Khamis, 19 April 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Mahasiswa Tipu.. Dakwaan Serangan Adalah Palsu..

Posted: 19 Apr 2012 01:08 AM PDT

Menteri: Hati-hati dakwaan serangan di Dataran

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.


Katanya dakwaan seperti itu juga pernah digunakan sebelum ini untuk mebangkitkan emosi orang ramai dalam isu perkauman, agama dan kini melibatkan pelajar.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Hishammuddin turut menyarankan supaya kes tersebut disiasat oleh agensi terbabit.

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut.

- http://malaysiakini.com/news/195435


Serang Mahasiswa - Kenyataan Angkuh Menteri Pengajian Tinggi

Posted: 19 Apr 2012 12:55 AM PDT



Reaksi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung insiden serangan ke atas sekumpulan siswa di Dataran Merdeka hari ini menerima kecaman daripada pemimpin pelajar terbabit.

Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dalam satu sidang media berkata, Mohamed Khaled tidak sepatutnya bertindak "angkuh" dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Mohd Syahid berkata, Mohamed Khaled sepatutnya mendengar keluhan pelajar berkenaan dan bukannya melayan mereka seperti anak kecil.

Menteri tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu, kata Mohd Syahid lagi dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Berita penuh: http://www.malaysiakini.com/news/195444


Serang Mahasiswa - Tindakan Samseng Yang Merugikan Umno

Posted: 18 Apr 2012 09:26 PM PDT

Daku kurang bersetuju dengan tindakan mahasiswa yang memprotes PTPTN kemudian berkhemah di Dataran Merdeka yang bersikap kurang sopan tempoh hari dengan mengarakkan gambar perdana menteri dan menteri pengajian tinggi. Bagi saya tindakan itu tidak bersopan langsung dan diluar darjat perilaku mahasiswa.

Alasan saya protes atau perkhemahan itu tetap juga mendapat perhatian umum kalau pun tanpa mengarak gambar Najib dan Khalid Nordin seperti gambar cina mampos di mana perbuatan itu agak mengilankan bagi orang Melayu. Sesiapa pun tidak boleh melarang tindakan mahasiswa itu kerana ia adalah satu saluran membela diri mereka sendiri.


Sewajarnya mereka bukan saja bersikap begitu atau berkhemah, tetapi mereka menyenaraikan beberapa masalah atau beban yang terpikul dari PTPTN biar masayarakat di luar yang jahil mengenainya akan tahu. Selain itu mereka juga mengemukakan jalan keluar bagi mengatasinya. Kerana itulah sebaik-baik penyelesaian. Isu PTPTN adalah isu rakyat yang bukan saja menjadi milik Pakatan Rakyat tetapi ia juga menjadi milik UBN.

Justeru cadangan untuk diadakan perdebatan di antara Pengarah Strategi PKR Rafizi dengan Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin dialu-alukan. Dari perdenbatan ilmiah itulah rakyat umum akan dapat melihat dan menilai sejauh mana relevansinya PTPTN diteruskan ataupun dihapuskan (hutang) dan diganti dengan skim baru bagi meringankan bebanan pelajar.

Pun begitu kandati saya kurang setuju dengan setengah tindakan mahasiswa itu, saya amat tidak setuju dengan tindakan sepuak samseng yang menyerang perkhemahan mahasiswa itu awal pagi tadi. Tindakan itu bukan saja jahat dan keji tetapi perbuatan manusia yang tidak bertamadun dan meletakkan otak di tumit kaki. Tidak kira siapa mereka dan atas arahan dan restu siapa mereka adalah banjingan yang perlu dikutuk.

Tindakan-tindakan tidak berhati perut dan meletakkan otak di kepala lutut itu sepatutnya tidak berlaku lagi. Cara serang hendap itu juga menunjukkan mereka tidak bertanggung jawab dan bacul. Kenapa kalau mereka merasa benar, dan tindakan pelajar itu salah mereka tidak mendatangi pelajar itu secara siang hari? Kenapa harus mendatangi di waktu malam? Hanya orang yang pengecut sahaja melakukan tikaman dari belakang dan mereka yang tidak ada otak saja menggunakan kekerasan fizikal.

Kepada saya tindakan itu tidak memberi untung kepada siapa juga yang menyuruhnya. Setakat ini tidak ada mana-mana pihak bertanggungjawab dengan kejadian itu. Samseng dan orang jahat di Malaysia ini masih jauh nilainya kalau dibandingkan dengan pengganas di luar negara seperti al Qaeda atau puak Tamil Elan di Seri Lanka di mana mereka akan mengaku kalau mereka berbuat sesuatu.

Namun begitu, implikasi atas perbuatan jahat itu kini akan terkena ke atas batang hidung Umno. Umno akan dilihat sebagai bertanggungjawab dan menjadi dalang di sebalik kejadian itu. Kenapa saya berandaian begitu, kerana beberapa kejadian serangan dan keganasan ala mafia bilis yang berlaku sebelum ini ada kaitan terus dengan Umno. Kejahatan dalam Umno juga penerusan daripada kejadian dan samseng lama sebelum ini yang pernah berlaku di Kelantan sekitar tahun 1959.

Misalnya yang menyerang masyakat India di Jalan Kebun, ianya diketuai oleh pemuda Umno. Serangan terhadap Anwar di Sembrong Johor ia dipayungi oleh pemuda Umno. Kibaran bendera Umno di tempat kejadian mengesahkan hakikat itu.

Begitu juga dengan kejadian cuba menampar Nurul Izzah di Pahang ia juga diketuai sendiri oleh seorang Adun Umno. Bukti-bukti itu jelas menunjukkan serangan dan kejahatan dilakukan ke atas program Pakatan Rakyat datangnya dari Umno, atau Umno yang melakukan sendiri dengan mengguna atau berselindung di sebalik gerakan dan pertubuhan tertentu.

Dalam hal ini saya rasa ia tidak menguntungkan Umno. Umno mendapat damage yang teruk. Umno harus segera membendung kejadian ini untuk mengelakkan parti itu dilihat terdesak dan sudah kehilangan punca. Umno sebagai tunggak kerajaan UBN boleh meminta polis agar bertindak tegas atau membendung kejadian seumpama itu yang langsung tidak memberi markah buatnya.

Saya merasakan polis juga bersubahat dan mengikut arahan Umno dalam beberapa siri-siri kejahatan ini. Kerana di sesetengah tempat kejadian polis seakan tidak bertindak dan membiarkan sahaja. Polis hanya bersikap tunggu dan lihat dan akan bertindak disaat-saat akhir apabila api sudah nyala dan membakar. Di manakah tugas dan tanggungjawab polis sebagai pencegahan kecelakaan dan mengawal keadaan?

Misalnya, perkhemahan pelajar itu tidak akan sempat diganggu kalau polis memberi kawalan kesemlataan dan memantau keadaan. Mustahil polis tidak dapat membuat ramalan yang perhimpunan itu akan diganggu. Menjadi tugas polis tidak kira siapa yang berhimpun mereka perlu memastikan kawalan dan menjamin keselamatan. Hal-hal atau kurang peka polis inilah menyebabkan kewujudan pasukan itu menjadi pertikaian kini.

Tetapi kalau polis juga sudah berpihak kepada mana-mana pihak maka fungsi mereka sebagai pasukan keselamatan sudah tidak ada lagi. Dan sekiranya polis tidak dapat meramalkan sesuatu akan berlaku setelah pelajar itu berhimpun beberapa hari dan gagal disuraikan oleh DBKL, maka adalah bodoh sangat polis dibahagian cawangan khas dan risikan.

Justeru saya percaya polis tahu dan memantau keadaan itu dengan meletakkan anggotanya sesuai dengan jumlah himpunan itu tidak sampai 100 orang pada malam saya mengujungi tempat itu. Malahan dua tiga orang muka ala-ala SB ikut sama berkeliran dalam kumpulan orang ramai yang mengujungi tempat itu menyamar menjadi jurugambar dan reporter.

Jadi adalah mustahil kalau polis tidak mengetahui dan membaca langkah para samseng itu. Kalaulah benar polis tidak mengetahui maka cetek sangatlah ilmu intelegent polis Malaysia. Negara menghabiskan wang berjuta-juta ringgit menghaantar polis ke luar negara untuk berkurus dalam bidang bereknaan ada sia-sia saja kalau polis gagal memanfaatkannya.

Sekali lagi saya tegaskan Umno khasnya Menteri Dalam Negeri yang mengawal polis harus memita polis menjalankan tugas dengan baik dan sepatutnya. Jangan sesekali menggunakan polis untuk kepentingan Umno kerana polis adalah hak rakyat, polis adalah Polis DiRaja bukan Polis Di Umno.

Bagi Umno pula setiap kali kejadian seumpama itu berlaku orang akan mengatakan Umno sudah desprate dan hilang kekuatan dan wibawannya. Umno semakin tidak mendapat kepercayaan golongan intlektual dan masyarakat umum lantaran itu polis menggunakan samseng liar dan cuba kontrol (peralatkan) polis agar memberi jalan untuk melakukan pengkhianatan seperti apa yang berlaklu ke atas perkhemahan pelajar itu. [wm.kl.11:09 am 19/04/12]

http://msomelayu.blogspot.com/


Lagi Berita Tentang Serangan Gengster Umno Terhadap Mahasiswa Malam Tadi

Posted: 18 Apr 2012 08:35 PM PDT



Aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dalam kempen mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mendakwa mereka telah diserang oleh sekumpulan individu, yang menurut mereka kumpulan samseng, awal pagi tadi.

Aktivis itu yang berkhemah di Dataran Merdeka buat hari keenam hari ini, diserang sekitar 2.45 pagi tadi.

Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang ketika dihubungi awal pagi ini mengesahkan mereka diserang dan beberapa aktivis dimasukkan ke hospital.

"Ya, kami semua diserang 60 gengster, tidak tahu siapa (mereka) dan mereka merobohkan semua khemah kami. Kami disepak, diterajang, ditumbuk dan dihalau dari Dataran. Tapi kami masih tetap di sini. Seorang sedang dapat rawatan kecederaan telah dihantar ke Hospital KL.

"Masa itu kami dalam 40 orang. Yang cedera ringan dalam lima orang sebab dipukul. Seorang dibawa ke hospital," katanya lagi.

Rakaman serangan dan kekecohan ketika insiden turut dimuatkan dalam YouTube di bawah tajuk "Mob of 40 attacking students at Dataran Merdeka".

http://mafiaboss2u.blogspot.com/2012/04/video-aktivis-mahasiswa-di-dataran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mafiabossonline+%28MAFIABOSS+ONLINE%29


PANAS -Samseng Dihantar Serang Mahasiswa Di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2012 08:25 PM PDT




INFO SAHIH.....kumpulan samseng yang mengganas merosakkan harta benda dan mencederakan seorang mahasiswi demo aman berkemah dan bantah mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka awal pagi tadi ialah kumpulan menggelarkan diri mereka Waris Malaya, penaungnya Ezam Mat Noor...kumpulan yang sama mengganas di ceramah ABU/HINDRAF Jalan Kebun tempoh hari....kumpulan yang baru saja dinobatkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai anak-anak muda yang bakal menjadi benteng UMNO merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Rakyat...tak mampu berhujah pakai ilmu dan otak para pemimpin UMNO hantar gangster guna otot...

BERTAMBAH BENCI LAGI ANAK-ANAK MUDA DIKALANGAN MAHASISWA KEPADA KEZALIMAN UMNO... -Bumiputra Berjaya

Sumber - http://pkrl.blogspot.com/2012/04/pecah-berita-samseng-serang-siswa.html


Universiti Limkokwing reka sejadah idea Nik Aziz

Posted: 18 Apr 2012 08:06 AM PDT


(Tok Guru Nik Aziz menerima cenderamata sejadah yang direka bentuk oleh Limkokwing Universiti.)

KOTA BHARU, 18 April: Universiti Limkokwing menyerahkan 1,000 keping sejadah kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk dihadiahkan kepada beberapa buah surau dan masjid.

Reka bentuk sejadah dihasilkan berikutan idea yang diberikan oleh Tuan Guru sewaktu melawat universiti itu tidak lama dahulu.

Ia dibuat sempena majlis perasmian Kelantan Design dan Branding Exhibition.


Program yang meliputi beberapa program termasuk seminar, bicara, pameran ini kerjasama antara kerajaan negeri dan Universiti Limkokwing.

Naib Presiden Limkokwing, Raja Aznil Raja Syam, berkata sejadah dihasilkan berikutan idea Tuan Guru sendiri.

"Sewaktu Tuan Guru melawat Limkokwing, tok guru berkata, kenapa bahagian design tidak mereka sejadah, sebab sejadah yang ada di pasaran begitu berkecamuk rekabentuknya.

"Keadaan itu membuatkan kita tidak khusyuk sewaktu bersolat, kata Tuan Guru,"ujarnya.

Sambungnya, ekoran idea itu, pihaknya mula menghasilkan sejadah.

Pada majlis itu juga Tuan Guru turut memilik rekabentuk sejadah serta warna pilihannya sendiri yang akhirnya dihadiahkan oleh pihak Universiti Limkokwing pada majlis petang tadi.

Limkokwing akan membuka peluang pengajian pada rakyat di negeri itu bermula pendaftarannya Mei ini.

Tuan Guru berkata, memandangkan kerajaan negeri mementingkan pendidikan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadakan kerjasama untuk bidang pendidikan dengan universiti tersebut.

Seluas 20 ekar tanah di Machang telah dikenal pasti untuk pembinaan universiti itu tidak lama lagi.

Turut berucap pada majlis itu, timbalan exco kerajaan negeri, Zulkifli Mamat.


Hina Raja - Khalid Samad Sangkal Dakwaan Doktor Giler

Posted: 18 Apr 2012 06:34 AM PDT

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mempertikaikan kebenaran dakwaanseorang pegawai perubatan, Dr Rahman Kadirmenerusi laman web sosial kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah mempersendaRaja-Raja Melayu semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Rabu lalu.

Khalid berkata, beliau mempersoalkan dakwaan ditimbulkan itu kerana mendapati beberapa kenyataan dikeluarkan Rahman mengenai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidenparti itu, Tian Chua sebagai mengelirukan.


Katanya, beliau yang duduk sebaris dengan Azmin manakala Tian Chua di barisan depan Azmin.

Menurutnya, ia menimbulkan tandatanya apabila Rahman mendakwa duduk di depan Tian Chua tetapi boleh mendengar perbualan antara Azmin dan Tian Chua kerana jarak agak jauh.

"Mungkin dia (Rahman) ada buat pembedahan plastik surgeri ke apa,hingga boleh mendengar sebab jarak antara kami adalah jauh kerana saiz kerusi tersebut agak besar.

"Saya duduk di kerusi bernombor tujuh sebaris dengan Azmin (tiga) tetapi tidak mendengar apa-apa yang didakwa oleh Rahman," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam laman sosial Facebook Khamis lalu, Rahman menzahirkan rasa kecewa terhadap tingkah laku biadab beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek dan mempersendakan bentuk badan pemimpin kerajaan dan Raja-Raja Melayu.

Dakwa beliau, ejekan itu bermula semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Balairong Seri dan ia berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta sultan-sultan.

Khalid berkata, beliau turut mempersoalkan kebenaran dakwaan itu kerana Rahman mengatakan dia duduk di depan barisan ahli Parlimen pembangkang sedangkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut duduk di situ.

Katanya, gambaran diberikan oleh Rahman itu sebagai 'pembohongan' dan Khalid mempersoalkan sama ada benarkah Rahman hadir atau sebaliknya.

"Kenyataan dia (Rahman) mengelirukan apabila mengatakan duduk di depan ahli parlimen pembangkang padahal kita tidak duduk asing malah bercampur bersama ahli parlimen BN.

"Jadi saya pertikaikan sama ada dia hadir dan sekiranya ya maka apakah nombor kerusi dan barisnya?" katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan adalah mustahil Azmin dan Tian Chua mengeluarkan kenyataan seperti didakwa itu kerana ia boleh mengakibatkan ahli Parlimen lain menggunakan kesempatan itu untuk menjadikannya isu.

- Sinar Harian


PANAS - Zahida Rafik Dibayar Antara RM100,000 - RM200,000 Setiap Minggu Oleh Menteri Umno

Posted: 18 Apr 2012 04:44 AM PDT

(Panas) Pemandu Peribadi Dedah Zahida Rafik Dibela Menteri

Adakah benar? Kita nantikan pengakuan dari pelakon terkenal Zahida Rafik yang telah didedahkan rahsia hubungannya bersama Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.


"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk."

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang."

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida."

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya.

Zuraidi juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?

"Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.

Dalu Zahida Rafik pernah menepis gossip mengatakan dia dibela seorang VVIP.

"Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin." – Ya, kami percaya. Jadi kita tunggu apa komen balas dari Zahida Rafik dan Pak Menteri ya.

OH ARTIS: ADUH ADUH ADUHHHHHHH..SEBAB MULUT BADAN BINASA KE, SEBAB PERBUATAN MASUK PENJARA NI? YANG PASTI APA YANG TIDAK BAIK, TIDAK AKAN BUAT KITA BAHAGIA SELAMANYA. APAPUN TIDAK TAHU BETUL ATAU TIDAK. TUNGGU JELAHYE!

http://wrlr.blogspot.com/2012/04/panas-pemandu-peribadi-dedah-zahida.html



Turunkan Bendera PAS - Bos Majlis Perbandaran Dungun Lari Bila Diserbu Penduduk

Posted: 18 Apr 2012 01:24 AM PDT

Pihak MPD sedang menurun bendera PAS di Dungun. | foto lensahandphone

Inilah demokrasi yang dibangga-banggakan oleh pemimpin Umno-BN di negara ini, konon ia adalah yang terbaik di dunia.


Laporan bergambar di blog lensahandphone oleh Pemuda Dungun, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah bertindak menurunkan bendera PAS di hadapan Sekolah Kwang Hua pada 9 April lepas.

Namun apa yang melucukan 'bos' penguatkuasa MPD kelihatan lari meninggalkan tempat kejadian dengan sebuah kereta apabila melihat orang ramai termasuk masyarakat Tiong Hua datang membantah tindakan kurang adil itu.

Sudah tentu pihak berkuasa tempatan telah menerima arahan orang-orang tertentu yang dilihat terlalu takut dengan kebangkitan rakyat di kawasan berkenaan. Kerana bimbang kibaran bendera PAS itu boleh memberi impak besar kepada pengundi di Dungun.

Namun apa yang menjelikkan, hanya bendera PAS sahaja yang menjadi mangsa 'kepondanan' pihak tertentu, padahal bendera Umno-BN dibiarkan berkibar di mana-mana.

Bukan sahaja dibiarkan berkibar, malahan turut diminta ianya dipasang di premis awam yang tiada kaitan dengan parti Umno-BN. Lebih memalukan lagi, mengarahkan pihak berkuasa termasuk polis untuk memantau dan 'memelihara' bendera BN agar tidak diganggu gugat oleh sesiapa pun.

Sebelum ini pernah dimuatkan dalam WarkahDaily (WD) berkaitan pengerusi KTM Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed didakwa mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan petugas pilihan raya BN memasang bendera parti itu di semua stesen komuter di Selangor [baca laporan lanjut di sini].

Inilah bukti perlakuan 'pondan' yang takut berdepan secara 'gentle' dan bermaruah dengan lawan mereka. Mereka megah dengan 'kehebatan' yang dilingkungi pihak berkuasa tapi bacul nak berdepan secara bermaruah.

--WARKAHDAILY


Tiada ulasan: