Isnin, 23 April 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


LGBT - Fitnah Umno/BN Ditelan Bulat-Bulat Oleh Bekas Timbalan Presiden PAS

Posted: 22 Apr 2012 07:20 PM PDT

Tajuk besar Utusan Meloya -Umno/BN sedang berkempen
menakut-nakutkan rakyat dengan isu LGBT, tetapi pelacuran
Mak Nyah terus bebas berleluasa tanpa
tindakan yang serius di ambil

Dakwaan sesetengah pihak bahawa komuniti LGBT adalah semuanya mengenai seks bebas; sehinggakan perayaan 'Seksualiti Merdeka' tahun lepas telah dijadikan kambing hitam dan penganjur dihina.Termasuklah Ambiga kerana dijemput untuk merasmikan festival yang dibatalkan itu.

Hakikat bahawa Seksualiti Merdeka tidak pernah mempromosikan "seks bebas". Ia hanya kira-kira satu kumpulan orang-orang yang mahu berkongsi akaun peribadi tentang bagaimana mereka telah didiskriminasi.

Komuniti LGBT ini menggunakan istilah'Seksualiti Merdeka'ini untuk menyerlahkan hakikat bahawa walaupun semua ini tahun selepas kemerdekaan kita, tidak semua rakyat bebas untuk menjadi siapa mereka.

Serdang 21 April 2012 - Mahasiswa dan gabungan NGO
membakar poster Ambiga sewaktu mengadakan Perhimpunan
Aman menentang Seks Bebas & Lesbian, Gay, Biseksual &
Transgender (LGBT) Terancang anjuran Pertubuhan Jaringan
Melayu Malaysia di Stadium Universiti Putra Malaysia, Serdang
di sini hari ini

Mereka ini sentiasa menerima gangguan dan ejekan yang menghina dengan panggilan-panggilan seperti "pondan", "bapok" dan "lembut" .

Bukankah setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas daripada diskriminasi, gangguan dan keganasan untuk orientasi seksual dan identiti jantina mereka

Tetapi, Umno/BN cuba mengalihkan perhatian orang ramai dengan menakut-nakutkan dengan kisah kaum Nabi Lut mengenai seks songsang atau homoseksual.

Serdang 21 April 2012 - Beginilah suasana persekitaran di
Perhimpunan Aman menentang Seks Bebas & Lesbian,Gay,
Biseksual & Transgender (LGBT) Terancang anjuran Pertubuhan
Jaringan Melayu Malaysia di Stadium Universiti Putra
Malaysia, Serdang di sini hari ini

Yang peliknya, perbincangan Umno/BN mengenai LGBT ini mesti berkisar disekitar Anwar Ibrahim atau Ambiga.

Secara tidak langsung Umno/BN mahu menyampaikan mesej bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi PM kerana dia telah didakwa menjadi biseksual. Waima, mahkamah telah mendapati Anwar Ibrahim terbukti tidak ada kaitan dengan tuduhan melakukan liwat keatas Saiful .

Kempen menggodam Anwar ini dipertingkatkan lagi dengan penubuhan 'TIBAI' yang ketuanya bergelar 'Mursyidul Am'! Klik sini untuk kenal 'Mursyidul Am' kaki tibai

Kuala Lumpur 22 April 2012 - Bekas Timbalan Presiden Pas,
Nasharudin Mat Isa, menyampaikan ceramah bertajuk Seks
Songsang Dari Perspektif Syariah, pada majlis Wacana
Kemungkaran Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT)
Mengundang Bala Allah, anjuran MUAFAKAT di Dewan Besar
Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, disini hari ini.
- UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

Dan Ambiga, adalah semata-mata kerana penglibatan beliau dengan 'BERSIH'. Kita semua jangan mudah tertipu dengan aksi murahan dari Umno seperti bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. Apakah Nasha yang kini mula 'tibai' Anwar sedang selangkah demi selangkah mengikut jejak Hasan Ali ?

PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender!
Gambar dan kapsyen 2,3&4 dari Utusan Meloya.

Tiada ulasan: