MiLo SuaM |
Tidak kenal Altantuya, Najib lafaz sumpah palsu? Posted: 10 Apr 2012 06:05 PM PDT MERUJUK kepada laporan Utusan Malaysia, 28 Ogos 2008, Perdana Menteri, Najib Razak telah melafazkan sumpah bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mengenali model Monggolia yang dibunuh kejam oleh dua anggota Polis yang juga merupakan pengawal peribadinya. Akhbar propaganda Rejim Umno, Utusan itu juga melaporkan bahawa tiada sebarang dokumen, gambar, video berkaitan Najib ditemui di dalam peti besi yang menyimpan barang-barang milik Altantuya. Blog-blog pro Barisan Nasional mendakwa bahawa kewujudan gambar Altantuya bersama Najib Razak adalah fitnah pembangkang. Sumpah yang dilafazkan Najib dilihat cukup untuk menafikan kewujudan gambar tersebut. Namun semalam, dalam satu wawancara, Malaysiakini melaporkan bahawa, ayah kepada mendiang Altantuya, Setev Shaaribuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya yang diambil bersama Datuk Seri Najib Razak. Najib sudah bersumpah, namun kenyataan sumpahnya dilihat bercanggah dengan kenyataan ayah mendiang model monggolia itu. Bila ada dua kenyataan bercanggah, maka salah satu adalah pembohong besar. ReJaM© "Mari kita lihat siapa yang kena? " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan