Sabtu, 7 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Khir Toyo: Lagi tangguh PRU, lagi banyak perhimpunan BERSIH

Posted: 07 Apr 2012 02:37 AM PDT

Lim Hong Siang


Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo meramalkan tarikh pilihan raya umum ke-13 pada Jun 2012, meskipun perkembangan terbaru menyaksikan perhimpunan BERSIH 3.0 (bersama Himpunan Hijau 3.0) pada 28 April bakal memberi impak yang besar kepada UMNO-Barisan Nasional.

"Himpunan BERSIH ni, kalau you tangguh (PRU 13), lebih banyak lagi himpunan BERSIH yang ada. The more himpunan akan ada," kata Khir Toyo (gambar kanan). Malah, Khir Toyo berkongsi bacaannya bagaimana perhimpunan BERSIH dijadikan strategi Pakatan Rakyat untuk mengerah sokongan massa.

"Pertama, mereka mengundang Ambiga (Sreenevasan) untuk memimpin BERSIH, untuk menarik sokongan golongan profesional. (Ambiga ialah) Bekas Presiden Majlis Peguam. Sekarang mereka guna A.Samad Said, untuk dapatkan sokongan cendekiawan. Phd, profesor semua hormat dia (A.Samad Said). Kalau pilihan raya lewat diadakan, dia akan adakan BERSIH 4. Akan diketuai pemimpin mahasiswa. Generasi muda," menurutnya.

Khir Toyo berkata sedemikian dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di pejabatnya, semalam. Beliau mendakwa setakat ini segala-galanya berjalan dengan baik, misalnya Perdana Menteri Najib Razak membuat keputusan yang baik untuk mengawal harga minyak, jikalau dibandingkan dengan kekecohan yang disaksikan di Indonesia apabila harga minyak naik. Ketika ditanya bahawa banyak isu dan masalah yang belum selesai setakat ini, lantas beliau jawab, "Isu tak akan selesai."

Apabila ditanya mengenai isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dilihat memberi tekanan yang amat besar terhadap UMNO, sehingga Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan menterinya, Khir Toyo sekadar berkata, "(Kes ini) Sudah diambil tindakan..."

Beliau memperingatkan, apapun yang dilakukan, tidak ada kerajaan yang sempurna. Malah Khir Toyo umpamakan kerajaan dengan suami dan isteri, mempersoalkan apakah wujudnya suami atau isteri yang sempurna? Lebih-lebih lagi, ketidaksempurnaan pasangan anda akan tertonjol selepas berkahwin, katanya.

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 menyaksikan lautan manusia mencecah lebih 50 ribu orang. Cara polis dan FRU menyuraikan perhimpunan tersebut telah mengundang kritikan, malah dikatakan menjejaskan persepsi rakyat terhadap kerajaan, sehingga populariti Najib Razak selaku PM merudum kepada 59%, berbanding 72% dalam tinjauan sebelum itu. Umum melihat kerajaan Najib mengambil masa untuk memperbaiki imejnya yang tercalar lantaran perhimpunan BERSIH 2.0.

Parlimen perlu dibubarkan sebelum akhir April 2013, dan UMNO bakal mengadakan pemilihan partinya sebelum Mac 2013. Justeru itu, PRU 13 dijangka berlangsung sebelum Mac 2013. September 2012 menjadi tarikh yang hangat dibincangkan sekarang, menggantikan Jun 2012 yang diramalkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Khir Toyo tetap meramalkan Jun 2012. Beliau mendakwa dirinya sempat berjumpa dengan Najib baru-baru ini, dan ketika ditanya sama ada isyarat diberikan oleh Najib mengenai tarikh pilihan raya, Khir menjawab, "Melihat kepada cara beliau (Najib) bekerja, dan bagaimana Tan Sri Muhyiddin kerja sekarang, dan kesemua parti komponen BN, saya rasa sekitar Jun."

UMNO yang tentukan, bukan Daim

Khir Toyo mengakui bahawa cabaran paling besar buat UMNO-BN kini adalah undi dari bukan Melayu dan golongan pemuda. Mengimbas PRU 12, beliau mendakwa bahawa BN hanya kehilangan 2% hingga 5% undi Melayu, tetapi undi bukan Melayu hilang lebih 70%. Hampir semua kerusi bandar hilang, melainkan Pandan (kerusi parlimen) yang dipertahankan BN di Selangor.

Menurutnya, golongan berumur 50 tahun ke atas telah membuat keputusan parti mana yang ingin diundi; sementara golongan berusia 30 tahun ke bawah tidak kisah sama ada kerajaan ditukar atau tidak. Golongan berusia antara 30 hingga 50 tahun inilah yang masih belum membuat keputusan, dan golongan ini jugalah cabaran terbesar buat BN. Meskipun memuji pimpinan Najib sama ada di peringkat negeri mahupun negara, namun pemerhatian Khir Toyo turut mendapati, orang ramai yang hadir ke majlis Najib kebanyakannya berusia 50 tahun ke atas, sama ada di Puchong, Shah Alam, Hulu Selangor dan sebagainya.

Khir Toyo berkata, polisi Najib misalnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan pemberian tunai RM500 kepada keluarga yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah memberi kesan yang besar. Sungguhpun demikian, Khir Toyo menganggap Najib mungkin akan mengumumkan sesuatu, yang menyasarkan pengundi bandar sebelum PRU 13.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin ketika ditemuramah Sin Chew Daily, berkata seandainya Najib kehilangan lebih kerusi dalam PRU 13 berbanding PRU 12, maka beliau terpaksa berundur dari jawatannya. Apabila kenyataan ini diajukan kepada Khir Toyo, ditambah dengan andaian jika BN bawah pimpinan Najib gagal menawan semula Selangor, apakah Najib perlu berundur?

Khir Toyo bagaimanapun cuba elak menyatakan pendirian dengan "enggan membuat andaian keputusan PRU 13", tetapi berkata perhimpunan agong UMNO akan datang yang bakal menentukan sama ada Najib perlu berundur atau tidak, bukan Daim Zainuddin.

Belum menonjolkan, bukan gagal menonjolkan

Dalam satu wawancara bersama Malaysian Insider sebelum ini, Khir Toyo mendakwa bahawa BN tidak memiliki calon Menteri Besar yang sesuai untuk mencabar Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat. Namun, dalam wawancara bersama MerdekaReview pada 5 April, beliau memperbetulkan kenyataannya, bahawa setakat ini BN "tidak tonjolkan" calon MB, bukan tiada.

Beliau bagaimanapun menyerah kepada Pengerusi UMNO di Selangor, Najib (gambar kiri) untuk memutuskan calon mana yang ingin ditonjolkan sebagai MB Selangor dalam PRU 13. Wartawan cuba memetik kritikan BN terhadap Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan, iaitu tiada "kabinet bayangan" ditampilkan, sebagai bukti PR belum bersedia memerintah. Dengan logik yang sama, apakah ia juga menunjukkan BN belum bersedia menawan Selangor?

"Saya ingat sebelum pilihan raya, mungkin dalam masa pilihan raya, mungkin dia tonjolkan..." jawabnya.

Wartawan menyusul dengan soalan sama ada dirinya bakal bertanding dalam PRU 13? Beliau menjawab, "Saya ingat saya kena clear case saya dulu. I nak clearkan myself dulu. Even though I have right bertanding...saya masih dalam keadaan boleh merayu dua mahkamah. Tapi saya tak nak libatkan parti. Saya ingat nak bersihkan diri saya dulu. I concentrate my court case."

Dengan kata lain, Khir Toyo tidak akan menyarung jersi dalam PRU 13? "Ya, kalau lambat lagi court case. Court case saya lambat..." Beliau berkata dirinya tidak akan bertanding sehingga kesnya dibersihkan, meskipun dicalonkan Bahagian Sungai Besar. Khir Toyo, dijatuhkan hukuman penjara setahun pada Disember 2011, bagi kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zaharah Kechik dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Kembali selepas kes dibersihkan?


Khir Toyo, 47, menyandang jawatan Menteri Besar pada Ogos 2000 pada usia 35 tahun, menggantikan Abu Hassan Omar. BN kehilangan kuasa di negeri Selangor pada 8 Mac 2008, dan Khir Toyo menyandang jawatan Ketua Pembangkang dalam DUN Selangor selepas itu. Beliau meletak jawatan Ketua Pembangkang setelah dirinya diheret ke mahkamah berhubung kes di atas.

Apakah beliau akan kembali ke persada politik seandainya berjaya membersihkan kes dirinya? Beliau pada mulanya memberi jawapan "bergantung kepada Dato Seri Najib," sebelum didesak untuk menyatakan hasrat dirinya untuk kekal "aktif dalam UMNO", sambil menambah, "tapi saya tak nak jadi Menteri Besar lagi". Khir Toyo mengambil kesempatan untuk menyiku Pakatan Rakyat, bahawa kerosakan yang sangat ketara telah dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat, termasuk PKNS, UNISEL, KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) dan sebagainya.

Apabila ditanya apakah beliau berhasrat kembali ke persada politik untuk menyandang jawatan Menteri di peringkat pusat, beliau hanya senyum dan menjawab, "Saya nak jadi pemimpin UMNO biasa...untuk perkasa UMNO." (Bahagian pertama, disambung)

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. Wawancara ini dijalankan bersama Chan Wei See, Ketua Pengarang MerdekaReview pada 5 April 2012, di pejabat Khir Toyo.

Mahkamah ketepi sapina terhadap Anwar

Posted: 07 Apr 2012 02:34 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan sapina terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hadir ke mahkamah dalam satu kes melibatkan pinjaman bersindiket RM445 juta.

Sapina itu diketepikan selepas Hong Leong Finance Berhad (HLFB) memenangi permohonan mengenepikan Anwar dan Pengerusi HLFB, Tan Sri Quek Leng Chan yang dikemukakan seorang ahli perniagaan yang mendakwa beliau merupakan wakil kepada Anwar dalam urusniaga itu, seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Anwar sebelum ini diminta hadir sebagai saksi pembela dalam satu prosiding sivil melibatkan kemudahan pinjaman bersindiket RM445 juta sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan.

Defendan dalam kes itu adalah seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe. Pada tahun 1998, Low dikenakan perintah undang-undang oleh HLFB untuk membayar semula pinjaman sebanyak RM28 juta.

Low bagaimana pun mendakwa beliau diminta bertindak sebagai penama untuk urusniaga pinjaman bersindiket itu oleh dua orang, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah.

Low berkata Mohd Faiz Abdullah pada masa pinjaman itu dibuat mendakwa dirinya bertindak bagi pihak Anwar selaku Menteri Kewangan.

AMK tegur berita tidak tepat tentang Azmin

Posted: 07 Apr 2012 02:30 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: AMK meminta pengamal media meningkatkan profesionalisme dan liputan berita mereka, ekoran laporan tidak tepat yang disiarkan portal Free Malaysia Today dan Berita Harian, 5 April lalu.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, berita bertajuk 'AMK sokong desak Azmin beri penjelasan isu pemilikan saham' itu menyebabkan kekeliruan di kalangan pembaca.

"Temubual dengan penulis sebagai wakil sayap AMK MALAYSIA dalam isu berkenaan tidak mencerminkan pendirian sebenar AMK MALAYSIA yang seperti disebutkan dan disiarkan FMT dan Berita Harian," kata Rozan.

Malah Berita Harian katanya, langsung tidak melaporkan kenyataannya yang tidak bersetuju supaya Azmin Ali mengiystiharkan hartanya dan membantah ugutan keluar KEADILAN.

"Ia bagi mengelak daripada berlakunya lagi sebarang pertikaian, tuding jari dan reaksi pembaca yang salah dan tersasar persepsi sebenar sepertimana yang ingin pembaca fahami dan sumber mahu sampaikan.

"AMK berharap semua media terutama FMT dan Berita Harian segera memperbaiki persepsi media pada akan datang daripada aspek pemilihan tajuk, sumber rasmi dan lain-lain aspek penting seperti fakta dan butiran," tegasnya.

Free Malaysia Today semalam menerbitkan berita bertajuk "AMK sokong desak Azmin beri penjelasan isu pemilikan saham" yang tidak menggambarkan pendirian sebenar AMK.

Shahrizat perlu cagar harta untuk elak lupus aset NFC

Posted: 07 Apr 2012 02:25 AM PDT

Oleh: Ahmad Fadli KC

KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi jaminan peribadi berupa cagaran hartanya untuk mengelakkan aset-aset NFC yang sepatutnya dibekukan, dilupuskan NFC.

Rafizi membuat kenyataan itu selepas National Feedlot Corporation (NFC) dan kerajaan Umno BN tetap berdiam diri susulan pendedahan KEADILAN tentang cubaan melupuskan hartanah milik NFC semalam.

"Kita desak kerajaan minta Shahrizat bagi 'personal guarantee' supaya hartanya dijadikan cagaran. Setakat ini tiada apa-apa cagaran (daripada NFC atau Shahrizat)," kata Rafizi.

Menurutnya lagi, langkah itu perlu kerana berdasarkan perjanjian NFC dengan kerajaan Umno, risiko NFC hanya terhad kepada RM1 juta sahaja walaupun pinjaman yang dibuat berjumlah RM250 juta.

"Sekarang kita tahu syarikat ini akan ditutup. Menurut perjanjian, liabiliti NFC terhad kepada jumlah yang mereka sendiri laburkan sahaja iaitu RM1 juta sahaja," katanya.

Rafizi sebelum ini turut mendedahkan wang RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat keluarga Shahrizat itu tidak disertai sebarang jadual pembayaran balik dan ia menimbulkan keraguan sama ada pinjaman itu akan dituntut semula oleh kerajaan atau pun tidak.

Beliau seterusnya memaklumkan KeadilanDaily yang satu pengumuman susulan akan dibuat pada 9 April depan berhubung cubaan NFC untuk melupuskan hartanah mereka.

Beliau juga menegaskan akan terus melakukan pendedahan demi pendedahan kerana ia pendekatan terbaik untuk memaksa NFC berhadapan dengan masyarakat.

"Kalau kita terus pendedahan begini kita tahu dia tiada pilihan kecuali berhadapan dengan rakyat," katanya.

KEADILAN semalam mendedahkan syarikat NFC cuba mengatur urusniaga bagi melupuskan hartanah-hartanah miliknya yang sepatutnya dibekukan.

NFC kini dilaporkan sedang memuktamadkan penjualan tiga hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd (Insun Development) pada harga RM3 juta.

Ia dibuat sebaik sahaja Shahrizat mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak lama dahulu.

Saya Tenguk Tengkok Hasan Akidah Pendek Sedikit?

Posted: 07 Apr 2012 02:21 AM PDT

MSO


Semasa di masjid al Gufran Taman Tun Dr Ismail tengah hari tadi saya nampak bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tercokoh di hadapan sebelah kanan mihrab. Itulah tempat biasa bagi Pak Lah kalau dia berjumaat di situ. Sudah beberapa kali saya terserempak beliau bersembahyang di situ dan lokasi itulah tempatnya.

Selesai sembahyang saya menapak ke arah Pak Lah. Sedang elok dia bangun ternampak saya menyapa dengan senyum. "Apa habaq?" itulah pertanyaan rutin Pak Lah kepada saya sejak tahun 80-an dulu lagi.

"Baik.. Pak Lah. Pak Lah apa khabar?" tanya pula saya. Kami bersalam erat. Memang salam Pak Lah terasa erat tidak seperti Mahathir atau Anwar Ibrahim.

"Baik.." balas saya. Saya ingat dia sudah melupai saya maklumlah dia sudah tidak jadi perdana menteri lagi, dan saya pula belum jadi PM? Kalau saya jadi PM tentu Pak Lah akan telefon saya? He he.. Masa Pak Lah ambil cuti tanpa gaji dia kerap berkirim salam kepada saya dan hantar wakil untuk mengambil beberapa naskah buku tulisan saya.

Setiap kali saya buat buku akan datanglah orang Pak Lah menyampaikan salam dan mengambil buku secara free.

"Apa khabar Tok Guru (Nik Aziz)?" tanya beliau. Pertanyaan itu menderaukan darah saya. Betapa Pak Lah juga ingat kepada Tok Guru Nik Aziz dan mungkin tahu juga akan hubungan saya dengan Tok Guru. Kebetulan Tok Guru kini berada di hospital kerana berehat kerana sedikit stres. Jadi pertanyaan itu saya mengambil peluang memberi tahu Pak Lah.

"Baik... dia ada di hospital Pak Lah, rihat sikit.." balas saya.

"Sampaikan salam saya kepada beliau, Assalamualaikum?" kata Pak Lah.

Pak Lah juga kelihatan sedikit serah dan nampak sangat akan keloyorannya. Namun senyumannya masih belum berubah. Matanya masih nampak sempit bila beliau melebarkan senyuman. Senyuman dan keramahan Pak Lah itu menyebakan orang yang suka kepada sifat qanaahnya akan merasa teduh bila bercakap dengan Pak Lah.

Saya berjalan keluar dari ruang masjid mendahului Pak Lah. Sampai di luar seorang kawan memberi tahu yang Hasan Akidah juga ada dalam masjid dan bersalaman dengan Pak Lah. Semasa saya dengan Pak Lah tadi tidak ternampak pula si Hasan Akidah ada di situ. Mungkin dia mengelip untuk tidak berjumpa saya.

"Mana..?" tanya saya kepada kawan, Adnan.

"Itu... dia bercakap dengan Pak Lah..gi lah masuk," jelas kawan itu dan minta saya masuk semula. Saya buat dengar tidak dengar saja dan hanya sempat snap satu gambar.

Saya menjenguk dan nampak Hasan Akidah. Keinginan untuk mendekati dan bersalam dengan Hasan tidak timbul dalam hati. Entah kenapa. Dari luar saya nampak Hasan Akidah berjalan beriring dengan Pak Lah. Berbual-bual, nampak yang beriya Hasan manakala Pak Lah selamba sahaja.

Mungkin Pak Lah bertanya mengenai perniagaan Hasan akhir-akhir ini apakah mendapat sambutan atau tidak. Saya sempat tangkap gambar mereka tanpa Hasan sedari saya di situ. Saya nampak Hasan memakai baju jalur merah macam anak sepilar (mungkin Jalur Tiga)... tersengeh-sengeh sahaja. Entah mungkin mata saya rabun, saya nampak tengkok Hasan macam pendek sedikit berbanding dulu mungkin kuat berjuang mempertahankan akidah ummah.

Malam ini Hasan dikatakan akan berceramah di Permatang Pauh kawasan Anwar Ibrahim. Orang Permatang Pauh boleh keluar ramai-ramai mendengar cerita penglipur lara Hasan seronoknya kalau kebetulan kita tidak ada kerja lain.

Teman-teman kena faham, teman-teman kena tahu, teman-teman kena ambil berat masalah ummmmah, masalah bangsa dan masalah raja-raja Melayu. Jikalau tidak, jikalau tidak kita akan bla bla bla.

Apakah PERKASA Diberi Lesen Cetuskan Huru-Hara Dimana-mana?

Posted: 07 Apr 2012 01:26 AM PDT

KELAB GREENBOC




A
hli Perkasa ganggu majlis dirasmi Anwar

ALOR SETAR - Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa.

Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu.

Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR.

Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda. -SH

Peniaga hampir kena pukul di program PKR Alor Setar

Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini.

Mereka tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut.

Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang.

Apabila kekecohan bermula, pengunjung Sentosa Mall di situ bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Beberapa individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ apabila penyokong PKR mula menolak keluar kumpulan tersebut.

Seorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut yang berada di tengah-tengah orang ramai berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m.

Ray Ching, 28 (kiri) berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya.

Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya.

Ray - peniaga telefon bimbit - memberitahu Malaysiakini bahawa dia memarahinya lelaki itu dan menyuruhnya beredar dari situ, dan lelaki menjerit balik perkataan 'babi'.
-mk




Ulasan GB

Banyak insiden terutama di program Pakatan Rakyat ahli-ahli PERKASA ini mencetuskan keadaan huru-hara.

Di Pulau Pinang Ketua Menteri sendiri diancam oleh PERKASA.

PERKASA juga memainkan isu perkauman, agama dan bangsa untuk menjadi jaguh dan juara.

Selama ini pihak berkuasa membiarkan dan berdiam diri terhadap mereka. Maka naik tocanglah PERKASA.

Kalau begitu, bagus!
Lagi cepat UMNO-BN akan bungkus.

23 Terhidu Gas Bocor Di Loji Petronas Kertih, Bagaimana Kata Lynas Selamat?

Posted: 07 Apr 2012 01:23 AM PDT

KELAB GREENBOC

23 pekerja terhidu gas dikejarkan ke hospital


DUNGUN - Kira-kira 300 pekerja yang baru memulakan kerja lebih masa di Loji Memproses Gas Petronas, Kerteh, Kemaman gempar apabila mereka terhidu gas dipercayai ammonia kelmarin.

Gambar: SALAH seorang pekerja yang terhidu gas ammonia dimasukkan ke wad Hospital Dungun kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika kesemua pekerja sedang memasuki salah sebuah loji untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan di loji tersebut.

Kejadian itu mengakibatkan sebanyak 23 pekerja terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami pedih mata, loya dan muntah-muntah.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15 pekerja dirujuk ke Hospital Dungun dan seorang lagi yang berusia 28 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami simptom yang lebih serius.

Pekerja-pekerja yang lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan, Paka di sini.

Menurut Penyelia Keselamatan loji berkenaan, Fazeli Alias, 29, ketika kejadian, kira-kira 50 pekerja sudah memasuki loji berkenaan manakala sebahagian lagi menunggu giliran untuk masuk.

"Tiba-tiba kami terhidu bau busuk dan bergegas ke pejabat tapak untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Hospital Dungun di sini. -kosmo

24 dirawat terhidu gas bocor

DUNGUN: "Saya menjerit supaya rakan mencari kunci pintu pagar sebaik mendapati beberapa rakan pengsan," kata Shamsul Fitri Mohamad, 21, menceritakan detik cemas kebocoran gas di tempat kerjanya di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, di Kerteh, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, 16 pekerja kontrak dikejarkan ke Hospital Dungun manakala lapan lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu gas terbabit yang tidak diketahui punca dan dari mana berlakunya kebocoran itu.

Mangsa, Wan Mohd Yuzairi Wan Ismail, 28, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Lima lagi kakitangan terbabit iaitu Muhamad Sardjuni Abdullah, 48, Mohd Firdaus Mohd Ibrahim, 23, Mohd Zawawi Lokman, 27, Mohd Saiful Rizal Saidin, 25, dan Wan Mohd Shapawi Wan Ibrahim, 36, ditahan di wad Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Shamsul Fitri berkata, ketika kejadian, dia bersama sekumpulan 50 pekerja melakukan kerja lebih masa memasang besi perancah untuk membaiki dan membaik pulih loji terbabit jam 8 malam.

"Ketika itu saya dengar amaran kebocoran gas melalui alat walkie-talkie daripada penyelia sebelum kami berlari ke pintu utama untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Paka, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, sebaik tiba di pintu pagar terbabit, suasana menjadi kelam-kabut selepas dia dan rakan mendapati pintu utama berkunci menyebabkan dia menjerit mengarahkan rakan lain mencari kunci.

"Gas busuk terbabit semakin kuat sehingga masuk dalam tekak dan tiga rakan pengsan. Keadaan itu menyebabkan saya menjerit supaya mereka segera mencari kunci pintu terbabit," katanya.

Shamsul Fitri berkata, dia bersyukur apabila 15 minit selepas itu pintu pagar berjaya dibuka sebelum semua mereka keluar dari tapak kerja dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka oleh rakan yang berada di luar pintu pagar terbabit.

"Saya bersyukur kerana semua rakan yang terbabit kejadian itu selamat dan sekiranya kunci itu lambat ditemui sudah tentu kejadian lebih buruk berlaku kepada kami," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, beliau bergegas ke Hospital Dungun untuk mengetahui lebih lanjut keadaan mangsa sebaik menerima laporan yang berlaku ke atas pekerja terbabit.
-hm


50 pekerja nyaris maut

PAKA - Seramai 50 pekerja di tapak binaan di kawasan industri minyak dan gas dekat sini, berdepan detik cemas setelah mengalami sesak nafas dipercayai terhidu gas ammonia yang bocor.

Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang jam 8.15 pagi, ketika kira-kira 100 pekerja sebuah syarikat kontrak di kawasan industri petrokimia Petronas dekat Kerteh, Paka melakukan kerja teknikal.

Beberapa pekerja dikatakan secara tiba-tiba mengalami sesak nafas, pening, loya selain muntah-muntah dan terdapat beberapa pekerja turut pengsan.

Sebaik menyedari kejadian terbabit, semua pekerja diarahkan berpindah ke lokasi lain termasuk ada yang menyelamatkan diri masuk ke dalam bangunan sebelum mangsa dipindahkan secara berperingkat ke lokasi lain yang difikirkan selamat.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Rantau Petronas serta Hospital Dungun dengan ambulans dan kenderaan persendirian.

Sehingga jam 2 awal pagi semalam, lebih 20 mangsa menerima rawatan di Hospital Dungun, dua daripadanya, Mohd Zawawi Lokman, 26, dan Mohd Sarjun Abdullah, 48, terpaksa ditahan di wad Hospital Dungun untuk rawa-tan lanjut, manakala yang lain dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar.

Sehingga jam 8 pagi semalam, semua mangsa yang terlibat dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan dan sehingga jam 9 pagi semalam, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkenaan berkaitan insiden yang disifatkan kes terpencil itu.

Pintu pagar berkunci

"Ketika menyedari ada sesuatu yang tidak kena, saya dan rakan terus keluar dari bangu-nan untuk menyelamatkan diri, namun kami tidak dapat keluar kerana pintu pagar yang dikunci," kata salah seorang mangsa yang dipercayai terhidu gas beracun di kawasan industri petroleum dan gas dekat Paka, Kerteh, Shahrul Fitri Mohmmad, 21, malam kelmarin.

Ketika kejadian Shahrul Fitri dikatakan baru memulakan tugasnya sebelum tiba-tiba berasa pening lalu sesak nafas.

Menurutnya, menyedari keadaan yang tidak selamat itu, dia cuba menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam bangunan, namun dia bersama rakan lain diarahkan keluar semula dan mencari lokasi lain yang lebih selamat.

"Kami cuba untuk keluar daripada kawasan tersebut, namun keadaan pintu pagar utama yang berkunci menghalang kami berbuat demikian. Bagaimanapun, setelah arahan dikeluarkan pihak atasan, pintu pagar mula dibuka dan kami bergegas keluar untuk menyelamatkan diri," katanya.

Kata Shahrul Fitri, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat beberapa rakan sekerjanya tiba-tiba tidak bermaya dan lebih teruk ada yang pengsan.

"Saya bersyukur kerana selamat, namun tragedi yang berlaku ini amat mengejutkan saya," katanya yang baru sebulan bekerja di kawasan berkenaan.

Mangsa loya, muntah

Mangsa gas beracun, Mohd Saiful Rizal Saidin, 24, memberitahu, dia mengalami rasa loya lalu muntah beberapa kali sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, ketika itu, dia mendengar ada pengumuman supaya semua pekerja yang berada di lokasi berpindah ke tempat lain kerana ada kecemasan.

"Tiba-tiba, kepala saya rasa pening lalu terus muntah. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dalam tragedi tidak diduga itu," katanya yang sudah setahun bekerja di syarikat berkenaan.

Pemimpinn Pas ziarah mangsa

Tragedi kebocoran gas beracun yang hampir meragut nyawa lebih 50 pekerja kontrak di kawasan Industri Petroleum dan Gas dekat Paka Kerteh turut mendapat reaksi segera daripada beberapa pemimpin politik.

Sebaik menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit, rombongan beberapa pemimpin Pas Kawasan Dungun diketuai Yang DiPertua Pas Kawasan, Wan Hassan Mohd Ramli meluangkan masa hampir satu jam bertanya khabar keadaan mangsa, selain mendoakan agar kesemua yang terlibat kembali stabil selepas melalui detik mencemaskan itu.

Hadir sama, beberapa pemimpin Pas lain termasuk Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Satiful Bahari Mamat dan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan, Azman Shapawi Abdul Rani.

Bomba kerah dua jentera

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba negeri Roslan Mat Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.30 malam.

"Dua jentera bersama lapan anggota dan pegawai dikerahkan ke tempat kejadian bagaimanapun pihak bomba gagal mengesan kebocoran gas di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata pihak bomba percaya gas ammonia tersebut adalah dipercayai bawaan angin, namun mereka masih memantau keadaan di loji terbabit untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sementara itu, Petronas menafikan kejadian pelepasan ammonia berpunca dari mana-mana lojinya di Kompleks Industri Petroleum Petronas di Kerteh.

Menurut kenyataan Pejabat Wilayah Pantai Timur Petronas Kerteh, pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu.

Adalah dipercayai pelepasan gas tersebut berlaku di sebuah loji lain yang tiada kaitan dengan syarikat petroleum negara itu.

Kejadian itu melibatkan 23 kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji Petronas, terhidu gas itu sehingga menyebabkan mereka dihantar ke beberapa pusat perubatan di Kerteh, Dungun dan Kuala Terengganu.

Sehingga tengah hari tadi, 22 daripada mereka telah dibenarkan pulang dan pihak Petronas telah menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terlibat.

Menurut kenyataan itu, keadaan di kawasan loji Petronas adalah terkawal dan selamat serta pihak syarikat telah mengambil segala langkah-langkah kawalan yang diperlukan.
-SH


Ulasan GB

Itu kebenaran yang terdedah sebelum Lynas beroperasi.

Kebocoran gas ammonia di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, Kerteh menyebabkan 23 pekerja (Metro menyebut 24) berdepan dengan maut.

Tuhan sudah memberikan amaran awalNya.

Masih degil lagikah?

Shahrizat tamat tugas sebagai menteri esok

Posted: 07 Apr 2012 01:22 AM PDT

MALAYSIA CHORNICLE


KUALA LUMPUR- Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau akan membawa memori serta legasi indah ketika bersama 'keluarga besarnya' di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas menerajuinya sejak kira-kira 11 tahun lalu.

Menteri bertaraf senator itu juga melahirkan rasa sayunya untuk meninggalkan pegawai dan kakitangannya yang disifatkan rajin, berdedikasi dan sentiasa iltizam dalam melaksanakan tugas. "Saya bertuah kerana bersama Ketua Setiausaha (Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nor), pegawai dan kakitangan kementerian yang selama ini bertugas sebagai satu keluarga, bersama saya mengharungi suka dan duka.

"Yang pasti, saya akan membawa bersama dalam hati dan jiwa saya, memori serta legasi yang indah ketika bersama mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ketua Wanita UMNO itu juga melahirkan rasa sayang dan menghargai perkhidmatan semua kakitangan kementerian itu.

"Bila mereka menyanyikan lagu Di Manakan Ku Cari Ganti tadi, saya rasa nak menitis air mata," katanya.

Sebelum itu, Shahrizat yang bakal menamatkan tugasnya sebagai menteri esok mengadakan pertemuan terakhir dengan kakitangan kementerian.

Pertemuan itu dihadiri sekitar 300 kakitangan kementerian di Dewan Perdana Nur diadakan secara tertutup.

Sementara itu, Noorul Ainur ketika ditemui berkata, Shahrizat adalah menteri yang begitu disenangi semua kakitangan dan sentiasa mengambil berat mengenai mereka.

"Beliau juga mudah didekati bukan saja kakitangan malah kumpulan sasar kementerian. Amanat terakhirnya hari ini (semalam), beliau tidak mahu berlangsung dalam keadaan sedih.

"Justeru, suasana pertemuan pada hari ini (semalam) sungguh ceria dan itu yang beliau mahukan," katanya.

Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara mulai 9 April 2009 selepas tewas kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).-BeritaHarian

PAS lipat ganda sebar Harakah selepas dikoyak

Posted: 07 Apr 2012 01:10 AM PDT

Harakahdaily,


KUANTAN:
Tindakan Umno Putrajaya mengoyak akhbar Harakah mencerminkan ketakutan mereka kepada rakyat yang mendapat maklumat sebenar terhadap sesuatu isu yang berlaku, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

"Inilah yang ditakuti mereka. Belum pernah kita dengan ada pihak yang membakar atau mengoyak akhbar kerana ianya diberi secara percuma. Ini agaknya yang dikatakan buang tabiat, sebagai petanda awal sesuatu itu nak mati," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Usaha PAS Putrajaya untuk menyebarkan fikrah PAS melalui pengedaran Harakah secara percuma kepada penduduk di kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutaun itu mula memberikan kesan dan meresahkan Umno.

Ini menyebabkan Umno Putrajaya bertindak mengoyak Harakah di Presint 8 kelmarin.

Tuan Ibrahim menyifatkan tindakan Umno Putrajaya itu aneh dan mencerminkan ketakutan mereka terhadap tahap keyakinan rakyat kepada Harakah.

"Dari tinjauan dan kajian umum kita dapati ramai dari kalangan penduduk menerimanya dengan hati terbuka dan mula berminat dengan Harakah. Inilah yang ditakuti oleh mereka. Mereka takut pembohongan mereka dalam media perdana diketahui oleh rakyat, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno BN," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Sehubungan tindak-balas Umno itu, Tuan Ibrahim berkata PAS akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk melipatgandakan usaha penyebaran risalah bagi menyedarkan rakyat betapa perlunya perubahan pimpinan negara dalam pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Putrajaya, Uzir Abdullah berkata beliau bersama petugas PAS di sana mengedarkan 1,000 hingga 1,500 akhbar Harakah setiap minggu secara percuma kepada penduduk Putrajaya.

Ia diedarkan dari rumah ke rumah untuk memberikan maklumat tambahan kepada penduduk di kota pentadbiran negara yang kebanyakannya didiami oleh kakitangan kerajaan itu.

DAP menyokong Perhimpunan Aman Bersih 3.0 dan Hijau 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April

Posted: 07 Apr 2012 01:09 AM PDT

Roketkini.com



KUALA LUMPUR – DAP hari ini menyatakan sokongan terhadap Perhimpunan Aman Bersih 3.0 dan Hijau 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April jam 2 petang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata bahawa parti itu menyokong 3 tuntutan penting Bersih 3.0 iaitu:

1. SPR harus meletak jawatan.

2. Proses pilihanraya harus dibersihkan sebelum pilihanraya umum kerana kegagalan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk Reformasi Pilihanraya untuk menyelesaikan isu kritikal seperti audit senarai pengundi yang tidak lengkap, penyelewengan undi pos, kesalahan pilihanraya, kegagalan menangani politik wang, tiada akses yang bebas dan penuh oleh media cetak dan penyiaran dan juga tiada langkah mengatasi politik wang.

3. Pemerhati antarabangsa harus dibenarkan untuk piliharaya.
Menurut Guan Eng laporan PSC menunjukkan ketiadaan komitmen untuk menangani isu-isu asas reformasi pilihanraya bagi memastikan pilihanraya ke 13 yang bebas serta adil, dan laporan akhir PSC itu telah dibentangkan dalam parlimen tanpa sebarang perbahasan.

Sewaktu laporan akhir PSC dikemukakan di Parlimen, Speaker Dewan Rakyat telah menolak permohonan tiga anggota anggota panel PSC dari Pakatan Rakyat untuk menyertakan laporan minoriti yang memperincikan pandangan tiga anggota terbabit yang menolak empat dari 22 poin yang terdapat dalam laporan berkenaan.

Selain itu, menurut Guan Eng antara kelemahan laporan tersebut adalah keengganan untuk menangani kelemahan asas dalam senarai pengundi. Kesalahan dan penyelewengan senarai pengundi ini telah meningkat sejak Mac 2008 dan ia telah didedahkan oleh pelbagai pihak seperti Merdeka Centre, National Institute for Democracy and Electoral Integrity dan Bersih.

Antara yang penyelewengan dikenal pasti adalah peratusan tinggi pengundi yang tidak dapat dikenal pasti oleh penduduk tempatan; pendaftaran berulangkali oleh pengundi yang sama dengan lebih daripada 1 nombor kad pengenalan; pengundi dilahirkan sebelum 1900 yang masih terdapat namanya dalam senarai pemilih, termasuk Wong Kwan Moy yang tarikh lahirnya adalah 23 Ogos 1853; pengundi dengan nombor kad pengenalan lelaki tetapi disenaraikan sebagai pengundi wanita dan sebaliknya; dan 42000 pengundi yang nombor kad pengenalannya tiada dalam rekod yang dimiliki oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut beliau, ini cuma sebahagian kecil daripada penyelewengan yang berlaku. "DAP membantah sekerasnya kegagalan Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk tidak membenarkan pengenalan laporan minoriti yang mendokumenkan masalah-masalah utama yang memberi kesan kepada pendaftaran pemilih."

"Memandangkan kekurangan komitmen untuk pilihanraya yang bersih, adil dan bebas, DAP menyokong sepenuhnya seruan Bersih 3.0 untuk berkumpul di Dataran Merdeka jam 2 petang pada 28 April, 2012, untuk menunjukkan hasrat rakyat untuk mempunyai pilihan raya yang bersih, bebas dan adil umum ke-13. DAP juga mengulangi sokongan untuk kesemua tuntunan Bersih 2.0. Daripada 8 permintaan, hanya satu – penggunaan dakwat kekal – telah ditangani dalam Laporan PSC," tambah beliau lagi. roketkini.com

‘Bodoh’ jika Najib haramkan Bersih 3.0, kata pemerhati politik

Posted: 07 Apr 2012 01:04 AM PDT


KUALA LUMPUR— Pemerhati politik percaya pihak berkuasa tidak akan bertindak kasar terhadap peserta himpunan Bersih 3.0 seperti mana yang berlaku tahun lalu, mengatakan ia satu strategi "bukan main bodoh" oleh Datuk Seri Najib Razak.

Mereka bersetuju sebarang tindakan kasar untuk menghentikan perhimpunan pada 28 April boleh menjatuhkan Najib dan pasukannya, menunjukkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir untuk perdana menteri berdepan risiko kehilangan lebih banyak sokongan.

"Jika mereka lakukan sekali lagi seperti apa yang berlaku pada (himpunan Bersih) kali pertama dan kedua, ia bukan main bodoh, adakah anda fikir mereka ini naif?

"Peluang ketiga diberikan untuk menunjukkan sama ada anda sebuah kerajaan yang menghormati nilai-nilai demokratik dan menolaknya...ia adalah bodoh malah ia mengatasi piawaian Barisan Nasional (BN)," kata pensyarah undang-undang Universiti Malaysia Dr Azmi Sharom.


Menurut beliau, himpunan Bersih 3.0 dijadualkan pada 28 April di Dataran Merdeka, ia merupakan bantahan "mogok duduk" dan tidak berarak di jalan raya.

"Ia mogok duduk, yang lebih aman. Ia pasti akan menjejaskan imej kerajaan dan pilihan raya umum jika mereka bertindak kasar.

"Paling sedikit ia hanya akan mengukuhkan bukti orang ramai terhadap mereka," katanya.

Semasa dua himpunan Bersih — pada 2007 dan tahun lalu, kerajaan menggunakan pasukan polis mencegah rusuhan yang bertindak menyembur meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan yang berkumpul di jalan raya mendesak pilihan raya adil dan bebas.

Pada perhimpunan 2007, yang berakhir dalam keadaan huru-hara, telah memberikan kesan kepada BN semasa pilihan raya umum 2008.

Tahun lalu pihak berkuasa cuba menghalang perhimpunan itu dengan manahan penyokong Bersih walaupun sebelum perhimpunan pada 9 Julai itu bermula. Mereka menegaskan kumpulan yang memakai pakaian berwarna kuning akan ditahan.

Perhimpunan aman itu menyebabkan ibu negara seperti sebuah penjara, dengan jalan-jalan utama ditutup sementara perkhidmatan awam dihentikan sementara. Sesiapa yang memakai pakaian kuning akan ditahan tanpa disoal.

"Tetapi saya rasa kerajaan telah lihat apa yang berlaku akibat tindakan mereka tahun lalu dan tidak akan menggunakan taktik sama.

"Saya rasa beberapa pengajaran penting diperoleh dari situ," kata Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

Selepas 9 Julai, Najib mendapati kerajaannya berulang kali menjadi perhatian media antarabangsa kerana dikatakan menggunakan kekerasan berlebihan ke atas peserta perhimpunan aman.

Para penganalisis juga percaya gerakan masyarakat sivil negara telah berkembang disebabkan himpunan Bersih 2.0.

Sebagai langkah persediaan mengawal keadaan, kerajaan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman lewat tahun lalu untuk mengawal perhimpunan aman dan membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya negara.

"Ia adalah mengapa Akta Perhimpunan Aman dirangka. Dan selain itu, cara kerajaan menangani perhimpunan yang lain — pembebasan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Liwat II), bantahan Himpunan Hijau (terhadap Lynas Corporation) di Kuantan — ia nampaknya akan menjadi lebih baik untuk mengkaji permintaan Bersih.

"Mereka (kerajaan) menjadi lebih maju, mereka memberi tempat untuk berkumpul dan mereka dengan jelas mengelak atau mencegah diri mereka daripada memberi sebab-sebab yang membolehkan pembangkang dan masyarakat menyalahkan mereka."

Keadah ini, tambah beliau akan membantu mengurangkan kesan politik terhadap perhimpunan seperti himpunan Bersih 3.0.

"Jadi jika berlaku lebih banyak tindakan keganasan polis semasa himpunan Bersih 3.0...ia akan membangkitkan kemarahan rakyat," kata Ibrahim.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengumumkan untuk menganjurkan himpunan Bersih 3.0, sehari selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan 22 cadangan PSC.

Bagi Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia, pemerhati pilihan raya boleh melakukan kesalahan dengan Bersih.

Beliau mencadangkan penganjuran perhimpunan yang ketiga disifatkan beliau sebagai "berlebihan" dan akan mengakibatkan satu tindakan balas yang ganas walaupun untuk pembangkang dan Bersih, jika kerajaan memutuskan menghalangkan perhimpunan.

"Ya, lebih banyak tentangan terhadap BN dan pihak satu lagi. Kekecohan, huru-hara, tangkapan...ada yang simpati terhadap Bersih tetapi ada juga yang tidak.

"Pengguna jalan raya, peniaga, mereka tidak akan gembira," katanya.

Sebaliknya Agus mencadangkan semua pihak kembali kepada perbincangan untuk mencapai satu konsensus tentang bagaimana mengelakkan keadaan huru-hara di jalan raya.

Sekurang-kurangnya dua reformasi sistem pilihan raya utama, katanya, mesti dilaksanakan untuk menyelesaikan kebuntuan buat masa ini — penggunaan dakwat kekal dan reformasi undi pos.

"Isu-isu lain seperti pengundian berganda, itu boleh diselesaikan dengan dakwat kekal," katanya.

"Perkara lain seperti membersihkan daftar pemilih boleh dilakukan kemudian. Tetapi sekarang ini, dua perkara penting ini perlu dilakukan segera," katanya.

Namun Azmi tidak bersetuju, berkata perlu untuk Bersih mengadakan perhimpunan ketiga agar gerakan itu tidak hilang sokongan.

Jangan jadi pengkhianat seperti Ambiga, kata Perkasa kepada Pak Samad

Posted: 07 Apr 2012 01:01 AM PDT


KUALA LUMPUR— Sayap pemuda Perkasa mendakwa pemimpin Bersih 2.0 menggunakan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said untuk menarik lebih ramai umat Islam dan pelajar menyertai perhimpunan pada 28 April ini.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata "Pak Samad" telah menjadi seorang pengkhianat bersama Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan mengingatkan penulis berusia 76 tahun agar jangan mengorbankan kepercayaan hanya kerana seorang wanita.

"Samad Said, jangan jadi pengkhianat kepada negara. Ia amat jelas siapa Ambiga... Saya berdiri teguh dalam keyakinan saya bahawa beliau anti-Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam Irwan memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan "pengkhianat" bangsa.

Beliau juga mengkritik Pak Samad ekoran penglibatannya, berkata ia sesuatu yang "malang" apabila individu yang diangkat sebagai ikon negara dalam bidang seni dan kesusasteraan tidak berkalakuan bijak.

"Jangan anda berani mencuba menarik penglibatan pelajar, Samad said. Jangan menjadi seorang pengkhianat," katanya.

"Anda seorang umat Islam. Anda perlu tunjukkan anda tidak menyokong Ambiga. Anda sepatutunya mempertahankan Islam.

"Jangan memecahkan orang Melayu... hari ini anda mempunyai orang Melayu yang menyokong PAS, PKR dan Umno.

Beliau menambah bahawa sokongan terbuka Ambiga terhadap satu penganjuran program seperti Seksualiti Merdeka yang merupakan bukti Ambiha tidak menghormati Islam.

Seksualiti Merdeka bukan sahaja menentang kepercayaan Islam tetapi juga mementang Kristian. Jadi ia menunjukkan beliau seorang pengkhianat kepada agama," katanya.

Irwan menggesa komuniti Melayu untuk berada di rumah pada 28 April dan bersabar menunggu pilihan raya umum ke-13 jika mereka benar-benar mahu menunjukkan kemarahan terhadap kerajan.

"Tunggu Parlimen dibubarkan," katanya.

Semalam Pak Samad berkata persoalan tentang agama dan bangsa tidak timbul dalam perhimpunan itu.

"Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih.

"Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?" katanya.

Tambah Pak Samad: " Sesiapa yang boleh membantu meningkatkan demokrasi, sama ada Kristian atau Islam."

Pada Rabu lalu Bersih 2.0 mengumumkan cadangan mengadakan himpunan ketiga menuntut pilihan raya bersih dan adil, mengatakan walaupun kerajaan berjanji melakukan reformasi tetapi usaha ke arah itu kurang meyakinkan.

Pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, polis menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta himpunan yang menyaksikan lebih daripada seribu ditahan, ramai tercedera dan kematian seorang bekas tentera.

Ekoran tindakan ganas pihak berkuasa, kerajaan dikritik di peringkat antarabangsa, membawa kepada Akta Perhimpunan Aman tahun lalu dan pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) untuk mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.

Teladan buat pemimpin UMNO

Posted: 07 Apr 2012 12:57 AM PDT

Oleh Adil Mat Selamat


Berapa ramaikah pemimpin UMNO yang sanggup mengikut contoh teladan Syed Sobri Syed Hashim yang hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas diisytiharkan muflis oleh mahkamah?

Teladan yang kita maksudkan bukanlah belajar membuat hutang berjuta-juta ringgit hingga tak mampu membayar seperti beliau, sebaliknya teladan yang kita maksudkan adalah sikap beliau yang tidak berselindung dengan kesilapan dan kegagalan beliau dalam kes tersebut.

Ya, barangkali Syed Sobri sudah tidak punya pilihan lain untuk menutup masalahnya dari diketahui umum. Apatah lagi pihak mahkamah telah mengisytiharkan beliau bankrap. Jadi langkah beliau mengakuinya di khalayak umum wajar diberi sedikit pujian.

Sekurang-kurangnya beliau tidak berbohong atau mengambil hak orang lain untuk melepaskan dirinya, seperti yang pernah dilakukan oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang lain.

Sungguh pun sedikit cebisan rasa berani dan rasa pertanggungjawaban beliau ini, kita sebagai manusia biasa, sewajarnya mengucapkan syabas kepada beliau dan bersabar menghadapi cabaran. Bagi para pemimpin UMNO yang berdegar-degar nak memperjuangkan bangsa, nusa dan agama, haruslah sedar dan cuba mengambil teladan dan sikap sebegini gentleman.

Mengapa wakil rakyat meminjam wang berjuta-juta ringgit?

Satu lagi teladan yang penting untuk kita sedari dan ambil ialah apabila seseorang itu telah dipilih menjadi wakil rakyat janganlah mengikut jejak langkah sebegini. Meminjam di sana-sini hingga harta sendiri habis tergadai dan akhirnya menjadi muflis.

Kita pelik juga kerana setelah menjadi wakil rakyat, mengapa seseorang itu masih perlu meminjam wang berjuta-juta ringgit? Mereka bukan ahli perniagaan sepenuh masa yang mampu memberi komitmen yang jitu demi menjayakan perniagaan mereka.

Sebaliknya, tugas seseorang wakil rakyat itu adalah dengan memberi khidmat untuk keperluan rakyat menerusi kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh Dewan Undangan Negeri mahu pun Dewan Rakyat.

Bukankah tugas sebagai wakil rakyat itu akan menelan masa yang banyak hingga akan menghadkan masa untuk seseorang wakil rakyat itu berniaga, jadi kita melihat kes ini dengan rasa yang agak hairan sekali.

Lainlah jika seseorang yang pada asalnya memang seorang ahli perniagaan atau usahawan, barangkali kisahnya sudah jadi cerita lain. Contoh terbaik seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Jelas sekali bahawa pengalaman dan hasil perniagaan sebelumnya benar-benar telah membantu kerjaya politik beliau hari ini.

Ini boleh menjadi iktibar kepada mereka yang sedang menjadi wakil rakyat termasuk yang sedang berangan-angan nak menjadi wakil rakyat. Apabila telah menjadi Yang Berhormat, berikanlah tumpuan kepada tugas utama itu.

Jangan salah guna amanah rakyat

Sungguhpun anda tidak dihalang untuk berniaga tetapi beringatlah bahawa kerja sebagai wakil rakyat, itu bukan satu tugas sambilan. Malah dengan kedudukan sebagai YB, itu bukanlah lesen untuk mereka mengambil kesempatan dengan meminjam wang sebanyak-banyaknya.

Janganlah menyalahgunakan kuasa hingga mengakibatkan diri sendiri tersepit dan kalau lemah iman, ketika nak mengelak diri dari tersepit itu, mudah saja kita terlupa hingga sanggup mengambil hak orang lain, iaitu hak rakyat.

Mujurlah Syeb Sobri, dalam keadaan tersepit itu tidak mengambil langkah seperti Tun Mahathir Mohamad ketika krisis eknomi 1997 dengan mengambil wang rakyat untuk bailout syarikat-syarikat kroni demi mengelak dari menjadi muflis. – Roketkini.com

Peguam hapus Sosilawati, 3 lain kerana duit

Posted: 07 Apr 2012 12:54 AM PDT

SINAR HARIAN

Sosilawati Lawiya

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu motif bekas peguam N. Pathmanabhan menghapuskan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi adalah kerana tertuduh tidak memiliki wang yang mencukupi bagi menjelaskan cek bernilai RM3 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu, bertarikh 9 September 2010.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin berkata Patmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, berdepan tekanan hebat untuk mendapatkan sejumlah wang yang begitu banyak dan dia tahu tidak akan mampu berbuat demikian.

"Penyelesaiannya ialah menghapuskan Datuk Sosilawati dan rakannya," katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan hari ini.

Beliau berkata, cek itu diberikan Patmanabhan kepada Sosilawati untuk urusan penjualan sebidang tanah di Pulau Pinang, selain satu lagi cek bernilai RM4 juta, yang juga bertarikh 9 September 2010.

Saiful Edris juga berkata sebelum ini, anak perempuan Sosilawati iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari memberi keterangan ibunya ke Banting bertemu Patmanabhan bagi membincangkan hal tanah dan untuk mempercepatkan penjelasan cek agar wang itu boleh digunakan sebagai bayaran bonus kepada kakitangannya serta menyambut Hari Raya Adil Fitri pada 10 September 2010.

Beliau berkata Erni menyatakan nilai cek itu ialah RM3 juta.

Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43; Thilaiyalagan, 21; Matan, 22; dan Kathavarayan, 32; didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Saiful berkata keterangan saksi ke-98 iaitu pegawai bank Yvonne Tiong Guat Choo, setakat 30 Ogos 2010, Patmanabhan hanya mempunyai RM1.38 juta dalam akaunnya.

"(Tertuduh pertama) OKT1 tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi menjelaskan cek bernilai RM4 juta, atau RM3 juta sekalipun," katanya.

Saiful Edris, pada asalnya, wang RM3 juta itu dimasukkan ke akaun pelanggan firma guaman Pathma Nalli & Partners pada 3 Ogos 2010, namun apa yang berlaku selepas itu ialah hampir semua jumlah tersebut (RM2.9 juta) dipindahkan ke akaun Pathmanabhan.

"Untuk mewajarkan pengeluaran hampir RM3 juta milik Datuk Sosilawati, OKT1 mewujudkan sepucuk surat yang memberi kuasa kepada beliau untuk mengeluarkan jumlah itu daripada akaun pelanggan ke akaun peribadinya. Surat itu bertarikh 11 Ogos 2010," katanya.

Beliau turut menarik perhatian mahkamah kepada tarikh surat dan tarikh pengeluaran pertama bagi jumlah RM500,000 adalah pada tarikh yang sama iaitu 11 Ogos 2010.

Saiful Edris juga berkata, saksi ke-79 iaitu pegawai forensik komputer Inspektor Suzana Zainal Abidin, yang menganalisis komputer dari pejabat Tetuan Patma Nalli and Partners, memberi keterangan bahawa surat yang memberi kuasa kepada Pathmanabhan mengeluarkan wang Sosilawati daripada akaun pelanggan sebenarnya diwujudkan pukul 11.45 pagi, 30 Ogos 2010 dan kali terakhir ia dikemas kini adalah pada 2.54 petang (hari Sosilawati dan rakannya menemui ajal mereka).

Beliau berkata, sebelum pemindahan itu dilakukan, tertuduh pertama hanya mempunyia RM313.35 dalam akaunnya.

Saiful berkata, pendakwaan berharap mahkamah akan menerima penemuan pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur Dr Nurliza Abdullah bahawa barangan yang dirujuk kepadanya oleh pegawai penyiasat ASP Mohd Ishak Yaakob, yang berkemungkinan besar adalah tulang manusia berdasarkan pemerhatian serta analisis kritika menggunakan mata kasar serta kanta pembesar.

"Penemuan beliau disokong dua pakar lain iaitu odontologis forensik Norhayati Jaafar dan radiologis Zaleha Abd Manaf. Kedua-duanya mengesahkan cebisan tulang itu mungkin kepunyaan manusia," katanya.

Beliau berkata, penemuan Dr Nuliza adalah konsisten dengan keterangan Siti Hamidah Karnax yang memberitahu mahkamah bahawa pada malam 30 Ogos 2010, beliau nampak satu unggun api yang besar selepas mendengar jeritan seorang wanita sebanyak dua kali.

Sebelum itu, Saiful berkata, Siti Hamidah memberi keterangan beliau ada melihat seorang wanita serta tiga lelaki datang ke Ladang Gadong dan tertuduh keempat iaitu R. Khatavarayan membawa anggota polis ke Sungai Panchau di mana cebisan tulang itu ditemui.

Selanjutnya, beliau berkata pembelaan juga tidak memanggil mana-mana pakar untuk mematahkan keterangan itu.

"Sehubungan itu, selamat jika dikatakan keterangan SP63 (Dr Nurliza) adalah kukuh dan mahkamah yang mulia ini patut menerimanya," katanya.

Saiful berkata, selain Sosilawati dan rakannya, mahkamah turut dimaklumkan dua ahli perniagaan iaitu Shafiq Davendran Abdullah (orang tempatan) dan warga India Allal Kantan Muthuraja turut hilang selepas ke Banting untuk bertemu Pathmanabhan.

Beliau berkata, kewujudan Syafiq bukan hanya satu kebetulan kerana dokumen banknya ditemui dalam pikap tertuduh pertama dan dalam sebuah fail yang dirampas ASP Khoo Fei Chow, terdapat sebuah dokumen kuasa wakil yang menyatakan Muthuraja adalah pemegang kuasa wakil bagi sebidang tanah di Pulau Pinang. Siti Hamidah telah mengenal pasti Syafiq dan Muthuraja ketika saksi itu ditunjukkan gambar mereka dan memberi keterangan ada melihat kedua-duanya datang ke ladang itu sebelum nampak unggun api seperti dalam kes Sosilawati dan tiga lagi, katanya.

"Hujah kami ialah terdapat persamaan fakta iaitu mereka bertemu OKT1 di Ladang Gadong dan semua mangsa hilang selepas itu.

"Dalam semua kes, saksi tersebut (SP33) berkata dia nampak unggun api. Sehingga hari ini, tidak ada sebarang perkhabaran mengenai Syafiq, Muthuraja, Sosilawati, Kamil, Kamaruddin dan Hisham."

Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudian menangguhkan prosiding sehingga 30 April dan pada tarikh itu, beliau akan memutuskan sama ada tertuduh dipanggil membela diri atau sebaliknya. - Bernama

Pegawai tinggi kerajaan sokong Pas'

Posted: 07 Apr 2012 12:52 AM PDT

WAN SAIDATUL FADZILAH WAN NAJEMUDIN

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh

KUALA TERENGGANU – Pas mendakwa ada pegawai tinggi kerajaan yang bersedia berkhidmat untuk parti itu dan sanggup menjadi calon sekiranya ditawarkan.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, pengakuan itu dibuat beberapa pegawai kerajaan dalam satu perjumpaan dengan beliau sendiri.

"Senario ini menunjukkan kebangkitan dan jumlahnya bukan sedikit kerana pegawai kerajaan tersebut bukan sahaja di peringkat negeri malah juga pusat," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, keadaan itu membuktikan rakyat di pelbagai peringkat yakin dengan kemampuan pihak lain selain Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara.

Katanya, dalam masa yang sama mereka mahu memastikan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) lebih baik berbanding yang ada sekarang, selain itu untuk menghapuskan segala penyelewengan kuasa dan rasuah.

Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu berkata, perkembangan itu selari dengan kajian dan analisis politik sama ada daripada pro pembangkang atau pihak luar bahawa PR akan menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu turut bergantung pada peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang proses mengendalikan pilihan raya.

"Dengan perkembangan positif terhadap Pas, kita yakin boleh menang lebih-lebih lagi kalau SPR boleh berlaku adil," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, rakyat semakin menolak Barisan Nasional (BN) kerana sikap pemimpin parti itu yang berlumba-lumba mencari kekayaan untuk diri sendiri.

Katanya, sikap mementingkan diri sendiri merupakan salah satu sebab rakyat yang masih dibebani dengan kenaikan harga barang kecewa dengan sikap pemimpin BN.

Sri Wani mahu saman RM6 juta

Posted: 07 Apr 2012 12:52 AM PDT

KHALILAH GUSTI HASSAN

Wani

SHAH ALAM - Sri Wani Choo Abdullah nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menjatuhkan maruah dan perniagaannya.

Tanpa mendedahkan siapakah orang yang dimaksudkan, katanya, dia sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan saman RM6 juta.

"Buat masa ini, peguam sedang mengumpul maklumat berkaitan hal ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sri Wani, 37, menegaskan, dia mempunyai bukti yang kukuh untuk bertindak berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan video bertujuan merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.
Suaminya, seorang bekas dekan institusi pengajian tinggi awam tempatan, yang mengesyaki Sri Wani lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah.

Bahrom Sanugi, 61, bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.

Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.

Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan 23 April ini untuk memberi keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani ujian pengesahan jantina atau tidak.

Sementara itu, Sri Wani, yang berasal dari Bentong, Pahang, memfailkan bantahan terhadap permohonan suaminya dengan mendakwa dia dianiaya.

Dia turut memfailkan injunksi ex parte (sebelah pihak) terhadap dua madunya kerana mendakwa difitnah.

"Saya ada bukti mereka juga hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan kurang sopan," katanya.

Abdul Walid memerintahkan Sri Wani menyerahkan bukti itu pada 12 April ini.
Sri Wani dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian juga menekankan bahawa dia menyayangi suaminya.
"Biarlah apa orang nak kata; Tuhan mengetahui segala-galanya," katanya dalam nada sedih, tetapi tetap yakin.

Wakil Rakyat Umno Kemaman ‘Dibuang’ Oleh Jawatankuasa Bahagian

Posted: 07 Apr 2012 12:37 AM PDT

Wartawan Buletin

- Rakyat Wajar Mengundi PAS.


KEMAMAN
– Warga Kemaman yang menjadi pengundi pada pilihanraya ke-13 (PRU13) akan datang wajar tidak mengundi calon-calon Umno kerana pemimpin Umno yang masih menjadi wakil rakyat sudah tidak diberi kepercayaan lagi oleh Jawatankuasa Bahagiannya lagi.

Menurut Timbalan Setiausaha PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat , Jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman sudah 'membuang' wakil rakyat yang belum habis penggalnya dalam mesyuarat bahagian tersebut baru-baru ini.

"Umno telah membuat mesyuarat untuk memilih calon-calon yang (akan) bertading (dalam PRU13), ternyata wakil (rakyat) Chukai, undinya (jatuh) nombor empat (bermakna) Jawatankuasa Umno Bahagian sudah pun membuang wakil rakyat ini,

"mengapa tidak wakil rakyat buang (Umno terus),"ujarnya ketika berucap dalam majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) pada Khamis 5 April.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai memaklumkan, wakil rakyat DUN Air Putih turut menerima nasib yang sama dalam mesyuarat terbabit.

Keputusan tersebut menurutnya, menunjukkan pergeseran dan perebutan kuasa yang sengit berlaku dalaman Umno bahagian Kemaman.

"Menampakkan kepada kita berlaku pergeseran yang perpecahan yang amat kuat di kalangan (pemimpin) Umno Kemaman, ia akan mengalir kepada 'akar umbi' (Umno), akhirnya rakyat akan bangkit (menolak Umno),"jelasnya.

Sehubungan itu, beliau yakin rakyat yang sudah bosan dengan sikap para pemimpin Umno akan membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang.

Katanya, beliau optimis, PAS akan dapat memenangi kesemua kerusi DUN dan Parlimen Kemaman.

Peniaga hampir kena pukul di program PKR Alor Setar

Posted: 07 Apr 2012 12:31 AM PDT

Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini.

Mereka tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut.

Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang.

Apabila kekecohan bermula, pengunjung Sentosa Mall di situ bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Beberapa individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ apabila penyokong PKR mula menolak keluar kumpulan tersebut.

NONESeorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut yang berada di tengah-tengah orang ramai berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m.

Ray Ching, 28 (kiri) berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya.

Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya.

Ray - peniaga telefon bimbit - memberitahu Malaysiakini bahawa dia memarahinya lelaki itu dan menyuruhnya beredar dari situ, dan lelaki menjerit balik perkataan 'babi'.

Kes anak Nazri: CCTV kini di tangan polis

Posted: 07 Apr 2012 12:28 AM PDT

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizRakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber.

Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai.

Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu.

Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Ribuan rakyat Kedah hadir pelancaran BERSIH 3.0

Posted: 07 Apr 2012 12:25 AM PDT

Penyokong PAS datang berduyun-duyun malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap pelancaran perhimpunan BERSIH 3.0 oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berlangsung aman tanpa kejadian yang tidak diingini berlaku.

NONESebelum itu, sekumpulan 50 orang yang memakai baju kemeja T hitam tertulis perkataan 'Perkasa' berwarna merah, telah mengganggu program PKR di Jalan Putra, yang menyaksikan seorang peniaga hampir dipukul oleh kumpulan itu.

Penyokong BERSIH 3.0 duduk di atas padang yang berlumpur untuk mendengar ceramah lebih tiga jam daripada beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan menganggarkan lebih 5,000 orang hadir dalam ceramah tersebut.

Dalam ceramahnya, A Samad menjelaskan beliau menyokong untuk mereformasikan sistem pilihan raya memandangkan umurnya yang menjangkau 70-an dan beliau "tidak mahu mati sia-sia".

Himpunan janji 'tsunami hijau' dalam lautan kuning

Posted: 07 Apr 2012 12:19 AM PDT

Kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau hari ini mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan membantah projek nadir bumi di Kuantan serentak bersama perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini.

NONEPresidennya Wong Tack berkata penyokong daripada lima kumpulan hijau akan berkumpul di bangunan KLCC sebelum berarak 3 kilometer ke Dataran Merdeka - tempat BERSIH mengadakan bantahannya.

BERSIH, yang sinonim dengan pakaian kuning, merancang duduk di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Sudah cukup jerit pekik kita. Keputusan kita muktamad. Kita mahu Lynas keluar daripada Malaysia," katanya yang turut membawa kain rentas bertulis "Lynas berambus".

Tiada ulasan: