Selasa, 3 April 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


'Skodeng’ Anak Jiran - Mat Taha Didenda Menceroboh

Posted: 03 Apr 2012 12:40 AM PDT

Kuala Terengganu - Seorang buruh bukan sahaja terpaksa berputih mata setelah hasratnya untuk 'skodeng' anak dara jirannya dengan menceroboh bilik air tidak kesampaian, tetapi lebih malang, dia turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas perbuatannya itu.

Sebagai pembalasannya, tertuduh, Mat Taha Ismail, 39, dari Kampung Lingai, Batu Rakit, di sini, yang dipercayai turut berhajat untuk melakukan jenayah lain dikenakan denda RM2,500 selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Mat Taha turut berhadapan hukuman empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda terbabit.

Hukuman dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku salah menceroboh masuk rumah milik Nurul Alia Embong, 20, kira-kira jam 10 pagi pada 27 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang baru terjaga dari tidur terkejut setelah ternampak tertuduh di hadapan pintu tandas rumahnya.

Mungkin terkejut dengan teguran itu, tertuduh terus melarikan diri melalui pintu yang diumpilnya sebelum ini. Curiga dengan tindak-tanduk tertuduh, mangsa terus membuat pemeriksaan lanjut di dalam rumahnya tetapi mendapati tidak ada barang berharga yang hilang.

Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, mangsa buat laporan di Balai Polis Batu Rakit.

[Bergambar & Video] Mata Adam Adli Lebam Kena Tumbuk Di Kampung Kerinchi - updated

Posted: 02 Apr 2012 11:14 PM PDT

Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk

Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur. -mk

Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul

KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.

Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree.
Difahamkan Ekhsan ditahan di Balai Polis Lembah Pantai dan kemudian dibebaskan.

Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.

Kedengaran kumpulan terbabit menjerit 'turun Adam Adli' dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.

Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.

Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.

Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.

Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah. -FMT

















Pakatan Bantah Laporan PSC Pilihanraya, Ongkili Hanya Pilih Isu Tertentu

Posted: 02 Apr 2012 09:01 PM PDT

Kuala Lumpur - Pakatan Rakyat akan memfailkan notis untuk meminda laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya bagi penyata monoriti dimuatkan dalam laporan itu.

Ahli PSC, Azmin Ali berkata, ia mempunyai hubung kait dengan daftar pemilih yang masih bermasalah walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji untuk menyelesaikannya.

"Perkara yang sama dibangkitkan sebelum ini, termasuk isu 42,000 pengundi yang meragukan kerana tidak mempunyai data di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan didedahkan oleh Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) termasuk 80,000 pengundi yang berkongsi alamat.

"Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menolak cadangan untuk dimasukkan ke dalam laporan PSC pada 28 Mac lalu dengan alasan ia bukan amalan dalam Parlimen," katanya.

Azmin berkata, apa yang dilihat Dr Maximus hanya memilih isu tertentu untuk dimasukkan dalam laporan itu.

"Mereka mendakwa untuk menjamin pilihan raya bersih dan adil tetapi jika mempunyai sikap sebegini, bagaimana ia boleh dilaksanakan.

"Pembangkang akan kemukakan notis kepada Yang Dipertua Dewan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, untuk membuat pindaan mengikut peraturan mesyuarat 30(1)," katanya.

Azmin berkata, alasan yang diberikan Pengerusi PSC itu tidak boleh diterima kerana laporan itu bercanggah dalam peraturan mesyuarat.

Tambah beliau lagi, jika dilihat secara menyeluruh ia membuktikan SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberi pelbagai alasan.

Menurutnya, pembangkang tidak dapat menerima alasan yang diberi oleh SPR, malah PSC juga gagal melihat keseluruhan cadangan yang diberi oleh pihak awam.

PSC yang diumumkan penubuhannya Oktober lalu, dianggotai lima wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) ,tiga wakil pembangkang dan seorang wakil bebas.

Ia bertujuan bagi melaksanakan beberapa cadangan dan pandangan bagi melahirkan pilihan raya yang bersih di negara ini. -SH



Ulasan GB

Penyertaan anggota Pakatan ke dalam PSC adalah satu kesilapan!

GB sudah menyatakan berkali-kali sebelum ini bahawa PSC hanyalah helah/sandiwara Najib dan UMNO/BN untuk mengabui mata rakyat.

Sebelum ini GB pernah mengulas:

Setakat mana kuasa J/K Khas itu pun masih kabur? Apakah hanya terhad kepada mengutarakan cadangan-cadangan perbaikan tanpa sebarang kuasa pendakwaan? Jika demikian padamkan saja hasrat penubuhannya.

Yang rakyat mahu kini ialah penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dan membedah secara komprehensif operasi dan pengendalian pilihanraya oleh SPR selama ini, kerana ternyata SPR tidak telus. Malah SPR tidak pernah melantik pemerhati bebas dari luarnegara untuk memantau perjalanan pilihanraya di negara ini kerana SPR tahu kehadiran pemantau itu bakal mendedahkan kepincangan SPR sendiri.

Buktinya semasa MAFREL pemantau di dalam negara sendiri sewaktu dilantik menjadi pemerhati dan apabila MAFREL menemui perbuatan salahlaku SPR, tiba-tiba MAFREL tlah tidak diktirafkan lagi sebagai pemantau pilihanraya. Bukankah itu jelas SPR memang sebuah badan "anjing gila" yang bebas melakukan apa saja untuk memanipulasikan sistem pilihanraya di negara ini? Keras bunyi krtikan GB tetapi demi kebenaran dan keadilan yang perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya, maka terpaksa ia berbunyi demikian.

Malah kita berjanji seandainya Pakatan Rakyat memerintah selepas ini, kami rakyat Malaysia yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan mencari Pengerusi, Timbalan pengerusi dan semua anggota SPR yang terlibat sampai ke lubang cacing untuk disiasat dan diadili.


Nafsu Tak Kenal Siapa: Pemuda Lumpuh Dituduh Rogol Pelajar 15 Tahun

Posted: 02 Apr 2012 08:16 PM PDT

Kuala Terengganu - Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lepas.

Mohd Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerosi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, merupakan bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sapawi didakwa merogol pelajar itu di rumahnya di Kampung Beting Lintang di Kampung Raja, Besut, antara 8 malam dan 11 malam 27 Nov lepas.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh mengulangi perbuatan itu pada 28 dan 29 Nov di sebuah rumah berdekatan rumahnya antara waktu yang sama.

Tiada pengakuan dicatatkan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zul Fazliah Mahmud manakala Mohd Sapawi tidak diwakili peguam.

Zainal Abidin menetapkan 25 April ini bagi tarikh sebutan semula kes dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh. - Bernama

Rumahtangga Safee Sali Runtuh, Ceraikan Isterinya, Sabrina Talak Satu

Posted: 02 Apr 2012 06:01 PM PDT

Shah Alam - Penyerang kebangsaan Safee Sali bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Gambar: PEMAIN bola sepak negara, Safee Sali (kiri) meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, hari ini sejurus selepas prodising. Penyerang bola sepak itu sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof (kanan). - Foto Osman Adnan

Bagaimanapun, Safee seolah-olah melarikan diri dari media mengenai penceraiannya dan hanya Sabarina membuat pengesahan itu kepada media.

Kelibat jutawan bola sepak itu, pada awalnya kelihatan di pintu lif mahkamah, namun beliau terus memasuki kereta bersama peguamnya, Ahmad Nazeb Johari.

"Alhamdulilah semuanya sudah selesai, saya harap tiada spekulasi lagi antara kami berdua," kata Sabarina yang ditemani peguamnya, Ezura Nashuha Abdul Hadi.

Ezura Nashuha menjelaskan, anak guamnya bercerai dengan Safee secara baik, selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.

"Safee dan Sabarina bercerai secara baik. Dia melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie. Mohammad Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup," katanya.

Ezura Nashuha berkata kedua-dua anak pasangan berkenaan Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2, diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pada November tahun lalu Safee memfailkan perintah supaya Sabarina kembali taat kepadanya, bagaimanapun menarik semula perintah itu minggu lalu.

Beliau mewakili penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya menarik semula perintah itu untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Safee, 28, dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.

Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Safee kini meneruskan kariernya bersama kelab Pelita Jaya FC apabila memperoleh kontrak baru bernilai lebih RM2 juta daripada kelab itu untuk tempoh dua tahun lagi.

Sebelum ini, kontrak sulung pemain itu dengan Pelita Jaya FC yang ditandatangani Januari tahun lalu bernilai RM456,000 untuk tempoh setahun.

Safee Sali cerai isteri talak satu

Capai persetujuan berpisah cara baik, elak wujud sebarang pertikaian


SHAH ALAM: Pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 28, sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof, selepas melafazkan talak satu dalam prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam. Peguam syarie yang mewakili Sabarina, 30, Ezura Nashuha Abdul Hadi, ketika ditemui selepas prosiding, berkata lafaz cerai itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk bercerai secara baik.

Katanya, kedua-dua mereka bersetuju semua tuntutan dan hak penjagaan dua anak mereka, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, selain nafkah dan edah juga diselesaikan dengan cara baik.

Prosiding itu dijalankan di depan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar.

"Tiada sebarang pertikaian dan ia diselesaikan secara muafakat. Anak guam saya berharap tidak ada berita kurang menyenangkan kerana kedua-dua pihak kerana sudah selesaikan dengan cara baik.

"Sabarina akan terus pulang ke Kuching, malam ini (malam tadi) dan anak mereka diserahkan kepadanya," katanya.

Sementara itu, Sabarina yang ditemui berharap tiada lagi spekulasi timbul selepas kes itu selesai.

"Sebelum ini, saya tidak pernah buat apa-apa kenyataan. Saya akan teruskan hubungan baik dengan Safee kerana kami ada dua anak dan perlu menjaga perasaan mereka. Saya dan Safee akan buat yang terbaik untuk anak-anak," katanya.

Percubaan mendapatkan kenyataan Safee, dan peguam syarie mewakilinya, Ahmad Nazib Johari gagal selepas mereka bergegas meninggalkan mahkamah sejurus kes selesai.

Pada 27 Mac lalu, permohonan perintah kembali taat difailkan Safee terhadap Sabarina ditarik balik selepas mereka bersetuju menyelesaikan masalah itu di luar mahkamah.

Pada November tahun lalu, Safee memfailkan permohonan perintah kembali taat terhadap Sabarina di mahkamah rendah di sini.

Permohonan itu difailkan tiga bulan sebelum penyerang kebangsaan itu memperbaharui kontrak dua tahun dengan kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC, awal Februari lalu.

Sebelum itu, pasangan berkenaan dilaporkan tinggal bersama dua anak mereka di Apartmen Bona Vista, kediaman mewah yang disediakan kelab di negara jiran itu.

Pada 2 Februari lalu, akhbar ini melaporkan Safee boleh dianggap pemain bola sepak Malaysia pertama bergelar jutawan apabila menyambung kontrak dua tahun bersama Pelita Jaya FC bernilai lebih RM2 juta. -BH


Ulasan GB

Tinggal dalam "rumah besar" di negeri orang tetapi "rumahtangga" yang dibina sendiri yang runtuh... fikir-fikirkanlah..

Kunjunganku Ke Kelantan: "Bukan Indah Khabar Dari Rupa, Tapi Indah Rupa Dari Khabar"

Posted: 02 Apr 2012 04:46 PM PDT

Sebenarnya, sejak setahun lalu, selepas menjadi penulis sepenuh masa, saya begitu ingin ke Kota Bharu, Kelantan untuk menikmati suasana di sana. Kali terakhir – juga pertama kali – saya ke sana pada 1995 sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional di Kem Kijang.

Baru-baru ini, pihak tertentu sibuk mengeluarkan kenyataan betapa miskin dan mundur negeri Kelantan. Pasti sahaja segala kenyataan itu bertujuan politik; apatah lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.

Maka, pada akhir Februari lalu, saya mengambil keputusan untuk ke Kelantan – khususnya Kota Bharu – untuk melihat sendiri segala "kemunduran" dan "kemiskinan" yang diperkatakan pihak berkenaan.

Bagi saya, daripada bergantung serta percaya bulat-bulat pada apa yang dikatakan orang, lebih baik saya pergi sendiri untuk melihat, mengalami serta merasai sendiri suasana sebenar di sana.

Sebaik sahaja saya menyatakan keinginan untuk ke Kota Bharu menerusi ruangan status di Facebook, reaksi positif yang diterima amat memberangsangkan.

Begitu ramai rakan-rakan di ruang siber – kebanyakannya belum pernah saya temui secara bersemuka – tampil "mempersilakan" saya melakukan kunjungan yang dirancang.

Mereka yang bukan anak Kelantan juga menyokong cadangan saya untuk ke Kota Bharu; khususnya apabila saya sudah menyatakan sejak awal bahawa saya mahu menulis siri artikel berdasarkan pengalaman saya ke tempat berkenaan.

Harus saya akui bahawa sebelum saya membeli tiket bas ekspres untuk ke Kota Bharu, saya sudah pun dapat merasai kemesraan, kesantunan serta segala nilai positif yang terdapat dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan.

Begitu ramai rakan-rakan di Facebook yang mencadangkan tempat-tempat yang perlu dilawati dan makanan yang perlu dicuba. Begitu juga beberapa frasa penting dalam loghat tempatan yang wajar saya ketahui untuk memudahkan komunikasi.

Maka, saya tidak was-was untuk pergi ke Kota Bharu walaupun saya tidak ada kenalan atau saudara-mara di sana. Saya pergi sebagai "orang luar" untuk mendapatkan pengalaman baru secara objektif.

Rombongan besar

Saya tidak pernah menyangka bahawa segala urusan akan menjadi begitu mudah. Amy Suzani Mohd Ainuddin, salah seorang mangsa royalti teks Komsas, menawarkan untuk mengatur tempat penginapan dan perjalanan sepanjang saya di Kota Bharu.

Begitu juga, Nur Hidayah dari Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Yaatim) tampil menyatakan kesediaan untuk mengatur program yang sesuai sepanjang saya berada di sana.

Seorang lagi mangsa royalti teks Komsas, Rohani Deraman yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Johor Bahru turut melahirkan keinginan untuk ke Kota Bharu.

Maka, akhirnya, kami semua bertemu di Kota Bharu pada 11 Mac 2012 untuk sama-sama merasai suasana yang dilabelkan sebagai "mundur" dan "miskin" oleh pihak tertentu atas kepentingan politik.

Pada masa sama, Nik Faridah Mamat yang menyertai Bengkel Penulisan Cerpen anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada 26 Februari lalu mencadangkan supaya saya tidak melepaskan peluang bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tentu sahaja saya mahu bertemu Tok Guru! Saya pernah dibawa mengunjungi beliau pada 1995 dan saya dapat melihat serta merasai sendiri sifat-sifat mulia yang dimiliki pemimpin itu.

Hasil maklumat yang diberikan Nik Faridah, saya berjaya menghubungi Wan Nik Wan Yussof, setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan. Dipendekkan cerita, beliau bersedia mengatur pertemuan seperti yang dihajati.

Sekitar seminggu sebelum saya bertolak ke Kota Bharu, Tasya iaitu anak Amy Suzani dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan. Nur Hidayah mengambil alih "tugas" untuk mengatur aktiviti sepanjang saya dan rakan-rakan penulis berada di Kota Bharu.

Nur Hidayah juga mendapatkan bantuan adik angkatnya, Abdul Mutalib Awang untuk menjadi pemandu kereta dan pemandu pelancong selama empat hari saya di sana. Pemuda berumur 23 tahun itu sanggup mengambil cuti bagi memastikan tetamu mendapat layanan yang sempurna.

Turut sama dalam "rombongan" ini ialah Zainab Ngah, seorang penulis dari Perak yang kini menetap di Terengganu. Walaupun kesihatannya agak terjejas, beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama saya dan Rohani untuk meninjau sendiri segala "kemiskinan" dan "kemunduran" yang diperkatakan pihak tertentu.

Cikgu Roshidayu Che Mat yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Shah Alam turut datang bersama suami dan anaknya untuk sama-sama meninjau keadaan di Kota Bharu.

Saya turut berpeluang bertemu Wan Asyeah Wan Nawang, seorang penulis yang sebelum ini saya kenali berikutan komen negatif yang beliau berikan terhadap saya berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid dan Kamus Dewan.

Beliau segera meminta maaf dan mengakui bahawa komen negatif yang beliau berikan di Facebook pada tahun lalu adalah terlalu emosional dan "terikut-ikut cakap orang".

Bagi saya, tidak menjadi masalah kerana saya bersedia menerima apa sahaja komen yang mahu dikemukakan.

Agak menarik bahawa hubungan kami berdua menjadi rapat dan mesra. Pasti orang tidak akan percaya bahawa Wan Asyeah pernah menulis komen negatif mengenai saya sebelum ini!

Murah dengan senyuman

Ada suatu perkara yang meninggalkan kesan dalam hati saya. Dalam perjalanan ke rumah Wan Asyeah, beliau singgah untuk membeli murtabak. Beliau membeli murtabak daging (lembu) untuk dihidangkan kepada rakan-rakan penulis yang datang.

Saya sangat tersentuh – secara positif – kerana beliau membeli sekeping murtabak ayam khusus untuk saya kerana beliau tahu dan sedar bahawa saya tidak makan daging lembu.

Insiden kecil ini amat bermakna kerana walaupun majoriti penduduk di Kelantan adalah orang Melayu beragama Islam, mereka amat sensitif terhadap budaya kaum/agama lain.

Semua yang saya paparkan ini berlaku dalam masa tidak sampai 24 jam saya berada di Kota Bharu. Orang ramai yang saya temui di tempat awam pula murah dengan senyuman.

Menceritakan pengalaman di Kota Bharu, Roshidayu berkata, pertemuan itu amat istimewa dan sukar dilupakan.

"Istimewa kerana berpeluang bertemu beberapa penulis yang sebelum ini hanya saya kenali melalui karya atau bersembang menerusi Facebook. Saya juga gembira kerana dapat sama-sama memberikan maklumat sebenar mengenai Kelantan kepada golongan penulis," katanya.

Zainab Ngah pula melahirkan kekaguman melihat segala kemajuan – fizikal, sosial dan rohani – di Kota Bharu berbanding di Terengganu.

"Kalau nak suruh bandingkan antara Terengganu dan Kelantan, saya lebih kagum dengan Kelantan, baik dari segi pusat membeli-belah, rangkaian jalan raya dan bangunan tinggi. Terengganu Cuma berbangga dengan Taman Tamadun Islam yang tersergam indah Masjid Kristal yang tidak diiktiraf untuk solat Jumaat, serta replika masjid-masjid seluruh dunia. Kalau Kelantan dikatakan mundur, ternyata Terengganu pula lebih mundur," katanya.

Bagi Rohani Deraman, beliau pernah tinggal di Kota Bharu pada tahun 1980-an. Melihat akan segala pembangunan di sini sekarang, beliau melahirkan rasa kagum dan bangga.

"Kota Bharu membangun sejajar bandar-bandar lain; termasuk di Lembah Klang. Rasa-rasanya tidak ada beza dengan segala kemudahan yang ada di Johor Bahru. Cuma, apa yang tiada di sini adalah pusat-pusat hiburan, panggung wayang dan kedai nombor ekor.

Mungkin itulah 'kemajuan' dan 'pembangunan' yang dimaksudkan pihak tertentu apabila melabel Kelantan sebagai negeri yang mundur," kata penulis sepenuh masa itu.

Saya akan menulis lagi mengenai pengalaman saya di Kota Bharu; khususnya mengenai "kemunduran" dan "kemiskinan" yang dihebohkan pihak tertentu.

Sama-samalah kita buat kesimpulan sama ada keadaan di Kota Bharu, Kelantan "indah khabar dari rupa" atau "indah rupa dari khabar". -FMT

Uthaya Sankar SB boleh dihubungi menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my manakala blognya boleh dilayari di www.uthayasb.blogspot.com

[SEDIH] Ibu Terpaksa Relakan Dirinya Diperkosa Untuk Selamatkan Anak-anaknya

Posted: 02 Apr 2012 10:12 AM PDT

Seorang ibu terpaksa merelakan dirinya untuk diperkosa oleh seorang penyamun bersenjata di rumahnya minggu lalu untuk melindungi anak-anaknya. Gambar fail

Wanita tersebut, seorang surirumah berusia 38 tahun, dirogol berkali-kali manakala empat orang anaknya telah dikunci oleh suspek di sebuah bilik bersebelahan.

Kejadian tersebut berlaku jam 5.45 pagi apabila wanita tersebut dikejutkan oleh seorang lelaki yang memegang sebilah gunting.

Suspek, yang menutuo mukanya dengan sehelai pakaian kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap.

Dia tangkas menutup mulut wanita tersebut dengan tangan dan mengacukan gunting yang dipegangnya ke leher mangsa. Suspek memberi amaran kepadanya untuk tidak menjerit atau dia akan dibunuh.

Mangsa juga dipaksa untuk menyerahkan barang kemas dan wang yang dimilikinya.

Wanita tersebut yang ketakutan lalu mengambil wang RM300, dua telefon bimbit, seutas rantai dan sepasang anting-anting, diletakkan di dalam sarung bantal dan menyerahkan kepada suspek.

Suspek kemudian menyatakan dia hendak merogol salah seorang anak perempuannya dan ini menyebabkan dia merayu dengan menyatakan dia sanggup menjadi pengganti kepada anaknya.

Ketika itu, anak-anaknya terjaga dan suspek telah mengunci mereka di dalam bilik. Suami wanita tersebut tiada di rumah dan tidak pulang kerana berada di luar untuk urusan perniagaan.

Suspek kemudian pergi mendapatkan wanita itu yang terpaksa membiarkan dirinya dibogelkan dan diperkosa.

Wanita itu kemudian memberitahu polis suspek tersebut tidak menggunakan kondom tetapi sekadar membaluti kemaluannya dengan bag plastik.

Mangsa ditampar beberapa kali apabila beliau meronta dan cuba menahan dari diperkosa lagi.

Setelah suspek pergi, mangsa memanggil jirannya untuk mendapatkan bantuan sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

Beliau juga telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan polis forensik tiba ke tempat kejadian untuk mendapat kesan cap jari suspek.

Mereka turut menemui gunting yang digunakan suspek untuk mengancam wanita berkenaan dan pakaian kanak-kanak yang digunakan suspek untuk menutup mukanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan tetapi enggan mengulas lebih lanjut. -NST /Terjemahan bebas:GB

Temberang "Video Murtad" Hassan Ali, Rupanya Hanya Sekadar Untuk Cari Publisiti

Posted: 02 Apr 2012 06:24 AM PDT

Video Hasan Ali dakwa kristianisasi 'mubaligh Australia'

Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali hari ini mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu, di Petaling Jaya.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.

Seorang daripadanya, yang dinyatakan identiti samaran sebagai Ramli Abdullah, 47, turut menceritakan bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

Menjelaskan latar belakangnya sehingga terjebak dengan gerakan tersebut, Ramli berkata ia bermula pada tahun 2002 sewaktu beliau mengalami masalah kesihatan.

Kemudian satu pasangan mubaligh daripada Australia memberi bantuan dengan membawanya ke hospital dan membenarkan beliau tinggal bersama mereka di Puchong.

Dakwa diberi wang, kereta

"Saya tidak tahu (mereka) adalah organisasi Kristian. Saya keluar masuk, dan tertarik dengan layanan (mereka). Dulu latar belakang saya yang kasar, tetapi boleh tertarik dengan kebaikan mereka," kata Ramli dalam video itu.

Ramli juga mendakwa, beliau pernah bertemu dengan sekumpulan orang Melayu yang juga telah dimurtadkan di Klang, dan juga sehingga 400 orang lain di seluruh negara.

Beliau juga mendakwa pernah menerima bantuan tempat tinggal di sebuah rumah di Kelana Jaya, barangan keperluan harian, wang untuk perbelanjaan berjumlah antara RM2,000 hingga RM5,000 dan juga sebuah kereta daripada kumpulan mubaligh tersebut.

Ramli juga mendakwa bahawa beliau pernah ditawarkan satu pekerjaan tetap, antara tahun 2004 hingga 2008, untuk menterjemah kitab Injil New Testament ke dalam bahasa Melayu.

'Dibaptis' di kolam renang

Dakwanya lagi, terdapat juga kumpulan Kristian, terdiri daripada "orang putih", yang turut mengamalkan cara hidup Islam.

Malah ada di antaranya yang pergi ke surau dan masjid dengan berjubah dan berketayap, dakwanya.

Kumpulan "orang putih" itu juga menggunakan bahasa Melayu dan juga perkataan Arab seperti "Assalamualaikum" dan "Alhamdulillah" serta menggunakan cerita dalam surah dalam Al-Quran untuk mendekati orang Islam, dakwanya.

Lelaki itu juga mendakwa pernah dimasukkan ke dalam satu kolam renang di sebuah apartmen di Kuala Lumpur, sebagai satu simbolik upacara pembaptisan.

Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu, dakwa seorang pembantu Hasan Ali yang menayangkan video berkenaan.

Pembantu berkenaan, Suwardi Yaacob berkata demikian ketika ditanya sama ada pasangan berkenaan telah kembali memeluk Islam.

Dihalang rakam foto, suara

Dalam sidang medianya, Hasan berkata identiti kesemua individu yang ditemubual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan.

Wartawan juga tidak dibenarkan merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.

"Memandangkan eksklusiviti rakaman yang dibuat, terutama melibatkan kedua-dua individu, saya dinasihatkan oleh barisan peguam dan individu yang beri pandangan mengenai perkara ini (untuk) tidak mengizinkan mana-mana pihak menerbitkan semua sebahagian atau sepenuhnya rakaman yang dibuat.

"Permasalah keselamatan diri dan reputasi individu terlibat menjejaskan perkara pokok mengapa rakaman semula tidak dapat diberikan kebenaran," kata Hasan lagi.

Video berkenaan merupakan bahan yang sering diuar-uarkan Hasan, sebagai bukti bahawa gerakan Kristian telah menjalankan usaha memurtadkan orang Islam, dalam siri jelajahnya selepas menubuhkan JATI. -mk

Ulasan GB

Memang hampeh. Video yang tidak ada standard dan tidak berkredibiliti untuk sebarang pendakwaan atau bahan bukti.

Hanya sekadar rakaman temubual pengakuan. Pengakuan boleh direka oleh sesiapa. Dan apatah lagi wajah orang yang membuat pengakuan tidak didedahkan kononnya di atas alasan keselamatan.

Kita sangkakan ada intipan ke atau ada rakaman CCTV sulit ke atau seumpamanya. barulah ada "merit" untuk dibincang, dibahaskan atau disiasat. Itu pun kena lalui proses tertentu terlebih dahulu. Bukan sekadar macam Video Datuk T yang jelas penipuannya dan kantoi sebelum dapat "ditayangkan di pawagam" lagi.

Kalau sekadar pengakuan "didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum", itu setiap hari ada dan berlaku di mana-mana. Tak payah cakap. Hanya yang mengikut tu sahaja yang bersalah sebab tak kuat iman.

Apatah lagi kejadian "kristianisasi" itu dikatakan berlaku pada tahun 2004. Siapa memerintah Selangor dan siapa Exco Agama Selangor ketika itu? Kenapa mahu serang exco agama sekarang?

Memang patutlah PAS arah ahlinya agar jangan layan temberang Hassan Ali tersebut.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[DEDAH] Pelajar Sekolah Jalin Hubungan Dengan Suami Orang

Posted: 02 Apr 2012 04:02 AM PDT

Kulim - "Masalah mengandung bukan serius seperti dulu. Terdapat ubat tertentu yang dijual di kebanyakan klinik dan ia mudah diperoleh, saya juga pernah memakan ubat itu empat bulan lalu," itu kata seorang pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali sebagai Adik.

Adik mengakui dia menjalin hubungan cinta dengan suami orang berusia 26 tahun sejak setahun lalu.

Menurutnya, teman lelakinya yang mempunyai seorang anak itu bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech.

"Saya rasa lebih terjamin dan selamat sekiranya menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang berbanding rakan sebaya kerana pada saya seorang lelaki bergelar suami merupakan lelaki paling penyayang dan bertanggungjawab," katanya.

Adik berkata, dia hanya akan bertemu dengan kekasihnya pada hari cuti terutamanya Jumaat dan Sabtu. Untuk memastikan hubungan mereka tidak diketahui kenalan lain, mereka akan keluar bersama ke daerah lain untuk melepaskan rindu.

"Pada pagi hari Jumaat, saya selalunya akan ke sekolah untuk menjalani aktiviti kokurikulum antaranya berkawad. Saya akan ke sekolah seawal jam 7.30 pagi dan sampai kira-kira jam 8 pagi.

"Selepas meletakkan motosikal dalam sekolah, teman lelaki saya sudah menunggu dalam keretanya di luar sekolah. Selalunya kami akan ke Cameron Highlands yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Kulim.

Menurutnya, sebelum ke sana, teman lelakinya itu akan berhenti di hentian rehat Butterworth Kulim Express Highway (BKE) untuk menukar pakaian.

"Kami akan berada di pusat peranginan itu sehingga jam 3 petang sebelum berpatah balik ke Kulim dan sampai di sekolah sekitar jam 5.30 petang dan berada di rumah kira-kira jam 6 petang,"
katanya.

Adik berkata, mereka juga sering bercuti bersama sekiranya pihak sekolah menganjurkan sebarang lawatan yang memerlukan masa dua hingga tiga hari.

Menurutnya, dia tidak akan mengikuti rombongan sekolah sebaliknya bercuti bersama kekasihnya dan akan berada di sekolah semula, sama seperti teman lain ketika rombongan itu tiba di sekolah.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Cabang Kulim Bandar Baharu yang juga Pengerusi Pusat Khidmat Aduan Rakyat Parlimen Kulim Bandar Baharu, Suraiya Hashim berkata, beliau tidak menafikan ramai remaja bawah umur lebih tertarik dengan suami orang berbanding rakan sebaya. Ini kerana, memiliki kekasih yang merupakan suami orang dapat memenuhi hampir keseluruhan kehendaknya sebagai pelajar sekolah.

Menurutnya, sebagai pelajar tidak banyak komitmen yang harus diberikan kerana remaja itu tinggal bersama keluarganya.

"Remaja bawah umur dijadikan kekasih hanya untuk tujuan berseronok semata-mata dan selalunya terjalin dalam jangka masa singkat.

"Bagi seorang suami, mereka hanya ingin berseronok apabila didampingi remaja bawah umur ini. Selain itu mereka tidak akan bosan melayan kerenah mereka kerana pasangan itu akan berjumpa seminggu sekali sahaja," katanya.

Suraiya berkata, bagi remaja perempuan mereka akan seronok apabila kekasih mereka memberi kad tambah nilai ke telefon mereka biarpun dengan nilai RM10 kerana jumlah itu sudah besar bagi mereka.

"Dalam masalah ini ibu bapa seharusnya melihat perubahan anak mereka. Bawa anak berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, sekiranya disahkan pernah melakukan hubungan seks, ibu bapa harus membuat laporan polis," katanya. -SH

Tiada ulasan: