Isnin, 30 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video-PANAS] 30 Ribu ??? Hadiri Program PERKASA

Posted: 30 Apr 2012 08:53 AM PDT





P/s: Betulkah program dalam video ini milik PERKASA? Kalau betul, macam mana PERKASA nak TIBAI Anwar Ibrahim? 

Kah kah kah. 

Orang yang memuatnaikkan video ini telah melakukan dosa besar kepada PERKASA. 

Kah kah kah!

Saya tidak tulis 30 ribu orang, saya tulis 30 ribu ???....

Terpulanglah kepada anda nak ganti simbol ??? itu!

kah kah kah!


[Video-Menakjubkan] Global Bersih 3.0 di 70 Buah Bandar Raya di Seluruh Dunia

Posted: 30 Apr 2012 08:00 AM PDT






P/s: Salut BERSIH, Regim BN kecut!


Apa Kata Pemerhati Antarabangsa terhadap BERSIH 3.0, Media Perdana, SPR? dan

Posted: 30 Apr 2012 07:15 AM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Satu badan pemerhati antarabangsa yang  meninjau maklumat pilihan raya berkata perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu adalah aman sebelum polis menimbulkan provokasi.

Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, "Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi)."

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media perdana terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

"Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia," kata Xenophon.

Salah seorang daripada tujuh ahli bada tersebut MJ Akbar, editor India Times berkata para pendemo Bersih 3.0 adalah dalam keadaan berpesta.

"Mereka mempunyai banyak masa untuk melakukan keganasan jika mereka berniat sedemikian. Mereka dalam keadaan berpesta sehingga saat provokasi berlaku," kata Akbar.

Senator Pakistan Hasil Bizenjo pula berkata beliau terkejut pengangkutan awam dilumpuhkan di sekitar Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lepas.

"Di negara lain, pengangkutan disediakan untuk rakyat bagi menghadiri perhimpunan. Di sini, ada mereka yang memberitahu mereka terpaksa berjalan 20 km untuk menghadiri perhimpunan ini," kata Bizenjo.

Ahli-ahli lain dalam badan tersebut termasuk penulis Nasir Tamara daripada Indonesia, Clinton Fernandes daripada universiti New South Wales, Dean Amado Valdez daripada Filipina dan Juliane Schmucker daripada Jerman.

Mengimbas kembali satu perbualan dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Fernandes berkata: "Beliau (Adnan) menekankan kepentingan untuk mengelakkan ketegangan kaum. Beliau turut berkata penambah-baikan pilihanraya tidak penting kerana rakyat Malaysia tidak matang."

Fernandes turut memetik Tengku Adnan sebagai berkata, "Salah satu masalah di Indonesia ialah terlalu banyak kebebasan."

Sementara itu, Akbar berkata demokrasi memerlukan kebebasan daripada ketakutan dan kebebasan berhimpun.

"It adalah malang ada sebilangan suara yang mempercayai bahawa satu-satu negara yang memlaksanakan keharmonian tanpa demokrasi," kata beliau, sambil berkata Malaysia layak menerima demokrasi yang tulen.

Laporan awal turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap integriti 240,000 petugas pilihanraya dan kekurangan untuk satu pilihanraya yang bebas dan adil.

Sementara itu, Bizenjo berkata kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negara adalah ketara.

"SPR nampak kolot, ia kena berubah. Pakistan pun dah berubah ke sistem elektronik," beliau berkata.

Badan antarabangsa tersebut kata mereka adalah bebas walaupun dijemput ke negara oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tak peduli siapa yang menang. Kita bukan rakyat Malaysia," kata Fernandes.


[Video] Fitnah Arah Rempuh Halangan di Dataran Merdeka, Anwar Jawab

Posted: 30 Apr 2012 06:58 AM PDT


[HD] PETALING JAYA, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan mainan media Umno BN yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Beliau berkata, lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dan adil harus diutamakan dan semua pihak harus menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

"Semalam hari merdeka rakyat apabila 300,000 rakyat keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Semua orang datang dengan harapan untuk berhimpun di Dataran (Merdeka) jadi jangan masuk dalam mainan media Umno BN untuk alih isu sebenar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seterusnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi arahan kepada peserta himpunan agar merempuh kawat berduri yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka.

Beliau sebaliknya menjelaskan, arahan dikeluarkan agar peserta bergerak ke kanan iaitu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bukan ke Dataran Merdeka seperti yang ditulis dalam blog-blog pro Umno.

"Saya sebut dan merayu kepada peserta, tolong bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Tapi saya tidak menyalahkan peserta yang bergerak ke arah Dataran Merdeka kerana mereka datang bukan kerana Anwar, bukan kerana (Datuk S) Ambiga tapi kerana menuntut pilihan raya yang bersih dan mahu berhimpun secara aman di Dataran.

"Nak kata kita hilang kawalan, memang tidak benar," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Azmin pula menjelaskan, isyarat tangan kepada Anwar bukan bermaksud beliau mahu peserta merempuh Dataran Merdeka sebaliknya menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis.

"Saya bertemu dengan polis di hadapan halangan polis. Saya memberi isyarat kepada Anwar bahawa saya berbincang dengan polis dan bukannya menghasut penyokong untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka.

"Namun, seorang anggota polis memberitahu saya bahawa dia belum mendapat sebarang arahan. Selepas itu, saya arahkan semua penyokong supaya duduk dan bertenang," jelasnya.

Beliau juga mempersoal polis yang bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada semua peserta sedangkan tindakan boleh diambil ke atas sekumpulan yang didakwa merempuh penghadang.

"Kalau isu masuk ke Dataran satu kesalahan, kenapa sembur air kimia dan gas pemedih ata kepada semua orang?

"Ambil sahaja tindakan kepada mereka yang merempuh masuk itu," katanya.


P/s: Seperkara yang perlu kita ingat ialah dakwaan 2 ribu "anggota BERSIH 3.0" bergelang kuning seperti didedahkan oleh Zaharin di sini. Jika benar ada 2 ribu malaon yang menyamar sebagai peserta BERSIH, maka tidak mustahil malaon-malaon ini bertindak merempuh halangan tersebut untuk memprovokasi peserta BERSIH yang lain melakukan tindakan yang sama.

Siapa malaon ini?

Cuba tonton dan dengar suara Anwar Ibrahim di bawah ini:



Berkaitan:

Bahasa isyarat tanda saya berunding dengan polis, bukan suruh peserta rempuh Dataran – Azmin



[KD] KUALA LUMPUR 28 April: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, beliau ada berunding dengan polis yang berkawal supaya membuka laluan ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun polis berkenaan berkata, mereka tidak dapat membukanya kerana masih belum menerima arahan daripada pihak atasan.

"Polis meminta penyokong bertenang dan saya arahkan kepada mereka supaya duduk dan bertenang," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi.

Azmin menjelaskan, selepas itu beliau telah berkomunikasi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan bahasa isyarat menyatakan beliau telah berunding dengan polis.

"Keadaan pada masa itu terlalu sesak dan bising, susah untuk berkomunikasi. Saya menggunakan bahasa isyarat kepada Anwar menyatakan saya telah mengadakan rundingan dengan polis.

"Saya percaya ramai jurugambar mengambil gambar sewaktu saya berunding dengan polis. Saya tidak memberi apa-apa arahan kepada rakyat supaya merempuh penghadang (barricade),"
katanya.

Penjelasan itu sekali gus menafikan dakwaan media pro-Umno BN kononnya beliau berhubung melalui isyarat dengan Anwar untuk memecahkan sekatan kawat berduri polis di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Sebelum itu, Anwar telah memberikan isyarat (melalui tangan dan gerak mulut) kepadanya supaya berunding dengan polis bagi membenarkan orang ramai memasuki Dataran Merdeka.


Siapa Potong "Razor Wire" di Kawasan Dataran Merdeka (DBKL)? Cuba Perhatikan!

Posted: 30 Apr 2012 06:20 AM PDT



Pemotong kawat duri macam profesional

[HD] KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.

Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.

"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS.





P/s: Mengapa razor wire? Sila baca di sini.


[Video-Wajib Tonton] Puisi BERSIH 3.0

Posted: 30 Apr 2012 02:52 AM PDT





P/s: Salut!!!



[PANAS-Wajid Baca] Surat Khabar Pencacai KANTOI Menipu!!!

Posted: 30 Apr 2012 01:08 AM PDT

Kredit: FB Bumiputera Berjaya

P/s: Nak ulas apa lagi kalau sudah kantoi MENIPU!!!

[GAMBAR] Peserta BERSIH 3.0 Menyebabkan RESTORAN RUGI BESAR!!!

Posted: 30 Apr 2012 12:22 AM PDT



P/s: Kita berasa sangat pelik apabila LRT dan RapidKL mahu menyaman jawatankuasa BERSIH kerana mendakwa mengalami kerugian besar. Walhal kebanyakan peserta BERSIH 3.0 menaiki kenderaan awam ke KL. Kita cerita lanjut nanti. Saya ada pengalaman menarik menaiki komuter pada 28 April 2012. Tetapi sebelum itu, siapa tuan punya RapidKL dan LRT? Siapa arahkan LRT tutup stesennya? Kah kah kah! -DCM




[PANAS] Pengalaman Marina Mahathir di BERSIH 3.0, Apa yang Membuatkan Beliau Menulis "This makes me sad"?

Posted: 29 Apr 2012 11:00 PM PDT

Kredit: RantingbyMM

I got to the front of the barrier where someone had put up a sign that said 'Welcome to Tel Aviv'. It felt very accurate. The police recognised me and nodded. I asked them, "What is this?" pointing at the razor wire, which has blades on them which can seriously cut you if you get hurled on to them (see close-up pic above). The senior cop there shrugged and gave a wan smile. "This makes me sad," I said to him. Again he shrugged. -MM

Baca coretan penuh pengalaman anak perempuan Che Det di sini. - DCM

[Video-Wajib Tonton] Bukti Polis SELAMAT di Tengah-tengah Lautan Peserta BERSIH 3.0!!

Posted: 29 Apr 2012 08:55 PM PDT


Kredit Video: Ajijoi

Video ini dengan jelas memaparkan sikap peserta BERSIH 3.0 terhadap pihak polis. Video ini juga membuktikan perhimpunan BERSIH 3.0 bukanlah perhimpunan yang mahu menghuru-harakan negara atau bersifat ganas seperti ditohmah oleh media pencacai. Jika benar peserta BERSIH 3.0 ganas, anda sudah tentu dapat mengagak perkara buruk yang bakal berlaku kepada lori polis tersebut.

Yang menariknya, kehadiran lori polis itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh peserta BERSIH 3.0 yang datang berkumpul semata-mata menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Peserta BERSIH 3.0 yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menyorak slogan "BERSIH" dan menyanyikan lagu Negaraku.


Apa lagi yang mahu difitnah oleh UMNO dan media pencacai?

Jika begitu, siapa yang individu/kumpulan yang melakukan provokasi dan keganasan? Mungkin kebenarannya ada di sini?

Siapa mereka?
Gambar ini dijadikan modal jurublog pencacai untuk memfitnah BERSIH dan Pakatan Rakyat. Siapa malaon ini? Adakah dia termasuk dalam kumpulan 2 ribu itu?


Siapa maloan ini?

[Video-PANAS] Pelancong Asing Kena Belasah, Imej Negara Tercemar Teruk

Posted: 29 Apr 2012 07:46 PM PDT


Banyak sangat bukti  "keramahan" pihak berkuasa semasa BERSIH 3.0. Video terbaru yang saya tonton memaparkan imej polis memukul mat salih yang dipercayai pelancong asing. Apa salah pelancong asing ini? Adakah pelancong asing itu pengintip Israel sehingga sewenang-wenangnya dipukul? 

Cuba bayangkan perkara yang bakal diceritakan oleh pelancong asing ini kepada keluarga dan rakan-rakannya apabila pulang ke negara asalnya nanti? Pengalaman dibelasah polis ketika perhimpunan aman BERSIH 3.0?


[Video] Astro TAPIS Berita BERSIH 3.0 daripada BBC World News?

Posted: 29 Apr 2012 06:02 PM PDT


Kalau benar, satu lagi tindakan bodoh kerajaan yang menganggap rakyat terutama di bandar mudah diperdaya dengan taktik murahan ini.

 

Tiada ulasan: