Jumaat, 13 April 2012

dollah yankee

dollah yankee


Upah maki

Posted: 13 Apr 2012 05:00 AM PDT


Selepas penat menghentam Lim Guan Eng kiri dan kanan, selepas penat membelasah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, selepas penat menibai, memaki hamun Anwar Ibrahim ...
AKHIRnya ...you help me, i help you..Kah..Kah..Kah..



Selaku Ketua UMNO Bahagian di-Bukit Mertajam, dia pun dapat lah bahagian dia selepas penat memaki hamun, yang merupakan projek membuat jambatan bertingkat di sekitar Jalan Nangka, Bukit Mertajam. 

Banyak blog kata nilai projek tanpa tender terbuka itu ialah sebanyak RM 108 Juta ... tetapi gurkah-gurkah di 'port' kata lebihhhh...bukan nya  RM 108, tetapi lebih tepat ialah RM 125 Juta ....

Kah..Kah..Kah.. tu diaaa...patut pun dah lama tak dengar suara dia memaki Guan Eng/Pakatan Rakyat/Anwar Ibrahim, rupa-rupanya tembolok nak penuh, sampai nak keluar suara pun dah tak boleh.

dollah yankee -
Ini semua mamak ... di-atas botak, di-bawah semak !

Ini baru 8.2, kalau 9.9??

Posted: 12 Apr 2012 10:18 PM PDT


Apa kah para-para Arkitek-arkitek dan jurutera-jurutera banggunan-banggunan yang tinggi-tinggi dan juga ahli-ahli politik yang berkuasa tentang infrastruktur dan alam sekitar telah mendapat sedikit kesedaran tentang betapa reka bentuk dan daya tahan banggunan-banggunan yang dibangunkan olih mereka sebelum ini boleh menghalang bebanan yang tinggi dan boleh menahan gegaran akibat daripada kesan gempa bumi??

Setelah di-amati, gurkah-gurkah politik di'port' dapat lihat betapa pembanggunan dilereng-lereng bukit dan di- kaki-kaki bukit sedang banyak di-bangunkan di Penang ini, terutamanya disebelah kawasan-kawasan yang berpantai.

Bila melihat, bila mendengar, bila membaca dan merasa sendiri kesan terhadap kita semua akibat gegaran gempa bumi di Aceh rabu lepas, berita-berita perihal rakyat-rakyat dan penduduk yang tinggal di-banggunan yang tinggi-tinggi yang telah berlari keluar rumah, berlari turun banggunan, di-hospital pulak pesakit-pesakit di-tolak keluar dengan kati-katil sekali kerana bimbangkan keselamatan mereka, gurkah-gurkah ini telah merasakan memang perlu  di-perhatikan dan di-awasi dengan serius akan pembanggunan-pembanggunan yang banyak yang sedang rancak berjalan di lereng-lereng dan di kaki-kaki bukit semasa kini sebelum 'nasi menjadi bubur' atau sebelum 'sesal kemudian tiada berguna lagi'.

Biarpun amaran tsunami yang diramal pada hari rabu itu telah ditarik balik dan rakyat serta penduduk telah boleh menarik nafas lega dan telah menjalani kehidupan mereka seperti biasa semula, namun gurkah-gurkah ini tetap percaya yang bencana tsunami akibat gempa di-sana 'still can strike', bila tak tahu lah, tetapi 'it will strike !'.

dollah yankee -
Pokoknya, banyak-banyak lah mengucap bila ada sudah rasa ada gegaran...

Tiada ulasan: