DUNIACACAMARBA |
- Artis Bertudung Takut Azab Allah
- Pak Samad Jawab Isu "Ambiga", Bersih Tiada Kaitan dengan Agama dan Bangsa
- [Video] Isu Teluk Rubiah: Penjelasan Terperinci Nizar tentang Vale
- Ibu Galak Kekasih Perkosa 3 Orang Anak Perempuannya, Lebih Jijik, Dia Menonton Kejadian Keji itu
- Lelaki Dipanah Petir, Fikir Banyak Kali Sebelum Guna Telefon Bimbit Sewaktu Hujan/Kilat
- [Wajib Baca] Mengapa BERSIH 3.0 Perlu Diadakan?
- [PANAS] Kes Anak Nazri Didakwa Pukul Penyelia Keselamatan, Polis Terkejut Tonton CCTV!!!
- [Video] Mahfuz: Wan Ahmad Tidak Nafi Kewujudan Taks Force, Kewujudan Pemberian Taraf Kerakyatan kepada Warga Asing
- [Awas] Budak Hampir Diculik, Penculik Guna Taktik Lazim!
- Tidak Menutup Aurat di dalam Masjid, Bukan Semata-mata Isu Sensiviti Masyarakat
- Sri Wani yang Didakwa "Lelaki" Mahu SAMAN RM6 Juta
- [Gambar] Hajah Rosmah Mansor "Menyorok"?
- [Video] Geng Lembu Mengacau Majlis Orang
- [PELIK] Rumah Kerabat Diraja Dirompak di Negara Paling Selamat di Asia Tenggara
Artis Bertudung Takut Azab Allah Posted: 07 Apr 2012 08:12 AM PDT Yatt Hamzah Bertudung Takut Azab Allah [MediaHiburan] Jika minggu lepas Abby Abadi melakukan penghijrahan dengan imej bertudung,hari ini seorang lagi dramatis mengikut jejak sama iaitu Yatt Hamzah. Ketika dihubungi MH Online sebentar tadi, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata; "Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat. "Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah." Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T. "Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu. "Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini," kongsi Yatt dengan nada sebak. P/s: Alhamdullilah. | ||||
Pak Samad Jawab Isu "Ambiga", Bersih Tiada Kaitan dengan Agama dan Bangsa Posted: 07 Apr 2012 08:00 AM PDT Pak Samad: 'Jangan kaitkan soal agama, bangsa dalam Bersih 3.0' [TMI] KUALA LUMPUR, 6 April — Datuk A. Samad Said menegaskan Wira Perkasa tidak sepatutnya menyerang Datuk Ambiga Sreenevasan dengan isu-isu sensitif kaum dan agama, menambah himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini tiada kaitan dengan perkara-perkara itu. Jelas Sasterawan Negara ini, sesiapa sahaja termasuk umat Islam boleh menyertai perhimpunan kali ketiga anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Wira Perkasa tiada hak untuk menghalang. "Soal mereka (Wira Perkasa) dengan Ambiga soal yang lain, bagi saya yang penting tiada perbezaan bangsa dan agama dalam perhimpunan itu. "Sesiapa sahaja yang merasakan landas demokrasi ini perlu dibetulkan boleh menyertainya... itu yang betul," katanya kepada The Malaysian Insider. Dalam laporan The Malaysian Insider awal pagi ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris memberikan amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan "pengkhianat" bangsa. Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang? Beliau berkata bekas Presiden Majlis Peguam itu telah terlalu jauh menyimpang dari perjuangannya, menambah beliau "sekali lagi" menunjukkan tindakan kurang hormat kepada umat Islam dengan mengadakan protes kali ini. Menurut Irwan, beliau akan melaksanakan "apa sahaja tindakan untuk menentang Ambiga", mengulang pendiriannya melabel Ambiga sebagai pengkhianat kepada umat Islam dan negara. Menurut Samad atau lebih dikenali "Pak Samad" berkata Bersih bukan melibatkan Ambiga tetapi anggota-anggota lain yang terdiri dari pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih. "Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?" katanya. Justeru beliau berharap agar Wira Perkasa lebih matang dan bertindak mengikut keadaan semasa bukan demi kepentingan sendiri. "Jangan kaitkan dengan hal lain; ini soal pembaikan sistem pilihan raya berlandaskan demokrasi. "Saya merasakan setakat ini kita perlu betulkan sistem yang, siapa sahaja boleh bantu membetulkan keadaan baik yang beragama Kristian atau Islam," katanya. Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya. Antara tuntutan mereka adalah: membersihkan daftar pengundi, pembaharuan pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang adil, 21 hari tempoh berkempen, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah politik, dan hentikan politik kotor. Perhimpunan itu diadakan kerana tidak berpuas hati terhadap laporan 22 cadangan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu tanpa dibahaskan. | ||||
[Video] Isu Teluk Rubiah: Penjelasan Terperinci Nizar tentang Vale Posted: 07 Apr 2012 06:00 AM PDT [MP] Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah. Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE. Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini. Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat. Hal tersebut hanya diperingkat permulaan sahaja. Laporan-laporan daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan dibincangkan,dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu: • TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah • Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI) • Jabatan Perikanan dan Marin • Pejabat Tanah dan Galian • Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut,Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri. Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan. Syarikat tersebut berhutang dengan kerajaan negeri lebih RM20juta untuk cukai pintu. Ia juga mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai institusi kewangan melebihi RM200juta. Oleh yang demikian, kita ada beberapa pertanyaan. Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang luar biasa cantiknya. Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan dengan kebajikan rakyat. Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan penjelasan menyeluruh tentang hal ini. Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh mereka. Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan penukaran tanahnya. Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO, tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali menjadi kerajaan. Zambry tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai. Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang berikut: 1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE 2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut 3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE 4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal diatas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional. Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula demokrasi kepada negara kita. - Datuk Seri Nizar Jamaluddin P/s: Untuk maklumat lanjut tentang senario politik, isu semasa berkaitan dengan negeri Perak, sila layari portal Media Perak. | ||||
Ibu Galak Kekasih Perkosa 3 Orang Anak Perempuannya, Lebih Jijik, Dia Menonton Kejadian Keji itu Posted: 07 Apr 2012 05:06 AM PDT [HM] SOMERSET: Seorang ibu kejam yang menggalakkan pasangannya merogol anak perempuannya di hadapannya dipenjarakan selama 10 tahun, semalam. Wanita berusia 65 tahun itu menggesa bekas kekasihnya supaya memperkosa tiga anak perempuannya - yang semuanya di bawah umur 16 tahun ketika itu, dalam tempoh tujuh tahun. Dia memberitahu anaknya supaya memakai pakaian dalam orang dewasa untuk tujuan menggoda sebelum memberi mereka arak. Wanita yang berasal dari Weston-super-Mare, Somerset itu kemudian membawa tiga anaknya itu ke Bleadon, Somerset utara, tempat mereka diperkosa secara berasingan oleh kekasihnya. Mahkamah Bristol diberitahu wanita itu hanya membenarkan perogol mendera anak perempuannya ketika dia hadir kerana dia teruja melihatnya. Tindakannya itu yang berlanjutan hingga tujuh tahun pada 1970-an dan 80-an hanya dilaporkan kepada polis pada 2010 apabila mangsa mendengar berita bahawa perogol itu sudah mati. Polis kemudian menyoal siasat wanita itu dan dia mengakui perbuatannya. Wanita terbabit mengaku bersalah semalam atas 25 dakwaan kerana membantu dan menggalakkan anaknya diperkosa. Hakim Carol Hagen memenjarakan wanita yang menangis tersesak-esak itu selama 10 tahun dan memberitahunya dia 'kejam' sebagaimana bekas kekasihnya itu. Pesara wanita yang disifatkan sebagai sangat bijak itu berkata, terima kasih ketika dia dibawa untuk menjalani hukumannya. Pendakwa raya James Ward memberitahu mahkamah dia menggalakkan dan membantu pasangannya memperkosa tiga anaknya mulai 1975 hingga 1982. - DM P/s: Gila! | ||||
Lelaki Dipanah Petir, Fikir Banyak Kali Sebelum Guna Telefon Bimbit Sewaktu Hujan/Kilat Posted: 07 Apr 2012 04:45 AM PDT
[HM] KUALA LUMPUR: Niat seorang lelaki memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan membawa padah apabila dia disambar petir sebaik menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi peronda lebuh raya bagi memaklumkan kejadian itu, kelmarin. Berikutan kejadian dalam hujan lebat kira-kira jam 4 petang itu di Kilometer 9.3 Lebuhraya Elite arah Putrajaya selepas susur USJ Subang Jaya, mangsa, Herman Zulkarnaen, 29, yang sedang menggunakan telefon bimbit tiba-tiba disambar petir sebelum rebah tidak sedarkan diri. Dia sebelum itu melihat sebuah kereta dinaiki seorang wanita, ibunya dan tiga anaknya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di tempat kejadian. Herman dikatakan dalam perjalanan ke Melaka atas urusan kerja kini dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya. Menurut pemandu kereta terbabit, Rosanita Azizan, 44, ketika kejadian, dia bersama ibu dan tiga anaknya dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Nilai sebelum keretanya hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan. P/s: Niat hatinya mulia, semoga Allah menyembuhkan kecederaan yang dialaminya. | ||||
[Wajib Baca] Mengapa BERSIH 3.0 Perlu Diadakan? Posted: 07 Apr 2012 04:31 AM PDT Hanya 1 daripada 8 Tuntutan Ditunaikan - Mat Sabu [TMI] KUALA LUMPUR, 5 April — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan himpunan Bersih 3.0 perlu diadakan memandangkan hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC). Pada sidang media yang diadakan di pejabat agung PAS, Mohamad berkata tujuh tuntutan lain langsung tidak dimasukkan dalam laporan 22 cadangan yang diusulkan PSC. "Ini kerana daripada lapan tuntutan hanya satu ditunaikan, iaitu celup jari. "Yang lain langsung tidak dipedulikan bahkan daftar pemilih paling kotor," katanya menambah parti Islam itu menyokong penganjuran himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka di sini. Selain dakwat kekal, tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Selain memberikann perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara kita ketinggalan jauh dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya berbanding dengan negara itu yang telah mengamalkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil. Himpunan Bersih 3.0 yang dijadual akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka. Menurut Mohamad atau lebih mesra dengan penggilan "Mat Sabu" himpunan kali ketiga itu akan menjadi medan untuk memberikan tekanan kepada kerajaan berhubung tuntut lapan perkara Bersih yang belum dipenuhi kerajaan. Perhimpunan dengan tema "Duduk dan Bantah" ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia. Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada himpunan Bersih 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya. | ||||
[PANAS] Kes Anak Nazri Didakwa Pukul Penyelia Keselamatan, Polis Terkejut Tonton CCTV!!! Posted: 07 Apr 2012 02:51 AM PDT Kes anak Nazri: CCTV kini di tangan polis [MK] Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields. Rakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber. Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai. Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu. Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya. P/s: Semakin panas! Jika benar, hal ini membuktikan polis cuba melindungi kesalahan anak menteri. Berkaitan: Kenyataan Media N Surendran [MC] I refer to a media report today that CCTV footage shows Minister Nazri Abdul Aziz's son Nedim had struck a security supervisor in an incident on 20 March 2012 at a condominium in Kuala Lumpur. On March 24 Brickfields district police chief Wan Abdul Bari had rushed to publicly clear Minister Nazri's son of any involvement in the assault. From the CCTV footage, it is clear now that the police may have tried to cover-up this case which involves a senior Umno Minister's son. The police must now explain why they had issued a statement absolving the Minister's son although the CCTV footage had implicated him. Second time Once again, the police leadership have proven that they are prepared to disregard the law and abuse their powers in order to protect and defend Umno-BN and it's leaders. This incident has also raised fresh and disturbing questions about the tragic killing of Darren Kang in 2004 in which Nazri's son was also alleged to have been involved. Five Thai nationals were sent to prison in 2006 for Darren Kang's murder. Minor offense of affray? We call upon the police to explain why this case was classified as the minor offense of affray under s.160 Penal Code, when in fact the security supervisor had clearly stated in his police report that he had been assaulted and force had been used upon him. The CCTV footage now backs up his allegations. We call upon the police to re-classify this case as assault, use of criminal force and causing of hurt under Penal Code sections 321, 350 and 351.We call upon the Inspector General of Police to immediately transfer this assault case from Brickfields police district headquarters to an independent investigation team. Abuse of power We further ask that an investigation be launched against Brickfields police district chief OCPD Wan Abdul Bari for abuse of power and failure to carry out a fair and impartial investigation. We call upon the Home Minister and the IGP to publicly guarantee to the rakyat that the police force will act fairly and impartially in all cases, including those involving wrongdoing by UMNO-BN leaders or their family members. N Surendran Naib Presiden PKR | ||||
Posted: 07 Apr 2012 02:31 AM PDT | ||||
[Awas] Budak Hampir Diculik, Penculik Guna Taktik Lazim! Posted: 07 Apr 2012 02:00 AM PDT [HM] JERANTUT: Alasan selipar miliknya tercicir menyelamatkan seorang remaja berusia 13 tahun, Nurul Ain Syafikah Izamzul daripada diculik seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki kereta ketika remaja terbabit berjalan kaki ke rumah datuknya di Felda Kota Gelanggi 1, di sini, jam 4 petang kelmarin. Nurul Ain Syafikah yang juga pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 itu mendakwa, dia ditarik lelaki berbaju merah yang menghampirinya dengan kereta ketika berjalan ke rumah datuknya. Dia yang menetap di Felda Kota Gelanggi 3 dan menghadapi masalah lembam berkata, sebaik tiba berhampiran Tadika Kemas berhampiran rumahnya, kereta kelabu dipandu seorang lelaki berhenti dan berpura-pura bertanyakan sesuatu. "Lelaki itu tanya saya mahu ke mana dan kemudian dia terus menarik saya dalam kereta sebelum memecut. Saya kata selipar tercicir dan cuba membuka pintu menyebabkan lelaki itu terpaksa memberhentikan keretanya. "Saya gunakan kesempatan itu untuk keluar dan berlari meminta tolong. Saya diselamatkan seorang penduduk kebetulan melalui jalan itu manakala lelaki berkenaan melarikan diri. "Orang yang menyelamatkan saya menghantar ke rumah datuk dan dia juga menceritakan kejadian itu kepada keluarga," kata Nurul Ain Syafikah di rumahnya, semalam. Ibu mangsa, Nariah Abdullah, 47, berkata dia terkejut mendengar berita lelaki menyelamatkan anaknya dan bergegas ke rumah mentuanya melihat keadaan Nurul Ain Syafikah. P/s: Jangan layan orang tidak dikenali/mencurigakan jika mereka bertanya arah jalan, mahu ke mana, dan sebagainya. | ||||
Tidak Menutup Aurat di dalam Masjid, Bukan Semata-mata Isu Sensiviti Masyarakat Posted: 07 Apr 2012 01:26 AM PDT TM tidak berminat pun hendak menyiarkan cerita artis berkahwin, cuma mahu menyentuh jawapan artis ini yang sebelum ini dituduh jahil kerana tidak menutup aurat di dalam masjid. Artis ini menjawab bahawa isu dia tidak menutup aurat di dalam masjid ketika upacara akad nikahnya menyentuh sensitiviti masyarakat. Oleh sebab berkaitan dengan masyarakat, maka dia pun meminta maaf secara terbuka kepada orang ramai. Samalah juga situasi apabila artis memakai baju yang mendedahkan bahagian sulit atau melakukan sesuatu dosa, mereka terus meminta maaf kepada manusia. Adakah dengan meminta maaf daripada manusia, maka kesalahan itu akan "terpadam"? Yang sepatutnya, mereka meminta ampun daripada Allah. Apabila sudah bertaubat, maka seseorang itu secara tidak langsung berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Jika seseorang itu tidak menutup aurat, maka dia akan menutup aurat. Jika dia minum arak, maka dia akan berhenti melakukan perbuatan keji itu serta-merta. Masalahnya, adakah mereka memohon maaf daripada Allah? Kalau sudah memohon maaf daripada Allah, mengapa mengulangi kesilapan yang sama? -DCM | ||||
Sri Wani yang Didakwa "Lelaki" Mahu SAMAN RM6 Juta Posted: 07 Apr 2012 12:24 AM PDT [SH] SHAH ALAM - Sri Wani Choo Abdullah nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menjatuhkan maruah dan perniagaannya. Tanpa mendedahkan siapakah orang yang dimaksudkan, katanya, dia sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan saman RM6 juta. "Buat masa ini, peguam sedang mengumpul maklumat berkaitan hal ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sri Wani, 37, menegaskan, dia mempunyai bukti yang kukuh untuk bertindak berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan video bertujuan merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan. Suaminya, seorang bekas dekan institusi pengajian tinggi awam tempatan, yang mengesyaki Sri Wani lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah. Bahrom Sanugi, 61, bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001. Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah. Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010. Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan 23 April ini untuk memberi keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani ujian pengesahan jantina atau tidak. Sementara itu, Sri Wani, yang berasal dari Bentong, Pahang, memfailkan bantahan terhadap permohonan suaminya dengan mendakwa dia dianiaya. Dia turut memfailkan injunksi ex parte (sebelah pihak) terhadap dua madunya kerana mendakwa difitnah. "Saya ada bukti mereka juga hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan kurang sopan," katanya. Abdul Walid memerintahkan Sri Wani menyerahkan bukti itu pada 12 April ini. Sri Wani dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian juga menekankan bahawa dia menyayangi suaminya. "Biarlah apa orang nak kata; Tuhan mengetahui segala-galanya," katanya dalam nada sedih, tetapi tetap yakin. P/s: Sebelum ini, TM meluahkan rasa pelik apabila si suami hanya mengesyaki jantina isteri selepas setahun berkahwin. TM juga mempersoal, adakah pembedahan jantina hari ini begitu hebat sehingga dapat membina alat jantina perempuan dengan begitu sempurna sehingga si suami yang berpengalaman tidak dapat membezakan yang tulen dengan yang tiruan. Mahu TM tegaskan, Sri Wani bukanlah isteri pertama, khabarnya isteri ketiga. Maknanya, si suami mempunyai pengalaman yang cukup untuk membezakan ketulenan isterinya. Namun, mengapa isu ini timbul sekarang? Fitnah, cemburu, atau benar-benar berlaku? | ||||
[Gambar] Hajah Rosmah Mansor "Menyorok"? Posted: 06 Apr 2012 10:31 PM PDT Gambar ini dirakam semasa PM Haji Najib dan Hajah Rosmah menghadiri siaran langsung program Alkuliyyah terbitan TV3 di Seri Perdana. Program dengan tema "Kesederhanaan" itu dihoskan oleh Ahmad Nor Sulaiman dan turut dihadiri Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Kelihatan digambar ialah Imam Syeikh Abdulkarim Omar Fatani Al Makki (Iman Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah) dan Mufti Perak bertemu dengan Haji Najib. Namun, mengapa Hajah Rosmah kelihatan seperti menyorok di belakang Haji Najib? Sorok jambul? -DCM P/s: Manusia tidak nampak, tetapi Allah nampak!!!! | ||||
[Video] Geng Lembu Mengacau Majlis Orang Posted: 06 Apr 2012 07:19 PM PDT Menurut Sinar Harian, hampir 100 orang yang mendakwa ahli Perkasa mencemari Majlis perasmian Pusat Komuniti PKR di Jalan Putra Alor Setar dengan melontarkan kata-kata provokasi dan bertindak ala samseng. Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun DSAI masih belum kelihatan ketika itu. Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR. Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda. P/s: BODOH & BINGAI! | ||||
[PELIK] Rumah Kerabat Diraja Dirompak di Negara Paling Selamat di Asia Tenggara Posted: 06 Apr 2012 05:23 PM PDT
[BERNAMA] Dua lelaki memecah masuk rumah mewah tiga tingkat kerabat Sultan Selangor di Bukti Tunku di sini, hari ini dan melarikan sebuah kereta Mercedes Benz dan barangan berharga. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian 5.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan pisau telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap depan. Beliau berkata, mereka kemudian mengurung empat pembantu rumah, termasuk dua pembantu rumah lelaki yang diikat di dalam sebuah bilik. "Semasa kejadian, kesemua ahli keluarga kerabat Diraja Selangor itu tiada di rumah kerana mereka berada di luar negara. Hanya pembantu-pembantu rumah sahaja yang menjaga rumah itu. Mereka tidak dicederakan," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada Bernama hari ini. Beliau turut mengesahkan seorang lelaki ditahan beberapa jam sejurus kejadian itu untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. Sumber polis yang ditemui di rumah itu memberitahu siasatan awal polis mendapati tingkat dua dan tiga rumah itu telah digeledah dua lelaki itu berdasarkan banyak kesan cap jari ditemui. Katanya polis masih menjalankan siasatan dan rumah berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). Berkaitan: Disamun di depan rumah: Ditembak ketika memandu: Banyak lagi kes jenayah yang menggerunkan berlaku setiap hari. Kebanyakannya melibatkan warga asing yang diangkut, dipelawa, diseludup siang dan malam atas nama pembangunan, pelancongan, dan memajukan industri pendidikan. P/s: Cuba selidik siapa yang merekodkan kes jenayah, siapa yang mengeluarkan statistik jenayah, siapa yang mengumumkan jatuh atau naiknya kes jenayah, siapa yang menyediakan maklumat kepada orang luar, siapa yang akan terjejas jika jenayah meningkat, siapa, siapa, siapa? Jika anda peroleh jawapan yang tepat, maka sudah tentu anda faham akan keadaannya! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan