Rabu, 11 April 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Bersih 3.0 Dapat Sokongan Kerabat DiRaja

Posted: 10 Apr 2012 11:50 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 April - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah mengumumkan sokongannya secara terbuka terhadap kesemua tuntutan yang disuarakan menerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang mendakwa, tuntutan Badan Gabungan yang juga disertai kesemua komponen Pakatan tersebut adalah releven dan mesti diperhalusi.

Selain itu, Tengku Razaleigh juga mahu kesemua media cetak dan elektronik lebih adil dalam melaporkan isu tanpa bersifat berat sebelah kerana ia mencerminkan sistem demokrasi yang diamalkan di Negara ini.


"Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas," kata beliau.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata demikian setelah disoal penonton pada Majlis Bicara Perjuangan dan Pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Kelantan Trade Centre semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas pemimpin Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh.

Walaubagaimanapun, beliau menambah sokongan beliau masih belum diperbincangkan bersama Jawatankuasa AMANAH dan akan menyatakan pendirian dalam masa terdekat.

Pengumuman BERSIH 3.0 dibuat sejurus perbentangan Laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang menolak 4 daripada 22 cadangan yang disyorkan bagi meningkatkan penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.

http://www.klpos.com/politik/3674-ku-li-umum-sokong-bersih-30


Kelaku Buruk Perempuan Busuk Yang Bernama Hamidah Osman..

Posted: 10 Apr 2012 08:40 PM PDT

Hamidah Osman Melalak Lagi Di Taman Song Choon

Sudah sedia untuk menggegar Hamidah malam ini!

DUN Sg. Rapat sekali lagi mengadakan ceramah pada malam ini. Penceramah jemputan khas ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.Selain itu YB Sivakumar,YB Chang Lin Kang dan bakal calon DUN Sungai Rapat, Ust Radzi Zainon.



Hanya lebih kurang 100 ela jaraknya, Hamidah buat ceramah juga!


Hamidah Osman walau pun sudah di tegur oleh DS Nizar dalam DUN Perak yang baru lalu masih lagi terhegeh-hegheh mahu meneruskan kelaku buruknya itu. Malam ini dia akan mengadakan ceramah ditempat yang sama.


Tak berapa jauh jarak antara ceramah PR dan Umno/BN


Macam tidak ada hari lain dia nak buat. Ini semata-mata tujuannya hanya untuk menganggu ceramah Pakatan Rakyat. Maka malam ini, dia akan melalak macam orang gila seperti yang biasa dia lakukan.

Radzi Zainon sudah mencabarnya supaya buat ceramah satu pentas bersamanya, tapi hingga ke hari ini Hamidah buat dek sahaja.Nojen sungguh Hamidah ini!

Ulamak muda ini dilembukan oleh Hamidah!

Lima khemah telah dipasang berhampiran dengan tapak program.Dia tidak nyatakan anjuran siapa untuk mengelirukan masyarakat.Lihat pada bantingnya.Dia gunakan Ulama Muda ini untuk dilembukannya.Tajuk bukan main, tapi dia hentam Pakatan Rakyat apasal?

Pagi tadi YB Hamidah telah mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh untuk menurunkan bendera PAS di sekitar Taman Song Choon.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/04/hamidah-osman-melalak-lagi-di-taman.html


PKR: Labur hasil Petronas untuk hapus pinjaman PTPTN

Posted: 10 Apr 2012 08:30 PM PDT

PKR akhirnya membentangkan kaedah untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijanjikannya, antaranya dengan memperkenalkan pelaburan tetap hasil minyak yang dikawal Petronas sebanyak RM2 bilion setahun.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, jika perkara itu dapat dilakukan, pinjaman sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.

"Selama ini wang Petronas digunakan untuk membayar itu dan ini. Kalau di tempat lain sudah ada tabung khusus untuk dilaburkan untuk pendidikan," katanya sambil berkata peruntukan undang-undang perlu diperkenalkan bagi tujuan itu.


Bercakap dalam sesi runding cara dengan sekumpulan mahasiswa di Shah Alam malam tadi, Rafizi berkata, apabila Pakatan Rakyat membuat janji itu, ia bukan bermakna ia akan dibayar sekali gus.

"Pinjaman yang dibuat oleh PTPTN pun menetapkan jadual pembayaran mengikut masa tertentu kepada institusi kewangan," kata pegawai kanan di pejabat ekonomi Selangor itu.

Sementara itu, menurut Razifi, kerajaan juga boleh menerbitkan bon yang lebih panjang tempoh pembayarannya atau menggunakan langkah terakhir dengan membuat pembiayaan semula.

"Beli kereta pun boleh refinance. Ini biasa dalam kewangan, semua hutang boleh refinance paling kurang untuk tempoh sepuluh tahun," katanya lagi.

'Najib bohong angka RM43 bilion'

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa PTPTN tidak boleh dimansuh kerana kerajaan perlu RM43 bilion, Razifi menyifatkannya sebagai pembohongan.

Rafizi berkata, angka yang disebut perdana menteri mungkin merujuk kepada jumlah kelulusan pinjaman dan tidak melambangkan nilai pinjaman sebenar.

Dakwanya, setelah menyemak dengan rekod PTPTN sendiri, jumlah pinjaman yang dibayar (termasuk anggaran pada 2011) hanya RM27.5 bilion.

Justeru, tambahnya, jika ditolak dengan pembayaran yang sudah dikutip, hutang yang perlu ditanggung kerajaan hanya RM24.7 bilion.

"Kalau kerajaan tidak mahu maafkan RM24.7 bilion ini, memang betul-betul jahatlah. (Wang negara) lebih daripada cukup," katanya dengan mengaitkan dengan tindakan 'penyelamatan' Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex).

Tindakan itu, tambah Rafizi masih belum mengambil kira ketirisan yang mungkin berlaku akibat amalan rasuah yang boleh mencecah angka RM40 bilion menurut pakar ekonomi.

"Hari ini saya tidak sebut langsung soal ketirisan. Dalam ketirisan sekali pun kita masih boleh hapuskan PTPTN," katanya lagi.

Model pembiayaan masa depan

Untuk pembiayaan pendidikan masa depan pula, Rafizi antaranya mencadangkan:

Kembali kepada amalan sebelum 1996 apabila kerajaan menyediakan sepenuhnya pendidikan tinggi dan tidak bergantung kepada pihak swasta bagi mengurangkan kos pengajian.

Membina sepuluh buah institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam tempoh sepuluh tahun, dengan sasaran 100,000 tempat, dengan perbelanjaan – termasuk yuran dan tempat tinggal – ditanggung kerajaan.

Menyediakan tabung pendidikan baru untuk penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan perbelanjaan sara hidup yang memerlukan pembiayaan lebih kecil.

Menggalakkan penggabungan IPTS untuk mengurangkan penggunaan pinjaman yang sekali gus boleh meningkatkan daya saingnya dengan IPTA, termasuk dengan pengurangan yuran dan kos pengajian.

http://malaysiakini.com/news/194706


Anwar - Saya Tiada Niat Nak Jatuh Najib

Posted: 10 Apr 2012 04:30 PM PDT


Skandal kayu lebih panas dari NFC: PKR beri Najib 7 hari utk menggantung Musa dan Anifah

Posted: 10 Apr 2012 10:07 AM PDT

TERKINI Pemimpin-pemimpin PKR telah memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 7 hari untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah, Menteri Luar persekutuan, berkenaan skandal kayu RM400juta .

"Kami mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk mengarahkan Anifah dan Musa supaya mengambil cuti daripada menjalankan tugas rasmi mereka, dan pastikan mereka bertanggungjawab kepada dakwaan itu," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Isnin.


Pertolongan seorang abang


Pemberi maklumat laman web Sarawak Report telah menuduh Anifah kerana menerima lesen pembalakan secara "rahsia" terima kasih kepada pengaruh Musa.

PKR telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji rasuah berkaitan pembalakan tiga bulan lalu dan usaha mereka telah membuahkan hasil. Mereka merancang untuk mendedahkan maklumat lanjut kepada pihak awam jika Najib enggan untuk bertindak.

Dengan itu, PKR yang diketuai Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim telah menghasilkan kegelisahan dalam BN, terutamanya Umno dengan pendedahan yang berterusan baru-baru ini yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuah di Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikendalikan oleh keluarga bekas menteri Shahrizat Jalil.


Menurut Rafizi, skandal rasuah pembalakan Sabah akan menjadi lebih "besar" daripada kejatuhan RM250juta rasuah NFC - krisis yang Najib tidak mampu pertahankan kerana dia dijangka untuk memanggil pilihanraya umum mengejut dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Beribu-ribu dokumen

Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking, yang juga berada di sidang akhbar itu, mengesahkan bahawa Pasukan Petugas Khas PKR tersebut kini mempunyai dalam pegangan mereka "beribu-ribu muka surat" dokumen, termasuk kertas penyiasatan skandal rasuah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sendiri, yang telah didedahkan oleh Sarawak Report minggu lepas.

Rafizi dan Leiking telah mendedahkan bahawa SPRM, selepas penyiasatan selama dua tahun yang teliti, yang bermula pada 2008, sudah mengesyorkan pendakwaan bagi kedua-dua lelaki itu tetapi Jabatan Peguam Negara enggan untuk mengambil tindakan, atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

"Oleh itu, PKR ingin memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sepenuh peluang untuk mengambil tindakan segera terhadap mereka, kerana SPRM telah menjalankan siasatan yang menyeluruh," kata Rafizi.

Beliau juga menyeru kepada Najib untuk menggantung Peguam Negara, Gani Patail, kerana dia telah terlalu kerap dikaitkan dengan skandal rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi BN. "Satu tribunal perlu ditubuhkan untuk mendengar kes-kesnya," kata Rafizi.

Turut hadir ialah naib presiden PKR Nurul Izzah dan MP Subang Sivarasa Rasiah.

Malaysia Chronicle


Jangan Ambil Mudah Pendedahan Tentang Task Force

Posted: 10 Apr 2012 05:35 AM PDT

PAS mengingatkan seluruh rakyat bahawa kita mempunyai sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan kian khianat terhadap masa depan negara.

Tindakan kerajaan memekakkan telinga terhadap pendedahan berani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa wujudnya sebuah task force khas yang diketuai oleh pegawai khas kepada Perdana Menteri yang bertindak memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada warga asing demi menyelamatkan kerajaan BN merupakan suatu malapetaka bagi negara.

Tindakan terdesak ini jauh lebih besar bahaya berbanding semua penyelewengan dana negara, kerana memberi kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan kepada warga asing bermakna menggadai kedaulatan dan masa depan negara.


Apa erti kuasa politik seandainya keputusan politik ditentukan oleh warga asing yang diberi kad pengenalan sehingga mereka mendapat hak yang sama dengan bumiputera dalam negara ini? Tindakan melampau ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh pengamal media, sehingga tiada satu pun media arus perdana yang mengangkat isu ini.

Bahkan, apa yang lebih mendukacitakan badan-badan NGO yang selama ini bertempik mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan tanahair sunyi sepi seolah-olah isu ini hanya rekaan pembangkang.

Seandainya ia suatu rekaan, tentulah Mahfuz tidak berani untuk menyenaraikan satu persatu nama yang terlibat kerana ia terdedah kepada tindakan perundangan seperti saman, siasatan dan tindakan undang-undang. Kesediaan beliau untuk memberi segala maklumat kepada Suruhanjaya Diraja, merupakan tindakan berani bagi mendedahkan isu besar ini.

Sehubungan itu, PAS akan terus mendesak sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi meneliti dan membuat siasatan rapi berhubung dakwaan ini. Kegagalan kerajaan membentuk suruhanjaya ini dilihat sebagai bukti jelas kebenaran apa yang didakwakan oleh ahli parlimen Pokok Sena.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat


PTPTN - Kerajaan BN Bebankan Anak Muda

Posted: 10 Apr 2012 03:41 AM PDT

IPOH, 10 April, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan, penegasan Perdana Menteri untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak memikirkan nasib generasi muda di negara ini.

Beliau berkata, pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah menunjukkan sikap tidak ambil peduli suara anak muda berhubung isu PTPTN ini, dan ianya membuktikan kelemahan pemimpin Umno-BN menguruskan sumber ekonomi Negara.

Menurut beliau, Najib terpaksa membohongi rakyat dengan menyebut jumlah keseluruhan pinjaman tersebut sebanyak RM43 bilion, padahal jumlah pinjaman peminjam seramai 1.9 sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.


Memetik ucapan beliau, " Apabila Pakatan Rakyat memeberikan komitmen untuk menghapuskan hutang PTPTN sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13 ini telah menyebabkan pemimpin Umno-BN bercelaru dan buntu ".

"Kita ingin memberi jalan dan harapan baru kepada anak muda khasnya yang masih belum bekerja dan kebanyakan mereka diburu surat lawyer yang akan mengheret mereka ke mahkamah".

"Hutang PTPTN ini telah mengekang kehidupan anak muda, ia menjadi beban buat lepasan mahasiswa yang baru ingin memulakan kehidupan".

Justeru, jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu, Umno-BN kini panik dalam isu PTPTN, mereka sudah tidak tahu bagaimana formula untuk mengatasinya, lantaran itu mereka mudah menghukum negara akan bankrup kalau wang PTPTN itu dilupuskan.

http://perak.pas.org.my


NFC: Keracunan kuprum bukan perkara asing

Posted: 10 Apr 2012 01:58 AM PDT

National Feedlot Corporation (NFC) hari ini menyelar DAP kerana didakwa menakut-nakutkan pengguna dengan mengaitkan kematian lembu ternakan syarikat itu dengan isu keracunan kuprum.

Satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu menyebut bahawa kejadian keracunan kuprum yang dialami lembu NFC, seperti didedahkan setiausaha publisiti DAP Tony Pua semalam, bukanlah perkara asing dalam isu ternakan lembu.

Kenyataan tersebut memetik pengawai veterinar NFC, Dr Md Dali Baba sebagai berkata, keracunan kuprum biasa berlaku dalam industri tersebut manakala keracunan teruk pula biasa berlaku di beberapa tempat di dunia.


Tambahnya, keracunan kuprum itu juga bukan satu penyakit tetapi berlaku akibat pengambilan kuprum yang tinggi oleh lapan ekor lembu tersebut – dikesan akibat memakan isirung kelapa sawit.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa kesemua daging NFC diperolehi daripada binatang yang disembelih, diperiksa rapi, serta disahkan halal dan selamat untuk dimakan manusia.

"Fakta bahawa MP Tony Pua telah melihat laporan ujian oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar membuktikan bahawa wujud standard tinggi dalam cara NFC menjalankan operasinya," kata Md Dali lagi.

Kenyataan itu juga menyebut, lembu NFC yang mati disiasat untuk mengetahui sebab kematian dan dilupuskan sewajarnya.

Beliau mengulas desakan Tony Pua semalam supaya menteri pertanian Datuk Seri Noh Omar mengesahkan keselamatan daging lembu yang diusahakan syarikat tersebut ekoran dakwaan bahawa ternakan itu mengalami keracunan.

Pua juga menuntut Noh supaya mengesahkan sekiranya semua daging yang dikeluarkan oleh NFC itu bebas daripada bahan kimia kuprum.


Tiada ulasan: