Kerabu Bersuara ® |
- Live! Blogger Tukar Tiup Di Atas Pentas, Ceramah Di Padang Kelab Sulaiman
- Pendedahan Isu PTPTN: Pemansuhan PTPTN: Satu ancaman kepada Kapitalisme
- Timun Babi Ada Dalam Sistem Daftar SPR? Makhluk Mana Ni?
- Lagi Gambar Abang Mat SabubDan DS Nizar Dalam Khemah Mahasiswa Di Dataran Merdeka
- Gambar Mat Sabu Dan DS Nizar Melawat Tapak Khemah Mahasiswa Demo Di Dataran Merdeka
- 31 tokoh gegar Kelab Sultan Sulaiman malam ini
- MB sedia hadap Agong jelas isu persenda
- Ni Ke Gambar Doktor Yang Cakap Ahli Parlimen Pakatan Tidak Hormat Raja?
- Rosmah jangan ganggu menteri wanita Najib!
- Askar Taliban menyerang kerajaan Afghanistan (Video)
- Hiburan: Dira Nafi Minum Peluntur, Hanya Tekanan Darah Rendah Dan Gastrik
Live! Blogger Tukar Tiup Di Atas Pentas, Ceramah Di Padang Kelab Sulaiman Posted: 17 Apr 2012 07:32 AM PDT Beliau berkata umno adalah musuh rakyat malaysia yang harus ditentang. |
Pendedahan Isu PTPTN: Pemansuhan PTPTN: Satu ancaman kepada Kapitalisme Posted: 17 Apr 2012 05:23 AM PDT
|
Timun Babi Ada Dalam Sistem Daftar SPR? Makhluk Mana Ni? Posted: 17 Apr 2012 04:18 AM PDT Pihak kami ada dapat email ni. Tolong chek betul ke tak betul sebelum dipadam oleh pihak terbabit. |
Lagi Gambar Abang Mat SabubDan DS Nizar Dalam Khemah Mahasiswa Di Dataran Merdeka Posted: 17 Apr 2012 02:42 AM PDT Kedatangan pemimpin ini memberi semangat kepada golongan mahasiswa untuk terus berjuang. |
Gambar Mat Sabu Dan DS Nizar Melawat Tapak Khemah Mahasiswa Demo Di Dataran Merdeka Posted: 17 Apr 2012 02:34 AM PDT Kedatangan mereka membeei semangat kepada para mahasiawa lain. |
31 tokoh gegar Kelab Sultan Sulaiman malam ini Posted: 17 Apr 2012 12:03 AM PDT
|
MB sedia hadap Agong jelas isu persenda Posted: 16 Apr 2012 11:58 PM PDT
|
Ni Ke Gambar Doktor Yang Cakap Ahli Parlimen Pakatan Tidak Hormat Raja? Posted: 16 Apr 2012 09:40 PM PDT |
Rosmah jangan ganggu menteri wanita Najib! Posted: 16 Apr 2012 09:26 PM PDT Oleh RUHI HAYATI THANI TEKA-TEKI yang dinantikan jawapan akhirnya terjawab. Najib Razak terpilih sebagai Menteri Wanita selepas terundurnya Shahrizat Abdul Jalil dengan ribuan kisah gelapnya. Menyentuh peristiwa itu, ada sumber dalaman Pergerakan Wanita Umno berkata, selepas pertemuan antara exco dan Ketua Wanita Umno negeri sejurus pengunduran Shahrizat itu, maka ramai yang mahu sama ada Najib atau Muhyiddin memangku Menteri Wanita itu. Jadi mungkin bukan Najib yang ingin pikul amanah golongan wanita. Najib mungkin terpaksa. Di bibirnya mengukir senyuman, di hatinya derita siapa yang tahu? Ya, oleh sebab pilihan raya makin dekat, Najib tidak sempat kaji buruk baik penerimaan amanah golongan wanita. Tiada tersangka di benak fikiran Najib bahawa dirinya akan disindir sebegitu rupa. Rakyat kini mengenalinya sebagai menteri wanita dibanding perdana menteri dan menteri kewangan. Apa mahu buat, nasi sudah menjadi bubur! Najib terpaksa memilih jalan keluar semudah itu kerana mungkin juga sebab terlalu ramai yang berkehendakkan jawatan itu. Bagi mengelakkan wanita Ummo berebutkan jawatan itu, maka tiada jalan lain lagi, melainkan terpaksa Najib memangkunya bertujuan mengelak sengketa sesama mereka itu. Antara yang disebut-sebut sebagai pemangku Menteri Wanita adalah Raja Ropiaah. Tetapi beliau menyifatkan perkara itu sebagai 'cakap-cakap orang'. Menurutnya andaian itu hadir kerana beliau akan dilantik sebagai senator. Cakap-cakap ini juga terbit di atas anggapan bahawa kerusi kementerian wanita itu adalah peruntukan untuk Wanita Umno. Raja Ropiaah dalam suatu kenyataan ketika dihubungi sebuah laman portal berita berkata, "Kalau dilantik menjadi senator Isnin ini, saya akan menjalankan kerja-kerja sebagai senator dengan baik. Dan saya tak mahu cakap lebih daripada itu." Polemik tamat ataupun dilihat tamat. Dengan itu, Najib berada dalam kedudukan selesa ketika mengumumkan bahawa dirinya memangku jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Beliau tidak menyebut tarikh beliau memangku sehingga bila? Oleh kerana pilihan raya semakin dekat, maka berkemungkinan Najib memangku Menteri Wanita itu hingga tarikh Parlimen dibubarkan. Kini tiada lagi masa untuk berpolemik serta bertekateki mengenai siapa menteri wanita untuk gantikan Menteri Wanita Najib Razak. Dan, Shahrizat Abdul Jalil pun telah melepas jawatannya dalam Kabinet apabila khidmatnya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya itu. Jadi, terlantiklah Raja Ropiaah sebagai senator pula. Mungkin sebab itulah ada pandangan yang menyebutkan kemungkinan beliau akan dinobatkan sebagai pengganti Shahrizat, lalu menjawat jawatan menteri wanita. Tapi, Najib tidak mempedulikan suara hati golongan wanita. Jiwa lelaki Najib gagal menyelami jauh ke lubuk dasar hati golongan wanita. Najib mestilah berhati wanita, berjiwa wanita untuk memahami rasa hasrat hati wanita. Tetapi apakan daya. Tembok keegoan hati seorang lelaki seperti Najib tidak runtuh kecuali jika disumpah seranah dek isterinya, Rosmah Mansor. Najib umumkan hal pemangkuannya sebagai menteri wanita di Temerloh, Pahang barubaru ini. Bernama sendiri melaporkannya. Pengumuman itu sekali gus menamatkan andaian yang berlegar, meniti dari lidah ke lidah berhubung pengganti jawatan itu sebenarnya Raja Ropiaah. Jadi, orang kuat Wanita Umno Selangor ini hanya terdaya berputih mata dan berpada-pada saja dengan jawatan senator. Sepertinya, usahanya selama ini sia-sia saja, sedangkan Raja Ropiaah itu antara pemimpin Wanita yang mempertahan Shahrizat selepas ketuanya didesak melepaskan jawatan ketua Wanita oleh Naib Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim. Apapun yang berlaku sudah pun berlaku. Memilih jalan kekhuatiran itu adalah perlu juga sekali-sekala sebagai langkah untuk berhati-hati. Yang patut dikhuatiri rakyat adalah, kemungkinan Rosmah Mansor itu akan tampil bergaya dalam usaha memperalat menteri wanita yang baru iaitu Najib Razak. Kalau Najib sebagai PM merangkap menteri kewangan boleh diperalat Rosmah, apatah lagi saat Najib menjadi menteri wanita? |
Askar Taliban menyerang kerajaan Afghanistan (Video) Posted: 16 Apr 2012 07:48 PM PDT |
Hiburan: Dira Nafi Minum Peluntur, Hanya Tekanan Darah Rendah Dan Gastrik Posted: 16 Apr 2012 06:43 PM PDT Kecoh sebentar dunia hiburan semalam apabila beberapa portal hiburan melaporkan yang seorang pengacara popular dikatakan telah meneguk peluntur kerana tekanan. Daripada klu-klu yang diberikan, ramai yang meneka pengacara sebuah rancangan gosip popular itu ialah Dira Abu Zahar. Namun ternyata tekaan tersebut tidak benar sama sekali. Sememangnya Dira dimasukkan ke hospital semalam namun bukanlah kerana meminum peluntur seperti yang diwar-warkan. Menurut portal Murai, Dira memberitahu yang dia terpaksa dimasukkan ke hospital kerana gastrik dan mengalami tekanan darah rendah. Berdasarkan apa yang ditulis menerusi Twitter Dira, nampaknya keadaan Dira semakin pulih sekarang. Semoga Dira terus sihat semula seperti sediakan dan cepat-cepat kembali beraksi di dalam Melodi. Rindu pulak nak melihat telatah comel Dira di dalam program tersebut. Artikel ini ditulis oleh blog Abang Nara. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan