Kerabu Bersuara ® |
- Lelaki belajar ilmu hitam sembelih anak sendiri
- Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman penjara setahun terhadap bekas imam
- Gambar Sekitar Lawatan DS Anwar Ibrahim Di Segamat
- Malayu Macam Tun Mahathir Mudah Lupa. Penyokong Ikut Sama
- Azmi Ali Ulas Isu Yang Mengatakan Beliau Hina Pemimpin Negara Dan Raja
- Sketsa terakhir buat Hassan Ali
- Jawapan kepada Tan Sri Isa Samad
- Kalau Anak Jantan Serah Balik Wang PTPTN. Kalau Sharizat NFC, Anak Apa? Bangang!
- Yang Ni Ke Muka Anak Jantan Maksud Menteri Pengajian Tinggi?
- Tangkapan Terkini Seorang Pemuda Akibat Pakai Baju BERSIH 3.0
- Live! Ustaz Azhar Beri Kuliah Di PPD Rompin
- Hakikat Menyayat Hati Kesan Politik Durjana Umno Terhadap Orang Melayu
- Panas! Pengedar Surat Khabar Sabotaj Akhbar Utusan Dan Mingguan Malaysia
- Hadi: Isu hina raja helah 'kubur' isu penting
- Protes PTPTN: Orang muda bersemangat juga perlu beradab
- Pakatan minta bukti jika Umno mahu suruhanjaya
Lelaki belajar ilmu hitam sembelih anak sendiri Posted: 16 Apr 2012 08:59 AM PDT JAKARTA - Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sedang belajar ilmu hitam, telah menyembelih anaknya sendiri yang berusia lima tahun di sebuah kampung di daerah Karawang, Jawa Barat pada Ahad. Polis bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pembunuhan kanak-kanak perempuan di Desa Pasirkamuning itu ada kaitan dengan ilmu hitam yang dikatakan sedang beliau pelajari itu atau kerana gangguan psikologi. Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan mengerikan dalam sebuah bilik di rumahnya, pada Ahad dan bapaknya dipercayai menyembelihnya dengan sebilah pisau pemotong daging ketika ia sedang tidur. Laporan menyebutkan bahawa sebelum membunuh anak perempuannya, lelaki itu telah pergi ke salah satu daerah di Sukabumi untuk berguru ilmu hitam, namun selepas pulang rumah beliau kelihatan seperti mengalami tekanan mental. Setelah menghabiskan nyawa anak kandungnya, lelaki itu telah memanggil sejumlah jiran tetangganya dan meminta wang untuk membeli kain kafan. Pada masa itu, jiran-jiran yang menyahut panggilan lelaki itu telah juga diancam akan dibunuh. Lelaki itu kemudian menyuruh salah seorang jiran membeli kain kafan di pasar, tetapi jiran itu terus membuat laporan mengenai kejadian itu ke balai polis sehingga beliau ditangkap. - Bernama |
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman penjara setahun terhadap bekas imam Posted: 16 Apr 2012 08:57 AM PDT PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara setahun terhadap bekas imam Hoslan Husin, yang didapati bersalah menghina mahkamah dengan membaling kasut ke arah panel Hakim Mahkamah Persekutuan. Panel lima hakim, yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara menolak permohonan Hoslan untuk mendapatkan semakan semula keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini, yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara satu tahun. Hakim Malanjum berkata permohonan Hoslan untuk mendapatkan semakan semula itu dibuat mengikut Peraturan 137, Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 yang menetapkan syarat daripada segi undang-undang bahawa Hoslan perlu melepasi batasan yang menunjukkan bahawa wujud isu ketidakadilan, sebelum semakan semula yang dipohonnya boleh diluluskan. "Tetapi, batasan itu tidak dilepasi. Tidak wujud halangan daripada segi undang-undang yang dilanggari panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini," katanya ketika menolak hujah peguam Tommy Thomas yang mewakili Badan Peguam Malaysia bahawa panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang dibaling dengan kasut oleh Hoslan, bukan panel yang sepatutnya mendengar kes menghina mahkamah itu. Empat hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali dan Datuk Seri Sulong Matjeraie. Selepas keputusan itu diumumkan, bekas imam berusia 46 tahun itu, yang digari dan memakai pakaian penjara berwarna oren, kelihatan mengalirkan air mata ketika memeluk anggota keluarganya. Hoslan memfailkan permohonan bagi semakan semula kehakiman atas hukuman penjara setahun yang dikenakan terhadapnya kerana menghina mahkamah dengan membaling kasut ke arah panel Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada 22 Feb tahun ini selepas panel itu menolak permohonannya untuk mengemukakan rayuan dalam satu kes sivil. Hoslan hadir di mahkamah pada hari berkenaan untuk mencabar perintah agar dia keluar daripada kawasan Masjid Ar-Rahimah di Kampung Pandan kerana masalah disiplin. Hoslan menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 8 Mac. Terdahulu, dalam hujahnya, peguam bela Karpal Singh berkata kes Hoslan merupakan kes istimewa dan luar biasa bagi Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasanya untuk membuat semakan semula kehakiman kerana anak guamnya tidak mempunyai saluran lain untuk merayu. Karpal Singh berkata Mahkamah Persekutuan bertindak betul apabila menjatuhi hukuman penjara satu tahun terhadap Hoslan kerana memang tiada keraguan bahawa apa yang dilakukannya adalah perbuatan menghina mahkamah peringkat serius, tetapi Mahkamah Persekutuan itu sepatutnya mengeluarkan perintah bahawa hukuman yang telah dilaluinya iaitu penjara satu bulan lapan hari sudah memenuhi tuntutan keadilan. Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin pula berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan tidak bertindak melebihi bidang kuasanya apabila ia menjatuhi hukuman penjara setahun terhadap Hoslan dan mahkamah itu tidak mempunyai had dalam menjatuhi hukuman. Beliau berkata tindakan Mahkamah Persekutuan melaksanakan kuasanya berhubung semakan semula kehakiman perlu dilihat dalam hubungan wujudnya kes ketidakadilan yang ketara atau penyalahgunaan proses mahkamah secara nyata. "Kami katakan perkara itu tidak berlaku di sini. "Tidak wujud keadaan luar biasa, tidak berlaku ketidakadilan dan penyalahgunaan proses mahkamah," kata Noorin. Terdahulu, Thomas menyatakan kepada panel hakim berkenaan bahawa walaupun Badan Peguam Malaysia mengutuk tindakan Hoslan membaling kasut ke arah para hakim, badan itu berpendirian bahawa hukuman penjara satu tahun adalah keterlaluan dan tidak munasabah. Katanya kes ini merupakan kes yang sesuai bagi mahkamah itu mempamerkan sifat belas ihsannya kerana faktor rayuan Hoslan telah tidak diambil kira. - Bernama |
Gambar Sekitar Lawatan DS Anwar Ibrahim Di Segamat Posted: 16 Apr 2012 07:41 AM PDT |
Malayu Macam Tun Mahathir Mudah Lupa. Penyokong Ikut Sama Posted: 16 Apr 2012 04:59 AM PDT Siti Aishah Shaik Ismail : Akta PTPTN telah diperkenalkan oleh Najib tun Razak pada tahun 1997 bukan Dato Seri Anwar Ibrahim seperti yg dimanipulasi oleh umno.sila rujuk Hansard Parlimen yg kesembilan, Penggal ketiga, mesyuarat pertama (jilid 3, bil.26) bertarikh 13 Mei 1997 yang dinyatakan dengan lengkap bahawa najib Tun Razak lah yang sebenarnya individu yang harus dipertanggungjawabkan" Moga penyakit lupa Tun Mahathir beransur hilang" |
Azmi Ali Ulas Isu Yang Mengatakan Beliau Hina Pemimpin Negara Dan Raja Posted: 16 Apr 2012 04:50 AM PDT Isu raja: Propaganda amat jelik Umno-BN, kata Azmin Wartawan Sinar Harian KUALA LUMPUR – Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa terlibat mempersendakan pemimpin negara dan Raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Rabu lalu enggan menjawab secara jelas atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu. Azmin Ali dan Tian Chua dari PKR serta Khalid Samad dari Pas sebaliknya mempersoalkan kesahihan dakwaan serta kredibiliti Dr Rahman Kadir, seorang pegawai perubatan yang mendedahkan mengenai kejadian pada hari Rabu lalu itu. Malah, Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR seperti biasa terus menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan. "Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN. "Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini. Baru-baru ini, Dr. Rahman melalui akaun Facebook mendakwa Azmin, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled terlibat dalam kejadian pada pagi hari Rabu itu. Berikutan itu, Utusan Malaysia yang memuatkan berita tersebut di muka depan dua hari kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak, antaranya mahu tindakan tegas diambil ke atas individu terlibat serta mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat insiden berkenaan. Sementara itu, Tian Chua menolak hasrat pihak tertentu berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana mendakwa Dr Rahman tidak mempunyai bukti kukuh atau saksi berkaitan kejadian tersebut. "Bagaimana apabila seorang tuduh, tidak ada saksi, tidak ada `substance' dalam tuduhan mereka dan tiba-tiba nak buat Suruhanjaya Diraja, buat apa?" katanya, yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita itu tanpa memeriksa kesahihannya. Khaled pula mendakwa Dr Rahman mempunyai imaginasi tinggi apabila berupaya "membayangkan" perbualan anggota Parlimen pembangkang di majlis itu kerana kedudukan dalam Balairong Seri tidak membolehkan sebarang individu biasa mendengar butiran perbualan. "... atau mungkin juga Dr Rahman ini terkeliru kerana sebelum Raja-raja Melayu dan pembesar negara masuk ke Balairong Seri, anggota Parlimen pembangkang yang telah menunggu selama dua jam ada berbual mengenai perkara lain," katanya. |
Sketsa terakhir buat Hassan Ali Posted: 16 Apr 2012 04:15 AM PDT Oleh Moaz Nair Hassan Ali, wakil rakyat Gombak Setia yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 masih lagi ingin menarik perhatian orang ramai dengan kenyataan-kenyataan beliau walaupun kini jelas beliau sudah kehilangan taring dan sering dikritik oleh orang ramai. Beliau telahpun ditendang keluar daripada PAS dan kini sedang meraba-raba mencari parti politik lain untuk bernaung seraya menyambung kerjaya politik beliau. Sejak Mac 2008, Hassan sudah pun mula memperlekehkan kepimpinan MB Selangor Khalid Ibrahim dan memperkecilkan-kecilkan Pakatan Rakyat. Motif beliau pada masa itu sangat jelas. Beliau sememangnya menginginkan jawatan MB Selangor akan tetapi usaha beliau menemui kegagalan. Sekarang beliau sedang meraba-raba dalam dunia politik tetapi disebabkan beliau mendapat sokongan UMNO dan Perkasa, beliau masih boleh hidup. Slogan Kosong Beliau telah kehilangan kawan daripada parti PAS. Yang beliau gusarkan adalah walaupun mempunyai latarbelakang keagamaan, beliau telah jatuh ke satu tahap yang begitu rendah apabila cuba memalukan bekas rakan PAS yang dipilih untuk menggantikan beliau- seorang doktor perubatan. Beliau menyeru agar si doktor itu pergi untuk mendapat rawatan psikiatri. Ada dikalangan bekas penyokong beliau yang berpendapat bahawa Hassan mengalami masalah psikologi. Beliau dikatakan mempunyai mood yang impulsif dan meroskakkan- trait dan simptom ini dimiliki oleh mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan di mana mereka perlu berkongsi dan melibatkan orang lain. Hassan juga dikatakan mempunyai tabiat di mana beliau sukar untuk menyimpan perasaan beliau. Ada juga yang mengatakan beliau mempunyai personaliti kacau apabila beliau berhadapan dengan kebimbangan, kesedihan dan perasaan rendah diri. Beliau sekarang kelihatan penat; mental dan fizikal. Sehingga kini, Hassan sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat bahawa beliau telah dibuang daripada PAS, bukan lagi ahli Exco dan impiannya untuk menjadi MB Selangor juga sudah berkecai. Setelah Hassan dibuang daripada PAS, beliau telah diangkat sebagai wira yang memperjuangkan orang Melayu, Islam dan Raja oleh Perkasa dan Umno. Media pro-kerajaan telah menyelamatkan beliau – sentiasa menyiarkan kenyataan-kenyataan beliau yang memburuk-burukkan pembangkang dan Kerajaan Negeri Selangor. Pihak media jelas tidak sedar bahawa isu-isu yang dibangkitkan Hassan adalah isu basi bagi rakyat. Orang Melayu, Islam dan institusi Raja tidak memerlukan Hassan untuk memperjuangkan mereka. Negara ini mempunyai Perlembagaan dan hak orang Melayu juga bukan Melayu ada termaktub di dalamnya. Islam adalah agama rasmi dan orang bukan Islam pula bebas mengamalkan agama masing-masing. Perlembagaan juga ada menyebut kedudukkan pemerintah. Maka, tidak perlulah Hassan menggembar-gemburkannya kepada orang ramai. Gimik semata Beliau yang sekarang bergerak atas platform JATI tidak memberi sebarang impak kepada rakyat. Kewujudannya tidak menjadikan sokongan terhadap PAS berbelah bagi. Setelah dipulaukan penyokong, siri jelajah beliau hanyalah gimik buat beliau melarikan diri daripada realiti- inilah senjata beliau untuk menutup rasa rendah diri. Malah, tuduhan beliau bahawa orang Melayu telah semakin banyak murtad tidak diendahkan oleh orang Melayu. Kunjungan beliau yang ditanggung ke beberapa tempat-tempat di Malaysia tidak berjaya menarik perhatian orang ramai. Ada pun yang datang adalah orang-orang Umno dan berkemungkinan juga yang datang itu cuma ingin tahu semata. Akan tetapi, tidak semua ahli Umno yang mempunyai pandangan yang sama seperti beliau mengenai isu murtad. Pandangan dan kenyataan yang beliau buat mengenai isu murtad pun tidak dapat diambil serius. Ini kerana ia cuma stan politik daripada seorang ahli politik yang sudah jatuh. Umno dan Perkasa sangat teruja dalam usaha menyokong Hassan memburuk-burukkan pihak pembangkang. Mereka gagal menyedari bahawa Hassan telah menjadikan UMNO sebagai target untuk dikritik dan bukannya pihak pembangkang. Mengetengahkan isu murtad hanya akan menjatuhkan Umno kerana Umno yang mendakwa mereka mempunyai ahli berbangsa Melayu paling ramai dan, kerajaan kita kini merupakan kerajaan yang dipimpin oleh Umno menerusi BN. Umno pula sedang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal keagamaan orang Melayu, kesucian agama Islam dan kedudukan Raja. Tetapi Umno sendiri tidak ikhlas dan dilihat sebagai parti politik yang hanya menggunakan entiti-entiti ini untuk kepentingan politik mereka. Kepada orang Malaysia biasa, tidak satu pun entiti-entiti ini sedang digugat. Persepsi mereka adalah Hassan sedang mengeksploitasi isu-isu ini untuk kepentingan politik beliau dan atas sebab ini jugalah Umno sama-sama menumpang beliau untuk misi ini. Orang Kristian bukanlah ancaman Disebabkan usaha Hassan yang sia-sia itu, siri jelajah beliau juga telah memburukkan keadaan bagi Umno. Ini tetap berlaku walaupun media pro-Umno cuba untuk memaparkan Hassan sebagai wira yang melindungi Islam, orang Melayu dan institusi Raja. Media di Negara ini cuba untuk mempropagandakan bahawa kesemua entiti ini sedang mengalami ancaman disebabkan system 2 parti di Negara ini. Persoalannya, bolehkah orang Kristian yang membentuk 9.2% rakyat Negara ini menjadi ancaman kepada rakyat Negara ini yang majoriti adalah orang Melayu Islam? Ini adalah analisis lemah dipihak mereka dan rakyat biasa sudah semestinya tidak akan jatuh dalam perangkap bodoh Umno dan Hassan. Populariti Umno dikalangan orang Melayu sedang merudum dan ia perlu bertahan kepada apa jua yang boleh mengekalkannya di arena politik Negara. Hassan malangnya adalah harapan yang mereka sandarkan! Fokus Hassan terhadap dunia Melayu tidak hanya mengenai Islam dan isu murtad. Taktik beliau sangat difahami oleh orang ramai. Orang ramai tahu apabila beliau memainkan sentimen perkauman dan agama, beliau akan berjaya meyakinkan orang Melayu luar bandar untuk membenci orang bukan Melayu. Umno juga adalah dalang dalam hal ini. Akan tetapi, penyokong pendalaman tidak tertarik dengan apa yang diperkatakan Hassan kerana beliau tidak mengetengahkan isu itu kepada Umno tetapi kepada PAS dan Pakatan. Semua orang sedar bahawa di bawah pakatan, hanya dua negeri yang diterajui oleh PAS iaitu Kedah dan Kelantan. PKR pula satu, iaitu Selangor manakala DAP di Pulau Pinang. Umno yang menerajui BN pulalah yang mengetuai negeri-negeri lain. Atas sebab ini, jika isu murtad itu benar-benar sesuatu yang meruncingkan dalam negara, Hassan seharusnya membawa ini kepada perhatian Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan juga ada seorang menteri yang menjaga hal ehwal Islam berada di bawah beliau. Mengapa harus PAS dan pembangkang yang dipersalahkan sedangkan mereka mempunyai bidang kuasa hanya pada kerajaan negeri? Jelas Hassan salah langkah dan segala tindak-tanduk beliau membuatkan beliau seolah-olah seorang ahli politik yang sudah tidak diterima dan cuma melakukan ini untuk meraih perhatian. Jika Hassan bermain politik untuk kemabali menjadi wira orang Melayu, Islam dan Institusi Raja di Selangor, mungkin beliau patut bertanding dibawah tiket Umno di Selangor dan kawasan lamanya Gombak Setia pada pilihanraya yang akan datang. Mana tahu, beliau boleh mencapai impiannya untuk menjadi Menteri Besar dengan restu Umno. Memandangkan Umno menyokong penuh usaha Hassan untuk memburukkan pembangkang, tiada masalah untuk mereka menyokong Hassan untuk menjadi MB Selangor kelak jika BN Berjaya menawan balik Selangor. Kuat berbelanja Hassan bukanlah seorang ahli politik yang bijak mahupun seorang yang bijak pandai. Beliau gagal sebagai seorang ahli politik dan ini boleh dimaafkan kerana beliau tidaklah dididik untuk menjadi ahli politik dari mulanya. Mungkin kata hati dan semangat kepimpinan yang tinggi yang membawa beliau ke arena politik. Beliau sentiasa mahu sesuatu dengan pantas dan bukan pula seorang ahli politik yang matang. Banyak yang dilakukannya semasa menjadi ahli Exco yang menyakitkan Exco lain dalam Pakatan. Walaupun mempunyai kelayakkan akademik yang tinggi, beliau tidak tahu apa yang sepatutnya dalam politik. Ramai sebenarnya dikalangan ahli politik yang tidak berpendidikan tinggi tetapi kerana bakat dalam politik, mereka berjaya. Malangnya ini tidak terjadi kepada Hassan. Hassan, bekas pesuruhjaya PAS di Selangor juga mempunyai nafsu berbelanja yang besar. Difahami bahawa dengan membelanjakan RM329 000 untuk kerja pengubahsuaian pejabat Exconya, beliau mahu rakyat sedar bahawa beliau boleh menjadi seorang MB yang terbilang. Sepatutnya, Hassan berkhutbah kepada dirinya sendiri dan juga UMNO bahawa kemewahan itu tidak selari dengan Islam. Selain itu, beliau juga haruslah menyeru Umno agar menghapuskan kemiskinan, rasuah dan membawa keadilan sosial kepada semua orang Islam dan bukan Islam yang menjadi perkara pokok dalam Islam. Jika semua ini dijaga, mungkin juga masalah murtad itu tidak timbul. Hassan seharusnya sedar bahawa satu-satunya agama yang dipromosikan media Umno baik di televisyen atau radio adalah Islam. Agama lain tidak mempunyai ruang dan tidak mungkin mendapat tempat di media. Jika Hassan mendakwa bahawa orang Islam menjadi murtad kerana mahu memeluk Kristian, tidakkah ia aneh memandangkan ia berlaku dalam negara di mana media massa nya dikawal ketat oleh kerajaan? Jika dibandingkan dengan 9.2 % rakyat beragama Kristian dari 28.3 juta populasi rakyat Malaysia; adakah logik jika kita katakan orang Islam tidak dapat menahan pengaruh untuk tukar agama Islam kepada Kristian? Tiada bukti sahih Video murtad yang ditunggu-tunggu daripada Hassan tidak dapat menjadi bukti sahih mengenai perbuatan memurtadkan orang Islam secara beramai-ramai di negara ini. Video yang memaparkan 2-3 orang yang mengaku dihadapan kamera bahawa mereka telah dimurtadkan itu tidak cukup kukuh untuk dianalisis secara saintifik kepada hipotesis Hassan. Sampel itu tidak mewakili populasi yang dimurtadkan di Malaysia. Kenyataannya, Hassan telah gagal dalam tesis beliau dan ianya tidak lebih daripada cerita sahaja. Mufti Perak, Harussani Zakaria meletakkan angka murtad sebagai 260 000, Ridhuan Tee Abdullah pula mengganggarkan 135 kes manakala Hassan tidak dapat meletakkan sebarang anggaran dan mereka ini semuanya tidak mempunyai bukti emperikal bagi kenyataan mereka. Malang bagi negara ini, kita tidak mempunyai pemikir Islam yang tahu mengenai kaedah saintifik dan empirikal dalam kajian. Mereka hanya bertindak berasaskan kata hati, motif dan emosi yang jelas mementingkan diri. Yang akhirnya menjatuhkan Hassan adalah hipotesis beliau mengenai isu murtad dikalangan orang Melayu Islam. Hassan mungkin memegang PhD dalam bidang berkaitan Islam. Beliau semestinya tahu apa itu kajian empirik dan kaedahnya dalam menjalankan kajian saintifik. Tesis PhD ditulis berdasarkan kajian yang dilakukan dalam satu bidang. Teknik membuat kajian yang betul adalah suatu yang paling asas dalam penulisan sebuah tesis. Jika tesis itu tidak menggunakan kaedah kajian yang betul dan tidak mempunyai bukti empirik, ia pasti akan ditolak. Tanpa elemen-elemen yang penting ini, sebuah tesis itu hanyalah buku cerita. Dalam video testimoni 16 minit yang mamaparkan 3 orang Melayu yang mendakwa diri mereka telah dimurtadkan dan kini sudah kembali kepada Islam – ia tidal dapat diterima sebagai sampel yang adil buat populasi orang Islam di Negara ini. Ia juga bukanlah bukti kukuh kepada perbuatan memurtadkan yang boleh menarik siasatan dan sebagainya. Ini hanya menimbulkan rasa marah dikalangan orang Kristian dan Islam. Kenyataan-kenyataan yang dibuat Hassan tidak akan mengubah pandangan orang ramai atau menjadi penyebab kepada orang Melayu mencurigai orang Kristian. Orang Melayu sendiri memperlekehkan para "pemikir" Islam ini dan gimik politik mereka. Orang Melayu percaya bahawa tiada ancaman pengkristianan di Negara ini. Mereka tidak akan panik hanya kerana seorang pemberontak dan beberapa orang ahli Umno menggunakan taktik ini untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Secara hipotikalnya, jika Umno membuat seminar mengenai ancaman pengkristianan dan menyakitkan golongan minoriti yang cintakan keamanan, apa pula reaksi majoriti Melayu sekiranya diadakan satu seminar membincangkan ancaman Islam kepada orang bukan Islam? UMNO tidak mempromosikan kesederhanaan PAS melihat Hassan sebagai ahli politik yang boleh mencetuskan ketakutan dan beliau sekarang sudah menjadi liabiliti untuk UMNO. Hassan sebenarnya semata menggunakan taktik menakut-nakutkan dan cuba menyebarkan rasa syak orang ramai terhadap kredibiliti PAS. Plot UMNO jelas: "Orang Islam menjadi murtad dan PAS tidak mengambil serius hal itu kerana ia menjadi sekutu DAP". Tetapi, adakah UMNO ikhlas dalam menangani isu-isu lain yang lebih serius melanda umat Islam di negara ini? Rasuah, kemiskinan, ketagihan dadah, kadar penceraian yang tinggi, ibu tunggal, jagaan anak, pendidikan yang lemah adalah antara masalah yang sering dihadapi orang Islam di negara ini yang sudah lama tidak dihiraukan UMNO. Orang Melayu yang berpendidikan pula menolak UMNO disebabkan oleh perkara ini dan bukan sebab murtad atau ancaman orang Kristian kepada komuniti mereka. UMNO tidak mempromosikan kesederhanaan dalam negara. Kaum dan agama adalah senjata yang digunakan UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya mereka terus mengundi UMNO seraya mengekalkan kuasa mereka. Tetapi, jika pandangan Hassan bahawa hedonism adalah sebab mengapa orang Islam menjadi saranan orang Kristian, maka, mereka harus menyalahkan UMNO yang telahpun berkuasa selama 6 dekad. Hedonism- keinginan mengecapi kebahagian yang tiada had bukanlah ajaran mana-mana agama sekalipun. Ia juga bukan cara hidup yang dibawa oleh PAS mahupun orang Kristian. Jika Hassa boleh menuduh orang Kristian memurtadkan orang Islam dengan dana mereka yang boleh mempengaruhi orang Islam miskin disebabkan desakan hidup, apa yang telah dilakukan oleh Hassan dan Umno untuk membantu orang Islam yang miskin demi mencegah mereka daripada mendapakan bantuan daripada komuniti lain? Orang Islam yang miskin diseluruh dunia ada menerima bantuan daripada mana-mana negara lain termasuk negara Kristian? Tetapi, adakah orang Acheh, Pakistan dan Arab terus menjadi murtad hanya kerana mereka mendapat bantuan orang Kristian? Tabik kepada PAS Apabila Hassan dan ahli politik UMNO berpendapat agama Kristian itu adalah ancaman kepada orang Islam untuk mengganggu emosi orang Melayu dan mendapatkan undian mereka, PAS tidak mempolitikkan isu itu. Ini hanya menunjukkan ketinggian minda dan akhlak ahli politik PAS dalam negara ini berbanding UMNO. Helah Hassan dan UMNO tidak akan memberi kesan kepada pandangan orang Islam terhadap PAS atau Kristian. Mereka tahu bahawa orang Islam lain adalah lebih rasional dalam pemikiran mereka dan tindakan mereka serta lebih bertolak ansur. Orang Melayu yang berpendidikan juga tidak mungkin akan dipengaruhi oleh ahli politik ektrimis. Sekarang sudah tiba masanya pengundi melihat diri Hassan yang sebenarnya- seorang ahli politik yang memerlukan pentas untuk melakonkan drama beliau dan mungkin juga sedang cuba untuk membuatkan Umno kagum dengannya. Umno mungkin merasakan bahawa Hassan adalah calon yang paling layak untuk melawan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang popular sekarang ini. Ada cakap-cakap mengatakan UMNO tiada calon yang sesuai untuk diletakkan sebagai MB Selangor sekarang. Hassan mungkin mahu cuba nasib. Rakyat Malaysia seharusnya tabik kepada PAS kerana sepatutnya, mereka boleh sahaja mengekalkan Hassan tetapi, mereka tidak melakukan yang demikian malah telah membuang Hassan kerana terlalu besar cita-citanya, memberontak dan menjadi duri dalam daging. Malaysia Chronicle |
Jawapan kepada Tan Sri Isa Samad Posted: 16 Apr 2012 02:20 AM PDT KENYATAAN MEDIA 16 April 2012 UNTUK SEBARAN SEGERA Jawapan kepada Tan Sri Isa Samad KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab Tan Sri Isa Abdul Samad, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau Federal Land Development Authority (FELDA) yang kononnya KEADILAN cuba mempolitikkan dan mengelirukan rakyat mengenai isu penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH). Tan Sri Isa juga dinasihatkan agar berhati-hati dengan tuduhan beliau kerana KEADILAN sama sekali tidak pernah mendakwa kesemua 112,634 peneroka di 317 tanah rancangan dan 22,468 pekerja FELDA akan dipaksa membeli saham FGVH dalam tawaran awam permulaan atau "initial public offering" (IPO) yang dijangka selesai selewat-lewatnya dalam bulan Jun 2012. Sebaliknya, menurut sumber yang boleh dipercayai, KEADILAN sekadar mendedahkan bahawa peneroka dan pekerja FELDA akan "dipaksa" membuat pinjaman pada kadar faedah "daily rest" 5% setahun selama 6 bulan dengan 7 bank komersial terpilih untuk membiayai mohon beli saham IPO FGVH yang mana pembiayaan dengan simpanan sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali. Maka, amat jelas dakwaan Tan Sri Isa bahawasanya FELDA menyediakan opsyen membeli saham IPO FGVH menggunakan wang sendiri adalah cubaan mengelabui mata rakyat terutamanya peneroka dan pekerja FELDA memandangkan ianya suatu pilihan yang sama sekali tidak wujud. Selanjutnya, KEADILAN ingin menegaskan bahawa para peneroka dan pekerja FELDA yang diluluskan pinjaman hanya ada dua pilihan, sama ada membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru bersama dengan rebat RM100 ATAUPUN membayar balik pinjaman dalam tempoh 6 bulan menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka bersama dengan jumlah kadar faedah atas pinjaman yang bergantung pada jumlah pinjaman (yakni harga IPO) dan harga jualan serta fi dan caj sebanyak RM200. Sekali lagi amat jelas bahawa "durian runtuh" yang diberi melalui kaedah "hutang paksa" ini sebenarnya salah satu cara PM Najib memberi peluang baharu kepada institusi kewangan terbabit terutamanya 5 bank pelaburan, 7 bank komersial dan beberapa syarikat broker saham seperti yang KEADILAN dedahkan sebelum ini untuk mendapat laba atas titik peluh dan pahit maung peneroka dan pekerja FELDA. Sebagai contoh, sekiranya kesemua 135,102 peneroka dan pekerja FELDA memilih untuk membayar balik pinjaman tersebut dalam tempoh 6 bulan, maka kutipan dalam bentuk fi dan caj sebanyak RM200 sahaja menjangkau RM27 juta bagi ketujuh-tujuh bank komersial terpilih. Menurut garis masa yang ditetapkan, KEADILAN difahamkan bahawa mulai 16 April 2012, para pengurus cawangan bank-bank komersial terpilih akan diberi taklimat menyentuh segala maklumat terperinci mengenai pinjaman untuk pembelian saham atau "share margin financing" ini. Bermula 23 atau 24 April 2012, selama 8-9 hari, 7 bank komersial terpilih ini dijangka memulakan roadshow untuk memberi penerangan kepada para peneroka dan pekerja FELDA di kesemua 317 tanah rancangan di mana mereka akan diminta menandatangani borang permohonan pinjaman pembiayaan pembelian saham. Permohonan pinjaman ini kemudiannya akan diproses di antara 7 Mei dan 22 Mei 2012. Pihak bank-bank komersial tersebut akan memaklumkan FELDA dan para pemohon semua permohonan yang lulus dan gagal sebelum atau pada 22 Mei 2012. Seterusnya, pada hari yang digelar hari "T", wakil FELDA akan menyerahkan borang biru dan merah jambu masing-masing kepada peneroka dan pekerja FELDA yang berjaya dalam permohonan untuk diisi dan perlu dikembalikan kepada wakil FELDA paling lewat pada hari "T+1". Selewat-lewatnya pada hari "T+3", bank-bank terbabit dijadualkan menerima semula borang biru dan merah jambu yang telah diisi ini bersama dengan senarai akhir permohonan yang diluluskan. Mereka yang memilih untuk membayar balik keseluruhan pinjaman pada hari penerimaan borang biru atau merah jambu dinasihatkan membeli bank deraf boleh dibayar kepada bank yang meluluskan pinjaman. Bermula pada hari "T+3", bank-bank akan memproses borang biru dan merah jambu serta mengeluarkan pembayaran membeli saham IPO FGVH kepada "registrar", Symphony House Berhad selewat-lewatnya pada hari "T+8". Pada hari yang sama, borang biru dan merah jambu akan diserahkan kepada gedung terbitan atau "issuing house". KEADILAN sekali lagi ingin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah dan tidak akan sama sekali menghalang sebarang inisiatif yang memberi manfaat dan kemudahan kepada rakyat yang memerlukan terutamanya peneroka dan pekerja FELDA yang sememangnya berhak mendapat ganjaran atau habuan dalam apa jua bentuk. Jika PM Najib dan FELDA benar-benar ikhlas dengan niat menawarkan peneroka dan pekerja FELDA "durian runtuh sebagai menghargai kerja keras dan pengorbanan mereka selama ini" dan "mempermudahkan penyertaan mereka untuk menikmati segala faedah daripada penyenaraian FGVH", KEADILAN ingin menegaskan bahawa kaedah terbaik untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya atas jerih-perih dan ketabahan peneroka dan pekerja FELDA serta peluang menikmati manfaat memiliki saham sebuah syarikat "blue chip" yang tersenarai di Bursa Malaysia secara mampan adalah menerusi pemberian saham percuma, sekaligus menepati definisi "durian runtuh" dalam ertikata yang sebenar, bebas daripada belenggu hutang. Tanpa saham percuma, PM Najib dan Kerajaan Barisan Nasionallah yang sebenarnya memperlekeh pengorbanan peneroka dan pekerja FELDA selama ini! Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN |
Kalau Anak Jantan Serah Balik Wang PTPTN. Kalau Sharizat NFC, Anak Apa? Bangang! Posted: 16 Apr 2012 02:00 AM PDT Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta mahasiswa memulangkan semula duit yg dipinjam pelajar kepada PTPTN. Kenyataan ini adalah suatu tindakan bodoh yang dilakukan oleh seorang menteri. Mahasiswa mencabar Khaled Nordin supaya meminta Sharizat dan beberapa menteri lain menyelesaikan hutang mereka dahulu sebelum meminta kami membayar hutang. |
Yang Ni Ke Muka Anak Jantan Maksud Menteri Pengajian Tinggi? Posted: 16 Apr 2012 12:30 AM PDT Cuba tengok gambar di atas tu. Mahasiswa universiti mana ni erk? Anak Jantan ke? Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan. "Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di Kuala Lumpur, hari ini. Mohamed Khaled berkata Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan negeri Selangor yang turut memperjuangkan supaya PTPTN dimansuhkan juga patut menyatakan pendirian mereka dengan tegas mengenai isu berkenaan. "Mereka (Unisel) nak atau tak nak pelajar mereka mendapat PTPTN? Kalau betul nak mansuhkan PTPTN jangan buat iklan dalam akhbar siapa yang masuk Unisel boleh dapat PTPTN," katanya. Mengulas mengenai APEL, Mohamed Khaled berkata ia akan memberi lebih ruang dan peluang kepada individu yang berkerjaya yang sebelum ini tidak berpeluang mengikuti pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk berbuat demikian. Beliau berkata menerusi APEL, individu yang mempunyai pengalaman kerja akan melalui satu proses penilaian khusus bagi menentukan tahap kompetensi mereka yang dilakukan oleh Pusat APEL, Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Wawasan Malaysia. "Setelah penilaian dibuat, mereka yang layak akan diberi sijil bagi membolehkan individu terbabit mengenal pasti peluang pengajian tinggi yang bersesuaian di mana-mana IPT. "Ini adalah satu lagi ruang asas bagi kemasukan ke IPT, kalau dahulu matrikulasi, tingkatan enam, A-Level tapi sekarang APEL," katanya. Mohamed Khaled berkata buat permulaan, kemasukan pelajar melalui APEL di semua IPT dihadkan kepada lima peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah pelajar semasa. Beliau berkata langkah itu dibuat bagi membolehkan pihak IPT memberi perhatian yang sewajarnya dalam menyediakan khidmat sokongan yang khusus untuk pelajar berkenaan. Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata pengenalan sistem APEL itu juga diharap dapat mengimbangi jumlah pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di IPT. "Apabila ada APEL ia beri peluang kepada golongan lelaki yang tidak dapat masuk IPT secara formal, dapat masuk melalui cara ini kerana pengalaman yang ada itu akan bolehkan mereka masuk," katanya. - Bernama |
Tangkapan Terkini Seorang Pemuda Akibat Pakai Baju BERSIH 3.0 Posted: 15 Apr 2012 11:31 PM PDT Saudari Mohamad Karim dari Perak ditahan di Pudu Raya kira2 jam 12.00 tadi kerana memakai baju kuning Bersih. Beliau telah dibawa ke Pondok Polis untuk diambil keterangan. |
Live! Ustaz Azhar Beri Kuliah Di PPD Rompin Posted: 15 Apr 2012 09:42 PM PDT Hebat Ustaz Azhar. Bahang jangan tak bahang. Terima kasih kepada sahabat yang kirimkan gambar ni. Allahuakhbar! |
Hakikat Menyayat Hati Kesan Politik Durjana Umno Terhadap Orang Melayu Posted: 15 Apr 2012 09:35 PM PDT Isu perpaduan menjadi topik utama dalam pelbagai medium perbincangan, khusus di kalangan orang Melayu. Perpecahan digambarkan berpunca dari wujudnya parti politik yang ditunjangi oleh kelompok orang Melayu. Ia seolah-olah menjadi unsur utama perpecahan sehingga diucap oleh kebanyakan pimpinan samada pimpinan politik atau agama. Persoalan utama apakah kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan Melayu. Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan perkaumanan – kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah. Hakikatnya masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan. Bilamana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza. Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang berbeza. Kita mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan, kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita. Bagi PAS, kita menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun. Kerana itu, al Quran menjelaskan: "Kalau engkau membelanjakan seluruh harta yang ada dimuka bumi ini untuk menyatukan hari hati manusia, kamu TIDAK akan dapat menyatukan mereka, Allahlah yang menyatukan hati hati mereka." (Surah Al-Anfal ayat 63) Dalil di atas menunjukkan kepada kita penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan. Kerana ini bukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa Melayu untuk menjadi Cina, India untuk ditular menjadi Jawa dan seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (aqidah) kerana manusia boleh memilihnya. Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang. Namun, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan masyarakat agar Islam diketahui dan difahami dengan sebenarnya. Kerana seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang bersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan. Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara normal di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya. Adalah malang bagi golongan Melayu Islam bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah belah masyarakat Melayu. Keadaan ini telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima oleh sebahagian orang Melayu, dan itu adalah hakikat yang paling menyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela. Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malas dan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna kuasa, masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar. Sedangkan semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu – dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK. Apabila Melayu lemah, muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina (DAP). Sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinan negara. Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP. Lebih menyayatkan hati, pembohongan ini diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat |
Panas! Pengedar Surat Khabar Sabotaj Akhbar Utusan Dan Mingguan Malaysia Posted: 15 Apr 2012 07:50 PM PDT Selangor Kini, Harakah 'ceroboh' Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia SEJAK kebelakangan ini, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia menjadi sasaran pihak-pihak tertentu memasukkan lidah rasmi Pas, Harakah dan Selangor Kini terbitan kerajaan Selangor sebagai sisipan untuk diedarkan kepada pembaca. Pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ingin menjelaskan bahawa kami tidak bertanggugjawab terhadap pengedaran akhbar berkenaan melalui Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia. Kami kesal dengan tindakan yang dianggap sebagai sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini bagi menjatuhkan imej akhbar arus perdana ini. Sebagai akhbar yang diharamkan penjualannya di semua premis jabatan atau agensi kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, Utusan tidak akan membenarkan sama sekali akhbar yang didokong oleh DAP, Pas, PKR itu menjadi 'sisipan' Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia. Untuk makluman pembaca, tindakan tidak bertanggungjawab ini pernah berlaku tahun lalu tetapi Jabatan Pemasaran telah memberi amaran kepada semua pengedar akhbar yang disyaki terlibat. Bagaimanapun akhir-akhir ini, perkara yang sama berulang terutama di sekitar Lembah Klang termasuklah Hulu Langat, Wangsa Maju, Shah Alam dan Chow Kit. Jabatan Pemasaran Utusan akan terus memantau keadaan ini dan akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk membuat laporan polis. Utusan juga akan menamatkan urusniaga dengan mana-mana agen atau pengedar yang terlibat dalam tindakan yang tidak beretika ini. Kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaitan 'pencerobohan' terhadap akhbar ini bolehlah menghubungi Jabatan Pemasaran di Bangi atau Pengurus Pemasaran Wilayah, Rosman Zulkifli melalui telefon 0177771443. |
Hadi: Isu hina raja helah 'kubur' isu penting Posted: 15 Apr 2012 07:16 PM PDT ALOR SETAR - Pas menyifatkan dakwaan kononnya pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu sebagai helah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menenggelamkan isu yang lebih penting yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu terbabit sengaja ditimbulkan di saat PRU13 semakin hampir bagi menutup isu sebenar. "Saya anggap itu berita PRU13. Isu ini sengaja dibangkitkan untuk menutup isu sebenar yang kita bangkitkan, antaranya pendedahan kewujudan 'task force' memberi kerakyatan kepada warga asing dan penipuan dalam proses mengundi," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah, di Kompleks Pas Kedah di sini sempena lawatan kerja sehari ke Kedah, semalam. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendedahan beliau berhubung wujudnya pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kerakyatan kepada warga asing di negara ini adalah isu yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding isu remeh yang dibangkitkan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda Raja-Raja Melayu. "Yang menjadi ancaman lebih besar kepada institusi diraja dan kedaulatan negara adalah kes babitkan warga asing, bukannya isu remeh seperti itu. Kes berkenaan yang sebenarnya akan menghakis institusi Raja-Raja Melayu dalam tempoh tertentu," katanya. Menurutnya, sekiranya berlarutan, tidak mustahil ia turut mengancam keselamatan negara. "Warga asing ini berada di luar budaya perlembagan diraja, negara mereka tidak amalkan sistem beraja. Apabila mereka diberi kerakyatan dan mengundi, kesannya amat besar termasuk boleh menjejaskan kedaulatan institusi diraja," katanya. Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan, Dr Rahman Kadir dalam blognya mendedahkan beberapa pemimpin pembangkang didakwa bersikap biadap dengan mempersenda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu. Mahfuz berkata, gerakan Anti Pemalsuan IC (API) dibentuk untuk merangka tindakan bersesuaian bagi membolehkan dakwaan itu disiasat. "Langkah pertama ialah menghantar memorandum tuntutan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pendedahan itu," katanya. Mahfuz yang juga Pengerusi API berkata, semua maklumat yang diperolehnya hanya akan diserahkan kepada suruhanjaya terbabit bagi menjamin keselamatan sumber maklumat. "Buat masa ini saya tidak dapat dedahkan maklumat. Saya berani katakan, gerakan pasukan khas itu beroperasi dari Pejabat Perdana Menteri," katanya. Menurutnya, berdasarkan laporan interim Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah. "Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh di setiap negeri," katanya. Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini, diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. |
Protes PTPTN: Orang muda bersemangat juga perlu beradab Posted: 15 Apr 2012 04:42 PM PDT
|
Pakatan minta bukti jika Umno mahu suruhanjaya Posted: 15 Apr 2012 04:37 PM PDT Oleh: WAN NASRAH ABDUL RAHIM |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan