mengkehendakkan seseorang bebas dan berkecuali seperti SPR. Dan kerajaan UMNO sebagai parti yang sentiasa menipu rakyat. Selain SPR, UMNO juga pernah melantik bekas Peguam UMNO sebagai Ketua Hakim Negara. Justeru itu menumbangkan kerajaan UMNO BN itu WAJIB. |
Esok Dunia Menjadi Saksi - Petanda Kepada Tumbangnya Rejim UMNO BN Di Malaysia Posted: 27 Apr 2012 04:21 AM PDT Bersih mahu teruskan perhimpunan esok SHAH ALAM - Bersih 3.0 mahu meneruskan rancangan mahu berhimpun di Dataran Merdeka dan beberapa lokasi yang telah diputuskan, esok meskipun polis telah memperoleh perintah menghalang mereka daripada berkumpul di kawasan bersejarah itu. "Kami akan meneruskan sebagaimana telah dirancang. Kami tidak akan melanggar halangan. Kami akan bermula pada jam 2 petang dan bermula dengan Negaraku," kata Bersih 3.0 dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter. Mesej Twitter itu dikeluarkan serentak dengan sidang media yang diadakan hari ini. Satu lagi mesej menyebut, "@bersih2: Perintah mahkamah: Permit #Bersih tidak diluluskan oleh DBKL tetapi #Bersih akan diteruskan." Polis dapat perintah mahkamah, Dataran ditutup 4 hari Nasib Bersih 3.0 sama seperti sebelumnya Datuk Bandar KL jangan angkuh- AMK Ulasan GB GB sudah katakan sebelum ini bahawa sekalipun dihalang dan diharamkan, esok, dunia akan menyaksikan berdudun-duyun rakyat akan berhimpun, jika tidak di Dataran Merdeka, tetapi di seluruh pelusuk susur jalanraya ibukota. Keputusan DBKL untuk menutup Dataran Merdeka mempunyai hikmah tersemunyi dan kebaikan untuk BERSIH 3.0 Ia menyemarakkan lagi jiwa rakyat untuk terus berhimpun, walau cuba disekat dengan apa cara sekalipun. Mana pernah kerajaan UMNO izinkan Perhimpunan Bersih? Tetapi perhimpunan tetap berjalan dan berlansung. Itu menunjukkan kebangkitan rakyat tidak boleh dibendung oleh sesiapa pun. Seperti yang GB telah ulas sebelum ini, jika program asal bernama DUDUK & BANTAH, nampaknya ia akan bertukar menjadi BANGUN & BANTAH. Kalau DBKL tidak izinkan DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka, jangan tersentak dan terperanjat apabila rakyat BANGUN & BANTAH di jalanraya! -GB 20/4/2012 Ya esok, satu lagi sejarah akan tercipta. Esok Dunia Menjadi Saksi - Petanda Kepada Tumbangnya Rejim UMNO BN Di Malaysia! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan