Ahad, 8 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Wanita DISAMUN di dalam Lif (Malaysia?? Negara Paling Selamat di Asia Tenggara??)

Posted: 08 Apr 2012 05:00 AM PDT
















Sumber di sini.

 Menurut keterangan, gambar-gambar di atas diambil dari kamera CCTV sebuah apartment di ibu kota. Saya kurang pasti.  Oleh sebab tiada keterangan lanjut, maka kejadian ini berkemungkinan juga berlaku di luar negara.

Gambar di atas memaparkan seorang wanita disamun oleh dua orang lelaki yang tidak kenali ketika berada di dalam lif. 

Sebagai langkah berhati-hati, janganlah menggunakan lif jika pada waktu itu anda bersama-sama dengan lelaki yang mencurigakan. Tunggulah giliran lain atau tunggu penduduk lain sebelum menggunakan perkhidmatan lif.

JIKA BERLAKU DI MALAYSIA: Walaupun siang malam berita menguar-uarkan bahawa Malaysia ialah negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 paling selamat di dunia, hakikatnya, anda yang mengikuti perkembangan semasa mengetahui realiti sebenar situasi jenayah di negara kita.

Berhati-hati!





Mesej Anwar untuk Haji Najib: "Hei Najib, RM43 bilion hang (kamu) tak reti (pandai) cari? Hang tak reti cari tak apa. Hang berhenti."

Posted: 08 Apr 2012 03:36 AM PDT

 
[MK] Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar.

Anwar berkata hutang melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu boleh diselesaikan jika kerajaan mengelak daripada menanggung ketirisan perbelanjaan dan menolak perbuatan rasuah.

Berucap dalam satu ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi, Anwar turut menempelak Najib kerana menimbulkan kos sebanyak RM43 bilion untuk langkah tersebut.

Anwar mempertikaikan kos berkenaan memandangkan kerajaan didakwa mampu menanggung kerugian seperti dalam isu pembelian saham MAS dan dalam projek National Feedlot Corporation.

"Hei Najib, RM43 bilion hang (kamu) tak reti (pandai) cari? Hang tak reti cari tak apa. Hang berhenti.

"Kalau tak berhenti, kami tolak hang jadi ketua pembangkang parlimen Malaysia selepas ini. (Sampai) tak tahu nak cari duit,"
sindir Anwar yang diiringi dengan tepukan hadirin.

Bekas menteri kewangan itu menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan menyelesaikan hutang PTPTN tersebut sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas ini.

Anwar mengulas kenyataan Najib semalam yang turut menjelaskan bahawa tindakan itu akan membebankan rakyat kerana kerajaan perlu mengenakan cukai yang tinggi sekiranya langkah itu dilaksanakan.

Keadaan itu boleh dilihat seperti di Norway yang menanggung pengajian tinggi rakyat negara itu sepenuhnya, kata Najib.

Najib juga berkata, kerajaan pada masa ini juga menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat manakala PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

Keghairahan Anwar dan Najib dalam menjuarai isu hutang tersebut dilihat semakin memuncak ekoran rancangan sekumpulan pelajar untuk mengadakan perhimpunan anti-PTPTN pada 14 April.

Perhimpunan yang mensasarkan penyertaan 5,000 pelajar itu dirancang bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman tersebut dan menyediakan pendidikan percuma.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia itu juga dirancang sebagai "pemanas badan" sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April di lokasi yang sama.
 
 
 
P/s: Terbaik. Pendidikan BUKAN perniagaan!
 
 
 

Warga Emas BUNUH & MAKAN Isteri

Posted: 08 Apr 2012 02:22 AM PDT


[SH] BOSTON - Seorang warga emas berumur 79 tahun yang baru sahaja berhijrah dari China ke Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), mengaku tidak bersalah dan keliru dengan pertuduhan terhadapnya, iaitu membunuh isteri pertamanya dengan kejam, kelmarin.

Menurut polis, Jeiming Liu yang ditemui anak lelakinya, dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi malas serta berlumuran darah pada tangan, mulut dan muka sambil memandang ke luar kondominium serta dikelilingi cebisan daging yang dipercayai milik isterinya.

Kemudian dia menjumpai ibunya, Yuee Zhou, 73, dalam sebuah bilik tidur dengan keadaan berbaring, berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian lengan tangan.

Namun, anak lelaki Liu yakin ayahnya tidak mampu melakukan kekejaman itu kerana mempunyai saiz fizikal yang kecil.

Liu yang asyik mengulangi ayat 'Ini bukan ibu kamu' sejak ditemui, dipercayai menghidapi penyakit Alzheimer atau demensia.

Penolong Pendakwa Raya Daerah, Michael D. McHugh berkata, Liu mungkin memakan cebisan daging isterinya berikutan sebahagian lengan kiri mangsa berlubang dan beberapa batang jari turut ditemui di sekitar kondominium mereka.



[Video] Pengacara TV DISERANG dengan Dadih dan Telur

Posted: 07 Apr 2012 11:10 PM PDT


Menurut RT.com, hos TV Greece menjadi sasaran serangan telur dan dadih yang dilakukan oleh aktivis berhaluan kiri yang marah apabila program itu menemu bual ahli parti berfahaman neo-Nazi pada minggu sebelumnya.

Panagiotis Vourhas yang sedang menemu ramah seorang ahli politik tempatan pada hari Jumaat lalu diserang sekumpulan 17 penceroboh yang membaling telur dan dadih. Mereka yang menutup muka dengan sapu tangan memecah masuk ke studio seperti yang dilaporkan oleh AP, yang memetik Epiros saluran swasta TV1.

Video dari TV1 Epiros menunjukkan pengacara itu mengelak balingan dadih dan telur, manakala tetamunya bertindak meninggalkan set program.

Minggu lepas, Vourhas menjemput seorang jurucakap dari parti Golden Dawn ke program TV yang dikendalinya. Ahli parti politik itu dituduh melakukan jenayah keganasan dan kebencian terhadap pendatang haram, musuh-musuh politik, dan etnik minoriti di Greece. -DCM






[Sadis&Tragis] Gadis Kalimantan Diperkosa 18 Lelaki

Posted: 07 Apr 2012 08:46 PM PDT


Laman VIVAnews melaporkan remaja perempuan yang dinamakan sebagai NA (16 tahun) dari Kubu Raya, Kalimantan Barat diperkosa 18 remaja lelaki di beberapa lokasi di Kecamatan Sungai Ambawang dan di Kabupaten Kubu Raya, pada malam Rabu, 4 April 2012.

Menurut Ketua Satreskrim Polres Pontianak, Komisaris Puji Prayitno, kronologi pemerkosaan ini bermula ketika NA sedang berbual-bual dengan teman lelakinya, HA, di Bundaran Alianyang sekitar pukul 11.00 malam waktu tempatan. Tidak lama kemudian, dua remaja dinamakan sebagai LO dan DM muncul lalu memukul HA. LO dan DM kemudian merampas telefon bimbit HA. Kemudian, kedua-duanya meninggalkan lokasi kejadian. HA yang ketakutan meninggalkan NA keseorangan di situ. NA kemudian menunggang motosikalnya untuk mencari pertolongan.

NA berhenti di depan sebuah gudang kontainer di Jalan Trans Kalimantan. Sambil menangis, NA menemui beberapa remaja lelaki yang berada di situ untuk meminta pertolongan.

Malangnya, LO dan DM yang merampas telefon bimbit HA berada dalam kalangan remaja itu.  Selain LO dan DM, enam remaja lain turut berada di situ ialah  AR, AN, MS, RO, BO dan Mr X. NA kemudiannya dipaksa meneguk minuman berakhohol sehingga mabuk.

Kelapan-lapan remaja itu tadi dengan rakus memperkosa NA secara bergilir-gilir.  LO kemudiannya menghantar NA ke Bundaran Alianyang. Di sana, dua remaja, DR dan FI telah menunggu untuk meratah NA. Di lokasi itu, LO dan DR memperkosa NA.

Penderitaan NA tidak berhenti di situ. FI yang belum meratah NA, membawa gadis malang itu ke kebun sayur di Ambawang. Di kebun sayur itu, FI memperkosa NA bersama-sama dengan SO, MX, dan RS. RO yang baru tiba di kebun sayur itu turut melakukan perkara terkutuk itu.

RO kemudian membawa NA ke sebuah pondok tidak jauh dari kebun sayur itu. Di sana, sudah menunggu empat orang remaja, iaitu BR, DR, MS, dan HN. Keempat-empat remaja itu juga melampias hawa nafsu mereka dengan memperkosa NA secara bergilir-gilir.

Tanpa mempeduli kondisi NA, RO membawanya ke Siantan. NA dibawa ke rumah salah seorang suspek. Di sana, dua orang remaja, yakni IN, dan Rl telah menunggu. NA dipaksa melayani kedua-dua remaja tersebut. Sepanjang malam NA melalui pengalaman yang paling mengerikan dalam hidupnya.

Dengan sisa tenaga yang ada, NA menunggang motosikalnya pulang ke rumah. Sampai di rumah, NA terus menangis teresak-esak. Curiga dengan keadaan NA, keluarganya memaksa dia menceritakan perkara yang telah berlaku.

Keluarga NA melaporkan peristiwa itu kepada Polsek Tambawang pada pagi Khamis 5 April 2012. Kes itu dimaklumkan kepada Polresta Pontianak.

Pihak polis yang menerima laporan telah bertindak dengan pantas untuk mengesan suspek. Hasilnya, enam orang remaja telah berjaya ditangkap. Yang menyedihkan, para perogol itu terdiri daripada remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun. 

"Saat ini, kami sudah menangkap 6 orang. Jadi yang lain masih dalam pengejaran pihak kepolisian," kata Komisaris Puji Prayitno kepada VIVAnews, Sabtu 7 April 2012.

Puji meminta peristiwa ini dijadikan pelajaran yang amat berguna kepada ibu bapa. Dia mengingatkan ibu bapa agar menjaga anak masing-masing agar tidak mengalami peristiwa yang sama. Ibu bapa juga diminta sentiasa memantau dan bertindak mengesan  anak mereka jika masih belum pulang apabila sudah larut malam.

Sementara itu, salah seorang suspek iaitu, LO mengakui perbuatan bejatnya. Katanya, "Saya tidak tahu perempuan itu. Hanya tahunya daripada kawan yang membawanya. Tapi, saya ikut melakukan itu, karena melihat kawan-kawan semua melakukannya."

DR  juga mengakui perbuatannya. Dia berbuat demikian kerana diajak temannya. "Pelakunya ramai. Tidak hanya yang ada di sini. Karena kawan sudah melakukannya semua, saya jadi ikut. Saya dapat giliran yang terakhir," kata DR. -DCM/VivaNews


P/s: Berita ini bukan berita untuk memberahikan anda. Berita yang saya olah/edit daripada VivaNews ini adalah antara berita kebejatan moral dan jenayah seksual yang amat tragis dan sadis yang pernah saya baca. Jika sebelum ini, ada mangsa yang dirogol atau dibunuh, namun pelakunya hanya sekitar 2 hingga 3 orang. Kes yang berlaku di Kalimantan ini melibatkan 18 orang pelaku dan kejadian ini berlaku dalam tempoh 6-7 jam.

Jadi, banyak pengajaran yang boleh diambil berdasarkan kes ini. Baik remaja, mahupun ibu bapa. Dalam kes di atas, mangsa diberitakan ber"dating" dengan teman lelaki sehingga 11 malam sebelum teman lelakinya diserang dan dia kemudiannya meminta pertolongan daripada perogol-perogolnya.

GILA!!!!


HARAM Guna Perisian Cetak Rompak

Posted: 07 Apr 2012 08:30 PM PDT

 
[HM] SEHINGGA hari ini, boleh dikatakan masih ramai tertanya-tanya atau ragu dengan isu bahan ciplak atau nama lainnya barangan cetak rompak yang kini semakin banyak disalin secara tidak sah.

Walaupun ada halaman buku yang ingin disalin cetak tertulis perkataan 'Hakcipta Terpelihara' serta 'Tidak Dibenar Ulang Cetak', masih ramai tidak mengendahkannya dan terus membuat salinan, khususnya membabitkan salinan fotostat.

Kita lihat hari ini, perkara ini terlalu biasa dalam kehidupan seharian umat Islam. Sehingga ada yang menjadikan cara ini sebagai modal perniagaan mereka.

Terutama pada musim harga minyak dan barangan semakin meningkat, semua perkara yang dikira mampu menjimatkan kos akan menjadi pilihan ramai hingga kerap melupakan pandangan Islam atau hukumnya.

Bagaimanakah sebenarnya pendirian Islam dalam hal ini? Adakah terus mengharamkannya tanpa bicara?

Sampai kepada saya satu soalan seperti berikut: "Ustaz, saya menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan di sebuah universiti awam. Masalahnya, saya menggunakan perisian Windows dan Microsoft Office yang cetak rompak. Saya tahu tindakan saya salah, tetapi harga tulen terlalu mahal.

"Saya harap dapat ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini."

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila orang yang bertanya itu sendiri mengerti bahawa ia salah. Ini kerana, harta intelek diiktiraf Islam sebagaimana difatwakan ulama sedunia sebagai harta persendirian yang terpelihara.

Justeru, kita tidak boleh mengambil dan menggunakan produk cetak rompak, khususnya apabila perisian itu digunakan untuk diniagakan, sebagai contoh dibuat salinan demi salinan dan dijual pada harga rendah.

Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai tulang belakang perniagaannya, perniagaan itu adalah haram, hasilnya juga haram.

Ia sangat jelas berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menjalankan perniagaan sesuatu yang haram kerana hasilnya juga menjadi haram, iaitu yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram)." (Ar-Rawdu Al-Murabba', Riwayat Ibn Hibban)

Rasulullah SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain yang haram bagi umat Islam, mereka (Yahudi) membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya.

Apabila Rasulullah SAW mendapat tahu, baginda terus berkata: "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini, apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya." (Riwayat Al-Bukhari)
Hasil daripada kumpulan hadis ini, bentuk tindakan dilakukan yang ingin saya tekankan adalah, ia sama seperti cetak rompak kerana haram daripada sudut hukum Islam.

Ia berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia (Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi.

Mungkin ada yang berhujah bahawa perisian Windows itu adalah milik seorang kafir yang merujuk kepada Bill Gates dan tiada masalah untuk menggunakan yang cetak rompak selain ada juga yang menyatakan beliau terlalu kaya, oleh itu penggunaan bahan berkenaan tidak memberi apa juga kesan pada kekayaannya.

Sebenarnya, hujah ini meleset dan tertolak dalam fiqh Islam kerana Muslim tidak dibenarkan mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika di Iraq).

Dalam keadaan tiada peperangan fizikal yang jelas, perisian Windows harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu diiktiraf oleh syariah dan diharamkan untuk sesiapa saja dicerobohi sesuka hati.

Dalilnya terlalu banyak, iaitu paling mudah apabila Rasulullah SAW dan sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta kafir Musyrik. Semua itu menunjukkan umat Islam tidak dibenarkan mencerobohi dan mesti membelinya dengan cara halal.

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, jika pelajar ingin menggunakan perisian untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan, terutama jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang tulen.

Sedangkan dia memerlukan komputer dan sesuatu perisian khas untuk tujuan pembelajarannya, tatkala itu, ada ulama mengharuskan atas asas:

'Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh: Ertinya: "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak, sama ada ia berbentuk umum atau khusus." (Al-Ashbah Wa An-Nazair)

Hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan komersial

Bertempoh. Ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, dia perlu membeli yang tulen

Demikian juga halnya keadaan pelajar di universiti. Sebagai contoh, ada pensyarah menjadikan buku tertentu sebagai 'silibus' dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga lima atau enam buku digunakan.

Sudah tentu pelajar tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli buku yang mungkin tebal dengan harga tinggi.

Lalu tatkala itu, pelajar dibenarkan membuat salinan fotostat halaman tertentu yang berkait dengan pembelajarannya. Maka, pada waktu itu ia diharuskan.

Kembali kepada keadaan seperti dinyatakan, jika benar seseorang itu menghadapi kesukaran wang (hanya beliau dan Allah yang tahu) untuk membeli perisian tulen yang mahal harganya berbanding kemampuannya, maka ada keringanan untuk beliau menggunakan produk tiruan itu dulu buat sementara waktu.

Ketika perniagaan seseorang itu sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil serta tiada lagi keperluan mendesak, tatkala itu wajib untuk bertukar dan membeli yang tulen.
 
- Kolum Bimbingan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

[PANAS] Anwar Dakwa Kes Scorpene Akan Bongkar Kes Altantuya

Posted: 07 Apr 2012 07:50 PM PDT

 
[MK] Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno.

"Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.

"Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula.

"Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.

Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.

Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia.

Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.

Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai 'orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.

Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.

Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib telah didakwa dan dibicarakan ekoran pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.Abdul Razak bagaimana kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.


Tiada ulasan: