Sabtu, 21 April 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


ESQ Meragukan. Siapa Pantau & Mana Laporan Pemantauan?

Posted: 21 Apr 2012 12:31 AM PDT

30 bekas peserta ragui ESQ

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 bekas peserta program motivasi anjuran syarikat Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) Leadership Training mengakui kebenaran fatwa pengharaman yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi Wan Teh terhadap modul pengajaran syarikat itu dua tahun lalu.

Gambar: Wan Zahidi (dua dari kiri) berbincang sesuatu dengan anggota alumni ESQ 165 termasuk Rosile (tengah) di Kuala Lumpur semalam.

Wakil alumni, Rosile Saat Al-Gayauwi berkata, perkara itu disedari sendiri oleh mereka yang semakin lama semakin berasa curiga dengan modul ESQ 165 yang dibawa syarikat berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) perlu membuat keputusan segera ke atas modul latihan ESQ 165 yang didakwa berupaya menyesatkan akidah seseorang.

"Keputusan itu perlu dicapai secepat mungkin kerana latihan ESQ 165 kini sudah semakin menular dalam agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tentera, polis dan sebagainya.

"Kami tidak faham mengapa perkara ini boleh berlaku kerana fatwa pengharamannya telahpun berkuat kuasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -kosmo

ESQ: Alumni gesa Majlis Fatwa buat keputusan segera

KUALA LUMPUR - Alumni ESQ 165 menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan segera ke atas modul latihan ESQ 165 yang dijalankan di Malaysia sejak enam tahun lalu.

Alumni ESQ 165 Angkatan 26, Rosli Saat berkata, pihaknya menyedari faktor dikatakan kesesatan akidah terdapat dalam modul ESQ 165 dan mengakui kebenaran difatwakan Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Jun 2010.

Menurutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat keputusan bahawa latihan ESQ 165 boleh dijalankan de­ngan syarat ianya dipantau.

"Persoalan kami ialah siapa yang memantau di mana laporan pemantauan dan hasil pemantauan tersebut setelah dua tahun keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan Fatwa Wilayah Persekutuan dikeluarkan,"
katanya dalam sidang media, semalam.

Hadir sama pada sidang media itu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan hampir 30 bekas pekerja, bekas pelatih dan Alumni ESQ 165.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun 2010 yang dihadiri mufti-mufti memutuskan ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan sya­riat Islam serta tidak bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang juga panel ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkata, ia boleh diteruskan, bahkan ia pendekatan terbaik untuk sedarkan individu dari segi ketuhanan, Islam dan peradaban.
-SH


Parlimen Bersidang Sampai 3.00 Pagi, MP BN Hanya Sekadar Pak Angguk

Posted: 20 Apr 2012 11:52 PM PDT

Apa niat sebenar luluskan 9 akta tergesa-gesa?

KUALA LUMPUR: Sidang mesyuarat dewan rakyat semalam yang 'menggantung' masa bagi membolehkan sembilan rang undang-undang diluluskan pada hari yang sama tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hakikatnya parlimen tidak sepatutnya bertindak sedemikian rupa dan perlu memberikan masa ahli parlimen berbahas.

Malah katanya, setiap perbahasan yang akan dibuat perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu.

"Bukan, hari ini bentang hari ini juga diluluskan. Sehingga nak buat kajian pun tidak sempat. Sembilan rang undang-undang hendak lulus pada hari itu juga," katanya.

Beliau tidak tahu apa niat sebenar kerajaan yang dilihat tergesa-gesa mahu meluluskan sembilan rang undang-undang itu tetapi baginya tindakan itu tidak cekap dan bertanggungjawab meluluskan apa-apa undang-undang sekali pun.

"Ahli parlimen BN hanya tahu nak lulus sahaja. Bila Speaker tanya siapa yang bersetuju kata bersetuju lalu mereka cepat-cepat jawab setuju," katanya ketika dihubungi.

Misalnya, kata beliau menteri terlepas pandang dalam pindaan kesalahan pilihan raya akhirnya menteri mengaku ada kesilapan selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membangkitkan perkara itu.

"Bila kita timbulkan, baru menteri mengaku ada kesilapan. Barisan ahli parlimen BN tidak ada semangat hendak mempersoalkan. Reti nak lulus sahaja," katanya.

Katanya walapun dalam keadaan masa yang terhad bermula jam 10 pagi semalam berakhir jam 3.30 pagi tadi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mampu memainkan peranan sebaik mungkin.


Difahamkan, sidang mesyuarat Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah dalam tempoh 22 tahun apabila semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama melalui Peraturan Mesyuarat 90(2).

Difahamkan pertama kali kejadian yang sama berlaku ketika pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977. -HD

Ulasan GB

Ketara, betapa pentingnya rakyat untuk TIDAK lagi memilih wakil rakyat dari BN yang sekadar menjadi YESMAN.

[TRAGEDI] Bas Kilang Rempuh Treler, 2 Maut, 9 Cedera

Posted: 20 Apr 2012 08:55 PM PDT

Kampar - Dua pekerja kilang terbunuh manakala sembilan cedera termasuk pemandu bas apabila kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM38.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang terbunuh Rohani Ramli, 38, berasal dari Taman Mesra Raya, Kampar dan Russiah Md Yusof, 44, berasal dari Kampung Simpang Tiga Sungai Lesung, Ayer Kuning, Kampar.

Kedua-dua mangsa pekerja kilang elektronik Unisem di Simpang Pulai.

Rohani yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala Russiah yang juga cedera parah di kepala meninggal dunia di Hospital Raja Permasuri Bainun pagi ini ketika sedang dirawat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata, sembilan lagi penumpang termasuk pemandu bas kilang yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital Kampar.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 8 malam tadi ketika bas kilang itu yang membawa sepuluh penumpang dari sebuah kilang di Simpang Pulai menuju ke Teluk Intan apabila dirempuh di bahagian tengah oleh sebuah treler membawa
muatan sarung tangan getah dari arah bertentangan.

Ketika kejadian treler berkenaan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan dipercayai melanggar isyarat lampu merah, katanya.

Akibat kejadian itu bahagian tengah bas tersebut remuk teruk dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pemandu treler berusia 64 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu, katanya. – Bernama





"Toyol Betina" Pakar Pecah Rumah Dicekup

Posted: 20 Apr 2012 07:00 PM PDT

Toyol dara pecah flat

SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin.

Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

"Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit," katanya.

Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit. -hm




Shafie Apdal Terus Membisu, Zahida Pula Jawab Di Twitter

Posted: 20 Apr 2012 05:07 PM PDT

Skandal Seks, Kenapa Shafie Membisu?

Sehingga hari ini setelah pendedahan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dan Zahida Rafik masuk hari ketiga, nampaknya menteri berkenaan mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

Ada kemungkinan Shafie membiarkan Zahida menjawabnya sendirian untuk mengelakkan rumahtangganya menjadi kecoh dan kerjaya politiknya berkubur.

Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk."

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang."

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida."

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya.

Zuraidah juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?

"Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.

Zahida Rafik pernah menafikan gossip yang menyatakan beliau dibela seorang VVIP.

"Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin."

JAWAPAN ZAHIDA TERHADAP SKANDAL SEKS DENGAN SHAFIE

Ekoran pendedahan kisah peribadi aktres seksi, Zahida Rafik tentang hubungannya bersama seorang VVIP, banyak komen yang diterima Zahida menerusi akaun Twitternya. Berikut antara komen balas Zahida yang seolah-olah marah dengan tindakan sesetengah pihak yang menghentamnya.



- bulanpurnama89


Senarai harta kekayaan Zahida (baby girl Shafie Apdal)

1. Mempunyai sebuah banglo bernilai RM2.7 juta
2. Mempunyai tiga jenis kereta mewah termasuk porsche, harrier dan BMW 6 series.
3. Menerima RM100 000 hingga RM200 000 setiap kali menemui menteri berkenaan.
4. Memiliki pemandu peribadi untuk membawanya ke mana-mana saja
5. Menerima wang tunai RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan daripada menteri berkenaan.
- kafesantai


TERKINI

Bayaran RM1.5 juta: Zahida Rafik ancam tindakan mahkamah

Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya.

Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.

"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!

"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.

PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
-mk




Ini keluarga sebenar Shafie Apdal

Mohd Shafie Apdal bersama isteri Shuryani Shuaib dan anak Sabrina Mohd Shafie, 22, (kanan) selepas melancarkan koleksi dua buah buku puisi "Reflections Of Life" dan "Dirimu Diriku". -Foto BERNAMA


Proud parents: Mohd Shafie and Shuryani congratulating their daughter on her graduation during the convocation at Shah Alam. — Bernama



Ulasan GB

Bagus juga jika Zahida rafik bawa kes ini ke mahkamah. Lebih banyak yang terdedah dan terbongkar.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




BERS✔H 3.0 Diteruskan Sekalipun DBKL Tidak Izinkan Guna Dataran Merdeka

Posted: 20 Apr 2012 08:25 AM PDT

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 akan meneruskan rancangan Duduk Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.

Gambar: Desakan supaya semua pemimpin SPR letak jawatan dari Bersih 3.0

Pengerusi Bersama, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, beliau langsung tidak terkejut dengan penolakan DBKL itu dan akan meneruskan rancangan mereka tanpa menghantar surat rayuan kepada DBKL.

"Saya tidak terkejut dengan keputusan DBKL ini dan Bersih tegaskan, kita akan terus Duduk Bantah di Dataran Merdeka. Lagipun kerajaan dan polis sudah berjanji akan memberikan kerjasama kepada Bersih.

"Pihak polis pun ada panggil Bersih untuk isi beberapa borang, jadi kita akan teruskan tanpa kebenaran DBKL," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini.

Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah menerima surat tersebut pagi tadi.

DBKL dalam surat tersebut memberi alasan permohonan Bersih 2.0 tidak diluluskan kerana aktiviti yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan penggunaan Dataran Merdeka yang telah ditetapkan oleh DBKL.

Menurutnya, acara-acara yang dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka hanyalah acara-acara yang bertahap Nasional sahaja, contohnya sambutan hari Kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan dan acara-acara lain yang setaraf dengannya.

Dataran Merdeka dataran kita

Sementara itu, seorang lagi Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said senada dengan Ambiga bahawa mereka tidak akan berganjak daripada rancangan asal.

Malah tegasnya, jika DBKL ingin menyusahkan mereka, mereka juga akan menyusahkan DBKL.

"Apa yang dilakukan itu tidak bererti kita tidak akan berlawan. Kita akan berlawan. Kita tidak mahu memberikan mereka jalan yang mudah. Kalau mereka susahkan kita, kita akan susahkan mereka juga.

"Yang terakhir surat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. DBKL menjangkakan bahawasanya Dataran Merdeka itu mereka punya, bukan rakyat punya. Saya sendiri akan berada di situ kalau tidak ada halangan.

"Kalau ada halangan pun saya akan berada di situ kerana saya merasakan Dataran Merdeka itu dataran kita semua, hak kita,"
tegasnya. -HD



Ulasan GB

GB sudah ulas tadi:

Tidak mengapa, jangan lupa sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, bukan sahaja tidak dibenarkan berhimpun di dataran meredeka, malah diharamkan oleh kerajaan. Apa berlaku? Rakyat TETAP turun jugak.

Kalau DBKL tidak izinkan DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka, jangan tersentak dan terperanjat apabila rakyat BANGUN & BANTAH di jalanraya!


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Blogger UMNO Fitnah Mahasiswa Dataran Merdeka Bawa Kondom

Posted: 20 Apr 2012 07:01 AM PDT

Mahasiswa berdemo kantoi dengan KONDOM di dataran merdeka

Owh ye ke?

Bukti ada kat bawah neh oke ;

Mula2 korang tengok gambar pertama. Nampak apa yang aku nampak tak? Bagus. Memang bagus. Aku pun sama macam korang. Sebijik. Takde beza. 100% sama. Iaitu aku tak nampak apa2 pun. Aku tak nampak apa2 yang blogger tue suruh aku nampakkan.




kah kah kah

Lepas tue korang tengok pula gambar kedua. Nampak tak apa yang aku nampak? Tengok betul2 larh der. Lue dan gua sama2 ada mata kan, kalau tak camne lue membaca blog neh ye tak?

kah kah kah

Sekarang faham tak?

1. Masa letak tikar, lantai dia petak2. Ada mozek.

2. Lepas angkat tikar, berkemas untuk konsert diraja, lantai dia jadi pasir2.

Inilah kehebatan penulis = blogger umno.

Kalau macam neh korang tak boleh nampak, fikir, teliti, kaji.. aku boleh berani nak cakap korang memang bangang. Sorry der.. sorry.. kadang2 kita perlu bersikap jujur. Aku nak juga jaga ahti korang tapi kadang2 ia mencucuk2 jiwa aku sebab terpaksa menipu der.. tolong larh faham. Menipu tue berdosa der..

kah kah kah

Bloggers umno yang buat lawak kondom =klboyzwangsa
Ameno : Tak boleh blah betul akal depa..

kredit:amenoworld

Ulasan GB

GB pernah ulas dahulu. Petikan:

Fitnah, mereka-reka cerita yang tidak benar, bahasa lucah/mencarut dan gambar porno sudah merupakan perkara asasi dan darah daging blogger proUMNO. Pergi ke mana-mana satu blogger pro-UMNO, anda akan menemui salah-satu daripadanya.


Terkutuklah blogger UMNO pemfitnah ini dari dunia sampai akhirat seperti firmanullah

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Pelajar Dirogol Dalam Kelas Kosong

Posted: 20 Apr 2012 05:00 AM PDT

Rembau – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama ­seorang pelajar asrama di ­sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.

Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.

"Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.

"Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan ­itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan ­reman dari 16 hingga 23 April ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat. -SH

Budak Terlampau Perkosa Jiran - Apa Mau Jadi Ni?

Posted: 20 Apr 2012 03:00 AM PDT

Padang Besar: Baru berusia 13 tahun, tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan.

Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin," katanya.

Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya. -hm

Ulasan GB

Ini diantara bala bencana besar yang menimpa negara apabila undang-undang Islam terutama hudud diperlekehkan.


Sekarang ini balanya, sekarang ini jawapannya! Lantaran menolak hukum Allah, terimalah hukumanNya. Budak tingkatan satu sudah bergelar perogol apabila hukumNya dipersendakan sedemikian rupa.!

Ucap selamat kepada tamaddun manusia dan negara yang semakin gila.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Tiada ulasan: