Selasa, 17 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mahkamah Rayuan TOLAK Rayuan, Mualaf Semakin Sukar Selamatkan Akidah Anak

Posted: 17 Apr 2012 06:28 AM PDT

Cerita Riduan boleh dibaca di sini.

[Bernama] PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Selasa menolak rayuan yang dikemukakan seorang bapa mualaf terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan hak penjagaan tiga anaknya yang telah diislamkannya kepada bekas isterinya yang beragama Hindu.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim, Datuk Zaharah Ibrahim menolak dengan kos permohonan Muhammad Ridzuan Abdullah atau sebelum memeluk agama Islam dikenali sebagai K. Patmanathan, bagi pelanjutan masa untuk memfailkan rekod rayuan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim, Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim, Datuk Clement Allan Skinner.

Panel itu sebulat suara menolak permohonan Ridzuan selepas mereka berpuas hati bahawa tidak terdapat asas atau keadaan khusus untuk memberikan pelanjutan masa untuk beliau memfailkan rekod rayuan.

Ridzuan memfailkan notis rayuan pada 11 Mac, 2010 dan diperlukan memfailkan rekod rayuan itu dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh memfailkan notis rayuan tetapi peguam Ridzuan yang terdahulu tidak berbuat demikian.

Pada 11 Mac, 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14 dan Prasana Diksa (Ummu Habibah), 4, kepada Indira tetapi membenarkan Ridzuan melawat anaknya itu seminggu sekali.

Mahkamah memerintahkan Prasana Diksa, yang tinggal bersama Ridzuan, dipulangkan kepada Indira dan dua lagi anak yang tinggal bersama Indira, kekal di bawah penjagaan wanita berusia 37 tahun itu.

Ridzuan, 43, memeluk Islam pada April 2009 dan kemudiannya turut menukar agama tiga anaknya kepada Islam pada 2 April, 2009 tanpa kebenaran Indira.

Pada 24 April tahun yang sama, Indira mendapat perintah hak penjagaan sementara daripada Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pada 29 Oktober tahun yang sama, Ridzuan, yang diwakili peguam Anas Fauzi, memperoleh perintah mahkamah daripada Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anaknya itu kepadanya
.

Peguam yang mewakili Indira, M.Kulasegaran, yang juga anggota Parlimen Ipoh Barat berkata, sehingga hari ini, usaha mereka untuk mengesan Ridzuan dan anak bongsunya itu tidak berjaya.



P/s: Sebenarnya, masa inilah untuk melihat KESUNGGUHAN dan JASA UMNO memperjuangkan dan memartabatkan Islam di negara ini, masa inilah untuk melihat KEIKHLASAN puak Hasan Ali, Perkasa, dan segala macam NGO memperjuangkan Islam di negara ini. Namun sejak mualaf ini menyuarakan rayuan dalam HD tempoh hari tiada sesiapa pun daripada puak ini bangkit bersuara.

Saudara, ridak perlulah menulis panjang tentang isu ini kerana Perlembagaan nukilan penjajah mengatasi kuasa mahkamah syariah di negara ini.

Salah siapa? Cuba tanya bekas MP dan MP UMNO yang sejak merdeka menguasai Dewan Rakyat dan memegang kuasa di negara ini.


[Wajib Baca] Siapa yang UNTUNG BESAR dengan Wujudnya PTPTN?

Posted: 17 Apr 2012 02:03 AM PDT


Pemansuhan PTPTN: Satu ancaman kepada Kapitalisme

[MR] Hari ini, ramai anak muda dan mahasiswa dicederakan dan diintimidasi secara kasar oleh pihak polis dan DBKL untuk memusnahkan khemah-khemah yang didirikan untuk meluahkan perasaan menentang PTPTN.  Ia adalah reaksi spontan daripada anak muda melalui "Occupy Dataran" untuk tuntutan Pendidikan Percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tinggi melalui tabung PTPTN.

Dua hari terdahulu, sekumpulan anak muda dan mahasiswa telah berdemonstrasi untuk tuntutan yang sama dan satu mesej yang jelas telah diberikan bahawa agenda untuk menjadikan golongan terpelajar senantiasa di bawah telunjuk kerajaan adalah tidak mungkin berpanjangan.  Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan.  Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?

PTPTN atau Perbadanan Tabung PendidikanTinggi Nasioanal ditubuhkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada penuntut pengajian tinggi dan selepas belajar, para penghutang ini perlu membayar balik dengan tambahan faedah pengurusan (baca=bunga) sebanyak 4%.  Kini kadar faedah bunganya ialah 1%.  Menurut Perdana Menteri Malaysia, sejak dimulakan sehingga sekarang sebanyak RM 43 billion telah dipinjamkan oleh tabung ini dan tahun lalu sahaja lebih kurang RM4 billion telah dikeluarkan sebagai pinjaman kepada para penuntut.  Tetapi menurut kepimpinan PKR, jumlah sebenar hanyalah RM 27.5 billion sahaja dan baki pinjaman sekarang adalah lebih kurang RM24.7 billion.

Walau apapun angka yang diberitahu, isu yang lebih penting ialah mengapa berbillion ringit telah dikeluarkan sebagai pinjaman?  Jawapannya hanya satu.  Kenaikan yuran pengajian yang melambung tinggi di awam dan swasta.  Lebih-lebih lagi, penubuhan ratusan kolej-kolej untuk penawaran pendidikan tinggi dari sijil hinggalah ke Sarjana dan PhD.  Sekiranya, sebuah kursus dikenakan bayaran lebih kurang RM 22,000 di universiti / kolej awam, mengapakah bayarannya lebih dua kali ganda di kolej swasta untuk pengajian kursus yang sama?  Siapa yang benarkannya?  Siapa yang memantaunya? Kerajaan atau "bapa"nya di sektor swasta?

Siapa yang untung di sini?  Jom kita ambil kursus kejururawatan di Malaysia!  Kolej manakah yang menerima pinjaman PTPTN tertinggi di Malaysia?  Kolej Masterskill! Pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM145.5 juta.  Tetapi, tahukah kita bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin  Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak.  Untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta.  Siapa yang merasai keuntungan ini?

Di pihak yang lagi satu?  Anak muda kita yang menuntut kursus kejururawatan ini.  Apakah nasib mereka?  Statistik menunjukkan lebih kurang 37,000 pelajar sedang mengikuti kursus tersebut di IPTS tetapi pasaran swasta hanya memerlukan 1,400 orang setahun.  Jika 37,000 penuntut ini dibahagi tiga untuk nilai keluaran ke pasaran setiap tahun, maka lebih kurang 12,000 pelajar ini akan membanjiri pasaran untuk 1,400 peluang pekerjaan.  Apakah nasib mereka yang tidak mungkin akan mendapat kerja? Bukankah ini satu skandal/penipuan kepada anak muda kita hanya semata-mata untuk mencarikan keuntungan melalui peruntukan PTPTN kepada adik beradik dan anak-anak VIP kita.

Siapa yang untung?  Satu kalkulasi ringkas menunjukkan untuk 12,000 pelajar kejururawatan yang dikeluarkan setiap tahun, jika didarabkan keuntungan kasar sebanyak RM 25,000 seorang, maka pihak institusi mendapat untung RM300 juta.  Bagaimana pula untuk kursus-kursus yang lain.  Berapakah keuntungan yang masuk ke kocek koperat.  Siapa yang untung?  Pihak yang memiliki institusi atau penuntut institusi?

Pembocoran skandal ini oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma yang diterajui oleh Pemuda Sosialis PSM dan Ahli Parlimen Sg Siput masih tidak mendapat jawapan atau reaksi daripada pihak berkuasa.

Satu lagi persoalan yang sepatutnya popular ialah mengapa kerajaan memberi reaksi yang keterlaluan apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya?  Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan dengan kenyataan pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera.  Sebenarnya semua sebab-sebab ini tidak mendapat reaksi yang sepatutnya kerana Laporan Audit oleh pihak kerajaan sendiri menyatakan ketirisan pengurusan kerajaan akibat korupsi, kronisma dan penyalahgunaan kuasa, mencecah hampir RM28 billion untuk setiap tahun.  Maka apakah sebabnya reaksi sebegini?

Kerajaan telah mengumumkan pojek perkongsian dengan sektor swasta untuk sistem pendidikan dan perkhidmatan awam lain melalui Rancangan Malaysia ke-10.  Walaupun projek "penswastaan" pendidikan ini tidak diheboh-hebohkan, beberapa siri tindakan lanjutan telah diambil termasuk pembinaan ribuan tadika di bawah projek Permata (idea Rosmah) dan pemberian kuasa autonomi kepada universiti tempatan dan sekolah.  Antara kuasa yang diberikan ialah kemasukan penaja swasta ke sekolah dan universiti.  Maka, kuasa tambahan yang diberi termasuk penentuan yuran, pemilihan pelajar dan pendidik serta pengrekrutan tenaga kerja sokongan (pekebun,penjaga keselamatan dan sebagainya).

Isunya, pasaran pendidikan telah dibuka seluas-luasnya oleh Kerajaan BN dan lidah korporat ternganga-nganga untuk menghisap keuntungan yang bakal disajikan.  Maka, propaganda pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN jelas satu ancaman kepada cita-cita mereka.  Maka, dicucuk boneka-bonekanya di kerajaan untuk bangun menentang tuntutan populis tersebut.  Rakyat pada umumnya dan anak muda /mahasiswa memang terpikat dengan idea pemansuhan PTPTN dan ini jelas meruncingkan kepentingan golongan koperat.

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menghebohkan sistem pendidikan negara akan terbebas daripada cengkaman pasaran/pemodal (baca = mereka masih belum bersedia), sekurang-kurangnya penerapan idea reformis untuk pendidikan percuma / penghapusan PTPTN adalah terlalu dialu-alukan pada ketika ini dan mendapat sokongan penuh daripada Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

Apa yang kami impikan ialah satu sistem pendidikan percuma yang bebas daripada pasaran/pemodal selaras dengan tuntutan umum "Pendidikan Bukan Untuk Diniagakan".

Anak Muda Kuasa Perubahan

*Karthiges ialah Penyelaras Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma.


Penyokong UMNO Tunjuk Tanda F***, Contohi Siapa? Orang Ini?

Posted: 17 Apr 2012 12:07 AM PDT


Orang ini?


P/s: Jahanam moral Melayu di bawah UMCO!

[Video-Wajib Tonton] Pendedahan Penyelewengan Duit Rakyat dalam TLDM oleh Bekas Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid

Posted: 16 Apr 2012 11:16 PM PDT




Saudara, orang yang membongkar hal ini bukan orang luar, tetapi bekas pegawai tinggi TLDM yang tidak sanggup melihat penyelewengan duit rakyat oleh pengkhianat bangsa. Kata-katanya bukanlah kata-kata kosong kerana beliau melihat sendiri salah laku dan penyelewengan membabitkan pembelian dan pembinaan kapal/aset TLDM. 

Tolak BN untuk memastikan duit rakyat tidak diselewengkan untuk tembolok diri dan kroni mereka.



[Video] Gobala Dakwa Anwar Tawar Projek RM440 Juta, Kerusi Parlimen/DUN, dan Jawatan Selepas PRU13

Posted: 16 Apr 2012 09:16 PM PDT







P/s: Kah kah kah! 

 Bingailah kalau PKR menerima pengkhianat ini semula. Itu satu hal. Yang lagi mengejutkan apabila MP Katak ini mendakwa utusan Anwar menawarkan projek bernilai RM440 juta (hampir setengan bilion) kepadanya. Kalau RM440 mungkin ada seorang dua yang percaya...

Kasihan TM tengok MP Katak menagih simpati menggunakan pelbagai cara untuk menjadi calon dalam PRU13. Kadang-kadang apabila sudah terdesak imaginasi juga jadi kacau-bilau.

  

Budak Tingkatan Lima Ponteng Sekolah, Kantoi Khalwat dengan Teman Lelaki

Posted: 16 Apr 2012 08:30 PM PDT


[SH] SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


P/s: Takziah kepada ibu bapa pelajar ini. Buah baru berputik mungkin sudah ditebuk tupai!


3 "Botak" Dituduh Rogol Budak Tingkatan 2

Posted: 16 Apr 2012 07:45 PM PDT


[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang baru bergelar bapa dalam tempoh hanya beberapa hari dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan bersubahat dengan dua rakannya dalam kejadian rogol pelajar tingkatan dua, awal April lalu.

Tertuduh, Nor Shahrul Zuraimie Noruddin, 20, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut, didakwa dengan sengaja telah bersubahat dengan dua rakannya merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Tembila, Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut, pada 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi.

Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja sebagai buruh itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 116 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Zulfazliah Mahmud di hada­pan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Zainal Abidin menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.

Sementara itu, dua rakannya, yang juga bekerja sebagai buruh itu turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasi­ngan, semalam atas dakwaan merogol mangsa.

Bagi tertuduh, Abdullah Che Pa, 19, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut didakwa dengan sengaja telah merogol mangsa pada 2 April lalu antara jam lebih kurang 9 malam hingga 11 malam.

Abdullah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Manakala bagi tertuduh, Faizol Yaacob, 22, dari Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut didakwa merogol mangsa pada keeso­kan harinya iaitu 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi di rumah sama.

Dengan itu, Faizol didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh di penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan berkenaan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua mereka dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin.



Tiada ulasan: