Isnin, 23 April 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Aktivis Mahasiswa Kembali Berkhemah di Dataran

Posted: 23 Apr 2012 07:02 AM PDT


Naeem Raffi

SHAH ALAM 23 APR : Gerakan Mahasiswa menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali berkampung di Dataran Merdeka hari ini.

Sebelum ini gerakan tersebut memberi laluan kepada penganjuran Konsert Diraja pada 21 April lalu setelah berkampung dilokasi itu lebih daripada seminggu.

Aktivis Mahasiswa, Adam Adli berkata setakat petang ini hampir 15 ke 20 mahasiswa telah kembali berkampung untuk meneruskan kempen mereka sehingga BERSIH 3.0 pada 28 April.

"Walaupun berlaku insiden serangan dan merampas barangan kami ditambah dengan penahan beberapa orang aktivis oleh DBKL dan polis, kami nekad untuk meneruskan protes ini.

"Alhamdulillah ada beberapa pihak yang tampil memberi sokongan dan bantuan seperti khemah baru kepada kami bagi mengantikan khemah yang musnah," ujarnya.

Adam menambah, dengan berbakikan 5 hari hari sementara menunggu BERSIH 3.0, pihaknya akan terus bertahan walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan seperti yang dialami mereka sebelum ini.

"Tiada apa yang perlu ditakutkan, protes ini adalah suara kami, semakin kuat kita ditekan, bermaksud kita semakin hampir dengan kejayaan.

"Bila kita meletakan niat untuk turun memprotes, sewajarnya kita telah bersiap untuk terima sebarang bentuk ancaman, kita perlu ingat bahawa kita tidak keseorangan dalam perjuangan seumpama ini," katanya.

Lokasi yang sama juga bakal digunakan untuk penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang bakal diadakan 28 April ini.

Minggu lepas, perkhemahan aktivis itu diganggu dan diserang beberapa kali. Khemah mereka dirampas dan dirobohkan dua kali oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mereka juga diserang oleh 50 orang samseng pada malam April 19 yang memusnahkan perkhemahan mereka. Seorang aktivis cedera di dalam serangan tersebut.

Zuraida Sedia Disaman Di Dalam Skandal Pelakon dan Menteri

Posted: 23 Apr 2012 04:59 AM PDT

Hafizan Taib

SHAH ALAM, 23 APR : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.

"Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia," kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.

Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut.

Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.

"Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan bukti yang dimilik."

Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu.

Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd Azuan Abdullah.

Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah RM200,000.

Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan Shafie.

Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi akibat jawatan itu.

Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitter-nya, pada 19 dan 20 April lalu.

Beliau menulis:

"Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him!

(Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat duit. Moga Allah Merahmatinya!)

Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini.

Bukti Mudahnya Negara Malaysia Tergadai Dek Umno BN

Posted: 22 Apr 2012 06:55 PM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/392562_349235095126059_310631758986393_906992_950294592_n.jpg

sape nak apply PR sila call MCA nih.. mangkok ayon bertingkat-tingkat! Senang2 bagi kerakyatan kan pada warga asing..!
Rujuk ini
[http://bit.ly/J2OgAu]<--lagi bukti MCA juga dalang kemasukan pendatang asing!!

Tiada ulasan: