DUNIACACAMARBA |
- Cerita PUNGGUNG kena RABA Pun Artis Nak Beritahu Orang?
- [Kemas Kini] Shafie Apdal Didakwa Beri Artis RM1.4 Juta dalam Tempoh 4 Bulan
- [PANAS] Pemandu Dedah Hubungan Intim MENTERI dengan ARTIS dalam Laporan Polis
- Peguam Terkemuka Ke Luar Negara Kerana Kes Skandal Scorpene dan Pembunuhan Altantuya???
- Bekas Bom Seks Indonesia Akui Sudah Lama Bertaubat
- Banduan Saman Hospital Kerana Dikhatankan Ketika Bayi
- Askar Samun, Rogol, Liwat Pendandan Rambut Dikenakan Hukuman Penjara dan Sebat
- [Video] Isu Persenda Raja: Dr Rahman Kadir Bakal Disaman (Sila Nilai Tulisannya Di Sini)
Cerita PUNGGUNG kena RABA Pun Artis Nak Beritahu Orang? Posted: 18 Apr 2012 05:31 AM PDT |
[Kemas Kini] Shafie Apdal Didakwa Beri Artis RM1.4 Juta dalam Tempoh 4 Bulan Posted: 18 Apr 2012 05:00 AM PDT [KD] KUALA LUMPUR 18 April:Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu. Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu. Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj. "Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. "Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walau bagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk. "Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. "Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang. "Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. "Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida," katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012. "Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik. "Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya. Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu. "Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya. Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. P/s: Dari mana sumber RM1.4 juta itu? |
[PANAS] Pemandu Dedah Hubungan Intim MENTERI dengan ARTIS dalam Laporan Polis Posted: 18 Apr 2012 12:52 AM PDT [KD] KUALA LUMPUR : Desas-desus mengenai hubungan intim Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dengan Zahida Rafik akhirnya terjawab apabila, pemandu peribadi selebriti itu mendedahkan skandal menteri itu dalam satu laporan polis. Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan perkara itu melalui laporan polis pada 13 Mac lalu di Balai Polis Daerah Ampang Jaya. Beliau membuat laporan itu terhadap Zahida yang didakwanya membuat laporan palsu kononnya beliau melarikan wang milik Zahida berjumlah RM200,000 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu. Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang Hafiz dan Raj. "Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. "Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk. "Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. "Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang. "Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. "Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida," katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. P/s: Kah kah kah...sepandai-pandai tupai menebuk.... |
Peguam Terkemuka Ke Luar Negara Kerana Kes Skandal Scorpene dan Pembunuhan Altantuya??? Posted: 17 Apr 2012 11:13 PM PDT [MK] Peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April. Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya – dengan salinan kepada Najib dan Rosmah – supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan. Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 semalam. Saifuddin ketika membacakan surat itu mendakwa, Shafee dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, terutamanya Najib dan isteri, untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum.Shafee juga akan menjelajah tiga negara – New York, London dan Dubai – dan kemungkinan juga Paris dan akan terlibat dalam persediaan perundangan intensif, seperti berunding dengan pelbagai pihak serta saksi mereka, dakwa Saifuddin lagi. Selain itu Shafee juga akan ditugaskan untuk merangka tuntutan dan afidavit serta mewawancara saksi yang berada di New York, London, Paris dan Basel (Switzerland), dakwanya. Tugasan Shafee itu didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan oleh kerajaan Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, yang sekali gus dijangka menyentuh kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Sharibuu, enam tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam reaksi segera berkata beliau tidak dapat mengulas isu isu sehingga kesahihan surat yang didedahkan disahkan terlebih dahulu. |
Bekas Bom Seks Indonesia Akui Sudah Lama Bertaubat Posted: 17 Apr 2012 09:15 PM PDT [HM] JAKARTA: Nama Eva Arnaz sering kali dikaitkan dengan filem panas. Hampir dalam setiap adegan dia selalu tampil seksi. Bagaimanapun, Eva sudah berubah dan kini dia dikenali dengan nama Syarifah. "Sekarang nama saya sudah ditukar menjadi Syarifah. Eva Arnaz sudah lama dilupakan," kata ibu kepada seorang anak itu kepada detikhot, semalam. Eva juga menegaskan dia sudah bertaubat. Zaman kegemilangannya sebagai artis hingga mendapat jolokan 'bom seks' telah lama ditinggalkan. "Saya sudah melupakan nama Eva Arnaz. Saya juga tidak suka jika wajah terpampang di Internet dan dikaitkan dengan cerita porno. Saya sudah berubah dan tidak seperti itu lagi," kata bekas isteri aktor Barry Prima itu. Kegiatan Eva sekarang menjadi suri rumah sepenuh masa, selain turut aktif dalam forum pengajian agama. "Saya mula mengenakan hijab sejak tahun 2000 dan sudah 12 tahun memakainya. Kehidupan sehari-hari juga dipenuhi dengan pengajian agama," katanya. - detikhot P/s: Malangnya, gambar dan klip video yang memaparkan aksi berahinya masih terus tersiar di internet. Hal ini merupakan pengajaran berguna kepada artis yang kemaruk melakonkan aksi berahi dan panas demi fulus dan nama. Jika mereka ditakdirkan bertaubat, namun aksi lakonan mereka akan kekal sampai bila-bila. |
Banduan Saman Hospital Kerana Dikhatankan Ketika Bayi Posted: 17 Apr 2012 08:57 PM PDT [HM] SIOUX FALLS (Dakota Selatan): Seorang tahanan penjara menyaman hospital di mana dia dikhatankan ketika bayi, mengatakan dia baru menyedari sejak kebelakangan ini dia telah menjalani prosedur yang melemahkan tenaga batinnya. Dean Cochrun, 28, menuntut kerugian AS$1,000 (RM3,000) sebagai ganti rugi dan kerosakan besar. Dalam kes mahkamah itu, dia juga meminta kulit organ sulit itu diganti "dengan harapan dapat menjadi sempurna semula" walaupun memaklumkan dia tidak mengharapkan penggantian semula selain kulit palsu. Cochrun yang dipenjarakan kerana kesalahan menculik memfailkan kes saman persekutuan itu terhadap Hospital Sanford, Jumaat lalu. Cochrun mendakwa seorang "doktor tidak dikenali" memperdaya ibunya untuk percaya prosedur itu perlu secara perubatan. Dia mempertikaikan bahawa prosedur itu tidak perlu, tidak etika dan tidak memberi faedah secara perubatan. "Saya baru menyedari sejak kebelakangan ini bahawa saya dikhatankan dan saya kehilangan daya kepekaan ketika melakukan persetubuhan, selain rasa kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri," katanya dalam kes mahkamah itu. Cochrun menegaskan dia mahupun pasangannya tidak "mempunyai daya kepekaan ketika melakukan hubungan seksual serta tidak mempunyai kehidupan seksual yang normal." - AP P/s: Macam-macam! |
Askar Samun, Rogol, Liwat Pendandan Rambut Dikenakan Hukuman Penjara dan Sebat Posted: 17 Apr 2012 07:43 PM PDT [Kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang bekas askar berpangkat Lans Koperal wajar dihukum penjara 15 tahun dan lapan kali sebatan selepas dia bukan sahaja memperdayakan dua pendandan rambut dengan menyamar sebagai anggota polis malah bertindak lebih keji apabila menyamun, merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap mangsanya itu. Kedua-dua pendandan rambut itu juga diugut akan dipotong kaki dengan pisau pemotong sayur jika kehendaknya tidak dilayan. Malah sewaktu melakukan kesalahan terhadap dua pendandan rambut tersebut, Hamzi Amni Zamali, 26, sedang dalam jaminan mahkamah kerana berhadapan tuduhan merogol seorang wanita lain. Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Emelia Kaswati Mohamad Khalid semalam yang menerima pengakuan salah tertuduh atas lima tuduhan berkenaan. P/s: Malaon ini patutnya dikenakan hukuman yang lebih berat. |
[Video] Isu Persenda Raja: Dr Rahman Kadir Bakal Disaman (Sila Nilai Tulisannya Di Sini) Posted: 17 Apr 2012 05:37 PM PDT Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud akan mengambil tindakan undang-undang terhadap facebooker yang turut mengaitkan beliau bersama dengan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kononnya mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Rabu lalu, oleh seorang facebooker bernama Dr Rahman Kadir. Yang berikut ialah petikan yang dikatakan ditulis oleh Dr Rahman Kadir. Saya petik dari laman MyNewsHub: 1. 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 2. Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975. 3. Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. 4. Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung. 5. Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan. 6. Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau 'sir' ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana. 7. Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing. 8. Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya. 9. Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya. 10. Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana 'murid'nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini. 11. Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia. 12. Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya. 13. Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini. 14. Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan. 15. Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, "bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia." Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut "Menteri Wanita" dan hilaian tawa berterusan. 16. Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM. 17. Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri. 18. Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong. 19. Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua. 20. Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, "Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah." Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, "i don't care". 21. Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka. 22. Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, "Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar" sambil Khalid Samad senyum dengan bangga. 23. Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan. 24. Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini. 25. Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram. 26. Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji. 27. Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara. 28. Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya. 29. Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku. 30. Daulat Tuanku. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan