Jumaat, 27 April 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Negro Dibelasah Kerana Cuba Ganggu Isteri Orang

Posted: 27 Apr 2012 01:26 AM PDT

Petaling Jaya – Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu.

Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini.

Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian.

"Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi.

"Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju.

"Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran," katanya.

Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2
.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya.

"Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai," katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Patutlah Ada Durian Runtuh Untuk Peneroka, Mereka ‘Diperdaya’ Tandatangani Pinjaman Bank

Posted: 26 Apr 2012 11:39 PM PDT

Kuala Lumpur: Persatuan Peneroka Anak Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa peneroka seperti diperdaya apabila menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Surat perjanjian bank setebal 60 muka surat itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, mengandungi syarat-syarat yang memaksa peneroka menanggung semua risiko sendiri jika saham itu rugi.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, borang pembiayaan pinjaman saham FGVH telah pun diedarkan oleh bank-bank komersial kepada peneroka.

Bank-bank komersial memberikan kebebasan kepada peneroka untuk menyatakan jumlah pinjaman yang mereka mahu.

Ini kerana menurut Mazlan, bank memberikan kelonggaran sedemikian kerana mendapat jaminan kerajaan dan peneroka mempunyai aset tanah 10 ekar.

Namun dalam masa sama jika rugi, peneroka perlu menanggung semua risiko dan pembayaran semula pinjaman.

"Malangnya hampir 90 peratus peneroka sudah pun menandatangani borang (pinjaman bank) itu.

"FGVH memperalat pengurusan Felda memaksa peneroka mengisi borang tersebut dalan keadaan mereka keliru dan sebahagian besar tidak tahu apa-apa,"
katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini hari ini.

Katanya, situasi ini menyedihkan apabila peneroka diperdaya dengan 'durian runtuh' untuk menghalalkan tindakan kerajaan bagi tujuan penyenaraian ke Bursa Malaysia.
"Pasaran saham dimanipulasi oleh pihak spekulator dan tidak menentu. Ini mampu memudaratkan kepentingan aset peneroka," katanya.

Himpunan ala Bersih

Oleh itu, beliau berkata Anak tidak akan teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran seperti Perhimpunan Bersih jika Felda terus mengganggu hak peneroka.

Katanya, perhimpunan itu adalah langkah terakhir memandangkan pelbagai usaha telah dibuat termasuk membuat laporan polis, injunksi mahkamah, dan sebagainya.

"Kita akan buat himpunan terbesar demi mempertahankan saham peneroka. Ini saja pilihan yang ada," katanya. -FMT




Ulasan GB

Patutlah heboh kononnya Najib akan umum durian runtuh untuk peneroka 8 Mei ini.

Rupa-rupanya peneroka telah pun diperdaya menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Anggota Polis Maut Ditembak Rakan Setugas Di Istana Anak Bukit

Posted: 26 Apr 2012 07:42 PM PDT

Alor Setar:Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat Konstabel, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian.

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain, yang berada berhampiran tempat kejadian yang
terdengar bunyi seperti mercun.

"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus
kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Beliau berkata, polis telah menahan suspek berpangkat Lans Koperal di Simpang Empat, Perlis dipercayai di rumah isterinya kira-kira pukul 8.30 malam ini dan
dibawa ke sini untuk siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut.

Ahmad berkata, suspek yang berusia 25 tahun baru sahaja ditugaskan di istana tersebut dua minggu lalu dipercayai menembak mangsa dengan menggunakan senjata jenis M-16 hasil daripada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dan suspek bekerja bagi shift 3 petang hingga 7 malam.

Mayat mangsa dibawa keluar dari istana kira-kira pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut
keluarga.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab telah
memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong untuk dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

"Tuanku Abdul Halim sedih dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kali pertama kes tersebut berlaku sejak istana itu wujud pada 1936," katanya.

Seorang saksi yang tinggal berhampiran istana itu, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dan menyangka hanya bunyi
tembakan biasa kerana pihak istana memburu musang.

Dia hanya mengetahui kejadian tersebut ketika hendak mengambil gambar di depan istana. - Bernama

Sangka tembak tupai

ALOR SETAR: "Selepas terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah istana, saya nampak sebuah kereta dipandu laju keluar dari pintu pagar istana," kata seorang wanita yang juga saksi kejadian seorang anggota polis ditembak mati di pondok pengawal Istana Anak Bukit, dekat sini, semalam.

Warga emas berusia 70-an berkenaan yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 5.45 petang itu, dia duduk di luar rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Saya nampak kereta yang dipandu laju itu menuju ke arah Kepala Batas, namun tidak pasti sama ada ia ada membawa penumpang atau tidak kerana terkejut mendengar bunyi tembakan sebelum itu.

"Pada mulanya saya menyangka bunyi tembakan itu datang daripada aktiviti menembak tupai kerana sebelum ini ada oang menembak tupai di sini, tidak sangka pula berlaku kejadian lain," katanya.

Seorang lagi saksi, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia tidak menyangka bunyi beberapa das tembakan yang didengarnya adalah kejadian jenayah hingga menyebabkan kematian.

Menurutnya, sejurus mendengar tembakan itu, dia hanya melihat burung berterbangan dan keadaan itu menguatkan lagi naluri hatinya bahawa ia mungkin hanya aktiviti menembak tupai.

"Setengah jam kemudian, saya lihat beberapa kereta peronda polis berada di hadapan pintu Istana Anak Bukit sebelum orang ramai mengerumuni bahagian depan istana berkenaan," katanya.
-hm





BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0

Posted: 26 Apr 2012 05:00 PM PDT

Polis ulangi langkah halang BERSIH 3.0 dengan perintah mahkamah?

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menerima khabar bahawa polis telah mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012.

Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bersikap keras untuk memberi amaran kepada BERSIH, bahawa polis akan mengambil tindakan yang perlu seandainya penganjur meneruskan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Wong Chin Huat menulis dalam laman sosial Facebooknya, bahawa polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Wong Chin Huat berkata pihak polis telah meminta media cetak utama untuk menyediakan ruang iklan, agar menyiarkan senarai nama orang yang diharamkan untuk berada di lokasi perhimpunan.

Bagaimanapun, Wong Chin Huat menghubungi MerdekaReview kemudiannya, bahawa polis tidak sempat untuk memperolehi perintah mahkamah, agar senarai tersebut boleh disiarkan pada hari esok.

Sebagaimana yang diketahui, berbeza dengan 91 nama yang terkandung dalam belasan helai kertas A4, senarai kali ini hanya memuatkan tiga helai kertas A4. Pada 7 Julai 2011, pihak polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 orang daripada memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur, termasuk Pengerusi BERSIH Ambiga S, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dan lain-lain. Senarai tersebut juga disiarkan di media pada ketika itu.

Ketua Polis Negara Ismail Omar gagal dihubungi setakat ini untuk mengulas khabar ini.

Tindakan perlu jika perhimpunan di Dataran Merdeka

Di samping itu, menurut laporan BERNAMA, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein berkata polis akan mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetapi berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

"Kita sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain.. jika mereka berdegil jadi terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," kata Hishammuddin Hussein (gambar kiri).

Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

"Saya harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya apakah tindakan yang mungkin akan dilakukan polis sekiranya perhimpunan yang dianjurkan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu tetap diadakan di Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung kepada tindakan pihak penganjur".

Katanya polis juga sudah diarahkan bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan berdasarkan kepada pengalaman berdepan perhimpunan sebelum ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat dan menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Hishammuddin berharap pihak penganjur dapat menerima tempat yang ditawarkan kerana mereka masih mempunyai masa untuk menukar lokasi perhimpunan itu. -MR

Ulasan GB

Tajuk Yang GB gunakan: BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0

Apabila kezaliman diulangi dan bermaharajalela, itu PETANDA JELAS bakal tumbangnya kerajaan UMNO BN.

Itu sunnatullah.

Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat sendiri yang mahu berhimpun secara aman...

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. Begitu juga halnya di timur tengah seperti Syria dan Tunisia.

UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan!

Rafizi Alu-alukan Tindakan NFC Mahu Menyamannya

Posted: 26 Apr 2012 07:55 AM PDT

NFC: Kita tak takut malah bersedia, kata Rafizi

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu beliau tidak gentar untuk berdepan sebarang tindakan undang-undang ekoran tindakannya yang berterusan mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Malah menurut Rafizi, beliau sudah bersedia sejak awal lagi untuk berdepan sebarang kemungkinan dan jika didakwa di mahkamah, beliau menganggap itu peluang untuk mendedahkan keseluruhan maklumat kepincangan dalam NFC.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh yang membuat dua laporan polis terhadapnya hari ini.

"Kita tidak takut malah bersedia. Ini adalah yang terbaik untuk kita terus membuat pendedahan kepada pihak berkuasa atas penyelewengan di dalam NFC.

"Itu adalah hak dia (NFC) untuk membuat laporan, dan saya akan memberi kerjasama sepenuh jika dipanggil oleh pihak polis," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohamad Salleh dilapor berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi dan juga ke atas sebuah bank berhubung dakwaan pendedahan maklumat peribadi perbankan.

Menurutnya, tindakan itu diambil ke atas Rafizi ekoran pendedahan berhubung maklumat perbankan mereka melalui satu sidang media pada 7 Mac lalu.

Mohamad Salleh mendakwa Rafizi menyebarkan butiran perbankan dan penarafan kredit syarikat NFC serta empat lagi syarikat berkaitan – National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd.

Selain itu, Rafizi juga didakwa mendedahkan butiran perbankan peribadi pengarah dan pemegang saham syarikat berkenaan tanpa keizinan mereka.

Tindakan itu didakwa melanggar peruntukan undang-undang bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia).

"Setakat ini ia masih lagi pada peringkat pengurusan di mahkamah dan saya menjangkakan perbicaraan sepenuhnya adalah pada bulan Jun nanti," ujar Rafizi. -HD

NFC mahu saman Rafizi, bank

Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan juga ke atas sebuah bank berhubung dakwaan pendedahan maklumat peribadi perbankan.

Satu kenyataan NFC hari ini menyebut, tindakan itu diambil ke atas Rafizi ekoran pendedahan berhubung maklumat perbankan mereka melalui satu sidang media pada 7 Mac lalu.

Mohamad Salleh mendakwa Rafizi menyebarkan butiran perbankan dan penarafan kredit syarikat NFC serta empat lagi syarikat berkaitan – National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd.

Selain itu, Rafizi juga didakwa mendedahkan butiran perbankan peribadi pengarah dan pemegang saham syarikat berkenaan tanpa keizinan mereka.

Tindakan itu didakwa melanggar peruntukan undang-undang bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia).

Menurut kenyataan itu lagi, peguam Mohamad Salleh juga akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi kerana menyebarkan dan menyiarkan kenyataan fitnah ke atas dirinya.

Mohamad Salleh mendakwa, Rafizi "memperdaya media dan orang ramai dengan sengaja memutarbelit fakta" dengan mengatakan bahawa pengarah NFC menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi mendapatkan pinjamat untuk membeli hartanah KL Eco City di Kuala Lumpur.

"Tidak pernah apa-apa pinjaman dibuat untuk pelaburan KL Eco City," kenyataan itu dipetik.

Syarikat berkenaan juga membuat aduan rasmi kepada Bank Negara Malaysia terhadap bank yang dikaitkan dengan pendedahan maklumat tersebut.

Peguam syarikat dan pengarah berkenaan pula sedang membuat persediaan untuk memfailkan saman ke atas bank berkenaan "yang gagal memenuhi permintaan syarikat dan pengarahnya."

Mohamad Salleh membuat dua laporan polis berhubung dakwaan berkenaan hari ini, menurut kenyataan itu lagi.
-mk


[Bergambar] Gadis Disergah Harimau Meninggal Akibat Trauma

Posted: 26 Apr 2012 05:56 AM PDT

Kuala Kangsar - Peristiwa diekori harimau hampir tiga jam di kawasan Padang Ragut Changkat Jambu, di sini, mengakibatkan kehidupan Mastura Kamaruddin, 16, diselubungi trauma sehingga dia menghembus nafas terakhir pada jam 5 petang kelmarin, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Kisah Mastura bersama ibunya, Rohani Osman, 50, diekori harimau ketika menoreh getah pada 15 Januari lalu pernah menggemparkan negara apabila tersiar di dada akhbar.

Menurut Rohani, selepas peristiwa itu, kesihatan Mastura sering terganggu termasuk mengalami demam panas dan pernah dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, kesihatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati itu semakin teruk dari sehari ke sehari sehingga hilang kemampuan berjalan pada 7 April lalu.

"Keadaannya sangat lemah ketika itu sehingga perlu didukung oleh bapanya untuk ke bilik air dan memerlukan jagaan sepanjang masa.

"Mastura dipindahkan ke HRPB pada 13 April lalu kerana keadaannya semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap," katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Chuar Hilir, di sini, semalam.

Laporan hospital mengatakan kematian Mastura berpunca daripada jangkitan kuman dalam darah dan Sinar Harian difahamkan selepas peristiwa diekori harimau, kehidupan remaja itu sering dihantui insiden berkenaan.

Sentiasa ketakutan

ROHANI mengakui Mastura mengalami trauma dan sentiasa berada dalam ketakutan selepas peristiwa itu, sehingga tidurnya sering terganggu.

Katanya, selain mendapatkan rawatan di hospital, keluarganya turut mendapatkan rawatan alternatif daripada pengamal perubatan tradisional dan pernah dibekalkan limau nipis untuk mandi.

"Hanya saya sahaja mandi menggunakan limau nipis itu sedangkan Mastura tidak mahu melalui proses berkenaan," jelas Rohani.

Rohani juga memaklumkan anaknya itu mengalami luka di bahagian kaki dan pinggang serta sedikit kecederaan semasa melarikan diri daripada harimau berkenaan.

Menurutnya, luka berkenaan semakin teruk sehingga kaki Mastura menjadi lemah menyebabkan remaja itu tidak mampu berjalan dan kini mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya walaupun di selubungi kesedihan.

Hilang mata pencarian

DALAM pada itu, Rohani menceritakan, Mastura sempat berpesan agar dia tidak lagi menoreh di kawasan kejadian beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu turut memberi pesanan sama kepada ayahnya kerana bimbang mereka akan jatuh sakit sepertinya.

"Kerana menghormati pesanan akhir Mastura, saya dan suami tidak lagi menoreh di kawasan padang ragut itu demi mengelak kejadian sama berulang.

"Sekarang kami tidak tahu di mana mahu mencari rezeki kerana selama ini pendapatan kami sekeluarga hanya bergantung kepada kerja menoreh getah," katanya.

Dalam keadaan sedih serta muram, Rohani mengakui dia sendiri tidak dapat melupakan kejadian tersebut dan akan berpegang kepada pesanan Mastura sungguhpun tertekan memikirkan cara mencari sumber pendapatan keluarga.

*Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi sendiri keluarga ini di talian 012-5825300. -SH






Demonstrasi 70 Lokasi Seluruh Dunia, Bersih 3.0 Bakal Pecah Rekod Dunia

Posted: 26 Apr 2012 03:06 AM PDT

Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.

"Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia," katanya.

"Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi kira-kira 30 lokasi sahaja.

Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia," katanya kepada Keadilan Daily.

Di Malaysia, katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).

Selain itu, Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal),
New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka).

Ia turut diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing).

Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu'tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town). -KD

Tiada ulasan: