Era Pasca |
EDISI BELASAH: RAKYAT KENE LANYAK Posted: 04 Apr 2012 11:46 PM PDT Astagafirullah... Lihatlah kekejaman REGIM dibawah Najib yang takkan keluar di Buletin Tamak TB3suku, Utusex Meloya, Berita Haiwan dan mana mana media lembUMNO. Kejadian ini berlaku di sebuah tempat di Lahad Datu, Sabah. Gambar ini menunjukkan satu kejadian dimana seorang peneroka dipukul kerana menuntut semula tanah yang dirampas oleh FELDA. Kemungkinan juga kejadian ini berlaku disebabkan dari kehadiran wakil ANAK yang mendengar rintihan mereka baru-baru ini. Gambar kejadian dimana pihak polis menjalankan arahan BOS mereka. Sebuah catatan salah seorang mangsa kekejaman pihak berkuasa yang diambil dari facebooknya. Tuntut tanah yang di rampas FELDA, ini balasan nya diberikan oleh tentera Najib. Kekayaan didahulukan, kesengsaraan rakyat diutamakan. Lepas rampas tanah orang kampung, pegi pukul orang plak. Para sahabat2, tanah ni milik orng kampung, tapi FELDA ceroboh dan rampas dulu, 17000 ekar. Lepas tuntut balik, mahkamah keluarkan surat perintah dimana orng kampung boleh masuk ke tanah dorang balik. Tapi FELDA main kotor, hantar polisko (kuli-kulinya) pukul orang kampung. Semua polisko yng ada dlm gambar ni trmasuk 40 polisko lain yng ada di kawasan itu sedang menghadapi dakwaan di mahkamah.. Inilah kerja lembUMNO dulu kini dan selamanya.... Jadi sape zalim? Tepuk dada tanya selera. Pendatang Haram kat Sabah tu dianak emaskan, orang tempatan jugak yang korang belasah! *Kredit kepada: sahabatblogsabah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
Koleksi Flashback Himpunan Bersih 907. Posted: 04 Apr 2012 01:32 PM PDT Kehangatan BERSIH 3.0 semakin terasa, rakyat berbilang usia dan bangsa akan sama-sama menyuarakan tuntutan perubahan dalam sistem pilihanraya, mereka mendesak pilihanraya yang lebih adil dan bersih dijalankan. Banyak perkara pelik berlaku dalam senarai daftar pengundi, ada antaranya didapatai milik orang yang sama, juga banyak sekali nama yang diragui kesahihannya. jika mahu cerita anda sendiri sudah sedia maklum rasanya. Kerajaan hari ini memperkuda SPR untuk memanipulasi senarai pengundi, laksana sedang bermain video games, mereka menggunakan taktik tipu untuk terus menang dan berkuasa. Apakah itu satu pertarungan antara 2 gagasan politik yang adil?, apakah perlawanan itu berlangsung atas padang yang rata?. "tukanglawan" akan kongsikan bersama anda cerita-cerita menarik yang dilalui oleh peserta-peserta himpunan BERSHI 2.0 yang lalu, alami sendiri apa yang mereka alami, sebagai persediaan dan gambaran apa yang akan anda hadapi pada BERSIH 3.0 nanti. Ikuti cerita yang akan "tukanglawan" kongsikan setiap hari di blog "tukanglawan" Flashback 709 siri 1 Flashback 709 siri 2 Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan