Biaqpila |
- TAK TAHAN TENGOK ADIK IPAR MANDI BOGEL
- TERHOT: Altantuya Dah Bangkit? Kahkahkah...
- Dicekup bogel dengan nelayan
- LAWAK AHAD: SURAT UNTUK AYAH
TAK TAHAN TENGOK ADIK IPAR MANDI BOGEL Posted: 22 Apr 2012 05:00 AM PDT "Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami," jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu. Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan. Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa. Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009. Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela. Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun. Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh. Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi. Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. -SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
TERHOT: Altantuya Dah Bangkit? Kahkahkah... Posted: 22 Apr 2012 01:00 AM PDT Perbicaraan di Perancis: Kebangkitan Altantuya dan soalsiasat untuk Najib 19 Oktober 2006 ialah hari yang menjadi perhatian bila seorang wanita tidak berdosa yang dipercayai mengandung telah di bunuh dengan kejam oleh 2 pembunuh tidak dikenali yang kini menunggu hukuman mati yang dijatuhkan pada 9 April 2009. Selepas 3 tahun kejadian itu dan kedua bekas pengawal peribadi PM Najib Razak masih hidup. Ketua Inspoektor Azilah Hadri, 30 dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35 ialah dua pesalah yang di tahan menunggu hukuman mati di penjara Sungai Buloh. Sungguhpun ramai rakyat Malaysia percaya mereka berdua yang memetik picu pistol, persoalan yang masih berlegar –siapa yang arahkan membunuh dan mengupah mereka? Sementara itu, di Paris, satu kes mahlamah memberi sinar harpan untuk balasan terhadap ketidakadilan yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa Malaysia, yang terus berdegil dan menutup pintu kepada kebenaran kerana melindungi pihak-pihak yang 'berkuasa'. Selain dari kedua pesalah tersebut, tiada siapa yang boleh disentuh- dari Najib snediri kepada isterinya Rosmah sehingga ke sahabat baiknya, Razak Baginda. Jadi di Perancis mungkin Altantuya dapat keadilan dari orang-orang Malaysia yang menyiksanya. Satu kisah yang sungguh kejam. Jangan lupa kepada apa yang terjadi kepada Azhar dan Sirul disini Di Sungei Buloh, ramai tertanya bagaimanakan layanan kepada kedua bekas pengawal peribadi ini. Adakah mereka diberi keistimewaan seperti bebas keluar penjara melawat keluarga dan kawan-kawan-seperti yang terjadi dalam kes Abdullah Ang di penjara Kajang? Sebab ada persoalan ini ialah kerana sikap pihak polis sendiri. Mereka berusaha melindungi wajah kedua lelaki ini sepanjang perbicaraan dengan membenarkan mereka memakai berbbagai jenis topeng dan penutup muka. Kenapa? Untuk melindungi indentiti mereka tentunya.Kenapa? Kenapa perlu dilindungi sedemikian? Sesuatu yang amat tidak wajar. Lagipun, dimana lagi tempat didunia ini pembunuh diberi kelebihan demikian untuk melindungi identiti mereka. Rakyat Malaysia malah semakin marah dan benci kepada Jabatan Peguam Negara kerana mempersenda dan mempermain-mainkan mahkamah tinggi di negara ini. Dalam hal dmeikian, rakyat Malysia patut ambil langkah untuk mendedahkan kedua pembunuh ini. Memandangkan bidang kerja mereka terdahulu sebagai anggota polis , mereka mungkin telah berjumpa ramai orang.Ramai dari rakyat Malaysia yang pernah berhubung dengan kedua mereka dalam apa cara,samada sebagai kawan, teman sekerja atau rakan sekelas. Kepada pegawi penjara yang paling jujur, sila buat pendedahan.Sila beritahu perkara sebenar demi negara dan masa depan generasi seterusnya. Muat turun gambar-gambar ke internet berkenaan dua karakter ini supaya rakyat kenal mereka bila mereka 'keluar penjara' untuk menikmati kebebasan sementara abu mayat altantuya terus di dalam almari KIV di pejabat pihak berkuasa tertentu. Melihatkan cara jabatan Peguam Negara mengendalikan perbicaraan itu, tidak terkejut jika kedua lelaki dan ketua mereka lepas bebas. Tapi jeritan roh Altantuyaa akan terus menghantui mereka- hingga mereka mati.Anak cucu mereka akan terus mendapat malu dari dosa bapa mereka.Berbaloi kah? 159 hari perbicaraan yang penuh penipuan Rakyat negara ini menyaksikan 159 hari perbicaraan yang penuh penipuan, dimana yang bersalah dan bersubahat bebas tanpa saksi mereka dipanggil. Ketika perbicarran itu lah drama mahkamah dan keputusan drama nya dipertontonkan Orang yang mempunyai sebab munasbah untuk di tuduh telah dibebaskan. Siapa boleh lupa Akuan bersumpah penyiasat persendirian P.Balasubramanian? Jelas sahabat karib dan pembantu Najib Abdul Razak Baginda meminakan peranan penting dalam drama ini. Siapa dalang yang mengarahkan pembunuhan tersebut? Boleh jadi Baginda, atau dalang sebenarnya ialah majikan nya? Boleh kah kita lupa bagaimana marahnya isteri Baginda "Suami saya bukan salah seorang yang ingin menjadai Perdana Menteri."? Misteri2 ini ialah permata yang menyaluti roh Altantuya sehingga keadilan dapat diperolehi dan rohnya bebas kembali ke sisi tuhan. Semua ini hanya akan berlaku jika ada pertukaran rejim, kerana Malaysia di bawah kerajaan persekutuan sekarang hanya akan lebih dipenuhi rasuah dan pemimpin berani nya akan terlepas setiap kali berhadapan dengan jenayah yang mereka lakukan. Kepedihan hati bapa Altantuya yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada abu mayat anaknya tidak harus dilengahkan. Dr.Setev Shaaribu dan keluarga telah menunggu terlalu lama, 3 tahun selepas kematiannya, kerana proses rayuan yang dilengah lengahkan. Sisa abunya disimpan di Mahkamah Tinggi bersama bahan bukti lain dan bekas itu semakin berhabuk.Berapa lama lagi merekamahu menyimpan beliau disana? Sikap acuh tidak acuh dan kospirasi ini tidak sepatutnya berlaku dalam sistem keadilan kita, yang di kawal oleh seorang sahaja, iaitu Peguam Negara yang dia sendiri dikawal oleh beberapa pemimpin tinggi Umno. Di Perancis, perbicaraan bermula dan Najib & Baginda berada dalam senarai saksi They say the guilty will always fear. But why the fear when the culprits all know that the ghost of Altantuya will not rest until justice is done. Kata mereka yang salah akan sentiasa takut. Tapi kenapa perlu takut jika dalang itu tahu roh Altantuya tidak akan aman sehingga keadilan diperolehi. Setev's recent visit to Malaysia and the interview he gave after offering himself as a witness in the Scorpene corruption case in France was an eye-opener. Lawatan terbaru Malaysia dan temuramah Setev selepas menwarkan diri sebagai saksi dalam kes rasuah Scorpene membuka mata. Kenyataan nya secara langsung melibatkan PM Najib Razak yang akan " menyambung kan titik2" antara pembunuhan anak perempuan nya dan dakwaan rasuah yang diambil Najib untuk perolehan 2 kapal selam Scorpene. NGO hak asasi Suaram baru sehari lepas berhujah untuk kenyataan saksinya di terima di hadapan hakim penyiasatan Roger Le Loire dia tribunal Pasris Grande Instance. Ini bermakna mahkamah perancis tidak hanya setuju untuk siasatan perundangan terhadap pembelian Scorpene bernilai RM7billion tetapia hakim juga menerima cadangan senarai saksi berpotensi dari Suaram. Dah siapa yang didalam senarai itu-Najib dan Menteri Pertahanan kini,Ahmad Zahid Hamidi. Parlimen Malaysia menghampakan rakyat "Kami beritahu mereka kami memfailkan kes kerana Parlimen Malaysia gagal memberi jawapan yang kami cari berkaitan pembelian kapalselam itu," kata Pengarah suaran Cynthia Gabriel. "Kami juga katakan yang kami tidak dapat mencari jawapan kepada pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaaribu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah menyiasat aduan kami." Menurut peguam Suaram, Joseph Brehem, penyiasatan di sebelah pihak Perancis setakat ini dapat bukti mencukupi untuk sabitkan pegwai2 Malaysia tertentu ada mengambil rasuah dari penjual Scorpene-DCN yang tidak sah di sisi undang-undang Perancis. "Pada kami, kami sampai hingga ke tahap perbicaraan ini ialahs atu langkah besar dalam kes komisen Scorpene." Kata Brehem. Tiada kemarahan sehebat kes Altantuya Dalam memperincikan butir2 ke sini akan membangkitkan semula kisah altantuya,dan beliau-menerusi kenyataan bapanya-akan secara peribadi membalas dendam terhadap pembunuhan kejamnya untuk diri nya sendiri dan anak yang ditinggalkannya. Sudah tentu, ini menakutkan Najib dan siterinya Rosmah Mansor. Mereka berlang kali menafikan mempunyai pengetahun tentang Altantuyaa. Iya, tembelang sudah pecah. Bapa Altantuya berkata beliau melihat gambar Altantuya bersama Najib dan Baginda dan Al tantuya datang ke Malaysia khususnya untuk memutuskan sesuatu hal dengan Najib. Pasangan 'pertama' ini telah mula menghantar peguam mereka ke Paris untk menjaga kepentingan mereka. Dan lebih baik jika mereka segera memperbaiki kedudukan mereka dengan apa cari yang boleh, kerana tiada yang lebih kejam dari kebangkitan Altantuya. Malaysia Chronicle shalehudin KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 21 Apr 2012 09:00 PM PDT KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat. Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu. Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik. Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes. Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara. Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertuduhan khalwat. Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu. Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan. SH pejuang-rakyat KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 21 Apr 2012 06:00 PM PDT Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya: Dear Dad, Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya. Salam dari anakanda, Sarip. p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat. Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas, Untuk Sarip, "Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima" Dari Ayahmu. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan