Selasa, 24 April 2012

Era Pasca

Era Pasca


JOM!!! BERSIH 3.0 vs REJIM LEMBU

Posted: 23 Apr 2012 11:06 PM PDT

Perubahan pilihanraya akan membawa risiko besar kepada peluang Umno BN dalam pilihanryaa ke 13 akan datang, yang diramalkan berlangusng pada pertengahan Jun. Umno-BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan sepanjang masa itu, mempunyai kuasa mutlak dan terus menjalankan operasi manipulasi dan mengikut undang-undang yang sesuai dengan hajat mereka.


Pada 28 April 2012, rakyat Malaysia berani yang ke Dataran Merdeka harus sedar mereka tidak sendirian, rakyat Malaysia di England, Eropah, seluruh Asia, US, Canada, Timur Tengah, dimana saja, berdiri bersama mereka dalam semangat dan demi satu tujuan dimana Kuala Lumpur telah menyatukan kita. Rali yang sama juga akan di adakan di Washington DC, New York, Tokyo, Beijing, Toronto, Paris, London, Seoul, Dubai, Zurich dan seluruh ibunegeri di Australia. 

Bersih pertama kali mengadakan rali pada tahun 2007, selepas gagal mendapatkan persetujuan kerajaan Umno –BN. Proses mengundi rakyat Malaysia dikenali penuh unsur-unsur tidak sihat dimana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pihak polis dan lain-lain pihak berkuasa sejak dulu lagu didakwa bersekongkol untuk membantu kemenangan Umno-BN. Pada tahun 2011, Bersih mengadakan rali kedua pada 9 Julai, dihadiri oleh sekita 150,000 orang. Walaupun ada operasi tangkapan yang menyaksikan lebih seribu orang ditahan, pengharaman Bersih 2.0 dan pengharaman memakai t shirt kuning, Najib gagal menjatuhkan semangat rakyat negara ini. Kejayaan Bersih 2.0 tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai satu acara bersejarah. Ia menunjukkan permintaan rakyat untuk perubahan dan pembaikan adalah serius. Rakyat tidak lagi hanya bersungut. Mereka mahu tindakan sebenar diambil dan mereka bersedia bertindak untuk memastikan nya.


Rali serentak akan di adakan, rakyat bersemangat untuk berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan semangat perpaduan, dan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan UMNO-BN



Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Adun Umno pula beri IC pada warga asing

Posted: 23 Apr 2012 05:15 PM PDT


Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing yang memiliki status Pemastatutin Tetap (PR), dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang.

Seorang penduduk berstatus PR, Abu Talib Abdul Rahman mendedahkan, kumpulan warga asing dalam DUN Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu. 

Beliau berkata, komplot sejak setahun lalu itu didalangi Adun Umno, Datuk Ir Bushro Mat Johor yang menang tipis pada PRU 2008. "Saya menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status kewarganegaraan 'segera' dari Umno dan saya cuba mendapatkan kepastian termasuk dari Adun Paya Jaras sendiri. 

 "Saya turut ditawarkan oleh YB ini, namun saya tolak kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang. Saya boleh jadi warganegara jika saya mahu, namun enggan kerana berpendapat cara ini salah," katanya ketika datang ke pejabat Suara Keadilan. 

Abu talib berkata, beliau memohon menjadi warganegara Malaysia sejak 2002 dan sepanjang tempoh itu, beliau berulang alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun permohonannya gagal. 

Beliau hanya diberi kad pengenalan yang memiliki tarikh luput di mana ia hanya akan diperbaharui menurut budi bicara JPN. 

Berdasarkan rekod, tiga adik beradiknya yang lain adalah warganegara Malaysia dan beliau menjadi pemastautin tetap selepas kad pengenalannya hilang ketika berusia 15 tahun. 

"Selepas saya merujuk kepada JPN, mereka memberi alasan sama, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan," kata ayah kepada lima anak ini. Ekoran itu, beliau berdepan pelbagai kesukaran termasuk anak-anaknya dinafi bantuan walaupun mereka warganegara Malaysia. 

Katanya, beliau juga bertukar kerja sebanyak lima kali dan pernah menganggur selama dua tahun, selain bantuan zakat turut dinafikan kerajaan. 

"Kalau saya ikut cara Umno untuk mendapatkan kad pengenalan, sia-sia sahaja usaha saya selama ini turun-naik ke pejabat JPN untuk memohon kewarganegaraan," katanya kesal. 

Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing yang memiliki status Pemastatutin Tetap (PR), dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang. 

Ekoran itu, beliau berdepan pelbagai kesukaran termasuk anak-anaknya dinafi bantuan walaupun mereka warganegara Malaysia. Katanya, beliau juga bertukar kerja sebanyak lima kali dan pernah menganggur selama dua tahun, selain bantuan zakat turut dinafikan kerajaan.

"Kalau saya ikut cara Umno untuk mendapatkan kad pengenalan, sia-sia sahaja usaha saya selama ini turun-naik ke pejabat JPN untuk memohon kewarganegaraan," katanya kesal.

Maka dengan INI BERSIH perlu diperhebatkan lagi... Turun Tibai Najib 28/4, jika setuju sila share.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

EDISI KEPOH: HARTA KEKAYAAN ANWAR IBRAHIM DI AMERIKA SYARIKAT

Posted: 23 Apr 2012 03:15 AM PDT

Hah!! Panas betul ni.. Ada blogger UMNO dah jumpa harta Ketua Umum Pakatan Rakyat di Amerika. Sampai ke Amerika mereka cuba jejak 'harta' Anwar Ibrahim ni.. Sekarang siap gambar lagi!! WOW!! Mewahnyaaaaaaaaaaaaa!!! Kalah Sri Perdana.. Oh Anwar Ibrahim, kenapa la ko beli rumah macam tu.. Kenapa x beli je rumah kat kazakhstan je? kan NFC ada kondo kat sana? kah kah kaaaaaaaaaaaaahh!!!




So dengan pendedahan dari PAPA GOMO insan paling bangsat di Malaysia ni, mereka ingat rakyat tertipu la.. Kah kah kaaaaaaaaaaah!!! Takpe.. kita lihat dulu apa pendedahan yang dia buat beberapa hari lepas...


Ambik dari sini: 


Fuh, boleh tahan la detail dia bagi.. Hebat betul, tapi dia x bagitau pulak dia pergi sana siasat ke, atau sape sape bagi ke.. malah xde pulak dia tunjuk sebarang bukti penama macam yang pernah pihak Pakatan rakyat tunjuk bukti penama kondo milik keluarga lembu..


Takpe, dunia ni kecik je.. PAPA GOMO tak perlu risau, aku dah jumpa lokasi umah tu... Lengkap la.. LU KANTOI BEB!!!


Dipetik dari: 


Agak agak la nak tipu pun.. tu la aku dah cakap masa ko fitnah cina Hong Kong dulu, KO TAK RETI BAHASA INGGERIS, BUAT CARA TAK RETI.. LAIN ORANG TU TULIS LAIN KO BACA.. kan dah terserlah kebangangan ko sebagai pencacai lembUMNO..


Kita tunggu FITNAH yang akan datang..
Kikikiiiiiii...




Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: