MiLo SuaM |
Wan Azizah tak berbual dengan Shamsidar pun jadi berita? Posted: 02 Apr 2012 06:00 PM PDT ALAHAI Utusan Malaysia, akhbar propaganda milik regim Umno dan Barisan Nasional. Semakin hari semakin mengarut berita-berita yang dikeluarkan demi menyebarkan propaganda murahan memperbodohkan rakyat. Nak tergelak tengok tajuk berita di Utusan Online hari ini. Salah satu tajuk yang menjadi berita propaganda politik mereka adalah, "Wan Azizah, Shamsidar tak bercakap". Dah macam gosip artis kah kah kah... Cerita macam ini pun boleh masuk surat khabar ke? Aduhai... Apa agenda memperbodohkan rakyat di sebalik tajuk berita ini? Kisahnya begini, seorang penulis bernama Khalid Jafri pernah menulis dakwaan kononnya Anwar telah bersetubuh dengan isteri timbalan presiden Keadilan, YB Azmin Ali bernama Shamsidar sehingga melahirkan anak perempuan bernama Hafifah. Bagaimanapun, Khalid Jafri telah ditetapkan oleh mahkamah sebagai memfitnah Anwar Ibrahim Kerana menulis dakwaan palsu berdasarkan bukti mahkamah yang menunjukkan bahawa DNA Azmin dan Shamsidar konsisten sebagai ibu bapa kandung Hafifah. Utusan Malaysia sendiri pernah menyiarkan berita berkenaan isu DNA ini pada tahun 2005 yang lalu, rujuk sini [Utusan]. Almaklumlah, nama pun akhbar propaganda membebalkan rakyat. Walaupun mereka sudah menyiarkan berita ini, namun tetap juga mahu rakyat percaya bahawa anak perempuan Azmin dan Shamsidar adalah anak haram Anwar. Sifirnya mudah, kisah Khalid Jafri ini sudah lama berlalu, anak muda hari ini ramai yang tidak tahu berkenaan cerita ini, maka mereka cuba memperbodohkan anak muda yang rata-rata belum kenal politik di zaman 1998 dahulu. ReJaM© "Sudah tahu Khalid Jafri menipu, mereka tetap sebarkan penipuan, memang Laknatullahi alaik! " |
Penduduk himpun bantah regim BN robohkan flat! Posted: 02 Apr 2012 03:00 PM PDT MALAM tadi ketika menghadiri mesyuarat mobilisasi besar-besaran perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur untuk 28 April ini, pengerusi majlis memaklumkan berita gempar. Beliau mendapat maklumat bahawa, salah sebuah rumah flat di kawasan Kerinchi akan dirobohkan pagi ini oleh Regim Barisan Nasional. Para penduduk dan orang ramai sudah bersiap sedia untuk melakukan himpunan membantah Regim BN daripada merobohkan flat tersebut difahamkan masih ada 80 lebih keluarga yang masih tinggal di situ. Kepada rakan-rakan yang ada kesempatan harap dapat hadir berhimpun jam 8 pagi ini di stesen LRT Kerinchi sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan kita yang merasa dizalimi oleh Regim yang sudah 54 tahun mencengkam kuasa di negara ini. Birokrasi yang berlaku barangkali sukar difahami, namun kita patut halang Regim BN daripada merobohkan tempat tinggal rakan-rakan kita. Apapun alasannya 80 keluarga ini tidak patut dibiarkan tinggal dibawah jambatan. Jangan gunakan alasan untuk memghalau rakyat sendiri tinggal bawah jambatan tanpa rumah. Tunjukkan pada Regim, kuasa di tangan rakyat. Jangan buat sesuka hati kamu terhadap rakyat. Seekor Orang Hutan lagikan kita pelihara dan lindungi habitatnya, apa lagi 80 keluarga manusia? ReJaM© "Regim patut takut rakyat, bukan rakyat takut Regim! " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan