Isnin, 2 April 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Susulan Kes Pelajar Nigeria Mati Dibelasah: 7 Anggota Rela Ditahan & Mentaliti Menteri

Posted: 02 Apr 2012 12:51 AM PDT

Kuala Lumpur - Tujuh anggota Rela ditahan reman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes kematian lelaki warga Nigeria di Kondominium Venice Hills, Hulu Langat semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki warga Nigeria itu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kawasan kejadian juga dipantau polis bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini, susulan perbuatan sekumpulan warga Afrika yang merusuh disebabkan insiden kematian rakan senegara mereka itu semalam.

"Setakat ini belum ada tindakan yang diambil ke atas warga Afrika yang merusuh semalam. Kita masih lagi menjalankan siasatan," katanya.

Semalam, seorang lelaki warga Nigeria, Onochie Martins Nwankwo, 35, mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di kondominium itu dan akibat kejadian tersebut kira-kira 200 lelaki Afrika yang tinggal di situ merusuh dengan merosakkan fasiliti harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela. – Bernama

Ulasan GB

Isunya: pelajar Afrika itu telah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di kondominium itu.

Sekalipun kes itu disiasat dan anggota RELA itu boleh disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, namun penyelesaiannya perlu dilakukan di peringkar akar supaya kejadian tersebut tidak berulang.

Disiplin "Awang Hitam" ini memang teruk dan dasyat. Banyak kes telah dilaporkan sebelum ini, tetapi lebih dasyat dan malang lagi apabila menteri yang bertanggungjawab iaitu Menteri Pengajian Tinggi, memandang remeh isu disiplin Awang Hitam ini dengan menyatakan bahawa "Kes jenayah pelajar Afrika rendah".

Maka tidak hairan jenayah Awang Hitam menjadi-jadi.

Inilah tahap mentaliti menteri kabinet yang Najib ada!




Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Hujan Lebat Pagi Ini - KL Dilanda Banjir Kilat Lagi

Posted: 01 Apr 2012 10:49 PM PDT

Kuala Lumpur - Beberapa laluan utama menuju ke ibu negara mengalami kesesakan teruk pagi ini akibat banjir kilat dan kemalangan kecil berikutan hujan lebat sejak awal hari ini.

Antara kawasan yang mengalami kesesakan ialah Lebuhraya Persekutuan, Jalan Lingkaran Tengah 2, Lebuhraya Sungai Besi dan Duta-Ulu Kelang Expressway.

Kesesakan itu juga berpunca daripada penutupan Terowong Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) bermula pukul 7 pagi tadi.

Menurut jurucakap SMART penutupan itu bagi membolehkan air banjir disalurkan ke terowong tersebut untuk mengatasi banjir kilat di beberapa laluan termasuk di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan Jalan Jelatek di Keramat.

Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur pula berkata kesesakan lalu lintas berlaku di hampir semua laluan menuju ke ibu kota namun keadaan adalah terkawal.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan ribut petir dan hujan lebat di beberapa tempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor termasuk di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat akan berterusan sehingga tengah hari ini.

Turut mengalami keadaan sama ialah Ledang, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulaijaya, Johor Baharu dan Kota Tinggi di Johor serta Jasin di Melaka.

Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Segamat, Johor serta Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka, yang mungkin menyebabkan angin kencang serta banjir kilat. - Bernama

Pendedahan Video Murtad Hassan Ali Hari Ini - Ahli PAS Tak Perlu Layan

Posted: 01 Apr 2012 09:00 PM PDT

Video murtad: Tak perlu layan, kata Pas

SHAH ALAM – Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.

"Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

"Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

"Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

"Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan," katanya.

Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita 'seinci jadi sejengkal dan sekaki' seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu. -SH

Hasan Ali dedah video cubaan murtad Isnin ini

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berkata beliau akan mendedahkan pada hari Isnin ini, petikan video yang didakwanya akan membuktikan percubaan oleh orang Kristian untuk memurtadkan umat Islam.

"Isnin ini, anda boleh lihat sendiri," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur petang ini.

Sebelum ini, Hasan mendakwa beliau mempunyai bukti konspirasi Kristian untuk memurtadkan umat Islam - suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
-mk


Orang Kristian menunggu video tergempar Hasan Ali: Satu lagi gimik politik

Dimana sahaja Hasan Ali pergi, dunia bagaikan berpusing. Bukan sahaja untuknya, tapi untuk semua disekelilingnya terutama sekali orang Kristian. Isnin hadapan, rakyat Malaysia akan menunggu dengan penuh debar untuk video yang dijanjikan oleh Hasan Ali, yang menunjukkan orang Kristian sedang cuba memurtadkan orang Islam.

"Saya sudah berjanji untuk menyiarkannya didalam video. Pada hari Isnin, kamu boleh saksikan sendiri," katanya pada sidang media semalam.

Menurutnya, ada video sepasang suami isteri yang mengaku telah dibaptis dan dimurtadkan untuk memeluk agama Kristian, adakah berkata sepasang suami isteri atau ribuan suami isteri? Jika hanya satu, dia tidak tahu perbezaan antara satu dan seribu. Jika diingatkan kembali, dia pernah berkata dahulu semasa kekecohan serbuan Pusat Methodis Damansara Utama ribuan orang Islam telah dimurtadkan oleh gereja Kristian dan untuk menjalankan kegiatan itu, mereka menggunakan alatan canggih seperti kitab injil yang dibekalkan tenaga solar.

Kenapa ambil masa yang lama?

Sekarang, dia hanya ada video yang menunjukkan sepasang suami isteri sahaja dan kenapa terlalu lama untuk dia menunjukkan bukti itu? Adakah dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk memaksa mereka mengaku dosa itu dalam kes memalsukan bukti ala Umno? Jika terlalu lama masa diambil untuk membongkar cerita tentang sepasang suami isteri, bayangkan masa yang perlu diambil untuk membongkar kegiatan seribu orang Islam. Ia akan mengambil masa hamper 10 jangka hayat.

Ini sahaja telah membuktikan masalah menyesatkan orang Islam tidak berlaku sebenarnya, tidak sepertimana yang mahu dibuktikan oleh Hasan Ali. Kenapa orang Kristian begitu galak hendak menyesatkan orang Islam? Untuk kekal dalam politik, perlu ada agenda. Ibrahim Ali dan Perkasa sudah mengambil tanggungjawab mempertahankan ketuanan Melayu. Semua agenda Melayu yang lain sudah dijaga oleh Umno dan PM. Jadi, yang tinggal hanyalah mempertahankan orang Islam daripada orang Kristian. Tiada cara yang lebih baik daripada menakut-nakutkan orang Islam terhadap gerakan memurtadkan mereka oleh orang Kristian.

Menjadi begitu hina

Sudah tertipukah kita? Kekecohan 7 bulan yang lalu apabila JAIS menyerbu DUMC dimana kita sudah tahu didalanginya, ramai yang mula tahu apa yang boleh dilakukan oleh Hasan Ali. Sungguh menyedihkan bahawa Hasan Ali sanggup menjadi begitu keji dalam menjalankan agendanya untuk melindungi orang Islam dari Kristian.

Orang Islam yang takutkan Tuhan tahu ianya tidak mudah untuk mereka meninggalakan agama mereka dan memeluk Kristian dalam sekelip mata. Akan ada kes murtad dimana-mana dan bukan hanya orang Kristian yang memurtadkan orang Islam. Orang Islam juga menyebarkan dakwah untuk mengislamkan orang Kristian. Taksub adalah satu daripada sebabnya. Cintakan agama adalah satu lagi sebab. Di Malaysia, ada undang-undang yang menghalang agama lain dari berdakwah kepada umat Islam, jadi kemungkinan berlaku murtad adalah amat sedikit.

Lagipun, sungguh besar perbezaan antara sepasang suami isteri dengan 18 juta orang Islam di Malaysia. Adakah ini relevan? Adakah ini membuktikan kenyataan Hasan Ali tentang geraka anti Kristian yang berjumlah jutaan ringgit yang akhirnya akan memalukan orang Kristian yang terdiri daripada 10% dari 28 juta rakyat Malaysia yang juga haknya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tiada kerja dan mencari agenda untuk memenangi kerusi

Sekarang, Hasan Ali yang tiada kerja setelah dilucutkan jawatan dari PAS dan majlis eksekutif Selangor sekarang sudah menjadi penyelamat orang Melayu dengan NGO yang baru ditubuhkannya, JATI, yang akan dibiayai oleh tahu-tahu sajalah! Hasan mengharapkan JATI untuk menjadi penyambung karier politiknya.

Melalui NGO ini, dia berharap agar Umno akan memberinya kerusi untuk dipertandingi pada PRU ke -13 nanti. Tapi, dengan Najib sebagai PM, presiden Umno, sudah kedengaran permintaan untuk member kerusi pada ahli yang senior, jadi ada harapankah Hasan Ali?

Untuk Najib dan Umno, mereka tidak kisah untuk memberinya dana untuk mengacau pembangkang kerana ini membantu Melayu untuk menyokong mereka. Tapi amat sukar untuk mempercayainya kerana dia merupakan ahli PAS yang telah dipecat yang ingin menjadi MB yang tidak mendapat sokongan akar umbi, dan salah satu kerusi Umno yang amat berharga.

Mungkin inilah yang menjelaskan kenapa JATI relevan pada Najib dan Umno. Dia mungkin boleh menipu mereka namun bukan rakyat yang mengundi nanti. Rakyat Malaysia sudah jemu pada katak yang tidak menghormati pengundi PRU ke 12 yang suka melompat parti. TIADA KATAK YANG AKAN MENANG PADA PRU KE-13!

Jadi, Hasan Ali, adakah anda telah membelanjakan RM 300,000 untuk mengubahsuai pejabat anda? Adakah ini cirri-ciri Islam? Apa sudah jadi pada semua ceramah motivasi dan moral anda tentang hidup berprinsip, adakah semua itu tipu belaka? Memang jenis pakar motivasi yang tidak tahu bagaimana untuk mengimbang keperluan sendiri!
-Malaysia Chronicle


Rakyat Malaysia Kandas Di Hatyai, Ada Yang Kantoi Rahsia Terbongkar

Posted: 01 Apr 2012 06:20 PM PDT

100 rakyat kita terkandas di Hatyai

HATYAI (Thailand): Lebih 100 rakyat Malaysia terkandas di pekan pelancongan ini berikutan barangan peribadi yang masih berada di Hotel Plaza Lee Garden, yang menjadi sasaran bom kelmarin, selain kenderaan mereka 'ditahan' pihak berkuasa Thailand.

Difahamkan selain barangan berharga termasuk dokumen ditinggalkan di bilik hotel, ratusan kenderaan di tempat letak kereta aras bawah premis 33 tingkat itu turut ditahan pihak berkuasa atas alasan keselamatan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pelanggan termasuk rakyat Malaysia terpaksa terus berada di negara ini, yang dianggap menyukarkan terutama apabila kebanyakan mereka terpaksa kembali bekerja hari ini.

Pihak berkuasa Thai ketika ditemui berkata selain khuatir dengan struktur bangunan yang mungkin sudah terjejas akibat letupan, tindakan tidak membenarkan orang awam memasuki bangunan turut dibuat atas faktor keselamatan terutama bimbang berlaku letupan kali kedua.

"Kalau boleh kita mahu benarkan semua orang masuk ke hotel dan ambil barang masing-masing yang ditinggalkan ketika letupan.

"Kita sedar ratusan kenderaan ditinggalkan di ruang letak kereta bawah hotel, namun kita tidak dapat benarkan mereka masuk atas alasan keselamatan," katanya.

Seorang usahawan dari Shah Alam, Mustakim Omar, 55, ketika ditemui berkata pelbagai barangan peribadi miliknya dan keluarga gagal dituntut, walaupun selepas lebih 24 jam letupan berlaku.

"Saya menginap di tingkat 27 hotel terbabit dan ketika letupan, kami sekeluarga tiada di hotel kerana keluar atas urusan kerja.

"Sebaik pulang pada sebelah petang, kami dihalang daripada memasuki kawasan terbabit sehingga terpaksa berpindah ke hotel lain. Namun, barangan kami masih di sana.

"Justeru, saya harap pihak berkuasa Thailand dapat berbuat sesuatu untuk mengelak kami terutama rakyat Malaysia daripada terus menunggu.

"Saya adalah antara lebih 100 rakyat Malaysia yang menunggu di hadapan hotel bermula jam 8 pagi untuk menuntut barangan peribadi yang ditinggalkan," katanya.

Namun, sehingga jam 3 petang semalam, majoriti mereka masih hampa menyebabkan ramai terpaksa terus bermalam di pekan ini kerana bukan saja dokumen peribadi seperti pasport yang ditinggalkan di hotel, malah kenderaan milik mereka juga turut terkandas.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Songkhla ketika dihubungi, berkata pihaknya akan berusaha mempermudahkan urusan terbabit. -BH

Rahsia pergi negara jiran terbongkar

HATYAI, SONGKHLA: Niat empat kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis cuba merahsiakan pemergian mereka ke negara jiran, terbongkar apabila seorang daripada mereka gagal pulang kerana kereta dinaiki terperangkap di kawasan letupan bom.

Lebih malang, pasport milik pemilik kenderaan itu tertinggal dalam kereta yang diletak di tempat letak kereta Hotel Lee Garden Plaza, di sini. Difahamkan, mereka termasuk seorang wanita berada di Hatyai sejak awal pagi kelmarin, tinggal di hotel berasingan, dihalang mengambil kereta yang diletak di kawasan Hotel Lee Garden Plaza selepas letupan bom itu.

Empat kakitangan itu terpaksa hadir ke kaunter perkhidmatan sementara Konsulat Besar Malaysia di Songhkla yang dibuka di lobi Hotel Grand Plaza, bersebelahan lokasi kejadian di sini, semalam.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, pihaknya mewujudkan Pusat Operasi Sementara yang dibuka 24 jam bagi membantu rakyat Malaysia yang mengalami masalah.

"Keluarga atau waris yang mahu mendapatkan maklumat situasi terkini boleh menghubungi talian +6674311062 dan +6674316274 atau faksimilie +6674324004," katanya. -hm




Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Dari Seorang 'Anak Pondok' Jadi MB & Pemimpin ke 42 Berpengaruh Di Dunia

Posted: 01 Apr 2012 04:34 PM PDT

Kota Bharu: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam di negara ini supaya berhujah dengan 'menggunakan fikiran' ketika berhadapan dengan pihak tertentu yang sewenang-wenang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan pemerintahannya.

"Ketahuilah bahawa Islam menggesa supaya menggunakan 'fikiran'. Haatuu…. burhaanakum, bukannya 'haatuu….ISA'. Tidak, tidak. Haatuu…gari tangan, tidak.

"Sikit-sikit, ISA, terutama kepada pejuang Islam dan penyokong PAS terdiri dari ulama dan tuk guru pondok, suatu masa dahulu.

"Pejuang PAS dan tuk guru Pondok ramai telah dikenakan ISA, bahkan berada dalam tahanan ISA itu sendiri tidak boleh diziarahi keluarga, tidak boleh dihubungi peguam. Punya ganas perbuatan itu, lebih daripada komunis," katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa demikian ketika mengkisahkan kezaliman dilakukan pihak pemerintah masa lalu terhadap ahli dan penyokong PAS di negeri ini, menguatkan tekadnya berjuang dalam PAS.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi, Pelancaran Logo Jubli Intan, Penganugerahan Tokoh Jubli Intan dan Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini tengah hari tadi.

(Gambar: Tuan Guru melihat replika Masjid Maahad Muhammadi Perempuan.)

Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.

Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan serta Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Alumni MM) Muhammad Yunan Mahmood.

Tuan Guru Nik Aziz turut mengkisahkan sejarah awal pembabitannya dalam PAS apabila dicalonkan bertanding di Dewan Undangan Negeri Kelantan Hilir melawan calon Perikatan, Tengku Noor Asiah.

Kekosongan kerusi itu kerana kematian Allahyarham Haji Mat Prai.

"Justeru, apabila pilihanraya berlangsung, saya menang dengan kelebihan 3,000 undi. Dan mulai hari itulah saya menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini, dan nak berhenti bila, tidak tahu," ujarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, dalam perkembangan terbaru politik PAS, beliau dikunjungi rombongan kaum Cina merayu supaya beliau terus bertanding walaupun Umno BN sangat anti beliau menjadi Menteri Besar.

"Perkembangan terbaru, kaum Cina datang berjumpa saya. Mereka kata, Tuk Guru kena bertanding, menjadi Perdana Menteri dan Tuk Guru jangan mati.

"Cina tak beri saya mati. Umno tidak setuju kepada saya, tapi Cina setuju. Mereka kata, Tuk Guru jangan mati, bahkan bertanding di Dun dan Parlimen," katanya.

Beliau melahirkan kebangaannya kini menjadi Menteri Besar, dari seorang 'anak pondok' kemudian menjadi Menteri Besar dan melakukan banyak dasar negeri yang diselaraskan dengan Islam dan PAS.

Beliau telah mengarahkan supaya wang simpanan kerajaan negeri yang disimpan dalam bank yang mengamalkan riba disimpan dalam Bank Islam.

Menteri Besar turut mengarahkan penggubalan Undang-Undang Hudud yang kemudiannya diluluskan Dewan Undangan Negeri sebagai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.

Pada majlis itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diisytiharkan Tokoh Jubli Intan, Maahad Muhammadi. -HD

'Menteri Besar budak pondok'

KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa bangga kerana pendidikan beliau berasal dari sekolah pondok, sekali gus membuktikan sekolah pondok mampu melahirkan pemimpin.

Beliau turut mengimbas semula pendidikan awalnya di beberapa pondok di Kelantan dan Jetih, Terengganu, termasuk di Jamek Merbau (kini Maahad Muhammadi), seterusnya di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Deoband Darul Ulum, India.

"Saya bangga jadi Menteri Besar, budak pondok yang pernah dihina 'budak pondok, budak agama, pandai buat gapo (apa).

"Saya hanya pandai baca talkin, solat hajat dan baca doa, tetapi dilantik jadi Menteri Besar," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Maahad Muhammadi di Jalan Merbau, di sini.

Nik Abdul Aziz berkata, selain menjadi pemimpin dari sekolah pondok, beliau juga gemar menggunakan bahasa 'balaghah' (iaitu bukan bahasa persuratan).

"Bahasa ini digunakan sebab terikut-ikut dengan ajaran tok guru dan ketika belajar pondok di Jetih, saya turut belajar asas bahasa Inggeris," katanya.

Dari segi pengalaman dan penglibatan politik (menjadi wakil rakyat), beliau mahu menjalankan hukuman hudud dikenakan kepada pesalah semasa timbul isu pada pilihan raya kecil di Terengganu.

Selain itu, beliau mampu menangani masalah riba di Kelantan, misalnya pajak gadai ditukar kepada ar-Rahnu.

"Sejak jadi Menteri Besar, saya turut menukar beberapa nama tempat dan lokasi termasuk PCB, dahulu Pantai Cinta Berahi, sekarang jadi Pantai Cahaya Bulan, Bazar Buluh Kubu kepada Pasar Siti Khadijah (nama isteri Nabi).

"Saya juga minta Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI) letak nama jalan di Pengkalan Chepa tukar kepada nama 'jalan Tok Guru', tetapi dipertikaikan," katanya.

Katanya, tok guru itu bukan bermaksud Tok Guru Nik Aziz, tok guru boleh membawa maksud 'Tok Selehong', Tok Kenali atau tok guru pondok.

Pada majlis berkenaan, beliau turut dilantik sebagai Tokoh Jubli Intan Maahad Muhammadi Kota Bharu.
-SH




Berikut adalah senarai nama-nama Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Didunia, turut tersenarai Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang tersenarai di tempat ke-42 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia petikan dari buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center :

The top 50

1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi
Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei,
Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the
Hashemite Kingdom of Jordan
5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the
Republic of Turkey
6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa'id al Sa'id, Sultan of Oman
7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja
of the Hawza, Najaf
8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi,
Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al
Azhar Mosque
9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of
Muslim Scholars
10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma'a, Grand Mufti of the Arab
Republic of Egypt
11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh,
Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim
Brotherhood
13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist
15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat,
Pakistan
16. His Royal Eminence Amirul Mu'minin Sheikh as Sultan
Muhammadu Sa'adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama,
Indonesia
19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th
Imam of the Ismaili Muslims
21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum,
Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan,
Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander
of the UAE Armed Forces
23. Sheikh Dr M Sa'id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in
Syria
24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin
Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb,
President of Al Azhar University
26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of
the Zaidi Sect of Shi'a Muslims
27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading
Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic
of Turkey
29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the
International Union of Muslim Scholars
31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi
Movement
32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya
Sufi Order
33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa,
Tarim, Yemen
34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas
35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya,
Indonesia
36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-
Hind, India
37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the
Tabah Foundation, UAE
38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti
of Bosnia and Herzegovina
40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary
General of the Organization of the Islamic Conference
41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary
Guard, Iran
42. Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia
43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami,
Bangladesh
44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and
Spiritual Guide
45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd
Da'i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
48. Abdullah 'Aa Gym' Gymnastiar, Indonesian Preacher
49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of
Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary
General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural
Organization

Isu Tanah Masjid Bayan Mutiara: Ludah UMNO Yang Terkena Ke Muka Sendiri

Posted: 01 Apr 2012 08:30 AM PDT

NNGO: Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno

NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.

"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi. -mk

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Inspektor Polis Antara 9 Ditahan Kes Culik

Posted: 01 Apr 2012 06:43 AM PDT

Shah Alam - Sembilan individu termasuk seorang Inspektor Polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes culik seorang pengurus projek di tapak pembinaan di kawasan perindustrian Seri Kembangan 22 Mac lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sembilan suspek berumur antara 26 dan 48 tahun itu ditahan di Kajang dan Rawang semalam sebaik mangsa dibebaskan pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Pegawai polis berusia 43 tahun itu, yang mempunyai rekod jenayah lampau telah digantung kerja sejak tahun 2010, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui semula wang tebusan sebanyak RM275,850 dan merampas beberapa buah kereta, antaranya Proton Gen 2, Honda Odyssey dan Proton Waja, sebuah motosikal, sebuah treler, parang, topeng, kad Touch n Go dan Smart Tag daripada suspek.

"Kami hanya menemui semula RM275,850 daripada sejumlah RM300,000 yang dibayar oleh bapa mangsa," katanya.

Lelaki berusia 34 tahun itu diculik pada 22 Mac semasa dalam perjalanan untuk meninjau tapak pembinaan di Seri Kembangan. Laporan polis mengenai penculikan itu dibuat oleh bapa mangsa pada pukul 11 pagi hari yang sama mangsa diculik.

Suspek membawa mangsa ke Rawang dan mengurungnya di sebuah rumah di sana.

Mereka kemudian meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta, dan jumlah itu dikurangkan kepada RM300,000 selepas berunding dengan bapa mangsa, yang juga rakan kongsi perniagaan dengan anaknya.

Tun Hisan berkata tiga daripada sembilan lelaki terbabit, termasuk pegawai polis itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 7 April bagi membantu siasatan, katanya. – Bernama

Ulasan GB

Pertama GB ucapkan tahniah kepada Polis kerana menahan penjenayah yang salah seorangnya adalah anggotanya sendiri. Tindakan tidak memilih bulu tersebut wajar mendapat pujian.

Kedua ia mengesahkan apa yang GB tulis sebelum ini adalah BENAR. GB pernah ulas begini:

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri dan pegawai polis sendiri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya. Begitu juga kenyataan KPN menyatakan cuma 1% polis yang terlibat dengan jenayah.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Sebelum ini GB sudah ulas di dalam kes seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. Petikan:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?


Sekali lagi ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.


[UNIK] Pelajar-pelajar Tahfiz Kelantan Khatam Quran Atas Keretapi

Posted: 01 Apr 2012 05:15 AM PDT

Wakaf Bharu – Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim Kelantan (Peka Yatim) mencipta sejarah tersendiri apabila pelajarnya khatam al-Quran di atas kereta api.

Seramai 26 pelajar hafiz dari pusat pengajian tersebut menyahut cabaran sempena program Journey By Train 'Al-Quran Rahmatan Lil A'Lamin apabila mereka perlu khatam 30 juzuk al-Quran di atas kereta api tersebut.

Pengetuanya, Ahmad Hilmy Ahmad berkata, kesemua pelajar menaiki kereta api di Wakaf Bharu ke Johor dan di dalam perjalanan tersebut mereka perlu khatam 30 juzuk al-Quran.

"Mungkin dalam masa dua jam setengah pelajar hafiz ini dapat khatam al-Quran 30 juzuk secara beramai-ramai," katanya ketika ditemui di stesen kereta api Wakaf Bharu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md Nor Chik hadir merasmikan perlepasan pelajar hafiz tersebut menaiki kereta api.

Seramai 12 pegawai pengiring merupakan kakitangan pusat tahfiz mengiringi pelajar tersebut.

Ahmad Hilmy berkata, program ini mampu memberi suntikan semangat, merasai perjalanan sambil menikmati pemandangan melalui gerabak kereta api.

Program selama dua hari itu turut diisi dengan lawatan sambil belajar ke negeri Johor apabila mereka dibawa ke tempat yang menarik.

Seorang hafiz, Mohd Idris Mohamad, 11, berkata, dia teruja untuk mengikuti program ini yang ada kelainannya apabila memerlukannya khatam al-Quran di atas kereta api.

"Ini adalah khatam al-Quran yang pertama kali dalam hidup saya, mudah-mudahan saya berjaya menyahut cabaran ini," katanya yang baru empat bulan mengikuti pengajian di Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Peka Yatim yang terletak di Desa Rahmat, Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu.

Menurutnya, dia sempat belajar di Sekolah Kebangsaan Raja Bahar hanya di darjah empat sahaja kerana berminat untuk menjadi seorang hafiz.

"Di sini saya belajar al-Quran, tajwid, dan menjadi seorang hafiz," katanya.

Bagi Syafiqa Haikal Zulkifli, 13, berkata, dia yakin dapat khatam al-Quran di atas kereta api nanti.

"Sekarang ini saya mengaji al-Quran di juzuk 27, dan berharap dapat khatam 30 juzuk sempena program ini," katanya yang kematian ayah sejak tujuh tahun lalu. -SH

Di Nibong Tebal Bendera PAS Dibakar, Di Tanah Merah, Petugas Bendera BN Mati Terbakar

Posted: 01 Apr 2012 03:49 AM PDT

Ahli kesal bendera Pas kena bakar

NIBONG TEBAL – Seluruh ahli Pas di kawasan Nibong Tebal melahirkan perasaan kecewa dan kesal apabila bendera milik parti politik itu dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian yang berlaku selama dua hari berturut-turut itu, sembilan daripada 20 bendera Pas yang dipasang pada 24 Mac lalu telah dibakar dengan masing-masing empat pada 29 Mac, manakala lima lagi pada 30 Mac lalu.

Difahamkan, 20 bendera berkenaan dipasang di sebuah rumah ahli Pas di Tanjung Berembang bertujuan menjadikan rumah terbabit sebagai Bilik Gerakan Unit Peti Undi Pas Tanjung Berembang, di sini.

Yang Dipertua Pas kawasan Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan, berkata, kejadian terbabit disedari oleh salah seorang ahli Pas pada awal pagi 29 Mac lalu.

"Kita amat kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku. Kami percaya pada hari itu (29 Mac) ia dilakukan sekitar jam 3 pagi sehingga jam 5 pagi kerana sebelum waktu itu kami melihat keadaan bendera masih elok.

"Kami sangka kejadian itu akan berakhir pada malam berkenaan sahaja, namun jangkaan kami meleset kerana ahli Pas kawasan ini sekali lagi dikejutkan dengan kejadian sama pada 30 Mac. Kali ini, bendera Pas dibakar lebih awal iaitu sekitar jam 8 malam dan seorang ahli Pas menyaksikan sendiri kejadian terbabit," katanya.

"Perbuatan berkenaan dipercayai dilakukan oleh beberapa remaja lelaki, bagaimanapun mereka sempat melarikan diri selepas seorang ahli Pas menjerit sejurus melihat tindakan itu," katanya.

Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mahu menuduh sesiapa yang menjadi dalang di sebalik perbuatan itu, tetapi hanya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

Menurutnya, pihaknya percaya, tindakan yang dilakukan oleh mereka tidak bertanggungjawab itu merupakan perbuatan terdesak kerana ramai anak muda kini mula bangkit menyertai parti politiknya.

"Ini merupakan kali pertama kejadian bendera parti dibakar dan berharap pihak polis akan segera menangkap dalang di sebalik tindakan terbabit.

"Meskipun bendera Pas ini dibakar, ia tidak mematahkan semangat ahli Pas malah kami akan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dalam pilihan raya ini," katanya.

Abdul Rahman turut memberitahu, pihaknya akan mengerah semua ahli untuk menjadi jentera penggerak sebagai persediaan bahang pilihan raya di samping terus memantau agar perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak lagi berulang.

Sejurus kejadian itu, Setiausaha Pas Kawasan Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff bersama Ketua Penerangan Pas Kawasan Nibong Tebal, Nazir Arshad telah membuat laporan polis di Balai Polis Nibong Tebal supaya tindakan yang sewajarnya dapat dikenakan kepada pihak tidak bertanggungjawab terlibat. -SH

Ulasan GB

Berlakui hampir serentak. Di Nibong Tebal bendera PAS dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bersykurlah kerana hanya bendera yang terbakar. Di satu kejadian berasingan, di Tanah Merah pula, takziah kepada BN kerana petugas bendera BN mati terbakar kena renjatan elektrik seperti dikisahkan di bawah ini.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Tiada ulasan: