Blog-list Malaysia |
- Presiden PAS Anggap Isu Azmin Ali sebagai Mainan Politik.
- Perkasam Beri Amaran Kepada A. Samad Said
- MELAYU HILANG KUASA ANGKARA SIAPA?
- Hasan Jati Yang Kelihatan Terhegeh-Hegeh
- Peniaga hampir kena pukul di program PKR Alor Setar
- Gerombolan Monyet Liar Mangganas Di Alor Setar
Presiden PAS Anggap Isu Azmin Ali sebagai Mainan Politik. Posted: 06 Apr 2012 10:34 PM PDT KUALA LUMPUR 7 April - Tindakan beberapa pihak termasuklah dari peringkat akar umbi yang cuba membuat desakan ke Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkaitan isu-isu yang dibangkitkan disifatkan mainan politik pihak lawan. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, tindakan tersebut bukan sahaja dilakukan untuk memecahbelahkan Pakatan, akan tetapi ianya sebagai salah satu strategi pihak politik lawan untuk kembali merampas beberapa buah Negeri yang dimiliki Kerajaan Kerjasama Pakatan tersebut. Sambil menganggap serangan itu tidak menggugat pengaruh PAS, Hadi Awang berkata PAS bersama rakan parti yakin mampu mempertahankan 4 buah Negeri yang sedang dikuasai pada Pilihan Raya Umum ke 13 jika proses perjalanan yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih telus "Sekiranya pilihan raya mengikut proses demokrasi sebenarnya, kita boleh bertahan. Tetapi sekarang ini, di Selangor kita dapati penambahan pengundi yang terlalu mendadak, di luar dugaan, di luar kelahiran penduduk," katanya. Beliau juga mempersoalkan insiden yang pernah berlaku pada PRU ke 11 yang lalu di mana terdapat peningkatan mendadak jumlah pengundi di beberapa kawasan menyebabkan Terengganu berjaya dirampas semula Barisan Nasional (BN). "Kini, pengundi dikesan bertambah di beberapa tempat tumpuan di Selangor, peningkatan jumlah penduduk dikesan meningkat di beberapa kawasan terbabit. Ini satu penipuan. Ia termasuk dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya. Ditanya berkenaan status ketelusan SPR, Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan ianya masih pada tahap yang meragukan kerana sehingga kini SPR dilihat tidak serius dalam mengemaskini beberapa tuntutan seperti sistem pengkaedahan undi pos yang didakwa beliau menjadi senjata BN untuk terus berkuasa. http://klpos.com/politik/3551-presiden-pas-anggap-isu-azmin-ali-sebagai-mainan-politik |
Perkasam Beri Amaran Kepada A. Samad Said Posted: 06 Apr 2012 09:54 PM PDT Jangan jadi pengkhianat seperti Ambiga, kata Perkasa kepada Pak Samad KUALA LUMPUR, 7 April — Sayap pemuda Perkasa mendakwa pemimpin Bersih 2.0 menggunakan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said untuk menarik lebih ramai umat Islam dan pelajar menyertai perhimpunan pada 28 April ini. Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata "Pak Samad" telah menjadi seorang pengkhianat bersama Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan mengingatkan penulis berusia 76 tahun agar jangan mengorbankan kepercayaan hanya kerana seorang wanita. "Samad Said, jangan jadi pengkhianat kepada negara. Ia amat jelas siapa Ambiga... Saya berdiri teguh dalam keyakinan saya bahawa beliau anti-Islam," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam Irwan memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan "pengkhianat" bangsa. Beliau juga mengkritik Pak Samad ekoran penglibatannya, berkata ia sesuatu yang "malang" apabila individu yang diangkat sebagai ikon negara dalam bidang seni dan kesusasteraan tidak berkalakuan bijak. "Jangan anda berani mencuba menarik penglibatan pelajar, Samad said. Jangan menjadi seorang pengkhianat," katanya. "Anda seorang umat Islam. Anda perlu tunjukkan anda tidak menyokong Ambiga. Anda sepatutunya mempertahankan Islam. "Jangan memecahkan orang Melayu... hari ini anda mempunyai orang Melayu yang menyokong PAS, PKR dan Umno. Beliau menambah bahawa sokongan terbuka Ambiga terhadao satu penganjuran program seperti Seksualiti Merdeka yang merupakan bukti Ambiha tidak menghormati Islam. Seksualiti Merdeka bukan sahaja menentang kepercayaan Islam tetapi juga mementang Kristian. Jadi ia menunjukkan beliau seorang pengkhianat kepada agama," katanya. Irwan menggesa komuniti Melayu untuk berada di rumah pada 28 April dan bersabar menunggu pilihan raya umum ke-13 jika mereka benar-benar mahu menunjukkan kemarahan terhadap kerajan. "Tunggu Parlimen dibubarkan," katanya. Semalam Pak Samad berkata persoalan tentang agama dan bangsa tidak timbul dalam perhimpunan itu. "Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih. "Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?" katanya. Tambah Pak Samad: " Sesiapa yang boleh membantu meningkatkan demokrasi, sama ada Kristian atau Islam." Pada Rabu lalu Bersih 2.0 mengumumkan cadangan mengadakan himpunan ketiga menuntut pilihan raya bersih dan adil, mengatakan walaupun kerajaan berjanji melakukan reformasi tetapi usaha ke arah itu kurang meyakinkan. Pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, polis menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta himpunan yang menyaksikan lebih daripada seribu ditahan, ramai tercedera dan kematian seorang bekas tentera. Ekoran tindakan ganas pihak berkuasa, kerajaan dikritik di peringkat antarabangsa, membawa kepada Akta Perhimpunan Aman tahun lalu dan pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) untuk mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya. |
MELAYU HILANG KUASA ANGKARA SIAPA? Posted: 06 Apr 2012 09:29 PM PDT UMNO seolah-olah sudah kehabisan modal untuk menarik sokong orang Melayu supaya menyokong mereka dalam PRU13 kelak. Berbagai isu direkacipta antanya ialah jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat, maka kuasa orang Melayu akan hilang. Apakah UMNO sudah lupa bahawa kuasa orang Melayu sebenarnya sudah lama hilang? Sebahagian besar tanah rizab Melayu sudah hilang dan menjadi hakmilik bangsa asing. Angkara siapa ini? MCA dan Gerakan begitu berani menghina hak orang Melayu dan menghina syariat Allah dan UMNO kecut perut sehingga tidak berani menegur sahabatnya itu, angkara siapa ini? Angkara Pakatan Rakyat? Sebenarnya UMNO sudah gelabah kerana sokongan orang Melayu terhadap UMNO kini sudah tidak sampai 30% lagi. Jadi mereka bagi mykad kepada warga asing seperti bangsa Indonesia, Myamar, Bangladesh dan tidak mustahil juga kepada bangsa Nigeria supaya boleh mengundi UMNO pada PRU13 kelak. Itu sebabnya kegiatan samseng, kecurian, rompakan dan gangguan seksual yang dilakukan orang rakyat Indon dan Nigeria terhadap rakyat kita tidak diambil tindakan, sepatutnya rakyat asing sudah lama diusir keluar dari negara kita demi untuk keselamatan dan ketenteraman rakyat kita sendiri. Tetapi ini tidak berlaku kerana mereka ini adalah pengundi yang telah didaftar kan oleh SPR atas arahan UMNO untuk kepentingan UMNO. UMNO tidak peduli rakyat selesa atau tidak dengan adanya pendatang asing ini dalam negara kita, yang penting mereka itu mesti mengundi UMNO dan UMNO emsti terus berkuasa untuk terus menyamun harta negara dan menindas serta menipu rakyat yang tidak berdaya. Jadi, kenyataan UMNO bahawa kuasa melayu akan hilang adalah besar dan tepat. Ini adalah kerana jika UMNO menang dalam PRU13 kelak bukanlah hasil sokongan dari orang Melayu tetapi dari pendatang asing. Maka tidak mustahil, sebagai membalas jasa kerana mengundi UMNO , maka wakil dari bangsa-bangsa ini akan dilantik sebagai Senator kelak, kemudian sebagai Timbalan Menteri dan akhirnya Menteri atau sebagai exco di negeri di bawah pemerintahan UMNO. Sambil itu, UMNO akan meminta Senator pendatang asing ini menjemput lebih ramai lagi sahabat-sahabat mereka yang masih berada di Indon, Myamar dan di Bangla serta di Nigeria datang ke negara ini dan diberikan mykad untuk menjadi pengundi UMNO pada PRU14 pula. Jadi betul lah ketika itu nanti orang Melayu sudah tidak punya apa- apa kuasa lagi kerana UMNO sudah berkongsi kuasa bersama pendatang asing itu. Jadi sokonglah UMNO. Kini harta milik orang Melayu satu demi satu dijual atau digadai oleh UMNO. Tanah Felda hendak digadai. Ladang sawit milik Tabung Haji dijual. Tidak mustahil satu hari nanti jika UMNO terus diberikan kuasa memerintah, Petronas juga akan dijual dan akhirnya bumi Malaysia juga akan UMNO gadai untuk bayar hutang. Wallahualam. Oleh: Tok Janggut Sumber : http://www.tranungkite.net |
Hasan Jati Yang Kelihatan Terhegeh-Hegeh Posted: 06 Apr 2012 12:26 PM PDT Saya Tenguk Tengkok Hasan Akidah Pendek Sedikit? Semasa di masjid al Gufran Taman Tun Dr Ismail tengah hari tadi saya nampak bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tercokoh di hadapan sebelah kanan mihrab. Itulah tempat biasa bagi Pak Lah kalau dia berjumaat di situ. Sudah beberapa kali saya terserempak beliau bersembahyang di situ dan lokasi itulah tempatnya. Selesai sembahyang saya menapak ke arah Pak Lah. Sedang elok dia bangun ternampak saya menyapa dengan senyum. "Apa habaq?" itulah pertanyaan rutin Pak Lah kepada saya sejak tahun 80-an dulu lagi. "Baik.. Pak Lah. Pak Lah apa khabar?" tanya pula saya. Kami bersalam erat. Memang salam Pak Lah terasa erat tidak seperti Mahathir atau Anwar Ibrahim. "Baik.." balas saya. Saya ingat dia sudah melupai saya maklumlah dia sudah tidak jadi perdana menteri lagi, dan saya pula belum jadi PM? Kalau saya jadi PM tentu Pak Lah akan telefon saya? He he.. Masa Pak Lah ambil cuti tanpa gaji dia kerap berkirim salam kepada saya dan hantar wakil untuk mengambil beberapa naskah buku tulisan saya. Setiap kali saya buat buku akan datanglah orang Pak Lah menyampaikan salam dan mengambil buku secara free. "Apa khabar Tok Guru (Nik Aziz)?" tanya beliau. Pertanyaan itu menderaukan darah saya. Betapa Pak Lah juga ingat kepada Tok Guru Nik Aziz dan mungkin tahu juga akan hubungan saya dengan Tok Guru. Kebetulan Tok Guru kini berada di hospital kerana berehat kerana sedikit stres. Jadi pertanyaan itu saya mengambil peluang memberi tahu Pak Lah. "Baik... dia ada di hospital Pak Lah, rihat sikit.." balas saya. "Sampaikan salam saya kepada beliau, Assalamualaikum?" kata Pak Lah. Pak Lah juga kelihatan sedikit serah dan nampak sangat akan keloyorannya. Namun senyumannya masih belum berubah. Matanya masih nampak sempit bila beliau melebarkan senyuman. Senyuman dan keramahan Pak Lah itu menyebakan orang yang suka kepada sifat qanaahnya akan merasa teduh bila bercakap dengan Pak Lah. Saya berjalan keluar dari ruang masjid mendahului Pak Lah. Sampai di luar seorang kawan memberi tahu yang Hasan Akidah juga ada dalam masjid dan bersalaman dengan Pak Lah. Semasa saya dengan Pak Lah tadi tidak ternampak pula si Hasan Akidah ada di situ. Mungkin dia mengelip untuk tidak berjumpa saya. "Mana..?" tanya saya kepada kawan, Adnan. "Itu... dia bercakap dengan Pak Lah..gi lah masuk," jelas kawan itu dan minta saya masuk semula. Saya buat dengar tidak dengar saja dan hanya sempat snap satu gambar. Saya menjenguk dan nampak Hasan Akidah. Keinginan untuk mendekati dan bersalam dengan Hasan tidak timbul dalam hati. Entah kenapa. Dari luar saya nampak Hasan Akidah berjalan beriring dengan Pak Lah. Berbual-bual, nampak yang beriya Hasan manakala Pak Lah selamba sahaja. Mungkin Pak Lah bertanya mengenai perniagaan Hasan akhir-akhir ini apakah mendapat sambutan atau tidak. Saya sempat tangkap gambar mereka tanpa Hasan sedari saya di situ. Saya nampak Hasan memakai baju jalur merah macam anak sepilar (mungkin Jalur Tiga)... tersengeh-sengeh sahaja. Entah mungkin mata saya rabun, saya nampak tengkok Hasan macam pendek sedikit berbanding dulu mungkin kuat berjuang mempertahankan akidah ummah. Malam ini Hasan dikatakan akan berceramah di Permatang Pauh kawasan Anwar Ibrahim. Orang Permatang Pauh boleh keluar ramai-ramai mendengar cerita penglipur lara Hasan seronoknya kalau kebetulan kita tidak ada kerja lain. Teman-teman kena faham, teman-teman kena tahu, teman-teman kena ambil berat masalah ummmmah, masalah bangsa dan masalah raja-raja Melayu. Jikalau tidak, jikalau tidak kita akan bla bla bla. [wm.kl.5:03 pm 06/04/12] - mso |
Peniaga hampir kena pukul di program PKR Alor Setar Posted: 06 Apr 2012 07:41 AM PDT Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini. Mereka tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut. Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang. Apabila kekecohan bermula, pengunjung Sentosa Mall di situ bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Beberapa individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ apabila penyokong PKR mula menolak keluar kumpulan tersebut. Seorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut yang berada di tengah-tengah orang ramai berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m. Ray Ching, 28 (kiri) berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya. Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya. Ray - peniaga telefon bimbit - memberitahu Malaysiakini bahawa dia memarahinya lelaki itu dan menyuruhnya beredar dari situ, dan lelaki menjerit balik perkataan 'babi'. |
Gerombolan Monyet Liar Mangganas Di Alor Setar Posted: 06 Apr 2012 05:31 AM PDT Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa. Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu. Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR. Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda. Ini kejadian pertama membabitkan Anwar dengan kumpulan Perkasa di negeri jelapang padi itu tahun ini. jalan pulang |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan