Khamis, 19 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video&Gambar] Samseng Dayus Serang Pelajar Lelaki & Perempuan di Negara Paling Selamat

Posted: 19 Apr 2012 07:39 AM PDT


[KD] KUALA LUMPUR: Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi.

Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.



Mahasiswa dan orang ramai berkumpul menceritakan detik-detik cemas, namun semangat mereka tidak luntur.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

"Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar," kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini.

Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.

Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan.

Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan 'bimbang keselamatan mereka terancam'.



Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.

"Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk," katanya.

Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng.

"Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat," katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor.

Kebiadapan samseng tidak mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkhemah sehingga 28 April ini

Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan.

Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ.




Identiti penyerang seperti yang dibongkarkan sesetengah pihak:
 


Malaon ini pakai baju yang sama ketika mengganas di Dataran Merdeka.



Sumber gambar: Pelbagai


P/s: Sudah banyak kali samseng UMNO ini mengganas, tiada apa-apa tindakan pun diambil.




GILA...Lelaki OKU Mengaku LIWAT Bapa Saudara dan 2 Adiknya Sehingga Menangis...GILA

Posted: 19 Apr 2012 06:06 AM PDT


[BERNAMA] KLANG - Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat bapa saudaranya yang juga seorang OKU serta dua adik kandungnya berusia lapan dan 10 tahun, bulan lepas.

Hakim Siti Noraida Sulaiman memerintahkan tertuduh yang berusia 22 tahun menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 5 April lepas.

Lelaki itu, yang berasal dari Sekinchan, Sabak Bernam didakwa meliwat bapa saudaranya yang berumur 41 tahun serta dua adik kandungnya yang berusia lapan dan 10 tahun di bilik hadapan sebuah rumah di Sekinchan, antara 10.30 malam dan 11.30 malam pada 23 Mac lepas.

Tertuduh, yang bekerja sendiri dan tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang merupakan seorang yang lembam telah memanggil bapa saudaranya masuk ke dalam bilik itu di mana kedua-dua adik lelakinya turut berada di dalam bilik sama.

Tertuduh kemudian meliwat kedua-dua adiknya sehingga mereka menangis sambil disaksikan bapa saudaranya.

Tertuduh kemudian meminta bapa saudaranya untuk membuka seluar dan baju serta meniarap sebelum bertindak meliwatnya di hadapan kedua-dua adiknya pula.

Tertuduh turut berpesan kepada mereka supaya tidak memberitahu ibunya mengenai kejadian itu.

Kedua-dua adiknya kemudian mengadu kepada ibu mereka mengenai perbuatan tertuduh dan ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menjalani pemeriksaan.

Ekoran itu, tertuduh ditangkap pada 5 April lepas dan siasatan mendapati dia adalah seorang OKU yang telah disahkan oleh pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azilah Mat yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan tertuduh sangat serius kerana ketiga-tiga mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

"Tertuduh sepatutnya menjaga kebajikan ketiga-tiga mangsa memandangkan dua mangsa adalah adiknya manakala bapa saudaranya adalah seorang lembam," katanya.



Susulan Kes Gadis Dirogol Di Depan Adik dan Sepupu. Kereta Suspek dan Barang Mangsa Ditemukan

Posted: 19 Apr 2012 03:54 AM PDT

[SH] PETALING JAYA – Penjenayah yang terlibat dalam kes rogol dan dan samun di Damansara Damai minggu lalu dipercayai terlibat dalam kemalangan di Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, penemuan sebuah kereta Proton Saga yang ditinggalkan kerana rosak akibat kemalangan di daerah itu minggu lalu menemui barang milik mangsa yang dilarikan.

"Polis telah memanggil mangsa untuk mengenal pasti barang miliknya yang dilarikan suspek dan hasil pengecaman ke semua barangan itu adalah milik mangsa," katanya.

Menurutnya, polis sedang menjejaki suspek yang dipercayai masih berada di negeri ini.

Dalam kejadian minggu lalu, mangsa berusia 20-an bukan sahaja disamun malah dirogol oleh suspek yang memecah masuk apartmennya kira-kira jam 4 pagi.

Suspek yang bersenjatakan parang turut memakai topeng dan kejadian turut disaksikan adik dan sepupu mangsa.


Berita terdahulu di sini.




BERSIH 3.0 Serentak di 41 Banda Raya di 14 Buah Negara

Posted: 19 Apr 2012 12:17 AM PDT


[MC] Global Bersih, sayap antarangsa bagi gerakan rakyat Malaysia untuk pilihanraya adil dan bebas, akan mengadakan rali secara serentak di 41 bandaraya di 14 negara seluruh dunia pada 28 April ini.

"Kerajaan Malaysia harus faham bahawa gerakan Bersih tidak akan berhenti sehingga demokrasi yang bermakna dan berterusan dan perubahan pilihanraya terlaksana," Yolanda Augustin, wakil Global Bersih di Britain berkata dalam satu kenyataan.

Satu kumpulan pendesak, Bersih pertama kali mengadakan rali pada tahun 2007, selepas gagal mendapatkan persetujuan kerajaan Umno –BN pimpinan PM Najib Razak untuk merubah sistem pilihanraya. Proses mengundi rakyat Malaysia dikenali penuh unsur-unsur tidak sihat dimana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pihak polis dan lain-lain pihak berkuasa sejak dulu lagu didakwa bersekongkol untuk membantu kemenangan Umno-BN.

Pengundi hantu, kerakyatan sebagai pertukaran untuk undi, nama yang berulang dan daftar pemilih yang mana SPR enggan membenarkan di periksa secara bebas memaksa Bersih mengumumkan rali ketiganya pada 28 April ini.

Di seluruh negara, rali serentak akan di adakan di semua negeri, manakala di Kuala Lumpur, rakyat bersemangat untuk berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan semangat perpaduan dan rasa tidak ppuas hati terhadap pemerintahan Najib.

Talam dua muka

Malah, Najib bukan sahaja cuba mengelak dari permintaan rakyat untuk perubahan proses pengundian, beliau juga memperkenalkan beberapa undang-undang baru yang beliau dan kerajaan kononnya mendakwa akan memberikan lebih hak asasi dan demokrasi kepada rakyat.

Bagaimanapun, masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, malah NGO terkemuka dunia membidas cakap-cakap talam dua muka dari Umno-BN, dan mendakwa Najib cuba mengurangkan kawalan malah memberi lebih kuasa kepada kerajaan dan pihak polis dari sebelumnya.

Masalah lama sejak berdekad yang lalu, rasuah sudah semakin berkembang dan di biarkan saja malah parti Najib secara terbuka mempertahankan pemimpin yang tertangkap menggunakan dana negara.

Kenaikan harga barang, kos sara hidup dan harga hartanah merupakan antara keluhan rakyat Malaysia, dan beberapa siri melepaskan tanggungan untuk ahli perniagaan kroni yang berkait dengan Umno BN. Pendekata, Bersih 3.0 ada atau tidak, rakyat sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan kerajaan.

"Penggerak Bersih 3.0 ialah kuasa rakyat yang berganda di dalam dan juga luar negara, yang mendesak untuk pilihanraya yang bebas dan adil, berpaksikan demokrasi, bebas dari rasuah dan sistem pemilihan yang telus," kata Global Bersih.

Pada 28 April 2012, rakyat Malaysia berani yang ke Datran Merdeka harus sedar mereka tidak sendirian, rakyat Malaysia di England, Eropah, seluruh Asia, US, Canada,Timur Tengah, dimana saja, berdiri bersama mereka dalam semangat dan demi satu tujuan dimana Kuala Lumpur telah menyatukan kita.

Rali akan di adakan di Washington DC, New York, Tokyo, Beijing, Toronto, Paris, London, Seoul, Dubai, Zurich dan seluruh ibunegeri di Australia.

Rali bersejarah

Bersih mengumumkan rali ketiga mereka pada 4 April selepas Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dikuasai penggubal undang-undang Umno BN menolak cadangan perubahan yang di kemukakan oleh jawatankuasa Bersih, yang jika di kemukakan sudah cukup untuk melindungi pengundi.

Pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara A.Samad Ismail menuduh Najib cuba mempercepatkan kajian semula parlimen 'kosmetik' supaya pilihanraya dapat dijalankan sebelum perubahan sewajarnya boleh dilaksanakan

Perubahan pilihanraya akan membawa risiko besar kepada peluang Umno BN dalam pilihanryaa ke 13 akan datang, yang diramalkan berlangusng pada pertengahan Jun. Umno-BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan sepanjang masa itu, mempunyai kuasa mutlak dan terus menjalankan operasi manipulasi dan mengikut undang-undang yang sesuai dengan hajat mereka.

Tahun 2011, Bersih mengadakan rali kedua pada 9 Julai, dihadiri oleh lebih 50,000 orang. Mengambil contoh apa yang berlaku di negara Arab pada musim luruh,sumber kebimbangan dan amaran kepada kuasa autoritarian Umno BN di sini, Najib segera melancarkan gerakan tangkapan untuk mengekang rasa kecewa dan tidakpuas hati rakyat Malaysia.

Walaupun ada operasi tangkapan yang menyaksikan lebih seribu orang ditahan, pengharaman Bersih 2.0 dan pengharaman memakai t shirt kuning, Najib gagal menjatuhkan semangat rakyat negara ini.

Kejayaan Bersih 2.0 akan terus tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai satu acara bersejarah. Ia menunjukkan permintaan rakyat untuk perubahan dan pembaikan adalah serius. Rakyat tidak lagi hanya bersungut. Mereka mahu tindakan sebenar diambil dan mereka bersedia bertindak untuk memastikan nya.

Kepimpinan masyarakat sivil

Jelasnya,Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Bersih, kerana perubahan pilihanraya sudah tentu membuka lebih peluang kepada mereka. Tetapi jangan silap, Bersih ialah gerakan masyarakat sivil dan di pimpin aktivis, dan membuat keputusan mereka secara bebas.

Malah, berani menyuarakan pendapat dan mengarahkan hala tuju dalam tangan mereka merupakan de riguer bagi rakyat Malaysia, manakala contoh2 generasi lepas yang hanya patuh dan atakut untuk bersuara hanya di kesali tapi tidak lagi di contohi.

Ini jelas bila di lihat dari cara rakyat menolak pati-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC dalan pilihanraya umum 2008 dimana Anwar dan Pakatan mendapat kuasa di 5 dari 13 negeri. Malah Umno,parti perbesar negara ini, merekodkan keputusan kurang memuaskan.

"Para pelajar tidak perlu takut untuk menunjukkan sokongan bagi pilihanraya bebas dan adi, kerana ia akan memberi perubahan besar kepada keluarga mereka di negara kita," kata David Teoh,penyelarasn Global Bersih di Melbourne.

Demokrasi berkualiti dan kerajaan yang lebih baik

Malah pada 28 April, satu lagi gerakan rakyat, Himpunan Hijau 3.0 yang memprotes pembinaan loji rawatan sisa bumi di Gebeng, Pahang akan juga di adakan di Kuala Lumpur. Dipimpin oleh pencinta alam yang prihatin tentang risiko radioaktif dan kesannya kepada kesihatan akibat loji Lynas, Himpunan Hijau ialah satu lagi gerakan rakyat yang popular.

Perlu diberi perhatian, satu protes pelajar sedang berlangsung di Dataran Merdeka, para pelajar kolej dan universiti dari seluruh negara membina khemah, enggan beredar walau di halang keras oleh pihak berkuasa yang cuba menggagalkan demonstrasi mereka untuk pengajian tinggi percuma.

Pada mulanya, protes itu ialah untuk menentang skim pinjaman pelajar yang didakwa membawa perubahan dan membuat mereka menanggung hutang dari saat mereka mula bekerja. Tidak ada perhatian wajar dan sikap sambil lewa BN dalam menangani keluhan dan desakan untuk dikaji semula oleh badan-badan pelajar dan persatuan menjadikan isu ini satu lagi bom jangka politik untuk kerajaan Najib.

Yang tersirat di sebalik protes pelajar ini ialah satu lagi tanda desakan semakin tinggi untuk demokrasi berkualiti dan pemerintahan lebih baik di negara ini. Seperti Bersih, Himpunan Hijau dan lain lain kebangkitan di mana rakyat terpaksa bertindak kerana sikap tidak acuh dan terlalu berkeras kerajaan.

[Peringatan] Budak Tahan Sakit Jari Tersepit pada Mesin Permainan

Posted: 18 Apr 2012 09:10 PM PDT


SAKIT...Huzaini (kiri) dan Rosnita melihat kecederaan tangan anak mereka.





[HM] KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hanya mampu menangis dan menahan sakit selama setengah jam selepas tangan kanannya tersepit di dalam mesin permainan di sebuah kedai runcit di Kedai Mulong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Mohd Asyraf Mohd Huzaini dari Kampung Batu Lapan, Kadok, dekat sini, yang berkunjung ke kedai runcit itu bersama bapanya, Huzaini Yahya, 32, pada mulanya memasukkan syiling ke dalam sebuah mesin permainan, tetapi barang permainan tidak keluar menyebabkan dia memasukkan tangan kanannya di lubang mesin permainan itu.

Bagaimanapun, cubaannya mengeluarkan semula tangan gagal sehingga terpaksa ditenangkan ibunya, Rosnita Wahab, 28, dan dibantu anggota bomba.

Huzaini berkata, dia terkejut mendengar anaknya menangis ketika berada di kaunter pembayaran.

Katanya, sebelum kejadian, dia memberikan anaknya syiling 50 sen selepas diminta kanak-kanak itu.



P/s: Mesin seumpama ini boleh didapati di mana-mana kedai runcit atau pasar raya mini, mahupun pasar raya besar. Berdasarkan kejadian yang berlaku, sila ambil pengajaran!

Wanita Dakwa Diseksa Kekasih Warga Nigeria

Posted: 18 Apr 2012 07:19 PM PDT



[HM] SUBANG JAYA: Hanya kerana silap memasukkan kad mesin juruwang automatik (ATM) sehingga kad itu disekat, seorang wanita mendakwa diseksa teman lelakinya yang berasal dari Nigeria selama lebih 24 jam di sebuah kondominium di USJ 1, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Isnin lalu, mangsa yang juga pelajar kolej swasta berusia 25 tahun mendakwa kepalanya dihantuk ke dinding, badannya dihempas ke sinki dan mukanya dicucuh dengan rokok oleh teman lelakinya yang berusia 26 tahun.

Sumber berkata, kejadian berlaku sejurus mangsa pulang dari tempat kerja sambilannya apabila dia tiba-tiba diserang suspek yang menunggunya di dalam rumah.

Menurutnya, pada mulanya mangsa dipukul menggunakan botol plastik sebelum kepala wanita malang itu dihantuk ke dinding beberapa kali.

"Selepas puas menghantukkan kepala mangsa, suspek kemudian mengangkat wanita terbabit sebelum menghempasnya ke atas sinki bilik air dan perbuatan kejam itu berterusan sehingga kira-kira tiga jam.


P/s: Cari penyakit...terima sajalah!

 

Tiada ulasan: