Khamis, 19 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Demo khemah' di Terengganu pula

Posted: 19 Apr 2012 06:01 AM PDT

 
 
Sekumpulan mahasiswa dan NGO tempatan hari ini mengadakan perhimpunan membantah keputusan kerajaan Terengganu menarik balik pinjaman kepada mahasiswa tajaan negeri itu yang kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEPerhimpunan yang disertai aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) itu bertujuan menuntut supaya pinjaman pelajaran diberikan semula kepada mahasiswa terbabit.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang tadi di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu yang menempatkan pejabat kerajaan negeri.

NONEMenurut jurucakap GEMPUR, selain kira-kira 100 orang mahasiswa dan aktivis, bapa kepada seorang 'mangsa' terbabit juga turut hadir bagi mendesak Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menunaikan tuntutan mereka.

Pada 18 Mac lalu Ahmad dilapor berkata kerajaan Terengganu menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri itu selepas didapati terlibat dalam perhimpunan BERSIH di ibu negara tahun lalu.

Jurucakap GEMPUR bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, jumlah sebenar yang ditahan biasiswa oleh kerajaan negeri bukan enam, tetapi sembilan orang kesemuanya.

NONEDalam perhimpunan itu, mereka turut membawa kain rentang mendesak kerajaan negeri membatalkan tindakannya.

Jurucakap itu yang juga seorang pemimpin mahasiswa di negeri Terengganu turut mengambil kesempatan mengadakan sesi penjelasan berhubung isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma.

Malah, mereka juga meninggalkan sebuah khemah di depan Wisma Darul Iman sebagai simbolik sokongan kepada kumpulan mahasiswa yang kini sedang berkhemah di Dataran Merdeka supaya tuntutan mereka didengar.

Laman web BERSIH diserang DdoS

Posted: 19 Apr 2012 05:59 AM PDT

MALAYSIA KINI
Gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH mendakwa laman webnya diserang denial-of-service (DdoS) selama 13 jam kelmarin.

'Serangan' itu dikatakan berlaku daripada jam 2 petang pada 17 April hingga jam 3 pagi hari berikutnya. Ia menyebabkan masalah akses bermula 2 petang pada 18 April (semalam).

NONE
"Serangan itu menyebabkan beban kita-kira sejuta permintaan setiap jam, iaitu lebih 100 kali daripada trakfik portal berita seperti Malaysia Today," kata BERSIH.

Menurut carta yang dibekalkan bersama kenyataan akhbar, trafik memuncak kepada 90 mega bit setiap saat, jauh melebihi pada masa biasa kira-kira satu atau dua mega bait setiap saat.

BERSIH percaya serangan itu sebagai langkah untuk mendiamkan mereka daripada menaikkan kesedaran berkaitan reformasi sistem pilihan raya melalui perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Lahir di Malaysia tapi tak dapat warganegara

Posted: 19 Apr 2012 05:57 AM PDT

Muhammad Faizal,
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan pihak kerajaan perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam mempertimbangkan kembali pemberian status kewarganegaraan kepada mereka yang telah lama menetap di negara ini termasuk mereka yang dilahirkan di Malaysia.

Beliau yang ditemui di hadapan pintu masuk Parlimen ketika demonstrasi masyarakat India di negara ini yang menuntut taraf warganegara itu turut menegaskan agar kerajaan perlu mengutamakan mereka yang betul-betul berhak mendapat taraf warganegara untuk diberikan kad pengenalan biru bukannya memberi taraf warganegara hanya tujuan untuk mendapat undi pada pilihanraya nanti.

"Perkara ini perlu diambil tanggungjawab sepenuh oleh kerajaan, malah hak warganegara kepada mereka perlu diberikan memandangkan mereka telah lama menetap di negara ini sudah lama.

"Kita tidak mahu kerajaan memberi taraf kewarganegaraan hanya untuk kepentingan politik mereka seperti mendapat undi pada pilihanraya nanti tetapi mereka yang benar-benar sah mendapat status kewarganegaraan dinafikan," katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihan raya PAS.

Tambahnya lagi, pendedahan yang dilakukan sebelum ini membuktikan bahawa terdapat usaha pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang-pendatang asing dalam usaha menyelamat kedudukan pemimpin kerajaan pada pilihanraya nanti.

Sedangkan apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa mereka yang hadir telah dianiayai, malah turut dinafikan hak mereka untuk mengundi pada pilihanraya nanti.

"Kebanyakan mereka yang ada hari ini telah menetap di Malaysia melebihi 50 tahun tetapi belum mendapat taraf warganegara serta memegang kad pengenalan merah.

"Itu belum kita ketahui anak-anak mereka yang dilahirkan di negara ini, adakah mempunyai taraf warganegara ataupun sebaliknya," sambung beliau lagi.

Dr. Mohd Hatta turut menyatakan apa yang berlaku hari ini merupakan satu tamparan kepada sistem yang ada di negara ini terutama dalam proses memberi taraf warganegara.

"Sistem yang perlu diperbaiki dan lemah dan kita lihat mereka yang telah tinggal di negara ini lebih 50 tahun tidak diberi kerakyatan tetapi warga Indonesia mahupun lain-lain yang menetap sekitar 10 hingga 15 tahun begitu senang mendapat taraf warganegara.

"Kita mahu satu badan khas dibentuk untuk meneliti kembali permohonan mereka agar mereka turut berhak mendapat hak keistimewaan sepertimana yang di miliki oleh rakyat lain," jelas beliau lagi.

Sementara itu, lebih kurang 100 masyarakat kaum India berhimpun di hadapan pintu masuk parlimen bagi menuntut hak mereka agar diberikan status kewarganegaraan.

Kebanyakan mereka telah menetap di negara ini melebih 50 tahun tetapi sehingga sekarang masih memegang kad pengenalan merah.

Kelantan sedia RM10,000 waris mangsa bunuh

Posted: 19 Apr 2012 05:53 AM PDT

Rizal Tahir,


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bakal menjadi negeri pertama menyediakan bantuan khas sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang dibunuh setelah tertuduh diberi pengampunan Sultan Kelantan kerana mempunyai masalah mental.

Tindakan itu diputuskan dalam mesyuarat exco semalam selepas ianya dicadangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'sagu hati kesedihan'.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan terhadap kes bunuh yang melibatkan kes suspek kurang siuman setelah disahkan oleh doktor.

"Selepas pengampunan Sultan Kelantan, suspek itu bebas malah keluarga simati sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi terhadap suspek terbabit, apa lagi untuk mengemukakan saman kerana dia sudah tidak siuman," ujarnya.

Beliau seterusnya memberitahu, melalui keputusan itu, rakyat luar Kelantan walaupun tinggal di negeri ini dan kebetulan berlaku sedemikian, juga layak menerima.

Katanya lagi, kertas kerja berhubung perkara itu akan dilaksanakan segera bagaimanapun ianya perlu mendapat kelulusan dalam mesyuarat exco terlebih dahulu.

"Bersama saya yang bakal menjalankan tanggungjawab itu, anggota exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan," ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan negeri memandang berat masaalah yang ditanggung keluarga mangsa sedangkan untuk mendakwa tertuduh tidak boleh dilakukan.

"Jadi sebagai tanda kebajikan, tanggungjawab sekurang-kurangnya sebagai ganjaran kerajaan negeri bersedia memberi bantuan kepada keluarga mangsa yang terdekat," ujarnya.

Fail rahsia UK berhubung Batang Kali 'hilang'

Posted: 19 Apr 2012 05:46 AM PDT


MALAYSIA KINI

Britain mengeluarkan ribuan fail sulit sepanjang era penjajahan semalam, tetapi petugas arkib mendapati dokumen berkaitan dakwaan pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 hilang.

Kertas sulit - yang kewujudannya hanya terdedah tahun lepas - berkaitan zaman pascapenjajahan Britain termasuk darurat di Malaya dan kebangkitan Mau Mau di Kenya pada 1950-an dan 1960-an, lapor AFP.

NONEAgensi berita antarabangsa itu juga melaporkan, dokumen itu termasuk amaran bapa Barrack Obama terhadap sentimen "anti-putih" di kalangan orang Kenya yang menuntut di Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa British membawa balik dokumen itu ke London ketika negara-negara itu merdeka dan kertas itu menunjukkan mereka merancang untuk membakar sebahagian daripadanya.

Pejabat Luar hanya mengakui mempunyai arkib itu pada Januari 2011 apabila empat warga Kenya menyaman kerajaan British atas dakwaan menyalahgunakan kuasa di kem tawanan.

Pihak yang bersimpati pihak yang terselamat - melibatkan pembunuhan 24 penoreh getah tidak bersenjata oleh tentera British - masih membangkitkan perkara itu.

Selain memfailkan saman untuk memaksa kerajaan British menjalan inkuiri, mereka juga mengadakan perhimpunan mengutuk perkara itu ketika Perdana Menteri British melawat Malaysia baru-baru ini.

API serah memorandum kepada Agong Selasa ini

Posted: 19 Apr 2012 05:44 AM PDT



 

Hazayani Zakaria,  


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) akan menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu pemberian kerakyatan kepada warga asing pada 24 April ini.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, senarai nama warga asing termasuk dari Myanmar, Filipina, Indonesia dan Kemboja akan turut disertakan dalam memorandum tersebut.

"24 April ini saya akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja melalui Penyimpan Besar Mohor Raja-raja menuntut Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing.

"Saya akan bekalkan sebahagian daripada nama-nama warga asing dari negara mana termasuk dari Sri Lanka, Filipina, Kemboja, Indonesia yang didapati daripada pasukan kerja kami," kata beliau kepada Harakahdaily.

Minggu lalu, PAS menubuhkan API bagi menangani isu pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka menjadi pengundi pada Pilihan raya Umum ke-13.

API telah  menyaring maklumat peribadi warga asing yang diberikan Mykad itu, yang didakwa beroperasi di Jabatan Perdana Menteri.

API turut dianggotai ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Exco Pemuda PAS, Suhaizan Kayat dan Adram Musa serta peguam Zul Hazmi Shariff serta beberapa peguam lain.

Budaya samseng seolah-olah dibenarkan

Posted: 19 Apr 2012 05:42 AM PDT

Hazayani Zakaria,


 KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengecam tindakan sekumpulan samseng menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka awal pagi tadi yang disifatkan sebagai biadab.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat perbezaan pendapat yang ketara, budaya samseng tidak boleh diamalkan.

"Saya dan teman-teman mengutuk keras tindakan biadab gerombolan penjahat yang menyerbu dan menyerang anak-anak kita di Dataran Merdeka.

"Saya ingin mengingatkan beberapa perkakas mereka yang seolah-olah menyokong tindakan ini. Kita boleh bebeza pendapat, kita boleh menganggap anak-anak itu bersalah, kita mungkin tidak bersetuju keras dengan mereka tapi ingat, jangan guna kuasa rakus mereka untuk memukul anak-anak.

"Siapa yang beri hak kepada mereka? Apakah samseng boleh mengatasi undang-undang?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mempersoal sikap berdiam diri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein walaupun sudah beberapa kali kejadian sedemikian berlaku.

"Ini bukan kali pertama. Ketika saya diserang cermin kereta dipecahkan, Nurul Izzah diserang dan sebelum ini di Lembah Pantai Adam Adli diserang.

"Apa negara ini (menerima) budaya samseng? Apa Datuk Najib tidak rasa bertanggungjawab sedikit? Bukankah dia seorang ayah? Apakah Menteri Dalam Negeri lepas tangan begitu sahaja? soalnya.

Justeru beliau meminta semua pihak menerima perbezaan pendapat tanpa menggunakan kekerasan.

"Apa kata kalau seorang penyokong Umno diserang begitu, terus jadi isu besar. Ini bukan soal politik. Ini soal jenayah.

"Kita harus belajar berbeza pendapat dan harus menghormati hak masing-masing," katanya yang juga Ketua Pembangkang.

Kira-kira jam 2.30 pagi tadi, sekumpulan lebih kurang 40 samseng berpakaian serba hitam menyerang perkhemahan mereka dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

Saran siswa 'jangan tagih simpati', menteri dikecam

Posted: 19 Apr 2012 05:40 AM PDT


MALAYSIA KINI
Reaksi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung insiden serangan ke atas sekumpulan siswa di Dataran Merdeka hari ini menerima kecaman daripada pemimpin pelajar terbabit.

Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dalam satu sidang media berkata, Mohamed Khaled tidak sepatutnya bertindak "angkuh" dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Mohd Syahid berkata, Mohamed Khaled sepatutnya mendengar keluhan pelajar berkenaan dan bukannya melayan mereka seperti anak kecil.

Menteri tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu, kata Mohd Syahid lagi dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Mohamed Khaled dalam reaksinya ke atas insiden tersebut menulis di Twitter: "Tiada siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa-apa perkara, jangan tagih simpati."

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami ekoran serangan pada awal pagi ini.

Tiada duit S'gor untuk kempen Pakatan

Posted: 19 Apr 2012 05:31 AM PDT

 
Kerajaan Selangor menafikan rancangannya mengadakan pilihan raya negeri tidak serentak dengan Pusat bertujuan untuk menggunakan sumber negeri bagi membantu kempen Pakatan Rakyat di negeri lain.

NONE"Exco nak dapat satu sen pun susah, ni nak bagi dekat negeri-negeri lain," kata exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali sambil diiringi gelak ketawa rombongan Selangor bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim cuma tersenyum ketika diajukan soalan sama ketika ditemui pemberita selepas sesi membincangkan isu pembersihan daftar pemilih.

"Saya tak nak jawab perkara itu," jawapnya ringkas.

Majlis Pimpinan Pakaran semalam mencadangkan Selangor supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pilihan raya umum ke-13 sehingga daftar pemilih negeri itu tidak dibersihkan.

NONETimbalan Bendahari MCA Selangor Lee Ban Seng pula hari ini mendakwa Pakatan cuba menggunakan sumber Selangor untuk membiayai program parti di negeri lain.

Beliau mendakwa kerajaan Selangor pimpinan PKR seolah-olah menjadi "mesin ATM" kepada Pakatan.

Sementara itu, seorang lagi exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail pula hanya menambah ringkas dengan berkata: "MCA memang macam itu."

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan negeri membincangkan soal pilihan raya berasingan dengan Pusat, Khalid berkata perkara tersebut tidak dibincangkan.

NONE"Kami tidak membincangkan perkara tersebut... Ia bukan keputusan SPR (untuk putuskan buat berasingan)," kata Khalid.

Pertemuan rombongan kerajaan negeri yang turut disertai Speaker Datuk Teng Chang Khim berlangsung selama lebih dua jam berakhir 5.30 petang tadi.

Tambang tunai haji kekal RM9,980

Posted: 19 Apr 2012 05:28 AM PDT

SINAR HARIAN

Tambang tunai haji kekal RM9,980
SEPANG - Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada RM9,980 seorang bagi jemaah haji kali pertama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, kuota jemaah haji Malaysia juga dikekalkan pada 28,000 orang selaras dengan persetujuan pada mesyuarat tahunan bersama Kementerian Haji Arab Saudi serta kementerian dan agensi lain yang berlangsung di Jeddah, dua hari lepas.

"Saya juga telah mengemukakan permohonan untuk mendapat tambahan kuota bagi membolehkan lebih ramai umat Islam di negara ini mengerjakan Rukun Islam kelima itu,"
katanya pada sidang media sejurus tiba dari Arab Saudi, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.

"Saya yakin dengan kerjasama baik dan hubungan rapat kita dengan kerajaan Arab Saudi di peringkat Perdana Menteri dan hubungan saya bersama menteri yang baru dilantik (Dr Bandar Mohammed Al-Hajjar), insyaAllah akan membantu," katanya.

Mengenai tambang haji pula, Jamil Khir berkata kerajaan dan Lembaga Tabung Haji bersetuju mengekalkan tambang sedia ada sebagai satu keistimewaan kepada jemaah haji tahun ini, sekalipun kos penginapan meningkat 15 peratus berbanding tahun lepas.

Bagaimanapun katanya, bagi jemaah kali kedua seperti menemani isteri, suami, anak kurang upaya atau ibu bapa, tambang dikekalkan pada RM14,880.

Beliau berkata daripada lapan juta pendeposit Tabung Haji, 850,000 mendaftar untuk menunaikan haji tahun ini dan keutamaan adalah bagi mereka yang berusia 75 tahun ke atas.

Jamil Khir berkata penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia ialah pada 17 Sept dan yang terakhir pada 29 Nov.

Malaysia juga sudah menempah 16 hotel termasuk tiga hotel baru di Mekah untuk penginapan jemaah haji musim akan datang, selain empat hotel di Madinah, katanya.

"Mengenai urusan penerbangan pula, 50 peratus pesawat adalah dari Arab Saudi manakala baki 50 peratus lagi telah dibuka kepada 11 syarikat penerbangan untuk memasuki tender membekalkan pesawat untuk membawa jemaah haji kita, setelah tempoh perjanjian dengan Malaysia Airlines tamat," kata beliau.

Sementara itu, Jamil Khir berkata seorang daripada jemaah haji Malaysia pada musim haji lepas, Omar Din, 77, dari Kedah masih dirawat di Hospital King Abdullah, Arab Saudi akibat masalah jangkitan paru-paru dan sistem kencing.

"Sehingga kini pesakit masih koma. Isteri dan anaknya sudah datang menziarahi beliau pada 29 Feb lepas dengan tambang ditaja Tabung Haji.

"Kita juga mengucapkan terima kasih atas layanan baik diberikan hospital itu, malah semua kos perubatan ditanggung oleh kerajaan Arab Saudi," katanya yang mengambil kesempatan melawat Omar di hospital berkenaan.

Mengulas mengenai kes jemaah umrah terkandas atau ditipu agensi tidak bertanggung jawab, Jamil Khir berkata beliau akan mengadakan satu mesyuarat khas melibatkan semua agensi dan kementerian terlibat bagi membincangkan hal itu.

"Tabung Haji tidak terlibat dengan kes seperti ini dan ia tidak boleh dibiarkan terus berlaku.

"Tetapi kita tetap akan bantu jemaah yang terkandas, jemaah hilang atau jemaah hilang dokumen memandangkan kita mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi," katanya. – Bernama

KPT siasat insiden di Dataran Merdeka

Posted: 19 Apr 2012 05:26 AM PDT


ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

Datuk Sai­fuddin Abdullah
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi akan menyiasat dan meneliti rakaman video serangan yang dilakukan sekumpulan individu terhadap aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mengetahui insiden yang berlaku itu melalui laman sosial Facebook dan Twitter.

"Saya dapat tahu tentang kejadian itu pagi tadi melalui Twitter. Pegawai saya sedang mendapatkan maklumat lanjut dan meneliti rakaman video yang telah dimuat naik itu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pada awal pagi tadi, aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dalam kempen mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mendakwa mereka telah diserang sekumpulan individu.

Aktivis itu yang berkhemah di Dataran Merdeka buat hari keenam hari ini, diserang sekitar 2.45 pagi tadi.

Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang mendakwa rakan-rakannya telah diserang 60 orang lelaki dan khemah mereka telah dirobohkan.

Katanya, insiden itu menyebabkan lima mahasiswa telah cedera dan seorang dimasukkan ke hospital.

Rakaman serangan dan kekecohan ketika insiden turut dimuatkan dalam YouTube di bawah tajuk "Mob of 40 attacking students at Dataran Merdeka".

Saifuddin ketika ditanya sama ada akan turun ke Dataran Merdeka atau tidak.

Beliau berkata, masih menunggu maklumat lanjut daripada pegawainya.

"Kita tengok dulu macam mana, saya mahu tunggu laporan daripada pegawai saya terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rembau  Khairy Jamaluddin berkata beliau berharap supaya siasatan dijalankan dan orang ramai tidak mudah membuat sebarang andaian.

"Walaupun tidak setuju dengan pandangan mereka, saya kutuk serangan terhadap mahasiswa yg berkhemah di Dataran Merdeka. Harap siasatan (dijalankan), jangan tuding jari," memetik dari akaun Twitternya.

Pandangan sama turut dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan melalui akaun Twitternya.

"Kenapa jadi t....l dan salahkan Umno atas tindakan samseng malam tadi? Berjuta-juta rakyat Malaysia di luar sana pun benci dasar PTPTN Pakatan," katanya menerusi akaun Twitternya.

Katanya, tindakan samseng seperti serangan yang berlaku ke atas pelajar berkenaan bukan satu pilihan dan harus dikutuk.

"Anda mungkin tidak bersetuju dengan protes mereka atau cara mereka kendalikannya tapi anda tidak boleh laksana undang-undang sendiri. Tidak boleh!" katanya.

Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?

Posted: 19 Apr 2012 05:17 AM PDT

Staff Berita Semasa

Rang undang PTPTN Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
(Sumber : Hansard Parlimen 1997)
Bagi kami jika kita mampu mendemokrasikan pendidikan Malaysia diperingkat rendah dan menengah, mengapa tidak peringkat pengajian tinggi? Pengajian tinggi sepatutnya didemokrasikan dan merupakan hak semua rakyat Malaysia dan bukannya atas nama "keistimewaaan" dan diswastakan supaya terus relevan dan seiring dengan jaminan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 12).
"Pendidikan juga tidak sepatutnya menjadi "medium'" dagangan yang boleh dijual beli"
Walaubagaimanapun, landskap pendidikan Malaysia telah mula berubah bermula pada tahun 1996 lagi ketika negara dalam suasana menginjak ke era globalisasi di mana kerajaan Malaysia mula memperkenalkan polisi terbarunya iaitu penyediaan pendidikan berdasarkan permintaan pasaran semasa.
Dalam pada masa yang sama, kerajaan telah menambah satu lagi akta yang dinamakan Akta IPTS 1996. Dengan pengenalan Akta IPTS 1996 ini, membolehkan syarikat-syarikat korporat mendapat "lesen besar" untuk bersama-sama membekalkan dan menyediakan pendidikan tinggi kepada rakyat Malaysia.

Pinjaman PTPTN Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?

Setahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1997 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Pada masa itu, sebuah demi sebuah Institut pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah mula dibuka termasuklah :

Antara Senarai IPTS di Malaysia

  1. Telekom Malaysia (TM) buka Universiti Multimedia (MMU)
  2. Tenaga Nasional Berhad (TNB buka Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  3. Petronas buka Universiti teknologi petronas (UTP)
  4. MCA juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  5. UMNO membuka Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR)
  6. MIC memperkenalkan Universiti AIMST
  7. Gerakan pula membuka Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
  8. Dan lain-lain lagi selepas itu.
Kalau sebelum ini, kerajaan dilihat menyediakan sepenuhnya pendidikan kepada rakyat Malaysia tetapi dengan wujudnya akta baru tersebut (Akta IPTS 1996), ia mula dialihkan sedikit demi sedikit peranan dan tanggungjawabnya kepada syarikat-syarikat korporat.

Akta Pendidikan dan Akta Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 juga dilihat bermulalah era lambakan bilangan IPTS dan kolej-kolej swasta yang tumbuh "bak cendawan selepas hujan" dan anda boleh lihat dan perhatikan kesan pada hari ini. Hari ini, sedikit demi sedikit kebergantungan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi berjaya dikurangkan.

Penubuhan IPTS Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
Sumber : Hansard  Parlimen 1997

Mengapa & Kenapa IPTS Terus Mendapat Tempat Dikalangan Rakyat Malaysia? 

Akibatnya, apabila IPTS diberikan ruang yang cukup luas, akan berlakunya elemen komersial dalam pendidikan tinggi negara sehingga menyebabkan mereka meraih keuntungan besar disebaliknya keperitan anak-anak muda dalam menimba ilmu. Walaupun yuran dan kos pengajian yang ditawarkan adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding IPTA, tetapi permintaan terhadap IPTS terus mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Ini kerana :
  1. IPTS sekarang ini bukan lagi dijadikan pilihan disebabkan minat dan kemahuan tetapi lebih kepada elemen "terpaksa". Mengapa kami katakan begini? Ini kerana apa yang berlaku sekarang ini kurangnya tempat di IPTA sekarang ini tetapi dalam pada masa yang sama pengumuman pelajar SPM setiap tahun semakin bertambah angka dan bilangannya. Itu yang pertama.
  2. Keduanya, walaupun kos pengajian yang ditawar adalah lebih tinggi, IPTS terus berjaya mengatasi masalah kewangan yang membelengu bakal pelajar mereka (pelanggan mereka). Apa langkah penyelesaiannya? Terima kasih kepada bantuan pinjaman PTPTN + caj pentadbiran. "Anda mahu belajar di tempat pengajian kami? Berhutanglah dengan PTPTN. Insyaallah masalah kewangan anda akan selesai".
PTPTN telah berjalan sejak tahun 1997. Persoalannya sekarang, berapa angka hutang PTPTN yang ditanggung kerajaan sebenarnya selama ini? Kerajaan mengatakan baru-baru ini jika PTPTN dimansuhkan, kerajaan Malaysia akan berdepan tanggungan hutang sebanyak RM43 bilion dan berkemungkinan juga boleh muflis. Begitulah lebih kurang butir-butir ayat yang keluar. Apabila isu PTPTN mula "meletup" sekarang ini, ada baiknya kita semak angka yang sebenarnya berlandaskan fakta dan data yang tepat bukannya berdasarkan persepsi atau cakap-cakap kosong di kedai kopi.
Daripada 856,172 peminjam yang telah menggunakan "perkhidmatan PTPTN" selama ini sejak daripada tahun 1998 lagi, kerajaan telah berjaya memungut hutang PTPTN semula sebanyak RM2.22 bilion.

Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?

Apabila namanya berhutang, biasanya jarang orang berhutang hari ini dengan institusi kewangan seperti bank contohnya, hari ini pinjam RM50 ribu tahun depan terus bayar habis. Tidak sama sekali, jarang sekali ada kes sebegitu. Kerajaan baru-baru ini pun memaklumkan di Dewan Rakyat yang mana mereka baru sahaja habis membayar semula pinjaman daripada Bank Dunia selepas meminjam lebih 10 tahun lamanya dengan institusi kewangan tersebut.

Jadi, biasanya untuk membayar semula sesuatu pinjaman ada tempoh dan jangkamasanya yang disesuaikan dengan kemampuan untuk membayar semula.

Pinjaman Bank Dunia Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?

Di bawah ini pula angka yang menunjukkan berapa ramai daripada anda-anda semua atau anak-anak anda yang memohon PTPTN, pinjaman PTPTN tersebut telah diluluskan. Jumlah angkanya setiap tahun, boleh anda semak berdasarkan gambarajah di bawah ini. Apa maknanya lulus di sini? Lulus di sini maksudnya, permohonan anda untuk meminjam PTPTN sudah lulus untuk tandangan  perjanjian dan ini tidak bermakna ia merupakan jumlah yang bakal/telah diagihkan kepada para peminjam PTPTN.

Jumlah pinjaman PTPTN Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?

Ini kerana tidak semua peminjam yang lulus permohonannya bersetuju untuk terus menerima duit tersebut. Mungkin mereka sudah berubah fikiran ataupun sudah mendapat sumber kewangan yang lain. Jadi jikalau begitu, berapa jumlah sebenarnya jumlah pinjaman yang telah diagihkan kepada peminjam selama ini?
Pembiayaan Pendidikan PTPTN Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?

Berdasarkan semakan pada Laporan PTPTN tahun 2011, PTPTN hanya membayar atau mengagihkan duit pinjaman PTPTN kepada peminjamnya sejak tahun PTPTN diperkenalkan sehinggalah sekarang, jumlah pembayarannya adalah berjumlah RM24.9 bilion. Ini bermakna, PTPTN hanya akan meminjam sejumlah dana daripada institusi kewangan yang dipilihnya berdasarkan jumlah yang perlu diagihkan kepada peminjam. Ulang suara, diagihkan. Berapa jumlah yang diperlukan, itulah sebenarnya angka yang bakal dipinjamnya daripada institusi kewangan.

Pembiayaan Pendidikan IPTA Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?

Kenapa kami katakan, kerajaan dilihat sudah mengalihkan tanggungjawab sebenarnya untuk menyalurkan dan menyediakan sistem pendidikan untuk semua rakyat Malaysia kepada badan korporat yang menubuhkan IPTS? Di atas ini adalah angkanya. Mengapa kami tunjukkan pendapatan yang diterima kerajaan Malaysia daripada hasil kekayaan petroleum & gas negara selama ini? Ini adalah salah satu sebabnya. Sayangnya….
  • pendapatan kerajaan Malaysia yang diperoleh daripada kekayaan petroleum & gas meningkat dan berada pada paras yang tinggi setiap tahun tetapi malangnya
  • peruntukkan untuk pendidikan negara terutamanya melibatkan IPTA di seluruh Malaysia telah mula mengecil.
Dan semakan kami berdasarkan Rancangan Malaysia ke 10, kerajaan tidak bercadang untuk menambah peluang pendidikan di IPTA kepada rakyat Malaysia dengan membuka universiti tempatan yang baru. Apa yang dilakukan sekarang adalah menggalakkan kewujudan kolej swasta. Erm…..

IPTA Malaysia Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?

Jadi berapakah hutang sebenar PTPTN yang ditanggung kerajaan Malaysia? Sepatutnya kiraannya mestilah berdasarkan jumlah agihan pinjaman yang terkini kepada peminjam contohnya ditolak dengan jumlah yang telah dibayar oleh peminjam dan berjaya dikutip oleh PTPTN setakat ini. Kami pulangkan semula kepada anda menjawabnya berapa angka dan jumlah sebenarnya hutang PTPTN…….

Semalam, kami ada meletakkan supaya apalah kiranya supaya caj pentadbiran dimansuhkan. Hari ini, kami juga berharap kerajaan mula mempertimbangkan untuk menambah bilangan universiti di Malaysia supaya rakyat malaysia kebanyakannya tidak terus bergantung kepada IPTS dan kolej swasta yang lain semata-mata bagi mendapatkan & menikmati pendidikan di peringkat tinggi. Pelaburan terhadap pendidikan negara jika diuruskan dengan baik dan amanah merupakan "pelaburan terbaik kepada negara yang boleh dituai hasilnya pada masa akan datang"

P/S : PTPTN memang ada jasanya dalam pendidikan negara. Tetapi, bukankah lebih baik jika sistemnya dirombak semula ke arah yang "mesra pengguna" bukannya "membebankan peminjam" yang rata-rata rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu?

Sekadar pandagan daripada kami. Apa pendapat anda pula?

PAS arah semua ke Bersih 3.0

Posted: 19 Apr 2012 12:35 AM PDT





Harakahdaily,   


KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua unit dibawahnya agar menggerakkan semua ahli dan penyokong parti Islam itu agar menyertai Bersih 3.0 28 April ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, semua dewan, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan diarahkan agar menggerakkan ahli masing-masing.

Arahan itu selaras dengan keputusan PAS untuk menyokong sepenuhnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Perhimpunan ini diadakan ekoran kegagalan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan pilihan raya akan datang agar diadakan dengan bersih dan adil.

Jawatankusa Terpilih (PSC) Parlimen yang dibentuk juga didakwa gagal untuk menghasilkan yang terbaik untuk mempastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil.

Semua usul yang dikemukakan PSC kepada Dewan Rakyat telah diluluskan tanpa dibahaskan.

Laporan minoriti yang cuba dikemukakan anggota Pakatan Rakyat dalam PSC juga ditolak.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula dalam kenyataannya mendedahkan pegawai kanan kerajaan dan SPR terlibat dalam satu 'task force' bagi mendaftar warga asing sebagai pengundi dengan cara memberikan kad pengenalan biru kepada mereka.

Ia disifatkan pelbagai pihak sebagai sangat bahaya kerana ia umpama menjual negara untuk kemenangan BN.

'Samseng' serang pelajar berkhemah di Dataran

Posted: 19 Apr 2012 12:29 AM PDT


MALAYSIA KINI
Seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng' dalam satu kejadian awal pagi ini, menurut saksi.

Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.

thugs attacked student in dataran merdeka scene after the attack an injured studentKoordinator Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Heng Kiah Chun memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan tersebut kemudiannya mengasari siswa berkenaan dan turut merobohkan khemah mereka.

Pelajar yang mengalami kecederaan itu dibawa ke hospital.

Heng berkata, siswa berkenaan bagaimanapun tetap bertenang dalam situasi tersebut.

Kumpulan itu juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden tersebut menggunakan kamera dan telefon bimbit.
student assault by gangsterMereka kemudiannya merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut.

Heng berkata, pegawai polis seramai lebih sepuluh orang yang berada berdekata kawasan itu juga tidak bertindak sehinggalah pemimpin pelajar berkenaan meminta pertolongan daripada mereka.

Kumpulan berkenaan meninggalkan kawasan itu apabila polis tiba dan beberapa orang daripada mereka turut ditahan, menurut saksi.

Kira-kira 100 orang pelajar berkenaan berkhemah di kawasan itu sejak Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan tinggi percuma dan juga supaya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dihapuskan.

Pelajar berkenaan telah membuat laporan polis atas insiden tersebut hari ini.

Hasan Ali: Isu persenda Raja

Posted: 19 Apr 2012 12:26 AM PDT

HASAN MOHAMED ALI

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
SAYA ingin mengulas tentang satu berita yang dilaporkan oleh Dr Rahman Kadir, seorang pengamal perubatan tentang  tindakan mengejek dan mempersenda pimpinan Negara termasuk Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Dipertua Negeri oleh beberapa tokoh ahli  parlimen pembangkang  ketika  upacara pertabalan Duli  Yang  Maha Mulia Yang  di-Pertuan Agong pada 11 April yang lalu.

Saya menyambut  baik cadangan untuk menubuhkan badan penyiasat bagi menyiasat peristiwa yang mencacatkan upacara pertabalan tersebut sehingga ada pihak mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat insiden yang berlaku. Ini menggambarkan seriusnya perkara yang berlaku dari kaca mata berbagai pihak termasuk rakyat di Negara ini.

Bagi saya insiden tersebut sekiranya benar-benar berlaku seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan. Setakat  yang  saya mengenali individu-individu yang  terlibat, mereka memang mempunyai kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara  yang sukar diterima akal. Ini mungkin hasil dari desakan parti  yang  mereka wakili dan beberapa golongan di dalam parti masing-masing  yang memandang remeh terhadap Institusi Raja. Saya tidak perlu menoleh ke belakang untuk memaparkan insiden-insiden hitam yang pernah berlaku di Perak dan Negeri Selangor.

Selama ini mereka juga berbicara mengenai ketaatan kepada raja yang memerintah. Jelas daripada insiden tersebut sekiranya berlaku, ketaatan yang mereka laungkan tidak lebih daripada satu pengucapan yang  tidak mempunyai banyak kerti.  Di hadapan masyarakat Melayu mereka berhujah tentang kepentingan institusi raja tetapi yang tersembunyi dihati mereka sebenarnya ialah apa yang dipertontonkan dalam peristiwa pertabalan itu.

Saya dapat merasakan betapa tersinggungnya pihak-pihak yang terlibat yang merupakan golongan  yang  selama ini dimuliakan dengan berbagai cara yang disusun oleh orang-orang terdahulu. Saya juga dapat merasakan betapa kecewanya rakyat Negara ini mendengar tentang insiden tersebut lantaran rata-ratanya rakyat memahami kedudukan Insitusi Raja dalam Perlembagaan Persekutuan serta apa yang boleh dilakukan oleh institusi tersebut dalam menjamin keutuhan negara.

Tindakan beberapa pemimpin pembangkang itu (sekiranya berlaku) sesungguhnya merupakan satu tindakan yang keji dan tidak sepatutunya dilakukan oleh mereka yang dipilih oleh rakyat  yang sepatutnya menjadi juru bicara kepada mereka. Sayangnya semata-mata atas kepentingan politik yang tidak matang maka ahli-ahli parlimen yang terlibat itu sanggup bertindak sedemikian dengan disaksikan seribu tetamu pilihan termasuk wakil-wakil Negara asing.

Jika benar seperti yang dilaporkan, di mana kewajaran ahli parlimen pambangkang tersebut sehingga sanggup memperleceh, memperlekeh dan menghina pimpinan tertinggi negara dan batang tubuh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Di Pertua Negeri. Saya juga tertanya-tanya tentang darjah kesiuman pemimpin pembangkang tersebut  yang  seolah-olah lupa siapa diri mereka, dalam maji sapa mereka berada dan siapa yang memerhatikan mereka.

Saya yakin cuti upacara khas pertabalan telah membuka ruang kepada segenap lapisan masyarakat tua dan muda termasuk kanak-kanak berada di hadapan kaca tv untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah tersebut. Mereka dapat menyaksikan betapa syahdunya majis tersebut. Mereka juga dapat menyaksikan unsur agama Islam yang jelas terpancar dari awal hingga ke akhir di sepanjang upacara pertabalan. Dalam suasana itu tiba-tiba timbul cerita ada dari kalangan mereka yang terpelajar,  terdidik dan ternama melakukan perbuatan sumbang yang sudah tentu mencacatkan upacara yang diadakan dan sekaligus membabitkan maruah negara.

Bagi saya pendek benar akal dan pemikiran ahli Parlimen yang  terlibat. Bagi saya juga golongan seperti ini tidak harus diberi tempat menghadiri majlis-majlis rasmi kerana kegagalan mereka mengawal diri dan menunjukkan  akhlak terpuji standing dengan kedudukan mereka di mata rakyat.

Di sebaliknya, saya menyetujui saranan pihak-pihak tertentu termasuk badan-badan bukan kerajaan dan rakyat yang prihatin untuk menyiasat sedalam-dalamnya peristiwa ini. Saya juga dengan sukacita menyeru supaya insiden ini tidak dibenarkan berlalutan padanya tindakan drastic dari pada pihak  yang berkuasa. Manusia seperti ini tidak sepatutnya menjadi pilihan rakyat.

Saya tidak dapat menggambarkan seandainya ditakdirkan mereka menguasai Putrajaya, bayangkan apa jenis budaya yang mereka akan cernakan untuk masyarakat  Malaysia terutamanya di pihak generasi pengganti.  Saya berharap rakyat  Malaysia tidak memperjudikan masa hadapan mereka. Insiden yang dilaporkan berlaku sebenarnya bukan insiden yang isolated, tetapi inilah brand budaya baru yang akan mereka terapkan.

Akhirnya saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada Dr Rahman Kadir  yang telah menimbulkan perkara ini. Saya percaya atas kesedaran sivik yang tinggi doktor perubatan tersebut telah keluar daripada lingkungan perubatan yang dipertanggungjawabkan untuk memaparkan peristiwa hitam yang berlaku kerana bagi beliau perkara tersebut bukan sesuatu yang kecil dan remeh sebagaimana yang didakwa oleh mereka yang terlibat. Remehkah sesuatu  yang berkait langsung dengan sistem pemerintahan negara? Remehkah insiden yang  berlaku itu jika ditinjau dari sudut keberlangsungan sistem Raja Berperlembagan? Akhirnya remehkah insiden itu untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja sedangkan upacara itu adalah sebahagian daripada "the pride of the nation"?

* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati

Hisham: Bersih 3.0 bukan ancaman, tiada kuasa tarikan

Posted: 19 Apr 2012 12:17 AM PDT


THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini tidak menimbulkan ancaman keselamatan terhadap negara, dan menambah tuntutan gerakan rakyat itu tidak mempunyai kuasa tarikan yang kuat ke atas orang awam."28 April bukan isu," kata Menteri Dalam Negeri kepada pemberita.

Beliau mencadangkan bahawa kerajaan pusat telah mengkaji tuntutan-tuntuan yang dikemukakan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) penambahbaikan pilihan raya yang ditubuhkan tahun lalu, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah turut mengambil berat kebimbangan orang ramai berhubung bahaya loji nadir bumi Lynas di Pahang.

"Ia macam satu periuk besar. Motifnya adalah politik," katanya.

Hishammuddin juga mengingatkan orang awam agar berhati-hati mengenai tuduhan-tuduhan serangan ke atas kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi tadi, mengatakan ia mungkin dimanipulasikan untuk membangkitkan kemarahan rakyat.

"Sudah ada kes di mana tuduhan bersifat demikian telah digunakan, membangkitkan emosi sama ada dalam isu perkauman, keagamaan dan sekarang mahasiswa," katanya.

Bersih 2.0 merancang mengadakan perhimpunan susulan pada Sabtu depan sebagai susulan kepada himpunan 9 Julai tahun lalu untuk menuntut reformasi sistem pilihan raya negara.

Tahun lalu ribuan orang awam menyertai himpunan Bersih 2.0 di ibu negara bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil walaupun pihak berkuasa tidak mengeluarkan permit.

Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta himpunan.
Kawalan dan tindakan keras polis ke atas peserta himpunan menarik kritikan negatif daripada media asing terhadap pentadbiran Najib.

Aktivis mahasiswa kekal berkempen walaupun diserang ‘samseng’

Posted: 19 Apr 2012 12:10 AM PDT



KUALA LUMPUR— Di sebalik insiden diserang "samseng" awal pagi tadi, kumpulan aktivis mahasiswa menegaskan  kempen menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka akan tetap diteruskan dan bersedia berdepan dengan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku. 
Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhamad Safwan Anang@Talib, insiden diserang sekumpulan samseng kira-kira pukul 2.45 pagi tadi tidak akan melemahkan semangat mahasiswa menuntut jawapan daripada pentadbiran Najib.

Jelas beliau, kempen yang sudah masuk hari ke-enam hari ini akan diteruskan sehingga 28 April ini.
"Kita anggap apa yang berlaku pagi tadi di luar jangkaan, kalau kami dilarang untuk berhimpun tentu kami akan ditangkap polis... mengapa samseng kacau kami? Itu kami pelik dan kecewa.

"Kami tidak buat salah, kalau buat salah kami akan ditangkap, polis dan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) juga tidak ambil tindakan ke atas kami," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri sebagai "Occupy Dataran" diserang kira-kira 60 dan 70 individu tidak dikenali dan berpakaian serba hitam

Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.

Rakaman video insiden itu telah dimuatnaik di laman web YouTube, menunjukkan kumpulan "samseng" berlegar-legar di kawasan perkhemahan.

"Tapi penggunaan samseng sangat mengecewakan kami, kami sanggup bertahan demi masa depan negara, kami sanggup bertahan dan rela dicederakan demi masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang," kata Safwan.

Beliau juga menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memandang berat tuntutan mahasiswa itu.

"Kami anggap kerajaan sudah ketepikan hal ini, kami akan tetap teruskan dan kalau ada konsert diadakan pada 28 April kami akan beri laluan... kami tiada masalah, cuma apa yang kami mahu pihak bertanggungjawab terutamanya perdana menteri ambil berat.

"Apa resolusi daripada kerajaan? Setakat ini masih tiada apa-apa tindakan," katanya.

Kumpulan mahasiswa itu telah membuat laporan polis.

The Malaysian Insider difahamkan Unit Amal PAS akan membantu mengawal kempen anjuran mahasiswa itu.

Sementara itu Pengerusi Malaysia Bangkit Mohd Syahid Mohd Zaini berkata kerajaan perlu memberikan jawapan positif dengan segera mengenai desakan agar PTPTN dimansuhkan.

"Kita akan tunggu dan teruskan berhimpun, kita minta respons positif daripada kerajaan," katanya.

Daripada 'tetek', seluar dalam wanita dan Ahmad Zahid Hamidi

Posted: 19 Apr 2012 12:03 AM PDT

  Katrina Jorene Maliamauv

Saya tidak sabar untuk diberitahu bahawa saya tidak patut 'gotten my knickers into a knot' untuk "perkara yang remeh temeh" itu. Ya, saya maksudkan seluar dalam wanita. Mungkin kini artikel ini akan menarik perhatian orang yang seksis.

Pada hari Selasa, 13 Mac 2012, kira-kira 30 orang aktivis wanita mewakili 15 pertubuhan wanita telah ke Parlimen dengan 2 hajat: a) untuk menyatakan hasrat mahukan kerajaan bersih, bebas rasuah penting untuk melindungi kebebasan asasi dan hak-hak wanita, dan semua;

b) untuk menjelaskan bahawa wanita mempunyai suara, pendapat, pemikiran dan kuasa untuk mempengaruhi perubahan - dan bahawa ia adalah tanggungjawab wakil rakyat untuk mendengar suara wanita dan memastikan wanita turut mengambil bahagian dalam politik dan membuat keputusan dalam negara ini.

Pada hari Selasa, 13hb Mac 2012, yang mulia Ahmad Zahid Hamidi, wakil rakyat dan pemimpin salah satu kementerian yang paling berkuasa dalam kerajaan (Kementerian Pertahanan) menghina dan menolak suara dan kehadiran wanita yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya.

Apabila seorang aktivis yang bersemangat untuk menegakkan hak-hak wanita dan masyarakat menyerahkan kepadanya sarung tangan putih untuk melambangkan 'kerajaan bebas yang bersih tanpa rasuah ", yang mulia Ahmad Zahid Hamidi bertindak balas dengan memberitahu beliau bahawa dia tidak akan dapat merasai isterinya jika dia menyentuhnya dengan tangan yang bersarung '.

Ini bukanlah sesuatu yang ok.

Tidak OK, faham?

Saya ulangi: Ia bukanlah sesuatu yang dipandang ringan. Dan ia tidak ok.

Jika saya berdiri di hadapan anda, mendada, dengan postur lurus, memandang ke dalam mata dan bercakap tentang perkara ini, dan apa yang anda boleh fikirkan adalah keinginan menyentuh tetek dengan tangan tanpa sarung, maka anda tidak berhak untuk berdiri di tempat yang mulia ini dan bercakap bagi pihak saya.

Ya, saya sudah menyebutnya, tetek. Ia merupakan sebahagian dari anggota badan wanita.


Sudah terlalu lama, wanita diperkecilkan dan dibuli di halaman politik dan dalam membuat keputusan, saya tidak berhasrat untuk bercakap bagi pihak isteri Ahmad Zahid Hamidi, tetapi untuk menggunakan badannya sebagai bahan jenaka dan menolak sesuatu yang serius sangat dan relevan daripada aktivis wanita adalah satu lagi contoh perbuatan mereka.

Sudah berapa kali kita mendengar komen 'bocor', dan menganggap ia sebagai lawak jenaka? Atau mengatakan wanita 'emosi dan hanya 'PMS-ing' apabila mereka membangkitkan isu-isu yang serius?

Setiap kali kita membiarkan ia sahaja, kita menerima tanggapan ini DAN mengecilkan suara dan peranan wanita. MP akan dilihat (walaupun secara tersirat) sebagai mereka yang bocor, manakala yang lain akan dilihat sebagai emosi dan oleh itu tidak perlu diambil perhatian secara serius.

Tidak hairanlah, walaupun 50% daripada penduduk adalah wanita hanya ada seorang MP dalam 10 orang ahli Parlimen di Malaysia.

Bukankah ia agak mengairankan jika kita terus tidak mempedulikan usaha membersihkan amalan rasuah dalam Negara namun wakil rakyat di parlimen boleh membuat lawak seksis digesa untuk melakukan tadbir urus yang baik?

Mengalihkan perhatian daripada kerajaan yang rasuah dan kotor


Pada masa ini, lawak tentang perasaan seorang wanita bermakna Ahli Parlimen dari Bagan Datoh, Perak tidak ada isu dan tidak perlu menjawab tentang kerajaan yang rasuah dan kotor. Tidak lucu, kan?

Panggilan daripada pergerakan wanita kepada Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakannya adalah untuk mengakhiri diskriminasi patriarki yang berleluasa, dan keganasan terhadap gender wanita di Malaysia. Dan bagaimana responnya?

Dengan membuat komen yang mencerminkan kawalan dan pemilikan ke atas tubuh seorang wanita.

Tubuh wanita telah digunakan, disalahgunakan, diperkecil-kecilkan dan diperkosa untuk menjadi lawak jenaka dan mainan bagi lelaki. Realitinya, terlalu ramai wanita diabaikan apabila membuat keputusan dan dikawal di dalam bilik tidur; ditampar supaya diam apabila mereka menerangkan perbezaan pendapat, dan dipaksa menjadi lemah hanya kerana mereka adalah wanita.

Berulang-ulang kali kanak-kanak lelaki diajar bahawa mengetawakan perempuan kerana mereka 'bodoh dan terlalu emosi dan lelaki adalah kuat dan wanita mestilah manis dan bersedia untuk berkhidmat. Mungkin itulah sebabnya ramai daripada kita telah terbiasa apabila lelaki dewasa melayan rakan-rakan wanita mereka dalam cara yang begitu hina.

Selama bertahun-tahun, kita puas berjuang untuk menjadi diri sendiri dan untuk adik kakak kita - untuk tubuh kita, maruah kita, hak kita dan kehidupan kita. Dan lagi, serangan ke atas tubuh kita, fikiran dan suara terus kedengaran dalam bentuk lawak jenaka kepada perogol yang memperkosa wanita.

Sehingga bilakah kita akan mula bersuara untuk menyatakan cukuplah!

Menghancurkan tradisi patriarki!

Kita mesti menyatukan suara wanita dan tubuh mereka, kita mesti menghentikan benih patriarki.
Adalah menjadi tugas kita untuk berjuang menegakkan keadilan dan kesaksamaan. Ia adalah kewajipan Negara untuk memastikan perjuangan akan menang.

Oleh itu, wakil rakyat perlu faham bahawa jika mereka harus terus memijak tubuh, hak dan suara kami, kami akan menggunakan tubuh kami, hak kami dan suara kami untuk memastikan mereka dilucutkan dari kuasa mereka.

Kami akan melawan. Kami akan mencabar. Kami akan menyoal. Kami akan menuntut.

Dan satu hari, akhirnya kita akan menghancurkan kuasa patriarki, dengan tangan yang bersarung atau tanpa sarung.

Yang mulia Ahmad Zahid Hamidi, dan pengikutnya yang berfikiran serupa, harus ingat akan ini sampai bila-bila. - Malaysia Chronicle

(Translated by Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle. To read the original in English, please click into Of 'tits', 'knickers' and Ahmad Zahid Hamidi)

Dakwa hina Raja, MP Siti Mariah mahu saman

Posted: 18 Apr 2012 11:54 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pemegang akaun laman sosial Facebook yang  mengaitkan beliau dalam dakwaan mengenai beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu minggu lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Rabu lalu, oleh seorang pemilik akaun laman sosial bernama Dr Rahman Kadir.

Rahman merupakan seorang pegawai perubatan yang turut berada di tempat kejadian.

"Saya terkejut dengan dakwaan beliau yang dimuatnaik ke beberapa blog lain. Saya akui memang ada berbual-bual tapi tidak terlalu bising dan tidak menyentuh peribadi orang-orang tertentu," kata beliau dipetik Harakah Daily.

Beliau yang juga Timbalan Dewan Muslimat Pas Pusat turut berkata, tindakan saman akan diambil ke atas pemilik akaun facebook dan  blog.

"Peguam saya sedang membuat kajian dan mengenal pasti blog-blog yang mensensasikan isu ini," katanya lagi.

Dakwaan itu turut mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua tetapi kedua-dua mereka telah menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bersedia menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan pemimpin pembangkang mempersenda Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan baginda.

Khalid berkata, isu yang dibangkitkan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik.

"Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu. Justeru, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda bagi memperjelas kedudukan sebenar," katanya.

Siling 2 bilik Klinik Kesihatan Jinjang runtuh

Posted: 18 Apr 2012 11:52 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Seramai 10 pesakit mengalami detik-detik cemas apabila bumbung siling dua bilik menyimpan peralatan perubatan di Klinik Kesihatan Jinjang di sini runtuh berikutan hujan lebat selama sejam, petang tadi.

Bagaimanapun, semua pesakit luar serta petugas di klinik itu sempat keluar dan berkumpul di perkarangan klinik itu sebelum pihak Bomba dan Penyelamat dari Balai Jinjang tiba 10 minit kemudian untuk melakukan pemeriksaan.

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata sebelum kejadian beliau telah terdengar bunyi bising dari bumbung siling tersebut kira-kira pukul 4.50 sebelum ia runtuh 10 minit kemudian.

"Semasa kejadian itu saya sempat mengarahkan semua pesakit dan beberapa petugas klinik keluar ke tempat yang selamat," katanya.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jinjang, Rosli Haris berkata beliau percaya siling itu runtuh akibat tidak dapat menahan bebanan air akibat hujan lebat.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kedua-dua bilik itu digenangi air dan peralatan perubatan dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit mengalami kerosakan. - Bernama

Saman auto: MCA tidak terlibat? Semestinya Umno yang menghisap darah rakyat - Zaid

Posted: 18 Apr 2012 11:40 PM PDT

Sherina Yusof, Malaysia Chronicle

Kontroversi baru nampaknya sudah bersedia untuk membanjiri kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dicemari rasuah, kali ini dengan pembantu rapat Omar Mustapha dan bekas Timbalan Presiden MCA Chan Kong Choy yang dituduh mendapat manfaat daripada perjanjian saman trafik automatik.

"Jadi pasti saman trafik tidak berkait dengan MCA? Kalau begitu mestilah Umno. Siapa lagi yang boleh menghisap darah daripada rakyat seperti yang mereka lakukan," bekas menteri Umno Zaid Ibrahim berkata di Twitter.

Komen Zaid mungkin nampak mengutuk tetapi ia tidak jauh dari apa yang ramai orang fikir selepas membunuh tawaran perniagaan yang jelas memihak kepada kroni berkaitan Umno baru-baru ini.

Orang-orang Najib


Bagi kontrak saman trafik automatik, dakwaan rasuah lebih dekat dengan Najib kerana Omar dikenali sebagai salah satu 'koperasinya' dalam menjaga media, minyak dan gas. Beliau merupakan pengarah di firma petroleum negara Petronas dan juga mengetuai perundingan nasihat Ethos beliau sendiri.

Omar juga telah dituduh menerajui saham awal Tawaran Awam Felda yang penuh kontroversi, yang telah dituduh sebagai muslihat untuk memberi manfaat kepada pembank korporat dan pada masa yang sama membahayakan tanah peneroka.

Pengarah Ethos Chee Chwee Cheong disenaraikan sebagai pengarah ATES Sdn Bhd, salah satu dari 2 firma yang telah diberikan projek tersebut. Yang lain adalah Beta Tegap, yang telah dituduh dikaitkan dengan Persatuan Cina Malaysia atau MCA.

"Saya ingin menegaskan bahawa ia bukan sebuah syarikat yang berkaitan dengan MCA dan saya tidak pernah dengar nama syarikat ini. MCA ingin memastikan ia jelas bahawa parti itu tidak terlibat dan tidak mempunyai peranan untuk dimainkan di dalam syarikat yang diberi kontrak tersebut," kata Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal petang ini, menyebabkan komen dari Zaid.

Ikan kecil yang dimakan oleh ikan besar


Bekas orang kuat MCA Kong Choy, yang kini menghadapi percubaan kerana menipu kerajaan semasa beliau merupakan MenteriPengangkutan dalam skandal RM12.5bilion PKFZ, merupakan satu lagi personaliti yang berprofil tinggi yang dikhabarkan dikaitkan dengan perjanjian saman trafik automatik. Dia tidak membuat sebarang kenyataan lagi.

Bukan sahaja Pembangkang dan orang awam terkejut pada cubaan jelas terkini oleh pentadbiran Najib untuk membuat wang dengan mengorbankan rakyat, polis juga tidak berpuas hati dengan sistem baru ini.

Sesiapa yang biasa dengan rasuah endemik dalam sistem pentadbiran Malaysia termasuk pasukan polis akan memahami bahawa sebuah projek sedemikian secara literalnya menyambar 'jelapang padi' mereka dari depan mata mereka dan mereka tidak akan lagi mempunyai peluang yang banyak untuk mendapatkan rasuah daripada pemandu kenderaan yang melanggar peraturan.
Rasuah pun untuk orang kaya!


Walaubagaimanapun, rasuah adalah jauh dari boleh dihapuskan dan sedang 'dikorporatkan' sebaliknya, berkata pemimpin Pakatan Rakyat - menunjuk kepada pulangan yang terlalu tinggi 17% yang diberikan oleh pentadbiran Najib untuk ATES dan Beta bagi apa yang pada dasarnya adalah sebuah syarikat bebas risiko.

Bukannya wang rasuah yang diperolehi oleh polis trafik, tetapi kini ia menjadi 'sah di sisi undang-undang' yang diperolehi melalui pulangan melambung yang diberikan kepada firma kroni.

"Isu utama adalah, mengapa tiada tender terbuka yang berdaya saing? Mengapa tidak menganugerahkannya kepada syarikat terbaik, yang paling layak? Adakah projek tersebut akan berjaya? Adakah mereka lebih dipercayai?" Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu media semasa hujung minggu."

Menurut Lim, 17% adalah terlalu pemurah bagi pulangan untuk ATES dan Beta, kerana norma pasaran biasa adalah antara 8 hingga 10%. Apa yang 2 firma tersebut perlu lakukan ialah untuk memastikan bahawa mereka boleh menampung kos pelaburan mereka dan membayar sebarang lebihan melebihi 17% kembali kepada kerajaan.

Terlalu murah hati


Menurut laporan berita baru-baru ini, ATES dan Beta akan menghabiskan antara RM300juta kepada RM400juta setiap satu untuk menubuhkan kamera trafik di 831 "kawasan hitam" di seluruh negara. Kedua-dua ATES dan Beta Tegap berhak mendapat RM16 bagi setiap saman yang sah untuk lima juta saman pertama yang dikeluarkan. Mereka kemudiannya akan membahagikan hasil bakinya dengan sekata dengan kerajaan sehingga kepada had sebanyak RM270juta setiap satu, The Edge telah melaporkan.

Firma tersebut masing-masing akan menerima 7.5 peratus daripada hasil baki dan kerajaan akan menyimpan selebihnya. Setiap syarikat mungkin akan mengeluarkan 10 juta saman yang sah sepanjang tempoh lima tahun dari mana semua saman yang dibayar akan dimasukkan ke dalam dana dari mana firma tersebut akan mengembalikan pelaburan mereka.

Ia juga dianggarkan bahawa separuh daripada saman itu semua, masing-masing membawa penalti sebanyak RM300, yang akan dibayar, menyebabkan saiz dana sebanyak RM1.5bilion bagi setiap syarikat. Ini akan berjumlah RM416juta yang dibayar kepada setiap kontraktor. Ini akan menjadi pulangan besar jika syarikat tersebut berjaya untuk mengekalkan kos hampir kepada RM300juta, walaupun seluruh pelaburan diturunkan selepas konsesi lima tahun.Malaysia Chronicle

Mee maggi' dan 'roti bun' manakala anak-anak pemimpin BN menjadi jutawan pada umur 20an

Posted: 18 Apr 2012 11:16 PM PDT

Written by  J. D. Lovrenciear




Isu PTPTN yang berterusan benar-benar jelas. Adalah amat mungkin ia akan menjadi seperti pepatah iaitu batu yang mematahkan belakang unta bagi BN.

Cuma ambil kira kenyataan Tun Dr Mahathir. Dia mengatakan bahawa ia adalah saudara Anwar Ibrahim yang meletakkan sistem pinjaman pendidikan di tempatnya apabila DSAI merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Sekarang sebarang oarang bodoh tidak berpelajaran akan menjawab dengan tajam, "Habis tu, apa yang anda buat sebagai bos ketika itu? Bukankah anda boleh menghalangnya"

Jika Tun Dr tidak mengangkat jari untuk membuang idea Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkenalkan PTPTN, maka bukankah ia bermakna bahawa PM ketika itu adalah lebih bersalah kerana memberikan beban tidak wajar ini kepada warga muda kita dan keluarga mereka?

Jutawan dilepaskan tetapi pelajar tidak

Pelajar tidak salah kerana bertanya mengapa kerajaan yang diketuai BN boleh membiarkan jutawan dan kroni melepaskan diri begitu sahaja bebas daripada skandal berbilion-bilion ringgit dan salah urus manakala graduan miskin dengan gabungan permulaan gaji RM1,500 dihukum tanpa belas kasihan kerana tidak membayar balik pinjaman beberapa ribu ringgit.


Pelajar bertanya ke mana semua wang besar dari hasil minyak pergi. Mereka bertanya kenapa pula Tun masih mempunyai pejabat yang sangat bagus dan premium untuk dirinya sendiri di Menara Berkembar PETRONAS apabila dia tidak lagi bekerja sebagai perdana menteri. Mereka mahu tahu dari mana datangnya duit sewa, apatah lagi penyelenggaraan pejabat peribadinya.

Mereka bertanya soalan ini kerana mereka tidak dapat menikmati walaupun satu ringgit sebagai bantuan untuk yuran manakala ramai menteri mempunyai gaya hidup yang mewah.

Anak kepada pemimpin BN leaders menjadi jutawan dalam umur 20an


Pelajar menjadi marah kerana mereka membaca tentang anak lelaki dan anak perempuan orang yang berpengaruh di dalam tambak kuasa BN, menikmati gaya hidup mewah, memandu kereta eksotik dan menjadi jutawan di usia dua puluhan mereka manakala puluhan ribu pelajar perlu meminjam untuk belajar dan akhirnya seksa untuk membayar balik pinjaman.

Pelajar tidak salah kerana menuntut jawapan apabila mereka menyaksikan kisah seperti cow-gate, anak-gate, toll-gate, aman-get dan pelbagai pintu lain yang mengaut faedah dan bonus dan kemewahan berlebih-lebihan sedangkan pelajar perlu makan mee maggi untuk menghadapi universiti .

Mee maggi dan roti bun


Pendidikan merupakan nadi bagi kemajuan dan pembangunan negara. Pendidikan adalah harapan untuk negarabangsa. Pendidikan merupakan pelaburan untuk masa depan.

Tetapi apabila pendidikan adalah sesuatu yang anda perlu kenakan dengan pembayaran balik, inspirasi dan motivasi untuk cemerlang menjadi kurang penting. Meletakkan makanan untuk keluarga di atas meja pula menjadi satu keutamaan.

Adakah menteri-menteri terutamanya Menteri Pendidikan tahu bahawa terdapat ramai pelajar yang masuk tidur dengan Mee maggi dan roti bun dalam perut mereka pada kebanyakan malam? Sudah tentu mereka akan menafikan perkara ini.

Adakah pemimpin BN dan kaki bodek mereka tahu bahawa pelajar kekejangan di bilik mereka untuk menyimpan wang bagi membayar sewa?

Adakah orang-orang BN tahu bahawa ramai ibu-bapa meminjam wang dan menggunakan kad kredit dan berkorban atas perbelanjaan asas peribadi mereka semata-mata untuk memberi sedikit wang tambahan kepada anak-anak mereka untuk membeli itu dan ini dan melaksanakan mereka projek ketika di universiti?

Mengapa kita merendahkan pemimpin masa depan kita dan pembina negara menjadi pengemis melalui skim PTPTN? Adakah perletakan Menara Berkembar jauh lebih penting kepada pembinaan negara daripada tidak memberikan beban berat bagi pendidikan anak-anak kita?

Adakah tiada negara di dunia yang tidak mempunyai menara berkembar dan istana hebat tetapi telah terbukti berjaya di atas planet ini?

Blame-all Dr M

Kita boleh meminjam dan berbelanja boros untuk membina tempat kediaman yang hebat, tetapi kita tidak boleh membiarkan warga muda kita member tumpuan pada pendidikan tanpa perlu bimbang tentang pembayaran semula dan menjadi tawar hati kerana tidak ada biasiswa bagi mereka.


Kita boleh mengadakan semua jenis makan malam mewah untuk orang kaya dan terkenal, berkuasa dan berasuah, tetapi kita tidak peduli bahawa warga muda kita dalam lorong ilmu makan roti bun dan minum air kosong setiap malam.

Tanyalah pelajar, menteri-menteri. Dan ambil keberanian untuk membenarkan media arus utama anda melaporkan kebenaran dan tiada apa melainkan yang benar.

Kita telah membenarkan BN rogol dan rampas hak-hak asas belia kita kepada kekayaan di negara ini - petroleum, minyak sawit dan hasil kayu; kita terus untuk menutup kedua-dua belah mata kepada kemewahan, merebut kekayaan membuak dan pencatutan perniagaan oleh ramai pemimpin dan kroni dalam kem BN.

Dan Tun Dr Mahathir tidak malu dalam mendedahkan bahawa DSAI adalah orang yang mencipta PTPTN. Betapa rosaknya pemimpin-pemimpin kita boleh jadi dalam kepala dan hati mereka? -Malaysia Chronicle

Keputusan kes khalwat pelakon Razak Ahmad 14 Jun

Posted: 18 Apr 2012 10:48 PM PDT

KHALILAH GUSTI HASSAN

'Saksi berniat jahat'
PETALING JAYA - Selepas hampir tujuh tahun dibicarakan, kes khalwat pelakon Razak Ahmad bakal berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini memutuskan bahawa keputusan akan diketahui 14 Jun ini.

Razak, 45, yang sinonim dengan watak orang baik-baik dan alim dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan, Selamah Sahudin yang berstatus isteri orang.

Mereka dicekup pada jam 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan dekat sini.
Pendakwaan terhadapnya dibuat empat bulan selepas itu iaitu pada 27 Julai 2006.

Razak mengaku tidak bersalah manakala Selamah, 46, mengaku bersalah, lalu diarah membayar denda RM2,850 atau dipenjara tujuh bulan jika gagal.

Selamah juga mengakui kebenaran fakta kes yang menyatakan pintu rumah dan jeriji besi rumah itu dikunci dan apabila dibuka, Selamah dalam keadaan berpakaian lengkap manakala Razak sedang tidur di bilik pertama dengan hanya berseluar jeans.

PTPTN: PKR kecam samseng serang aktivis

Posted: 18 Apr 2012 10:46 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

PTPTN
SHAH ALAM - PKR Wilayah Persekutuan mengecam tindakan ganas samseng jalanan terhadap aktivis-aktivis mahasiswa, yang menyertai kempen menuntut agar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Dr Idris Ahmad berkata, tindakan tidak bertanggungjawab ini menimbulkan keresahan bukan sahaja kepada mereka yang menyertai 'Occupy Dataran', tetapi juga penduduk Kuala Lumpur yang cintakan demokrasi dan keamanan.

"Kami menggesa pihak polis melakukan siasatan menyeluruh terhadap kejadian ini dan menangkap mereka yang telah mengatur serta bertindak ganas dalam kejadian ini, seterusnya membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

"Kami juga berharap pihak polis akan berusaha dengan kerjasama semua pihak untuk memastikan yang kejadian sebegini tidak berulang," kata beliau dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi itu, 40 orang aktivis terbabit didakwa diserang 60 gengster ketika sedang berkhemah sempena kempen menuntut pemansuhan pinjaman PTPTN.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang ketika dihubungi awal pagitadi mengesahkan mereka diserang dan beberapa aktivis dimasukkan ke hospital.

"Ya, kami semua, tidak tahu siapa (mereka) dan mereka merobohkan semua khemah kami. Kami disepak, diterajang, ditumbuk dan dihalau dari Dataran. Tapi kami masih tetap di sini. Seorang sedang dapat rawatan kecederaan telah dihantar ke Hospital KL.

"Yang cedera ringan dalam lima orang sebab dipukul. Seorang dibawa ke hospital," katanya lagi.
Dr Idris mendakwa, wang kutipan derma peserta Occupy Dataran telah diambil oleh samseng-samseng ini dan turut mengakibatkan kerosakan kepada harta persendirian seperti kamera serta alat-alat elektronik lain.

Tambah Dr Idris, biarpun berbeza pendapat, tetapi jangan sesekali menggunakan kekerasan dan taktik samseng untuk menentang pendapat pihak yang lain.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Cabang PKR Segambut menyeru agar semua rakyat Malaysia khususnya penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menolak Politik Samseng.

Tiada ulasan: