Blog-list Malaysia |
- Kenyataan Syok Sendiri SPR
- Semoga Allah Melaknat Perancangan Celaka Ini..
- Demo Mahasiswa - Semakin Ditekan Semakin Mencurah Simpati Dan Sumbangan
- Amanat Mur'SHIT' Am TIBAI (Terbaik Insan Bernama Anwar Ibrahim)
- PANAS : Proton Prevé yang pertama kemalangan!!!
- Video - Kerajaan Pusat Hutang Kerajaan PAS Kedah RM216.5 Juta
- Umno Pasti Terkedu Kerana Selangor Akan Jelaskan Hutang PTPTN
- EDISI KANTOI - Kerja Kotor SPR Dan JPN Tukar Alamat Mahasiswa Didedahkan
- 3 Sebab Kenapa Umno Tolak Pendidikan Percuma Untuk Rakyat
- Demo Mahasiswa - DBKL Lebih Bermaruah Dalam Tindakan
- Aktivis BERSIH P. Pinang Akhirnya Dibebaskan
Posted: 21 Apr 2012 01:07 AM PDT 'Daftar pemilih kita paling bersih dalam dunia' Sekali pun mendapat banyak aduan berhubung daftar pemilih, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia. Dalam wawancara yang disiarkan Sin Chew semalam, Abdul Aziz berulang kali menegaskan bahawa daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia lebih bersih daripada Malaysia. Sehubungan itu, katanya, SPR tidak perlu mengubah daftar pemilih sedia ada. Abdul Aziz merujuk kepada cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu bahawa Selangor tidak patut mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pusat sebelum daftar pemilih dibersihkan. Mengulas perkata itu, Abdul Aziz berkata, sekali pun Selangor memilih tarikh berbeza untuk pilihan raya negerinya, daftar pemilih yang akan digunakan tetap sama. http://malaysiakini.com/news/195614 |
Semoga Allah Melaknat Perancangan Celaka Ini.. Posted: 20 Apr 2012 09:34 PM PDT NOTA: kenapa warna berbeza? ini mesti ada niat jahat dalam dunia yang pakai dakwat kekal hanya satu jenis sahaja sapa tahu apa rancangan warna berbeza? Sumber di sini |
Demo Mahasiswa - Semakin Ditekan Semakin Mencurah Simpati Dan Sumbangan Posted: 20 Apr 2012 07:41 PM PDT Umno tidak pernah senang hati dengan apa yang dilakukan oleh mahasiswa dan aktivis occupy dataran, jadi semasa mahasiswa dan aktivis occupy dataran bergabung tenaga untuk berkampung di dataran merdeka, mereka telah mengarahkan DBKL menghalau mereka, dalam kejadian tersebut, khemah-khemah telah dirosakkan, dan beberapa mahasiswa telah dicederakan. (baca sini) Selang beberapa hari selepas itu, dapat berita polis dan DBKL akan adakan operasi "mengeluarkan" Mahasiswa dari dataran merdeka pada jam 3 pagi,bagi "tukanglawan" kemungkinan itu akan ada kerana tindakan mereka dapat disembunyikan pada waktu begitu, tiada media, dan tiada ramai orang awam, berita itu disebarkan di facebook, blog dan laman twitter sehingga jadi kecoh dan ramai yang turun membantu sehingag operasi itu dibatalkan. Kemuncaknya ialah pada keesokannya. jam lebih kurang 2.30 pagi, sekumpulan samseng yang diketuai samseng jalan kebun (panglima buntal) datang dan mengasari Mahasiswa disana, ada mahasiswa wanita yang menjadi mangsa sepakan, bukan setakat itu, kumpulan samseng itu juga merompak barangan mangsa, selain merosakkan khemah-khemah mangsa untuk menakut- nakutkan mahasiswa. ( baca cerita kat sini) Tapi semua itu tak berkesan, sehari selepas serangan. tinjauan "tukanglawan" mendapati dataran merdeka sudah menjadi tapak pesta, jika hanya ada kurang dari 100 peserta dan aktivis pada hari sebelumnya, sehari selepas kejadiaan, seramai lebih 500 orang peserta dan aktivis berada di tapak perkhemahan itu. Walau 15 buah khemah mereka musnah dalam kejadian itu, sebanyak 12 lagi khemah baru didirikan hasil sumbangan orang ramai, selain 30 khemah lagi yang masih di dalam simpanan mereka. Bukan setakat itu, jika sebelum ini jumlah sumbangan makanan tidak terlalu banyak, sekarang sudah berubah, sumbangan makanan yang dihulurkan bukan setakat boleh memberi makan kepada Mahasiswa, namum sekarang aktivis dan orang awam juga diberi kongsi bersama. Hari pertama "air mineral" itu adalah sumbangan kebiasaan saja, sekarang sudah ada air kotak milo, ribena malah juga air botol 100 plus, sudah ada juga nasi lemak, mee goreng selain dari roti pada awal perkhemahan mereka, malah sebelum ini bekalan makanan diletak di bahagian tepi khemah dan ditutup dengan plastik untuk mengelak dari dibasahi hujan, sekarang sudah ada penyumbang khemah besar yang digunakan untuk menyimpan bekalan makanan. Lihatlah sebenarnya ini sikap rakyat malaysia, bantu membantu dan tolong menolong, tak perlu pun berbelanja besar untuk laksana konsep 1 malaysia yang cuma retorik itu, bagaimana BN mahu lakukan, jika parti dalaman kompenen BN masih berteras perkauman, BN sudah silap langkah, mereka mahu menyerang dan menakutkan, dalam keadaan sekarang BN sedang terkepit teruk. mereka sebolehnya tidak mahu menimbulkan pergeseran, apa yang mereka perlu lakukan ialah bertahan, tapi mereka juga takut dan rakus, Kebangkitan mahasiswa perlu dibendung, DBKL digunakan bagi melindungi apa sebenarnya yang mereka mahukan, Polis digambarkan sebagai berkecuali, tapi rakusnya mereka kerana guna pelampau umno, itu silap besar. dan sudah pasti kepala yang mengupah samseng jalan kebun itu sudah pun dipanggil mengadap sembah kaki najib. Tak perlu kempen besar-besar pun, lihatlah sendiri beza pakatan rakyat dengan umno, kami bersatu dan sentiasa hulur bantuan tak kira agama, dan tak kira bangsa, tapi puak umno ni, nak tolong sama bangsa melayu pun tengok kaum jugak, jika beri kepentingan pada mereka baru tolong, jika tidak.. tak perlu.... Umno.. sudah boleh buang 1 Malaysia tu, kerana pakatan lebih Global dari itu, kami membuktikan kami lebih relevan, Bayangkan jika Pakatan yang memerintah malaysia, sudah pasti tiada lagi rasa curiga antara satu kaum dengan kaum lain... rasa curiga yang ada sekarang adalah satu sistem yang disemai oleh BN supaya rakyat tidak bersatu dan senang mereka kawal. - Tukang Lawan |
Amanat Mur'SHIT' Am TIBAI (Terbaik Insan Bernama Anwar Ibrahim) Posted: 20 Apr 2012 05:07 PM PDT VIDEO di atas adalah ucapan atau `amanat' MurSHIT Am `TIBAI' (TERBAIK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM). Ucapan di atas adalah rakaman sewaktu beliau belum `didera zahir dan batin'. Amat menyedihkan, kini beliau telah hilang ingatan dan menjadi kebodohan akibat didera. Alhamdulillah, beliau sempat memberikan wasiat dan amanahnya sewaktu beliau masih sihat dan waras. Bersamalah kita berdoa agar MurSHIT Am ini kembali pulih sebelum beliau dicabut nyawanya. - wfauzdin.blogspot.com |
PANAS : Proton Prevé yang pertama kemalangan!!! Posted: 20 Apr 2012 09:07 AM PDT |
Video - Kerajaan Pusat Hutang Kerajaan PAS Kedah RM216.5 Juta Posted: 20 Apr 2012 08:23 AM PDT |
Umno Pasti Terkedu Kerana Selangor Akan Jelaskan Hutang PTPTN Posted: 20 Apr 2012 06:39 AM PDT PTPTN: Kerajaan Selangor Akan Bayar Semula Pinjaman - berita baik! DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal dalam memulakan langkah ke arah itu. Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal dilaksanakan pada September nanti. Terbaru, penulis mendapat maklumat bahawa kerajaan Selangor akan memulakan fasa kedua program pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar kembali wang pinjaman PTPTN kepada semua bekas peminjam rakyat Selangor yang telah menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011. Semua bekas peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftarkan diri ke dalam program ini. Penulis melihat, maklumat ini adalah satu berita yang mengukuhkan lagi intergriti kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat Selangor keseluruhannya. Walaupun penulis tahu banyak pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan negeri melaksanakan program pendidikan percuma ini, tapi ternyata berita seumpama ini telah berjaya melenyapkan semua keraguan tersebut. Simpanan yang tinggi dan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun adalah petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri membiayai program pendidikan percuma ini tanpa terlebih dahulu menunggu kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan. Pulangan hasil kutipan cukai, lanjutan dari kemasukan pelaburan masuk asing (FDI) mencecah RM 5 billion pada tahun lepas juga dijangka akan mengukuhkan lagi kewangan kerajaan negeri untuk membiayai program tersebut. Tambahan pula, kerajaan Selangor baru sahaja menerima pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke atas pengambil alihan tanah bagi tujuan pembangunan Putrajaya. Penulis yakin, kejayaan program ini nanti, ditambah dengan pendidikan percuma di dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang penulis sebutkan di atas, akan memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Selangor. PBO: bravo. tahniah pada PR. Ketar lutut puak2 UMNO lepas ni. Pen Buruk Online |
EDISI KANTOI - Kerja Kotor SPR Dan JPN Tukar Alamat Mahasiswa Didedahkan Posted: 20 Apr 2012 05:13 AM PDT PUJUK SISWA PINDAH ALAMAT TEMPAT MENGUNDI - KERJA GILA SPR DAN JPN DAP Melaka mendedahkan 'bukti' terdapat anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Adun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu. Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka. "Kedua-dua agensi kerajaan ini telah mengumpulkan pelajar di IPT terbabit pada waktu kelas di dewan dan mereka telah dinasihat supaya menukar alamat dengan menumpukan pada Parlimen Bukit Katil bertujuan mendapatkan lebih banyak undi dalam PRU akan datang untuk BN. "Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti. "Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU," katanya dalam satu sidang media di Pusat Perkhidmatan DAP DUN Ayer Keroh hari ini. Rakaman itu kini tersebar luar di laman Facebook dan Youtube. Khoo juga mendakwa, dialog yang diucapkan dalam video terbabit juga mempunyai unsur perkauman yang mengatakan PRU kali ini tidak boleh dimenangi kaum Cina. Ditanya mengenai tindakan seterusnya selepas menerima rakaman terbabit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat laporan polis sebaliknya akan menyerahkannya kepada pemimpin Pusat DAP dalam masa terdekat. http://kembar-seiras.blogspot.com/2012/04/pujuk-siswa-pindah-alamat-tempat.html |
3 Sebab Kenapa Umno Tolak Pendidikan Percuma Untuk Rakyat Posted: 20 Apr 2012 02:45 AM PDT Orang yang menolak idea pendidikan percuma boleh saya ibaratkan seperti seorang yang otaknya disaluti tahi lembu. Otak adalah satu organ badan manusia, untuk berfikir dan jika disaluti dengan tahi yang keluar dari dubur lembu, tentulah ia otak itu lebih rendah martabatnya daripada otak lembu. Isu hari ini, kenapa UMNO tolak pendidikan percuma? Mari gunakan akal logik:- UMNO-BN Telah Kekurangan Dana 1 Semua orang tahu sikap pemimpin UMNO yang mementingkan diri sendiri. Ramai pemimpin BN yang masuk politik hanya untuk mengkayakan diri-sendiri dan kroni (taukeh-taukeh) serta keluarga. Duit yang mereka gunakan itu ialah duit rakyat. Sebab itu wang yang cukup, menjadi tak cukup. UMNO-BN Tak Mahu Manusia Cerdik 2 Melantik manusia cerdik untuk mengepalai sesebuah organisasi merupakan perkara yang sangat ditakuti oleh pemimpin UMNO yang berIQ rendah. Sikap takut ini bukan sahaja ada dalam parti itu, malah juga di dalam kebanyakan syarikat di Malaysia. Pendidikan percuma akan hanya memperbanyakkan individu yang berfikiran kreatif (original/baru) dan kritis (mampu menilai). Manakala individu seperti Muhamad Razali samseng yang tak pandai Bahasa Inggeris yang juga dicucuk hidung oleh tukang hulur wang, akan pupus ditelan zaman. Samada anda sedar atau pun tidak, hari ini golongan cerdik pandai lebih ramai berada di sebelah Pakatan Rakyat. UMNO-BN Diugut Taukeh 3 Dalam menjamin tampuk pemerintahan mereka untuk tahun-tahun seterusnya, UMNO memerlukan dana untuk berkuasa. Setiap parti di dunia memiliki taukeh yang memberi mereka dana (duit). Umum tahu bahawa taukeh juga boleh datang dari . Pemimpin UMNO tidak kelihatan seperti individu yang menjuarai rakyat. Mereka lebih suka menidakkan hasrat rakyat dan mengiyakan taukeh. Dipetik dari - http://hanief.blogspot.com/ |
Demo Mahasiswa - DBKL Lebih Bermaruah Dalam Tindakan Posted: 20 Apr 2012 02:14 AM PDT '3 khemah saja ketika konsert diraja, kata DBKL' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan pinjaman pelajaran mendirikan tiga khemah ketika konsert diraja esok, kata kumpulan itu. Jurucakap Mahasiswa Bangkit Mohd Syahid Zaini berkata, khemah itu akan digunakan untuk menyimpan keperluan dan derma yang diterima mereka setelah tujuh hari berkhemah di situ. Bagaimanapun, katanya, mereka akan menuruti syarat itu sebagai menghormati konsert yang diadakan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti pada Sabtu ini. Konsert diraja itu terbuka kepada umum. |
Aktivis BERSIH P. Pinang Akhirnya Dibebaskan Posted: 20 Apr 2012 01:56 AM PDT Bersih 3.0: 'Hong Kai bebas atas sokongan rakyat' Tan Hong Kai, 21, yang direman sejak semalam, baru dibebaskan kira-kira jam 4.00 petang tadi dengan ikat jamin polis, kata koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Pulau Pinang, Ong Jing Cheng. "Atas rakyat yang hubungi polis dan sebarkan maklumat, tan hong Kai telah dibebaskan," ujarnya di dinding laman sosia Facebook. Pembebasan itu sekaligus membantalkan hasrat solidariti mereka mendesak pembebasan Hong Kai pada malam ini di perkarangan Balai Polis Jalan Patani, George Town sekiranya sukarelawan Suaram itu tidak juga dibebaskan pada 3 petang ini. Hong Kai ditangkap oleh pegawai keselamatan Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 8.30 malam tadi sebelum direman oleh polis sehingga sekarang gara-gara mengedarkan risalah Bersih 3.0 di kampus berkenaan, di sini. Jing Cheng (kiri) memberi reaksi spontan pagi tadi mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan aman memberi sokongan kepada Hong Kai. "Dia (Hong Kai) mungkin bebas 3.00 petang ini. kalau tak bebas, kita akan lancar duduk bantah di balai polis itu untuk memberi sokongan moral (kepada Hong Kai). "Menurut IO (Pegawai Penyiasat) Inspektor Yusmar, Hong Kai akan dibebaskan dengan ikat jamin jam 3 petang ini di Balai Jelutong," ujarnya semasa dihubungi PenangInsight.com. Suaram merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia serta bergabung dengan Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0. Sehingga 12.45 tengah hari tadi, balai polis tersebut masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai Bersih 3.0: Reman aktivis Suaram jadi rekod sulung di P.Pinang. Perkembangan terbaru itu dijangka akan menggandakan mobilisasi di peringkat negeri bagi melengkapkan sasaran 500,000 rakyat Malaysia ke himpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April ini. -END http://penanginsight.com/content/bersih-30-hong-kai-bebas-atas-sokongan-rakyat |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan