MIMPI SENJA |
- Kalau bukan Muhyiddin, Siapa akan cabar Najib? ...
- [ARTIS] Azza Elite kahwin
- MB Pahang wajib bersara - Tukar
Kalau bukan Muhyiddin, Siapa akan cabar Najib? ... Posted: 01 Apr 2012 09:40 PM PDT Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berkata kegagalan Datuk Seri Najib Razak meraih keputusan lebih baik berbanding 2008 dalam pada pilihan raya umum akan datang akan menyebabkannya presiden Umno itu dicabar dalam pemilihan parti selepas ini. Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, wartawan veteran itu berkata, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun tidak akan dicabar oleh timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Siapa akan cabar Najib? Bukan Muhyiddin. Pencabarnya akan datang daripada lapisan seperti (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin dan (MP Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir, tapi tak semestinya mereka," katanya. Tambahnya, Mukhriz bagaimanapun perlu menjadi menteri penuh terlebih dahulu sebelum memulakan cabaran, manakala Khairy pula kini nampaknya sudah "hilang ghairah." "Dia bukan lagi seorang yang berpengaruh seperti sebelumnya. Sementara itu, jawatan pengerusi PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) akan buatkan dia sibuk," katanya. Abdullah, yang merupakan penasihat kepada bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein berkata, cabaran itu juga tidak mungkin digerakkan oleh pemimpin tertinggi seperti sepupu Najib sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. "(Hishammuddin) juga perlu disalahkan jika BN menang dengan majoriti kecil. Presiden, timbalan dan naib presiden akan dipertanggungjawabkan. Bekas anggota majlis tertinggi Umno itu menjangkakan bahawa BN akan menang dengan majoriti antara 20 hingga 40 kerusi parlimen dalam pilihan raya ke-12. Abdullah, yang juga merupakan bekas pengarang kanan akhbar The New Straits Times, turut memberikan beberapa petua kepada Najib untuk menghadapi pilihan raya itu. . Malaysiakini |
Posted: 01 Apr 2012 09:27 PM PDT AMPANG: Suami kepada Azza (Elite) iaitu Azlan Zulaily tidak menganggap perbezaan umur sembilan tahun antara mereka sebagai halangan untuk membina rumah tangga. Azlan,25, berkata, dia sendiri tidak pernah mengira usia isterinya itu sebaliknya menerima wanita berkenaan kerana sifatnya. "Azza seorang yang suka berterus terang. Yang penting dia seorang yang kelakar. Itu yang menyebabkan saya menyukai dia," katanya kepada mStar Online selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa di sini, Ahad. Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak perempuan. Jarak usia sembilan tahun tidak menghalang Azza dan Azlan bersatu sebagai suami isteri. Wang hantaran sebanyak RM10 ribu. Azlan yang merupakan pramugara AirAsia menambah selepas diijabkabulkan perasaan berdebarnya hilang dan mula berfikir untuk menjadi suami yang sempurna terhadap Azza. Sementara itu Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, berkata masih belum memikirkan lokasi berbulan madu. Mengenai soal anak, kedua-dua mereka menyerahkan kepada Allah dan tidak berhasrat untuk merancang. Antara artis yang hadir pada majlis nikah mereka seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha. Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetapkan lagi. Majlis diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti pelakon Rozita Che Wan (kiri), Watie Sadali (tengah, berselendang putih) dan Mak Jah. Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005. Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun. |
MB Pahang wajib bersara - Tukar Posted: 01 Apr 2012 08:56 PM PDT PETALING JAYA: Sebuah kumpulan NGO yang dibentuk kelmarin – Gabungan Tukar MB Pahang (Tukar) bertekad untuk menukar Datuk Sri Adnan Yaakob dalam pilihan raya umum ke 13. Penyelaras Gabungan TUKAR, yang dianggotai 15 ahli, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan media berkata: "Tidak kira BN ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah, Adnan wajib bersara." Menurut kumpulan tersebut terdapat tiga sebab mengapa Adnan perlu disarakan dari arena politik. Sebab pertama ialah masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa serta ketidakadilan pentadbiran yang kian berleluasa. "Negeri ini membentangkan bajet defisit 12 tahun berturut-turut membuktikan Adnan gagal membawa kemajuan dan pembangun, meskipun Pahang negeri terbesar di Semenanjung Malaysia," kata Lee. Selain itu Adnan dikatakan lebih mementingkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan berbanding kepentingan rakyat Pahang. "Adnan seringkali membuat kenyataan yang mengugut rakyat Pahang. Hujahnya mengelirukan dan mengandungi maklumat tidak tepat," kata Lee lagi. `Memalukan rakyat Pahang' Selain itu Adnan didakwa merupakan pemimpin politik yang mudah marah, tidak sopan dan kasar. Lee merujuk kepada kejadian di mana Adnan memarahi wartawan dengan perkataan bodoh pada bulan lepas. "Tindakan seumpama itu sungguh memalukan kita sebagai rakyat Pahang," kata Lee. Tukar akan menjalankan kempen di seluruh Pahang untuk mencapai matlamat mereka. Tukar turut mengalukan penyertaan kumpulan NGO lain. Selain itu mereka mengalukan anggota masyarakat tampil ke depan untuk memberikan maklumat berkenaan rasuah. - FMT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan