DIALOG RAKYAT |
- Wartawan asing dedah sikap polis
- Media terlalu menyebelahi polis?
- Usus ibu 50 tahun pecah dipijak polis
- Bersih 3.0 jauh lebih besar
- Bersih 3.0: Anwar arah ke jalan TAR, bukan Dataran
- Kesatuan wartawan kutuk tindakan polis
- Polis: Pertempuran mungkin berlaku dengan peserta
- IGP: Rampas kamera, rakaman bukan SOP
- 'Apa salahnya Aziz, Wan Omar jadi ahli Umno?'
- Ramalan RAHMAN dan Perdana Menteri Malaysia terakhir dari Umno
- Orang Penang akan menghalau Najib dan Umno
- Akhirnya mahasiswa boleh berpolitik
- Kes Sosilawati: 4 termasuk Pathma diarah bela diri
- Polis tubuh pasukan khas siasat kenyataan Nizar
- Saksi lihat kereta polis langgar peserta Bersih
- Bersih 3.0: PAS kesal laporan Sinar Harian
- Tindakan polis langkau perintah mahkamah
- Ganas: Najib, Hishamuddin, KPN letak jawatan
- Anwar di Konvensyen Pakatan Rakyat Perak esok
- Tengahari tendang polis, petang tangkap peserta himpunan
- Kisah ngeri layanan polis ke atas peserta
- Najib akui perhimpunan Bersih 3.0 ujian transformasi politik kerajaan
- Ambiga: ambil tindakan terhadap perusuh ganas
- Bersih 3.0: Najib 'tak ragu-ragu' panggil PRU13
- Chegu Bard : Najib Menjadikan Peserta Dan Polis Mangsa Kekecohan Bersih 3.0
Wartawan asing dedah sikap polis Posted: 30 Apr 2012 06:52 AM PDT Bagai berjuang di medan perang.Bezanya, dalam suasana perang, kita boleh bertindak membalas serangan musuh.Dalam suasana yang kami – saya dan jurugambar, Taufik A. Kader – hadapi pula ketika membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0, ia ibarat 'durian dengan mentimun'. Nyawa kami dan puluhan ribu peserta perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 di kawasan berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bagai nak putus apabila kawasan itu diselimuti asap putih gas pemedih mata menyesakkan nafas yang dilancar pihak polis dan suasana huru-hara akibat kejadian itu. Anehnya, berbeza daripada suasana perhimpunan sulung dan kedua Bersih pada 2007 dan tahun lalu, kali ini pihak wartawan, selain para peserta Bersih 3.0, turut menjadi buruan dan sasaran 'ancaman' pihak berkuasa yang bertugas .Gambar: Beberapa anggota polis menahan dan mempersoalkan kehadiran wartawan asing ini serta meminta menunjukkan dokumen media tambahan sebagai bukti, walaupun wartawan berkenaan memakai pas media rasmi. Ketika saya cuba melarikan diri daripada dicengkam kesan gas pemedih mata dan bimbangkan keselamatan rakan saya itu – yang terpisah ketika tembakan dan semburan gas pemedih mata dan cecair kimia ditujukan ke arah peserta perhimpunan – saya terserempak kira-kira lapan hingga 10 orang anggota polis sedang membelasah seorang pemuda berusia 20-an tahun yang longlai di sebatang lorong penghubung Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan Jalan Masjid India. Ketika itu, beberapa orang polis yang menyedari percubaan saya dan seorang jurugambar media asing untuk merakamkan insiden itu meluru ke arah kami lalu mengancam dengan kata-kata: 'Awas, jangan ambil gambar! Nanti aku pecahkan kamera kau!' Dengan pantas kamera peribadi saya ditepis dengan ganas dan terjatuh ke tanah, manakala saya dapat menangkis percubaan seorang lagi anggota polis daripada merosakkan kamera jurugambar media asing itu. Mujur kamera saya tidak rosak. Namun, beberapa wartawan lain – asing dan tempatan – turut mengalami nasib sama. Mereka diancam, dimarahi, ditahan dan disoal siasat, serta kad memori kamera dan dokumen media dicampak polis dengan kasar. Sementara itu, Taufik terpaksa berlindung di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menjadi sasaran lima tembakan gas pemedih mata. Lega hati saya mendapat tahu beliau selamat selepas entah beberapa kali dihubungi. Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bagaimanapun berkata pihak polis bertindak profesional ketika menangani episod huru-hara itu. Hakikat suasana sebenarnya amat mengelirukan kerana sesiapa sahaja di kawasan Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar stesen LRT Masjid Jamek dan Jalan Raja Laut berpotensi menjadi sasaran anggota seragam biru. Emosi manusia memang boleh mencapai tahap bahaya, jika ia dibiarkan didorong oleh naluri keganasan haiwani kita dan hilangnya sikap peri- kemanusiaan di kalangan kita. Wartawan tersebut ialah Darwis Said yang bertugas dengan Berita Harian Singapura. | ||||||
Media terlalu menyebelahi polis? Posted: 30 Apr 2012 06:47 AM PDT Agak mengejutkan apabila laporan yang disiarkan oleh media sama ada media cetak dan media elektronik semalam, 29 April mengandungi berita yang menghala ke satu tujuan iaitu meletakkan segala kesalahan kepada peserta Bersih 3.0 dan memberikan liputan yang positif kepada pihak polis. Presiden Intelek Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, laporan itu seolah-olahnya semua tindakan yang dilakukan oleh polis adalah betul dan tepat. Katanya, laporan yang berat sebelah dibuat oleh media sudah tentu akan membina satu persepsi buruk terhadap Bersih 3.0 sedangkan realitinya himpunan yang aman itu bertukar menjadi ganas, kacau-bilau dan huru-hara akibat gangguan dan halangan yang dilakukan oleh pihak polis secara langsung dan tidak langsung. Menurutnya, sebagai sebuah negara yang mengiktiraf demokrasi yang memberikan keadilan dan hak kepada semua rakyat perlu memberikan ruang kepada rakyat untuk berhimpun di ibu negara. Ini, ujarnya kerana himpunan yang dilakukan itu bukan himpunan tanpa tujuan tetapi bagi menuntut sistem yang adil dalam PRU yang amat dipertikaikan pada masa ini kerana PRU adalah merupakan ruang untuk rakyat memilih sebuah pemerintahan yang mereka inginkan. "Laporan media jelas begitu berat sebelah. Sebagai contohnya, laporan berita TV3 menyatakan bahawa terdapat pegawai polis yang cedera sedangkan kecederaan yang dialami oleh peserta Bersih jauh lebih ramai dan jauh lebih teruk kecederaannya. "Kenapa kecederaan peserta Bersih tidak mahu dilaporkan, adakah kerana sememangnya maklumat itu tidak diterima ataupun sengaja mahu disorokkan?" tanya beliau dalam satu kenyataan. Sebab itu, kata beliau persoalan tentang integriti media massa bukanlah sekadar persoalan yang bersifat teoritikal, sebaliknya merupakan persoalan pengaplikasian yang praktikal bukan sekadar slogan sahaja. Tambahnya, laporan yang tiada integriti ataupun tiada kejujuran akan menyebabkan sama ada rakyat akan membenci Bersih 3.0 ataupun rakyat akan membenci media massa arus perdana yang berterusan melaporkan berita yang tidak telus dan menyebelahi pemerintah dan konco-konconya. "Media massa sepatutnya bebas untuk memberikan laporan yang adil kepada semua berita, bukan hanya yang positif untuk pemerintah sahaja tetapi perlu juga berita yang dapat membandingkan apa yang berlaku," katanya lagi. "Akhirnya, pembaca akan bertindak satu hala yang bersesuaian dengan pemerintah," ujarnya. Maka, jelasnya tidaklah menghairankan mengapa Bersih bersungguh-sungguh mahu agar media massa melaksanakan tugas dengan bebas dan adil dalam salah satu tuntutan yang telah dikemukakan sebelum ini. | ||||||
Usus ibu 50 tahun pecah dipijak polis Posted: 30 Apr 2012 06:42 AM PDT "Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman," kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0. Bercakap kepada KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun. Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). "Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning," katanya. Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras. "Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan. "Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius," katanya yang menemani ibunya sepanjang hari ini. Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.Sumber: KeadilanDaily.com | ||||||
Posted: 30 Apr 2012 06:36 AM PDT Abdul Shukur Harun Ketika berada di tengah Himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu, saya mendapati himpunan itu mencapai kejayaan luar biasa. Bukan semata-mata kerana ia disertai oleh ratusan ribu orang, terutama golongan muda, tetapi juga disertai pelbagai kaum dan agama. Ia jauh lebih besar dari Himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu. Dianggarkan lebih kurang 300,000 orang telah menyertai himpunan kali ini. Ini bukti nyata bahawa rakyat yang sedar – merentasi kaum dan agama – – telah sama-sama berjuang untuk menuntut pilihan raya yang bersih dari pelbagai penipuan dan manipulasi, terutamanya mengenai daftar pemilih yang masih kotor. Himpunan itu juga disertai majoriti golongan muda yang amat sedar akan pentingnya sebuah pilihan raya bersih demokratik. Saya bertemu dengan seorang anak muda, kira-kira 25 tahun, bernama Amir Razali di himpunan itu, katanya: "Pilihan raya adalah permulaan dari bentuk pemerintahan negara. Kiranya pilihan raya itu tidak bersih, penuh penipuan, tidak mungkin kerajaan yang menang itu akan dapat menjalankan pemerintahannya dengan bersih, adil dan terbuka." Beliau baru saja menghabiskan pengajiannya di sebuah kolej dan berhasrat menyambung pengajiannya hingga ke peringkat Phd, jurusan ekonomi, "kalau cukup wang, sebab keluarga saya miskin." Beliau antara puluhan ribu anak muda – pelbagai bangsa dan agama – yang berdiri di depan Masjid Negara untuk bersiap menuju tempat paling hampir ke Dataran Merdeka yang dikepung segenap penjuru oleh pihak berkuasa. Sejak jam 10.00 pagi Masjid Negara dan Masjid Jamek (yang paling dekat dengan Dataran Merdeka), orang ramai telah berkumpul dan memenuhi jalan raya. Mereka bertali arus datang. Saya sendiri tiba di pekarangan tempat kereta di hotel sebelah KL Central dan bersolat Subuh di sana. Selepas itu beramai-ramai menuju ke Masjid Negara. Orang ramai juga ada yang berkumpul di Brickfield untuk menuju ke tempat paling dekat dengan Dataran Merdeka seperti diarahkan. Ketika matahari muncul, orang ramai terus berdatangan ke Masjid Negara. Ramai di antara mereka – ramai dari Kumpulan Lynas dari Pahang – yang sepatutnya tiba di KLCC, tidak dapat ke sana kerana pelbagai sekatan jalan. Bagaimanapun jumlah yang berada di sana juga ramai. Pagi itu cuaca cerah seperti merestui Himpunan hari itu. Orang ramai di mana-mana, di tepi jalan ada yang duduk untuk makan bekalan yang dibawa, sementara pergerakan menuju ke Masjid Negara dan Masjid Jamek terus rancak. Kalangan peserta, kebanyakan penyokong DAP, seperti diarahkan, berhimpun di Jalan Sultan, berhampiran Petaling Street. Cuaca pagi terus cerah, awan putih di langit bagaimana memerhatikan pergerakan rakyat hari itu. Suasana bandaraya kelihatan ceria, pembersih sampah menjalankan tugasnya, kendereaan bergerak seperti biasa di jalan-jalan yang tiada sekatan. Namun semua jalan ke Dataran Merdeka disekat, bukan saja dengan kun merah tetapi juga kawat berduri yang kelihatan masih baru dipakai, sementara di sana sini pasuka polis mengawal dengan ketatnya. Di pekaran Masjid Negara orang ramai terus berdatangan dan pelancong juga ramai tiba, mengambil gambar dan kelihatan tertarik melihat apa yang berlaku. Tidak terlihat kebimbangan mereka. Saya bersolat Sunat di sana, sementara orang ramai ramai terus berdatangan, Matahari mulai meninggi. Unit Amal PAS bertugas dengan baik mengawal keadaan. Saya menelefon Sasterawan Negara, A. Samad Said di mana beliau berada. "Saya berada di rumah (di Bangsar) dan akan bertolak ke sana sebentar lagi dengan LRT." Saya bertanya lagi, sama ada beliau datang dengan pengawal peribadi, beliau segera menjawab, "Tidak, saya berlindung dengan Allah." Dan saya menjawab, "Alhamdulillah." Masjid Negara itu terus menjadi saksi akan kebangkitan rakyat. Himpuna membantah PPSMI, Bersih 0.2 tahun lalu juga diadakan di sana. Bermakna Masjid Negara mempunyai makna penting dalam sejarah kebangkitan rakayat. Orang ramai terus berdatangan dari segenap penjuru dan Unit Amal berada di mana-mana, tahniah atas khidmat mereka yang cemerlang. Saya bertemu dengan para sahabat dari Selangor – YB Ir. Khalid Samad, YB Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Kedah, YB Johari Abdul, YB Firdaus, Ahli Exco Selangor serta Ustaz Haji Ahmad Awang dan isteri, serta ramai pimpinan PAS Selangor. Di pekarangan masjid – berdepan dengan stesyen keretapi lama, Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi dan tokoh lain menyampaikan arahan dan ucapan. Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang menyampaikan ucapan di Dataran Maybank, sementara para pemimpin Bersih 0.4 berada di pelbagai tempat yang telah ditentukan. Di pekarangan masjid, kelihatan ramai kalangan bukan Islam yang datang dari arah Brickfield. Seorang di antaranya yang saya temui, mengenalkan namanya, Mr. Tan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau bersama isteri datang dari Segamat, Johor bersama empat orang sahabatnya dan tinggal di hotel berdekatan. "Saya gembira tengok semua kaum ikut dalam Himpunan ini. Ini betul-betul bersih, tak ada perkauman. Kita semua datang untuk menghantar mesej kepada kerajaan supya mengadakan pilihan raya dengan bersih, jangan tipu," katanya. Kalangan anak muda kelihatan mendominasi Himpunan Bersih ini dan mereka kelihatan berada di mana-mana dengan baju kuning dan lilit kepala Bersih penuh semangat. Inilah generasi akan datang yang akan menanganai cabaran mendatang. Bagamanapun, kelihatan ramai kalangan veteran yang masih bersemangat dan ikut dalam arus kebangkitan ini. Pada pendapat saya, ini adalah isyarat sangat jelas bahawa perjuangan ini didukung oleh kalangan anak muda, golongan veteran, malah ribuan muslimat turut berada di tengah-tengah Himpunan itu – di depan stesyen keretapi lama, di Masjid Negara, di jalan dari Sogo, di KLCC, sepanjang jalan arah ke Masjid Jamek yang sangat kritikal dan paling banyak menerima semburan gas pemedih mata. Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Sasterawan Negara, A. Samad Said sempat bersolat Asar di Masjid Negara kira-kira jam 5.15 petang selepas Himpunan dan disambut oleh orang ramai yang masih berada di situ. Saya menyaksikan wartawan Aljazeera, wartawan BBC, wartawan TV Australia, Hong Kong, Singapura dan banyak lagi media antara bangsa merakamkan peristiwa ini di samping menemuramah pemimpin Bersih 3.0 dan orang ramai. Ini bermakna protes rakyat ini sedang disaksikan oleh dunia, apalagi Himpunan Bersih 3.0 turut diadakan puluhan kota besar di seluruh dunia, termasuk di Makkah dan Madinah. Seluruh dunia tahu bagaimana demokrasi 'disandiwarakan' di negara ini dan tidak syak lagi pemerintahan Barisan Nasional sedang dalam perhatian seluruh dunia. Sesungguhnya gelombang kesedaran dari lautan manusia, peserta Himpunan Bersih 3.0 ini sepatutnya disedari oleh pemimpin pemerintah supaya menjalankan pilihan raya penuh demokratik, terutama membersihkan daftar pengundi. Ini sangat penting disedari, tetapi sangat malanglah jika mereka gagal memahami gelombang rakyat ini di mana kesannya tidak dapat dibayangkan. | ||||||
Bersih 3.0: Anwar arah ke jalan TAR, bukan Dataran Posted: 30 Apr 2012 04:00 AM PDT
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan mainan media Umno BN yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai perhimpunan Bersih 3.0. Beliau berkata, lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dan adil harus diutamakan dan semua pihak harus menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara. "Semalam hari merdeka rakyat apabila 300,000 rakyat keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. "Semua orang datang dengan harapan untuk berhimpun di Dataran (Merdeka) jadi jangan masuk dalam mainan media Umno BN untuk alih isu sebenar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, hari ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seterusnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi arahan kepada peserta himpunan agar merempuh kawat berduri yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka. Beliau sebaliknya menjelaskan, arahan dikeluarkan agar peserta bergerak ke kanan iaitu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bukan ke Dataran Merdeka seperti yang ditulis dalam blog-blog pro Umno. "Saya sebut dan merayu kepada peserta, tolong bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman. "Tapi saya tidak menyalahkan peserta yang bergerak ke arah Dataran Merdeka kerana mereka datang bukan kerana Anwar, bukan kerana (Datuk S) Ambiga tapi kerana menuntut pilihan raya yang bersih dan mahu berhimpun secara aman di Dataran. "Nak kata kita hilang kawalan, memang tidak benar," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen. Azmin pula menjelaskan, isyarat tangan kepada Anwar bukan bermaksud beliau mahu peserta merempuh Dataran Merdeka sebaliknya menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis. "Saya bertemu dengan polis di hadapan halangan polis. Saya memberi isyarat kepada Anwar bahawa saya berbincang dengan polis dan bukannya menghasut penyokong untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka. "Namun, seorang anggota polis memberitahu saya bahawa dia belum mendapat sebarang arahan. Selepas itu, saya arahkan semua penyokong supaya duduk dan bertenang," jelasnya. Beliau juga mempersoal polis yang bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada semua peserta sedangkan tindakan boleh diambil ke atas sekumpulan yang didakwa merempuh penghadang. "Kalau isu masuk ke Dataran satu kesalahan, kenapa sembur air kimia dan gas pemedih ata kepada semua orang? "Ambil sahaja tindakan kepada mereka yang merempuh masuk itu," katanya. # Kepada pembaca, sila kongsikan pengalaman, gambar atau bukti sebarang provokasi yang dilakukan mana-mana pihak dalam himpunan Bersih 3.0 kepada Harakahdaily. Maklumat boleh disalurkan ke emel editorharakahdaily@gmail.com atau menghubungi talian kami 03-40233270/3275 | ||||||
Kesatuan wartawan kutuk tindakan polis Posted: 30 Apr 2012 03:51 AM PDT MALAYSIA KINI Enam kesatuan wartawan itu, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas, Piagam Aliran 2000, Kesatuan Wartawan Utara Tanah Melayu, membuat desakan itu dalam satu kenyataan bersama semalam. Kenyataan itu juga mengutuk tangkapan ke atas dua wartawan dan tindakan ganas pihak polis terhadap petugas media yang membuat liputan ke atas himpunan 'Duduk dan Bantah' itu. "Perdana menteri mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua anggota unit beruniform memahami dan menghormati peranan wartawan dan memberi pampasan ke atas barangan mereka yang dirosakkan dengan sengaja," menurut kenyataan itu. Laporan media, video dan tulisan di Facebook dan di Twitter wartawan dan rakan setugas mereka menunjukkan sekurang-kurangnya enam kejadian seperti itu. "Kami melihat insiden ini sebagai serangan bersepadu ke atas kebebasan media memandangkan ia nampaknya disasarkan untuk menghalang kewartawanan profesional dalam mendokumentasi keganasan polis ke atas sebahagian peserta BERSIH," kenyataan itu dipetik. Sikap polis terhadap pemberita seperti itu mungkin disebabkan oleh rasa malu mereka terhadap gambar dan video berhubung kekejaman polis yang dirakam wartawan sebelum ini, menurut kenyataan bersama itu. Turut menandatangani kenyataan itu ialah Persatuan Media dan Jurugambar Cina Pulau Pinang, Kelab Media Pulau Pinang dan Penang Press Employees Cooperative Society Limited. | ||||||
Polis: Pertempuran mungkin berlaku dengan peserta Posted: 30 Apr 2012 03:45 AM PDT MALAYSIA KINI Bagaimanapun, polis hanya mengambil tindakan itu apabila kumpulan peserta berkenaan mula bertindak agresif. "Sekiranya tindakan penyuraian tidak diambil seperti demikian, pertempuran boleh berlaku dan keadaan akan menjadi lebih berbahaya kepada kedua-dua pihak. "Hanya apabila perusuh bertindak agresif dengan mengubah dan merempuh halangan yang mereka hendak menawan Dataran Merdeka, barulah pasukan polis terpaksa mengambil tindakan untuk menyuraikan kumpulan dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata." Katanya lagi, polis sejak awal lagi bertindak secara tidak berkonfrontasi dalam menangani perhimpunan tersebut. Tindakan itu juga "berpandukan kepada bidangkuasa undang-undang arahan ini adalah jelas dan telah dikeluarkan kepada petugas polis untuk memerhati dan memberi laluan perhimpunan tersebut sejak awal lagi," katanya. Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Ismail juga berkata perhimpunan itu bukan satu perhimpunan aman. "Perhimpunan itu adalah demonstrasi jalanan yang bertukar menjadi satu rusuhan. Harta benda dirosakkan oleh perusuh dan mereka juga mencederakan pegawai polis yang bertugas," katanya. Beliau turut menyalahkan penganjur yang "tidak mengotakan janji dan tidak mengawal penyokong sehingga mereka bertindak ganas di luar batas undang-undang." Tambahnya, beliau kesal kerana penganjur tersebut tidak menerima tawaran Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium. | ||||||
IGP: Rampas kamera, rakaman bukan SOP Posted: 30 Apr 2012 03:43 AM PDT Zulaikha Zulkifli Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP). Beliau berkata demkian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya. Ismail juga berkata, wartawan perlu dilindungi dalam perhimpunan seperti itu. | ||||||
'Apa salahnya Aziz, Wan Omar jadi ahli Umno?' Posted: 30 Apr 2012 03:42 AM PDT MALAYSIA KINI "Dalam kerajaan, ada juga ahli PAS, mereka tak aktif kerana kerajaan tidak benarkan mereka aktif," katanya dalam sidang media hari ini. "Jadi apa yang salahnya dengan beberapa kakitangan kerajaan berkata mereka adalah ahli parti, tetapi mereka tak aktif?" Beliau berkata demikian selepas melancarkan versi Melayu memoir beliau 'Doktor di Dewan: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad'. | ||||||
Ramalan RAHMAN dan Perdana Menteri Malaysia terakhir dari Umno Posted: 30 Apr 2012 03:37 AM PDT Wong Choon Mei, Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle Seperti novel terlaris karya Dan Brown, The Da Vinci Code, ahli –ahli Umno mempunyai jawapan rahsia untuk meramal siapa bakal presiden parti dan seterusnya perdana menteri Malaysia. Ia di panggil ramalan RAHMAn. Apabila ada kemusykilan siapa pemimpin yang lebih baik yang patut mengganti kan sesorang, 6 huruf ini akan di rujuk dan digunakan untuk menyokong hujah dan sebagainya. Pada masa ini, presiden Umno ialah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri Malaysia ke 6. Jelas berdasarkan code RAHMAN, Najib bakal menjadi 'Pu Yi', iaitu maharaja terakhir China.Walaupun beliau bukan presiden parti terakhir, ramai rakyat Malaysia termasuk ahli Umno yang percaya beliau akan menjadi PM Umno yang terakhir untuk Malaysia. Kononnya kepercayaan karut ialah alasan utama populariti ramalan RAHMAN. Tapi satu lagi pemangkin utama kepada kepercayaan tersebut ialah apabila sampai ke huruf akhir'N', kuasa Umno sebagai entiti yang dominan dalam politik Malaysia akan semakin luntur semakin jelas dengan kurangnya pemimpin pelapis dalam parti itu. Kekurangan bakat dalam Umno sangat jelas hingga kepada orang luar. Sejak berdekad yang lalu, golongan pemimpin elitis menutup pintu persendirian yang paling dalam, menghalang kemasukan lain kecuali kepada keluarga2 politik-seperti keluarga Mahathir,Najib dan sepupunya Hishammuddin Hussein. Mahathir menepati ramalam yang PM ke 4 mempunyai nama yang bermula dengan huruf 'M'.Belia diberikan jawatan tersebut oleh bapa Hisham, Hussein Onn, PM ke3 dan menepati ramalan huruf 'H' dalam kod itu. Bapa Najib,Abdul Razak ialah perdana menteri ke2 iaitu huruf 'A' . Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman, yang namanya bermula dalam ramalan RAHMAN, tidak mempunyai pewaris lelaki.Satu lagi kumpulan yang cuba memecah masuk ke lingkungan ini tapi ditolak ialah dari perdana menteri ke 5 Abdullah Badawi, yang cuba mengengahkan menantunya Khairy Jamaluddin tapi tidak berjaya. Mod Penafian Sejak bertahun –tahun, bila kritik membangkitkan isu kekurangan bakat dan kesan negatifnya kepada ekonomi, Umno mengabaikan isu ini kerana sedar kesilapan mereka mengamalkan polisi perkuaman yang menafikan kaum bukan Melayu dalam semua segi hingga memaksa ribuan rakyat berhijrah ke negara lain termasuk negara jiran, Singapura. Bila penganalisa membangkitkan masalah yang sama dalam hierarki parti, Umno menolak cakap-cakap mengenai nya dan menganggap nya khabar angin yang dibawa oleh pesaing politik mereka. Tapi hari ini, dengan PRU 13 semakin hampir, dan ramalan RAHMAN sudah di hujungnya, Umno tiada pilihan selain menghadapi kenyataan yang kerapuhan kedudukan mereka menghadapai pilihanraya adalah akibat dari kurangnya pemimpin pelapis. Untuk sebab apapun, Mahathir menimbulkan isu kelemahan ini minggu lepas, akhirnya mengakui Umno kurang Melayu bijak. Ini satu kelemahan serius kerana Najib dan isteri nya Rosmah tidak popular dikalangan rakyat. Malahan, bayangan bahawa pasangan ini akan memimpin negara ini untuk 5 tahun lagi jika Umno-BN menang PRU 13 amat menakutkan kepada sebilangan besar masyarakat. Walau jelas sudah terlambat untuk menggantikan Najib sebagai presiden Umno, jika beliau gagal menang lebih jumlah kerusi berbanding Badawi, ini akan menutup peluang Najib. Najib mungkin akan berusaha gigih untuk dipilih semula di pemilihan parti yang dijangka dijalan kan tahun ini, belaiu masih akan tersingkir jika tewas di PRU 13.Mantan menteri kewangan,Daim Zainudin dan kuasa besar kedua dalam Umno selepas Mahathir, sudah memberi amaran Muhyiddin atau pencabar baru akan menggantikan Najib jika hal itu berlaku. Pasangan sepupu yang tidak berkaliber dan TPM yang terhegeh-hegeh Samada apa yang dikatakan Daim betul atau tidak belum dapat dipastikan, tapi pandangan sebahagian besar rakyat Malaysia bahawa Muhyiddin tidak boleh dipertimbangkan sebagai 'berbakat'. Pada usia 64 tahun, beliau tidak dapat memberi kan imej seorang pemimpin pada dirinya. Ramai berkata bekas menteri besar Johor ini Cuma layak menjadi orang kanan PM . Jadi pelakun tambahan saja tapi bukan pelakun utama.Masalah utama beliau ialah kurang nya sokongan akar umbi, walaupun di negeri Johor sendiri. Hisham dan Najib ialah sepupu. Ibu mereka adik beradik dan masing-masing isteri kepada PM kedua dan ketiga Malaysia.Kebetulan itu mungkin rekod negara atau dunia tapi sedihnya, anak sulung dua wanita hebat ini tidak dikurniakan bakat walaupun lahir dalam keluarga mewah. Adakah andaian ini adil? Mudah untuk kita uji, tanya sahaja soalan-soalan berikut. Siapa lebih bijak-Najib atau Hisham? Siapa kurang malas-Najib atau Hisham? Siapa yang berfikir pantas dan asimilasikan idea dan konsep lebih cepat-Najib atau Hisham? Siapa yang lebih baik dalam memperkenalkan perubahan dalam Umno dan Malaysia-Najib atau Hisham?Siapa yang berani menentang Mahathir dan menyuruhnya diam-Najib atau Hisham? Mereka bukan dari acuan yang sama tapi tidak banyak perbezaan dalam nilai2 dan kualiti . Seperti sepupunya,Hisham berada dimana beliau berada sekarang kerana bapanya. Hisham tidak boleh berdiri sendiri dan setakat ini tiada yang boleh dibanggakan telah dilakukan nya yang mempunyai impak positif dalam masyarakat walaupun beliau sudah berada dalam Kabinet lebih satu dekad. Hisham dikatakan tidak berkeupayaan semasa menjawat jawatan Menteri Pendidikan dan melancarkan satu program makmal komputer sekolah yang gagal. Bukan saja kurang dana untuk projek itu malahan kesan nya juga tidak ketara langsung. Hisham juga ggaal meningkatkan taraf universiti2, dan dibawah jagaan nya, tiada kemajuan dalam sistem pendidikan. Bila beliau dijadikan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2009, pelajar2 dan lepasan universiti masih berada di takuk lama. Apa yang perlu Umno buat kini, bagaimana dan siapa yang akan memimpin untuk kembali ke pangkal jalan Dengan ketiakupayaan begitu,bagaimana Hisham boleh menyangka beliau akan 'diberi' jawatan PM hanya kereana 'giliran' nya selepas Najib? Bagaimana Najib boleh bertahan sebagai presiden Umno jika beliau gagal menghalang Pakatan Rakyat yang dipimpin pemimpin pembangkang,Anwar Ibrahim?. Pada masa lepas, mentaliti feudal begitu kuat menguasai Umno, ahli2 hanya diam dan terima ada yang diputuskan oleh pemimpin elit. Sekarang, dengan kurangnya bakat dan kurang keupayaan Najib mentadbir, ramai bimbang parti akan hilang semuanya di PRU13.Tiada siapa jangka ahli2 Umno akan dengan mudahnya beratur menunggu giliran seperti sebelum ini. Masalahnya,apa perlu Umno lakukan sekarang? Bagaimana hendk kembali ke jalan betul, bagimana tindakannya dan kemana arahnya? Orang yang boleh menjawab soalan2 dan siapa yang boleh meyakinkan majoriti ahli parti bahawa beliau ada penyelesaian ialah pemimpin yang dicari Umno. Barisan bintang yang kurang gemerlapan Anak lelaki Mahathir, Mukhriz lebih teruk dari Hisham. Walau dengan niat bapanya untuk ketengah kan beliau ke tahap pemimpin tertinggi,Mukhriz gagal meyakinkan ahli2 Umno, yang nampak beliau sama seperti rakyat Malaysia yang lain- anak bongsu yang bergantung pada pengaruh bapanya dalam Umno. Walaupun bapanya masih hidup dan kadang2 menjadi tajuk akhbar, Mukhriz masih belum mampu naik atas nama nya sendiri. Jika satu hari nanti Mahathir telah tiada, tentu Mukhriz terus dilihat sebagai biasa. Ramai rakyat tidak tahu pun nama kementerian nya, masih anggap beliau sebagai anak bongsu Mahathir- yang muda lagi sudah botak daripada sebagai seorang menteri yang banyak sumbangan dan berkesan. Dari sayap wanita dan Pemuda, kedua-dua ketua –Shahrizat Jalil dan Khairy Jamaluddin- sudah dicemari dengan musibah NFC RM250 juta .Pintu sudah tertutup untuk keduanya. Timbalan Shahrizat,Kamilia Ibrahim -mungkin boleh mengambil alih jawatan Kabinet dan ketua Wanita,tapi mungkin itu saja had bakat Kamilia. Bolehkah Kamilia memimpin Umno keluar dari kesesatan, melihat betapa serius nya masalah ini? Berani kah dia mencetus perubahan atau mengugut meninggalkan sayap utama jika Najib enggan melaksanakan perubahan, sebagai contoh? Bagaimana beliau boleh terus memimpin jika demikian? Mantan Ketua Wanita, Rafidah Aziz masih berharap untuk jawatan Senator dan jawatan kabinet Shahrizat yang bakal di lepaskan pada 8 April ini. Rafidah sendiri mempunyai rekod rasuah,beliau mungkin tidak dapat mempertahankan kerusi Kuala Kangsar yang telah lama ditangannya- apa lagi untuk mengilhamkan perubahan dalam Umno? Bagi Tengku Razaleigh,MP Gua Musang dan mungkin seorang pemimpin Umno yang masih dihormati keranan pendirian teguh dan integriti nya, beliau mungkin tidak berupaya selagi Mahathir dan lain2 kuasa besar masih ada. Ku Li akan disabotaj sebaik saja mereka lihat beliau cuba kembali.Kenapa? Kerana Ku LI akan mendesak kepada perubahan dan beliau berani melakukannya. Dan ini satu imej yang menyedihkan bila beliau,pada usia 72 tahun, seorang sahaja dalam Umno yang berani berbuat demikian. Ku LI tidak boleh lakukan berseorangan dan beliau ada banyak musuh dalam Umno yang akan menghalangnya. Yang lebih muda seperti Mustapha Mohamed ada niat baik tapi tidak seberani mana. Walaupun ada rekod bersih, Mustapha tidak dilihat sebagai ahli politik sebenar. Jika beliau menjawat jawatan presiden, mungkin hanya untuk panaskan kerusi dan akan dikawal oleh samada Mahathir atau Daim atau keduanya. Walau sudah lebih sedekad dalam kabinet, Mustapha masih seorang ahli akademik dan paling baik pun sebagai CEO sebuah syarikat, tak lebih dari itu.Belaiu buat kerja dan lakukan apa yang diamanahkan kepada beliau. Setakat itu sahaja. Mustapha tidak kisah mengenai hal lain dan tiadapendapat berkenaan apa-apa isu yang penting kepada Malaysia. Untuk menguji andaian ini secara adil, tanya Tok Pa apa pendapatnya mengenai rasuah dan masa depan Malaysia. Jangn terkejut jika beliau menjawab-Rasuah apa? Pendekata, Tok Pa bukan lah pemimpin, tapi pengikut. Menteri Penerangan, Rais Yatim dulunya mmepunyai reputasi yang baik. Doktor falsafah undang2 , beliau hilang keyakinan dari masyarakat , bukan kerana tuduhan rogol amahyang beliau nafikan. Tapi kernan beliau meletakkan dirinya dibawah dalam pemerintahan Najib.Seperti Mustapha juga, jika ditanya komen mengenai rasuha dalam pemerintahan Najib.Jawapan Rais mungkin-Rasuah apa? Pendeknya, Rais akan dilanda ombak dalam Umno dan berdolak dalik dengan lebih hebat dari Najib. Seperti Ku Li, Rais tidak akan naik selagi Mahathir ada. Pergeseran mereka yang membuatkan beliau meninggalkan Umno dan menubuhkan Semangat 46 dalam tahun 1980an sebelum kembali ke Umno beberapa tahun lepas itu. Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang didapati bersalah oleh badan disiplin Umno kerana politik wang. Telah membuat beberapa kesilapan mentadbir Melaka hinga beliau sorokkan semuanya.Oleh itu, beliau mungkin lebih selesa kekal di kerajaan negeri dari memberi cabran kepada pemimpin pusat. Walaupun tiada sejarah lampau, beliau Cuma bagus kerana hubungan ny a dalam Umno dan akar umbi. Adakah beliau mempunyai misi memodankan Umno? Contohnya, pernahkan belaiu dengar aspirasi Gen Y, atau bolehkan orang yang bersalah dalam ke politik wang berupaya meyakinkan perubahan mencegah rasuah dalam Umno dan Malaysia? menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, yang dulu salah satu tokoh yang agakk menonjol dalam Umno dan juga penyokong kuat Anwar, seperti juga Muhyddin, yang antara yang terawal melawt Anwar selepas dipecat Mahathir. Kerana politik, keduanya sudah berpaling muka terhadap kawan sendiri. Jelas kenapa mereka berbuat demikian, kerana ada kisah silam yang boleh digunakan oleh Mahathir dan buatkan mereka menentang Anwar. Akibatnya Zahid tidak dipercayai oleh ramai dalam Umno. Jika beliay boleh membelakangkan Anwar, bolehkan beliau setia pada yang lain? Bolehkan beliau menjadi pemimpin? Jangan silap, Zahid bukan bodoh. Beliau tahu had beliau dan kenapa belaiu dituduh lebih berminat memastikan kegiatan mmebelibelah di Kementerian Pertahanan terus selesaikan semasa BN masih berkuasa. Seperti semua ahli parlimen yang lain, beliau juga mahu kaut kekayaan untuk dirinya dari parti. Mohd Shafie Apdal seorang naib presiden yang hanya mempunyai sokongan dari Semporna,Sabah. Beliau lebih minat kepada jawatan Ketua Menteri Sabah yang lebih selesa dari kerajaan pusat walaupun Umno Sabah ada paling ramai ahli dalam Malaysia. Saifuddin Abdullah ,timbalan Menteri Pendidikan, melakar nama sebagai seorang yang berfikiran adil.Tetapi beliau terlalu muda . samada beliau boleh memecahkan siling kaca Umno masih belum terjawab. Mungkin orang seperti Saifuddin ada peluang lebih dalam PRU13 dan meningkat. Kerana ketika proses pemulihan lah pemimpin muda dan berkesan dapat membuat impak. Prasyarat Umno sediaada Apa kriteria utama untuk ahli menjadi pemimpin yang menonjol dan baik? Melihat dari beberapa forum dalam blog2 pro Umno, kelihatan nya pra syarat nya mudah tapi lapuk, mengejutkan dan kejam/ Mungkin ini sebab Umno perlu mengkaji sebelum sembuh. Teratas dalam senarai mesti au main kotor. Ya, politik kotor seperti Mahathir Mohamad dan Najib Razak ialah sebahagian budaya Umno. Taktik yang disukai ramai pemimpinnya, yang bermimpi untuk bermaharaja lela seluruh negra dan mengaut sebanyak nya perbendahraan negara ke poket sendiri. Tidak perlu berinspirasi untuk bergerak sepanjang jalan naik ke jawatan tinggi. Bila telah menjadi ketua bahagian, pulangannya sudah banyak nampaknya. Bagaimana mahu di pilih sebagai ketua bahagian Mula-mula, dapatkan penyokong seramai mungkin untuk hadiri mesyuarat agung supaya boleh dapat lebih undi.Perlu aturkan supaya penyokong hadir untuk pastikan menang. Then get the support of the branch chiefs who would in turn persuade their branch representatives to support you. Offer incentives to the branch chiefs and reps, such as trips to Medan or even the costly Umrah pilgrimage package. Support their projects, give cash incentives and always invite them for dinners at high-class hotels. Kemudian, dapatkan sokongan ketua cawangan yang akan yakinkan wakil cawangan menyokong anda. Tawarkan insentif kepada ketua cawangan dan wakil, seperti lawatan ke Medan atau pakej Umrah. Ingat, tak boleh buat semua sendiri, upah 'Gurkha' untuk melobi dan buat kerja-kerja lain. Bagaimana nak dipilih sebagai Presiden? Mula-mula, tonjolkan diri sendiri dan jatuhkan yang lain- fitnah, belot dan sabotaj ialah strategi yang digalakkan. Kemudian, dapatkan sokongan seramai boleh pemimpin dengan janji akan sokong mereka bila giliran mereka pula untukbertanding. Akhir sekali, pra syarat paling penting- anda perlu sangguo melabur wang tunai untuk rasuah Ketua Bahagian dan ketua cawangan, wakil2 dan sebagainya, terutaman yang tidak menyokong anda.Untuk ketua bahagian, harga semasa ialah RM10 juta. Kesimpulan So, given such a culture and such stiff financial requirements, how can there not be brain drain in Umno, how can there not be corruption in the party? Melihat dari buday demikian dan jumlah wang yang begitu besar, bagaimana tidak berlaku nya kurang bakat dalam Umno, bagaimana hendak dikatakn tiada rasuh dalam parti? As the saying goes, power corrupts and absolute power corrupts absolutely. Against such a background, it would only be odd if the R.A.H.M.A.N prophecy did not come true. Kuasa tercemar dan kuasa mutlak adalah lebih teruk tercemar. Dengan latarbelakang itu, pelik bagi ramalan RAHMAN tidak jadi kenyataan.Malaysia Chronicle | ||||||
Orang Penang akan menghalau Najib dan Umno Posted: 30 Apr 2012 03:29 AM PDT Moaz Nair, Malaysia Chronicle UMNO dikenali kerana hipokrasinya. Mereka datang dengan kata slogan 1Malaysia bagi menipu rakyat untuk berfikir bahawa semuanya akan menjadi indah dengan hubungan perkauman di negara ini. Pada masa yang sama mereka menggalakkan penyokong mereka untuk menggunakan penggera dalam bentuk agama, bangsa, untuk menyakiti dan mengenyahkan orang bukan Melayu dari BN (Barisan Nasional). UMNO di Penanga telah terlepas pandang bahawa mereka memenangi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri di PU 2008 (pilihan raya umum) bukan semata-mata melalui undi Melayu. Mereka mempunyai sokongan dari bukan Melayu iaitu dari Gerakan, MCA dan MIC. Dan hari ini UMNO bersama-sama dengan beberapa kumpulan hak Melayu menyerang sentimen bukan Melayu dengan isu bangsa dan agama. Mereka boleh digambarkan sebagai kumpulan yang bersifat perkauman yang mencari keseronokan murah di salah satu negeri yang mempunai pentadbiran terbaik di negara ini. Etnik Cina diterima Penang di bawah kepimpinan sekarang telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia dari semua kaum, yang terdiri daripada .670 juta orang Melayu, .659 juta Cina dan .155 juta India, boleh hidup dalam keadaan aman dan bersama walaupun kepelbagaian mereka. Konfrontasi yang sia-sia - berdasarkan pembohongan terang-terangan - dengan BM Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dengan bantuan media pro-kerajaan telah secara tidak langsung menghina perasaan orang Cina, India dan juga majoriti Melayu dan umat Islam di negeri ini. Pulau Pinang telah berada di bawah empat Menteri Besar beretnik Cina sejak Ogos 31, 1957 - Wong Pow Nee (MCA) 1957 hingga 1969, Lim Chong Eu (Gerakan), 1969 hingga 1990 dan Koh Tsu Koon (Gerakan), 1990 hingga 2008, dan pemimpin pragmatik sekarang, Lim Guan Eng (DAP). Fakta sedia ada bahawa rakyat Pulau Pinang selama ini menerima etnik Cina untuk memimpin mereka tanpa ragu-ragu. Persona rendah diri Lim telah membuatkannya MB popular di kalangan majoriti rakyat di negeri ini. Pulau Pinang kini maju dari segi ekonomi di bawah pengawasan beliau. Dicemburui UMNO dan BN Kerajaan di bawah pmerintahan beliau telah dipuji kerana pengurusan kewangan berhemat pada tahun 2008, 2009 dan 2011. Beliau telah membangunkan ekonomi secara luar biasa, meningkatkan pelancongan, memperbaiki taraf hidup rakyat dan mengurangkan kadar jenayah dan rasuah di negeri ini – beliau amat dicemburui UMNO dan BN. Pulau Pinang telah dipuji atas usaha anti-rasuah oleh Transparency International 2010. Laporan 2009 dan 2010 Ketua Audit Negara menyifatkan Pulau Pinang sebagai negeri yang mempunya urusan kewangan terbaik di negara ini. Secara umumnya, semua penduduk Pulau Pinang - Melayu dan bukan Melayu - sedar akan kejayaan ini. Dengan sistem tender terbuka yang dibuka kepada semua kaum telah menggalakkan kontraktor Melayu tulen untuk bersaing dan lebih 70 peratus daripada kontrak yang diberikan oleh kerajaan setakat ini telah dimenangi oleh mereka berdasarkan merit. Lim telah merintis jalan untuk kontraktor Melayu yang berharap untuk bersaing dan mereka kini boleh melakukannya. Apabila dasar gagal kerajaan BN yang bertujuan mengekalkan kronisme dan kontraktor hamba telah menggagalkan orang Melayu, kontraktor Melayu di Pulau Pinang telah menunjukkan semangat perniagaan mereka yang sebenar. "Berilah kerajaan sedikit masa dan negara kita akan melihat garis etnik di Pulau Pinang mula mengaburkan dengan penyertaan saksama semua kaum dalam semua sektor ekonomi," kata seorang pakar ekonomi yang bekerja di sebuah universiti di Pulau Pinang. Politik kotor Gagal untuk menangani pencapaian ekonomi di Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim, UMNO telah politik kotor. UMNO kini kehabisan idea dan tepaksa menggunakan bangsa dan agama untuk membuat orang Melayu dan umat Islam benci akan kepimpinan negeri tersebut. Majoriti orang Melayu walaupun tidak percayakan taktik kotor oleh UMNO ini, yang secara terang-terangan dibantu oleh Perkasa - kumpulan hak asasi Melayu yang tidak penting. Apabila UMNO menggunakan bangsa dan agama untuk memenangi semula Pulau Pinang lagilah mereka dipijak dan dipulaukan oleh penduduk Pulau Pinang. Pembohongan khianat mereka bebas disokong oleh TV3 dan Utusan Malaysia - media yang kini dibuang oleh kebanyakan rakyat Malaysia Apa yang UMNO tang terdesak itu tidak lakukan untuk memburuk-burukkan kerajaan Pulau Pinang yang berwibawa di bawah kepimpinan bagus seorang pemimpin muda yang bijak dari pembangkang? Antara isu yang dicipta, mereka tanpa segan silu telah berbohong kepada rakyat bahawa "tanah masjid akan hilang" di Bayan Mutiara - strategi licik oleh UMNO untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Apabila kebenaran kemudiannya terdedah, ia memakan diri UMNO sendiri. Timbalan pengerusi bagi pemaju yang mendapat tawaran tender terbuka untuk 102-3 ekar tanah Bayan Mutiara secara terbuka menafikan tuduhan ini tetapi ia tidak disiarkan dalam media yang dikuasai BN. Bagaimanapun, umat Islam di Pulau Pinang sedar akan pembohongan skandal UMNO. Orang Melayu pun marah "Orang Islam di negeri itu mengatakan bahawa UMNO, Perkasa, TV3 dan Utusan Malaysia menggunakan penipuan kaum dan agama terhadap pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam. Ini adalah kejam dan tidak boleh diterima dalam Islam, "ujar seorang India Muslim yang bekerja di sebuah bank tempatan di bandar. Ancaman Perkasa untuk bersemuka dengan menteri besar tersebut mengenai isu-isu remeh dan palsu menyebabkan penghasut-penghasut itu dipulaukan oleh orang Melayu yang cintakan keamanan di Pulau Pinang. Penggunaan bahasa yang ganas dan penuh kebencian terhadap kerajaan mereka telah menjauhkan mereka dari umat Islam majoriti yang taat di negeri ini. Tetapi kegagalan untuk meyakinkan umat Islam dengan semua kisah-kisah palsu, isu-isu yang akan berulang kali dimainkan lagi di TV dan akhbar yang dikuasai BN untuk membangkitkan kebencian di kalangan orang Melayu terhadap MB tersebut. Di sebalik semua propaganda itu modus operandi UMNO telah gagal untuk meyakinkan rakyat Pulau Pinang atau hancurkan imej MB tersebut. Seorang pemimpin kanan Gerakan yang amat marah di negeri ini berkata: "UMNO dan Perkasa, kedua-duanya merosakkan peluang kita untuk mendapat sebarang kerusi dalam PU akan datang. Malah orang Melayu pun marah dengan kami sekarang. Pihak media tidak memberi sebarang perkhidmatan kepada kami. Mereka menjadikan keadaan lebih teruk bagi Barisan Nasional di negeri ini." Menyebabkan perpecahan besar dalam BN Adakah UMNO cuba melakukannya secaa sendiri untuk merampas Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat? Mereka cukup tahu bahawa mereka tidak boleh melakukannya tanpa sokongan bukan Melayu dan majoriti Melayu, tetapi mereka sanggup untuk menyebabkan perpecahan yang besar di dalam Barisan Nasional di negeri ini dengan taktik xenofobik yang terdesak mereka. Merendahkan martabat kepimpinan negeri menggunakan perkataan tercemar dan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan telah membuatkan penduduk Pulau Pinang yang cintakan keamanan bosan dengan UMNO dan Perkasa. Orang Melayu bandar dan komuniti perniagaan Islam di Pulau Pinang tidak gembira dengan banyak cara yang sombong, angkuh dan agresif UMNO berpolitik. Tetapi pembohongan dan fitnah UMNO Pulau Pinang telah menyakiti Gerakan, MCA dan MIC dalam negeri tersebut lebih daripada DAP. Seorang ahli perniagaan India Muslim yang terkemuka di negeri ini menyindir, "Telatah UMNO dan Perkasa adalah bertentangan dengan Islam. Mereka tidak menggambarkan sifat Islam yang sebenar kepada rakyat. Kami amat kecewa dengan mereka. Ia kurang ajar untuk menaikkan kasut anda pada seseorang. " Sokongan orang Melayu kepada kerajaan negeri sekarang adalah disebabkan rekod prestasi baik yang ditetapkan oleh menteri besar tersebut. Orang Melayu pada umumnya melihat kegagalan UMNO di peringkat kebangsaan. Mereka melihat negara dilanda rasuah, skandal dan kebocoran kewangan. Oleh itu, mereka menyokong kerajaan negeri sekarang yang telah membuktikan kepada rakyat bahawa ia boleh menguruskan negeri yang jauh lebih baik daripada kerajaan BN yang lalu. Tidak gembira dengan media pro-UMNO Cara demonstrasi jalanan yang mentah dan ganas oleh Perkasa, dimana ramai percaya dimulakan oleh UMNO terhadap kerajaan negeri dan ia sengaja dilakukan dengan niat jahat dan berdasarkan pembohongan yang tak tahu malu. Majoriti orang Islam dan bukan Islam terhadap menentang cara demonstrasi politik ini, yang kini menjadi liabiliti politik yang lebih besar kepada UMNO di Pulau Pinang. "Saya seorang ahli UMNO tetapi ini bukan cara kita mendekati politik. Mereka adalah semseng yang dibayar. Dan mereka dibayar oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab untuk menyebabkan kekacauan. Ini tidak akan berkesan. Mereka memalukan umat Islam di mata orang lain, "komen seorang ahli UMNO yang berusia 76-tahun di Bayan Lepas berkenaa demonstrasi jalanan yang tidak perlu itu. UMNO tidak pernah kekurangan cara yang tidak bertamadun untuk menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang. "Mereka telah pun secara palsu menggunakan isu-isu seks untuk mengaibkan anak pemimpin negeri. Fitnah jenis ini adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dan tidak boleh diterima oleh orang Islam yang taat, " kata seorang pelajar dari sebuah universiti tempatan yang jelas tidak berpuas hati dengan media pro-UMNO. Tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral Orang Melayu dan India Muslim hanya membentuk kira-kira 54 peratus daripada penduduk. Pengundi-pengundi di kalangan mereka secara umunya dipecahkan kepada penyokong UMNO, PAS dan PKR. Pendirian Perkasa yang tidak diingini mempengaruhi orang Melayu. Bukannya memenangi semula sokongan orang bukan Melayu, UMNO dan kroni mereka sedang menyemai benih kebencian di kalangan rakyat. Apabila UMNO tidak boleh bergantung kepada jumlah undi Melayu untuk menjamin kemenangan, mereka kini menghalau pengundi Cina dan India dari BN. "Cara yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral bagi UMNO dan Perkasa ialah untuk mencipta kekacauan di negeri ini dan ia telah mengundang kemarahan rakyat," kaa seorang pensyarah universiti di negeri ini. Ia kelihatan hampir pasti bahawa BN tidak boleh memenangi semula Pulau Pinang. Anehnya, kumpulan hak Melayu kini membantu kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan kuasa mereka. Kumpulan-kumpulan ini sebenarnya melakukan tentangan yang besar kepada UMNO. Jika UMNO berpendapat bahawa dengan mencetuskan sentimen kaum dan agama akan membawa balik orang Melayu beramai-ramai untuk menyokong BN, mereka juga boleh digambarkan sebagai orang gila dalam politik. Lim mendapat sokongan daripada orang Melayu Orang ramai tidak tahan lagi dan demonstrasi tidak memberi sebarang kesan lagi. Lim degan yakinnya menjaga kerajaan dengan dorongan dan bukan paksaan. Beliau mengambil kira rakyat dan ini menjadikan beliau seorang pemimpin yang popular. Beliau adalah jauh dari menjadi kuku besi atau pemimpin jenis yang tidak berganjak. Kerajaan negeri yang dipimpin DAP sedar bahawa sebilangan besar orang Melayu dan India di Pulau Pinang berada dalam "boondocks" sebelum 2008 lagi. Mereka perlukan manfaat ekonomi untuk menentang kos sara hidup yang meningkat dan perumahan yang sesuai, pendidikan, pekerjaan dan insentif untuk menjalankan perniagaan. "Kerajaan yang sedia ada telah menyelesaikan rancangan jangka panjang untuk semua ini," kata seorang ahli parlimen DAP. Bertentangan dengan apa yang UMNO akan sebarkan, Lim mempunyai sokongan orang Melayu dan umat Islam di negeri ini untuk menang besar dalam Pilihanraya yang akan datang.Malaysia Chronicle | ||||||
Akhirnya mahasiswa boleh berpolitik Posted: 30 Apr 2012 03:22 AM PDT Ia hasil perjuangan panjang banyak pihak. Antaranya ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), iaitu badan pelajar paling awal dan konsisten menentang Auku, serta Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Ia disertai, contohnya, Solidariti Mahasiswa Malaysia, Alumni Round Table (bekas aktivis Aspirasi), Majlis Peguam Malaysia, Suhakam, Proham, Ideas, Pakatan Rakyat, Pemuda BN, gerakan akademia dan masyarakat sivil. Sebelum ini, terdapat tiga mazhab tentang Auku. Pertama, ia tidak perlu dipinda. Kedua, ia perlu dipinda dan ketiga, ia perlu dimansuhkan. Melalui Seksyen 15(1) yang baru, iaitu mahasiswa boleh menjadi ahli parti politik, maka, berakhirlah mazhab pertama. Tetapi, sebahagian yang berpegang pada mazhab kedua, termasuk saya, masih belum berpuas hati. Ini kerana Seksyen 15(2)(d) melarang mahasiswa terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. Justeru, gerakan meminda sepenuhnya seksyen ini dan beberapa seksyen lain akan berterusan. Mazhab ketiga juga akan berterusan. Langkah terpenting yang menghasilkan kebebasan yang sekian lama dituntut ini datang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, iaitu, apabila pada tahun lalu, beliau mengumumkan Auku akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik, tetapi aktiviti politik kepartian tidak dibenarkan di dalam kampus. Sekalipun Perdana Menteri ingin melakukannya, tetapi terdapat pihak berpegang pada mazhab pertama yang ingin menggagalkannya. Contohnya, dengan memasukkan 15(2)(c) melarang mahasiswa yang memegang jawatan parti politik daripada memegang jawatan badan pelajar di dalam kampus. Mujurlah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dengan sokongan Ahli-ahli Parlimen BN, mencadangkan pindaan tambahan bagi menolaknya. Kabinet bersetuju dengannya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mencadangkan pindaan tambahan lebih komprehensif. Di samping 15(2)(c), beliau menolak 15(2)(d) dan ingin meminda 15(3) dan 15(4). Dewan Rakyat meluluskan cadangan Khairy sahaja. Auku meliputi IPTA. Supaya meliputi IPTS, UiTM, Politeknik, Kolej Komuniti dan sebagainya, maka, seksyen-seksyen berkaitan dalam Akta 555 dan Akta 174 turut dipinda. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, termasuk pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno tahun lalu, terdapat dua sebab utama untuk membenarkan mahasiswa berpolitik. Pertama, untuk melaksanakan haknya yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan kedua, untuk meningkatkan partisipasinya dalam proses membuat keputusan. Ia sebahagian daripada transformasi politik untuk mewujudkan politik baru yang lebih sihat dan segar serta demokrasi yang lebih progresif dan matang. Kini, dasar baru ini mesti dilaksanakan dengan sepenuhnya. Kepemimpinan universiti, terutamanya Hal Ehwal Pelajar (HEP), yang sebelum ini rata-ratanya berpegang pada pendapat pertama, mesti menukar cara berfikir dan bekerja. Manakala mahasiswa perlu menggunakan kebebasan ini dengan bijaksana. Seksyen 15(2)(d), 15(3) dan 15(4) tidak boleh ditafsir semberono, contohnya, mengekang sokongan terhadap badan tertentu dan pendirian tertentu, mengawal aktiviti media baru, menceroboh hak peribadi dan melarang forum politik. Makna keberkecualian kampus, yang menyebabkan wujud 15(2)(d) mesti difahami. Contohnya, ia bukan bermakna tidak mengizinkan mahasiswa tertentu bersuara. Sebaliknya, ia bermakna pentadbiran universiti tidak memihak kepada mahasiswa tertentu. Hidup Mahasiswa Negara! | ||||||
Kes Sosilawati: 4 termasuk Pathma diarah bela diri Posted: 30 Apr 2012 03:10 AM PDT SHAH ALAM - Bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya diperintah membela diri terhadap tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dua tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akthar Tahir memutuskan demikan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka. Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot nombor 2001; Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat; Banting, 30 Ogos 2010. Mereka didakwa mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Siti Rohaida Che Hamid dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor, sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong manakala Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo. | ||||||
Polis tubuh pasukan khas siasat kenyataan Nizar Posted: 30 Apr 2012 03:08 AM PDT SINAR HARIAN Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata pasukan khas itu akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim kerana kenyataan yang dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara. Setakat ini, polis menerima enam laporan daripada individu dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung dakwaan yang dibuat oleh Mohammad Nizar, katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutupan perkhemahan dan perbarisan sambutan ulang tahun ke-42 Pasukan Kor Kadet Polis Peringkat Kontinjen Perak 2012 di kem Sentosa PLKN Chenderiang di sini hari ini. Mohd Shukri berkata polis juga akan memanggil Mohammad Nizar bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya itu secepat mungkin. Mohammad Nizar dalam satu ceramah Ahad lepas, mendakwa beliau dikhabarkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil semua kepimpinan tentera dan bertanya sama ada mereka akan berbuat sesuatu jika BN tumbang. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Angkatan Tentera Malaysia yang bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Mohammad Nizar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pasukan keselamatan.- Bernama | ||||||
Saksi lihat kereta polis langgar peserta Bersih Posted: 30 Apr 2012 12:23 AM PDT
KOTA BHARU: Ketika Bersih 2.0 pada Julai tahun lepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilanggar sebuah kereta polis semasa membonceng motosikal menuju ke Masjid Negara. Pada kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah kereta polis didakwa dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan Mohamad. Dan semalam kejadian hampir serupa berulang kembali apabila beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 juga dilanggar kenderaan polis. Banyak saksi bergambar dimuat turun dalam internet mengenai insiden tersebut. Malangnya gambaran sebenar mengenai insiden berkenaan tidak diberitakan dalam media arus perdana, sebaliknya secara total menyalahkan peserta Bersih, kononnya bertindak ganas. Shamsuddin Mat Daud dari Berek 12 dekat sini, yang melihat kejadian tersebut berkata, sebuah kereta polis melintasi kawasan orang ramai tidak jauh dari pusat membeli belah Sogo. "Ketika itu kereta Waja tersebut bergerak perlahan-lahan. Kemungkinan selepas itu berlaku provokasi di mana saya lihat ada peserta yang melontarkan botol minuman ke arah kenderaan polis. "Selepas melepasi kawasan yang sesak dengan orang ramai, kereta itu memecut laju. Saya tengok tiba-tiba merempuh beberapa lelaki yang berada tidak jauh dari Sogo. "Seorang lelaki terpelanting ke atas bonet kereta. Ekoran itu kereta tersebut terbabas dan merempuh tembok di tepi Sogo," katanya yang berada di atas tembok di tepi Sogo ketika kejadian semalam. Ekoran itu peserta Bersih yang berada di kawasan berhampiran marah kerana ada yang menganggap lelaki yang dirempuh berada di bawah kereta berkenaan. Menurutnya beberapa peserta menembalikkan kenderaan tersebut bagi memastikan lelaki yang dilanggar ada di bawah kereta atau sebaliknya. Kata beliau juga peserta yang marah bertindak memukul lelaki yang keluar daripada kereta polis terbabit. Shamsuddin bersama isterinya menyaksikan kejadian berkenaan memberitahu selepas itu datang ambulans membawa kedua-dua anggota polis yang cedera ke hospital. Beliau juga melihat dua Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub berada di belakang Sogo selepas terkena gas pemedih mata. Seorang lagi saksi, Nik Azman Nik Mahmood dari Tumpat berkata, ketika kereta polis melanggar peserta Bersih beliau berada berhampiran Medan Mara. Katanya, selepas itu beliau bergegas ke tempat kejadian dan melihat kereta Waja diterbalikkan. Menurut beliau orang ramai mulai bertindak kasar selepas mereka terkena tembakan gas pemedih mata dan dibasahi water canon. Seorang veteran PAS dari Cheras, Ali Abdullah, 63 berkata, sekiranya tidak berlaku provokasi sudah tentu perhimpunan semalam berlangsung dengan aman. Beliau juga bimbang ada pihak luar yang menyelinap masuk dalam kumpulan peserta Bersih dengan melakukan provokasi sehingga mencetus beberapa kekasaran. | ||||||
Bersih 3.0: PAS kesal laporan Sinar Harian Posted: 30 Apr 2012 12:20 AM PDT
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata pihaknya kesal apabila Sinar Harian hanya melaporkan bagaimana kereta polis diterbalikkan, tanpa melaporkan kereta polis tersebut telah melanggar orang awam yang berada di kaki lima Pusat Membeli-Belah Sogo, semalam.. "Kita kesal dengan laporan Sinar Harian kali ini. Kita sebenarnya tiada masalah dengan Sinar, tapi buatlah laporan yang benar. Mengapa hanya laporkan kereta polis diterbalikkan? Kenapa tidak dilaporkan kereta itu turut melanggar orang awam? Jangan sampai kita isytihar (boikot) seperti Utusan (Malaysia)," tegas beliau pada sidang media, di Jalan Raja Laut, hari ini. Beliau juga kesal dengan laporan Sinar Harian yang mengatakan Unit Amal PAS merempuh pihak polis di KLCC, semalam. Katanya, pihaknya percaya Unit Amal tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana Unit Amal telah dilatih untuk menjaga keselamatan orang awam tidak kira dalam situasi apa sekalipun. "Kamu tidak tahu bagaimana kami melatih Unit Amal ini. Unit Amal kami dilatih untuk menjaga keselamatan, dan menghalang orang awam dari melakukan sebarang provokasi. Mereka dilatih bagaimana untuk mengawal keadaan. Bagaimana boleh kamu katakan ia dilakukan Unit Amal PAS," kata beliau dalam nada kesal. Wartawan Sinar Harian yang turut berada pada sidang media itu, pada mulanya cuba mempertahankan laporan tersebut dengan mengatakan rakan wartawannya yang berada di lokasi tersebut mempunyai gambar dan melihat sendiri rempuhan tersebut. Bagaimanapun, setelah bersoal-jawab seketika, wartawan tersebut menyatakan pihaknya bersetuju untuk mendapatkan pengesahan daripada rakannya berhubung laporan tersebut, selain berpendapat ia (rempuhan) bukan berlaku di KLCC. "Lihat...ia melaporkan kejadian itu di KLCC, dan anda katakan ia bukan di KLCC. Bagaimana laporan ini ditulis? Saya benar-benar kesal dengan Sinar Harian kali ini. Kalau Utusan Malaysia yang buat begini, atau akhbar Umno, saya tidak marah sangat kerana itu memang kerja mereka. Kalau bukan putar-belit, itu bukan Utusan. Ini...Sinar Harian yang selama ini kita tiada masalah," tegas beliau. Beliau berkata, tugas wartawan umpama perawi hadis yang perlu bertanggungjawab di atas apa yang ditulisnya dan akan diperhitungkan di akhirat kelak. Dalam pada itu, Penolong Setiausaha PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Nawawi, berkata sekiranya Sinar Harian tidak membetulkan laporannya, PAS tidak teragak-agak untuk mengambil langkah memboikot akhbar itu di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. | ||||||
Tindakan polis langkau perintah mahkamah Posted: 30 Apr 2012 12:15 AM PDT
TEMERLOH: PAS mengecam tindakan ganas polis terhadap peserta Bersih 3.0 semalam kerana melangkaui perintah mahkamah sedangkan mereka berhimpun untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya umum (PRU). Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perintah mahkamah tidak mengizinkan perhimpunan di Dataran Merdeka sebaliknya tindakan polis pula meliputi kawasan lain. (Tuan Guru Abdul Hadi menerima cenderahati daripada Tuan Ibrahim selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau.) "Bayangkan tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia dilepaskan di Datarn Maybank, Masjid Jamek dan berhampiran Masjid Negara dan dalam keadaan peserta sudah mahu bersurai. "Mereka yang berhimpun di ibu negara bukan suka-suka tetapi menuntut sistem yang adil dalam PRU yang amat dipertikaikan pada masa ini sedangkan ketelusan dalam sistem pemilihan pemimpin amat penting dalam sesebuah negara demokrasi," katanya. Pesuruhjaya PAS Pahang itu berucap mengulas kekecohan dan provokasi perhimpunan duduk bantah di Kuala Lumpur semalam, semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya dalam Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau di Darul Hikmah, Kerdau di sini hari ini. Mesyuarat Agung kali ke-26 tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, melahirkan rasa hairan setelah Bersih 3.0 dianggap tiada ancaman oleh Menteri Dalam Negeri dan diluluskan akta perhimpunan yang baru seiring dengan transformasi dibawakan Perdana Menteri, sebaliknya menerima reaksi dan layanan yang keras daripada polis. "Rakyat berhimpun menuntut sistem yang adil adalah mencegah mungkar. Mungkar bukan saja minum arak tetapi juga penipuan dalam sistem memilih pemimpin. "Sepatutnya semua pihak sedar bahawa 8 tuntutan Bersih adalah demi untuk memastikan pemimpin benar-benar dipilih secara adil, mewakili rakyat dan tanpa sebarang penipuan yang akhirnya dikembalikan kebaikannya kepada negara ini juga," tegasnya. Dalam pada itu Tuan Ibrahim turut menganggap borang pinjaman bank untuk membeli saham yang diagihkan Felda dan ditanda tangan peneroka baru-baru ini tidak sah dari segi syarak kerana mereka dipaksa dan tidak faham isi perjanjian dalam bahasa Inggeris itu. "Ada peneroka yang menghubungi saya menyatakan rasa kesal kerana dipaksa tanda tangan borang pinjaman bank dalam bahasa Inggeris. Mereka tidak tahu jumlah pinjaman dan untuk tempoh berapa lama beerhutang. "Tentulah peneroka yang kebanyakannya berusia lanjut itu kesal kerana dipaksa terbabit dengan riba' kerana faedah dikenakan 6.5 % tetapi dipaksa tanda tangan. Dari segi syara' hutang itu tak sah kerana peneroka tak faham isi perjanjian," katanya. Tambahnya, peneroka mengharapkan durian runtuh sebagaimana yang diuar-uarkan, malangnya hutang dan riba pula yang diberikan kepada peneroka sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) ke Bursa Malaysia. Tuan Ibrahim turut mengingatkan peneroka, sebagai institusi kewangan sesebuah bank apabila menghutangkan wang mereka perlukan cagaran justeru jika jaminan saham tidak mencukupi risikonya nanti ialah slip pendapatan peneroka akan jadi cagaran. Mengenai PRU, Tuan Ibrahim mengingatkan hampir 70% pengundi kawasan parlimen Kuala Krau terdiri daripada peneroka Felda justeru beliau meminta warga tanah rancangan itu bertindak bijaksana dengan memilih Pakatan Rakyat yang komited untuk mengubah nasib mereka dan generasi seterusnya. | ||||||
Ganas: Najib, Hishamuddin, KPN letak jawatan Posted: 30 Apr 2012 12:09 AM PDT
(Gambar dari video bagaimana seorang peserta dibelasah kerana melemparkan kon ke atas jalan raya...klik video dihujung berita untuk melihat video) KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Tan Sri Ismail Omar meletak jawatan ekoran tindakan polis membelasah peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari Sabtu lepas. Menurut ketua penerangannya Riduan Mohd Nor, tindakan pihak keselamatan pada hari tersebut amat keterlaluan mirip perlakuan tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. "DPPM mendesak agar Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab ke atas isu ini dengan meletak jawatan serta merta. . "Mereka jelas telah gagal mengawal anggota bawahannya dengan baik sehingga ramai orang awam termasuk wartawan yang tercedera dipukul. PDRM gagal mengenal pasti yang mana rakyat bawahan yang perlu dilindungi, dan yang mana penjenayah yang perlu diperangi," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Riduan apa yang disaksikan melalui video yang diambil oleh orang ramai membuktikan bahawa pihak polis yang terlebih dahulu membuat provokasi dan membelasah orang ramai yang ditangkap dengan sesuka hati. Mereka juga jelas Riduan bertindak ganas menangkap dan memukul peserta Bersih dua jam selepas perhimpunan bersurai. Selain daripada itu, polis dan FRU juga bertindak melepaskan gas pemedih mata serta air kimia kepada orang ramai yang berkumpul di Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Menara Maybank. Polis juga merampas, memukul dan mencederakan beberapa orang wartawan yang merakam aksi keganasan mereka. Malah ujarnya ramai saksi melihat bagaimana kereta polis melanggar orang awam yang sedang berjalan di kaki lima SOGO. "Tindakan kejam pihak polis menunjukkan bahawa PDRM dan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mungkir janji untuk memberikan laluan terhadap perhimpunan aman duduk bantah ini meskipun pada awalnya mereka memberikan janji untuk membenarkan perhimpunan ini berlangsung. "Jika orang awam yang ditohmah menceroboh Dataran Merdeka menjadi sebab tindakan ganas polis, mengapa orang ramai lain yang berkumpul di lokasi luar dari Dataran Merdeka menjadi mangsa? Mengapa ribuan orang awam lain mesti menjadi mangsa keganasan ini? Sepatutnya mereka yang menceroboh Dataran Merdeka sahaja ditangkap, bukan mereka yang berkumpul di merata-rata kawasan lain," katanya. LAPORAN BERKAITAN Klik untuk melihat Video peserta perhimpunan di belasah Lagi video peserta dibelasah Polis serang perserta himpunan ke Masjid India | ||||||
Anwar di Konvensyen Pakatan Rakyat Perak esok Posted: 30 Apr 2012 12:06 AM PDT
IPOH, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan penting kepada 1,500 peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei (esok) di Dewan Bulan Sabit Merah, bersebelahan dengan Stadium Perak. Konvensyen tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan Anwar dijangka menyampaikan ucapan penggulungan yang menyentuh pelbagai isu. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dr Khairudin Abdul Malik di pejabatnya di sini semalam. Menurutnya ucapan tersebut dijangka menarik perhatian peserta peserta konvensyen kali ini kerana ianya bagi menyuntik semangat seluruh pimpinan dan petugas-petugas Pakatan Rakyat di negeri ini bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang kian hampir. "Kita menjangkakan Anwar akan mengupas beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 3.0 dan kebangkitan rakyat untuk melihat proses pilihanraya di negara ini berjalan dengan bersih dan adil," ujarnya. Turut berucap pada konvensyen itu ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty, Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham. Pada malam forum bertajuk Pilihan Raya Umum 13 Membersihkan Yang Kotor akan diadakan di tempat yang sama jam 8.00 malam, antara panelis ialah Mohd Sabri dan Syed Ibrahim Noh di samping persembahan budaya di tapak konvensyen. Ceramah Perdana Pasca Bersih 3.0 bermula jam 9 malam diadakan di Dewan Bulan Sabit Merah dengan penceramah terdiri daripada Anwar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Nga Kor Ming dan V Sivakumar. Beliau mempelawa seluruh penyokong Pakatan Rakyat hadir beramai-ramai untuk menjayakan program tersebut. | ||||||
Tengahari tendang polis, petang tangkap peserta himpunan Posted: 29 Apr 2012 11:58 PM PDT
(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini) KUALA LUMPUR: Ketika pimpinan PAS mempertegaskan ahlinya bersih dan berdisiplin, tulisan bekas Setiausaha Umno Bahagian, Zahrin Mohd Yasin bahawa sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis memakai baju Bersih Sabtu lalu menarik perhatian ramai. Dalam tulisannya Sabtu lalu, Zaharin atau Sang Kelembai itu menulis, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi." "Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning. "Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau. Apabila seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu." Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih." "Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin dalam tulisan itu. Gambar-gambar mula tersebar kini tentang polis yang dikatakan menyamar itu. Misalnya aksi seorang peserta perhimpunan membuat 'flying kit' ke atas seorang polis trafik. Beliau juga didapati kemudiannya yang menangkap para peserta demonstrasi yang lain. (Gambar siapakah ini yang menendang polis dengan gelang kuning di tangannya. Gambar ini kini tersebar luas) Ada dua tempat peranan agen 'provokasi' ini dikesan oleh orang ramai. Pertama, siapa yang memulakan tindakan melempar kereta polis dengan botol air sehingga pemandunya hilang pertimbangan dan merempuh tiga orang di perkarangan pasaraya Sogo. Yang kedua adalah tindakan memecahkan tembok penghalang yang dibina oleh DBKL mengelilingi Dataran Merdeka. Siapakah mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan dengan nyata. Pihak penganjur Bersih 3.0 pula menuntut kerajaan membuat siasatan menyeluruh terhadap perhimpunan kali ini. Peranan media tradisional yang dikuasai Umno dan BN juga mendapat kecaman dari pemerhati antarabangsa yang datang untuk membuat pemerhatian mereka terhadap perhimpunan kali ini. Bercakap dalam sidang media mereka semalam, Senator Nick Xenophon dari Australia berkata, "perhimpunan ini aman sehinggalah mereka diprovok." Beliau juga mengkritik laporan dari TV yang jelas melaporkan secara sebelah pihak. "Mainstream media berat sebelah dan tidak adil. Kami lihat lebih laporan Perdana Menteri Najib (Tun Razak) di Sabah dalam TV dari peristiwa yang lebih besar tentang rakyat Malaysia," kata Xenophon. Seorang lagi ahli dari pasukan 7-anggota itu, India Times editor MJ Akbar, berkata peserta sebenarnya dalam mood berpesta. "Orang ramai mempunyai masa yang cukup kalau mereka mahu bertindak ganas. Tetapi mereka berpesta sehinggalah berlakunya provokasi," kata Akbar. | ||||||
Kisah ngeri layanan polis ke atas peserta Posted: 29 Apr 2012 11:34 PM PDT Seorang dengan mata lebam, seorang lagi dengan mata berdarah dan ada juga mengalami lebam di dahi serta kesan tapak kasut di belakangnya... Individu berkenaan, antaranya turut mengalami cedera parah, tampil dalam sidang media semalam dengan dakwaan bahawa mereka dipukul polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu di ibu negara. Berikut merupakan kenyataan ringkas peserta terbabit yang telah disunting. Alex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan. Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning. Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang. Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya. Fazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya. Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri. Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT. Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri. Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu. Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas." Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya. Adrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya. Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 prtang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek. Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau. Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit. Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang. Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya. | ||||||
Najib akui perhimpunan Bersih 3.0 ujian transformasi politik kerajaan Posted: 29 Apr 2012 11:24 PM PDT KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melihat perhimpunan Bersih 3.0 adalah cabaran transformasi politik yang cuba dilaksanakan kerajaan memandangkan perhimpunan tersebut berlaku sebaik sahaja pelbagai akta dan undang-undang dipinda atau dimansuhkan. Menurut beliau, tindakan yang diambil pihak polis menyuraikan perhimpunan itu juga adalah penterjemahan daripada undang-undang baru yang diperkenalkan kerajaan. "Ini kali pertama kerajaan berdepan situasi tersebut setelah kita buat transformasi politik. "Kerajaan telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Perhimpunan Aman. Melalui Bersih 3.0, ini kali pertama polis menterjemahkan undang-undang baru tersebut," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Umno di Menara Datuk Onn, dekat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. "Inilah kali pertama undang-undang baru itu diuji oleh perhimpunan besar-besaran," katanya merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman yang telah pun dipersetujui pada Isnin lalu. Jelas perdana menteri (gambar) ini lagi, sejak Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, kerajaan telah melakukan pelbagai perubahan apabila meminda pelbagai undang-undang, malah turut mewujudkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkaitan penambahbaikan pilihan raya bagi memenuhi permintaan mereka. "Kerajaan dah buat macam-macam, dan telah pun menjawab banyak perkara yang dibangkit pembangkang. "Malah kerajaan juga turut menunaikan cadangan mereka seperti penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih, dan sebagainya," katanya lagi. "Kita nak perjelaskan lagi kepada rakyat," tegasnya lagi merujuk kepada tuntutan Bersih yang telah ditunaikan kerajaan. Mengulas berkenaan tindakan yang akan diambil kerajaan berhubung keganasan peserta demonstrasi, Najib menjelaskan, kerajaan akan bertindak dalam konteks semasa yang mengambil kira kepentingan rakyat. "Kita mesti bertindak dalam konteks semasa, kita perlu bertindak menjaga hak asasi rakyat, tetapi dengan mengambil kira keselamatan rakyat. "Kita berharap semua yang berlaku itu sudah dirakamkan, dan siasatan sedang berjalan, kita tunggu siasatan pihak polis," katanya menggesa semua pihak bersabar bagi menantikan pendedahan tersebut. Pihaknya juga berharap pihak polis tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk melakukan siasatan agar orang ramai dapat membuat penilaian berdasarkan kejadian sebenar. "Saya harap polis tidak ambil masa terlalu lama buat siasatan, dan kemudian kertas siasatan itu akan diserah kepada Peguam Negara," katanya. Berhubung insiden serangan ke atas media, Najib menjelaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap perkara itu tanpa menyembunyikan fakta sebenar. "Polis akan lakukan siasatan keganasan terhadap media, kerajaan tidak akan menutup apa-apa. "Kerajaan faham media hanya menjalankan tugas mereka. Kerajaan juga telah menugaskan 130 pegawai perubatan dan 30 doktor untuk memberi rawatan dan pemeriksaan untuk mereka yang terlibat dengan perhimpunan tersebut," katanya lagi. Najib menegaskan, siasatan yang dibuat perlu bersifat objektif dan adil, dan Peguam Negara perlu membuat keputusan berdasarkan fakta, bukan emosi dan rumor. "Siasatan akan dibuat oleh pihak polis. Orang ramai perlu percaya kepada polis. Kita nak rakyat melihat pada transperensi, rakyat boleh nilai apa yang berlaku sendiri," katanya lagi. | ||||||
Ambiga: ambil tindakan terhadap perusuh ganas Posted: 29 Apr 2012 11:21 PM PDT Pengerusi Bersama Bersih itu berkata kepada The Malaysian Insider beliau sangat "terkesan" dengan laporan yang mengatakan perusuh "Duduk Bantah" yang dikatakan aman, memprovokasi malah menyerang pihak polis ketika insiden semalam. "Bagi saya, tiada persoalan untuk itu, kami tidak pernah bertoleransi dengan sebarang keganasan, mereka perlu dikenakan tindakan undang-undang. Perkara ini langsung tidak boleh diterima," katanya semalam. Ambiga telah memberikan respon berkenaan laporan yang mendakwa perusuh berkeras walaupun telah diarah bersurai, sebaliknya bertindak ganas terhadap pokis dengan melempar objek seperti kepingan konkrit, kon trafik, botol air dan batu ke arah mereka. Namun begitu, bekas pengerusi Majlis Peguam itu menegaskan beliau tidak melihat insiden tersebut, sebaliknya, berdasarkan kawasan di mana beliau berada, demonstrasi itu berlangsung secara aman. "Daripada tempat saya berdiri, keadaan aman. Saya tak tahu siapa mereka ini ... tapi mereka perlu menghadapi tindakan undang-undang. Tiada alasan," katanya. Beliau mengulangi pendirian yang ditimbulkan pemerhati, apabila keadaan kelam kabut itu dimulakan oleh "agen provokasi" apabila melanggar halangan polis di sekeliling Dataran Merdeka, yang mana melanggar perintah mahkamah. Tambahnya, siatuasi itu "sukar dipercayai" apabila ribuan perusuh, yang sebelum ini bertenang, tiba-tiba berlaku kekacauan. "Namun perlu diingat saya tidak mengetahui berkenaan keganasan ini," katanya. Ambiga menambah pihak berkenaan Bersih sedang mengumpul maklumat berkenaan perhimpunan itu bagi mengenal pasti punca provokasi dan keganasan perusuh Bersih. Rusuhan mula berlaku apabila polis mula menahan peserta rusuhan hampir empat jam selepas Bersih 3.0 diisytiharkan tamat oleh pemimpinnya apabila perusuh dianggarkan 1,000, enggan meninggalkan kawasan demonstrasi. Terdapat juga perusuh yang mencabar dan memperolok-olokan pihak pikis walaupun menerima arahan untuk bersurai. Perhimpunan bertukar ganas apabila pihak polis menangkap seorang lelaki di Jalan Tun Perak yang mana penyokong mula membaling objek seperti botol, dan kepingan konkrit ke arah polis Disebalik kekecohan itu, turut terdapat khabar angin ada empat perusuh meninggal dunia dalam perhimpunan tersebut, dengan seorang daripanya dikatakan mati ditembak, menambah kemarahan peserta. Turut dikatakan kenderaan membawa Datuk Bandar KL, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail terpaksa membuat pusingan U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan perusuh. Mereka membaling kasut dan kepingan konkrit ke arah polis dan memecahkan cermin kereta berkenaan. Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara peribadi turut mengakui keganasan itu adalah lebih teruk daripada perhimpunan tahun lalu, dan cubaan "mengawal perusuh" adalah teruk. "Arahan untuk bersurai telah dibuat, pulang ke rumah masing-masing. "Pemimpin Pakatan kata dah selesai. Jika kamu masih berdegil, tanggung sendiri," kata Unit Amal PAS kepada perusuh semasa perhimpunan Bersih semalam. — Reuters | ||||||
Bersih 3.0: Najib 'tak ragu-ragu' panggil PRU13 Posted: 29 Apr 2012 05:27 PM PDT KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kelmarin, yang dikatakan menarik lebih ramai peserta berbanding Bersih 2.0 Julai lalu, tidak akan menimbulkan keraguan untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, biar tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. "Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno di sini malam tadi. Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasiona (BN) ditanya mengenai kesan perhimpunan Bersih 3.0 , yang diadakan atas alasan mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, ketika penganalisis dan pemerhati mengatakan bahawa PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini. Bagaimanapun ekoran perhimpunan itu, kini ada yang membuat andaian kemungkinan PRU13 akan dianjakkan sehingga September atau November. Perdana Menteri ada mandat sehingga April 2013. Dipetik dari laporan Bernama, Najib turut ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini. Najib berkata, tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini. Najib telah mewujudkan PSC Ogos lalu ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan laporan akhirnya telah dibentangkan di Parlimen awal bulan ini. Bagaimanapun rasa tidak puas hati masih berterusan. | ||||||
Chegu Bard : Najib Menjadikan Peserta Dan Polis Mangsa Kekecohan Bersih 3.0 Posted: 29 Apr 2012 05:26 PM PDT SHAH ALAM : Peserta dan polis telah dijadikan mangsa di dalam kekecohan pada himpunan BERSIH 3.0 akibat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata ini kerana Najib tidak membenarkan peserta berhimpun di Dataran Merdeka. "Jika rejim pemerintah memberi peserta masuk ke dalam dataran itu, lebih-lebih dua hingga lima jam sahaja yang boleh berhimpun dan akhirnya bersurai dengan aman tiada sebarang masalah berlaku," katanya ketika dihubungi. Bagi beliau, polis adalah mangsa dalam kejadian itu tetapi ini tidak menghalalkan tindakan ganas yang dilakukan pasukan keselamatan itu. Di dalam himpunan di Kuala Lumpur semalam, polis menembak gas pemedih mavta dan menyembur air kimia kepada ribuan penyokong BERSIH 3.0 yang turun mengepung Dataran. Setelah peserta-peserta tersebut yang menjangkau 250,000 itu berpecah lari ke beberapa lokasi di sekitar Dataran, mereka dikejar dan dihalau pasukan polis. Dilaporkan polis memukul dan menggunakan kekerasan terhadap peserta yang tidak bersurai dan seramai 512 orang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur. Beberapa wartawan yang membuat liputan terhadap himpunan itu mendakwa mereka dikasari polis yang merampas kamera dan menghalang mereka daripada merakam tindakan polis terhadap peserta. Badrul Hisham, yang juga dikenali Chegu Bard mendakwa beliau turut dipukul semasa ditahan polis di kawasan Masjid Jamek semalam. "Tindakan ganas polis itu, Najib perlu bertanggungjawab penuh. Perbuatan polis seperti 'gangster' yang berindak diluar jangkaan seperti mengacukan pistol dan sebagainya sudah melampaui batas. "Apa yang berlaku semalam adalah rusuhan polis di tengah-tengah Bandara Raya Kuala Lumpur," kata Badrul Hisham. Badrul Hisham bekata beliau dipukul sehingga luka di bahagian kepala malah tulang mukanya patah. Tambahnya, beliau dipukul oleh kira-kira 50 anggota polis di Jalan Tunku Abdul Rahman. "Pada waktu hampir Maghrib, ketika saya berada di Masjid India, saya ditarik dan dipukul teruk oleh lebih 50 anggota polis di Jalan Tunku Abdul Rahman kemudian ditarik dan dibawa ke Dataran Merdeka. "Saya mengatakan simpati kepada anggota polis dan rakyat semua. Kita adalah mangsa kepada tindakan Najib yang memperkudakan polis itu," katanya. Beliau berkata perhatian hanya diberikan kepada tindakan ganas yang dilakukan peserta BERSIH. "Tetapi sebagai contoh, ianya berlaku di depan mata saya di Sogo, anggota polis membawa kereta dan merempuh seterusnya melanggar peserta BERSIH sehingga ada yang terperosok di bawah kereta. "Malah peserta yang tiada pilihan lain bertindak menterbalikkan kereta terbabit apabila polis tidak menghiraukan permintaan mereka untuk mengalihkan kereta bagi mengeluarkan mangsa yang cedera teruk terbabit. "Dan akhirnya polis mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa anggota polis itu meninggal dunia akibat dipukul," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan