Kelab Greenboc |
- [Dedah] Siapa Potong Kawat Duri Di Sekeliling Dataran Merdeka?
- Salehuddin Ayub Dedah Wujudnya Unit Amal Palsu Bertopeng Semasa BERS✔H 3.0
- Benar-benar Melampau, Pelancong Asing Pun Turut Dipukul Oleh Polis!
- Najib Minta Maaf Kepada Wartawan Bukti Nyata Keganasan Polis Itu Benar
- [HOT] Pekung Polis Terdedah Lagi, Zaharin Minta Menteri KDN & KPN Letak Jawatan
- Tindakan Ganas Polis Semalam Tidak Berlaku Apabila PR Ambilalih Putrajaya
[Dedah] Siapa Potong Kawat Duri Di Sekeliling Dataran Merdeka? Posted: 30 Apr 2012 01:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka. "Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini. Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu. Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan. Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis. "Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0. Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai. "Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut. Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. -HD Ulasan GB kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah |
Salehuddin Ayub Dedah Wujudnya Unit Amal Palsu Bertopeng Semasa BERS✔H 3.0 Posted: 29 Apr 2012 11:43 PM PDT Pas mahu suruhanjaya siasat insiden Bersih IPOH – Pas mempelawa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin, yang berakhir dengan insiden tidak diingini, bagi mengenal pasti kebenaran di sebalik perkembangan itu dan diambil tindakan jika perlu. Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Siasatan Diraja mampu menjalankan siasatan dengan adil kepada semua pihak, malah Pas akan memberikan kerjasama. "Kita tunggu keputusan dahulu sama ada kerajaan mahu tubuhkan atau tidak. Namun, kita mahukan ketelusan dalam siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira semua aspek untuk dimuatkan dalam laporan penuh kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas Perak di sini, semalam. Pendirian ini dibuat beberapa jam sebelum Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga berkata pihaknya mahu Suhakam menjalankan satu siasatan bebas dan menyeluruh. Dalam kenyataannya, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pas menolak dakwaan bahawa Jabatan Amal Malaysia (Unit Amal) bertindak merempuh sekatan yang dibuat polis di jalan berdekatan KLCC semasa perhimpunan Bersih 3.0, kelmarin dan menegaskan ia bukan arahan daripada Pas. Salahuddin berkata, Pas dan kepimpinan Bersih sendiri tidak pernah memberi arahan untuk melakukan perbuatan sebegitu. "Sehari sebelum perhimpunan Bersih, kita telah mengeluarkan kenyataan tidak akan merempuh kawasan yang telah dikuatkuasakan oleh perintah mahkamah dan arahan ini jelas malah Pas mematuhi perkara itu. "Sama ada Unit Amal mahupun peserta dalam kalangan ahli Pas, kita tidak mengizinkan mereka melanggar arahan itu," katanya. Beliau mengulas dakwaan media semalam bahawa peserta Bersih 3.0 yang terdiri daripada Unit Amal Pas merempuh sekatan yang dilakukan polis dan bertindak ganas. Beliau turut berkata,Pas tidak menolak wujud ejen provokasi yang memakai baju Unit Amal bagi tujuan menimbulkan kacau ganggu sewaktu perhimpunan selain memberikan imej tidak baik kepada Pas. Beliau merujuk insiden yang berlaku pada anggaran jam 4.19 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berhubung tindakan orang ramai menterbalikkan kereta polis selain Unit Amal Malaysia yang merempuh sekatan polis berdekatan KLCC. "Kami nyatakan di sini, mereka yang memakai baju Unit Amal dan bertopeng itu bukan kita dan mereka ini adalah ejen provokasi yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan termasuk insiden kereta polis. "Oleh sebab itu kita akan teliti balik video yang berjaya dirakam dan kita juga akan buat laporan polis malah akan mengemukakan bukti yang berkaitan, dalam sehari dua ini kita akan terima banyak lagi video dan gambar bagi tindakan seterusnya," katanya. Sementara itu, beliau turut menyatakan perhimpunan itu berjaya dan mendakwa 200,000 rakyat Malaysia turun menyertai Bersih 3.0 menuntut reformasi pilihan raya. Perhimpunan kali ini disifatkannya satu isyarat dan perlu dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa apa pun janji transformasi politik yang dibawanya tidak meyakinkan rakyat yang menuntut pilihan raya yang bersih serta adil. Malah katanya, Bersih 3.0 diadakan hasil tindakan kerajaan yang tidak serius melakukan transformasi politik. -SH Ulasan GB Kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah |
Benar-benar Melampau, Pelancong Asing Pun Turut Dipukul Oleh Polis! Posted: 29 Apr 2012 10:08 PM PDT Membelasah orang awam sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi polis. Senario di dalam perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan wartawan (dalam dan luarnegara), peguam, pelajar malah tak kira siapa menjadi "lauk" para polis untuk dihentam dan dibelasah secukupnya. Namun apa yang amat dkesali ialah apabila pihak polis turut memukul pelancong asing. Klip video di bawah ini memaparkan seorang pelancong asing yang berjalan tiba-tiba dilepuk oleh seorang anggota polis. Amat keterlaluan, dan sungguh kasihan si mat salleh itu yang tak bersalah apa-apa menjadi mangsa "kerakusan" polis yang berlagak angkuh untuk menunjukkan kuasa yang sejemput terhadap seorang pelancong. Hal ini perlu diberikan perhatian serius kerana ia amat mencemarkan nama negara dan Ketua Polis Negara perlu mengarahkan siasatan terperinci terhadap kes ini dan tindakan disiplin perlu diambil terhadap anggota polis tersebut. KPN tidak perlu lagi berdalih dengan mengatakan anggotanya mengikut SOP tatkala melepuk pelancong asing tersebut seperti hal beliau laporkan kepada Menteri KDN terhadap indakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP). Dilaporkan sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan kepadanya tindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP). Kita tidak tahu SOP mana yang digunakan oleh KPN yang mengizinkan anggotanya merampas kamera dan kad memori wartawan apatah lagi untuk melepok dan memukul orang awam sesuka hati. Malah kita meminta beliau menunjukkan secara lengkap dan terperinci kandungan SOP berkenaan. Tindakan melampau anggota polis yang sedemikian hendaklah dikenakan tindakan yang wajar atau KPN perlu bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya sesegera mungkin. |
Najib Minta Maaf Kepada Wartawan Bukti Nyata Keganasan Polis Itu Benar Posted: 29 Apr 2012 08:29 PM PDT Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insiden tersebut. Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini. Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam. Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. -mk Jurufoto ditahan rakam dakwaan kekerasan polis Wartawan wanita dakwa dikasari polis Peguam dakwa diserang polis di perhimpunan BERSIH Punched, slapped, kicked Ulasan GB Najib minta maaf, bererti, apa yang dilakukan oleh polis terhadap warttawan itu keterlaluan dan sememangnya polis bersalah. Kedua, Najib meminta maaf kerana yang terkena pukul itu seorang wartawan sebuah akhbar yang selama ini tidak cenderung untuk berpihak. Masalah besar bagi UMNO BN jika para wartawan ini mengambil sikap tidak lagi mahu memberikan liputan positif terhadap UMNO BN. Ketiga, bagaimana pula yang lain-lain, yang terkena dengan kezaliman polis seperti laporan-laporan di atas? Tiada permohonan maafkah kepada mereka, dan kepada sekalian rakyat jelata yang dikasari serta dizalimi akibat dari perbuatan kejam polis? Dengar khabar KDN mahu ambil tindakan ke atas penganjur BERSIH 3.0. Dengan bukti-bukti yang terlalu banyak, BERSIH 3.0 mempunyai lebih banyak peluang dan lebih besar ruang untuk mengambil tindakan ke atas polis dan KDN. |
[HOT] Pekung Polis Terdedah Lagi, Zaharin Minta Menteri KDN & KPN Letak Jawatan Posted: 29 Apr 2012 08:03 PM PDT Satu ketika dia peserta demo belasah polis trafik, ketika lain dia anggota polis menangkap peserta BERSIH Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana. Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis! Ulasan GB Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan: Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Tulis Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Sang Kelembai) dalam facebooknya: Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini.. Kini, orang UMNO sendiri mendedahkan pihak polis menyamar sebagai anggota BERSIH. Selain itu Datuk Zaharin juga meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan disebabkan anggota polis yang cedera. Siap panggil mereka "monyet" lagi! Apa lagi pencacai UMNO yang lain mahu cakap? Lu mau hantam dalam komen blog GB apa bikin? Pergilah hantam Datuk Zaharin di Wall FBnya... bingai... Bagi kita, kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). |
Tindakan Ganas Polis Semalam Tidak Berlaku Apabila PR Ambilalih Putrajaya Posted: 29 Apr 2012 05:33 AM PDT Kuala Lumpur: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, di bawah Pakatan Rakyat kelak peristiwa seperti himpunan di Pulau Pinang dan Kuantan (perhimpunan Lynas) tempoh hari akan diterima sebagai KPI polis. Peristiwa seperti di Kuala Lumpur akan dilihat sebagai kegagalan mereka, kata Khalid melalui twitternya hari ini. Beliau merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 semalam di Kuala Lumpur. Perhimpunan yang asalnya berjalan dengan aman bertukar kecoh apabila polis bertindak menembak gas pemedih mata di tengah-tengah orang ramai. Orang ramai juga mula marah apabila melihat sebuah kereta polis masuk ke kawasan mereka dalam keadaan pemandu kereta itu memakai topi kledar. Akibatnya orang ramai melempar botol air dan sebagainya ke kereta itu. Kereta itu kemudiannya melanggar orang ramai dan berhenti di tembok komplek Sogo. Tiga orang dikatakan cedera manakala seorang disahkan cedera parah serta mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Sebagai reaksinya, pemnadu kereta bertopi keledar itu di belasah oleh orang ramai. Bagi Khalid, Walaupun dikatakan ada yang cuba merempuh pagar berduri di Dataran Merdeka, menembak gas ke arah ribuan orang yang sedang berkumpul secara aman hanya menjanjikan kekecohan. "Polis yang pro tidak bertindak begitu, sebaliknya berusaha mengawal keadaan, menjaga keselamatan orang ramai, termasuk pendemonstran kerana polis bersenjata, rakyat tidak," katanya. Oleh kerana hanya polis bersenjata, tindakan polis mesti lebih terkawal, lebih profesional. Mereka sepatutnya dilatih untuk jaga rakyat bukan memukul rakyat, tambah Khalid yang juga AJK PAS Pusat. "Bawah PR kelak, polis akan dilatih menjadi pelindung/pembela rakyat. Perubahan ini wajib dilakukan demi masa depan hubungan rakyat dan institusi polis," tegas Khalid lagi. Seorang lagi rakan beliau, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kenyataannya pula mempertikaikan laporan media tradisional yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional hari ini. "Meneliti berita Bersih dalam akhbar New Straits Times, The Star, BHarian dan Mingguan Malaysia sambil sarapan. "Takada yang baik dari himpunan aman Bersih..akhbar jijik," tulis beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS. Salah satu tuntutan Bersih 3.0 adalah liputan media yang adil. -HD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan