Kopitiam Bang Nan |
Zulbabwe tau kisah Altantuya 'Amina Abdullah'.... Posted: 12 Apr 2012 09:25 PM PDT Dia pernah bagi tau jemaah Surau Ulul Azmi masa dia lantik diri sendiri jadi loyar Azilah dulu bahawa Altantuya itu islam dan pakai nama Amina. Tanya dia sekarang apa jawapannya...?? Tentulah terbalik habis...hehe...sebab diapun dah terbalik... Pilihanraya akan datang akan bergema dengan isu visa yang diberikan di negara inikepada Altantuya Shaariibuu untuk memasuki Perancis, kata Naib Presiden PAS,Datuk Mahfuz Omar "BapaAltantuya mendedahkan bahawa anaknya itu telah memberitahunya bahawa AbdulRazak Baginda telah meminta bantuan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (TunRazak) yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, danAltantuya akhirnya diberikan visa untuk pergi ke Perancis dengan menggunakannama Amina Abdullah," katanya. Malaysiakinimelaporkan, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu mendedahkan kesemua itu berlakuantara 2004 dan 2005, sebelum Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan denganbom C4 pada tahun 2006. Mahfuzmenegaskan, sekadar penjelasan semata-mata mengenai pendedahan itu adalah tidakmemadai dan tidak boleh diterima. "Kalaupenjelasan semata-mata, tentulah Perdana Menteri akan memberikan penjelasanyang menyebelahi dirinya. "Kalaupenjelasannya meragukan sekalipun, media-media di bawah kawalannya tentu akanmencanang-canangkan kononnya itu adalah penjelasan tanpa sebarangkeraguan," katanya. Sebabitulah, kata Mahfuz, pendedahan Setev itu memerlukan tidak kurang dari siasatansebuah badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi atau ditakut-takutkan olehPerdana Menteri dan kerajaannya. "Persoalannya,banyak perkara yang berbangkit dari tuduhan itu termasuk elemen jenayah. "BilaAltantuya diberikan visa dengan menggunakan nama Amina Abdullah, tentulah wujudpasport antarabangsa atas nama tersebut. "Siapaarahkan pemberian pasport atas nama tersebut kerana Jabatan Imigresen Malaysiatidak mungkin bertindak sendirian tanpa sebarang sebab dan suka-suka memberikanpasport kepada Altantuta dengan menggunakan nama Amina," kata AhliParlimen Pokok Sena itu. Orangyang mengarahkan kesemua itu dan memaksa perkara itu dilakukan, kata Mahfuz,telah melakukan jenayah. "Kitamahu percaya bahawa Najib tidak terlibat dengan apa jua proses dalam pemberianvisa kepada Altantuya atas nama Amina Abdullah. "Hanyasatu cara sahaja untuk kita mempercayainya iaitu dengan menubuhkan badansiasatan bebas untuk menyiasat perkara itu," katanya. Jikatidak, kata Mahfuz, perkara tersebut akan menjadi salah satu isu utama yangmesti dijawab oleh Najib, terutama dalam pilihan raya akan datang. "Jikabeliau enggan menubuhkan badan bebas untuk membersihkan namanya dari dikaitkandengan pemberian visa itu, ia boleh mengakibatkan Najib dilihat telah melakukanjenayah. "Kitalihat sahaja nanti apa terjadi apabila Najib yang dilihat telah melakukanjenayah memimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akandatang," katanya. Malaysiakinimelaporkan, pegawai kementerian luar Mongolia hairan bagaimana Altantuyamendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia. Beliaumemberitahu, warganegara Mongolia tidak boleh mendapatkan visa untuk memasukiPerancis ketika berada di Malaysia. Pegawaiitu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev berkata, setiap warganegaraMongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negara mereka sendiri. "Tiadacara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negaralain. "Kamiakan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohonmendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepadaMalaysiakini-Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan