Isnin, 23 April 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Bergayut Ala Spiderman Elak Dicekup Khalwat Dengan Janda

Posted: 23 Apr 2012 12:09 AM PDT

Ampang - Seorang pemandu teksi bergadai nyawa dengan bergayut ala Spiderman pada luar tingkap rumah setinggi tiga tingkat bagi mengelak dicekup sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam.

Ketika ditahan, lelaki berusia 33 tahun itu memberi alasan singgah makan di bilik sewa teman wanitanya di sebuah rumah kedai, di sini, pada jam 5.30 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, siasatan mendapati lelaki itu telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, manakala teman wanitanya berusia 36 tahun itu adalah bekas pekerja di sebuah kelab malam di sekitar Lembah Klang.

"Difahamkan, lelaki berkenaan menjalin hubungan sulit bersama janda yang mempunyai seorang anak itu sejak dua tahun lalu. Wanita itu juga dipercayai mengandung empat bulan," katanya.

Ahmad Nawi berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota penguat kuasa agama menyerbu premis itu.

Menurutnya, ketika serbuan seorang wanita membuka pintu dan dia memberi alasan tinggal seorang diri di bilik itu.

"Kami mendapati lelaki berkenaan berpakaian lengkap, manakala wanita itu berpakaian baju tidur ketika serbuan dijalankan," katanya.

Dalam operasi berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu, dua pasang kekasih yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun turut ditahan di sebuah rumah kedai di Pandan Indah.

"Kami menahan dua beradik itu bersama pasangan masing-masing di rumah sewa mereka. "Difahamkan mereka dipercayai bersekedudukan di rumah itu sejak dua bulan lalu," katanya.

Ahmad Nawi berkata, operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH

Tunang Lihat Sendiri Indra Ditikam Bertubi-tubi Dengan Kejam

Posted: 22 Apr 2012 10:26 PM PDT

Dibunuh 10 jam sebelum nikah

JOHOR BAHRU: Seorang operator kilang maut dibunuh di depan tunangnya sendiri, 10 jam sebelum mereka dijadualkan berkahwin, dalam kejadian di rumah kedai Jalan Dedap, Taman Johor Jaya, dekat sini.

Gambar: Rumah kedai tempat kejadian. Gambar kecil, Indra Asrul, mangsa yang ditikam bertubi-tubi.

Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, yang bekerja di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam berulang kali oleh tiga individu yang dipercayai warga Myanmar.

Lebih menyedihkan apabila kejadian terbabit disaksikan tunangnya yang dikenali sebagai Sharina, 26, malah mangsa dikatakan meninggal dunia di pangkuan bakal isterinya itu.

Sharina berkata, beliau dalam keadaan trauma selepas menyaksikan sendiri bagaimana Indra ditikam bertubi-tubi dengan kejam.

"Ketika kejadian, saya dan Indra sedang berpindah keluar daripada rumah sewa di rumah kedai berkenaan selepas terpaksa berbuat demikian susulan insiden rakan serumahnya mengintai saya sedang mandi.

"Berikutan kejadian itu, Indra kemudian pergi berjumpa mereka bagi menyuarakan rasa tidak puas hati sehingga berlaku perselisihan," katanya di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, semalam.

Katanya, selepas kejadian itu, mereka mengambil keputusan berpindah daripada rumah terbabit, selain dinasihatkan oleh pemilik rumah kerana bimbang perkara lebih serius berlaku.

"Saya berpindah sejak beberapa hari yang lalu namun, kembali semula ke rumah itu kerana mengambil wang deposit rumah dan beberapa barang lain.

"Bagaimanapun, ketika kami sedang menaiki tangga untuk ke rumah terbabit, tiba-tiba pasangan warga Myanmar itu dan seorang lagi lelaki menarik tunang saya dan menumbuk mukanya beberapa kali sebelum menikamnya dengan sebatang besi," katanya.

Sharina berkata, kejadian itu mengejutkannya kerana berlaku beberapa jam lagi sebelum mereka diijab kabul selepas berkenalan beberapa tahun kerana bekerja di kilang yang sama. -BH

Lelaki mati dalam pangkuan kekasih

JOHOR BAHRU - Hajat seorang lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dibunuh sehari sebelum majlis pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 10.40 malam di rumah kedai di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya di sini kelmarin, mangsa Indra Asrul, 29, dan tunangnya yang hanya dikenali sebagai Sharina, 26, pergi ke rumah kedai itu dengan menunggang motosikal untuk mengambil barang-barang mereka di situ.

Cerita Sharina, sebaik sampai di situ, dia dan tunang yang sedang menaiki tangga untuk pergi ke bilik yang disewa tiba-tiba diserang oleh tiga warga asing dipercayai warga Myanmar dengan seorang suspek merupakan seorang wanita.

"Tunang saya mulanya ditumbuk di muka oleh ketiga-tiga suspek itu sebelum salah seorang lelaki yang bersenjatakan sebatang besi bertindak menikam perut tunang saya berkali-kali sebelum mereka melarikan diri.

"Saya memangku Indra yang cedera parah namun dia kemudian meninggal dunia dalam pangkuan saya," ceritanya dengan memberitahu Indra terkena lebih empat tikaman di bahagian perutnya.
-kosmo


Wajah Fatimah Mina - Pelajar Yang Mati Terjatuh Dari Bangunan UPSI

Posted: 22 Apr 2012 08:10 PM PDT

Mati terjun separa sedar

TANJUNG MALIM: Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi (gambar), 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

"Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis," katanya yang dihubungi semalam.

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya. -hm



Pelajar UPSI maut terjatuh bangunan

IPOH: Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang dipercayai mengalami kemurungan, maut selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat E-Learning di kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, petang kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 5.30 petang hingga jam 6.30 petang itu, mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, dari Bakri, Muar, ditemui terbaring di tingkat bawah bangunan berkenaan dengan kesan luka di beberapa bahagian badan, termasuk patah di rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan.

Mayat pelajar Tahun Dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu ditemui lengkap berpakaian dan bertudung oleh beberapa pelajar yang kebetulan melalui kawasan itu.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata insiden itu di luar kawalan pihaknya dan menyifatkan ia mungkin ada kaitan unsur mistik seperti gangguan makhluk halus.

"Saya mewakili warga UPSI menyampaikan salam takziah kepada keluarga arwah dan kami turut mengadakan majlis tahlil ringkas untuk arwah, malam semalam (kelmarin) di surau Kampus Proton City, yang disertai beberapa pegawai universiti dan pelajar.

"Selain itu, dua rombongan bas disertai 80 pelajar, termasuk Penolong Pendaftar UPSI, Musa Jaafar turut mengiringi kepulangan jenazah ke rumah keluarganya di Muar, pagi tadi (semalam) bagi menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepadanya, selain menghulurkan sedikit sumbangan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan itu turut mendapati arwah memasuki bangunan itu dalam keadaan seperti separuh sedar sebelum dilihat menaiki tangga ke tingkat atas.

"Difahamkan, arwah mempunyai sejarah diganggu makhluk halus sebelum ditawarkan memasuki UPSI dan beliau dikatakan sedang mengikuti beberapa rawatan perubatan tradisional serta Islam bagi mengatasi masalah itu.

"Saya juga dimaklumkan rakan serumahnya, pelajar itu turut berkelakuan pelik sebelum ini, termasuk sering bercakap sendirian dan menangis,"
katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kes itu, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-BH


Maut akibat bisikan misteri

ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.

TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.

Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.
-kosmo


Laporan bergambar sebelum ini
klik untuk baca





Maka Meloponglah Najib & SPR Bila Selangor Pilih Untuk Pilihanraya Berasingan

Posted: 22 Apr 2012 04:40 PM PDT

Pilihan raya berasingan kerana kelemahan SPR

Hak mengadakan pilihan raya umum (PRU) bersama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan ekoran kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat secara mendadak di negeri itu.

Setiausaha Politik Menteri Besar negeri itu, Faekah Husin berkata, hak mengadakan pilihan raya umum (PRU) bersama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri.

"SPR tidak boleh menggunakan alasan belanja RM30 juta untuk menyekat hak tersebut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan mereka harus sedar tindakan mengadakan pilihan raya berasingan adalah akibat dari kegagalan SPR membersihkan dan mengambil langkah berkesan sebagaimana unjuran Bersih 2.0.

"Jika kita mahu berbicara soal wang rakyat, bagaimana pula dengan RM250 juta wang rakyat yang disalahguna NFC (National Feedlot Corporation) dan RM589 juta hutang (bekas pengerusi MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli yang dilupuskan oleh kerajaan?

"Bagaimana pula dengan urusniaga penjualan Lebuh Raya MEX? Adakah geran kerajaan yakni duit rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings berjumlah lebih RM900 juta telah dikembalikan? Bukankah ini semua melibatkan pembaziran wang rakyat?," soal beliau.

'Seperti lembu dicucuk hidung'

Isu pilihan raya berasingan katanya, tidak akan timbul sekiranya SPR bersungguh-sungguh membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat mendadak.

"Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.

Ujar beliau, "kita mahu SPR melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan jangan mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN) atau mana -mana parti politik seperti lembu dicucuk hidung.

"Kita amat kecewa apabila SPR tanpa berselindung menunjukkan sokongan kepada BN. Jika ada pegawai tertinggi SPR mahu berpolitik, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon BN.

"Kita mendesak SPR berhenti menjadi jurucakap BN. Jika SPR mahu dihormati seluruh masyarakat Malaysia, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur kerana setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan dariNYA," tambahnya. -FNT

Ulasan GB

Ini salah satu cara untuk "mengalahkan" grand design Najib untuk menawan Selangor, iaitu tidak membubarkan DUN untuk PRU13 dan memilih untuk mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan.

Segala usaha mereka mendaftarkan PATI di negeri Selangor untuk mengundi bagi pihak BN tidak dapat mereka pergunakan di dalam PRU13 kecuali kerusi parlimen dan keputusan kerusi parlimen negeri Selangor nanti dapat dijadikan bahan analisis setakat mana impak dan usaha "task force beri ic kepada warga asing" itu berjaya.

Kadir Sheikh Fadzir Umum Sertai Bersih 3.0

Posted: 22 Apr 2012 08:26 AM PDT

Sshah Alam — Bekas menteri Kabinet Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir hari ini mengumumkan akan menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 3.0 yang dijangka berlangsung di Dataran Merdeka 28 April ini.

Abdul Kadir yang merupakan bekas Menteri Penerangan berkata, dalam pembentukan negara demokrasi, pilihan raya yang benar-benar adil dan telus, adalah elemen yang paling penting.

"Pilihan raya yag adil dan bersih adalah perkara utama dalam sistem demokrasi, termasuk juga media yang bebas.

"Saya menyokong perhimpunan Bersih 3.0, dan akan turut serta dalam perhimpunan itu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda di sini.

Jelas timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) ini berkata, beliau tidak menolak kenyataan dirinya merupakan sebahagian daripada kerajaan pada suatu masa dahulu, namun atas faktor situasi yang tidak "sedap", beliau memutuskan untuk berjuang demi mempertahankan hak rakyat.

"Zaman sekarang sudah berubah. Rakyat sudah cerdik.

"Najib bohong bila kelam kabut gubal undang-undang, konon nak tunjuk kepada rakyat ada transformasi, tapi sebenarnya untuk pilihan raya," tegasnya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada 19 April lalu yang berakhir jam 3.20 pagi.

Tambah bekas ahli majlis tertinggi Umno ini juga, kepimpinan parti tersebut adalah pihak yang bertanggungjawab menjadikan parti itu mengalami banyak penyelewengan dan ketirisan.

"Bukan ahli bawahan Umno yang salah. Mereka kerja bertungkus lumus untuk parti. Tapi pimpinan parti yang menjalankan kegiatan penyelewengan.

"Kita perlu ubah perkara itu. Kita kena pakat ubah mereka, suruh mereka berubah, kalau tidak kita akan ubah mereka," katanya disusuli tepukan gemuruh daripada sekitar 800 peserta konvensyen yang hadir dari seluruh negara di Universiti Industri Selangor (Unisel) di sini. -TMI

[TERKINI] Majistret Tolak Permohonan Reman Siswa, Fahmi & Umar Bebas

Posted: 22 Apr 2012 06:31 AM PDT

Peguam Syahredzan Johan berkata polis tidak boleh menahan siswa Umar Mohd Azmi yang ditahan di tapak perkhemahan pelajar di Dataran Merdeka hari ini lebih daripada tempoh 24 jam.

Katanya, Mahkamah Majistret tidak membenarkan permohonan reman polis ke atas siswa berkenaan.

Ketika dihubungi Syahredzan yang mewakili pelajar berkenaan berkata majistret enggan memenuhi permintaan polis setelah melihat rakaman penahanan pelajar itu, pagi ini.

Tambahnya, Umar tidak perlu ditahan kerana proses mengambil kenyataan dan cap jari boleh dibuat tanpa menahan pelajar terbabit.


Umar kini dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Umar dan ditahan di balai berkenaan.

Sementara itu, aktivis Occupy Dataran Fahmi Reza pula dibebaskan dengan jaminan tanpa sebarang pertuduhan, kata Syahredzan lagi di Twitter.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Fahmi dan Umar kedua-duanya ditahan pagi ini dalam serbuan oleh polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) – pada perkhemahan kumpulan berkenaan yang masuk hari kelapan.

Kumpulan pelajar dan aktivis itu berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan tinggi percuma dan untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 14 April.

Aktivis dan siswa lain pada masa ini meneruskan perkhemahan mereka di Dataran walau kebanyakan barang keperluan mereka dirampas DBKL pagi ini. -mk

Occupy Dataran: Fahmi, Umar bebas

KUALA LUMPUR: Aktivis 'Occupy Dataran' Fahmi Reza yang ditahan awal pagi tadi dibebaskan sekitar jam 3 petang tadi.

Sebelum ini beliau dan seorang lagi siswa – Umar Mohd Azmi turut ditahan polis.
Umar dibebaskan polis sekitar jam 6 petang. Sebelum itu, beliau di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Syahredzan Johan, Azira Aziz dan Puspawati Rosman.
"Fahmi dibebas jam 3 petang dengan jaminan polis. Namun majistret telah mengarahkan siasatan terhadap Umar dan berkemungkinan ia akan selesai hari ini," kata Hasbeemasputra Abu Bakar dari Suaram kepada FMT.

Salah seorang penganjur Lew Pik Boon pada sidang medianya pagi tadi mengesahkan penahanan Fahmi dan Umar.

Menurut Lew, kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi dan beberapa aktivis lain turut berada di sana bagi memberi sokongan.

"Dua rakan kami telah ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi tanpa menjelaskan kesalahan yang mereka lakukan. Mereka akan dibela oleh tiga peguam.

"Aktivis lain turut memberi sokongan dengan hadir di hadapan balai polis untuk meminta mereka dibebaskan," katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut laman sosial twitter, Fahmi dan Umar ditahan jam 8 pagi tadi apabila pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota polis menahan kedua-dua mereka yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Malah pihak DBKL turut mengepung dan kemudiannya merampas khemah milik aktivis Occupy Dataran terbabit.

Para aktivis Occupy Dataran ini turut berkhemah bersama kumpulan siswa sejak seminggu lalu, namun memberi ruang kepada konsert diraja yang diadakan malam tadi.

Walau bagaimanapun aktivis Occupy Dataran kembali berkhemah selepas selesai konsert berkenaan yang berakhir malam tadi.

Occupy Dataran menuntut Dataran Merdeka dijadikan sebagai tempat awam untuk berkumpul dan berhimpun.
-FMT


Dua ditahan, DBKL rampas khemah di Dataran

Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.

Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 62 khemah itu ke dalam trak DBKL.

Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.

"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.

Hari kelapan demo siswa

Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.

Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.

Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.

Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.

Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi.
-MK






Ibrahim Ali Dicabar Buat Demo Bantahan Depan Najib Jika Benar Mahukan ISA

Posted: 22 Apr 2012 04:29 AM PDT

Datuk Ibrahim Ali dicabar agar membantah tindakan Datuk Seri Najib Razak kalau ingin sangat mempertahankan ISA.

Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, jika Ibrahim betul-betul berani, beliau dan Perkasa patut membuat demonstrasi bantahan secara besar-besaran terhadap Najib di Putrajaya untuk membuktikannya.

Cabaran ini dibuat Zairil dalam kenyataannya bagi mengulas cadangan Ibrahim yang meminta DAP meminta Singpaura memansuhkan ISA.

Bagi beliau, kenyataan terbaru Ibrahim Ali yang mencabar DAP untuk mencadangkan supaya Kerajaan Singapura memansuhkan ISA adalah sesuatu yang sukar untuk difahami.

"Pertama sekali, bukankah dasar negara kita adalah untuk tidak mencampur tangan dalam hal ehwal negara lain, apatah lagi negara jiran yang juga ahli ASEAN?" kata beliau.

Seterusnya, apakah sebenarnya yang ingin disindir oleh Datuk Ibrahim? soal beliau.

Menurut Zairil, umum mengetahui bahawa DAP adalah sebuah parti yang senantiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan hak asasi manusia.

Katanya, DAP tidak pernah teragak-agak untuk membantah dan menentang undang-undang zalim dan mencabul hak asasi seperti ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

DAP menentang penggunaannya bukan sahaja di Malaysia, bahkan di mana-mana negara di dunia ini. Ini adalah selaras dengan pendirian DAP yang memartabatkan hak asasi dan kebebasan setiap insan, katanya.

"Saya rasa jika Datuk Ibrahim ingin sangat untuk mempertahankan ISA yang dikatakannya sebagai 'berjaya mengekalkan keamanan', beliau sepatutnya membantah pemansuhan ISA di negara kita.

"Kenapakah beliau tidak membuat demikian? Apakah beliau hanya berani untuk mencabar orang dari jauh dan tidak berani untuk mempertahankan pendiriannya di negara sendiri?"
soal beliau.

Beliau menegaskan bahawa DAP tidak ada kena mengena dengan Singapura atau mana-mana negara lain kerana DAP adalah parti untuk rakyat Malaysia sahaja. -HD

Kalau Ibrahim Ali Nak Sangat ISA, Pergilah Demonstrasi Di Putrajaya

Cabaran pemimpin ultra-Melayu, Ibrahim Ali, supaya DAP mencadangkan kepada Kerajaan Singapura memansuhkan ISA adalah sesuatu yang pelik dan sukar difahami.

"Pertama sekali, bukankah dasar negara kita adalah untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, apatah lagi negara jiran yang juga ahli ASEAN?

"Seterusnya, apakah sebenarnya yang ingin disindir oleh Dato' Ibrahim?" kata Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari.

Beliau menjelaskan bahawa umum mengetahui DAP adalah parti yang senantiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan hak asasi manusia.

Katanya, DAP tidak pernah teragak-agak untuk membantah dan menentang undang-undang zalim dan mencabul hak asasi seperti ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Menurutnya, DAP menentang penggunaan undang-undang zalim bukan sahaja di Malaysia, bahkan di mana-mana negara di dunia, selaras dengan pendirian parti yang memartabatkan hak asasi dan kebebasan setiap insan.

"Saya rasa jika Dato' Ibrahim ingin sangat untuk mempertahankan ISA yang dikatakannya sebagai "berjaya mengekalkan keamanan", beliau sepatutnya membantah pemansuhan ISA di negara kita.

"Kenapakah beliau tidak membuat demikian? Apakah beliau hanya berani untuk mencabar orang dari jauh dan tidak berani untuk mempertahankan pendiriannya di negara sendiri?

"Jika Dato' Ibrahim betul-betul berani, beliau dan Perkasa patut membuat demonstrasi bantahan secara besar-besaran terhadap Dato' Sri Najib di Putrajaya untuk membuktikannya," ujar Zairil.

Beliau menambah, DAP tidak ada kena mengena dengan Singapura atau mana-mana negara lain kerana DAP adalah parti untuk rakyat Malaysia sahaja.
– Roketkini



Ibrahim Ali cabar DAP cadang Singapura mansuh ISA

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen hari ini mencabar kepimpinan DAP supaya mencadangkan kepada kerajaan Singapura memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri di negara berkenaan seperti Malaysia.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mahu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang juga Setiausaha Agung DAP membuat kenyataan terbuka mendesak Singapura memansuhkan ISA yang masih berkuatkuasa di republik itu.

"Semua orang tahu, (Ahli Parlimen) Bagan (Lim Guan Eng) pun tahu sehingga kini Singapura masih belum mansuhkan ISA. Oleh itu saya cabar DAP buat kenyataan terbuka desak Singapura memansuhkan ISA seperti mana Malaysia," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Ibrahim berkata, hakikatnya, ISA telah berjaya mengekalkan keamanan di negara itu.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak perlu meminta maaf kepada bekas tahanan ISA seperti yang didesak oleh Lim.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pula telah meminta Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) supaya menyatakan pendiriannya berhubung perkara yang sama.

Katanya, negara memerlukan satu akta yang boleh menjaga keselamatan sebuah negara, keselamatan rakyat, orang awam dan sebagainya kerana negara yang tidak selamat, tidak akan boleh membangun atau maju.

"Kalau negara ini tidak selamat, pelabur tidak akan datang, sebab itu saya berterima kasih kepada pemerintah yang ada kerana berjaya menyediakan satu ruang lingkup keselamatan dan jaminan kepada semua pihak termasuk kepada pembangkang yang mendakwa negara kita tidak selamat, polis tidak boleh dipercayai, dan sebagainya," katanya.

Bung Mokhtar juga berkata beliau kesal kerana akhir-akhir ini, terdapat pemimpin pembangkang yang tidak memandang serius terhadap Raja-raja Melayu di negara ini.

Katanya walaupun segelintir, tetapi beliau meminta kerajaan supaya menggunakan apa juga akta yang ada untuk menyiasat mana-mana pemimpin dalam pembangkang atau mana-mana organisasi yang mempunyai unsur-unsur yang menghina kesultanan raja.

Datuk Lilah Yassin (BN-Jempol) yang turut bersetuju dengan cadangan Bung Mokhtar, berkata telah berlaku lagi penghinaan terhadap Raja-raja Melayu berdasarkan apa yang telah disebut oleh mereka yang hadir di Istana Negara baru-baru ini.

"Apakah Yang Berhormat (BN-Kinabatangan) ingin menyebut dalam ucapan mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya khas untuk menyiasat perkara ini supaya kita mengambil tindakan untuk menyiasat kesahihannya.

"Jika betul ia berlaku, rakyat mahu dan menuntut tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa," katanya.
– Bernama


[Gambar & Video] Dua Komuter Bertembung Di Amsterdam, 125 Cedera

Posted: 22 Apr 2012 03:35 AM PDT

Amsterdam: Hampir 125 orang cedera, kebanyakannya serius, apabila dua kereta api komuter Belanda berlanggar antara satu sama lain di Amsterdam, pada Sabtu, kata polis.

Tiada laporan segera kematian, tetapi mereka yang cedera, 13 daripadanya mengalami kecederaan besar manakala 43 atau 44 yang lain cedera teruk, kata seorang jurucakap. Kira-kira 70 mangsa mengalami kecederaan ringan.

Sebuah helikopter penyelamat telah digunakan untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital, kata jurucakap kumpulan keretapi NS.

Kereta api, tidak menawarkan perkhidmatan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, jurucakap NS manambah, tetapi kemalangan ini mengganggu perkhidmatan kereta api di lapangan terbang.

Sesetengah mangsa telah diangkat daripada bangkai kereta api oleh kren manakala berpuluh-puluh yang lain dibawa jauh dari lokasi kemalangan dan dibalut sebagai perlindungan sementara menunggu ketibaan ambulans, manakala kereta polis dan trak bomba sentiasa bersedia dan mengawal keadaan.

"Kami mendengar hentaman yang kuat. Saya pergi ke luar dan melihat orang di jalanan dalam keadaan panik," seorang wanita di tempat kejadian memberitahu penyiar AT5.

"Kami kemudian melihat apa yang telah berlaku. Tidak lama kemudian terdapat perkhidmatan kecemasan di tempat kejadian. Ianya diurus dengan baik. Sesetengah orang luka di kepala, yang lain kelihatan tempang."

Salah satu daripada keretapi yang terlibat dalam kemalangan memberi perkhidmatan di bandar Den Helder dan Nijmegen, manakala yang satu lagi menawarkan khidmat di antara Amsterdam dan Uitgeest, kata jurucakap kereta api.

Penyiar awam Belanda telah menyiarkan rakaman video yang menunjukkan perlanggaran dua tren yang telah berlanggar.












Tiada ulasan: