DUNIACACAMARBA |
- [Video-Wajib Tonton] Mari Dengar Bapa Altantuya Sebut Nama "NAJIB"
- TV3 Mohon Maaf Siar Adegan Bogel Filem "Into The Wild"
- Mengapa Rizab Tunai Felda Merundum Zaman Najib? Berhutang pula RM6.5 Bilion
- [Gambar] Lelaki Ditahan Kerana Potong dan Cuba Jual Kemaluan Lelaki Lain
- [PANAS] Bapa Altantuya Dakwa Anaknya ke Malaysia Untuk Berjumpa dengan NAJIB!
- Najib Mungkin Bertentang Mata dengan Bapa Altantuya, Mengapa Najib Tidak Mahu Bertemu dengannya?
- 400 Ribu Pengundi Meragukan di 35 Kerusi Parlimen
- Tragedi "Berdarah" Cinta 6 Hari
- [Video] Objek Didakwa UFO Dirakam di Ruang Udara Korea Selatan
- Percubaan Vaksin "Universal" yang Mampu Melawan 90% Jenis Kanser Tunjuk Keputusan Positif
- Ibu Saudara SAHKAN Sri Wani PEREMPUAN
- Wanita Mengaku Simbah Air Panas, Pukul, dan Masukkan Cili Padi & Kayu Mop ke dalam Kemaluan Anak Teman Lelakinya
[Video-Wajib Tonton] Mari Dengar Bapa Altantuya Sebut Nama "NAJIB" Posted: 10 Apr 2012 08:18 AM PDT | ||
TV3 Mohon Maaf Siar Adegan Bogel Filem "Into The Wild" Posted: 10 Apr 2012 07:00 AM PDT [MStar] PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu. TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Onlinedi sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak. "Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton," kata kenyataan itu. Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO's (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch. ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara. Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan "panas" dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu. Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch. "Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja," katanya. Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik. "Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan," katanya. P/s: Nasi sudah menjadi bubur. | ||
Mengapa Rizab Tunai Felda Merundum Zaman Najib? Berhutang pula RM6.5 Bilion Posted: 10 Apr 2012 06:00 AM PDT [HD] KUALA LUMPUR, 10 April: Jika Felda serius mengenai integriti korporat, bentangkan Kertas Putih kepada Parlimen dan jelaskan mengapa rizab tunai Felda merudum sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih penyeliaannya, tegas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub Menurut beliau, dalam tahun 2001, rizab tunai Felda berjumlah sehingga RM4.5 bilion dan tiada hutang. Tetapi, berdasarkan jawapan di Parlimen, katanya, rizab tunai Felda hanya berjumlah RM1.35 bilion tahun ini. Lebih mendukacitakan, kata Salahuddin, Felda berhutang pula sehingga RM6.5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Semua ini berlaku sejak Najib mengambil alih penyeliaan Felda pada tahun 2005," katanya. Satu lagi perkara penting yang mesti dilakukan untuk menunaikan ikrar integriti, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mestilah diundurkan dari jawatannya sebagai pengerusi badan tersebut, kata Salahuddin. Sambil mengalu-alukan tindakan Felda dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Pakatan Integriti (IP) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau mengingatkan, apa yang dilakukan akan dilihat sebagai pembohongan semata-mata jika Isa kekal sebagai Pengerusi Felda. "Ikrar boleh dibuat, tetapi adakah Felda dan semua entiti di bawahnya benar-benar dilihat mempunyai integriti oleh para pelabur dalam dan luar negara. "Adakah pelabur boleh yakin Felda mempunyai integriti dengan ikrar tersebut sedangkan kedudukan Isa sebagai pengerusinya terus menjadi bahan ejekan dan persendaan umum," katanya. Para pelabur, katanya, tentu tidak lupa bagaimana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak Isa sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Ketika itu, akhbar melaporkan Dr Mahathir berkata, Isa tidak sepatutnya dicalonkan dalam pilihan raya kecil itu. Beliau juga dilaporkan berkata, imej Umno terjejas jika memilih calon yang sudah pun didapati bersalah kerana rasuah politik. Pada 2005, Isa digantung jawatan dan keahliannya di dalam Umno selama dua penggal atau enam tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti itu. "Kalau Dr Mahathir kata Isa boleh menjejaskan imej Umno, adakah imej Felda tidak terjejas di kalangan masyarakat perniagaan di dalam dan di luar negara apabila beliau menjadi pengerusi badan itu?" Salahuddin mempersoalkan. Soal integriti, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, tidak sepatutnya menjadi bahan gurauan. "Menandatangani ikrar itu dan pada masa yang sama membiarkan Felda dipertikaikan integritinya adalah tindakan menjadikan integriti satu bahan gurauan. "Dan, bila SPRM pun terlibat, ia juga boleh dituduh mempermain-mainkan integriti," katanya. Bagi menunaikan ikrar integriti tersebut, Salahuddin juga meminta setiap ahli lembaga pengarah Felda dan FGV mengisytiharkan harta masing-masing serta harta keluarga mereka jika benar-benar serius tentang integriti. "Felda dan FGV juga mesti membentangkan segala akaun dan laporan audit kepada Parlimen. "Ketelusan perlu disini. Ketelusan bagaimana Felda dan FGVH diuruskan mesti selaras dengan ikrar tersebut "Contohnya, proses penganugerahan pembinaan bangunan Felda dekat KLCC perlu dibuka kepada umum untuk memastikan ketelusan - bagaimana kontraktor dibayar 30 peratus sebelum kerja-kerja pembinaan dilaksanakan," katanya. FGV pula, katanya, mestilah bersikap telus dan mengemukakan kepada Parlimen tentang keuntungan dan kerugiannya serta anak-anak syarikatnya sejak dari penubuhan FGV sehinggalah kini. Kesimpulannya, kata Salahuddin, Felda dan FGV mestilah membuktikan kepada semua pemegang saham mereka bahawa operasi perniagaan mereka tidak termasuk apa-apa kos dan risiko tersembunyi yang berkait dengan amalan rasuah | ||
[Gambar] Lelaki Ditahan Kerana Potong dan Cuba Jual Kemaluan Lelaki Lain Posted: 10 Apr 2012 05:00 AM PDT
Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan selepas cuba menjual kemaluan seorang lelaki berusia 45 tahun yang baru dipotong. Polis di Lakeshore, di daerah Salima, Malawi berkata, mereka menerima panggilan tentang seorang lelaki yang terlantar berlumuran darah dan tidak sedarkan diri bersebelahan dengan landasan kereta api hujung minggu lalu. Ketika lelaki itu dimasukkan ke hospital, doktor terkejut apabila mendapat tahu bahawa kemaluannya sudah hilang, lapor media tempatan. Ketua Polis Salima, Foster Mangani berkata, polis dihubungi supaya ke sebuah motel apabila pemiliknya melaporkan seorang tetamu cuba menjual kemaluan kepadanya dengan harga AS$360 (RM1,080). "Kami segera bergegas ke motel berkenaan dan menahan suspek. Kami turut menemukan organ sulit itu," katanya kepada akhbar Nyasa Times. Polis mendedahkan identiti suspek sebagai Samuel Banda. Gambarnya disiarkan akhbar bersama-sama dengan kemaluan yang dibungkus dengan kertas putih. - DCM/DM | ||
[PANAS] Bapa Altantuya Dakwa Anaknya ke Malaysia Untuk Berjumpa dengan NAJIB! Posted: 10 Apr 2012 03:13 AM PDT Berita TMI melaporkan bapa wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam mendakwa anaknya itu datang ke Malaysia khusus untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Dr Setev Shaariibuu berkata hari ini bahawa beliau pernah bertanya anaknya tentang tujuan dia ke Malaysia, anaknya menjawab bahawa dia perlu "bertemu dengan orang-orang penting." "Saya bertanya kepadanya tentang tujuannya ke Malaysia. Beliau menunjukkan kepada saya sekeping gambar ... yang diambil di Paris. Tiga orang berada dalam gambar itu - Abdul Razak Baginda, Najib, dan Altantuya. "Dia berkata 'Saya perlu berjumpa dengan orang penting' dan menunjuk ke arah Najib," katanya kepada pemberita melalui Mongolia jurubahasa Tsoggerel och. Merdeka Review pula melaporkan Shaariibuu menjelaskan anaknya berkata dia mahu ke Malaysia kerana mahu bertemu dengan Najib untuk memutuskan sesuatu. "Saya beritahunya, tidak memadai untuk berbuat begitu, tetapi dia (Altantuya) tetap untuk meneruskan (keputusannya)," kata Shaariibuu. Shaariibuu Setev menambah, "Seandainya saya tahu dia (Altantuya) akan ditimpa malapetaka, saya akan menyimpan gambar tersebut. Banyak saksi yang pernah nampak akan gambar tersebut." Beliau mengakui dirinya tidak tahu pada ketika itu, bahawa orang yang dituding dalam gambar itu adalah Najib, iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dan menyandang jawatan Perdana Menteri kemudiannya. Sementara itu, TMI juga melaporkan Shaariibuu mendakwa testimoninya berupaya "menghubungkan kaitan" kematian anaknya dan kes Scorpene yang akan didengar di mahkamah di Perancis. "Beliau (Shariibuu) tahu terdapatnya kaitan antara kes di Perancis itu dan kes pembunuhan anaknya, dan akan membantu menyelesaikan kes tersebut. "Sekiranya beliau memberikan keterangan di mahkamah, beliau akan memberikan maklumat lanjut," kata usahawan Mongolia Tsoggerel Och, yang merupakan jurubahasa Shariibuu. Shaaribuu turut ditemani oleh Pengarah Suaran Cynthia Gabriel. "Kami sedia maklum siasatan sedang dijalankan di Perancis bukan berkenaan pembunuhan, tapi ada kaitan terhadap rasuah Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri) Najib (Razak) dan rakannya di Perancis," kata Gabriel. -DCM Sambung baca di sini. P/s: Apa komen Haji Najib? Demam ke? | ||
Najib Mungkin Bertentang Mata dengan Bapa Altantuya, Mengapa Najib Tidak Mahu Bertemu dengannya? Posted: 10 Apr 2012 01:42 AM PDT
[MK] Setev Shaariibuu, bapa kepada penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu, bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam, tetapi gagal berhubung dengannya. Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen. "Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah. Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007. Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung. P/s: Kasihan! | ||
400 Ribu Pengundi Meragukan di 35 Kerusi Parlimen Posted: 10 Apr 2012 12:35 AM PDT [KD] KUALA LUMPUR 10 April: Lebih 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pengundi mampu menentukan nasib 35 sama ada dikuasai Pakatan Rakyat atau BN kembali memperoleh dua pertiga majoriti di Parlimen, kata penganalisis politik tanah air. Penganalisis pilihan raya, Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan "menjadi 400,000 pengundi meragukan", lapor The Malaysian Insider. Menurut Ong, perkara itu "hanyalah sebahagian masalah kecil" daripada pelbagai masalah lain yang belum dapat dikenal pasti kebanyakan pihak dengan jumlah pengundi sebanyak 12 juta. "Sekiranya dibahagikan 40,000 dengan 222 kerusi, dianggarkan sekitar 1,800 pengundi. Ini berupaya untuk menentukan 35 kerusi," katanya merujuk kepada kerusi yang memperoleh kemenangan tipis. "Sekiranya sentimen pengundi sama seperti 2008, ini akan menambah 30 kerusi PR, atau lapan lagi kerusi BN untuk memperoleh majoriti," katanya. Kerajaan BN hanya memperoleh 140 kerusi, dengan kehilangan majoriti dua pertiga majoriti di Parlimen ketika pilihan raya 2008 termasuk empat negeri, dan Kelantan yang kekal di tangan PAS sejak 20 tahun lalu. Perikatan itu memerlukan 112 kerusi Parlimen untuk mendapat majoriti dan 148 untuk dua pertiga. Projek Ong itu turut mengenal pasti 100,000 pengundi dengan 10 isu berkenaan – pengundi berusia lebih 85 tahun, jantina tidak selari dengan kad pengenalan (IC), nama dan tarikh lahir yang sama, dilahirkan di luar negara, pengundi di Lembah Klang yang tidak mempunyai alamat rumah, pengundi pos dengan IC awam, pasangan polis yang menjadi pengundi pos, pasangan polis dan tentera yang mempunyai jantina yang sama, polis dan tentera melebihi had umur persaraan, dan pengundi pos tentera dan polis yang melebihi had umur rekrut. Namun begitu, menurutnya itu tidak termasuk masalah lain, kerana beribu pengundi didaftarkan di alamat yang sama dan 42,000 pengundi dengan IC yang tidak ditemui di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ong turut menjelaskan terdapatnya bilangan yang meragukan pengundi di Selangor, negeri terkaya di negara ini yang mana Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji akan menawan kembali dengan "apa cara sekalipun". Tambahnya, daftar pengundi daripada suku 2011 menunjukkan jumlah pengundi di Selangor mengalami peningkatan mendadak kepada 340,000 atau 21.8 peratus kepada 1.9 juta pengundi sejak pilihan raya 2008 dibandingkan kadar nasional sebanyak 16.3 peratus. Beliau menunjukkan contoh di Hulu Selangor sahaja mengalami peningkatan 17,000 pengundi, peningkatan 27.1 peratus sejak pilihan raya pada Mac 2008. Kredibiliti daftar pengundi seringkali dipersoalkan sejak Jawatankuasa Khas Piihan Parlimen (PSC) dibentuk pada tahun lepas bagi menambah baik sistem pilihan raya. Panel itu menyiapkan laporan dalam tempoh enam bulan dan menyerahkan laporan lengkap tersebut kepada Parlimen minggu lepas, namun Pakatan dan pertubuhan awam telah mengkritik berikutan terdapatnya kekurangan cadangan bagaimana ia akan membersihkan daftar pengundi. Pemerhati pilihan raya Bersih kemudiannya mengumumkan akan mengadakan perhimpunan ketiganya menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 28 April. Perdana Menteri Najib mengumumkan pembentukan jawatankuasa dwipartisan pada Ogos 2011, selepas dikritik hebat berkenaan pentadbirannya menguruskan perhimpuanan Bersih pada 9 Julai yang menyaksikan ribuan rakyat mengadakan protes jalanan. | ||
Tragedi "Berdarah" Cinta 6 Hari Posted: 09 Apr 2012 11:38 PM PDT
[HM] KLANG: Perkenalan yang baru berputik selama enam hari bertukar tragedi buat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun apabila dirogol teman lelakinya yang berusia 16 tahun, di sebuah unit pangsapuri kosong di Taman Sementa, di sini. Dalam kejadian jam 8 malam Jumaat lalu itu, mangsa sedang berbual bersama adik dan rakannya yang lain di sebuah taman permainan berhampiran pangsapuri tempat tinggalnya sebelum didatangi pelajar lelaki itu yang mengajaknya bersiar-siar. Mangsa yang baru saja berpindah di perumahan pangsapuri berkenaan dari Teluk Intan, Perak sebelum itu baru saja mengenali pelajar itu yang juga tinggal di kawasan sama sejak enam hari lalu. Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu hanya mengikut saja ajakan itu sebelum suspek mengajak ke sebuah unit pangsapuri kosong. "Suspek mengajak dan memujuk mangsa ke sebuah rumah kosong kira-kira jam 11 malam selepas bersiar-siar. Di premis itu, suspek mula memujuk mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral bagaimanapun mangsa enggan. "Bengang apabila ajakannya untuk melakukan seks ditolak, suspek berusia 16 tahun yang juga pelajar tingkatan empat yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa bertindak memperkosa mangsa. "Mangsa kemudian pulang ke rumahnya bersendirian sebelum bersama keluarganya membuat laporan polis. Mangsa dirawat di hospital berikutan kejadian," katanya. Susulan laporan itu, Mohamad Shukor berkata, suspek ditahan sehari selepas kejadian di rumahnya dan kini direman selama tujuh hari sehingga 13 April ini. Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut. | ||
[Video] Objek Didakwa UFO Dirakam di Ruang Udara Korea Selatan Posted: 09 Apr 2012 09:00 PM PDT | ||
Percubaan Vaksin "Universal" yang Mampu Melawan 90% Jenis Kanser Tunjuk Keputusan Positif Posted: 09 Apr 2012 08:09 PM PDT Vaksin yang menyasarkan molekul pada 90 peratus jenis kanser telah diuji terhadap manusia untuk kali pertama. Keputusan daripada percubaan keselamatan terhadap pesakit yang menghidap kanser darah menunjukkan bahawa kesemua pesakit mempunyai tahap imuniti yang tinggi selepas menerima vaksin ini. Tiga daripada tujuh pesakit yang menjalani proses ini disahkan bebas daripada penyakit yang dihidapi. Tiada seorang pun daripada mereka mengalami kesan sampingan. Sebagai vaksin terapeutik, vaksin ini dicipta untuk membantu badan pesakit melawan kanser berbanding dengan tujuan majoriti vaksin yang dikenal sebagai vaksin profilaktik yang direka khusus untuk mencegah penyakit. Penyelidik percaya suntikan vaksin ini mampu menangani kanser payudara, kanser prostat, kanser pankreas, kanser usus dan kanser ovari. Malah tumor yang dapat "melawan" rawatan yang menggunakan ubat-ubatan terbaik di pasaran termasuk "ubat ajaib" Herceptin untuk kanser payudara, dapat dirawat dengan vaksin ini. Jika semua berjalan lancar, vaksin yang diberi nama ImMucin akan berada di pasaran menjelang tahun 2020. -DCM/DM
Sambung baca di sini. | ||
Ibu Saudara SAHKAN Sri Wani PEREMPUAN Posted: 09 Apr 2012 06:00 PM PDT [SH] KUALA LUMPUR – Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan. Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam. Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan. "Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia. "Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia," katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani. P/s: Sejak awal lagi TM sudah musykil. | ||
Posted: 09 Apr 2012 05:17 PM PDT [BERNAMA] KLANG: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan teman lelakinya, berusia 13 tahun, hingga menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa. Shalina Sundiri Abdullah, 42, telah mendera mangsa dengan menyimbah air panas, memukul menggunakan getah paip dan kayu besar serta memasukkan batang kayu mop dan cili padi ke dalam kemaluan kanak-kanak malang itu. Hakim Siti Noraida Sulaiman memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bagi kelima-lima pertuduhan itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mei 2011. Siti Noraida turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas bapa kanak-kanak itu selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa dengan memukulnya menggunakan kayu. Shalina didakwa melakukan kesemua perbuatan itu ke atas mangsa di sebuah pangsapuri di sini, antara 25 Dis 2010 sehingga akhir April tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 326, Seksyen 324 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Bapa kanak-kanak malang itu yang berumur 40 tahun dan berasal dari Bentong, Pahang juga didakwa menyebabkan kecederaan fizikal ke atas mangsa di tempat dan tarikh yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Mengikut fakta kes, bapa kanak-kanak itu membawa anaknya tinggal bersama-sama dengan teman wanitanya pada cuti sekolah pada akhir tahun 2010. Sepanjang berada di sana, Shalina mengarahkan kanak-kanak itu membuat kerja-kerja rumah dan tidak membenarkan mangsa ke sekolah selepas sesi persekolahan tahun berikutnya bermula. Malah mangsa dipukul setiap hari oleh tertuduh atas alasan kanak-kanak itu tidak melakukan apa yang disuruhnya. Pada masa sama, budak perempuan itu turut didera oleh bapa kandungnya. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Gerard Lazarus. Akhbar sebelum ini melaporkan penderaan ke atas kanak-kanak itu terbongkar apabila teman wanita bapanya menghantar mangsa ke satu pusat jagaan kanak-kanak di Taman Radzi di sini pada 6 Mei tahun lepas. Kakitangan pusat itu ternampak kesan kecederaan pada kanak-kanak itu dan kemudian membuat laporan polis. Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa melawat kanak-kanak itu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Mei tahun lepas memberitahu pemberita bahawa mangsa perlu diberikan kaunseling secara berterusan berikutan trauma penderaan dahsyat ke atasnya. P/s: Orang macam ini sepatutnya dikenakan hukuman lebih berat. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan