Sabtu, 14 April 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Panas! Hotel hidang makanan anjing kepada pelajar!

Posted: 13 Apr 2012 03:00 PM PDT

SEJAK semalam, tersebarnya sepucuk surat aduan yang dihantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung dakwaan sebuah hotel di Kuala Lumpur yang menghidangkan makanan anjing kepada pelajar yang berkunjung di hotel berkenaan.

Surat tersebut yang dipercayai dihantar oleh salah seorang staff hotel tersebut mendedahkan bagaimana pihak hotel telah menghidangkan roti makanan anjing kepada para pelajar atas arahan pengurus besar Hotel berkenaan.

Sejumlah 390 pelajar daripada Jabatan Pelajaran Selangor yang menginap di The Plaza Hotel Kuala Lumpur, pada tarikh 14hb sehingga 17hb November 2011 itu telah menjadi mangsa tindakan jijik dan tidak bertanggung jawab pihak hotel tersebut.

Di bawah ini surat yang dimaksudkan.





Si pengadu yang bernama Haziah binti Zainal yang juga merupakan Pembantu Pengurus Sumber Manusia hotel tersebut difahamkan akhirnya telah meletakkan jawatan.

Apa yang lebih mengejutkan, aduan si pengadu yang akhirnya membawa kepada satu siasatan oleh pihak JAKIM, akhirnya mendedahkan bahawa roti yang dikatakan makanan anjing itu turut mengandungi babi.

Di bawah ini lampiran muka surat 3 surat perletakkan jawatan si pengadu.



Apa yang jelas, penyebaran surat ini telah berjaya membongkar satu rahsia yang selama ini cuba ditutup dan diselindungkan oleh pihak tertentu di dalam menyelamatkan nama baik hotel yang terlibat.



ReJaM© "Siapa yang jadi mangsa, sila saman pihak yang berkenaan! "


Sumber: Karim's Blog

Malaysiakini diserang penggodam!

Posted: 13 Apr 2012 08:13 AM PDT

LAMAN sesawang berita online paling berpengaruh Malaysia, malaysiakini.com nampaknya diserang lagi. Sejak semalam ReJaM© gagal mengakses laman tersebut.

Sebentar tadi, semasa cuba mengakses malaysiakini.com/bahasa untuk mendapatkan maklumat terkini berita berbahasa melayu di laman tersebut, browser yang ReJaM© gunakan memaparkan halaman amaran.



Amaran tersebut memaklumkan bahawa kemungkinan laman Malaysiakini mengandungi malware yang berbahaya kepada komputer ataupun berjaya dimanipulasi oleh penggogam.

Keadaan seperti ini biasa kita lihat dialami oleh Malaysiakini di saat menjelang pilihanraya contohnya semasa pilihanraya Sarawak sebelum ini.

Diharapkan pihak pengurusan Malaysiakini dapat segera menyelesaikan masaalah ini.

ReJaM© "Taktik kotor sudah bermula... "

Tiada ulasan: