Kelab Greenboc |
- Himpunan BERS✔H 3.0 Serentak Di 41 Bandaraya Di 14 Negara
- [Video] Kronologi Samseng Serang Mahasiswa Di Dataran Merdeka, Penyerang Dikenalpasti
- Pecat Secara Salah: Utusan Kalah Rayuan Bayar Norzahizan Sebanyak RM71,128
- Aktivis Wanita Terus Kecam Gurauan Lucah Ahmad Zahid Hamidi
- [SUSULAN] Skandal Shafie Apdal & Zahida - Siasat Sumber Wang Tunai Jutaan Ringgit
- [MELETUP] Skandal Shafie Apdal & Zahida Terbongkar Dalam Laporan Polis Pemandu
- Tugasan Apa Najib Hantar Peguam Shafee Ke Luarnegara?
Himpunan BERS✔H 3.0 Serentak Di 41 Bandaraya Di 14 Negara Posted: 19 Apr 2012 12:01 AM PDT Global Bersih, sayap antarangsa bagi gerakan rakyat Malaysia untuk pilihanraya adil dan bebas, akan mengadakan rali secara serentak di 41 bandaraya di 14 negara seluruh dunia pada 28 April ini. "Kerajaan Malaysia harus faham bahawa gerakan Bersih tidak akan berhenti sehingga demokrasi yang bermakna dan berterusan dan perubahan pilihanraya terlaksana," Yolanda Augustin, wakil Global Bersih di Britain berkata dalam satu kenyataan. Satu kumpulan pendesak, Bersih pertama kali mengadakan rali pada tahun 2007, selepas gagal mendapatkan persetujuan kerajaan Umno –BN pimpinan PM Najib Razak untuk merubah sistem pilihanraya. Proses mengundi rakyat Malaysia dikenali penuh unsur-unsur tidak sihat dimana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pihak polis dan lain-lain pihak berkuasa sejak dulu lagu didakwa bersekongkol untuk membantu kemenangan Umno-BN. Pengundi hantu, kerakyatan sebagai pertukaran untuk undi, nama yang berulang dan daftar pemilih yang mana SPR enggan membenarkan di periksa secara bebas memaksa Bersih mengumumkan rali ketiganya pada 28 April ini. Di seluruh negara, rali serentak akan di adakan di semua negeri, manakala di Kuala Lumpur, rakyat bersemangat untuk berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan semangat perpaduan dan rasa tidak ppuas hati terhadap pemerintahan Najib. Talam dua muka Malah, Najib bukan sahaja cuba mengelak dari permintaan rakyat untuk perubahan proses pengundian, beliau juga memperkenalkan beberapa undang-undang baru yang beliau dan kerajaan kononnya mendakwa akan memberikan lebih hak asasi dan demokrasi kepada rakyat. Bagaimanapun, masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, malah NGO terkemuka dunia membidas cakap-cakap talam dua muka dari Umno-BN, dan mendakwa Najib cuba mengurangkan kawalan malah memberi lebih kuasa kepada kerajaan dan pihak polis dari sebelumnya. Masalah lama sejak berdekad yang lalu, rasuah sudah semakin berkembang dan di biarkan saja malah parti Najib secara terbuka mempertahankan pemimpin yang tertangkap menggunakan dana negara. Kenaikan harga barang, kos sara hidup dan harga hartanah merupakan antara keluhan rakyat Malaysia, dan beberapa siri melepaskan tanggungan untuk ahli perniagaan kroni yang berkait dengan Umno BN. Pendekata, Bersih 3.0 ada atau tidak, rakyat sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan kerajaan. "Penggerak Bersih 3.0 ialah kuasa rakyat yang berganda di dalam dan juga luar negara, yang mendesak untuk pilihanraya yang bebas dan adil, berpaksikan demokrasi, bebas dari rasuah dan sistem pemilihan yang telus," kata Global Bersih. Pada 28 April 2012, rakyat Malaysia berani yang ke Datran Merdeka harus sedar mereka tidak sendirian, rakyat Malaysia di England, Eropah, seluruh Asia, US, Canada,Timur Tengah, dimana saja, berdiri bersama mereka dalam semangat dan demi satu tujuan dimana Kuala Lumpur telah menyatukan kita. Rali akan di adakan di Washington DC, New York, Tokyo, Beijing, Toronto, Paris, London, Seoul, Dubai, Zurich dan seluruh ibunegeri di Australia. Rali bersejarah Bersih mengumumkan rali ketiga mereka pada 4 April selepas Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dikuasai penggubal undang-undang Umno BN menolak cadangan perubahan yang di kemukakan oleh jawatankuasa Bersih, yang jika di kemukakan sudah cukup untuk melindungi pengundi. Pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara A.Samad Ismail menuduh Najib cuba mempercepatkan kajian semula parlimen 'kosmetik' supaya pilihanraya dapat dijalankan sebelum perubahan sewajarnya boleh dilaksanakan Perubahan pilihanraya akan membawa risiko besar kepada peluang Umno BN dalam pilihanryaa ke 13 akan datang, yang diramalkan berlangusng pada pertengahan Jun. Umno-BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan sepanjang masa itu, mempunyai kuasa mutlak dan terus menjalankan operasi manipulasi dan mengikut undang-undang yang sesuai dengan hajat mereka. Tahun 2011, Bersih mengadakan rali kedua pada 9 Julai, dihadiri oleh lebih 50,000 orang. Mengambil contoh apa yang berlaku di negara Arab pada musim luruh,sumber kebimbangan dan amaran kepada kuasa autoritarian Umno BN di sini, Najib segera melancarkan gerakan tangkapan untuk mengekang rasa kecewa dan tidakpuas hati rakyat Malaysia. Walaupun ada operasi tangkapan yang menyaksikan lebih seribu orang ditahan, pengharaman Bersih 2.0 dan pengharaman memakai t shirt kuning, Najib gagal menjatuhkan semangat rakyat negara ini. Kejayaan Bersih 2.0 akan terus tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai satu acara bersejarah. Ia menunjukkan permintaan rakyat untuk perubahan dan pembaikan adalah serius. Rakyat tidak lagi hanya bersungut. Mereka mahu tindakan sebenar diambil dan mereka bersedia bertindak untuk memastikan nya. Kepimpinan masyarakat sivil Jelasnya,Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Bersih, kerana perubahan pilihanraya sudah tentu membuka lebih peluang kepada mereka. Tetapi jangan silap, Bersih ialah gerakan masyarakat sivil dan di pimpin aktivis, dan membuat keputusan mereka secara bebas. Malah, berani menyuarakan pendapat dan mengarahkan hala tuju dalam tangan mereka merupakan de riguer bagi rakyat Malaysia, manakala contoh2 generasi lepas yang hanya patuh dan atakut untuk bersuara hanya di kesali tapi tidak lagi di contohi. Ini jelas bila di lihat dari cara rakyat menolak pati-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC dalan pilihanraya umum 2008 dimana Anwar dan Pakatan mendapat kuasa di 5 dari 13 negeri. Malah Umno,parti perbesar negara ini, merekodkan keputusan kurang memuaskan. "Para pelajar tidak perlu takut untuk menunjukkan sokongan bagi pilihanraya bebas dan adi, kerana ia akan memberi perubahan besar kepada keluarga mereka di negara kita," kata David Teoh,penyelarasn Global Bersih di Melbourne. Demokrasi berkualiti dan kerajaan yang lebih baik Malah pada 28 April, satu lagi gerakan rakyat, Himpunan Hijau 3.0 yang memprotes pembinaan loji rawatan sisa bumi di Gebeng, Pahang akan juga di adakan di Kuala Lumpur. Dipimpin oleh pencinta alam yang prihatin tentang risiko radioaktif dan kesannya kepada kesihatan akibat loji Lynas, Himpunan Hijau ialah satu lagi gerakan rakyat yang popular. Perlu diberi perhatian, satu protes pelajar sedang berlangsung di Dataran Merdeka, para pelajar kolej dan universiti dari seluruh negara membina khemah, enggan beredar walau di halang keras oleh pihak berkuasa yang cuba menggagalkan demonstrasi mereka untuk pengajian tinggi percuma. Pada mulanya, protes itu ialah untuk menentang skim pinjaman pelajar yang didakwa membawa perubahan dan membuat mereka menanggung hutang dari saat mereka mula bekerja. Tidak ada perhatian wajar dan sikap sambil lewa BN dalam menangani keluhan dan desakan untuk dikaji semula oleh badan-badan pelajar dan persatuan menjadikan isu ini satu lagi bom jangka politik untuk kerajaan Najib. Yang tersirat di sebalik protes pelajar ini ialah satu lagi tanda desakan semakin tinggi untuk demokrasi berkualiti dan pemerintahan lebih baik di negara ini. Seperti Bersih, Himpunan Hijau dan lain lain kebangkitan di mana rakyat terpaksa bertindak kerana sikap tidak acuh dan terlalu berkeras kerajaan. -Malaysia Chronicle |
[Video] Kronologi Samseng Serang Mahasiswa Di Dataran Merdeka, Penyerang Dikenalpasti Posted: 18 Apr 2012 11:25 PM PDT Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video. Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk. "Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar," kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini. Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai. Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan. Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan 'bimbang keselamatan mereka terancam'. Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk. "Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk," katanya. Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng. "Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat," katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor. Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan. Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ. -HD Kronologi Serangan Samseng Ke Atas Kumpulan Mahasiswa di Dataran Merdeka (19 April 2012) : 2.30 AM : Diberitakan waktu ketika ini hampir 60-70 mahasiswa dan anak muda serta rakyat berada sekitar Universiti Dataran Merdeka. 2.32 AM : Suasana masih lagi tenang dengan beberapa kumpulan mahasiswa kelihatan berkumpul bagi membincangkan agenda seterusnya dan bergembira. 2.36 AM : Dan tiba-tiba, kelihatan seorang pemuda berbaju t-shirt hitam tanpa kolar berjalan meluru ke kawasan perkhemahan dan disusuli sekumpulan pemuda di belakangnya. 2.37 AM : Semua peserta himpunan tercengang dan tertanya-tanya siapakah mereka. Kumpulan pemuda terbabit sedang memerhati banner dan kain rentang serta keadaan sekeliling. 2.38 AM : Dengan tiba-tiba, kedengaran tepikan 'BANGUN... BANGUN' yang dilaungkan pemuda berbaju hitam tadi, dipercayai 'Hang Kebun' yang pernah muncul dalam satu video ugutan terhadap Adam Adli. 2.39 AM : Kelihatan dua lagi kumpulan bangun setelah jeritan itu dan berjalan serentak dari dua arah berbeza dengan kumpulan pertama, dikatakan berkumpul lebih awal. Mereka terus meluru ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang berada di Dataran. 2.40 AM : Kedengaran pemuda (kumpulan samseng) berkenaan menjerit 'KAMERA PADAM, JAGA KAMERA, JANGAN RAKAM' ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang tercengang dengan aksi mereka dan ingin merakam. 2.41 AM : Tiba-tiba, beberapa samseng berbaju hitam menarik kesemua khemah dan menggeledah khemah sehingga menyebabkan seorang siswi tercedera akibat dipukul dan disepak. Namun, siswi terbabit dikatakan tidak mengalami kecederaan serius. Kedengaran jeritan dari kumpulan samseng berkenaan yang mengarahkan semua kosongkan tempat dan menjerit 'BALIK TIDUR RUMAH LAA, JANGAN KECOHKAN MALAYSIA, BANGSA MELAYU APA MACAM NI, KALAU TAK SUKA MALAYSIA PERGI LUAR NEGARA LAA, dan kedengaran juga beberapa perkataan kurang sopan dilaungkan mereka. 2.42 AM : Keadaan mula kelam-kabut, khemah-khemah digeledah dan dicabut, barangan disepak dan dilempar, makanan dibaling ke rumput, dan terdapat mahasiswa berkeliaran melarikan diri bagi menyelamatkan diri. Banyak kamera, handphone dirampas dan diugut supaya tidak dirakam. Empat anggota polis berpakaian seragam yang berada tidak jauh segera dipanggil untuk membantu namun suasana masih kelam-kabut. Polis dikatakan lambat bertindak walaupun kejadian berlaku hampir 10 minit. Tumbuk-menumbuk masih berlaku walaupun terdapat anggota polis kerana terdapat provokasi daripada kumpulan pemuda samseng yang tidak ingin sebarang aksi mereka dirakam. Terdapat dua orang aktivis dilarikan ke tempat lebih jauh oleh kumpulan samseng namun berjaya diselamatkan tidak lama kemudian. Polis masih tidak menahan kumpulan samseng berkenaan walaupun adegan tumbuk-menumbuk berlaku di hadapan mereka. 2.47 AM : Masih tiada sebarang kereta peronda polis tiba namun kelihatan di situ sekumpulan anggota DBKL yang memerhati dari jauh sahaja, tidak berani lakukan apa sahaja. Kekalutan terus berlaku dan kumpulan aktivis terus dikasari, ditumbuk dan dirampas kamera. Sasaran dipercayai ke atas Adam Adli, aktivis-aktivis berbangsa Cina dan individu yang sedang membuat rakaman. Adam Adli berjaya diselamatkan lebih awal. 2.50 AM : Tiba-tiba, kelihatan seorang aktivis rakyat Melayu Islam ditarik ke jalan raya dan dibelasah hampir 15 orang. Ramai datang membantu dan kelihatan tiga buah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Sebelum itu, seorang anggota polis berpakaian biasa mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan berkenaan namun tidak menembak. Kumpulan aktivis rakyat dan mahasiswa sedikit terkejut dengan tindakan anggota preman berkenaan yang tiba-tiba keluarkan pistol. Suasana sedikit reda. 2.55 AM : Kelihatan kumpulab polis yang baru tiba membantu seorang aktivis yang dibelasah sehingga berdarah di bahagian tangan dan muka (kening) di jalan raya. Ambulans dipanggil dan tiba tidak lama kemudian. Polis meluru ke arah kumpulan samseng dan meleraikan keadaan. 3.00 AM : Kelihatan rundingan dijalankan antara kumpulan polis dan samseng di satu sudut berhampiran pancutan air di Dataran Merdeka. Dan diberitakan seorang daripada mereka ditahan untuk diambil keterangan. 3.05 AM : Kumpulan mahasiswa dan rakyat masih kelam kabut kerana kumpulan samseng berkenaan masih berkeliaran dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan. Diberitakan dua cedera sehingga berdarah, tiga lagi cedera ringan dan seorang dikejarkan ke hospital. Barangan kumpulan aktivis bertaburan, banyak harta seperti handset dan kamera hilang, dipercayai dirampas samseng. 3.15 AM : Keadaan sedikit tenang setelah kehadiran kumpulan polis namun kawasan perkhemahan masih tidak dibersihkan. Tiba-tiba, seorang lelaki berbaju hijau (dipercayai SB) mengarahkan kesemua aktivis membersihkan kawasan dan menyusun balik barangan. (Setelah perbincangan, dipercayai arahan itu bertujuan supaya polis tidak sempat mengambil gambar bukti tempat kejadian yang bertaburan) 3.20 AM : Kumpulan samseng mula bersurai namun kelihatan masih berada di beberapa sudut sekitar Dataran Merdeka. Mangsa yang dihantar ke hospital, diberitakan bernama Khairul a.k.a. Bobo tidak mengalami luka serius. Keadaaan mula tenang walaupun kesemua yang berada di Dataran masih terkejut dengan apa yang berlaku. 3.30 AM : Sebarang berita mengenai kejadian itu mula dilakukan melalui laman sosial dan kelihatan orang ramai hadir untuk lihat lebih lanjut apa yang berlaku. Keadaan kembali terkawal. 3.45 AM : Keadaan tenang dan kumpulan mahasiswa serta rakyat mula berkumpul untuk menceritakan dengan lebih terperinci apa yang berlaku. Turut diperiksa barangan yang rosak dan hilang selain memastikan kesemuanya selamat. Diberitakan hampir 10 orang yang kehilangan barang dan rosak akibat kejadian itu. 4.00 AM : Kawasan perkhemahan sudah dibersihkan dan dikemaskan. - We Are All Safwan Anang Selepas serangan |
Pecat Secara Salah: Utusan Kalah Rayuan Bayar Norzahizan Sebanyak RM71,128 Posted: 18 Apr 2012 09:20 PM PDT Putrajaya: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd kalah dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan syarikat itu membayar gaji tertunggak berjumlah RM57,120 kepada bekas wartawannya yang dipecat berhubung dakwaan perbuatan ingkar berkaitan tugasnya. Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Abu Samah Nordin, Datuk Ramly Ali dan Datuk Linton Albert, menolak rayuan Utusan Melayu dan mengarahkan syarikat itu membayar RM10,000 dalam kos perundangan. Pada 7 Ogos 2008, Mahkamah Perindustrian memberi award berjumlah RM71,128 kepada Norzahizan Ismail (gambar) dengan RM57,120 daripadanya adalah gaji tertunggak dan RM14,008 ganti rugi teladan serta elaun pengangkutan selepas memutuskan bahawa dia dipecat secara salah oleh Utusan Melayu. Mahkamah Perindustrian Pulau Pinang turut memerintahkan syarikat akhbar itu supaya mengembalikan semula jawatan Norzahizan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Perindustrian itu. Utusan Melayu kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Mahkamah Perindustrian. Syarikat itu diwakili peguam D. Krishnan dalam prosiding rayuan pada Rabu. Pada 30 Mac 2010, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Norzahizan hanya diberi award tunggakan gaji RM57,120 dan dikembalikan semula jawatannya selepas membatalkan award berkaitan ganti rugi teladan dan elaun pengangkutan yang diberi kepadanya oleh Mahkamah Perindustrian. Hakim Abu Samah, dalam keputusannya hari ini berkata keputusan Mahkamah Perindustrian pada dasarnya berasaskan kepada dapatan fakta beliau yang tidak akan dicampuri oleh mahkamah rayuan. Norzahizan, kini berusia 55 tahun, dipecat pada 15 September, 2004 selepas dia didapati bersalah oleh inkuiri dalaman akhbar berkenaan berhubung tiga dakwaan termasuk dakwaan gagal mematuhi arahan pegawai atasannya berkaitan tugasnya dan menulis berita seperti yang dikehendaki. Dia membela diri dengan mengatakan bahawa dia telah mematuhi arahan daripada pegawai atasannya. Norzahizan memohon kepada Utusan Melayu supaya diberi semula jawatannya susulan keputusan Mahkamah Perindustrian itu tetapi syarikat itu tidak memenuhi permohonannya sebab proses rayuan di Mahkamah Rayuan masih belum selesai. Peguam Jagdeep Singh Deo berkata anak guamnya, Norzahizan, juga berhak mendapat ganti rugi sebagai ganti kepada pengembalian semula jawatannya memandangkan dia tidak diberi semula jawatannya itu dan telah pun mencapai umur persaraan pada Februari tahun ini. -BERNAMA |
Aktivis Wanita Terus Kecam Gurauan Lucah Ahmad Zahid Hamidi Posted: 18 Apr 2012 06:46 PM PDT Daripada 'Tetek', Seluar Dalam Wanita Dan Ahmad Zahid Hamidi Saya tidak sabar untuk diberitahu bahawa saya tidak patut 'gotten my knickers into a knot' untuk "perkara yang remeh temeh" itu. Ya, saya maksudkan seluar dalam wanita. Mungkin kini artikel ini akan menarik perhatian orang yang seksis. Pada hari Selasa, 13 Mac 2012, kira-kira 30 orang aktivis wanita mewakili 15 pertubuhan wanita telah ke Parlimen dengan 2 hajat: a) untuk menyatakan hasrat mahukan kerajaan bersih, bebas rasuah penting untuk melindungi kebebasan asasi dan hak-hak wanita, dan semua; b) untuk menjelaskan bahawa wanita mempunyai suara, pendapat, pemikiran dan kuasa untuk mempengaruhi perubahan - dan bahawa ia adalah tanggungjawab wakil rakyat untuk mendengar suara wanita dan memastikan wanita turut mengambil bahagian dalam politik dan membuat keputusan dalam negara ini. Pada hari Selasa, 13hb Mac 2012, yang mulia Ahmad Zahid Hamidi, wakil rakyat dan pemimpin salah satu kementerian yang paling berkuasa dalam kerajaan (Kementerian Pertahanan) menghina dan menolak suara dan kehadiran wanita yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya. Apabila seorang aktivis yang bersemangat untuk menegakkan hak-hak wanita dan masyarakat menyerahkan kepadanya sarung tangan putih untuk melambangkan 'kerajaan bebas yang bersih tanpa rasuah ", yang mulia Ahmad Zahid Hamidi bertindak balas dengan memberitahu beliau bahawa dia tidak akan dapat merasai isterinya jika dia menyentuhnya dengan tangan yang bersarung '. Ini bukanlah sesuatu yang ok. Tidak OK, faham? Saya ulangi: Ia bukanlah sesuatu yang dipandang ringan. Dan ia tidak ok. Jika saya berdiri di hadapan anda, mendada, dengan postur lurus, memandang ke dalam mata dan bercakap tentang perkara ini, dan apa yang anda boleh fikirkan adalah keinginan menyentuh tetek dengan tangan tanpa sarung, maka anda tidak berhak untuk berdiri di tempat yang mulia ini dan bercakap bagi pihak saya. Ya, saya sudah menyebutnya, tetek. Ia merupakan sebahagian dari anggota badan wanita. Sudah terlalu lama, wanita diperkecilkan dan dibuli di halaman politik dan dalam membuat keputusan, saya tidak berhasrat untuk bercakap bagi pihak isteri Ahmad Zahid Hamidi, tetapi untuk menggunakan badannya sebagai bahan jenaka dan menolak sesuatu yang serius sangat dan relevan daripada aktivis wanita adalah satu lagi contoh perbuatan mereka. Sudah berapa kali kita mendengar komen 'bocor', dan menganggap ia sebagai lawak jenaka? Atau mengatakan wanita 'emosi dan hanya 'PMS-ing' apabila mereka membangkitkan isu-isu yang serius? Setiap kali kita membiarkan ia sahaja, kita menerima tanggapan ini DAN mengecilkan suara dan peranan wanita. MP akan dilihat (walaupun secara tersirat) sebagai mereka yang bocor, manakala yang lain akan dilihat sebagai emosi dan oleh itu tidak perlu diambil perhatian secara serius. Tidak hairanlah, walaupun 50% daripada penduduk adalah wanita hanya ada seorang MP dalam 10 orang ahli Parlimen di Malaysia. Bukankah ia agak mengairankan jika kita terus tidak mempedulikan usaha membersihkan amalan rasuah dalam Negara namun wakil rakyat di parlimen boleh membuat lawak seksis digesa untuk melakukan tadbir urus yang baik? Mengalihkan perhatian daripada kerajaan yang rasuah dan kotor Pada masa ini, lawak tentang perasaan seorang wanita bermakna Ahli Parlimen dari Bagan Datoh, Perak tidak ada isu dan tidak perlu menjawab tentang kerajaan yang rasuah dan kotor. Tidak lucu, kan? Panggilan daripada pergerakan wanita kepada Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakannya adalah untuk mengakhiri diskriminasi patriarki yang berleluasa, dan keganasan terhadap gender wanita di Malaysia. Dan bagaimana responnya? Dengan membuat komen yang mencerminkan kawalan dan pemilikan ke atas tubuh seorang wanita. Tubuh wanita telah digunakan, disalahgunakan, diperkecil-kecilkan dan diperkosa untuk menjadi lawak jenaka dan mainan bagi lelaki. Realitinya, terlalu ramai wanita diabaikan apabila membuat keputusan dan dikawal di dalam bilik tidur; ditampar supaya diam apabila mereka menerangkan perbezaan pendapat, dan dipaksa menjadi lemah hanya kerana mereka adalah wanita. Berulang-ulang kali kanak-kanak lelaki diajar bahawa mengetawakan perempuan kerana mereka 'bodoh dan terlalu emosi dan lelaki adalah kuat dan wanita mestilah manis dan bersedia untuk berkhidmat. Mungkin itulah sebabnya ramai daripada kita telah terbiasa apabila lelaki dewasa melayan rakan-rakan wanita mereka dalam cara yang begitu hina. Selama bertahun-tahun, kita puas berjuang untuk menjadi diri sendiri dan untuk adik kakak kita - untuk tubuh kita, maruah kita, hak kita dan kehidupan kita. Dan lagi, serangan ke atas tubuh kita, fikiran dan suara terus kedengaran dalam bentuk lawak jenaka kepada perogol yang memperkosa wanita. Sehingga bilakah kita akan mula bersuara untuk menyatakan cukuplah! Menghancurkan tradisi patriarki! Kita mesti menyatukan suara wanita dan tubuh mereka, kita mesti menghentikan benih patriarki. Adalah menjadi tugas kita untuk berjuang menegakkan keadilan dan kesaksamaan. Ia adalah kewajipan Negara untuk memastikan perjuangan akan menang. Oleh itu, wakil rakyat perlu faham bahawa jika mereka harus terus memijak tubuh, hak dan suara kami, kami akan menggunakan tubuh kami, hak kami dan suara kami untuk memastikan mereka dilucutkan dari kuasa mereka. Kami akan melawan. Kami akan mencabar. Kami akan menyoal. Kami akan menuntut. Dan satu hari, akhirnya kita akan menghancurkan kuasa patriarki, dengan tangan yang bersarung atau tanpa sarung. Yang mulia Ahmad Zahid Hamidi, dan pengikutnya yang berfikiran serupa, harus ingat akan ini sampai bila-bila. - Malaysia Chronicle (Translated by Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle. To read the original in English, please click into Of 'tits', 'knickers' and Ahmad Zahid Hamidi)
klik untuk baca |
[SUSULAN] Skandal Shafie Apdal & Zahida - Siasat Sumber Wang Tunai Jutaan Ringgit Posted: 18 Apr 2012 05:03 PM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh seorang menteri kanan kebinet kepada seorang artis yang terkenal dengan imej seksi hanya dalam tempoh empat bulan. Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin berkata, transaksi wang yang telah berlaku dalam tempoh empat bulan antara Oktober 2011 hingga Januari 2012, di mana pada Oktober sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000. Bukan itu sahaja katanya, pada November 2011 pula sebanyak RM112,000, Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit. "Jadi kalau saya jumlahkan lebih kurang RM1.5 juta di masukkan ke akaun artis berkenaan dalam tempoh empat bulan," dedahnya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini bersama-sama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Subang dan artis Dayangku Intan yang baru menyertai PKR. Jelas Zuraida, artis berkenaan juga dikatakan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche juga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit. Zuraida tidak mahu mengambil tahu hubungan intim dan peribadi menteri terbabit dengan seorang artis itu, tetapi apa yang perlu ditekankan adalah dari mana menteri berkenaan memperoleh wang sebanyak itu berdasarkan transaksi kepada artis tersebut. Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabi ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya RM200,000 pada 3 Mac lalu. Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononya beliau melarikan wang itu. Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu. "Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau," katanya. -HD Ulasan GB Kalau wang tunai sebanyak RM1.5 juta diberikan kepada "kekasih gelap", kemudian dengan pemilikan tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche, berapa pula wang tunai dan wang bukan tunai yang dimiliki oleh menteri berkenaan? Benar, ia perlu dijelaskan dan disiasat. Habis wang rakyat dibelasah oleh menteri-menteri UMNO BN ini.... Pun masih ramai rakyat yang bingai masih sokong dan undi UMNO/BN. Lembu pun terperanjat ada spesies manusia yang lebih bodoh dari mereka! klik untuk baca |
[MELETUP] Skandal Shafie Apdal & Zahida Terbongkar Dalam Laporan Polis Pemandu Posted: 18 Apr 2012 08:13 AM PDT Kuala Lumpur : Desas-desus mengenai hubungan intim Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dengan Zahida Rafik akhirnya terjawab apabila, pemandu peribadi selebriti itu mendedahkan skandal menteri itu dalam satu laporan polis. Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan perkara itu melalui laporan polis pada 13 Mac lalu di Balai Polis Daerah Ampang Jaya. Beliau membuat laporan itu terhadap Zahida yang didakwanya membuat laporan palsu kononnya beliau melarikan wang milik Zahida berjumlah RM200,000 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu. Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang Hafiz dan Raj. "Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. "Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk. "Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. "Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang. "Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. "Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida," katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. -KD PKR persoal 'bayaran RM1.5j' menteri pada artis wanita Ulasan GB Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Shafie Apdal - satu-satunya menteri yang pernah dengan ccelupar mulutnya satu ketika menuduh PAS parti sesat. Sekarang ini buktinya... kebenaran terdedah... siapa yang telah tersesat di dunia fana ini? Perabis berjuta untuk wanita? KOTA BHARU, 8 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas. |
Tugasan Apa Najib Hantar Peguam Shafee Ke Luarnegara? Posted: 18 Apr 2012 03:30 AM PDT Misteri tugasan luar negara Shafee Peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) didakwa dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April. Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya – dengan salinan kepada Najib dan Rosmah – supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan. Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 semalam. Saifuddin ketika membacakan surat itu mendakwa, Shafee dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, terutamanya Najib dan isteri, untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum. Shafee juga akan menjelajah tiga negara – New York, London dan Dubai – dan kemungkinan juga Paris dan akan terlibat dalam persediaan perundangan intensif, seperti berunding dengan pelbagai pihak serta saksi mereka, dakwa Saifuddin lagi. Selain itu Shafee juga akan ditugaskan untuk merangka tuntutan dan afidavit serta dan mewawancara saksi yang berada di New York, London, Paris dan Basel (Switzerland), dakwanya. Tugasan Shafee itu didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan oleh kerajaan Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, yang sekali gus dijangka menyentuh kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Sharibuu, enam tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam reaksi segera berkata beliau tidak dapat mengulas isu isu sehingga kesahihan surat yang didedahkan disahkan terlebih dahulu. -mk PM patut jelaskan misi sulit Shafee di luar negara |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan