Selasa, 3 April 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Tahniah Rakyat Malaysia. Harga Minyak Di Naikkan Mulai Malam Ni!

Posted: 03 Apr 2012 06:35 AM PDT

Tahniah dari kami kepada penyokong umno bn.

Memang kerajaan yang tahu kerja makan dan baham duit rakyat je. Lepas tu masuk kampung cakap kerajaan pandai cari duit.

Pppppuuuuuihhhhh! Jangan nak tipu rakyat la. Pemimpin umno hanya boleh tipu jkkk dan penyokong umno je.

Rakyat malaysia dah mula bangkit melawan kezaliman!

PENGUMUMAN: Pembedahan Jantung Tuan Guru Haron Din Di Stanford Hospital - 2-April-2012

Posted: 03 Apr 2012 04:49 AM PDT

Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sedang menjalani saat-saat getir pembedahan jantungnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA. Proses pembedahan jantung bermula pada 2-April-2012 @ 8:00 pagi (11:00 malam waktu Malaysia) dan dijangka akan berakhir dalam masa 8 hingga 10 jam kemudian.

Pesanan Tuan Guru kepada kita semua "Kenang Daku Dalam Doa Mu"

Maklumat Terkini:
2-Apr-2012 (Isnin) @ 8:00 pagi (11:00 mlm waktu Malaysia)

- Tuan Guru masuk bilik pembedahan 2-Apr-2012 (Selasa) @ 6:30 petang (3-Apr-2012 @ 9:30 pagi waktu Malaysia)

- Pembedahan selesai dengan selamat. Tuan Guru dijangka akan ditempatkan di ICU selama 4 hari sehingga keadaan jantung stabil.


|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah berangkat ke San Francisco untuk menjalani pembedahan jantung pada hari Ahad 18-Mac-2012 jam 2:00 pagi. Rombongan yang bersama-sama menemani Tuan Guru ialah isteri beliau Ustazah Datin Khadijah, anak sulung, kedua dan keempat beliau iaitu Dr. Huda, Ustaz Hj. Hamdi dan Ustaz Hj. Najmi. Juga turut serta menantu beliau suami kepada Dr. Huda iaitu Dr. Azlin Azzudin.

Secara umumnya masalah jantung Tuan Guru ialah terdapat banyak saluran darah (artery) pada jantung yang tersumbat menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Keadaan ini menyebabkan Tuan Guru sering mengalami serangan sakit jantung secara puratanya 10 kali sehari. Bagi mengatasinya Tuan Guru terpaksa menggunakan spray GTN untuk meredakan kesakitan.

Tuan Guru kerap menjalani rawatan jantung di IJN bagi mengatasi sakit jantung tersebut. Bagaimanapun pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh doktor-doktor pakar di IJN, mereka akhirnya menasihatkan Tuan Guru mendapatkan rawatan seterusnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA.

Rawatan kali ini agak rumit kerana kaedah memasukkan stent untuk mengatasi saluran darah yang tersumbat tidak boleh dilakukan. Jantung Tuan Guru terpaksa dibedah dari bahagian belakang melalui kaedah 'sternotomy'. Untuk mengetahui bagaimana kaedah ini dilakukan boleh lihat lihat di youtube ( http://www.youtube.com/watch?v=r7RsB0BA4EI ). ". Pembedahan akan dilakukan pada pagi Isnin 2-April-2012 jam 8:00 pagi waktu San Francisco USA (11:00 malam waktu Malaysia). Jika tidak ada kerumitan insya-Allah pembedahan akan selesai dalam masa kurang 6 jam.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT memudahkan urusan pembedahan ini dan berakhir dengan kesembuhan yang berpanjangan kepada kesihatan Tuan Guru.

Dr Hasan Ali tersalah zaman

Posted: 03 Apr 2012 03:52 AM PDT


Syed Abdullah Jamalullail

Sebagai umat Islam secara peribadi saya simpati dengan isu murtad yang dibawa olih Datuk Dr. Hasan Ali kerana memanglah perkara akidah perlu diambil perhatian serius apa yang berlaku.

Sekarang ini dimana orang Melayu yang menjadi murtad bertambah disebabkan berkemungkinan kesempitan hidup dan kurangnya didikan agama hingga ada yang umat Islam atas namanya sahaja tetapi tidak pernah berpuasa, berzakat apa tah lagi untuk mengerjakan solat tidak pernah dilakukan seumur hidupnya. Ini adalah realiti apa yang berlaku dan tiada siapa yang peduli permasalahan sebegini.

Yang sebenarnya Datuk Dr. Hasan Ali tersalah zaman untuk mendedahkan apa yang dikatakan murtad itu kerana kalau 30 tahun atau pun setidak-tidaknya 20 tahun dahulu berkemungkinan ianya berita sensasi yang bolih meronton jiwa Melayu mendengarnya.

Tetapi di zaman di mana pembuangan bayi merata-rata dan ianya tidak menjadi berita tergempar lagi sudah pasti berita yang serupa atau seakan-akan dengannya tidak menjadi berita hangat lagi kerana manusia kini sudah lali saperti juga berita bapa rogol anak kandungnya sendiri dan melahirkan pula anak haram itu sudah menjadi perkara biasa.

Kalau ditahun-tahun 60an dahulu apabila terdengar orang yang melakukan zina disesebuah kampung itu maka gemparlah seluruh masyarakat setempat dan rasa panik terasa sangat apabila mendapat berita sebegitu.

Tetapi kini berita penzinaan sudah menjadi berita biasa dan perlakuan sumbang mahram serta seks sesama jenis saperti homoseks dan lesbian juga hampir tidak terkawal lagi untuk dipantau kerana bukan mudah untuk menjejaki gejala yang terlaknat ini dikesan.

Penyalahan pengunaan dadah juga sudah berluasuasa dimana bukan sahaja ganja dan morpin yang mereka telan tetapi berbagai-bagai jenis pil yang bolih membunuh itu dengan cepat telah berada dimana-mana.

Saya tidak nafikan bahawa niat Datuk Dr. Hasan Ali itu baik tetapi untuk menjadi 'hero' dalam isu menangani masalah murtad ini perlulah diambil kira dan buat kajian selidik dari akar umbinya lagi bagaimana dan macam mana ianya bolih terjadi dan siapakah dalang sebenarnya apabila berlakunya murtad dikalangan umat Islam dan bukannya terus membuat andaian atau menuduh orang itu dan ini apabila berlaku perkara sebegini.

Tidak perlulah turun kepadang atau kepentas dewan untuk berkempen untuk menyalahi sesiapa tetapi perlulah berceramah dengan berkhemah mengikut adat resam dan berpandukan ajaran Islam bagaimana menangani dan macam mana untuk mengatasi atau pun sekurang-kurangnya menyekat gejala murtad ini merebak tanpa menyalahi sesiapa dengan bijaksana sebagaimana yang diajar olih Baginda Rasulullah SAW.

Buat apa berkempen atas isu ini kalau semakin hari semakin kurang yang berminat untuk mendengarkannya dan lebih baik Dr. tumpukan kem motivasi atau pun buat kerja-kerja kebajikan yang bolih manfaatkan umat islam.

Syed Abdullah Jamalullail

AMPANGAN SEREMBAN

Betul Ke Mamat Ni Yang Tumbuk Adam Adli?

Posted: 03 Apr 2012 12:00 AM PDT

Saya baru mendapat maklumat yang mamat ni pukul adam adli?

Pihak kami menerima maklumat ini melalui email baru sekejap tadi.

Mohon penjelasan dari sahabat yang berada di tempat kejadian.

Pihak polis, tolong la ambil kes dengan serius. Kesabaran rakyat ada hadnya.

Pppuuuihhhhh....

Penari Tiang Bangga Tunjuk Duit Tips

Posted: 02 Apr 2012 07:48 PM PDT

Rasis, boros bukan wasatiyyah

Posted: 02 Apr 2012 07:40 PM PDT

Oleh ABDUL SHUKUR HARUN

MEMANG lidah tidak bertulang; mulut mampu menuturkan apa saja termasuk istilah-istilah murni dan mulia yang ada di dalam al-Quran seperti 'wasatiyyah'.

Pemimpin politik sekular adalah antara penutur istilahistilah hebat ini demi untuk kepentingan dan kelangsungan politik mereka. Iaitu, kononnya, konsep politik mereka berlandaskan istilah di dalam al-Quran itu.

Demikianlah mereka bertemu dengan istilah 'wasatiyyah' yang bermakna pertengahan, kesederhanaan, yang disebut di dalam Surah Al-Baqarah ayat 143, untuk menyatakan bahawa umat Islam ini adalah umat pertengahan, umat yang mengamalkan kesederhanaan, menjadi saksi dan mengadili manusia, menjadi penggerak utama dalam menuju kebaikan.

Ini natijah konsep wasatiyyah yang dihuraikan di dalam al- Quran, menurut mufassirin. Sebab itu konsep wasatiyyah mestilah dimanifestasikan dalam semua bidang kehidupan – politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk urusan pentadbiran negara. Wasatiyyah tidak boleh sekadar menjadi ungkapan dan retorika.

Umat Islam berkewajipan melaksanakan sepenuhnya dalam semua amalan kehidupan, termasuk dalam menguruskan negara.

Amalan politik perkauman, pemahaman agama yang sempit, rasuah, boros, penyelewengan, tipu daya, manipulasi dan segala yang mungkar sama sekali bertentangan konsep wasatiyyah.

Wasatiyyah menolak pendekatan keras dan zalim, salah guna kuasa, melanggar batas-batas kemanusiaan, bertindak secara tidak manusiawi – walaupun terhadap musuh politik sendiri. Contoh pendekatan wasatiyyah telah diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat sepanjang kehidupan mereka.

Sirah Nabi s.a.w. itu menyerlahkan kehebatan konsep wasatiyyah itu. Ia menawarkan pendekatan santun, ramah dan persuasif, kerana umat wasat (tengah) memiliki pengertian umat yang adil dan seimbang.

Namun setelah lebih 1400 tahun generasi pertama Islam pimpinan Nabi s.a.w. itu meninggalkan kita, sekian banyak muncul pemerintahan zalim, yang derhaka kepada Allah, yang mendera dan membunuh umat Islam sendiri di pelbagai belahan dunia termasuk di negara Arab, bahkan di Nusantara ini sendiri sepanjang sejarahnya.

Bekas Setiausaha Agung PBB, Boutrous-Boutrous Ghali pernah berkata, bahawa, "Pemerintah negara umat Islam jauh lebih banyak membunuh dan mendera umat Islam, berbanding dengan negara yang diperintah oleh bukan umat Islam." Beliau merujuk kepada pemerintahan zalim, khususnya di negara Arab sendiri dan di tempat lain juga.

Seperti dikatakan, pemerintahan yang tenggelam dalam kancah rasuah, pemborosan, memfitnah, hidup bermewah-mewah, melakukan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa, sebenarnya menentang konsep wasatiyyah. Golongan ini sewajarnya merasa malu untuk bercakap bahawa mereka melakukan pendekatan wasatiyyah.

Demikian juga golongan yang meneriakkan fahaman perkauman dan fahaman agama yang sempit, yang tidak langsung membuka ruang dialog dan berhubung dengan penganut agama lain.

Padahal semua itu dibenarkan oleh Islam – tanpa berkompromi dengan dasar asas Islam seperti yang pernah diperlihatkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat dalam sejarahnya. Sikap golongan ini juga bertentangan dengan sifat wasatiyyah.

Seperti apa yang kita saksikan sekarang, menjelang PRU13, jeritan dan perlakuan perkauman semakin nyaring dan sangat menakutkan. Suasana seperti ini tentu saja bertentangan dengan sifat wasatiyyah, lebih-lebih lagi sifat rasis ini sama sekali bertentangan dengan Islam, malah Nabi s.a.w. pernah menegaskan bahawa, "Bukan daripada umatku, golongan yang menyeru kepada assabiyah (perkauman)." Oleh itu fahaman perkauman yang sempit jauh terpesong daripada sifat wasatiyyah justeru fahaman perkauman menuju kepada kezaliman.

Selain itu sikap boros, menunjuk-nunjuk kemewahan atau hidup bermewah-mewah dalam apa bentuk pun, sangat bertentangan dengan wasatiyyah, justeru amalan Islam sentiasa bersederhana dan sangat peduli golongan bawahan dan miskin.

Apa yang dilihat jelas di negara kita sekarang ialah pemimpin yang menunjukkan sikap bermewah-mewah dalam serbaserbi kehidupan, sehingga rakyat bawahan menggelengkan kepala.

Amalan buruk ini sangat jauh dengan sifat wasatiyyah.

Pengertian yang luas mengenai wasatiyyah seperti dalam Surah Al-Baqarah, ayat 143 ialah, "Demikianlah pula Kami telah jadikan kamu (umat Islam) satu umat yang adil (pertengahan), supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan supaya Rasul Allah menjadi saksi kepada kamu."

Ayat ini bermaksud, umat Islam sentiasa berada di tengahtengah, menjadi penggerak keadilan. Konsep ini sangat mulia dan murni, ia sama sekali tidak boleh disalah erti untuk pelbagai kepentingan, khususnya kepentingan politik.

Politik Islam, seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w. adalah politik berasaskan keadilan untuk semua manusia, tolak ansur dan segalanya. Dari politik Islam terpancar juga kerjasama dengan orang bukan Islam – dalam batasbatas yang tidak berkompromi dengan akidah umat.

Sebab itu, PAS sebagai parti politik Islam yang dinamik dan terbuka melakukan tahalufsiyasi, atau kesepakatan politik dengan parti lain di negara ini. Ia telah diperakui oleh Majlis Syura Ulama dan diluluskan oleh tiga Muktamar Tahunan PAS.

Tahaluf-siasi ini adalah manifestasi sikap wasatiyyah yang diamalkan oleh PAS, menjambatani hubungan dengan dengan parti-parti lain yang dinamakan 'Pakatan Rakyat'.

Hasilnya PAS dapat berinteraksi dan menebarkan dakwah lebih luas kepada non-Muslim yang mendukung Pakatan Rakyat, malah mereka yang berminat untuk mengenal tasawur Islam dengan segala keadilannya.

Inilah antara kejayaan pendekatan wasatiyyah yang dilakukan oleh PAS. Walaupun ada pandangan yang keliru oleh sesetengah pihak, malah difitnah oleh musuhnya, kononnya PAS tidak lagi memperjuangkan Islam, mereka yang mendalam pengetahuan Islamnya, memiliki kewarasan dan bersikap terbuka, nescaya mendapati bahawa pendekatan wasatiyyah PAS ini, dengan izin Allah, telah berjaya.

UMNO, belajarlah menjadi pembangkang yang baik

Posted: 02 Apr 2012 07:34 PM PDT

Oleh Mazir Ibrahim

Selepas pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional di beberapa buah negeri utama di Malaysia telah menjadi pembangkang, termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.

Sebelum 2008, kelihatan negeri-negeri ini cukup mustahil untuk ditumbangkan, apatah lagi ia merupakan negeri yang paling banyak menyumbang kekuatan UMNO dan Barisan Nasional. Kini tidak lagi.

Apabila UMNO menjadi pembangkang

Apabila Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Lim Guan Eng, maka bertempiklah sorak-sorai fanatik UMNO menuduh Melayu dan Islam Pulau Pinang telah terbiar di bawah "Cina" DAP. Sangat pelik, kebencian UMNO telah menghalalkan semua fitnah yang sendirinya menggambarkan sikap Melayu/Islam UMNO.

Keadaan ini turut sama berlaku di Selangor, sebuah negeri pusat kekuatan UMNO-BN selepas negeri Johor. Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu UMNO dan BN hingga kini tidak pernah menjalankan fungsinya sebagai check and balance di Selangor.

Segala isu yang dibangkitkan, sama ada di DUN atau di ceramah, isu yang dibawa kepada media massa kawalan BN sendiri, semuanya yang bertolak dari fitnah.

Isu pasir contohnya, hingga kini pihak UMNO masih beretorik dengan rakyat menerusi media mereka yang menuduh kerajaan negeri gagal mengurus industri pasir dengan baik. Mereka ini bercakap tanpa melihat fakta yang telah diaudit dan dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Dalam laporan lidah rasmi UMNO, UtusanMalaysia, yang terkenal dengan lebih fitnah dari fakta, seorang pemimpin pujaan mereka, iaitu Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri telah mengungkapkan satu keluhan yang abstrak meneganai isu perpaduan di Selangor.

Masih tak sedar diri

Dalam satu wawancara, 1 April, beliau berkata: "Dulu wakktu kita memerintah (UMNO BN), kita berjaya mewujudkan sebuah keluarga harmoni dan bersatu padu. Kita juga berjaya memberikan kekayaan kepada keluarga ini, tetapi apabila dia (pembangkang – yang sudah menjadi kerajaan) memerintah, perpaduan sudah tidak berapa mantap lagi, harmoni pun tidak ada dan hari ini kerja dia hanya menjual harta. Harta ini kalau lama jual, ia akan habis".

Sebagai pembangkang di negeri Selangor, ada baiknya kita lihat hujah beliau ini dari segi fakta dan objektif. Yang dimaksudkan oleh beliau sebagai "keluarga yang harmoni dan bersatu padu, memberikan kekayaan kepada keluarga" – ini semua apa maknanya? Di manakah keluarga ini tinggal? Harmoni yang bagaimana yang dinikmati oleh keluarga ini? Kekayaan apakah yang telah diberikan kepada keluarga (misteri) ini? Keluarga siapakah yang dimaksudkan oleh Noh Omar ini?

Seharusnya sebagai pembangkang, Noh Omar perlu berikan butiran yang lebih terperinci dan jelas tentang dakwaan beliau ini supaya semua orang faham. Bagaimana mungkin semua dakwaan ini hanya bersifat umum (abstrak) tanpa ada data yang jelas? Adakah begini caranya UMNO-BN menjadi pembangkang?

Kemudian beliau mendakwa lagi "selepas PR memerintah, perpaduan sudah tidak berapa mantap dan harmoni juga sudah tidak ada lagi" – ini pula apa maknanya? Adakah terdapat peperangan atau kebuluran di Selangor? Jika benar wujud, silalah kemukakan bukti dan data, kerajaan Selangor pastinya ingin tahu jika 'ketiadaan harmoni' yang dimaksudkan oleh Noh Omar itu bermaksud kekacauan telah melanda bumi Selangor.

PR lebih cerdik, bermutu sebagai pembangkang Parlimen

Jika kita perhatikan dengan berhati-hati, mutu kerja pembangkang di negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang berbanding mutu kerja pembangkang di Parlimen amat jauh berbeza. UMNO dan BN, sebagai pembangkang di negeri-negeri tersebut rata-ratanya membawa isu yang tidak ada fakta sebaliknya hanyalah ungkapan abstrak yang diolah daripada fitnah semata-mata.

Ini jauh berbeza dengan prestasi pembangkang (PR) di Parlimen yang segala isu yang dibawa disertakan bukti dan data maklumat yang jelas yang mana semua bukti dakwaan itu selayaknya disisasat oleh pihak yang bertanggungjawab.

Dahulu, kes dakwaan UMNO yang kononnya Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu melakukan rasuah, hingga kini tidak ada satu pun bukti yang bersabit atas dakwaan itu. Kes Teo Beng Hock hingga menyebabkan kematian mendiang itu, hingga kini juga tidak ada satu pun bukti yang bersabit atas 'dakwaaan' UMNO itu.

Akhirnya, kita dapati bahawa pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang (UMNO-BN) hanya tahu memfitnah tanpa sebarang data dan bukti. Inilah mutu para pemimpin UMNO, ia juga memberi gambaran bahawa jika prestasi sebagai pembangkang pun caca marba, maka tidak hairan kerajaan UMNO-BN penuh dengan kecurangan dan kepincangan.

Jadi, apa yang UMNO boleh pelajari? Jika kemaruk sangat ingin kembali memerintah Selangor dan Pulau Pinang, belajarlah menjadi pembangkang yang baik. Teladanilah tekad, semangat dan mutu Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menanti untuk persekutuan Malaysia. – Roketkini.com

Feel good factor’ menjadi bahan lawak di kedai ikan

Posted: 02 Apr 2012 07:32 PM PDT

Oleh SELENA TAY

UNGKAPAN 'feel good factor' yang sering diuar-uarkan oleh Perdana Menteri 1-Malaysia, Najib Tun Razak telah menjadi bahan lawak di kalangan peniaga-peniaga di pasar pagi Kepong Baru. Maklumat ini diperolehi oleh penulis daripada tinjauan dan perbualan sembang-sembang penulis dengan peniaga-peniaga di pasar pagi tersebut.


Najib seringkali mengeluarkan kenyataan bahawa Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) akan diadakan hanya dengan kewujudan 'feel good factor'.

Apabila ditanya mengenai pendapatnya berkenaan dengan 'feel good factor' ini, seorang penjual sayur berkata: "Ini merupakan kenyataan yang kelakar sekali di dunia sebab apabila 'feel good factor' wujud, saya dengan cepatnya akan pergi beli nombor 4-ekor dan saya akan menang sekurangkurangnya RM120.

'Feel good factor' adalah satu petanda bahawa saya mempunyai nasib yang bertuah pada saat itu.

Tetapi untuk seorang pemimpin negara menggunakan frasa ini memanglah kurang sesuai."

Seorang penjual buah-buahan yang mempunyai gerainya di sebelah kanan mencelah dengan nada yang sinis, "PM kita ini memang mempunyai bakat.

Adakah kamu semua pernah mendengar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ataupun Perdana Menteri Great Britain, David Cameron berkata mesti ada 'feel good factor' dulu sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum?

Selain dari itu, tarikh Pilihan Raya Umum di Amerika Syarikat dan Great Britain selalu diumumkan dari awal-awal lagi oleh mereka.

PM kita macam takut saja nak umumkan tarikh!"

Jelaslah di sini bahawa ungkapan 'feel good factor' telah menjadi bahan sindiran di kalangan rakyat biasa yang bukan berpelajaran tinggi.

"Pilihan Raya Umum ialah untuk menentukan halatuju dan masa depan negara dan ia lebih penting daripada menjual ikan di pasar bukannya masa untuk mengadakan 'feel good factor' sebab ini bukanlah 'tupperware party' ataupun disko," kata seorang penjual ikan sambil ketawa dengan kuat.

Seorang suri rumah yang sedang memilih ikan bawal di gerai penjual ikan itu menyuarakan harapannya bahawa "pemimpin-pemimpin negara lain di dunia tidak akan ketawakan kita."

Dapat dirumuskan di sini bahawa 'feel good factor' memang bukan satu ungkapan yang sesuai bagi seorang pemimpin seperti PM Najib yang bercita-cita untuk menjadi seorang negarawan yang terunggul di dunia.

Gajah mati tinggal tulang, BN mati tinggalkan hutang

Posted: 02 Apr 2012 07:32 PM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

HUTANG negara kini adalah pada paras 53 peratus KDNK. Apakah maknanya ini? Dan apakah seperti ini sihat atau tidak untuk ekonomi sesebuah negara.Bagi yang masih tidak begitu memahami maksud KDNK (singakatan piawaian bagi 'Keluaran Dalam Kasar Negara'), ia bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar).


Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

Maka dari segi hutang negara ini, analogi atau pengibaratan paling mudah dalam skala lebih kecil ialah: jika anda adalah sebuah kerajaan dan pendapatan anda katakan RM1,000 sebulan maka jumlah hutang anda ialah RM530.

Itu sebenarnya tidak menjadi masalah besar. Lagipun sebagai seorang rakyat biasa Malaysia, kita sudah lali hidup dalam nisbah pendapatan kepada hutang yang jauh lebih besar. Malah jika dikira hutang membeli rumah (pada kadar tinggi disebabkan kegagalan kerajaan mengawal mekanisme harga atau peregulasian lemah), hutang kereta (kerana struktur cukai menyebabkan harga kereta persendirian antara tertinggi di dunia), hutang kad kredit (kerana gaji yang tak pernah cukup untuk kehidupan seharian) dan hutang peribadi (kerana dalam keadaan terdesak kita tidak ada pilihan), maka hutang kita jauh melebihi keluaran dalam kasar kita.

Malangnya, kerajaan BN tidak melihat ini sebagai satu masalah kronik kepada rakyat. Sebaliknya beban hutang ini ditokok pula dengan penarikan semula pelbagai subsidi, pengenalan pelbagai cukai konsumer baru sebagai tambahan cukai yang sedia ada dan telah dinaikkan berulang kali, harga barangan utama pengguna yang terus naik dan bak kata orang ungkapan Inggeris, "last but not least", nilai ringgit yang susut lebih cepat berbanding mata wang utama dunia.

Malah kerajaan BN tidak pernah merasa susah hati tentang prestasi ekonomi negara sekalipun. Kepada minda pemimpin BN hatta Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekalipun, wang tunai tidak ada masalah dan boleh turun dari langit pada bila-bila masa. Setiap Menteri Kewangan bermula daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah Perdana Menteri Malaysia dan mereka seakan-akan mahu menunjukkan tidak ada lagi negara yang kaya di seantero dunia ini melainkan Persekutuan Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan BN.

Hujung minggu lalu dunia kita menyaksikan Perlumbaan Lumba Kereta Formula 1 Petronas di Litar Sepang dengan tiga buah pasukan di taja oleh Malaysia (sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia ini, walaupun bagi negara yang paling gila sukan ini).

Petronas, menerusi kerajaan BN, merasakan lebih baik, lebih bermanfaat, dan lebih dilihat sebagai melangsaikan tanggungjawab sosial terhadap rakyat Malaysia menganjurkan siri perlumbaan tersebut di negara ini dan sekali gus menaja sebuah pasukan Formula 1 daripada membayar royalti bagi membantu rakyat dan negeri Kelantan. Proton Holdings Berhad yang semakin terkenal dengan kerugian RM3.4 bilion pula merasakan tidak mengapa menaja sebuah pasukan lagi. Begitu juga pemilik bersama baru MAS yang juga mempunyai pasukan lumbanya dalam siri kejohanan sukan tersebut musim ini.

Itu hanya satu contoh. Banyak lagi contoh lain di mana kerajaan berlagak kaya. Contoh terbaru ialah pelupusan hutang RM589 juta usahawan Tajuddin Ramli kepada Pengurusan Danaharta Sdn Bhd.

Sebelum ini ialah pemberian BR1M yang dikatakan menelan wang pembayar cukai sebanyak hampir RM100 juta. Sudah tentu jumlah ini belum lagi termasuk peruntukan payun terjun dan pemberian khas Pengerusi BN (atas kapasiti Perdana Menteri) meluluskan projek itu dan ini kepada pelbagai pihak dalam setiap lawatan prapilihan raya umum beliau.

Justeru, tidak hairanlah apabila seorang ahli Parlimen BN dari negeri Perak dengan megah dan angkuh bangkit dalam Dewan Rakyat lalu menyanggah mengapa rakyat Malaysia harus bimbang dengan nisbah hutang negara kepada KDNK pada kadar yang akan kini. Dan seorang Timbalan Menteri pula mengeluarkan kenyataan berhubung perihal hutang negara ini dalam nada seolah-olah, "dont worry, it is just a debt..."

Tentu sekalilah mereka tidak perlu bimbang apa-apa kerana akhirnya bukan mereka yang terpaksa membayar hutang ini melainkan rakyatlah yang akan dibebankan dengan pelbagai cukai, penarikan subsidi dan macammacam lagi.

Seorang felo terkemuka di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Mohd Arif Abdul Kareem tidak lama dulu mengatakan pendapatan negara adalah terlalu perlahan bagi memadankan dengan kelajuan kerajaan meminjam wang. Menurutnya memang benar saiz hutang negara berbanding KDNK bukanlah sesuatu yang bermasalah, tetapi masalahnya kelembapan pertumbuhan ekonomi dalam tahun-tahun terakhir inilah yang dibimbangkan.

Penjelasan Mohd Arif tentulah ada asasnya. Nisbah hutang negara kepada KDNK melonjak daripada 41.4% pada 2008 kepada 53.1% pada 2010 sementara hutang kerajaan meningkat daripada 14.6% pada 2008 kepada 18.3% pada 2009 yang mana terlalu jauh mengatasi pertubuhan ekonomi.

"Jika tidak ada sesuatu dilakukan untuk menterbalikkan trend dalam perbelanjaan dan penghasilan kerajaan,ekstrapolasi menunjukkan hutang negara akan meletup kepada 100% dari KDNK pada tahun 2019 kelak," kata Mohd Arif.

Melihatkan cara urus-tadbir ekonomi dan kewangan kerajaan BN yang begitu berlagak, terutama sejak awal 1980-an, apa yang dikatakan oleh felo tersebut tidak mustahil akan berlaku. Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang serba boleh – justeru Malaysia Boleh.

Nampaknya sekira Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya sekalipun selepas PRU13, kita sama-sama sudah boleh menggunakan peribahasa Melayu moden - harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang dan BN mati meninggalkan hutang.

PRU dekat, Najib pilih sahabat dekat

Posted: 02 Apr 2012 07:31 PM PDT

Oleh BOESTAMAM SARI

SEORANG sahabat berkata, "Hasan Ali mungkin membazir kerana belanja besar ubah suai pejabat. Tapi, tidakkah kita juga bazir sebab ambil banyak masa sehingga baru dedahkan semua ini? Atau, inilah budaya politik kanan atau kiri? Apabila tidak sehaluan lagi, maka habislah diceritakan?"

Seorang kenalan lain berkata, "Ini bukan saja budaya politik malah budaya kehidupan kita semua termasuk mereka yang berkecuali. Kawan baik hari ini, mungkin dedahkan pekung kita esok apabila kita bukan lagi rakannya."

"Ya, sikap yang ketara nampaknya banyak berlaku di dalam dunia politik," kata sahabat tadi berkeras. Selain itu, beliau menyentuh pendedahan Azmin ke atas pembaziran persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor sebanyak RM550,000 yang dikatakan lebih afdal disalur kepada rakyat.

"Bermula sekarang, tidak payah buat persidangan, duit semua itu salur saja kepada rakyat. Persidangan dewan undangan negeri pula macam mana ya?" tanya beliau, sinis. Begitulah halnya apabila semuanya didedahkan.

"Takutlah kepada kawan 1,000 kali. Takutlah musuh sekali sahaja," pesan orang budiman. Hal ini kerana, kawan yang bertukar musuh akan menyebarkan kelemahan kita kepada orang lain. Musuh tidak mungkin tahu kelemahan kita.

Di sana, ada contoh pergolakan antara Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir.

Malahan, Daim Zainuddin serta Tengku Razaleigh pernah bermusuhan dengan Dr Mahathir. Setelah mereka bermusuh, banyak rahsia pecah. Kita boleh marahkan Anwar kerana bazir masa 20 tahun memendam rasa. Daim Zainuddin dan Tengku Razaleigh juga turut membazir sebab menunggu banyak waktu untuk dedahkan penyelewengan Dr Mahathir.

Itulah cerita hubungan antara Anwar, Dr Mahathir, Daim serta Tengku Razaleigh yang kemudiannya, selepas bertukar jadi musuh, rahsia terburai selepas 20 tahun. Tapi, ketika Azmin dedahkan pembaziran Hasan Ali yang diberi peluang sepenggal dalam pentadbiran (5 tahun) belakangan ini, ada pula yang berteriak marah mengenai pembaziran masa itu.

Hari ini Presiden Umno Najib Razak pula dikelilingi sahabat yang bercita-cita tinggi dalam politik demi kekayaan peribadi.

Hal ini dijelaskan Najib di dalam temubual radio 988 FM dalam segmen 988 Street VIP pada 22 Mac lalu.

"Saya akan kata kepada wakil rakyat ini tempoh perkhidmatannya telah tamat. Jika ini berlaku sudah tentu wakil rakyat terlibat akan menyalahkan saya sedangkan keputusan ini berasaskan kepada suara rakyat," kata Najib.

Utusan melaporkan 'jiwa mulia' Najib, bahawa beliau sanggup kehilangan kawan yang pentingkan cita-cita politik peribadi. Kata Najib, suara rakyat lebih utama. Tambah Najib, sebagai pemimpin, beliau perlu penuhi harapan rakyat daripada kepentingan sahabat.

Dan, antara bukti beliau menolak sahabat itu adalah dalam hal pemilihan calon bagi pilihan raya umum ke-13 kelak. Justeru, Najib berkata, jika penduduk di kawasan tertentu tidak mahu lagi wakil rakyat yang lama sebab tidak bertugas dengan baik, maka beliau akan gugurkan pemimpin itu lalu diganti pula dengan calon lain yang digemari rakyat.

Tiada ulasan: