Era Pasca |
- Jika tak sokong saya tidak mengapa.....tapi hentikan FITNAH
- Baju Berdemo sudah siap.
- EDISI PENCERAHAN: Hidup Mati Kerana UMNO
- Kereta DSAI di Samsengkan Pemuda di Kelantan Kelmarin
Jika tak sokong saya tidak mengapa.....tapi hentikan FITNAH Posted: 02 Apr 2012 01:00 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan membalas dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti. Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara. "Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam. Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka. Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk... menilai. "Saya di penjara enam tahun,................UNTUK CERITA SELANJUTNYA CER KLIK Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
Posted: 01 Apr 2012 11:07 PM PDT Pre Order: Sample A RM25 + 5 shipping Pilihan Warna Baju : Kuning dan Hitam :Hitam dan Kuning Sahaja Size: S,M,L,XL,XXL,XXXL(+RM3) Sleve: Short n Long *Perhatian kepada sesiapa yg telah berurusan! Acc FB ini telah disekat.. https://www.facebook.com/pencacai.semaleysiaII Untuk maklumat lanjut, sila email disini.. admin@pencacai-semalaysia.com PESANAN/PENTING : UNTUK PEMBELIAN 1- Kenal pasti code/sample baju A,B atau E yang anda pilih. 2- Buat pembayaran melalui akaun : (sila ke link untuk lihat semua sample A-E) -->rujuk [SINI] Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
EDISI PENCERAHAN: Hidup Mati Kerana UMNO Posted: 01 Apr 2012 11:04 PM PDT Baru baru ini heboh 1 Malaya kononnya 2 orang PAS terkene renjatan elektrik dan meninggal dunia ketika memasang bendera PAS di Tanah merah, Kelantan. Dengan sepantas kilat blogger blogger UMNO hangatkan isu ni dengan mengaitkan PAS. Aku pun duk menggaru kepala aku yang x gatal ni... Iye ke? Adakah UMNO di Kelantan dah PUPUS sama sekali? Beberapa blog seperti Sg Rapat Online, PAPAGOMO, Pisau.net, kedahkekl semua main isu ni. Waaaaaaaaaaaaahh!!! Tapi kelakarnya, mereka mengkantoikan diri sendiri... Lihatlah betapa bangangnya mereka ni.. Sebab apa? Sebab FAKTA mereka salah.. Itu bukan ahli PAS tetapi ahli UMNO!!! Semua itu FITNAH dan disahkan sendiri oleh blogger UMNO - Bicara Kelantan. Blogger ini mengeluarkan cerita yang sama tapi isi kandungan yang x sama. Malah secara terang terangan blogger ini menyebut ahli UMNO. Maka, mereka mereka yang menabur FITNAH ni pun terselahlah kemaluan mereka.. Malah, bila dirujuk pada fb Awang Adek, beliau juga mengesahkan kejadian itu melibatkan ahli UMNO. Maka kesimpulannya, siapa kaki FITNAH? Blogger UMNO-BN atau Blogger Pakatan Rakyat? Kalau dah takde modal, x payah la nak memfitnah. sampai kes orang mati pun korang nak mainkan! Pastu dah kantoi, cancel artikel. X gentle la bro... Wa tak nampak pun mana mana blogger UMNO yang duk canang cerita arwah ni orang PAS minta maaf.. Lu dah berak merata pastu lu buat bodo? Memang dasar blogger pemfitnah la lu orang ni! Sampai puak sendiri pun lu nak fitnah! Team Erapasca mengucapkan takziah pada keluarga allahyarham. Semoga Rohnya ditempatkan di sisi orang yang beriman. Al Fatihah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
Kereta DSAI di Samsengkan Pemuda di Kelantan Kelmarin Posted: 01 Apr 2012 03:49 AM PDT Tindakan sekumpulan anak muda dipercayai diupah melontar objek keras sehingga menyebabkan kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim kemik dianggap memalukan rakyat Kelantan. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, budaya tersebut mencemarkan imej rakyat negeri ini kerana perbuatan ala samseng sudah lama berlalu. Katanya, perbuatan seperti itu sudah ditinggalkan pada 1960-an selepas berkuburnya kumpulan Pemuda Tahan Lasak Umno yang menghalang kemaraan PAS ketika itu. "Biar pun ada pihak melakukan perbuatan yang tidak bertamadun tersebut, ia sama sekali tidak menghalang PKR meneruskan perjuangan bagi menegakkan kebenaran. "Malah kami terus bersemangat dan selepas ini Datuk Seri Anwar akan datang lagi membantu kempen sehingga pilihan raya umum ke-13 diadakan," katanya. Ketika berceramah pada program solat hajat di Padang Perdana malam kelmarin Anwar mendedahkan kereta dinaikinya dilontar objek keras ketika melewati Jalan Mahmood oleh sekumpulan pemuda. Abdul Aziz yang turut menaiki kereta sama memberitahu ketika sampai di hadapan Esso di simpang lampu isyarat tiba-tiba sekumpulan pemuda mengangkat kertas manila kad seperti mahu demontrasi. "Dalam sekitar 20 pemuda tiba-tiba meluru ke arah kereta dinaiki Anwar dan satu objek keras mengena kereta yang kami naiki. "Tak nampak pula apa yang ditulis pada kertas manila kad. Ketika itu kereta Datuk Seri berada yang kedua dalam konvoi dari Pengkalan Kubur dan dua lagi kereta rombongan di belakang. "Mungkin kumpulan samseng itu mendapat info Anwar sampai di kawasan itu kerana tiba-tiba mereka mengangkat sepanduk kertas," katanya yang juga angota parlimen Ketereh. Menurutnya juga kereta Mercedes dinaiki Anwar itu baru siap dibaiki selepas terkena objek keras dilontar pihak tertentu ketika menghadiri ceramah di Johor baru-baru ini. Kata beliau kejadian di Johor sudah dilaporkan kepada polis memandangkan ada anggota AMK yang cedera, namun belum ada tindakan diambil pihak keselamatan. "Sebab itulah kita belum lagi membuat laporan polis terhadap insiden yang berlaku di Kota Bharu malam 30 Mac lalu," katannya. Abdul Aziz juga berkata, pada program perjumpaan Ketua Umum PKR di Paloh Gua Musang pada hari sama, seramai 130 ahli dan penyokong Umno menyerah borang menyertai PKR. Sebelum itu Anwar merasmikan Bilik Gerakan PKR di Dun Nenggiri. Sebelah petang mengadakan perjumpaan dengan penduduk di tapak pasar borong Kuala Krai di Guchil. Kemudian mengadakan kuliah Maghrib di masjid tidak jauh rumah anggota parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan selepas itu menghadiri ceramah di Pantai Geting, Tumpat. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan