Isnin, 30 April 2012

Biaqpila

Biaqpila


SERIOUS BEB...5 JUTA RUPIA ORANG HADIR DI MAJLIS PERKASA

Posted: 30 Apr 2012 08:55 AM PDT



Oleh: ABU

PANAS!!! penyokong gerombolan (Umno) buat perhimpunan balas!!...dilaporkan, hampir 200,000 peserta perhimpunan halalan thoyiba PERKASA+Umno di Padang Kelab Sulaiman Kuala Lumpur pada 29-04-2012 lalu, berbanding perhimpunan BERSIH 3.0 yg didakwa media umno setakat 30 ribu orang sahaja!!!..woowwwww...=D



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PANAS!!! ALAT PENYEKAT TALIAN TELEFON BIMBIT DIGUNA KETIKA BERSIH 3.0 ?

Posted: 30 Apr 2012 08:44 AM PDT



Sesiapa yang berada di lokasi perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April kemarin pasti mengalami kesukaran untuk menggunakan talian telefon bimbit termasuk broadband selama beberapa jam iaitu dari pukul 1 tengahari hingga 5 petang.Kemungkinan talian sesak akibat terlalu ramai pengguna memang tidak dapat dinafikan tetapi adakah selekeh itu sistem telekomunikasi di ibukota? Lagi pula ibukota memang mempunyai berpuluh-puluh rbs (radio base station) dari berbagai syarikat telekomunikasi. Biru,hijau,kuning,merah semuanya ada.Mana mungkin berlaku kesesakan?

Satu lagi kemungkinan yang tidak boleh diperlekehkan ialah penggunaan alat frequency jammer bagi menghalang isyarat selular.Tujuannya ialah untuk menghalang komunikasi antara orang ramai.

Untuk pengetahuan anda,jammers telefon bimbit adalah satu alat yang digunakan untuk mencegah telefon bimbit daripada menerima isyarat daripada stesen pangkalan(base stations.Jammers telefon bimbit menyekat penggunaan telefon bimbit dengan menghantar gelombang radio yang berfrekuensi sama dengan yang digunakan oleh telefon selular. Apabila digunakan,jammers berkesan melumpuhkan telefon bimbit.Alat ini diharamkan untuk penggunaan biasa oleh beberapa negara di dunia.Biaqpila kat depa kalau betul nak buat naya kat orang,terimalah balasan nanti.

Jika benar apa yang disangkakan ini memang terdesak sangatlah kerajaan UMNO BN yang memperkudakan semua kuda-kudanya mengawal Dataran Merdeka dari dimasuki peserta BERSIH 3.0.Hinggakan talian telefon bimbit pun nak disekat.Apa kejadahnya?

Dataran sanggup dibiarkan kosong ketika rakyat bermandi darah,bersabun gas pemedih mata dan berubat gigikan garam.-biaqpila.blogspot.com

Sila lihat pada gambar-gambar di bawah,kenderaan ini kelihatan berada di beberapa lokasi kawasan perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.Jika hendak dikatakan syarikat telekomunikasi ingin menambah kapasiti talian memang tak masuk akal kerana talian memang tidak dapat digunakan ketika perhimpunan,malah tiada lambang syarikat pada kenderaan tersebut.Lagipun mana logiknya syarikat telekomunikasi menyokong perhimpunan ini?




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

EDISI PECAH LOBANG SB

Posted: 29 Apr 2012 05:00 PM PDT



POLIS MERUSUH- provokasi polis kantoi,,, beliau memakai getah kuning, penanda bg setiap Polis berpakaian preman (SB):



Kebenaran pasti akan datang......Hang pa pikiaq la sendiri....Selanjutnya di sini.

naimnikmat

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: