Isnin, 16 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Tohmahan Persenda Raja: Mari Dengar Penjelasan Ahli Parlimen PR

Posted: 16 Apr 2012 08:35 AM PDT

Apa masalah dengan gambar ini?

[SH] KUALA LUMPUR – Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa terlibat mempersendakan pemimpin negara dan Raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Rabu lalu enggan menjawab secara jelas atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu.

Azmin Ali dan Tian Chua dari PKR serta Khalid Samad dari Pas sebaliknya mempersoalkan kesahihan dakwaan serta kredibiliti Dr Rahman Kadir, seorang pegawai perubatan yang mendedahkan mengenai kejadian pada hari Rabu lalu itu.

Malah, Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR seperti biasa terus menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan.


"Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN.

"Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?"
katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Rahman melalui akaun Facebook mendakwa Azmin, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled terlibat dalam kejadian pada pagi hari Rabu itu.

Berikutan itu, Utusan Malaysia yang memuatkan berita tersebut di muka depan dua hari kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak, antaranya mahu tindakan tegas diambil ke atas individu terlibat serta mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat insiden berkenaan.

Sementara itu, Tian Chua menolak hasrat pihak tertentu berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana mendakwa Dr Rahman tidak mempunyai bukti kukuh atau saksi berkaitan kejadian tersebut.

"Bagaimana apabila seorang tuduh, tidak ada saksi, tidak ada `substance' dalam tuduhan mereka dan tiba-tiba nak buat Suruhanjaya Diraja, buat apa?" katanya, yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita itu tanpa memeriksa kesahihannya.

Khaled pula mendakwa Dr Rahman mempunyai imaginasi tinggi apabila berupaya "membayangkan" perbualan anggota Parlimen pembangkang di majlis itu kerana kedudukan dalam Balairong Seri tidak membolehkan sebarang individu biasa mendengar butiran perbualan.

"... atau mungkin juga Dr Rahman ini terkeliru kerana sebelum Raja-raja Melayu dan pembesar negara masuk ke Balairong Seri, anggota Parlimen pembangkang yang telah menunggu selama dua jam ada berbual mengenai perkara lain," katanya.










[Video] Anwar: Akta Baharu Ganti ISA Lebih Keras

Posted: 16 Apr 2012 08:15 AM PDT

 
[HD] KUALA LUMPUR, 16 April: Pakatan Rakyat menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun membantah pindaan Rang Undang-undang (RUU) yang disifatkan sebagai lebih keras.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa perkara dalam RUU Keselamatan 2012 bercanggah dengan prinsip menghormati demokrasi.

Beliau merujuk kepada fasal 4 RUU tersebut yang menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan.

Ia ada menyebut bahawa mereka yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan.

Kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada mahkamah bukan seperti peruntukan dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman kecuali dalam tatacara tahanan.

"Apa yang kita bantah ialah cadangan pindaan peruntukan yang memperkenalkan peruntukan yang lebih keras daripada sebelum ini.

"Sekarang (RUU baru) kita rujuk ke mahkamah tapi semua mandatori. Pendakwa hanya bangun dan katakan tahanan perlu ditahan semula. Hakim tidak ada pilihan.

"Apa beza dengan ISA? ISA guna Jabatan Peguam Negara dan polis untuk tahan orang tetapi sekarang guna mahkamah tapi mahkamah tak ada peranan seperti mahkamah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum itu, sewaktu berbahas di dalam dewan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa RUU itu kepada Jawatankuasa Khas Parlimen sebelum dibahaskan.

Katanya, masa sehari yang diperuntukkan untuk membahaskan RUU tersebut tidak mencukupi kerana banyak isu-isu yang berbangkit.

"Saya mengusulkan Perdana Menteri menimbangkan secara serius dalam jawatankuasa khas sebelum kita luluskan dalam waktu yang cukup terbatas.

"Kalau ada semangat nak memperjuangkan demokrasi apa salahnya dirujuk supaya diteliti dan tidak diserahkan hanya kepada kerajaan dan peguam negara untuk diptuskan dan diluluskan dalam masa sehari," katanya.

Terdahulu, RUU Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri.
 
 
 
 

Isu Hina Raja Helah Tenggelamkan Projek IC untuk Warga Asing

Posted: 16 Apr 2012 07:31 AM PDT


[SH] ALOR SETAR - Pas menyifatkan dakwaan kononnya pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu sebagai helah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menenggelamkan isu yang lebih penting yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu terbabit sengaja ditimbulkan di saat PRU13 semakin hampir bagi menutup isu sebenar.

"Saya anggap itu berita PRU13. Isu ini sengaja dibangkitkan untuk menutup isu sebenar yang kita bangkitkan, antaranya pendedahan kewujudan 'task force' memberi kerakyatan kepada warga asing dan penipuan dalam proses mengundi," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah, di Kompleks Pas Kedah di sini sempena lawatan kerja sehari ke Kedah, semalam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendedahan beliau berhubung wujudnya pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kerakyatan kepada warga asing di negara ini adalah isu yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding isu remeh yang dibangkitkan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda Raja-Raja Melayu.

"Yang menjadi ancaman lebih besar kepada institusi diraja dan kedaulatan negara adalah kes babitkan warga asing, bukannya isu remeh seperti itu. Kes berkenaan yang sebenarnya akan menghakis institusi Raja-Raja Melayu dalam tempoh tertentu," katanya.

Menurutnya, sekiranya berlarutan, tidak mustahil ia turut mengancam keselamatan negara.

"Warga asing ini berada di luar budaya perlembagan diraja, negara mereka tidak amalkan sistem beraja. Apabila mereka diberi kerakyatan dan mengundi, kesannya amat besar termasuk boleh menjejaskan kedaulatan institusi diraja," katanya.

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan, Dr Rahman Kadir dalam blognya mendedahkan beberapa pemimpin pembangkang didakwa bersikap biadap dengan mempersenda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.

Mahfuz berkata, gerakan Anti Pemalsuan IC (API) dibentuk untuk merangka tindakan bersesuaian bagi membolehkan dakwaan itu disiasat.

"Langkah pertama ialah menghantar memorandum tuntutan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pendedahan itu," katanya.

Mahfuz yang juga Pengerusi API berkata, semua maklumat yang diperolehnya hanya akan diserahkan kepada suruhanjaya terbabit bagi menjamin keselamatan sumber maklumat.

"Buat masa ini saya tidak dapat dedahkan maklumat. Saya berani katakan, gerakan pasukan khas itu beroperasi dari Pejabat Perdana Menteri," katanya.
          
Menurutnya, berdasarkan laporan interim Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah.

"Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh di setiap negeri," katanya.

Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini, diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.


 P/s: Bilalah orang yang dinamakan oleh Mahfuz mahu menafikan penglibatan mereka atau menyaman Mahfuz?


[Wajib Baca] Surat Terbuka untuk Pejuang Melayu

Posted: 16 Apr 2012 07:00 AM PDT


Ramai kalangan individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, secara laungan lisan yang bersuara dan tulisan yang dicatit di dada akhabar, majalah dan sepanduk yang direntang, semuanya penuh bersemangat yang berkobar-kobar, sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar-benar ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu.

Saya ulangi kenyataan saya, bahawa tidak menjadi salah, kecintaan seseorang itu, atau kumpulannya atau bangsanya terhadap bangsanya, kerana inilah sifat semula jadi manusia yang disebut fitrah atau naluri, tetapi sifat fitrah juga adanya dalam alam dunia ini berbagai bangsa, suku kaum, berkeluarga yang hidup secara bermasyarakat, sehingga tidak mungkin bersendirian. Inilah ketetapan Allah pencipta alam yang dipuji setiap rakaat sembahyang. Allah berfirman (maksudnya): Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujurat: 13)

Kita tidak dapat menghapuskan sifat fitrah kecintaan kepada bangsa, samalah juga tidak boleh menghapuskan wujudnya berbagai bangsa, serta tidak dapat menghapuskan wajibnya hidup bermasyarakat, sehingga Ibnu Khaldun, seorang tokoh ilmuan sedunia menegaskan ;"Manusia itu bersifat masyarakat madani secara tabiinya".

Nabi Muhammad s.a.w yang dilantik menjadi Rasul kepada seluruh manusia juga sayangkan bangsa dan tanah air, tetapi kesayangan dan kecintaan itu diatur dengan petunjuk Islam, tanpa merosakkan hubungan kemanusiaan di kalangan berbagai bangsa dan suku kaum serta berbagai agama yang wajib hidup bermasyarakat, walaupun menegaskan hanya Islam yang diakui benarnya. Namun tidak boleh memaksa sesama manusia, kerana keperluan manusia seluruhnya dalam kehidupan dunia, sebelum berpijak ke alam akhirat, tidak boleh dihasilkan secara individu sahaja dan satu bangsa sahaja dan satu suku kaum sahaja.

Sempadannya ialah menegakkan Islam yang adil untuk semua. Sempadannya haram berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, sehingga zalim itu diharamkan terhadap kaum lain dan diharamkan juga membela kezaliman kaum dan bangsanya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
سنن أبي داود - (ج 13 / ص 325)

Maksudnya: (Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asabiyyah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang di atas tujuan asabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati di atas perjuangan asobiyyah).

Asabiyyah itu ialah fanatik terhadap kaum bangsa sendiri kerana kasih tanpa dasar yang benar dan adil sehingga menzalimi terhadap kaum dan bangsa lain dalam semua urusan cara hidup dan beragama.

Maka Islam telah berjaya menyelamatkan bangsa Arab dengan Islam, sehingga menghapuskan asabiyyah kabilah suku kaum sesama bangsa Arab yang berperang sejak ribuan tahun dan permusuhan bangsa Arab terhadap bangsa lain, sehingga bangsa Arab setelah menganut Islam berjaya menjadi kuasa besar dunia yang mengambil alih pengaruh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom di zamannya.

Bangsa Arab yang memimpin negara kuasa besar Islam akhirnya berjaya menerima masyarakat majmuk kalangan berbagai bangsa dan berbagai agama yang berlainan dengan Islam. Walaupun penganut Islam diwajibkan berdakwah mengajak manusia kepada Islam, tetapi diharamkan memaksa terhadap penganut agama lain, diharamkan zalim, serta diwajibkan berlaku adil terhadap semua manusia, binatang dan alam seluruhnya. Akhirnya Islam berjaya mengumpulkan daripada masyarakat majmuk itu, ilmu duniawi yang memberi manfaat dari segi kemanusiaan daripada berbagai bangsa dan penganut agama, sehingga berjaya melahirkan tamadun majmuk yang menyumbang kepada dunia seluruhnya sehingga hari ini.

Kejatuhan dua kuasa besar dunia berlaku di zaman khalifah kedua Umar bin al- Khattab r.a. Apabila khalifah dijemput datang oleh paderi besar Bait al-Maqdis yang sangat gembira dengan kejatuhan kuasa besar Rom yang zalim terhadap mereka sejak beberapa abad. Khalifah disambut oleh para pemimpin kalangan para sahabat yang berbangsa Arab menyampaikan ucapannya yang masyhur, antara lain menegaskan:

"Kita adalah kaum bangsa yang diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari yang lain daripada Islam untuk mencapai kemuliaan kononnya, nescaya kita ditimpa hukuman menjadi kaum bangsa yang hina".

Kenyataan ini berasaskan firman Allah: Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri, dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sangat berhajat kepada pertolongan Allah; dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad: 38)

Firman Allah dan ucapan ini menjadi kenyataan, apabila bangsa Arab yang memimpin umat Islam tidak lagi berpegang kepada Islam kerana leka dengan kuasa yang dijadikan peluang mengumpul harta kekayaan dan kemewahan. Maka Allah menukarkan kepimpinan kepada kalangan kaum bangsa bukan Arab, penganut Islam yang berpegang dengan Islam yang sempurna secara silih berganti di kalangan berbagai bangsa yang menganut Islam dan beramal dengannya dalam seluruh cara hidup. Apabila seluruh bangsa umat Islam bersemangat bangsa masing-masing dan berpuak, Islamnya menjadi sampingan amalan peribadi masing-masing, sehingga urusan politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dipisahkan daripada Islam, maka umat Islam dan tanah air bumi Islam dijajah oleh kuasa asing yang menindas mereka dengan hina.

Walaupun penjajah terpaksa memberi kemerdekaan pada akhirnya, tetapi mereka berjaya mengekalkan kemerdekaan di atas semangat bangsa mengatasi petunjuk Islam. Maka kemerdekaannya tidak sampai kepada matlamat yang sebenar, kerana jasad dan tanah sahaja ditinggalkan oleh penjajah, sedangkan akal fikran dan kefahaman masih dijajah, termasuk bangsa Arab sendiri yang kaya-raya dengan hasil semula jadi yang luasnya laksana laut. Apabila semangat kebangsaan Arabnya mengatasi petunjuk Islam, menjadikan mereka terus lemah dan dipermainkan oleh kuasa-kuasa besar yang berebut dan berlumba-lumba mengambil kesempatan daripada bumi Arab, sehingga Arab boleh dilagakan sesama satu bangsa dan satu agama.

Inilah juga pendekatan semangat kebangsaan Melayu yang dibawa oleh UMNO sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan. Islam hanyalah satu religion atau agama, bukan al-Din yang dinyatakan oleh al-Quran. UMNO tidak mampu menempatkan dan melahirkan pemimpin yang perkasa dengan ilmu dan sakhsiah Islam, UMNO hanya berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dicantas kerana kesalahan rasuah sesama sendiri, atau salah laku sesama sendiri dalam perebutan pertandingan kepimpinan negara apabila berjaya memimpin parti. Maka kepimpinan dianggap peluang untuk diri, keluarga dan rakan keliling, bukannya menunaikan amanah memperkasakan bangsa bersama Islam yang sempurna, dengan iman, ilmu dan akhlak dan mampu menguasai berbagai kaum dengan menegakkan Islam adil untuk semua, yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna. Islam mengikut pendekatan UMNO, dilaksanakan secara terpilih bagi kepentingan duniawinya, bukannya memperhambakan diri menunaikan amanah daripada Allah yang menjadikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.

Agama Islam yang diterima oleh penganut agama lain menjadi agama persekutuan, kerana penganutnya adalah bangsa Melayu yang diakui oleh semua kaum kerana majoritinya, tiba-tiba tidak berjaya memuliakan bangsa Melayu sendiri dengan iman, ilmu dan akhlak, selagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin negara di atas nama Melayunya sahaja dengan pendekatan Islam terpilih mengikut para pemimpin UMNO. Walaupun orang Melayu diapikan semangat kebangsaannya yang bertopengkan Islam, sedangkan isi kandungan menipu umat, dengan media upahan dan media abdi kepadanya. Akhirnya bangsa Melayu bukan sahaja tidak boleh bertahan dengan UMNO, bahkan jatuh terhumban bersamanya.

PAS berulang kali mengajak UMNO bermuzakarah, bukan berdebat menentukan menang dan kalah, tetapi UMNO sepanjang masa tidak bersedia. Debat bukannya kerana di musim pilihanraya dan ketika terdesak, bahkan diajak sejak berpuluh tahun. Kalau UMNO ada Biro Agamanya, ilmuan agamanya, para mufti yang berada di bawah kerajaannya yang mampu merojak sumber Islam dengan bahasa al-Quran, bukannya yang berwajah ulama dalam UMNO tetapi buta bahasa al-Quran atau terlalu lemah bahasa al-Qurannya yang ramai dipergunakan. PAS juga ada Majlis Syura Ulama dan ahli Dewan Ulama yang terlalu ramai.

Tibalah masanya, para pejuang Melayu menyedari dan memahami bahawa slogan yang benar bukannya, pertahankan Melayu dahulu, Islam di belakangnya. Percayalah bahawa Melayu tidak selamat dengan diri mereka sendiri tanpa petunjuk Islam, sebagaimana Arab bangsa Rasulullah s.a.w porak-peranda sekarang, kerana kebangsaan Arabnya mengatasi Islamnya, tetapi yang sebenarnya ialah tegakkan Islam dan selamatkan bangsa dengan Islam, tunjukkan Islam yang sempurna, maka Melayu selamat dan semua kaum, bangsa dan penganut berbagai agama diselamatkan.

Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadith itu tidak menolak kasih kepada bangsa masing-masing, tetapi melarang zalim terhadap bangsa selain bangsa kita. Islam tidak menghapuskan hak sesuatu bangsa secara tabii, seperti bahasa ibunda masing-masing dan budaya kaum masing-masing, tetapi melarang menjadi jahil dan keruntuhan akhlak dan Islam melarang paksaan dalam anutan agama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua. Islam membetulkan cara hidup seluruhnya. Di sinilah perbezaan PAS dan UMNO.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

BERSIH 3.0 Tetap Dijalankan Walaupun Parlimen Bubar

Posted: 16 Apr 2012 06:30 AM PDT

 
[HD] KUALA LUMPUR, 16 April: Himpunan Bersih 3.0 mesti diteruskan walaupun kerajaan cuba membatalkannya dengan membubarkan Parlimen, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Ada kemungkinan Perdana Menteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong ke arah membubarkan Parlimen sebelum atau pada tarikh perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April dengan tujuan untuk membatalkan parhimpunan itu apabila sepenuh tumpuan dialihkan untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Bagaimanapun saya berharap apa pun terjadi, perhimpunan aman Bersih 3.0 mesti diadakan kerana hanya itulah sahaja salah satu cara terbaik untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan adil dan bersih," katanya.

Ketika para mahasiswa yang tabah dan berani mendirikan khemah di satu sudut Dataran Merdeka dan bertegas untuk terus berkhemah di situ sehingga perhimpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 diadakan, Mahfuz yakin pembatalan perhimpunan itu sewajibnya tidak berbangkit sama sekali.

"Pembubaran Parlimen bukan bermakna perhimpunan aman Bersih 3.0 mesti dibatalkan," tegas beliau.

Menurut Mahfuz, dalam keadaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bergantung hampir sepenuhnya kepada sokongan orang-orang Melayu sahaja, secara umum ramai yang percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih cenderung mengadakan pilihan raya sebelum atau selepas sebahagian umat Islam di negara ini mengerjakan haji di Mekah.

Mengambilkira perkara tersebut, katanya, tidak mungkin pilihan raya akan diadakan dari 10 hari terakhir bulan Ogos hinggalah kepada penghujung Oktober.

"Sebab itulah ramai yang menjangka pilihan raya diadakan antara bulan Mei hingga bulan Julai ini," katanya.

Mengambilkira perkara itulah, Mahfuz tidak menolak kemungkinan Najib bertindak nekad membubarkan Parlimen sebelum 28 April ini supaya tumpuan diberikan sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya dan perhimpunan Bersih terpaksa dibatalkan.

"Kalau terjadi begitu, perhimpunan Bersih tetap tidak boleh dibatalkan sebab masih ada banyak pilihan.

"Pertama, kita mesti meneruskan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

"Kedua, menjadikan hari penamaan calon sebagai medan perhimpunan Bersih 3.0 malah setiap hari dalam tempoh berkempen boleh dijadikan perhimpunan Bersih," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat keadaan menjadi lebih mudah jika setiap rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih memakai baju Bersih ketika menghadiri kempen-kempen pilihan raya.

"Sambil mengibarkan bendera mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat yang disokong, pakai baju Bersih untuk membuktikan solidariti dengan tuntutan supaya pilihan raya yang adil dan bersih diadakan di negara ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat.

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, semalam.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.

Dr Mahathir sebelum ini berkali-kali menyatakan adalah sukar bagi BN untuk mendapat majoriti dua pertiga.

[Kantoi] Akta PTPTN 1997 Digubal & Dibentang Ketika Najib Terajui Kementerian Pendidikan

Posted: 16 Apr 2012 06:00 AM PDT


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato' Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.

Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.

Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.


NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN



P/s: Patutlah pertahan PTPTN sampai sanggup mengelirukan (menipu) rakyat!





Suspek Kaki Cabul Cilik Bersiri Kuala Kangsar Ditangkap, Anak Siapa?

Posted: 16 Apr 2012 05:09 AM PDT


Tunggu untuk raba, dua remaja ditahan

[SH ]KUALA KANGSAR - Demi melampias nafsu, dua remaja belasan tahun sanggup menunggu sebelum mencabul dan meraba beberapa mangsa di sekitar kawasan berhampiran lintasan kereta api di Taman Indah, di sini.

Sejak seminggu lalu dua remaja ini termasuk pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah di Pekan Kuala Kangsar, di sini, menunggu mangsa yang kebanyakan rakan perempuan dari sekolah jenis kebangsaan Cina, semata-mata mencari peluang untuk meraba dan mencabul mereka.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral itu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis dan kedua-dua mereka berjaya diberkas dalam satu serbuan di sekitar Taman Indah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, sejak 12 April lalu beberapa laporan polis mengenai kes cabul melibatkan pelajar dari sekolah jenis kebangsaan Cina telah dibuat.

"Dua remaja ini kebiasaannya menunggu mangsa selepas tamat waktu persekolahan dan menyasarkan pelajar perempuan yang berjalan bersendirian.

"Bagi laporan pertama dan kedua, kedua-dua mangsa mendakwa dua remaja ini telah menyentuh buah dada dan perut mereka ketika melintas di landasan kereta api," katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Abdul Gaffar berkata, dalam kejadian pada 14 April (kelmarin), seorang pengadu yang juga pelajar dari sekolah jenis kebangsaan Cina mendakwa telah ditolak sehingga terjatuh dan tercedera.

"Kedua-dua remaja ini bertindak mengambil kesempatan memegang buah dada, perut serta alat sulit mangsa. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, pada 12 April sahaja, tiga kes cabul melibatkan pelajar sekolah berkenaan telah dibuat.

"Antara mangsa yang membuat laporan polis ialah pelajar berusia 14, 15 dan 16 tahun," katanya.

Katanya, susulan laporan yang dibuat dua remaja Melayu telah diberkas pada 14 April lalu dan kedua-dua mereka mengaku melakukan aksi cabul berkenaan.

"Kira-kira jam 1 petang, dua lelaki yang disyaki terlibat dengan kes ini termasuk seorang pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah lelaki di sini, telah ditahan, manakala seorang lagi remaja tidak bersekolah.

"Hasil siasatan awal, kedua-dua remaja ini mengaku telah melakukan kegiatan itu sejak seminggu lalu dan kes ini masih lagi dalam siasatan lanjut," katanya.

Difahamkan, tangkapan kedua-dua suspek turut dibantu penduduk dan pengawal keselamatan di sekitar taman itu yang sudah membuat intipan terlebih dahulu. 


P/s: Nyaris polis yang menangkap dua penjenayah remaja ini, kalaulah ahli keluarga mangsa yang menangkap mereka, bersepai gigi!




[Gambar] Wanita Dibunuh dan Dibakar

Posted: 16 Apr 2012 01:30 AM PDT



Kredit tertera pada gambar
[SH] KULIM - Seorang wanita ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dibakar di dalam lubang, kira-kira 30 meter dari tepi jalan utama menuju Bukit Putih dekat sini, jam 10.15 malam kelmarin.

Mayat mangsa dipercayai berusia 20-an dibakar dalam lubang sedalam hampir satu meter dengan tangannya diikat.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam yang menemui mangsa dalam kea­daan terbakar.

Menurutnya, daripada pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis tidak menemui sebarang pengenalan diri.

"Selepas menerima maklumat dari orang awam, polis datang ke tempat kejadian dan mendapati mayat mangsa masih lagi terbakar. Mayat yang ditemui ini didapati terbakar 100 peratus.

"Sehingga kini polis tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa dan meminta sesiapa yang mempunyai sebarang kenyataan tentang mangsa dan kejadian ini dapat berhubung terus dengan polis.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dibawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang berada di tempat kejadian berkata, polis akan menyiasat kes ini dan menahan suspek dengan segera.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk membuat laporan­ di balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah Kulim.








P/s: Kejadian ini sungguh tragis dan sadis, apatah lagi berlaku di negara paling selamat di Asia Tenggara.



Remaja Mengaku Raba ***** dan ****** Kekasihnya, Tidak Sempat ****

Posted: 16 Apr 2012 12:00 AM PDT


[SH]BALING - Seorang remaja 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling setelah dituduh mencabul kehormatan kekasihnya pada 9 April lalu di rumahnya di Kampung Seberang Ketil, Kupang, di sini.

Ketiadaan ibu dan bapa di rumah mengakibatkan tertuduh nekad membawa kekasihnya yang berumur 13 tahun itu ke rumahnya untuk bermadu asmara.

Namun, tertuduh hanya sempat meraba buah dada dan kemaluan kekasihnya setelah ayahnya pulang ke rumah secara tiba-tiba.

Tertuduh menipu ayahnya dengan mengatakan kekasihnya itu hanya seorang rakannya sebelum bertindak menghantar kekasihnya pulang ke rumah.

Perbuatan tertuduh terbongkar setelah kekasihnya itu dikatakan telah melarikan diri dari rumah dan sedang dicari oleh ahli keluarga perempuan itu.

Tindakan menghantar pulang kekasihnya membawa padah setelah keluarga kekasihnya itu curiga dengan tindakan tertuduh menghantar anak gadis keluarga itu ke rumah.

Sehubungan itu keluarga terbabit membuat laporan polis.

Tertuduh yang kelihatan tenang itu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizudin Ramli.

Berikutan tertuduh masih dibawa umur, mahkamah menetapkan 20 Mei untuk laporan akhlak sebelum diberikan hukuman yang setimpal kepada tertuduh.

Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000.

Sementara itu, seorang lagi remaja berusia 15 tahun dari Kampung Guar Reban mengaku bersalah selepas dituduh mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada 13 April lalu.

Remaja terbabit dituduh menceroboh sebuah rumah di Kampung Charuk Bemban sebelum bertindak mencabul seorang gadis di dalam rumah itu dengan meramas buah dadah gadis malang itu.

Mahkamah turut menetapkan 20 Mei untuk laporan akhlak dan mengenakan wang jaminan sebanyak RM 5,000 kepada remaja terbabit.

Remaja tersebut dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, manakala Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Timbalan Pendakwa Raya diwakili Muhamad Syaiful Akmal Mohd Razi.


P/s: Gilalah sekarang.
 Soalan yang patut ditanya kepada ibu bapa, adakah anak anak masih teruna atau dara? Bunyi kurang ajar, tetapi kalau dlihat pada situasi sekarang, relevan!



Low Classnya Kenyataan Menteri Jaga Institusi Pengajian Tinggi

Posted: 15 Apr 2012 10:56 PM PDT



Bossnya kantoi mengelirukan fakta tentang jumlah pinjaman PTPTN dan negara yang menawarkan pendidikan percuma. Kata Najib jumlah pinjaman PTPTN melebihi RM40 bilion dan menipu rakyat dengan mengatakan hanya 3 buah negara di dunia ini yang menawarkan pendidikan percuma. Walhal jika dirujuk kepada Wiki, ada 22 buah negara yang menawarkan pendidikan percuma, manakala jumlah tanggungan PTPTN hanya sekitar RM24 bilion.

 Sehingga hari ini, tiada hujah konkrit untuk membangkang cadangan PR yang mahu menghapuskan PTPTN, melainkan akhbar dan media pencacai memainkan sentimen Melayu, mendakwa negara akan bankrap dan terkini memainkan isu penglibatan DSAI dalam kelulusan PTPTN.

Dalam hal ini, kita tidak menafikan peranan beliau semasa dalam kerajaan BN dahulu. PTPTN juga pada asasnya ditubuhkan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran. Yang menjadi isu apabila PTPTN yang rata-ratanya dimanfaatkan oleh anak Melayu mengenakan cukai/caj tidak masuk akal sehingga 4% (kini 1%). Misalnya, pelajar yang meminjam RM48 ribu perlu membayar sehingga RM61 ribu termasuk RM13 ribu caj perkhidmatan. Jika dahulu Anwar mungkin terpaksa bersetuju dengan keputusan Kabinet menubuhkan PTPTN, hari ini beliau menawarkan sesuatu yang jauh lebih baik kepada generasi muda...PENDIDIKAN PERCUMA.

Lebih penting, tiada sesiapa pun yang bangun untuk membangkang hujah dan penjelasan terperinci Rafizi di sini. Pemuda UMNO dan persidangan meja bulat mereka pun hanya mampu mencadangkan penghapusan caj perkhidmatan 1% peratus (sebelum ini 4%) dan tindakan menyenarai hitam nama peminjam. Itulah yang mampu difikirkan oleh Pemuda UMNO dan ketuanya, bekas graduan universiti ternama luar negara.

Hari ini menteri yang diberi tanggungjawab menjaga institusi pendidikan tinggi mengeluarkan kenyataan "bingai" dengan meminta pelajar yang membantah PTPTN memulangkan wang pinjaman tersebut. Menteri ini melulu tanpa mengkaji hujah dan cadangan PR dalam hal ini. Sekurang-kurangnya, kajilah dahulu penjelasan PR tentang hal ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Tindakan mengeluarkan kenyatan tersebut jelas menunjukkan menteri ini dipengaruhi emosi sehingga mengeluarkan kenyataan yang amat low class, bukannya hujah balas yang konkrit dan berfakta.

Macam manalah orang yang melulu dan emosi ini diberi tanggungjawab sebagai menteri? Adakah duit PTPTN ini duit UMNO atau duit poket menteri pengajian tinggi? -DCM


P/s: Kesimpulannya, UMNO tidak mahu memberikan pendidikan percuma kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia. Kroni yang terlibat dalam IPTS kenyang dengan mengenakan yuran tinggi. Anak muda yang tamat pengajian dibebankan dengan hutan yang amat membebankan. Kroni yang terlibat dalam pelbagai sektor diberi insentif/subsidi berbilion ringgit, hutang mereka dihapuskan begitu sahaja, syarikat mereka diberi dana jika berhadapan dengan kegawatan ekonomi, manakala menteri serta keluarga diberi projek yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Apa tindakan anda untuk memastikan pendidikan percuma dapat direalisasikan di Malaysia? Tolak BN dalam PRU 13!!!


Puluhan Ribu Hadir Ceramah PAS dan Kadir Sheikh Fadzir di Baling

Posted: 15 Apr 2012 10:29 PM PDT

[HD] BALING, 16 April: Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.


(Tan Sri Kadir buat pertama kali berucap di atas pentas PAS selepas keluar Umno)

Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.

Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.

Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini.

Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti.

(Antara puluhan ribu yang menyertai ceramah Tan Sri Kadir malam tadi di Kupang)

Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah.

14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri.

Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang.

Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu.

Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya ke 13.





Perogol Remaja 15 Tahun Bergilir-gilir Direman

Posted: 15 Apr 2012 09:15 PM PDT


[SH] BALING - Ketika golongan seusia mereka sibuk mengejar cita-cita untuk masa depan, lain pula berlaku terhadap empat remaja berusia antara 13 sehingga 18 tahun, di sini yang direman tujuh hari setelah dipercayai merogol seorang gadis 15 tahun di Pasar Awam Kuala Ketil kira-kira 2.30 pagi, pada 11 April lalu.

Difahamkan mangsa dirogol lebih daripada lima orang secara bergilir-gilir mengakibatkannya terpaksa dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Terdapat dua suspek yang masih bebas dan salah seorangnya daripadanya dipercayai tinggal di Sungai Petani.

Menurut sumber, gadis berusia 15 tahun itu dibawa oleh salah seorang rakan mereka dari Sungai Petani sebelum dia dirogol beramai-ramai.

Seorang daripada suspek telah dibuang sekolah dan terlibat dalam pengawasan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

 


Tiada ulasan: