Kelab Greenboc |
- 23 Terhidu Gas Bocor Di Loji Petronas Kertih, Bagaimana Kata Lynas Selamat?
- [Video] Apakah PERKASA Diberi Lesen Cetuskan Huru-Hara Dimana-mana?
- Kes Lelaki Bertopeng Acu Parang Di Leher Menjadi-jadi. Terbaru Di Kajang
- Kes Dekan "Terkahwin" Lelaki: Sri Wani & Dr. Bahrom Wajib Dipisahkan Sementara
- Nafsu Tak Kenal Usia: Nenek Dicekup Khalwat Di Dungun
- Perompak Pecah Masuk Rumah Kerabat Sultan, Mercedes & Barang Berharga Dilarikan
- "Rakyat Tiada Pilihan Lain" - TERAS & GMI Turut Sokong BERS✔H 3.0
- Gaduh Rebut Teman Wanita
- Ada Ular Dalam Kokpit Pesawat
23 Terhidu Gas Bocor Di Loji Petronas Kertih, Bagaimana Kata Lynas Selamat? Posted: 07 Apr 2012 12:46 AM PDT 23 pekerja terhidu gas dikejarkan ke hospital DUNGUN - Kira-kira 300 pekerja yang baru memulakan kerja lebih masa di Loji Memproses Gas Petronas, Kerteh, Kemaman gempar apabila mereka terhidu gas dipercayai ammonia kelmarin. Gambar: SALAH seorang pekerja yang terhidu gas ammonia dimasukkan ke wad Hospital Dungun kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika kesemua pekerja sedang memasuki salah sebuah loji untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan di loji tersebut. Kejadian itu mengakibatkan sebanyak 23 pekerja terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami pedih mata, loya dan muntah-muntah. Daripada jumlah itu, sebanyak 15 pekerja dirujuk ke Hospital Dungun dan seorang lagi yang berusia 28 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami simptom yang lebih serius. Pekerja-pekerja yang lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan, Paka di sini. Menurut Penyelia Keselamatan loji berkenaan, Fazeli Alias, 29, ketika kejadian, kira-kira 50 pekerja sudah memasuki loji berkenaan manakala sebahagian lagi menunggu giliran untuk masuk. "Tiba-tiba kami terhidu bau busuk dan bergegas ke pejabat tapak untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Hospital Dungun di sini. -kosmo 24 dirawat terhidu gas bocor 50 pekerja nyaris maut Ulasan GB Itu kebenaran yang terdedah sebelum Lynas beroperasi. Kebocoran gas ammonia di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, Kerteh menyebabkan 23 pekerja (Metro menyebut 24) berdepan dengan maut. Tuhan sudah memberikan amaran awalNya. Masih degil lagikah? |
[Video] Apakah PERKASA Diberi Lesen Cetuskan Huru-Hara Dimana-mana? Posted: 06 Apr 2012 10:37 PM PDT Ahli Perkasa ganggu majlis dirasmi Anwar ALOR SETAR - Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa. Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu. Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR. Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda. -SH Peniaga hampir kena pukul di program PKR Alor Setar Ulasan GB Banyak insiden terutama di program Pakatan Rakyat ahli-ahli PERKASA ini mencetuskan keadaan huru-hara. Di Pulau Pinang Ketua Menteri sendiri diancam oleh PERKASA. PERKASA juga memainkan isu perkauman, agama dan bangsa untuk menjadi jaguh dan juara. Selama ini pihak berkuasa membiarkan dan berdiam diri terhadap mereka. Maka naik tocanglah PERKASA. Kalau begitu, bagus! Lagi cepat UMNO-BN akan bungkus. |
Kes Lelaki Bertopeng Acu Parang Di Leher Menjadi-jadi. Terbaru Di Kajang Posted: 06 Apr 2012 08:32 PM PDT Anak 'ditawan' dalam rumah KAJANG: Seorang wanita yang pulang ke rumah selepas berniaga tidak menyedari anak perempuannya yang ditinggalkan seorang diri ditahan lelaki bertopeng bersenjatakan parang lebih sejam selepas memecah masuk rumah mangsa di Taman Semarak, di sini, kelmarin. Gambar: TERLANTAR...Norhayati yang cedera menerima rawatan di hospital. Mangsa mengetahui kejadian itu selepas perasan kelibat seorang lelaki berbadan besar melintas di belakangnya ketika mahu membuka langsir dan tingkap sebaik pulang ke rumah, jam 1.30 tengah hari. Menurut mangsa, Norhayati Manap, 47, dia kemudian mengintai ke bahagian dapur untuk mencari anaknya dan tiba-tiba diacukan parang oleh seorang lelaki yang memberi arahan supaya tidak membuat bising. "Saya ingatkan anak membawa kawan sebaliknya belum sempat bertanyakannya, lelaki bertopeng itu sudah mengacukan parang ke leher saya. "Melihat tindakannya itu, saya cuba melawan dan mempertahankan diri menyebabkan kedua-dua tapak tangan saya ditetak," katanya ketika ditemui, semalam. Beliau berkata, dia menyedari cedera sebaik melihat darah membasahi baju dan menitis di lantai dapur selain terasa pedih di tapak tangan. "Melihatkan keadaan saya yang lemah, lelaki itu melarikan diri menaiki motosikal bersama wang hasil perniagaan dan barang kemas yang disimpan dalam beg berniaga dianggarkan RM8,000," katanya. Katanya, sebaik lelaki terbabit melarikan diri, dia menggagahkan diri membuka pintu menggunakan siku sebelum menjerit meminta tolong jiran. Sementara itu, anak ketiga mangsa, Mastura Mohd Fadilah, 18, berkata, dia tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit kerana berada dalam bilik air selepas selesai membersihkan rumah. "Sebaik keluar dari bilik air, seorang lelaki bertopeng mengacukan dua parang di kiri dan kanan leher saya serta mengarahkan diam," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian itu.-HM Ulasan GB Sekurang-kurangnya terdapat 3 kes yang menggunakan modus operandi yang hampir serupa dalam seminggu ini, iaitu acu parang di leher sebelum samun. Pertama di Puchong, Jurutol Diikat Sebelum Dicabul Kedua di Tanjong Malim, Rumah ADUN UMNO Kena Samun, Pisau Di Leher Ketiga di Bangi, Rumah Mawi Pula Kena Rompak, Ahli Keluarga Diikat & Diacu Parang Dileher Sebelum kejadian ketiga-tiga kes berkenaan, ada Pengantin Parah Ditetak Penjenayah Samun Barang Kemas Semalam rumah adinda Sultan Selangor disamun oleh penyamun yang bersenjatakan pisau telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap depan. Perompak Pecah Masuk Rumah Kerabat Sultan, Mercedes & Barang Berharga Dilarikan Berwaspadalah sentiasa! |
Kes Dekan "Terkahwin" Lelaki: Sri Wani & Dr. Bahrom Wajib Dipisahkan Sementara Posted: 06 Apr 2012 06:35 PM PDT Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan bahawa perkahwinan antara pasangan sesama jantina adalah dilarang dan tidak diiktiraf sama sekali dalam Islam. Menurut beliau, mengikut hukum syarak, setiap perkahwinan perlu meliputi lima rukun nikah yang wajib dituruti iaitu suami (lelaki), isteri (perempuan), wali, dua orang saksi serta akad nikah. Justeru, katanya, jika salah satu daripada kelima-lima rukun itu tidak dipenuhi, perkahwinan tersebut adalah tidak sah. "Walaupun secara luarannya, seseorang itu kelihatan seperti seorang wanita tetapi hakikatnya, dia masih kekal sebagai seorang lelaki. Oleh itu, dia tidak boleh bergelar isteri. "Mana-mana individu sama jantina yang berkahwin boleh didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan jika sabit kesalahan, mahkamah berhak membatalkan perkahwinan tersebut," katanya ketika dihubungi semalam. -kosmo Pisah pasangan nikah ala koboi Eksklusif: Sri Wani masih sayangi suami klik untuk baca |
Nafsu Tak Kenal Usia: Nenek Dicekup Khalwat Di Dungun Posted: 06 Apr 2012 04:05 PM PDT Dungun Terengganu – Tindakan seorang janda melewati usia lebih separuh abad yang kerap kali membawa pulang teman lelaki untuk memadu asmara di rumahnya pada waktu tengah malam membawa padah apabila perbuatan sumbang itu berjaya dihidu pasukan rondaan kampung. Dalam kejadian terbaru awal pagi kelmarin, perbuatan sumbang wanita yang sudah memiliki cucu itu terbongkar setelah dia ditahan sepasukan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan ahli Helang Recreation Club (HRC) ketika berada berdua-duaan di rumah milik janda tersebut. Difahamkan ketika serbuan dilakukan bersama pegawai penguat kuasa syariah itu, anak wanita terbabit dikatakan keluar rumah dan kesempatan itu digunakannya untuk membawa pulang teman lelaki yang mempunyai jarak usia yang jauh berbeza dengannya. Wanita berusia 55 tahun bersama teman lelakinya, 33, berasal dari Ketengah Jaya itu difahamkan pernah ditahan sebelum ini oleh penguat kuasa syariah kerana berkelakuan tidak sopan pada waktu lewat malam di pantai berdekatan. Mereka akan menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -SH |
Perompak Pecah Masuk Rumah Kerabat Sultan, Mercedes & Barang Berharga Dilarikan Posted: 06 Apr 2012 08:41 AM PDT Dua lelaki memecah masuk rumah mewah tiga tingkat kerabat Sultan Selangor di Bukti Tunku di sini, hari ini dan melarikan sebuah kereta Mercedes Benz dan barangan berharga. Gambar: KEDIAMAN adinda Sultan Selangor yang dimasuki dua perompak di Taman Duta, hari ini. Perompak melarikan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz dan barangan berharga. - Foto Khairull Azry Bidin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian 5.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan pisau telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap depan. Beliau berkata, mereka kemudian mengurung empat pembantu rumah, termasuk dua pembantu rumah lelaki yang diikat di dalam sebuah bilik. "Semasa kejadian, kesemua ahli keluarga kerabat Diraja Selangor itu tiada di rumah kerana mereka berada di luar negara. Hanya pembantu-pembantu rumah sahaja yang menjaga rumah itu. Mereka tidak dicederakan," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada Bernama hari ini. Beliau turut mengesahkan seorang lelaki ditahan beberapa jam sejurus kejadian itu untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. Sumber polis yang ditemui di rumah itu memberitahu siasatan awal polis mendapati tingkat dua dan tiga rumah itu telah digeledah dua lelaki itu berdasarkan banyak kesan cap jari ditemui. Katanya polis masih menjalankan siasatan dan rumah berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). — BERNAMA Ulasan GB Cakap GB tak mahu percaya: Negara Malaysia Paling Selamat! |
"Rakyat Tiada Pilihan Lain" - TERAS & GMI Turut Sokong BERS✔H 3.0 Posted: 06 Apr 2012 07:05 AM PDT Shah Alam : Rakyat di negara ini tidak mempunyai pilihan selain menyertai BERSIH 3.0 sebagai suatu suara sepadu rakyat selain memberi tekanan kepada kerajaan supaya di adakan pilihanraya yang adil dan bersih. Selama ini peranan yang telah diberikan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mewujudkan pilihanraya yang adil telah gagal dilaksanakan kerana terdapat banyak campurtangan politik di pihak kerajaan Umno-BN. Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Azmi Hamid berkata, Perhimpunan Bersih 3.0 ini amat relevan dilaksanakan kerana Malaysia adalah negara demokrasi dan rakyat menuntut suatu sistem pilihanraya yang adil dan bersih daripada segala penyelewengan. "Malaysia telah dalam proses untuk menjadi sebuah negara yang demokrasi dan sudah tentunya mahukan sistem yang terbaik dalam pilihanraya kerana pilihanraya adalah satu rukun dalam konsep demokrasi," ujar Azmi ketika di hubungi MediaSelangor. Selain itu katanya, Bersih 3.0 diharap memberi kesan yang diharapkan dan diambil perhatian yang serius oleh Kerajaan Pusat dan SPR kerana sudah banyak hal-hal membuktikan adanya perkara yang tidak lancar dan penyelewengan yang akan mencacatkan pilihanraya akan datang. Pada 28 April ini BERSIH 3.0 akan di adakan di Dataran Merdeka yang bermotokan "Duduk dan Bantah" yang akan diketuai Sastrawan Negera, A Samad Said. Berhubung himpunan BERSIH 3.0, Azmi berkata kerajaan dan SPR seharusnya lebih peka dengan tuntutan dan kehendak rakyat dan bukannya menghukum rakyat yang mahukan perubahan dan ketelusan dalam pilihanraya. "Pengundi muda yang mempunyai akses maklumat yang lebih terperinci akan menjadi tunjang BERSIH 3.0 kerana mereka mahukan undi mereka dihormati dan bersih dari segala penyelewengan yang dilakukan sebelum ini. "Kita mendapat maklumbalas dari pengundi-pengundi muda yang mahukan suatu sistem pilihanraya yang adil dan bersih kerana terdapat banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan oleh SPR," jelas Azmi. BERSIH 3.0 dilancarkan ekoran kegagalan laporan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya yang didakwa tidak menunjukkan komitmen untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih seperti mana yang dituntut BERSIH 2.0 sebelum ini. BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu menuntut lapan perkara. Antaranya: membersihkan sistem pilihan raya, pembaharuan pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang adil, 21 hari tempoh berkempen, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah politik, dan hentikan politik kotor. -selangorku GMI juga sertai Bersih 3.0 |
Posted: 06 Apr 2012 05:25 AM PDT Sungai Dua - Hanya kerana berebut seorang remaja perempuan bawah umur, empat sahabat baik yang tinggal di Kampung Tok Adam sanggup bergaduh di sini, semalam. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan empat sahabat itu terpaksa bermalam dalam lokap polis selepas ditahan malah bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk kemungkinan meringkuk di penjara dan didenda jika didapati bersalah. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Zulkifli Alias berkata, remaja yang ditangkap itu berusia antara 15 hingga 19 tahun dan pergaduhan dipercayai bermula sekitar jam 10 malam semalam. "Kejadian membabitkan dua remaja berkenaan berlaku di kawasan kampung itu pada mulanya hanya membabitkan cabar mencabar mulut apabila seorang remaja tidak berpuas hati terhadap sikap seorang rakannya yang ingin berebut teman wanitanya. "Rakan remaja itu kemudiannya mencabar teman lelaki remaja perempuan bawah umur itu beradu kekuatan untuk membuktikan kejantanan mereka dalam usaha memikat hati remaja perempuan itu," katanya. Zulkifli berkata, pergaduhan yang berlaku kemudiannya merebak melibatkan campur tangan dua rakan masing-masing hingga memaksa penduduk kampung berkenaan cuba meleraikan mereka. "Kita dimaklumkan penduduk kampung berkenaan berkaitan pergaduhan itu sebelum sepasukan pegawai polis dihantar menahan remaja terbabit. "Bagaimanapun pergaduhan antara pasangan remaja itu tidak melibatkan penggunaan sejata berbahaya dan sebaik tiba di lokasi kejadian pihak kita berjaya menahan mereka," katanya. Menurutnya, empat remaja terbabit kini direman selama tiga hari untuk disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Abdul Wahab semasa empat remaja terbabit dibawa ke mahkamah semalam. |
Posted: 06 Apr 2012 03:40 AM PDT Canberra - Seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan Air Frontier menemukan ular di dalam ruangan kokpit pesawat semasa di udara. Akhirnya, juruterbang tersebut memutuskan untuk kembali mendaratkan pesawat itu di Australia. "Juruterbangnya itu seorang yang mempunyai keperibadian tenang sehingga ular tersebut tidak terlalu membuatnya panik dan atau bahkan malah membahayakan dirinya di atas sana," ujar Pengarah Air Frontier Geoff Hunt seperti dikutip Emirates 247, Khamis (5/4/2012). "Saat pesawat mendarat, reptilia melata itu merayap cepat keluar pesawat. Tidak ada seorang pun yang dapat menangkapnya dan juga belum sempat diketahui spsesiesnya," tambahnya. Kejadian itu mengingatkan kita pada filem yang diterbitkan tahun 2006 dengan judul 'Snakes on a Plane' dimana seorang pilot menemukan ular di dalam pesawat. Sesaat pesawat itu mendarat, pawang ular langsung dipanggil untuk mengatasi ular tersebut. Namun, ular tersebut hilang ketika pesawat sudah mendarat. Sementara spesies ular itu pun tidak diketahui. -okezone |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan