Blog-list Malaysia |
- Siswa berarak bantah PTPTN
- Jangan beri Pakatan walau satu undipun
- Milik Kroni UmnoBn - 3 Lamborghini, Ferrari, BMW, Merz
- Khairy Jamaluddin Kembali Jadi Jantan
- Cerita Lawak - Bloggers Umno Bergaduh Hanya Kerana Aaron Aziz
- Peneroka Felda: Durian Runtuh atau Durian Reput?
Posted: 13 Apr 2012 11:51 PM PDT Kira-kira 300 orang mahasiswa mula berarak ke Dataran Merdeka untuk mengadakan bantahan ke atas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kumpulan berkenaan yang diketuai aktivis pelajar Adam Adli dan Shukri Razab mula berarak dari Masjid Jamek pada kira-kira jam 2 petang dengan membawa sepanduk dan melaungkan slogan anti-PTPTN. Anggota polis trafik dilihat mengawal lalulintas dan membantu perarakan pelajar berkenaan. |
Jangan beri Pakatan walau satu undipun Posted: 13 Apr 2012 07:23 AM PDT Pengerusi Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meneruskan program jelajahnya ke utara Semenanjung sambil menggesa pengundi Kedah tidak memberi sebarang undi kepada Pakatan Rakyat (PR) – yang dianggotai DAP, PKR dan Pas – pada Pilihan Raya Umum kr-13 (PRU13) atas alasan tidak boleh bergantung harapan pada perikatan itu. Hasan berkatam tiada apa yang boleh diharapkan daripada DAP dalam memperjuang dan memartabatkan agama Islam dan Melayu dan mendaulatkan institusi raja. Begitu juga PKR apabila ketua umumnya sendiri tidak menyokong pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud. "Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Justeru jangan beri walau satu undi pun kepada DAP, jangan beri walau satu undi pun kepada PKR dan jangan beri walau satu undi pun kepada Pas. "Kedua-dua parti ini (DAP dan PKR) yang mengeluarkan Pas dari landasan, memesongkan perjuangan Pas serta membolak-balikkan aspirasi penyokong Pas," kata beliau sewaktu mengakhiri ceramah umum di Taman Uda, malam tadi. Hasan yakin bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor dan pemimpin Pas terdahulu tidak akan merelakan apa yang terjadi dalam Pas sekarang ini, sekiranya mereka masih ada. "Kalau mereka masih hidup, saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor. Dalam pada itu, Hasan turut memaklumkan akan menubuhkan Jati di Kedah dan negeri lain termasuk Pulau Pinang. http://blogpolitikus.blogspot.com/2012/04/jangan-beri-pakatan-walau-satu-undi.html |
Milik Kroni UmnoBn - 3 Lamborghini, Ferrari, BMW, Merz Posted: 13 Apr 2012 05:54 AM PDT Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, telah membuat penafian kepada umum bahawa beliau mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan 'orang tengah' perdagangan balak, Michael Chia. "Saya ingin merekodkan sekali lagi bahawa saya tidak mempunyai apa-apa perhubungan dan kaitan perniagaan dengan individu yang bernama Michael Chia" – [kenyataan Musa Aman 12/11/2012] Pembohongan Pemimpin UmnoBn Kenyataan pembohongan yang dilakukan Musa Aman adalah senada dengan kenyataan Sharizat Jalil di dalam skandal lembu, dan juga ia adalah sama dengan kenyataan Najib Razak yang mengatakan tidak pernah mengenali dan bertemu dengan Altantuya Sharibuu. Penafian dan pembohongan yang diluahkan oleh mereka, sudah pasti dapat dirasai penipuan ini oleh rakyat yang sudah jelas menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri segala bukti-bukti yang didapati secara langsung ataupun tidak secara langsung. "Ini zaman media baru.. pengkhianat2 ini cuba memperbodohkan rakyat dengan menganggap rakyat masih di zaman 80an dulu..." Semua Bukti Terbongkar Dan Akan Terbongkar Mereka mengharapkan segala pendedahan oleh Rakyat adalah bukti-bukti palsu, dan sebab itulah sekarang ini semakin hari semakin Rakyat menjauhkan diri dari UmnoBn yang jelas memperbodohkan Rakyat. Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan 'orang tengah' perdagangan balak, Michael Chia. Tiada hubungan perniagaan? Dokumen yang disiarkan ini menunjukkan 'Arahan Pembayaran Tetap Bank' (Standing Instructions) dari akaun atas nama Michael Chia, diuruskan oleh HSBC Hong Kong untuk mendepositkan beberapa ribu dolar setiap bulan bagi pendidikan anak Musa Aman di Perth, Australia. Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa Michael Chia bukan hanya "orang tengah" antara Yayasan Sabah dan pencari konsesi pembalakan, tetapi juga memperolehi beberapa konsesi balak Yayasan sendiri. Beliau secara terbuka mengakui dalam satu lagi kes yang berterusan di Mahkamah Tinggi Singapura: "Saya dalam perniagaan kayu balak pengeksport dari Malaysia di peringkat antarabangsa melalui kumpulan syarikat saya, termasuk Rimba Kita dan Rasanmewa" [Michael Chia Tien Foh, Afidavit, Mahkamah Tinggi Singapura 19/12/2011] SPRM telah menyenaraikan banyak konsesi balak lagi yang dikaitkan dengan Michael, termasuklah oleh Syarikat Top Merchant Sdn Bhd yang menerima konsesi balak Hutan Kuamat. Pemegang saham utama syarikat itu adalah perempuan simpanan Michael Chia, iaitu Yap Siaw Lin (gambar). Jadi mengapa Ketua Menteri menafikan sebarang urusan perniagaan dengan Michael Chia? Sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Musa berkuasa untuk kelulusan muktamad ke atas segala lesen pembalakan, termasuk yang diberikan kepada Michael Chia. Michael Chia dalam majlis parti yang sama, bersosial dengan Musa Aman Michael Chia menjadi terkenal kerana gaya hidup dan citarasa yang mewah, dipamerkan oleh rentetan beliau memiliki kereta berprestasi tinggi yang mahal dan kekayaan yang tidak masuk akal. Senarai kereta berprestasi tinggi beliau termasuklah sebuah Hummer H2, tidak kurang 3 buah Lamborghini, Ferrari f430, beberapa buah BMW, Mercedes Benz dan Toyota. Lamboghini BMW Ferrari F430 Hummer H2 Mercedes Rakyat Sabah dan Sarawak mungkin akan berkata... "tidak mengapa, itu rezeki Musa Aman dan Pehin (Taib Mahmud)..." Sehinggalah satu hari nanti jurang miskin dan kaya akan melebar terutamanya di Sabah dan Sarawak yang sedang berlaku sekarang... Istana kroni UmnoBn terletak bersebelahan dengan rumah setinggan orang miskin... Ramli Marahaban kroni Musa Rakyat Ketua Pemuda Sabah, Japlin Timb.Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu Musa Aman Taib Mahmud Timb.Ketua Menteri Sabah, Yahya Hussin Rakyat Jangan terlambat untuk berubah, nanti kita akan menyembah orang-orang kaya untuk sesuap nasi.... percayalah. Sekarang ini SELURUH Rakyat Malaysia akan saling membantu Demi Rakyat. Jangan disebut lagi.... "Tak apa.... itu rezeki Pehin...." Dipetik Dari - Reformis Anak Muda |
Khairy Jamaluddin Kembali Jadi Jantan Posted: 13 Apr 2012 05:12 AM PDT Khairy nak debat Ambiga pada 25 April dengan Rafizi 3 Mei? Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat mengenai isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dalam respons segera kepada cabaran Rafizi, yang diumumkan melalui akaun Twitternya tengah hari tadi, Khairy berkata: "Saya setuju untuk berdebat dengan Rafizi pada 3 Mei mengenai PTPTN." Dalam mesej yang sama, Khairy berkata, beliau juga bersedia untuk berdebat dengan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga mengenai pembaharuan sistem pilihan raya. "Saya telah bersetuju untuk debat dengan Ambiga pada 25 April mengenai pembaharuan pilihan raya," kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau. Dalam satu kenyataan media yang dihantar sekitar 11 pagi tadi, Rafizi mempelawa Khairy berdebat dengan beliau berkaitan isu PTPTN. Rafizi berkata, beliau mempelawa Ketua Pemuda Umno itu berdebat mengenai isu PTPTN selepas pelawaan berkaitan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) awal tahun ini tidak menjadi kenyataan. Menurut Rafizi, cabaran ini dibuat berikutan kenyataan Khairy yang dibuat melalui laman Twitter kelmarin bahawa penghapusan PTPTN adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi persoalannya adakah ia wajar. Menurut Khairy, debat dengan Ambiga akan dianjurkan oleh Malay Mail dan akan berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Bagaimanapun Khairy menyerahkan lokasi debat mengenai PTPTN dan formatnya kepada Rafizi untuk menentukan. "OK, 3 Mei. Saya lapang. Tempat dan format terserah pada anda. Maklum saya," kata beliau. - SinarHarian |
Cerita Lawak - Bloggers Umno Bergaduh Hanya Kerana Aaron Aziz Posted: 13 Apr 2012 02:36 AM PDT PARPUKARI VS PAPAGOMO, RBF JADI MACAI.... TONGONG PUNYA BLOGGER!!! Entah jadah apa aura yang dimiliki oleh Aaron Aziz sehingga berjaya memalingkan kiblat dua orang blogger ternama iaitu PAPAGOMO dan PARPUKARI. Dan yang lebih menarik, isu tersebut turut mengheret RBF ONLINE yang merupakan seorang lagi blogger heavyweight dan hardcore yang sebelum ini kelihatan banyak bersetuju berbanding bertelagah. Isunya bermula apabila PARPUKARI mempersoalkan tentang kemenangan Aaron Aziz sebagai pemenang Artis Popular. Dengan alasan-alasan dan dalih yang bukan-bukan untuk melazimi terhadap kemenangan Aaron Aziz. Dan alasan serta dalih itu kemudiannya disanggah pula oleh PAPAGOMO sebagai memenuhi proses perdebatan. RBF ONLINE duk tak duduk tiba-tiba menyampuk dan cuba memanaskan keadaan, walhal isu yang ditimbulkan dan diperdebatkan itu sekadar ISU BODOH yang tidaklah sekuat mana pun untuk dihujahkan oleh sesiapa pun baik menentang kemenangan mahupun menyokong kemenangan Aaron Aziz. Apa yang hebat sangat dengan warga Singapura yang menang anugerah hiburan itu? Sedangkan sudah berapa lama warga Singapura yang menyemai bakti di Bumi Semenanjung? M. Nasir, Yusnizar Hussein, Black Dog Bone dan sebagainya sudah lama ada di Malaysia. Artis dan penghibur Malaysia sudah terlalu lama mendapat anugerah di Singapura tanpa sebarang masslah dari penduduk atau rakyat mahupun pengamal media Singapura. Hebat sangatkah anugerah hiburan di Malaysia sehingga perlu menjadi eksklusif dan terhad kepada warganegara Malaysia semata-mata? Bullshittt! Tak payah berangan untuk menjadi eksklusif yang bukan-bukan! Kepada blogger-blogger hebat di atas, berhentilah daripada menjadi tongong dan bahlol. Isu artis yang cuba korang belitkan sebenanrnya hanyalah mencerminkan KETOLOLAN DAN KEBANGANGAN YANG BUKAN-BUKAN!!!! http://theflyingkick.blogspot.com/2012/04/parpukari-vs-papagomo-rbf-jadi-macai.html |
Peneroka Felda: Durian Runtuh atau Durian Reput? Posted: 13 Apr 2012 02:13 AM PDT KEADILAN memandang serius kenyataan PM Najib bahawasanya kesemua 112,634 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA dan 22,468 pekerja FELDA akan mendapat durian runtuh terbesar yang mereka tidak pernah impikan sehingga mereka akan "tersandar, rebah dalam kejutan" hasil tawaran awam permulaan atau "initial public offering" (IPO) FELDA Global Venture Holdings (FGVH) yang dijangka selesai penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada lewat Mei atau awal Jun 2012. 2. Dengan "gula-gula" pilihanraya semanis ini, kami menjangkakan para peneroka dan pekerja FELDA akan menerima saham FGVH secara percuma di samping sejumlah wang tunai sagu hati insentif penyenaraian tersebut. 3. Malangnya, jangkaan tersebut ternyata meleset kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, para peneroka dan pekerja FELDA tidak akan menerima saham percuma atau wang tunai insentif penyenaraian. 4. Sebaliknya, KEADILAN difahamkan bahawa: 4.1 Para peneroka dan pekerja FELDA diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintir daripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membeli saham IPO tersebut 4.2 Walaupun margin pinjaman adalah 100%, tempoh pinjaman adalah untuk 6 bulan sahaja yakni para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru ATAUPUN menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nanti untuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh 6 bulan 4.3 Walaupun "stamping fee" diketepikan, para peneroka dan pekerja FELDA masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabila pinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjaman dilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagi peneroka) diterima 4.4 Kadar faedah "daily rest" pada paras 5% setahun yakni lebih 2.5 kali ganda kadar faedah pinjaman mudah bagi National Feedlot Centre (NFC) pada paras 2% 5. Jelas sekali apa yang disifatkan oleh PM Najib sebagai "lonjakan berganda" ini sebenarnya lebih cenderung ke arah membuka peluang niaga baharu dan memberi kesempatan kepada institusi kewangan terbabit mendapat hasil atas titik-peluh dan keringat peneroka dan pekerja FELDA, terutamanya 5 bank pelaburan yang dilantik menyelenggara kesemua perkara berkaitan penyenaraian, 7 bank yang dipilih untuk memberi pinjaman membiayai pembelian saham, dan beberapa syarikat pembrokeran saham yang dilantik untuk menjalankan urusniaga jual-beli saham di pasaran terbuka. Yang paling ketara adalah bil yuran dan caj tinggi yang perlu ditanggung oleh FGVH atas khidmat nasihat dan pengurusan gerak-kerja penyenaraian oleh 2 bank pelaburan domestik dan 3 asing iaitu Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank ke atas FGVH. 6. Malah, pendekatan sebegini juga akan menyebabkan kecairan pada pegangan ekuiti Bumiputera dalam FGVH seusai peneroka dan pekerja FELDA menjual saham mereka di pasaran terbuka untuk melunaskan hutang kepada bank. Walaupun KPF dijangka akan kekal sebagai pemegang saham terbesar di samping Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala syarikat asing hanya ditawarkan sebahagian kecil saham dalam IPO FGVH, tiada apa yang menghalang mana-mana pelabur (Bumiputera dan bukan Bumiputera) dari membeli saham FGVH di pasaran terbuka. 7. Lebih malang adalah nasib anak peneroka daripada generasi kedua dan ketiga setelah harapan mereka untuk menjadi peneroka baharu dengan mengusahakan tanah ladang kelapa sawit seluas 360,067 hektar tanpa peneroka milik FELDA Plantations Sdn Bhd berkecai kerana telah dicagar kepada FGVH selama 99 tahun bagi tujuan penyenaraian. 8. KEADILAN menggesa agar PM Najib menghentikan "umpan undi" atau "rasuah politik" seumpama ini dengan serta-merta, dan menerangkan kepada umum perangkap yang tersirat di sebalik 'durian runtuh' ini. PM wajib menjawab kepada setiap satu mekanisme di atas bagi meleraikan kebimbangan ramai, lantas benar-benar memberi fokus yang sewajarnya atas hak dan kepentingan mereka yang kurang bernasib baik! Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN http://www.nurulizzah.com/site/2012/04/13/peneroka-felda-durian-runtuh-atau-durian-busuk/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan