Blog-list Malaysia |
- Adun Umno Sabah Ditangkap Khalwat
- Hasan Jati Teringin Nak Jadi Menteri Pelajaran Pulak..
- Faekah Bancuh Khir Toyo Jangan Jadi Bodoh Sombong..
- Saya Tidak Mahu Mati Sia-Sia - Pak Samad
- Siapa kata tidak boleh Hapus PTPTN..?
- Puak Perkasa Nie Dari Muda Sampai Tua Nak Mampos.. Memang Bodoh..
- Lawak Bodoh Terkini Ibrahim Ali
Adun Umno Sabah Ditangkap Khalwat Posted: 08 Apr 2012 12:57 AM PDT KETIKA tengah sibuk menyiapkan artikel 'MADU TIGA' dalam episod ke empat berhubung Skandal Seks Datuk S dan 'Tiga Datinnya', Paparazzi menerima panggilan telefon daripada beberapa orang kanan politik, termasuk seorang Mantan Menteri Kabinet, Ketua Pemuda dan beberapa orang tokoh politik berhubung perkembangan terbaru Datuk S; kononnya beliau ditangkap khalwat dengan pasangannya di Hyyatt Kinabalu, malam semalam. Menurut pemanggil, mereka bertanyakan pengesahan berita berkenaan daripada Paparazzi yang kebetulan sedang makan bersama kawan; tetapi tidak menyedari bahawa Hotel Hyyat Kinabalu yang menjadi 'Istana Hinggap' Datuk S telah diserbu oleh Pasukan Pencegah Maksiat. "Mungkin kerja pengikut beliau sendiri atau musuh politik beliau kerana semua tahu sifat Datuk S. Kali ini baru kena buku dengan ruas kerana selama ini dia dakwa dilindungi orang kenamaan," ujar seorang Ketua Pemuda yang meminta agar namanya dirahsiakan. Paparazzi telah menjalankan siasatan dan daripada maklumat seorang Pengawal Keselamatan Hyyatt Kinabalu, Paparazzi mendapati berita tersebut benar kerana beliau yang mengiringi Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ketika membuat serbuan. "Pihak JHEAINS dan polis membawa mereka (Datuk S dan pasangan) pergi ikut pintu belakang bersama barang bukti bagi mengelakkan kes tersebut menjadi tumpuan ramai," akui Pengawal Keselamatan tersebut yang menjelaskan beliau hanya menjalankan tugas dan enggan memberikan sebarang komen lanjut. Bagaimanapun Paparazzi tidak dapat mengenalpasti sama ada pasangannya ketika ditangkap adalah Sofea @ Pia Binti Dahlan atau wanita lain yang sering menjadi teman asmaradananya. Beberapa orang rakan Paparazzi memberitahu bahawa Toyota Rush SAB599A milik Pia kelihatan di tempat letak kereta di Hadapan Hyyat Kinabalu, tetapi gagal mengenal pasti apakah Pia yang dicekup bersama Datuk S dalam Skandal Seks songsang mereka. Menurut maklumat yang Paparazzi terima daripada seorang tokoh politik veteran, rakan khalwat Datuk S ialah Sofea yang berasal dari Purto, Puteri Pulau Phalawan, Filipina yang datang ke Sabah 9 tahun lalu dan berjaya mendapat kad pengenalan projeknya dengan bantuan Datuk S yang menjadikannya Gundik Seumur Hidup! (NOTA: Paparazzi cuba menghubungi Penguatkuasa JHEAINS dan Pesuruhjaya Polis Sabah, tetapi gagal, namun rombongan yang ikut serta mengadakan serbuan mengesahkan Datuk S ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin). -sabahkini.net |
Hasan Jati Teringin Nak Jadi Menteri Pelajaran Pulak.. Posted: 07 Apr 2012 11:57 PM PDT Hasan Ali mahu Pendidikan Islam wajib lulus Jalur Tiga (JATI) akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi salah satu subjek wajib lulus dalam peperiksaan sebagaimana subjek wajib lulus yang lain. Presidennya Datuk Dr Hasan Ali berkata permintaan itu dibuat atas rasa tanggungjawab terhadap Islam dan bukan kerana bersikap perkauman atau cauvinis semata-mata. "JATI juga mahu mata pelajaran Pendidikan Islam dijadikan subjek wajib lulus kepada pelajar Islam dalam peperiksaan utama seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PMR (Penilaian Menengah Rendah) dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). "Bagaimanapun memorandum itu akan diserahkan selepas JATI berjaya mengumpulkan seramai 500,000 ahlinya dan kita yakin mampu memperoleh jumlah berkenaan menjelang enam bulan akan datang," katanya semasa menyampaikan ceramah Selamatkan Akidah anjuran Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) Pulau Pinang di Bukit Jelutong, Permatang Pasir, dekat Butterworth, malam tadi. Hasan yang juga bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor menyampaikan ceramah di hadapan lebih 5,000 orang di Bukit Jelutong yang merupakan siri jelajahnya ke seluruh negara. Hassan dalam ceramahnya sekali lagi menegaskan supaya pengundi Melayu khususnya di Pulau Pinang menjadikan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sebagai peluang untuk menyelamatkan serta melindungi hak keistimewaan Islam, orang Melayu dan institusi raja daripada dihapuskan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang. Katanya undi orang ramai akan menjadi penentu kerajaan mana yang boleh mempertahankan ketiga-tiga keistimewaan tersebut yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata sebagai orang Islam, mereka wajib mempertahankan ketiga-tiga perkara itu dan juga wajib memilih pemimpin yang benar-benar dapat menyelamatkannya. "Saya mahu untuk PRU-13 nanti terutama orang Pulau Pinang, mari kita selamatkan ketiga-tiga ini. Saya minta tolong sangat-sangat. Perubahan ini mesti dilakukan bila tiba PRU-13," katanya. - Bernama |
Faekah Bancuh Khir Toyo Jangan Jadi Bodoh Sombong.. Posted: 07 Apr 2012 10:50 PM PDT Shah Alam, 8 April: Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin. Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah. Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil. Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian; Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset. Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya. Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong. Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naif dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku. Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya. Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog. Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan. Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat. Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Datoí Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor. Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus. Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya. Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan. Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri. Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan. Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan? Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat. Faekah Husin. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor |
Saya Tidak Mahu Mati Sia-Sia - Pak Samad Posted: 07 Apr 2012 03:56 PM PDT Penyokong PAS datang berduyun-duyun malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap pelancaran perhimpunan BERSIH 3.0 oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berlangsung aman tanpa kejadian yang tidak diingini berlaku. Sebelum itu, sekumpulan 50 orang yang memakai baju kemeja T hitam tertulis perkataan 'Perkasa' berwarna merah, telah mengganggu program PKR di Jalan Putra, yang menyaksikan seorang peniaga hampir dipukul oleh kumpulan itu. ( Klik Sini ) Penyokong BERSIH 3.0 duduk di atas padang yang berlumpur untuk mendengar ceramah lebih tiga jam daripada beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan menganggarkan lebih 5,000 orang hadir dalam ceramah tersebut. Dalam ceramahnya, A Samad menjelaskan beliau menyokong untuk mereformasikan sistem pilihan raya memandangkan umurnya yang menjangkau 70-an dan beliau "tidak mahu mati sia-sia". Jadi, Anda apa lagi, masih nak duduk diam?, fikirkan kenapa pak Samad sanggup turun BERSIH, awapannya mudah, kerana beliau nampak sesuatu yang tidka kene dalam sistem pilihanraya. http://tukanglawan.blogspot.com/2012/04/saya-tidak-mahu-mati-sia-sia-pak-samad.html |
Siapa kata tidak boleh Hapus PTPTN..? Posted: 07 Apr 2012 11:29 AM PDT Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya. Berbangkitnya isu PTPTN oleh anak - anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun. Along Negara Malangnya kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh [ isu pelajar UNISEL ] telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen. Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat. PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA. Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. Sehingga kini negara mempunyai 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun. Tapi lihatlah apa musibah PTPTN ke atas mereka : a] Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa. b] Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman) c] Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperolehi, maka seramai 132,801 pelajar telah disenarai hitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman. Kurangkan beban rakyat Justeru telah menjadi suatu yang telah diketahui umum bahawa komitmen Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah menjaga kebajikan rakyatnya serta dalam masa yang sama memastikan pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi sihat dan subur. Maka saya melihat Kerajaan Pakatan Rakyat kelak sangat berpotensi untuk melunaskan komitmen tersebut melalui pembentukan sebuah pentadbiran yang adil, amanah, telus dan berintegriti atau menepati piawaian sebuah kerajaan yang disebut sebagai Good Governence. Kerajaan selayaknya menjadi Payung Rakyat bukan menjadi Along Negara yang menghambat rakyat. Guna kekayaan anugerah Allah kepada negara kita untuk rakyat dan bangunkan negara melalui pembangunan yang memulangkan manafaat kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni. Sebelum ini, sejarah Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan wang negara bernilai tinggi untuk bailout dan menjaga kepentingan syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap. Sebagai contoh mudah ialah : a] MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa campur tangan kerajaan yang menyokong syarikat berkerugian besar ini ? persoalan lain yang berkaitan ialah bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba - tiba mengalami kerugian berskala besar pula ? b] Syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion. c] Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB) d] Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta e] Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom f] Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS g] Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang h] Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM 1.8 bilion i] Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta j] Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation k] Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain. l] Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian. Melalui pentadbiran jimat cermat dan bebas rasuah, saya berkeyakinan Kerajaan Pakatan mampu melunaskan komitmen yang diberi. Selama ini, dibawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak. Sebagai contoh : [ wang negara boleh dijimatkan jika tiada perkara ini ] a] Projek Menara 100 tingkat b] kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM 15.8 bilion. c] PERMATA [Rosmah] projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat. Realitinya, sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. Jika ketirisan wang negara [peruntukan kerajaan] dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat. Bagaimana PTPTN boleh mansuh Sebenarnya tidaklah sukar untuk melihat PTPTN ini dimansuhkan. Justeru PTPTN adalah simptom akibat tradisi korporat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga mahasiswa dan keluarga mereka terpaksa bergolok gadai. Jika Pakatan Rakyat benar - benar mampu mengawal pentadbiran dan dana negara dari pembaziran, rasuah, ketirisan dan penyelewengan ditambah pula keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi sihat dan subur, maka kerajaan boleh menyediakan pakej kos pengajian tinggi yang paling minima dan tidak membebankan, malah boleh sampai ke peringkat menyediakan tawaran pendidikan percuma kepada rakyat. Apabila ini boleh dilakukan dan sepatutnya kerajaan boleh melakukannya, maka dengan sendirinya tiada siapa yang akan pergi menjerut leher di pintu masuk PTPTN. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi, suatu Sorotan Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia [pendidikan pengajian tinggi percuma] adalah suatu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil perlu diberikan kepada rakyat. Negara Libya [era Gaddafi ] pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat. Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan. Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri. Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah : Sweden Norway Finland Arab Saudi, Kuwait Cuba Sri Lanka Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading. Jua tidak lagi perlu berhutang dari Along Negara dan Along Negara bolehlah gulung tikarnya. Contoh pengiraan [Universiti Malaya] a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun. b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta. c] Jumlah IPTA terkini 20 buah : 1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, 2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, 3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor, 4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, 5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, 6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang, 7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL, 8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, 9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak, 10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah, 11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak, 12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9, 13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor, 14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu, 15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor, 16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka, 17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis, 18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu, 19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan, 20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta [RM 1.2 bilion] Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian atau bailout syarikat kroni tidak dilakukan secara berleluasa serta wang tiris dikawal sementara wang untung seperti yang dihasilkan oleh Petronas diurus secara telus. Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dari konsep Negara Berkebajikan yang jelas menepati kehendak Allah swt dan melandasi WahyuNya. وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan rezeki ) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Surah al A'araaf : 96 ------------------------------ Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. |
Puak Perkasa Nie Dari Muda Sampai Tua Nak Mampos.. Memang Bodoh.. Posted: 07 Apr 2012 03:51 AM PDT |
Lawak Bodoh Terkini Ibrahim Ali Posted: 07 Apr 2012 03:36 AM PDT Ibrahim Ali: Mansuh PTPTN negara muflis Tindakan penuntut institut pengajian tinggi mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak masuk akal dan merupakan agenda politik parti pembangkang untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum Ke-13 (PRU-13). Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata walaupun pembangkang berjanji untuk menghapuskan PTPTN, namun ia tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini. Ini kerana, ia mengundang kepada banyak masalah, terutama menjejaskan sistem pendidikan negara dan boleh menyebabkan negara menjadi muflis. "Isu itu sengaja ditimbulkan oleh parti pembangkang sebagai agenda politik menjelang pilihan raya umum ke-13)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Hamid (I) di Pasir Mas, hari ini. Sempena majlis itu, Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas turut menyampaikan sumbangan buku akaun Lembaga Tabung Haji kepada murid sekolah itu. Beliau mengulas mengenai cadangan penuntut institusi pendidikan tinggi untuk mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka bagi menghapuskan PTPTN pada 14 April ini. Ibrahim berkata usaha kerajaan melaksanakan skim PTPTN dapat mewujudkan suasana persaingan pelajar di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dan sekali gus meningkatkan mutu pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan