Kelab Greenboc |
- Faekah Selar Khir Toyo: Tak Tahu Tanya, Jangan Bodoh Sombong!
- Selain Jenayah Acu Parang Dileher, Kini Jenayah Tembak Pula Menjadi-jadi
- Wanita Cerita Pengalaman Pahitnya "Berkahwin" Dengan Lelaki Afrika
- [PANAS] Task Force IC Warga Asing, Mahfuz Ada Bukti Bikin Wan Ahmad Pucat Lesi
- Ditawar Jawatan, Ajak Jumpa PM Agar Tinggalkan Pas
- Kes Pukul Libatkan Anak Nazri: Polis Terkejut Lihat Rakaman CCTV
- 8 Penumpang Cedera Selepas Bas Sri Indah Terbabas Di Jalan Tun Sambathan
- [Video] Kanak-kanak 10 Tahun Lahirkan Bayi 2.3kg
Faekah Selar Khir Toyo: Tak Tahu Tanya, Jangan Bodoh Sombong! Posted: 08 Apr 2012 12:52 AM PDT Shah Alam, 8 April: Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin. Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah. Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil. Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian; Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset. Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya. Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong. Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naif dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku. Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya. Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog. Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan. Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat. Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, DatoĆ Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor. Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus. Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya. Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan. Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri. Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan. Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan? Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat. Faekah Husin. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Ulasan GB Kan dah pecah lubang! Rupanya Khri Toyo kerap ponteng persidangan Dewan. Lepas tu nak ulas benda yang beliau masih samar dan tak tahu hujung pangkal. Bodoh sombong pulak tu, tak mahu semak atau bertanya, main buran semacam... sekarang dah kena.... GB kan dah pesan dulu kepada Khir Toyo, duduk rumah berzikir banyak-banyak awak tu, sebelah kaki dah di dalam penjara... Dengan sebab awak, Najib terpaksa labuhkan muka minta maaf kepada rakyat Selangor, pun belum tentu rakyat Selangor boleh maafkan. PRU13 nanti baru ada jawapannya. |
Selain Jenayah Acu Parang Dileher, Kini Jenayah Tembak Pula Menjadi-jadi Posted: 07 Apr 2012 09:11 PM PDT Parah kena tembak BALING - Seorang tukang kasut cedera parah setelah ditembak oleh individu tidak dikenali di kawasan berbukit Air Tepus, Hutan Simpan Ulu Muda, tiga hari lalu. Mangsa, Mat Isa Yaakup, 45, dari Kampung Charuk Bunting bersama seorang rakannya dikatakan keluar dari rumah pada 31 Mac lalu untuk mencari ikan tengas di kawasan hutan tersebut. Ayah kepada tiga orang anak itu rebah setelah terkena tembakan pada lewat petang 4 April lalu. Keadaan itu mengakibatkan rakan mangsa turun semula dari kawasan bukit untuk membuat laporan polis seterusnya mendapatkan bantuan penduduk setempat. Sehubungan itu, gerakan menyelamat mangsa dilancarkan oleh polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan penduduk kampung. Anggota penyelamat terpaksa meredah hutan dan bukit lebih lapan jam untuk sampai ke kawasan mangsa ditembak. Berikutan keadaan jalan yang tidak sekata, berisiko malah mengambil masa yang terlalu lama, pihak berkuasa terpaksa menggunakan bantuan helikopter untuk membawa mangsa keluar dari kawasan hutan itu. Sementara itu, isteri mangsa, Faridah Yaakup, 39, berkata, suami hanya memberitahunya akan ke Bukit Lasau tanpa menjelaskan tujuannya. "Suami saya memang sering ke Bukit Lasau untuk mencari ikan tengas. Dia akan pergi bersama rakan-rakannya dan akan bermalam selama beberapa hari di kawasan hutan itu. "Selalunya, suami akan pulang dengan keadaan selamat malah akan membawa hasil sungai dan hutan yang banyak untuk dijual," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Menurutnya, dia tidak begitu risau kerana suaminya tahu selok belok dalam kawasan hutan tersebut sehinggalah dimaklumkan jiran bahawa suaminya cedera terkena tembakan. "Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan berdoa agar suami berjaya diselamatkan. Tambahan pula, kebanyakan penduduk mengatakan suami saya telah meninggal dunia di atas bukit itu. "Saya runsing kerana tidak mendapat maklumat tepat sehinggalah dimaklumkan polis bahawa suami selamat tetapi parah.," katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan mengesahkan kejadian tersebut. "Mangsa dijangka dibawa keluar dengan helikopter," katanya. Difahamkan, ketika berita ini ditulis, usaha menyelamat dihentikan kerana hujan. -SH Ulasan GB Baru semalam GB ulas mengenai banyak kejadian Kes Lelaki Bertopeng Acu Parang Di Leher Menjadi-jadi, kini muncul jenayah yang lebih hebat, menembak mangsa. Pada 4 April lalu Seorang Pemuda Mati Ditembak Dalam Kereta Di Pasir Mas, kini kejadian di atas, sSeorang tukang kasut cedera parah setelah ditembak oleh individu tidak dikenali di kawasan berbukit Air Tepus. Rakyat semakin ragu tentang kebenaran kenyataan Negara Paling Selamat. Begitu juga kenyataan Najib yang menyatakan di bawah NKRA mengurangkan jenayah, indeks jenayah telah turun sebanyak 15.1 peratus manakala jenayah jalanan sebanyak 39.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ia seperti satu penipuan kerana kenyataan di depan mata, jenayah semakin berleluasa. |
Wanita Cerita Pengalaman Pahitnya "Berkahwin" Dengan Lelaki Afrika Posted: 07 Apr 2012 07:27 PM PDT Derita jadi pemuas nafsu KUALA LUMPUR: Kemaruk mahu bersuamikan lelaki asing yang dikatakan lebih kacak, gagah, romantis dan pandai mengambil hati berbanding lelaki tempatan, rumah tangga dibina seorang wanita bagaikan neraka apabila dia hanya dijadikan tempat pemuas nafsu selain mangsa sepak terajang. Lebih teruk, tidak sampai setahun berkahwin dan sebaik hartanya habis dikikis, lelaki Nigeria dikahwininya menghilangkan diri. Itu antara pengalaman dilalui Seri, 29, angkara termakan umpan cinta Khazem, 38, yang pada mulanya memberikan layanan istimewa untuk memikatnya. Bagaimanapun, sebaik berkahwin, istana cinta diimpikan bertukar neraka apabila dia dilayan seperti pelacur selain keringatnya dikerah untuk mencari duit bagi menyara hidup suaminya. Menceritakan detik pertemuan mereka, Seri berkata, dia diperkenalkan kepada Khazem oleh rakannya yang turut menjalin hubungan dengan lelaki Afrika ketika belajar di sebuah kolej di Subang Jaya. "Pada mulanya saya tak terfikir nak mengenali Khazem dengan lebih rapat. Namun disebabkan belajar di kolej sama, hampir setiap hari kami bertemu dan bermula dari situlah dia mengambil berat mengenai saya berbanding rakan lelaki lain. "Boleh dikatakan setiap kali keluar bersama, dia mengeluarkan belanja, malah ketika saya tak cukup duit untuk membayar sewa rumah, dia yang datang membantu," katanya ketika ditemui Metro Ahad. Asyik dengan layanan istimewa Khazem, Seri akhirnya jatuh hati walaupun tidak mengetahui latar belakangnya. "Saya tak tahu nak cakap perasaan saya kepadanya. Kalau ikutkan perasaan, ramai lagi rakan lelaki lain yang saya suka, tapi bila dengan Khazem saya jadi lupa dan sentiasa ingin bersamanya. "Dia beritahu saya, keluarganya mempunyai perniagaan di Nigeria dan segala perbelanjaannya ditanggung keluarga," katanya. Menurut Seri, empat bulan selepas perkenalan, dia kehilangan 'mahkotanya' pada Khazem selepas lelaki itu membawanya ke sebuah kelab malam. "Sebenarnya saya tak sedar waktu itu, mungkin kerana diberi dadah. Saya hanya tahu sudah terlanjur dengannya apabila bangun keesokannya dan mendapati Khazem tidur di sebelah saya tanpa pakaian. "Kerana sayangkannya, saya mengambil keputusan berkahwin dengannya tanpa pengetahuan keluarga dan berhenti belajar," katanya. Seri berkata, selepas tiga bulan, dia terpaksa keluar mencari kerja apabila suaminya memberitahu tidak lagi menerima wang daripada keluarga dengan alasan berkahwin tanpa pengetahuan mereka, selain sukar mendapat pekerjaan kerana berstatus warga asing yang memegang pasport pelajar. Walaupun pada mulanya Seri mendapat tawaran bekerja sebagai penyambut tetamu dengan gaji RM1,500 sebulan, namun selepas didesak Khazem, dia hanya sempat bekerja sebulan dengan alasan bayaran diterima tidak setimpal. "Kerja kedua saya sebagai pelayan kelab malam dengan gaji RM2,300 tak termasuk elaun serta tip pelanggan. Saya terima kerja ini setelah Khazem berjumpa pengurus kelab itu bagi mendapatkan kerja untuk saya. "Mulanya saya tak mahu, tapi setelah Khazem berjanji ia hanya sementara sebelum dia mencari pekerjaan tetap, saya terus bersetuju," katanya. Bagaimanapun, Seri berkata, sebaik bekerja sebagai pelayan kelab malam, suaminya mula menunjukkan belang apabila hanya menjadikannya sebagai pemuas nafsu dan mengikis gaji serta tip diterimanya. "Saya bekerja dari jam 10 malam hingga jam 4 pagi. Jadi kebanyakan waktu siang saya di rumah. Sepanjang saya di rumah, Khazem keluar dengan alasan merancang perniagaan bersama rakan selain menguruskan dokumen perjalanan di negara ini. "Kami hanya berjumpa sekejap sama ada kerana dia mahu layanan seks, minta duit atau balik untuk menyalin pakaian hinggalah pada satu hari dia memukul saya kerana tiada wang," katanya. Bagaimanapun, menurutnya, Khazem bijak menyusun kata untuk memujuknya. "Jika saya dipukul kerana tiada duit atau keinginan seksnya tidak diendahkan, keesokannya dia balik membawa makanan serta sedikit duit bagi memujuk. "Bagaimanapun, kalau hampir setiap hari dipukul, wanita mana boleh tahan. Banyak kali juga saya minta cerai tapi apabila dia balik ke rumah, memujuk serta berjanji untuk mengubah perangai, saya jadi cair dan makin sayang dengannya. "Bayangkan, saya berani ke kelab malam untuk berhibur, minum arak, terlanjur dan bekerja di kelab malam, semuanya kerana Khazem. Walaupun awalnya menolak, selepas dipujuk rayu saya jadi cair dan terus mengikut katanya," katanya. Bagaimanapun, ketika usia perkahwinan mencecah setahun dan disahkan hamil serta tidak dapat lagi meneruskan kerja sebagai pelayan kelab malam, suami dicintai tiba-tiba menghilangkan diri hinggalah dia melahirkan anak pada Oktober tahun lalu. "Saya kesal mengenalinya kerana jika diimbas kenangan bersamanya, tiada yang indah. Sudahlah terpaksa bekerja, setiap sen gaji yang saya terima habis dikebasnya. "Lebih dikesali, perkahwinan kami tidak mendapat pengesahan jabatan agama, menyebabkan saya tidak dapat mendaftarkan nama anak saya," katanya. |
[PANAS] Task Force IC Warga Asing, Mahfuz Ada Bukti Bikin Wan Ahmad Pucat Lesi Posted: 07 Apr 2012 04:30 PM PDT Alor Setar - Datuk Mahfuz Omar mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya diraja dan bersedia memberi kerjasama bagi menyiasat dakwaannya mengenai kewujudan pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihan raya umum. Naib Presiden Pas ini berkata, pendedahan yang dibuatnya adalah serius kerana ia mungkin membolehkan golongan itu mengundi dalam pilihan raya kelak. "Saya sudah usulkan cadangan supaya diwujudkan suruhanjaya diraja ini segera dalam perbahasan belanjawan tahunan di Parlimen baru-baru ini. "Saya harap ia dipertimbangkan kerana mempunyai asas yang kukuh dalam dakwaan itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika ditemui selepas Ceramah Pelancaran Kempen Bersih 100 Peratus peringkat negeri Kedah, di Kompleks Hijau Kuning, malam tadi. Menurutnya, berdasarkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah. "Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu memang berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh dan berlaku di setiap negeri," katanya. Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini yang diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar. Bagaimanapun Wan Ahmad dalam ulasannya kepada Sinar Harian kelmarin telah menafikan dakwaan Mahfuz. Ketika ditanya mengenai keseriusan beliau mendedahkan nama individu terbabit, Mahfuz berkata, ia bukan cakap kosong tetapi akan disertakan dengan bukti. "Saya ada bukti sebab itu saya berani cakap. Tetapi saya hanya mahu bekerjasama dengan suruhanjaya diraja untuk siasat perkara ini," katanya. Menurutnya, pendedahan ini dibuat kerana bimbang masa depan negara kelak ditentukan oleh warga asing, dan pada masa yang sama menafikan hak rakyat untuk mengundi secara telus. "Ini suatu ancaman kepada negara dan amat bahaya. Saya tahu saya menanggung risiko besar mendedahkan perkara in dan menyerahkan keselamatan saya kepada ALLAH SWT kerana tidak mahu membiarkan tanah air tergadai," katanya. Mahfuz berharap suruhanjaya itu dapat ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ulasan GB Oleh kerana isu ini besar dan penting, semua dewan-dewan pemuda, muslimat dan ulamak serta kawasan-kawasan & perhubungan negeri sepatutnya membuat laporan polis di tempat masing-masing. Ia perlu dipandang serius oleh parti. Ini kerana SPR sudah terbukti tidak mempunyai integriti lagi. Pemberian IC kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi demi mempastikan kemenangan UMNO BN adalah satu pengkhianatan terhadap unsur demokrasi disamping satu penderhakaan terhadapan kedaulatan negara yang tidak boleh dipandang sepi. Apatah lagi yang terlibat sama adalah pegawai PM sendiri. Wan Ahmad dan mereka yang terlibat di dalam task force itu perlu ditangkap, diadili dan dihumbankan ke penjara. Sementara ahli-ahli yang lain, jangan lupa untuk menghadiri BERSIH 3.0 pada 28 April ini nanti. klik untuk baca |
Ditawar Jawatan, Ajak Jumpa PM Agar Tinggalkan Pas Posted: 07 Apr 2012 08:01 AM PDT Shah Alam: Bukan sahaja ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Motivator dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO), bahkan turut dipelawa berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tawaran ini diterima Rabu lalu oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Melaka, Osman Shamsuddin dari dua individu yang mendakwa wakil kepada Setiausaha Sulit Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Jasman Anuar. Menurut Osman yang juga merupakan bekas Ketua Kampung Melaka di Tanjung Karang memberitahu tidak mengenali secara dekat kedua-dua individu terbabit tetapi memberitahu salah seorang itu bernama Mazlan dan pemandunya. "Cuma dia beritahu, mereka dihantar oleh Jasman, Setiausaha Umno Bahagian Tanjung Karang", katanya kepada Media Selangorku. Osman juga memberitahu, bahawa beliau akan dibawa berjumpa PM untuk mengadakan satu rundingan yang tidak diketahui tujuan sebenarnya. Mereka mendakwa dari sebauah NGO dan minta saya supaya tinggalkan perjuangan PAS. "Sebagai ganjarannya saya akan dilantik sebagai Timbalan Motivator dalam NGO mereka, tapi saya terlupa pula nak tanya NGO apa," terangnya. Bercerita lanjut, Osman memberitahu beliau sudah lama diekori dan dihubungi melalui telefon tetapi selalunya beliau tidak menjawab panggilan berkenaan. "Hari ini sahaja dah dekat enam kali telefon saya dan dia ada nyatakan saya akan dibawa berjumpa PM dalam masa terdekat untuk 'rundingan' lanjut. "Apa yang dimaksudkan dengan rundingan itu, tidaklah pula saya tahu rundingan macamana dimaksudkan," ujar beliau lagi. Bagaimanapun Osman menegaskan setelah meninggalkan Umno selama kira-kira satu tahun tiga bulan, beliau tidak mungkin beliau kembali ke pangkuan Umno semula. "Kampung ini sayalah yang teroka, nama Kampung Melaka ini pun saya yang beri dan Umno cawangan kampung ini antara yang terawal di Tanjung Karang. "Tetapi saya takkan kembali kepada Umno sebab pemimpin Umno sekarang semakin angkuh, sombong, sebab itu lah saya keluar. "Saya maksudkan ialah Ketua Umno Bahagian ini sendiri, (Datuk Seri) Noh Omar. "Bila dah jadi menteri penuh, dah jauh berubah, sombong dengan orang kampung "Tambah pula bila saya kenangkan pengorbanan saya semasa dalam Umno dahulu langsung tak hargai," ujarnya lagi. -selangorku |
Kes Pukul Libatkan Anak Nazri: Polis Terkejut Lihat Rakaman CCTV Posted: 07 Apr 2012 06:38 AM PDT Kes anak Nazri: CCTV kini di tangan polis Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields. Rakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber. Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai. Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu. Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya. -mk Nazri's son: CCTV proves police cover-up of assault, IGP must g'tee independent probe |
8 Penumpang Cedera Selepas Bas Sri Indah Terbabas Di Jalan Tun Sambathan Posted: 07 Apr 2012 05:02 AM PDT Kuala Lumpur: Lapan penumpang bas komersil cedera ringan setelah kenderaan yang mereka naiki itu hilang kawalan lalu terbabas berhampiran lampu isyarat di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini, Sabtu. Bas Sri Indah yang dalam perjalanan dari Kajang ke Pasar Seni di sini dikatakan hilang kawalan dalam kejadian kira-kira 8.10 pagi sebelum melanggar tiang lampu isyarat dan konkrit jejambat berdekatan. Impak kemalangan itu mengakibatkan bahagian hadapan bas berkenaan remuk dan lapan penumpang, lima wanita dan tiga lelaki cedera ringan. Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi Bernama hari ini berkata polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada kira-kira 8.15 pagi dan segera berada di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas. Katanya pemandu bas berkenaan yang berusia 54 tahun tidak mengalami kecederaan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 47 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Lapan penumpang yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - BERNAMA |
[Video] Kanak-kanak 10 Tahun Lahirkan Bayi 2.3kg Posted: 07 Apr 2012 03:04 AM PDT Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram. Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean. Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu. Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda. Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an. Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan