Kerabu Bersuara ® |
- FAM Sekali Lagi Dilondeh. Beberapa Kepincangan Didedahkan Oleh Bekas Pemain Kebangsaan
- Akhirnya Najib Umum Wakil Umno Sebagai Calon Ketua Menteri P. Pinang
- Isu Pelajar Terjatuh Dari Bangunan UPSI: Harap Sinar Harian Online Jangan Buat Cerita Yang Melulu!
FAM Sekali Lagi Dilondeh. Beberapa Kepincangan Didedahkan Oleh Bekas Pemain Kebangsaan Posted: 22 Apr 2012 05:41 AM PDT Meskipun sudah hampir 3 minggu berlalu, nampaknya cakap-cakap mengenai isu penggantungan Tan Sri Annuar Musa masih menjadi topic hangat yang dibualkan pengemar sukan bolasepak negara, termasuklah dari kalangan bekas pemain kebangsaan sendiri. Khalid Ali, yang pernah menyarung jersi kebangsaan selama 9 tahun pada pertengahan tahun 70-an hingga 80-an, berkongsi rasa kecewa dan mendedahkan dia dan beberapa rakan lain tahu apa agenda sebenar di sebalik penggantungan TSAM, ketika ditemui SS di satu majlis ringkas yang dianjurkan untuk bekas atlet negara petang tadi. "Pertama sekali saya nak tanya jawatan Timbalan itu lantikan atau undian? Kalau undian jangan cakap kepada saya bahawa Timbalan tidak mempunyai hak eksekutif untuk bersuara!! undang-undang negara mana digunapakai ni? Kalau TSAM menang jawatan timbalan melalui UNDIAN, dia mempunyai EXECUTIVE RIGHTS utk bersuara, kalau tak, tak perlulah dia pegang jawatan tu dan duduk dalam FAM, jawatan paling tinggi selepas presiden, tapi tidak boleh menegur apa-apa? Kelakarla sistem diorang ni, kenapa FAM begitu dengki dan tidak pernah memberi peluang kepada orang yang betul-betul PASSIONATE terhadap bolasepak untuk berbakti? Naik sikit, mereka cantas," "jangan ingat saya tak tahu agenda sebenar mereka ni, they have their OWN AGENDA! Saya bukan nak wujudkan gimik atau polemic, nak bukti? Awak tengoklah berapa banyak kenyataan dikeluarkan Tengku Mahkota, termasuk semalam kenyataan tentang ranking, itu tak menjadi kesalahan ke?? Kenapa si Azudin tak gantung dia? Atau dia (Azudin) takut kena gantung terus?? Kenapa ada double standard? Saya bukan minta TM digantung, tapi saya mahu rakyat dan peminat fikir, TSAM kena gantung kerana bersuara tentang prestasi pasukan negara, TM pula bercakap tentang ranking yang mana secara langsung berkenaan dengan prestasi pasukan negara, kedua-duanya timbalan tapi seorang disokong, seorang lagi dihukum??..". "kalau awak nak tahu, Presiden FAM ni sebenarnya nak berundur sudah, dia nak kosongkan kerusi dia, tapi dalam masa sama nak anak dia (TM) yang naik jadi presiden. Takkan senang-senang nak bagi kerusi diraja kat orang luar? Sekarang kalau awak tanya saya sekalipun, saya mahu TSAM yang dilantik jadi presiden, dia sudah terbukti bagus, tak perlu saya cakap. Exco dan ahli gabungan FAM pun saya yakin akan calonkan TSAM berbanding TM, apa sumbangan dia? TM ada persatuan lain nak jaga, macam mana nak bagi komitmen? So mereka dapat peluang, mereka KILL dia (TSAM)..kalau tak percaya, tanyalah kawan-kawan saya tu, semua ex-national, mereka tahu tentang perkara ini". – Khalid Ali. Klasik : Khalid berentap bersama Allahyarham Mokhtar Di zaman kegemilangannya, Khalid merupakan tonggak tengah skuad negara, dan pernah membantu pasukan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, yang mana kita kemudiannya menarik diri sebagai bantahan terhadap pencerobohan Russia ke atas Afghanistan - itu juga kali terakhir skuad bolasepak negara layak ke temasya terulung dunia itu, dan Khalid menyifatkan kegagalan itu sebagai suatu TRAGEDI HITAM bolasepak tanah air, dan MENGHENTAM Setiausaha Agung, Datuk Azuddin Ahmad yang memalukan bolasepak negara dengan mengeluarkan kenyataan RANKING TIDAK PENTING. Tambahnya lagi, Azuddin sepatutnya angkat kaki dari FAM dan berpendapat calon terbaik untuk mengisi jawatan SU Agung adalah Rosli Hussin, bekas pemain Kelantan dan kebangsaan, yang disifatkannya cukup tegas dan berdisiplin. "saya rasa dia (Azuddin) tu bodoh dan tidak layak untuk duduk di kerusi SU Agung, perlu ganti dengan orang yang tahu pasal bola, Rosli Hussin cukup sesuai, dia bekas pemain dan berdisiplin tinggi. Zaman saya main dulu, presiden Tan Sri Abu Samah, S/U Datuk Yaw, ranking adalah cukup penting, kita jagoan Asia, semua team nak lawan kita masa tu, sekarang kenapa kita asyik lawan Bangla, Maldives, India? Tak lama lagi lawan Papua New Guinea? Saya dengar Rajagobal juga cakap benda sama, PAK TURUT la katakan, kalau dia lawan kena pecat macam Sathia, sejak Presiden FAM sekarang ambil alih, kita tak pernah ke Olimpik, tunggu 20 tahun untuk menang emas Sukan Sea..". Khalid juga mendedahkan dia tahu tentang penyelewengan duit berpuluh juta yang difailkan di bawah Tabung Pembangunan FAM sebelum ini, selain sebab sebenar mengapa pembinaan kompleks moden yang menempatkan pejabat baru FAM di Janda baik yang sepatutnya siap pada 2009, masih tertangguh – namun tiada bukti untuk SS mendedahkan tentang perkara itu dengan lebih terperinci buat masa ini. http://suarasukan1mas.blogspot.com/2012/04/khalid-dedah-agenda-sebenar-fam.html |
Akhirnya Najib Umum Wakil Umno Sebagai Calon Ketua Menteri P. Pinang Posted: 21 Apr 2012 10:39 PM PDT SU Agung Gerakan Pengerusi BN Pulau Pinang baru |
Isu Pelajar Terjatuh Dari Bangunan UPSI: Harap Sinar Harian Online Jangan Buat Cerita Yang Melulu! Posted: 21 Apr 2012 07:59 PM PDT Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan Amrullah Abdul Karim [TERKINI 1.35 PAGI] TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam. Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan. "Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun. "Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan. Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki. Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung. "Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya. Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus. Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi." "Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu. Seorang Pelajar UPSI Terus Memberi Respon Halimi Abdul Hadi · Subscribe · Tanjung Malim Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ) Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman Firdaus Sidek |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan